laporan program global warming

5
LAPORAN PROGRAM GLOBAL WARMING - “KIDS GO GREEN” DENGAN KERJASAMA BONUSLINK Pada 3 Julai 2015 yang lalu, gabungan Sekolah La Salle 1 dan 2, Brickfields, Kuala Lumpur telah bekerjasama bersama BonusLink dalam menganjurkan satu program khas mengenai kesedaran terhadap Global Warming yang dinamakan “Kids Go Green Program”. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan murid-murid sekolah mengenai keruncingan masalah pemanasan global yang semakin merisaukan hari demi hari. Pihak BonusLink telah menjalankan program khas ini dari sekolah- sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan La Salle 1 dan 2 juga tidak melepaskan peluang untuk sama menyertai program yang sangat ilmiah dan bermanfaat ini. Dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris, melalui bantuan Pegawai SISC, Pn.Yong, kedua-dua sekalh telah bersetuju untuk menyertai program ini dan seramai 130 orang murid gabungan dua sekolah terlibat semasa program dilangsungkan. Program “Kids Go Green” telah dilangsungkan di dewan tertutup Sekolah Kebangsaan La Salle 2 pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Segala prasarana seperti PA system dan kemudahan ICT telah disediakan lengkap oleh pihak sekolah sepanjang program dijalankan. Pengisian program yang amat bermanfaat dalam membuka minda para murid mengenai kepentingan konsep 3R iaitu Reuse,Reduce,Recylce amat ditekankan oleh pihak penceramah dari BonusLink. Hasil keseluruhan program dapat dilihat melalui kesan dan kesedaran murid mengenai ilmu- ilmu baru seperti konsep rumah hijau, amalan yang membawa kepada pemanasan global dan juga langkah-langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh semua murid baik di sekolah mahupun dirumah. Pengakhiran slot diisi dengan kuiz kepada murid-murid dan hampir kesemua murid mengambil bahagian dan teruja menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan. Pihak BonusLink juga telah menyediakan token dan penghargaan kepada kesemua murid dan juga guru-guru yang terlibat. Tambahan lagi, Pihak BonusLink telah menyediakan sebuah pokok sebagai ingatan dan cenderamata untuk ditanam dikawasan sekolah oleh para pentadbir. Secara keseluruhannya, program “Kids Go Green” yang dilangsungkan adalah sangat bermanfaat dan dilangsungkan dengan jayanya. Semoga dengan permulaan gabungan program ini akan menjadi pencetus supaya

Upload: muhd-hirdzi

Post on 15-Dec-2015

243 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sk la salle

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Global Warming

LAPORAN PROGRAM GLOBAL WARMING - “KIDS GO GREEN” DENGAN KERJASAMA BONUSLINK

Pada 3 Julai 2015 yang lalu, gabungan Sekolah La Salle 1 dan 2, Brickfields, Kuala Lumpur telah bekerjasama bersama BonusLink dalam menganjurkan satu program khas mengenai kesedaran terhadap Global Warming yang dinamakan “Kids Go Green Program”. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan murid-murid sekolah mengenai keruncingan masalah pemanasan global yang semakin merisaukan hari demi hari. Pihak BonusLink telah menjalankan program khas ini dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan La Salle 1 dan 2 juga tidak melepaskan peluang untuk sama menyertai program yang sangat ilmiah dan bermanfaat ini.

Dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris, melalui bantuan Pegawai SISC, Pn.Yong, kedua-dua sekalh telah bersetuju untuk menyertai program ini dan seramai 130 orang murid gabungan dua sekolah terlibat semasa program dilangsungkan. Program “Kids Go Green” telah dilangsungkan di dewan tertutup Sekolah Kebangsaan La Salle 2 pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah hari. Segala prasarana seperti PA system dan kemudahan ICT telah disediakan lengkap oleh pihak sekolah sepanjang program dijalankan.

Pengisian program yang amat bermanfaat dalam membuka minda para murid mengenai kepentingan konsep 3R iaitu Reuse,Reduce,Recylce amat ditekankan oleh pihak penceramah dari BonusLink. Hasil keseluruhan program dapat dilihat melalui kesan dan kesedaran murid mengenai ilmu-ilmu baru seperti konsep rumah hijau, amalan yang membawa kepada pemanasan global dan juga langkah-langkah mudah yang boleh dipraktikkan oleh semua murid baik di sekolah mahupun dirumah. Pengakhiran slot diisi dengan kuiz kepada murid-murid dan hampir kesemua murid mengambil bahagian dan teruja menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan. Pihak BonusLink juga telah menyediakan token dan penghargaan kepada kesemua murid dan juga guru-guru yang terlibat. Tambahan lagi, Pihak BonusLink telah menyediakan sebuah pokok sebagai ingatan dan cenderamata untuk ditanam dikawasan sekolah oleh para pentadbir.

Secara keseluruhannya, program “Kids Go Green” yang dilangsungkan adalah sangat bermanfaat dan dilangsungkan dengan jayanya. Semoga dengan permulaan gabungan program ini akan menjadi pencetus supaya pihak-pihak NGO yang lain dapat menjalankan program-program seperti ini dengan lebih giat di masa hadapan.

Disediakan oleh:

……………………………

(Muhammad Hirdzi B. Zainal Abidin)

Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris

SK La Salle (1) Brickfields K.L

Disahkan oleh:

………………………….

(Pn. Siti Zaharah Bt. Haji Nawawi)

Guru Besar SK La Salle (1)

Brickfields, K.L

Page 2: Laporan Program Global Warming

Dokumentasi Program Global Warming - Kids Go Green

Page 3: Laporan Program Global Warming
Page 4: Laporan Program Global Warming