laporan program kaunseling

23
3.0 Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi” Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan serentak dengan aktiviti pengayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu, proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru biasa, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Matlamat kaunseling akan dapat dicapai jika perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapat kerjasama dan sokongan padu guru-guru yang dapat membekalkan matlamat berkaitan dengan tingkah laku bermasalah murid-murid mereka. Oleh yang demikian, dalam tugasan kali ini, kami diminta untuk mendapatkan satu set kertas kerja program / aktiviti yang dijalankan di sekolah dan dikehendaki mengenal pasti jenis pendekatan kaunseling yang digunakan dalam program tersebut. Selain itu, kami telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti bimbingan yang berkaitan dengan Mata pelajaran bahasa Melayu kepada murid yang disasarkan. Oleh itu, setelah selesai menjalankan program, satu laporan lengkap perlu disediakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Kesemua maklumat tugasan tersebut boleh didapati dalam penulisan ilmiah ini. 3.1 Laporan sebelum Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi”

Upload: sis-melor

Post on 21-May-2017

546 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Kaunseling

3.0 Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi”

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bertujuan membantu murid-

murid agar lebih prihatin tentang keperluan dan potensi diri serta membina

kemahiran menyelesaikan konflik diri. Kaunseling di sekolah harus dijalankan

serentak dengan aktiviti pengayaan dan pengukuhan sesuai dengan Dasar

Pelaksanaan Kaunseling Sekolah yang telah diperkenalkan di Malaysia. Oleh itu,

proses membantu ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru biasa, rakan

sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Matlamat kaunseling akan dapat dicapai jika

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mendapat kerjasama dan sokongan padu

guru-guru yang dapat membekalkan matlamat berkaitan dengan tingkah laku

bermasalah murid-murid mereka.

Oleh yang demikian, dalam tugasan kali ini, kami diminta untuk mendapatkan

satu set kertas kerja program / aktiviti yang dijalankan di sekolah dan dikehendaki

mengenal pasti jenis pendekatan kaunseling yang digunakan dalam program

tersebut. Selain itu, kami telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti bimbingan

yang berkaitan dengan Mata pelajaran bahasa Melayu kepada murid yang

disasarkan. Oleh itu, setelah selesai menjalankan program, satu laporan lengkap

perlu disediakan sebelum, semasa dan selepas program dilaksanakan. Kesemua

maklumat tugasan tersebut boleh didapati dalam penulisan ilmiah ini.

3.1 Laporan sebelum Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi”

Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan

berterusan. Pelajar dididik atau dibimbing untuk mendapat dan mempelajari

pengalaman, nilai, sikap, perlakuan, dan kemahiran yang sesuai dengan

kehendak masyarakat majmuk.

Bimbingan dan kaunseling ini adalah untuk semua pelajar. Tiap-tiap

pelajar memperoleh peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar

belakang kaum, agama atau kepercayaan. Semua pelajar mempunyai hak

untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada

ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan

dan bimbingan dalam proses perkembangan dirinya, seterusnya melayan

Page 2: Laporan Program Kaunseling

keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan mereka supaya

berkembang dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan.

Program ini berhasrat untuk melaksanakan satu sesi kaunseling

kelompok di dua buah kelas Tahun 4 SK Kebun Baharu. Idea ini telah

dicetuskan berdasarkan penilaian dan pemerhatian guru semasa

menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Berdasarkan pemerhatian guru di dalam kelas, terdapat beberapa murid yang

kelihatan kurang berkeyakinan dan tidak memberikan kerjasama dalam

aktiviti berkumpulan. Selain itu, murid-murid juga menghadapi masalah untuk

berkomunikasi dengan ahli kumpulan ataupun rakan-rakan dari kelas yang

berlainan. Di samping itu, rata-rata murid hanya memberikan kerjasama dan

mahu berkomunikasi bersama rakan yang akrab sahaja. Oleh itu, satu

program telah dirancang bagi memenuhi tuntutan tugasan EDU 3107

Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak sekali gus diharapkan dapat

membantu murid-murid yang berhadapan dengan masalah dinyatakan.

