laporan pke3043e

6
LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN SEKOLH Promosi Program Kesihatan Sekolah adalah merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) opsyen Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan tugasan ini adalah bagi memenuhi sukatan kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3043E). PKE3043E ini adalah merupakan kursus wajib diikuti oleh peserta atau pelajar opsyen Pendidikan Jasmani. Justeru dengan itu, program yang telah kami pilih dan laksanakan adalah kempen “Saya Warga Sihat” (I WANT). Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Konsep sihat bukan setakat sihat tubuh badan tetapi ia juga melibatkan hubungan sosial yang sihat, persekitaran sihat, pemakanan yang sihat dan seimbang serta menekankan perlunya mengamalkan senaman secara konsisten. Dengan adanya kesedaran tentang kesihatan ini, adalah diharapkan akan wujud dan menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Pelaksanaan program ini juga adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan “Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Hidup Sihat”.Golongan sasaran program ini selain melibatkan warga SK Astana Raja yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru,kakitangan sokongan serta murid-murid, program ini juga menyasarkan penglibatan murid sekolah yang berdekatan serta komuniti setempat.. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti senamrobik, kempen derma darah, pameran kesihatan, ceramah dan sidang video anti rokok,pertandingan

Upload: linasally

Post on 02-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

lp

TRANSCRIPT

LAPORAN KESELURUHAN PROGRAM PROMOSI KESIHATAN SEKOLHPromosi Program Kesihatan Sekolah adalah merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG) opsyen Pendidikan Jasmani. Pelaksanaan tugasan ini adalah bagi memenuhi sukatan kursus Program Kesihatan Sekolah (PKE3043E). PKE3043E ini adalah merupakan kursus wajib diikuti oleh peserta atau pelajar opsyen Pendidikan Jasmani. Justeru dengan itu, program yang telah kami pilih dan laksanakan adalah kempen Saya Warga Sihat (I WANT). Kempen ini adalah bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada para peserta betapa pentingnya menjaga kesihatan diri serta mengamalkan gaya hidup yang sihat. Konsep sihat bukan setakat sihat tubuh badan tetapi ia juga melibatkan hubungan sosial yang sihat, persekitaran sihat, pemakanan yang sihat dan seimbang serta menekankan perlunya mengamalkan senaman secara konsisten. Dengan adanya kesedaran tentang kesihatan ini, adalah diharapkan akan wujud dan menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Pelaksanaan program ini juga adalah bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat (PBSS) bagi melahirkan Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Hidup Sihat.Golongan sasaran program ini selain melibatkan warga SK Astana Raja yang terdiri daripada pentadbir, guru-guru,kakitangan sokongan serta murid-murid, program ini juga menyasarkan penglibatan murid sekolah yang berdekatan serta komuniti setempat.. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti senamrobik, kempen derma darah, pameran kesihatan, ceramah dan sidang video anti rokok,pertandingan mewarna, pertandingan mencari harta karun minda, melukis poster, demonstrasi masakan, kuiz kesihatan, pertandingan snek sihat, dan tunjuk cara pemeriksaan kesihatan kendiri. Pameran kesihatan dan kuiz kesihatan dijayakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Rembau. Manakala ceramah berkaitan anti rokok kami telah berjaya mendapatkan khidmat daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Rembau. Kami amat bersyukur kehadrat Illahi, kerana dengan izin Nya program yang kami rancang telah berjalan dengan lancar dengan jayanya. Melalui pelaksanaan tugasan ini, ianya memberikan kami pengetahuan serta pengalaman bagaimana hendak melaksanakan sesuatu program. Kerana tanpa kerjasama pelbagai pihak yang terlibat, program ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya seperti yang direncana dan diharapkan. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih juga saya ucapakan kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Razak bin Sulong dan Encik Ahmad Latfi bin Latif yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat serta bimbingan bagi melaksanakan program ini. Bagi menjadikan program yang kami rancang ini berjalan lancar dan dengan jayanya, kami telah membuat perancangan yang teliti, memandangkan program yang kami pilih ini adalah merupakan satu program yang agak besar kerana ianya bukan sahaja melibatkan warga sekolah tetapi juga melibatkan masyarakat setempat, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.SEBELUM1. Perkara pertama yang kami lakukan adalah berbincang dengan pihak pentadbir sekolah SK Astana Raja, Rembau tentang program yang ingin kami laksanakan dan kami telah memberikan kertas cadangan mengenai program tersebut. Kami telah memberikan gambaran awal tentang program tersebut.

2. Apabila mendapat persetujuan awal hasil dari perbincangan bersama dengan pihak pentadbir sekolah, kami mula menyiapkan dan memurnikan kertas kerja. Seterusnya kami menghantar kertas kerja tersebut kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan.3. Setelah mendapat kelulusan daripada Guru Besar, kami menetapkan tarikh mesyuarat kali pertama untuk membentuk ahli jawatankuasa pelaksana dan jawatankuasa kerja serta bagi membentangkan kertas kerja yang telah kami sediakan kepada guru-guru dan staff SK Astana Raja.

