laporan pertandingan choral speaking 2010.doc

Upload: zorimas-mohd-kudin

Post on 09-Jan-2016

55 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING & ACTIONS SONGPERINGKAT SK. PEKAN BEAUFORT 2010

Pada 8 November 2010 bersamaan hari Isnin, Panitia Bahasa Inggeris anjuran bersama Persatuan Bahasa Inggeris telah mengadakan Pertandingan Choral Speaking bagi murid Tahap 2 dan Actions Song bagi murid Tahap 1.

Semua murid dari setiap kelas kecuali Tahun 6C terlibat di dalam aktiviti ini. Pertandingan ini telah dirasmikan Guru Besar SK Pekan Beaufort. Program ini melibatkan semua guru khasnya guru matapelajaran B. Inggeris. Aktiviti ini menjurus kepada konsep pengajaran dan pembelajaran bersama.

Semua guru dan murid yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti tersebut telah menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang padu sehinggalah pertandingan tersebut tamat.Disediakan oleh,

(MAZIAH AWANG)

Pengerusi,

Panitia Bahasa Inggeris,

SK. Pekan Beaufort.

LAPORAN 3W PROGRAMMETAHUN 2010

SK. PEKAN BEAUFORT

PENDAHULUAN

Program ini dijalankan oleh Panitia B.Inggeris adalah untuk memperkayakan pengetahuan dan meningkatkan pemahaman murid tentang perbendaharaan kata (vocabulary) B.Inggeris yang telah mereka pelajari dan meperkenalkan perkataan baru.

Program ini juga merupakan langkah untuk melahirkan murid SK Pekan Beaufort yang fasih menyebut, mengeja dan memahami maksud perkataan dalam B.Inggeris tersebut dengan betul.

OBJEKTIF AKTIVITI

Memperkayakan perbendaharaan kata murid-murid.

Memberi peluang kepada murid untuk mempelajari dan memahami maksud perkatan dan sebutan yang betul.

Menyediakan peluang kepada murid-murid untuk saling berinteraksi antara satu sama lain.

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahap 1 dan tahap 2.

TARIKH PELAKSANAAN

Dijalankan bermula bulan Januari hingga Mei 2010.

PELAKSANAAN AKTIVITI

1. Guru mata pelajaran B.Inggeris menyediakan 3 perkataan bersama dengan maksud dan ayatnya setiap minggu. 3 orang murid dipilih untuk membacanya pada masa perhimpunan. Murid-murid lain mendengar.2. Murid-murid menyalin semua perkataan tersebut di dalam buku vocabulary masing-masing (My Vocabulary Book) yang telah ditampal di papan kenyataan.

3. Murid-murid dikehendaki untuk menghantar My Vocabulary Book masing-masing kepada guru B.I masing-masing pada setiap hujung bulan untuk disemak. Hasil kerja murid yang kemas diberikan hadiah galakan.4. Murid yang dapat mengeja perkataan yang disebut guru semasa Spelling Competition (Written Format) dengan betul menerima hadiah galakan.