Sebelum pelaksanaan program, beberapa kali pertemuan telah

diadakan. Pada pertemuan kali pertama, sebuah jawatankuasa ditubuhkan

bagi membuat pengagihan tugas dan penyelarasan program. Oleh itu, kami

telah bermesyuarat dan memilih ahli jawatankuasa yang dibuat secara undian

dengan adil. Pada mulanya kami hanya membentuk jawatankuasa pelaksana

sahaja yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha,

Bendahari dan Ketua jawatankuasa Aktiviti. Oleg itu bagi memudahkan

perbincangan jarak jauh, segala maklumat berkaitan program ini disampaikan

melalui perbincangan dan perhubungan melalui telefon atau email yang

diketuai oleh pengerusi program yang telah dilantik.

Pada pertemuan pertama juga kami telah berbincang mengenai

program yang akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan. Semua

jawatankuasa yang terlibat mencadangkan beberapa aktiviti yang bertepatan

dengan matlamat program dan bersesuaian dengan tahap kognitif murid-

murid yang dipilih. Segala perancangan dan tentatif program yang dirancang

dinyatakan dalam draf kertas kerja sebelum diproses ke peringkat akhir dan

dihantarkan kepada Guru Besar untuk penyemakan dan pengesahan

kebenaran melaksanakan program tersebut.

Bagi memastikan segala perancangan yang dibuat menepati

kehendak soalan dan bersesuaian dengan pendekatan, teori dan amalan

Page 3: Laporan Program Kaunseling

dalam kaunseling yang dikehendaki, kami telah membuat beberapa kali

rujukan bersama guru kaunseling SK Kebun Baharu. Dengan kata sepakat

dan penelitian masalah yang dihadapi murid, kami telah memilih jenis

perkhidmatan kaunseling kelompok yang mengaplikasikan pendekatan

pemulihan dan perkembangan. Pada peringkat seterusnya kami terus

menghantar kertas kerja kepada Guru besar untuk mendapat kebenaran dan

pengesahan sebelum melaksanakan program yang dirancang.

Setelah mendapat pengesahan daripada Guru Besar, pertemuan kali

kedua dilakukan bagi pembahagian tugasan semasa program dijalankan. Ahli

jawatankuasa alatan, persiapan tempat dan fasilitator dibentuk untuk setiap

kumpulan murid yang telah dipilih bagi memudahkan segala urusan dan

aktiviti setiap slot yang dijalankan. Setiap jawatankuasa yang dilantik

memainkan peranan dengan baik dan dapat melancarkan perjalanan

program yang dirancang. Sekiranya tiada kata sepakat dan kerjasama

jawatankuasa dalam sesuatu program, tidak mungkin program tersebut dapat

dijalankan dengan jaya. Bak kata pepatah, ‘bulat hati kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat’.

Page 4: Laporan Program Kaunseling

3.2 Laporan Semasa Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi

Pada 6 Mac 2014 yang lalu, sebuah program “Sehari Bersama Murid

Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi” telah dijalankan dengan

jayanya bagi memenuhi tuntutan tugasan subjek EDU 3107. Sehubungan itu,

seramai 68 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun 4 Arif dan 4

Bestari dan enam orang guru pelatih telah mengikuti program tersebut.

Matlamat program dilaksanakan adalah untuk menyedarkan murid tentang

kepentingan perhubungan antara individu dalam pembelajaran.

Pada pagi tersebut, seawal 7.30 pagi, semua murid Tahun 4 Arif dan

4 Bestari berkumpul di hadapan Balai Islam SK Kebun Baharu untuk

pendaftaran dan minum pagi yang telah disediakan oleh guru dan terus

bergerak masuk dan duduk dalam kumpulan kelas masing-masing. Tepat

7.45 pagi pula semua murid telah bersedia untuk mendengar taklimat ringkas

oleh guru fasilitator dan seterusnya mendengar ucapan perasmian yang

disampaikan oleh Pn. Norkhaida binti Supeno, Guru Kanan Hel Ehwal Murid

SK Kebun Baharu bagi mewakili Tn. Hj Kamalul Azam Bin Mohammad Guru

Besar SK Kebun baharu yang tidak dapat hadir merasmikan program yang

dilaksanakan.

SLOT 1: Permainan “BINGGO”

Usai majlis perasmian dan taklimat ringkas, program diteruskan lagi

dengan slot 1 iaitu aktiviti suai kenal antara fasilitator bersama murid. Aktiviti

pertama ini dinamakan Permainan “BINGGO” dan alatan yang diperlukan

dalam aktiviti ini hanyalah pen marker. Dalam permainan ini setiap peserta

memilih satu huruf yang terdiri daripada A-Z. Kemudian, murid hendaklah

menulis huruf yang dipilih pada tapak tangan kiri masing-masing

menggunakan pen marker yang disediakan. Guru menyebut satu perkataan

dan murid diminta mencari rakan lain yang mempunyai huruf yang sesuai

supaya dapat membentuk perkataan yang disebut oleh guru. Murid yang

berjaya membentuk perkataan yang disebut dipanggil ke hadapan untuk satu

ujian. Ujiannya ialah, guru bertanyakan latar belakang murid daripada

kumpulan yang dibentuk. Permainan diteruskan lagi untuk dua perkataan lain

yang disebut guru. Apabila selesai permainan, murid diminta untuk

menyatakan pengalaman mereka tentang aktiviti yang dijalankan.

Page 5: Laporan Program Kaunseling

Berdasarkan aktiviti slot pertama ini, fasilitator telah menggunakan

satu kemahiran asas dalam kaunseling iaitu kemahiran membina hubungan.

Kemahiran ini digunakan oleh fasilitator sebelum memulakan sesuatu aktiviti

agar murid terus memberikan kerjasama yang meyakinkan dalam proses

kaunseling agar sesi kaunseling berjalan dengan lancar. Kemahiran ini boleh

juga dianggap sebagai set induksi dalam memulakan pembelajaran yang

bertujuan untuk memberi rangsangan kepada murid untuk sentiasa tenang

dengan memberi persepsi pertama yang positif sebelum memulakan sesuatu

aktiviti. Dalam membina hubungan bersama antara guru dan murid terdapat

tiga perkara yang perlu dititikberatkan, iaitu suasana alam sekeliling, suasana

teraputik dan jarak komunikasi. Bagi keadaan ini, guru menyediakan ruang

yang sesuai, mencukupi dan selesa diduduki oleh murid. Selain itu bilik yang

digunakan haruslah tidak terlalu panas dan bukan kawasan yang berbau

seperti dekat dengan tandas. Jarak komunikasi antara guru dan murid juga

harus diperhatikan. Bagi yang berbeza agama, jantina, umur, budaya dan

latar belakang kaum, jarak untuk berkomunikasi haruslah tidak terlalu rapat

supaya murid lebih selesa untuk berbincang bersama rakan sebaya ataupun

bersama guru.

Selain kemahiran asas, satu teknik juga telah digunakan semasa

melaksanakan aktiviti suai kenal yang berkaitan dengan pendekatan

kaunseling tingkah laku ini. Oleh itu teknik main peranan dirasakan sesuai

dalam menangani masalah interaksi sepanjang aktiviti berlangsung. Semasa

aktiviti membentuk perkataan, terdapat beberapa orang murid yang gagal

mencari pasangan huruf seperti yang diminta disebabkan rasa malu untuk

bertanya secara terus secara rakan lain. Melalui aktiviti ini, guru dapat

mengenal pasti masalah induk yang dihadapi kebanyakan murid dalam

berinteraksi sesama mereka, selanjutnya guru telah cuba mengubah tingkah

laku tersebut dengan meminta murid untuk berkumpul dalam kumpulan huruf

yang sama dengan huruf yang tertulis pada tapak tangan kiri masing-masing.

Kesan daripada aktiviti pertama ini ialah murid dapat menghilangkan

rasa malu dan ketegangan dalam diri semasa berkomunikasi dan

bekerjasama bersama rakan lain. Selain itu ia telah memberikan peluang

kepada mereka untuk berkenalan sesama mereka. Jika sebelum ini mereka

hanya belajar di dalam kelas yang sama tetapi tidak mengenali antara satu

sama lain. Sehingga pada suatu hari, guru bertanyakan bilangan murid di

dalam kelas sendiri pun mereka masih tidak pasti berapa ahli di dalam kelas.

Page 6: Laporan Program Kaunseling

Ini menunjukkan masalah yang dihadapi oleh murid, mereka tidak mengenali

dan tidak mempedulikan rakan lain selain diri mereka sendiri sahaja.

SLOT 2: Aktiviti “Bicara Hati”

Kemudian pada jam 8.45 pagi, aktiviti pemecahan kelompok untuk

slot kedua dilaksanakan. Aktiviti ini dinamakan “Bicara hati” yang meminta

murid mencari 4 orang rakan yang dikenali untuk membentuk kumpulan bagi

menjalankan aktiviti seterusnya. Murid dibahagikan kepada beberapa

kumpulan (satu kumpulan 12 hingga 13 orang). Untuk lebih selesa, guru

mewujudkan kelompok atau kumpulan yang berasingan antara lelaki dengan

perempuan. Setiap kumpulan akan dibimbing oleh seorang guru dan dibawa

ke ruangan yang dirasakan sesuai dan selesa untuk menjalankan aktiviti

perbincangan mengenai masalah yang dihadapi di dalam bilik darjah. Soalan

ditumpukan kepada perasaan murid terhadap guru, terhadap sesama rakan

dan pandangan mereka daripada orang lain terhadap diri sendiri.

Semasa menjalankan aktiviti, fasilitator telah menggunakan dua teknik

kaunseling iaitu perkaitan bebas dan tranferens. Teknik perkaitan bebas

selalu digunakan dalam pendekatan psikoanalisis. Teknik ini memerlukan

murid untuk meluahkan apa sahaja yang terlintas dalam pemikirannya tanpa

menapis susunan logik perbualannya dengan fasilitator. Teknik ini juga

digunakan bagi tujuan mengingatkan semula murid akan pengalaman serta

emosi lampau yang pernah dialami murid selama berada dalam bilik darjah.

Fasilitator akan memberikan satu sikap interaksi yang menggalakkan supaya

murid boleh bertindak secara bebas tantang perkara yang hendak diluahkan.

Asas kepada teknik ini ialah kefahaman bahawa dalam diri individu

memang tersemat pendaman sebagai satu faktor mekanisme bela diri.

Tujuan perkaitan bebas adalah bagi membuka ruang kepada murid

melepaskan diri ke tahap sedar pendaman yang lama sehingga dapat

diluahkan. Contohnya semasa perbincangan, terdapat murid yang meluahkan

rasa ketidakselesaan murid terhadap guru yang sering menengking dan

memarahi mereka di dalam kelas walaupun kesalahan yang dilakukan hanya

sedikit. Mereka juga sering didenda oleh guru tersebut apabila tidak

menyiapkan tugasan yang diberikan ataupun tidak membawa buku latihan

kerja ke sekolah.

Page 7: Laporan Program Kaunseling

Kemudian, fasilitator menggunakan teknik tranferens yang juga selalu

digunakan dalam pendekatan psiko analisis. Teknik ini digunakan bagi

memberi galakan kepada murid bahawa fasilitator sememangnya bersedia

untuk memberikan bantuan. Konsep tranferens meletakkan murid (client)

dalam satu keadaan minda bahawa fasilitator (kaunselor) sebenarnya adalah

ibu bapa atau orang yang penting dalam kehidupan masa lampau mereka.

Dalam proses “Bicara Hati” iaitu sesi meluahkan perasaan, seseorang murid

itu sebenarnya telah menghidupkan semua tingkah laku lampaunya tanpa

disedari segala kepada fasilitator. Keadaan ini sangat perlu difahami oleh

fasilitator bagi menangani proses analisis dan pentafsiran mekanisme bela

diri murid sebelum sesi penyelesaian masalah.

Impaknya, setelah selesai sesi luahan perasaan, murid kelihatan lebih

tenang dan berasa lega apabila dapat berkongsi masalah bersama fasilitator.

Selain itu mereka kelihatan bersikap lebih terbuka untuk berkomunikasi dan

berkongsi masalah bersama rakan dan juga guru. Di samping itu, mereka

juga dapat membuang perasaan malu untuk berkongsi pengalaman tentang

perhubungan mereka sesama rakan dan hubungan antara murid dan guru.

SLOT 3 : Permainan “Di mana Aku?”

Pada jam 10.00 hingga 10.30 pagi murid dibenarkan berehat untuk

makan dan minum di kantin sekolah sebelum slot seterusnya dijalankan.

Tepat jam 10.35 pagi, bermula slot ketiga iaitu Terapi Seni. Terapi seni

adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita

fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri

boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.

Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan

perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan

melalui seni terutama lukisan. Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan,

gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.

Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk

membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta

supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala

emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya. Kaunselor

akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai

Page 8: Laporan Program Kaunseling

kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor

terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya

serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang

berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada

kaunselor. Satu aktiviti terapi seni yang difikirkan sesuai digunakan iaitu

permainan “Di mana Aku”? dilaksanakan dalam program ini. Dalam aktiviti ini,

membolehkan ahli kelompok berkongsi pengalaman tentang perhubungan

dirinya di dalam kelas. Cara bermain aktiviti tersebut ialah Setiap individu

diberikan sehelai kertas kosong dan sebatang pensel. Di atas kertas tersebut,

murid-murid diminta melukiskan diri mereka sendiri berserta guru dan rakan-

rakan. Kedudukan tersebut hendaklah berdasarkan HUBUNGAN antara

mereka di dalam kelas. Misalnya jika gambar diri mereka begitu rapat dengan

guru atau rakan, ini bererti bahawa hubungan mereka adalah sangat rapat.

Begitulah juga sebaliknya. Setelah semua pelajar menyiapkan gambar rajah

mereka, guru memungut kertas tersebut dan diproses satu persatu.

Teknik kaunseling yang diguna pakai sepanjang aktiviti melukis

suasana dalam bilik darjah, ialah teknik gambaran imej. Teknik ini boleh

memberi ingatan yang lebih jelas kepada murid tentang pengalaman yang

dilalui sama ada yang lampau, sekarang, atau pada masa akan datang

sepanjang keberadaan mereka di dalam bilik darjah. Cara ini dapat

menyenangkan murid menggunakan simbol dalam imejnya tentang perkara

yang menjadi kerumitannya. Di samping itu, fasilitator juga akan dapat

persepsi serta penilaian yang lebih jelas tentang masalah atau perasaan

murid setelah aktiviti menceritakan pengalaman yang dialaminya dalam

gambaran imej secara lisan. Kesannya guru dapat menilai perasaan dan

pengalaman murid ketika berada di dalam kelas secara individu melalui

lukisan yang dihantar kepada guru. Selain itu murid yang pemalu dan pasif di

dalam kelas juga dapat menzahirkan perasaan mereka terhadap rakan-rakan

dan guru di dalam kelas secara lukisan.

SLOT 4 : Terapi Muzik “Suara Kami”

Tepat jam 10.30 pagi, slot keempat dimulakan dan berjalan selama 1

jam 15 minit. Terapi yang dijalankan dalam slot ini ialah terapi muzik.

Page 9: Laporan Program Kaunseling

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan

juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat

dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada

mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah

pertumbuhan. Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau

menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga

melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik

membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk

meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka

dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu,

klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak

langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.

Aktiviti yang dijalankan diberi nama “Suara Kami” di mana murid

dikehendaki menyanyikan lagi patriotik yang telah diberikan oleh fasilitator

berdasarkan undian oleh ketua kumpulan. Lagu tersebut haruslah

dinyanyikan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing untuk melakukan

gaya dan cara nyanyian yang lebih kreatif dan menarik. Walau

bagaimanapun, ketika melakukan aktiviti nyanyian ini, terdapat masalah yang

dikenal pasti iaitu, terdapat murid yang tidak bersetuju dan merasakan

pergerakan yang dicadangkan oleh ahli kumpulan tidak bersesuaian dengan

lagu mereka. Namun dengan kata sepakat dan bimbingan daripada fasilitator,

mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan menggabungkan

beberapa idea daripada ahli kumpulan.

Teknik yang digunakan dalam aktiviti ini ialah menghilangkan rasa

malu. Teknik ini digunakan dalam pendekatan REBT. Tambahan lagi teknik

ini memerlukan klien untuk keluar ke khalayak ramai dan dengan berhati-hati

melakukan sesuatu tingkah laku yang dianggap ‘bodoh’ dan ‘memalukan’.

Pada masa yang sama juga klien akan digalakkan untuk merasai secara

kognitif dan emotif hanya terhadap perkara-perkara yang boleh dimaafkan

dan bukannya ‘malu’ apabila tingkah laku tersebut tidak diterima oleh orang

lain.

Kesan daripada aktiviti ini, murid dapat membina rasa keyakinan diri

untuk tampil ke hadapan bagi mempersembahkan nyanyian lagu patriotik

kumpulan masing-masing mengikut kreativiti dan hasil perbincangan bersama

ahli kumpulan. Selain itu, melalui aktiviti ini dapat mengukuhkan semangat

Page 10: Laporan Program Kaunseling

kerjasama antara ahli dalam memilih cara nyanyian dan pergerakan kreatif

untuk kumpulan masing-masing walaupun pada mulanya mereka tidak

sependapat dan berasa malu untuk tampil ke hadapan kelas.