4. Kami telah megeluarkan surat jemputan kepada agensi-agensi kerajaan dan badan-badan berkanun serta ketua masyarakat untuk turut serta dan mengambil bahagian dalam program kelak.

5. Seterusnya kami membuat mesyuarat kali kedua. Kali ini disertai oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah, Pegawai Pelajaran Daerah, wakil AADK, Hospital Tuanku Jaafar, ketua masyarakat, guru-guru dari sekolah yang berdekatan yang bersetuju untuk turut serta dalam program ini. Sekali lagi kami telah membentangkan kertas kerja. Pada kali ini, kami membentangkan tentang aktiviti yang dirancang dan akan dilaksanakan, memberikan taklimat dan penerangan perjalanan program tersebut. Pihak Pejabat Kesiahatan Daerah telah bersetuju untuk membuat pameran, program menderma darah dan kuiz kesihatan. Pihak AADK juga turut bersetuju untuk membuat pameran dan tayangan video. Sekolah yang berdekatan bersetuju menghantar pelajar untuk menyertai kuiz kesiahatan yang bakal diadakan. Kempen derma darah akan dilaksanakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.5. Kami telah membawa agensi yang terlibat ke tapak berlangsungnya program itu kelak. Kami menerangkan susun atur atau pelan dan lokasi tapak program bagi memudahkan mereka membuat perisapan.6. Kami telah membuat mesyuarat terakhir bagi tujuan mendapatkan maklumat daripada setiap ahli jawatankuasa kerja tentang aktiviti yang telah dirancangkan dan mengetahui perkembangan persiapan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam program itu kelak. Di sini kami juga telah memaklumkan bahawa Dato Dr. Haji Awaluddin bin Said iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan setuju untuk hadir dan akan merasmikan upacara penutupan rasmi.7. Membuat persiapan akhir iaitu dengan memastikan tapak program telah disusun dan siap seperti yang dikehendaki dan kelengkapan mencukupi serta berada dalam dalam keadaan seperti yang diharapkan. Kami juga telah membuat senarai semak bagi melicin dan melancarakan perjalanan program.SEMASA1. Program Promosi Kesihatan Sekolah ini berlangsung seperti ketetapan berikut :Tarikh: 21 Ogos 2014

Hari: Khamis

Masa: 7.30 pagi -4.30 petang

Tempat : SK Astana Raja, Rembau

Tema: Saya Warga Sihat (I WANT)2. Kempen derma darah telah diadakan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. Aktiviti ini mendapat kerjasama dan dikelolakan oleh pihak hospital. Sambutan yang diterima amat menggalakan. Kempen derma darah ini telah diadakan awal daripada tarikh program memandangkan jarak hospital daripada sekolah adalah jauh.3. Semua ahli jawatankuasa mengambil tempat masing-masing dan menjalankan tugas mengikut bidang tugas yang telah ditetapkan.

4. Acara pada pagi tersebut dimulakan dengan aktiviti senamrobik iaitu pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti ini telah diadakan di padang sekolah. Sambutan daripada para peserta amat menggalakan. Acara ini turut disertai oleh masyarakat setempat.5. Aktiviti seperti kuiz kesihatan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan tayangan video dan demonstrasi masakan berjalan dengan lancar dan jayanya seperti yang dirancang dan diharapkan. Kerjasama daripada pihak atau agensi yang terlibat amat baik sekali dan sambutan yang diterima daripada pengunjung, peserta dan masyarakat amat memberangsangkan.

6. Cuaca yang elok membolehkan segala aktiviti dapat berjalan dengan baik.7. Program berakhir pada pukul 4.00 petang. Majilis penutupan rasmi telah telah disempurnakan oleh Dato Dr. Haji Awaluddin bin Said, Speaker Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan.

SELEPAS1. Membuat mesyuarat dan post mortem tentang program yang telah dilaksanakan. Mendapatkan laporan daripada ahli jawatan kuasa berkaitan program untuk mendapatkan respon daripada setiap ahli jawatankuasa sekiranya berlaku aduan, kelemahan,kekurangan sepanjang program berlangsung. Sekiranya terdapat aduan, masalah, kelemahan dan kekurangan sepanjang pelaksanaan program maka tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan perlu diambil pada masa akan datang agar program dapat dijalankan tanpa ada sebarang masalah.2. Sijil dan surat penghargaan diberikan kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, sekolah yang turut sama menjayakan program.Sesungguhnya kelancaran dan berjayanya program yang telah kami laksanakan ini adalah hasil daripada kerjasama yang jitu dan kerja keras kalangan ahli kumpulan yang terdiri daripada Saudara Hamiza bin Zaini, Saudari Salina binti Hamdan dan Saudara Ag Musliman Abdullah.Setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak SK Astana Raja,Rembau, agensi-agensi kerajaan, badan berkanun,sekolah yang berdekatan, masyarakat setempat serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga semangat berkerjasama ini dapat dikekalkan dan diteruskan sampai bila-bila. Bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat.