laporan program bengkel.docx

9
PENGENALAN Program Pensiswazahan Guru ( PPG ), Ambilan Jun 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam ( IPG-KPI ), merupakan salah satu program kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan kefahaman serta input yang menyeluruh dan berguna berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru dengan komuniti serta meningkatkan akauntabiliti profesionalisme keguruan. Sehubungan itu, satu bengkel etiket dan sosial dicadangkan untuk diadakan bagi Semester 5 bagi memenuhi kehendak dan sukatan Program Pendidikan Guru. Program etiket dan sosial dipilih untuk disampaikan dalam program Ladap sekolah ialah berkenaan dengan tajuk ‘Pengucapan Awam’. Slot ceramah disampaikan oleh Encik Sivakumar A/L Subramaniam Pegawai dari Unit Bahasa Tamil, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Slot kedua iaitu ‘Tertib / Adab di Meja Makan’ disampaikan oleh Pn.Anuratah A/P Nyanasegaran Guru Pemulihan dari SJK(T) Kuala Lipis. Dua bengkel ini dipilih bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai protokol awam yang mesti dipatuhi dalam semua majlis rasmi. OBJEKTIF Tujuan dan objektif program ini diadakan ialah : i) Melahirkan pelajar yang bersahsiah, berwatak, bertatasusila, rajin, kreatif, kritis dan berinovatif. ii) Membentuk sikap positif pelajar dan bermatlamat tinggi ke arah imej penonjolan

Upload: ratha-shegar

Post on 22-Dec-2015

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan program bengkel.docx

PENGENALAN

Program Pensiswazahan Guru ( PPG ), Ambilan Jun 2011, Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Islam ( IPG-KPI ), merupakan salah satu program kursus yang

dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru ( BPG ), Kementerian Pelajaran Malaysia.

Melalui program ini, pelajar akan didedahkan dengan kefahaman serta input yang

menyeluruh dan berguna berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,

hubungan guru dengan komuniti serta meningkatkan akauntabiliti profesionalisme

keguruan. Sehubungan itu, satu bengkel etiket dan sosial dicadangkan untuk diadakan

bagi Semester 5 bagi memenuhi kehendak dan sukatan Program Pendidikan Guru.

Program etiket dan sosial dipilih untuk disampaikan dalam program Ladap

sekolah ialah berkenaan dengan tajuk ‘Pengucapan Awam’. Slot ceramah disampaikan

oleh Encik Sivakumar A/L Subramaniam Pegawai dari Unit Bahasa Tamil, IPG Kampus

Tengku Ampuan Afzan. Slot kedua iaitu ‘Tertib / Adab di Meja Makan’ disampaikan oleh

Pn.Anuratah A/P Nyanasegaran Guru Pemulihan dari SJK(T) Kuala Lipis. Dua bengkel

ini dipilih bagi memberi pendedahan kepada murid mengenai protokol awam yang mesti

dipatuhi dalam semua majlis rasmi.

OBJEKTIF

Tujuan dan objektif program ini diadakan ialah :

i) Melahirkan pelajar yang bersahsiah, berwatak, bertatasusila, rajin, kreatif, kritis

dan berinovatif.

ii) Membentuk sikap positif pelajar dan bermatlamat tinggi ke arah imej penonjolan

dan imej kendiri yang bersesuaian.

iii) Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu

dan pemimpin yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Page 2: laporan program bengkel.docx

LAPORAN BERGAMBAR MENGIKUT SLOT

Bengkel etiket dan sosial

Slot sebelum bengkel.

Setelah mendapat tugasan Bina Insan Guru untuk semester ini saya telah menjumpa

dengan tuan guru besar untuk membincang mengenai Saya selaku jawatankuasa

bengkel telah menyiapkan semua tindakan sebelum aktiviti bermula dengan bantuan staf

SJK(T) Kuala Lipis. Program Bengkel diadakan mengikut tarikh yang telah dipersetujui

dalam mesyuarat iaitu pada 25 September 2013 bertempat di Makmal Komputer SJK(T)

Kuala Lipis. Sebelum menjalankan program ini, satu mesyuarat telah dijalankan pada 20

September 2013 bagi membincangkan tentang perjalanan program serta membentuk ahli

jawatankuasa yang akan melaksanakan program ini. Mesyuarat telah dihadiri oleh

sembilan orang guru termasuk pihak pentadbir sekolah.

Mengikut keputusan mesyuarat, penceramah yang dijemput ialah Encik

Sivakumar A/L Subramaniam, Pegawai dari Unit Bahasa Tamil, IPG Kampus Tengku

Ampuan Afzan. Beliau telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk

Pengucapan Awam’. Penceramah untuk Adab di Meja Makan dijemput ialah Puan

Anuratah A/P Nyanasegaran yang bertugas di SJK(T) Kuala Lipis Di dalam mesyuarat

juga telah diputuskan bahawa wang sumbangan sebanyak RM 50.00 dan cenderahati

akan diberi sebagai tanda penghargaan atas kesudian mereka untuk menyampaikan

ceramah. Di samping itu, mesyuarat juga memutuskan untuk mengadakan sedikit jamuan

ringkas selepas ceramah. Anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 4.00 seorang

dan menu yang dipersetujui ialah soto, dua jenis kuih-muih dan air limau bersama asam

boi.

Kerusi dan meja peserta program dipinjam dari kelas tahun 6. Semua meja dan

kerusi susun atur dewan dibuat selepas waktu akhir sekolah dengan bantuan murid-

murid tahun 6 dan dipantau oleh guru. Persediaan aktiviti bengkel berjalan dengan

lancar tanpa sebarang masalah. Sijil penghargaan telah disediakan dan ditandatangani

oleh guru besar.

Slot semasa bengkel

Page 3: laporan program bengkel.docx

Sesi pendaftaran peserta bermula jam 1.15 petang. Setiap peserta diedarkan dengan

brosur yang mengandungi objektif program, atur cara majlis dan AJK pelaksana. Bengkel

bermula tepat jam 1.30 petang dan dimulakan oleh pengacara majlis. Beliau

menerangkan sedikit sebanyak tentang penceramah undangan iaitu Puan Anuratah A/P

Nyanasegaran. bengkel beliau bertajuk ‘Adab di Meja Makan’. Pengacara majlis juga

turut menyambut kedatangan pensyarah dari IPG kampus Islam.

Sesi bengkel satu memakan masa selama lebih kurang setengah jam.

Penceramah menyentuh beberapa aspek termasuklah cara memegang sudu, garpu,

pisau, cara duduk dan etika semasa makan. Selepas itu, diikuti pula dengan sesi soal

jawab bersama penceramah yang berlangsung sepuluh minit. Demo yang ditunjukkan

amat menjadi kerana murid sendiri dapat melihat cara-cara yang ditunjukannya.

Slot kedua dikendalikan oleh Encik Sivakumar A/L Subramaniam mengenai tajuk

Pengucapan Awam. Sesi beliau memakan sejam tiga puluh minit dan diikuti dengan 10

minit sesi soal jawab. Beliau menerangkan tentang pengendalian sesuatu majlis dan

etika pakaian. Penyampaian beliau amat tertarik kerana beliau berjenaka dengan murid

bagi memastikan audiens sentiasa peka dengan ucapannya. Bengkel berakhir dengan

penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada Encik Sivakumar A/L

Subramanian dan Puan Anuratah A/P Nyanasegaran.

LAMPIRAN

Page 4: laporan program bengkel.docx

Gambar 1 : Slot 3 iaitu bengkel Adab makan di meja makan

Gambar 2 : Murid-murid mendengar taklimat dengan penuh teliti

Page 5: laporan program bengkel.docx

Gambar 3 : Alatan yang digunakan semasa makan di sesuatu majlis

Gambar 4 : Dipantau oleh 2 orang pensyarah IPG Kampus Islam

Page 6: laporan program bengkel.docx

Gambar 5 : Slot 4 iaitu Pengucapan Awam diberikan oleh pensyarah dari IPG Kampus

Tengku ampuan Afzan

Gambar 6 : Fasilitator membuat demo semasa menceritakan gaya sewaktu

mengucap di sesuatu majlis.

Page 7: laporan program bengkel.docx

Slot selepas ceramah

Bengkel berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang. Penceramah jemputan dan peserta

program dibawa ke kantin sekolah untuk menjamu selera. Sesi bengkel yang dirancang

telah dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah yang timbul. Input yang

diberikan oleh penceramah sangat memberangsangkan dan boleh dijadikan sebagai

teladan bagi mewujudkan murid yang dedikasi dan bersahsiah.

Semua peserta program memberi kerjasama yang sangat padu. Saya berasa

sangat gembira kerana semua warga SJK(T) Kuala Lipis member komitmen yang tinggi

dalam menjayakan program ini. Laporan dibuat setelah semua gambar dan rakaman

dikumpul dan diedit. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar

saya iaitu En.K.Tamilvanen yang membenarkan mengadakan Bengkel dan aktiviti

kemasyarakatan di sekolah.