SLOT 5 : Permainan “Telefon Rosak”

Berbakikan masa selama 1 jam ini, dua slot tambahan masih sempat

dijalankan. Dalam slot yang kelima, aktiviti permainan bahasa yang dikaitkan

dengan subjek Bahasa Melayu dinamakan sebagai permainan “Telefon

Rosak”. Permainan ini menggunakan alat pemintal lidah untuk aktiviti

kumpulan. Pemintal lidah ini dilaksanakan oleh guru bagi melatih murid

menyebut perkataan yang hampir sama bunyinya. Perkataan ini sama dari

segi bunyi tetapi terdapat beberapa perbezaan konsonan dan vokal yang

menjadikan perbezaan maksud bagi perkataan tersebut. Aktiviti ini

merupakan latih tubi perkataan dengan mengulang-ulangnya.

Contoh :

Chah cari cincin cicir celah laci

Johan jemput Joyah jalan-jalan jumpa Jothi

Kuku kiri kaki kakak kena ketuk kayu keras

Hari raya Ramlah ramai-ramai pergi ronda-ronda rumah rakan

Melalui aktiviti pemintal lidah ini dapat membantu murid menghafal,

menyebut dengan betul dan tepat serta perkara yang disebut itu akan kekal

dalam ingatan. Latih tubi ini boleh membantu murid yang menghadapi

masalah membunyikan fonem. Ini merupakan latihan asas mendengar,

membaca dan bertutur yang berkesan kepada murid. Selain itu, semangat

kerjasama antara ahli kumpulan juga dapat dipupuk kerana setiap ahli

memainkan peranan. Jika tiada kesepakatan dan masih wujud lagi perasaan

malu, aktiviti ini mungkin tidak akan berjaya kerana dalam aktiviti ini, setiap

ahli kumpulan akan lebih rapat untuk membisikkan ayat pemintal lidah

tersebut.

Page 11: Laporan Program Kaunseling

SLOT 6 : Aktiviti “Pembugar”

Aktiviti terakhir yang sempat dijalankan ialah aktiviti “Pembugar”

ataupun “Energizers”. Aktiviti ini dinamakan “K-Bom”. Beberapa aktiviti untuk

membangkitkan semangat. Pembugar merupakan suatu alternatif untuk guru

bagi memotivasikan murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Perkara ini amat penting untuk membolehkan murid

memberikan tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kebanyakan murid di

sekolah mengalami masalah disruptif ketika sesi PnP. Hal ini disebabkan

murid-murid tersebut tidak bersedia untuk mengikuti pelajaran guru

berkenaan. Melalui pengaplikasian pembugar ini dapat meningkatkan kadar

disiplin murid dalam kelas dan luar kelas.

Fungsi pembugar adalah untuk menghilangkan rasa bosan dalam diri

murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Sesi

pengajaran dan pembelajaran boleh terganggu apabila terdapat murid mula

berasa bosan semasa guru sedang mengajar. Hasilnya objektif pembelajaran

pada waktu tersebut tidak akan tercapai. Oleh itu guru perlu peka akan

keadaan sekeliling anak-anak muridnya. Kebosanan boleh berlaku dalam

kalangan murid disebabkan cara penyampaian yang kurang menarik ataupun

sikap murid itu sendiri tidak minat akan tajuk yang dipelajari pada hari

tersebut. Oleh itu dengan melakukan aktiviti pembugar ini, tingkah laku

disruptif dapat diatasi sekali gus pengajaran pada waktu tersebut berjalan

dengan lancar kerana murid-murid menumpukan perhatian dan membuat

aktiviti yang disuruh oleh guru mereka semasa dalam kelas.

