laporan program indahnya sekolahku.docx

26
LAPORAN PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU TARIKH : 21 JUN 2014 (SABTU) TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU Pada 21 Jun yang lalu seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 telah menganjurkan Program Indahnya Sekolahku bertempat di Sekolah Kebangsaan, Arau, Perlis. Seramai 30 orang murid yang terpilih telah mengikuti program tersebut yang dijalankan selama satu hari.. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur . 8.00 pagi – Pendaftaran peserta Program dimulai dengan pendaftaran. Seramai 30 orang murid yang telah dipilih telah hadir dan mendaftarkan diri.

Upload: noraini-huzin

Post on 09-Nov-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PROGRAM INDAHNYA SEKOLAHKU

TARIKH: 21 JUN 2014 (SABTU)TEMPAT: SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU

Pada 21 Jun yang lalu seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 telah menganjurkan Program Indahnya Sekolahku bertempat di Sekolah Kebangsaan, Arau, Perlis. Seramai 30 orang murid yang terpilih telah mengikuti program tersebut yang dijalankan selama satu hari.. Pelbagai aktiviti telah diatur oleh pihak penganjur .

8.00 pagi Pendaftaran peserta Program dimulai dengan pendaftaran. Seramai 30 orang murid yang telah dipilih telah hadir dan mendaftarkan diri. 8.30 pagi Sesi TaklimatTaklimat mengenai objektif, peraturan dan tentatif program diberikan kepada peserta program oleh pihak penganjur agar mereka mengetahui matlamat program ini diadakan dan semoga program yang dirancang dapat dijalankan dengan sempurna.

8.45 pagi Cergas Diri / SenamrobikRegangan dan senamrobik dilakukan sebagai persediaan fizikal untuk aktiviti seterusnya. Aktiviti ini diketuai oleh pelajar sendiri berpandukan tayangan LCD dengan bantuan dan pemantauan guru.

REGANGAN

SENAMROBIK

9.00 pagi Pembahagian Kumpulan dan Penyerahan Kawasan AngkatPara peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu 10 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan diberikan satu kawasan angkat iaitu Kawasan Kebun Sayur, Taman Herba dan Kolam Ikan. Setiap kumpulan dikehendaki membersihkan kawasan angkat yang telah diamanahkan sebelum menjalankan aktiviti seterusnya.

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KAWASAN ANGKAT

KEBUN SAYUR

TAMAN HERBA

KOLAM IKAN

9.20 pagi Membersihkan kawasan angkatGotong-royong membersihkan tapak semaian bagi kebun sayur dan taman herba serta membersihkan kolam ikan

10.30 pagi Setelah selesai membersihkan tapak semaian dan kolam ikan, setiap ahli kumpulan sama-sama bergotong royong melaksanakan tugas mengikut kawasan angkat masing-masing

KEBUN SAYUR

MENANAM SAYUR

MENANAM TUMBUHAN HERBA

DI TAMAN HERBA

AKTIVITI DI KOLAM IKAN

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA HASIL KAWASAN ANGKAT MASING-MASING

12.30 Tengahari 2.00 Petang - Masa untuk makan tengahari dan solat zuhur. Pihak penganjur menyediakan makan tengahari untuk peserta. Mereka makan bersama-sama di kantin sekolah. Kemudian solat berjamaah di Surau Sekolah.

MAKAN TENGAHARI BERSAMA

SOLAT ZUHUR BERJAMAAH

2.00 4.00 Petang Selepas makan tengahari dan solat Zuhur, program disambung dengan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti dimulai dengan memberi taklimat. Peserta program berada di dalam kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kad manila, pembaris dan pen marker. Mereka diminta untuk berbincang dan menghasilkan Jadual Bertugas mengikut Kawasan Angkat yang telah ditetapkan. Seterusnya wakil kumpulan diminta membentangkan hasil perbincangan mereka.

L.D.K

4.30 Petang Majlis Penutupan. Majlis Penutupan Program disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Tn. Sy. Nizamuddin b. Sy. Ahmad.

PENUTUPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH

GURU PPG (PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU) AMBILAN JUN 2011 YANG TERLIBAT SEPENUHNYA SEBAGAI PENGANJUR DAN PENGELOLA PROGRAM BINA INSAN GURU SAYANGI SEKOLAH ANDA YANG DIADAKAN PADA 21 JUN 2014 DI SEKOLAH KEBANGSAAN ARAU, PERLIS.