Penutupan

Setelah selesai menjalankan 6 slot aktiviti terapi bersama murid, dan

sebelum fasilitator melabuhkan tirai penutupan, semua murid mendengar

ucapan alu-aluan dan ucapan terima kasih daripada Pn. Norfaizah BT

Nasaruddin, kaunselor SK Kebun Baharu sekali gus menutup rasmi program

tersebut. Di kesempatan itu juga, kami telah menerima cenderamata dan

wakil fasilitator juga telah menyampaikan cenderamata kepada Unit

Bimbingan dan kaunseling SK Kebun Baharu sebagai tanda kenang-

kenangan dan ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Page 12: Laporan Program Kaunseling

Ulasan keseluruhan

Secara keseluruhannya, terdapat empat pendekatan dalam bimbingan

dan kaunseling iaitu pendekatan krisis, pendekatan pemulihan, pendekatan

pencegahan dan pendekatan perkembangan. Setiap pendekatan mempuyai

tema penting yang mempengaruhi arah program, jenis perkhidmatan yang

disediakan dan bagaimana personel profesional menggunakan masa mereka.

Melalui program Sehari Bersama Murid ke Arah Kecemerlangan melalui

Kaedah Terapi, pendekatan pemulihan telah menjadi tunggak utama bagi

sesi bimbingan dan kaunseling murid.

Pendekatan pemulihan memberi fokus kepada kekurangan atau

masalah yang telah dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah

mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk

mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Contohnya bagi kes kebanyakan murid

tahun 4 Arif dan 4 Bestari, mereka dilihat mempunyai masalah dalam

berhubung (berkomunikasi) antara sesama mereka dan murid lain. Mungkin

mereka tidak tahu bagaimana cara untuk bersosial atau tidak dilatih dalam

kemahiran interpersonal. Lanjutan daripada masalah ini, aktiviti yang

melibatkan banyak perbincangan berkumpulan telah dirancang bertujuan

agar dapat melatih murid untuk membiasakan diri bertukar pendapat dan

memberikan cadangan dalam pelaksanaan tugasan berkumpulan seperti

yang diminta. Dengan ini, murid akan mendapat manfaat dalam kaunseling

kelompok yang diketuai oleh fasilitator supaya kemahiran interpersonal

dibincang dan dipraktikkan. Semasa murid berkenaan memperbaiki

kelemahan sosialnya, perhubungan dengan guru dan murid lain juga mungkin

bertambah baik.

Teori merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan

pandangan daripada tokoh-tokoh hebat bertujuan menjelaskan sesuatu

kejadian atau sesuatu fenomena. Kepada seseorang kaunselor, kepentingan

teori diumpamakan sebagai sebuah peta bagi memudahkan proses

menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain teori dapat memberi maksud,

keyakinan dan hala tuju yang jelas kepada seseorang Kaunselor.

REBT (Rational Emotive Behaviour Therapy) merupakan teori yang

dibangunkan oleh Albert Ellis di mana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini

menekankan kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang

menyebabkan berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku

individu. Mengikut teori ini, manusia menghadapi atau menjadi bermasalah

Page 13: Laporan Program Kaunseling

bukan akibat daripada perkara atau sesuatu peristiwa yang berlaku tetapi

idea-idea atau sistem kepercayaannya yang tidak rasional, tidak realistik dan

tidak logik. Akibatnya akan timbullah gangguan emosi tingkah laku yang

bersifat self-defeating dan tidak mempunyai arah kendiri yang jelas (self-

direction). Ini bermakna manusia tersebut telah menjadi mangsa akibat idea-

idea yang tidak rasional ini dan perlu dibantu untuk memikirkan semula

tentang masalahnya.

Berdasarkan kepada teori ini, berikut merupakan penyataan masalah

yang dapat dihuraikan secara ringkas mengenai transformasi sikap segelintir

murid tahun 4 Arif dan 4 Bestari yang telah dianalisis:

A (peristiwa)

Murid-murid lain telah mentertawakan saya.

B (kepercayaan)

Saya ditertawakan kerana tidak dapat bercakap dengan baik dan kelihatan

bodoh ketika sedang berdiri di hadapan khalayak.

C (akibat)

Menjadi tidak yakin dan takut untuk tampil ke hadapan kelas bagi

membentangkan hasil kerja kumpulan

D (hujah atau cabaran kepada sistem)

Terima hakikat kekurangan diri dan terus berusaha.

E (kesan baru emosi tingkah laku)

Murid boleh lebih bersabar, bercakap dengan lancar, boleh bergaul dengan

rakan lain dan berani tampil jika diminta oleh guru.

Rasa malu yang teramat juga dapat dikenal pasti menjadi salah satu ciri-ciri

kepercayaan tidak rasional apabila murid dilihat mempunyai rasa malu yang

amat mendalam lalu cuba membesar-besarkan masalahnya atau melihatnya

secara sedih dan sayu. Akibatnya akan melahirkan perasaan takut dan

kebimbangan yang tidak menentu.

Di samping itu, murid juga mempunyai ciri terlalu menuntut

(demandingness) di mana mereka mempunyai kecenderungan menganggap

sesuatu perkara sebagai sesuatu yang mesti, patut dan harus berlaku.

Page 14: Laporan Program Kaunseling

Contohnya, murid yang tampil untuk membentangkan hasil kumpulan terlalu

bimbang untuk membuat yang terbaik agar ahli kumpulannya berasa bangga

dengan kejayaan yang bakal dipersembahkan sebentar nanti. Namun begitu,

apabila berlaku kegagalan untuk mencapainya, kesannya, akan wujud

perasaan kecewa yang mendalam, terlalu marah dan kebencian terhadap

dirinya sendiri.

Kesimpulannya, bagi membendung permasalahan ini, program

berlandaskan teori REBT telah dilaksanakan bertujuan agar dapat menanam

minat bersosial (social-interest) secara berkesan melalui aktiviti suai kenal

dan nyanyian lagu patriotik di mana murid akan berbincang secara kritis dan

kreatif untuk mendapatkan hasil kerja kumpulan yang terbaik. Selain itu, teori

ini juga membantu murid untuk membina sikap bertoleransi hasil daripada

pemikiran sihat dan matang serta tidak mengamalkan sikap menyalahkan

orang lain akibat tingkah lakunya.

Bentuk terapi Rasional Emotif (RET) tidak menekankan kepentingan

perhubungan antara kaunselor dengan klien. Ini tidak bermakna ia tidak

menjamin kejayaan dalam proses kaunseling. Buktinya, meskipun kaunseling

kelompok dijalankan dengan melibatkan seramai dua belas orang murid,

namun di akhir program, murid dilihat dapat mencapai objektif program

apabila mereka kelihatan akrab dan mesra bukan kepada guru fasilitator

malah antara sesama mereka.

Page 15: Laporan Program Kaunseling

3.3 Laporan Selepas Program “Sehari Bersama Murid Ke Arah Kecemerlangan Melalui Kaedah Terapi

Post Mortem

1) KEBAIKAN / KELEBIHAN

Perjalanan proses kerja berjalan lancar dan segala rancangan yang

diatur berjalan dengan baik mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Tempat program dijalankan bersesuaian dengan tentatif yang

dirancang. Kerana kawasan yang luas bagi memudahkan pergerakan

murid dalam aktiviti kumpulan. Segala peralatan yang diperlukan juga

telah disediakan dapat digunakan dengan baik.

Semua fasilitator yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan baik.

Keberkesanan aktiviti dapat dilihat dengan adanya penglibatan yang

baik dan disiplin yang tinggi dapat ditunjukkan oleh setiap murid.

Semua murid dan fasilitator yang terlibat dengan program ini dapat

memenuhi masa dengan baik seperti yang dijadualkan.

2) KEKURANGAN / KELEMAHAN

Masa aktiviti yang pendek iaitu sehari memberi masa yang sedikit

kepada peserta menghayati setiap aktiviti yang dijalankan dengan

sempurna.

Fasilitator tidak menyediakan buku tentatif program dan teks ucapan

untuk pengacara majlis.

Ganjaran untuk peserta juga tidak disediakan untuk beberapa aktiviti

yang melibatkan pertandingan kumpulan.

3) CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Masa kursus dibuat lebih lama misalnya 2 hari agar penghayatan

setiap pengisian terapi dan aktiviti lebih lama dan lebih banyak aktiviti

dapat dijalankan.

Page 16: Laporan Program Kaunseling

fasilitator perlu memastikan segala persiapan perlu disediakan

dengan lebih rapi dan sempurna agar tidak mengganggu perjalanan

majlis rasmi seperti ini.

Fasilitator perlu lebih mengetatkan disiplin murid yang terlibat agar

segala aktiviti yang dijalankan tidak mencuri waktu untuk aktiviti lain

yang telah ditetapkan.

Ganjaran dan hadiah untuk murid perlu disediakan untuk menjadikan

mereka lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti yang dijalankan.

Peringkat terakhir ialah laporan keseluruhan aktiviti dan tugasan yang

telah diberikan oleh pensyarah dilaksanakan hingga selesai.