laporan perlaksanaan kawasan angkat di sk pendidikan khas kuantan

9
LAPORAN PERLAKSANAAN KAWASAN ANGKAT DI SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN Jangkamasa : Januari – Jun 2014 Tempat : Bilik belajar aspuri SK Pendidikan Khas Kuantan Ahli kumpulan : 1) Intan Shahele Binti Abu Seman 2) Nurul Akma Binti Abd Rani 3) Mohd Imran Bin Hussin PENGENALAN Untuk melaksanakan program kawasan angkat sempena dengan Bina Insan Guru fasa 3 ini, kami telah memilih Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan untuk dijadikan kawasan angkat kami. Kami telah memperuntukkan masa selama 6 bulan iaitu dari Januari hingga Jun 2014 untuk melaksanakan program kawasan angkat di Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan. Pihak sekolah melalui Jawatankuasa telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan bilik belajar Aspuri Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan yang melibatkan murid-murid asrama bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan

Upload: keisuke-eymran

Post on 08-Apr-2016

63 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

1

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

LAPORAN PERLAKSANAAN KAWASAN ANGKAT DI SK PENDIDIKAN KHAS KUANTAN

Jangkamasa : Januari – Jun 2014

Tempat : Bilik belajar aspuri SK Pendidikan Khas Kuantan

Ahli kumpulan : 1) Intan Shahele Binti Abu Seman

2) Nurul Akma Binti Abd Rani

3) Mohd Imran Bin Hussin

PENGENALAN

Untuk melaksanakan program kawasan angkat sempena dengan Bina Insan

Guru fasa 3 ini, kami telah memilih Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan untuk

dijadikan kawasan angkat kami. Kami telah memperuntukkan masa selama 6 bulan

iaitu dari Januari hingga Jun 2014 untuk melaksanakan program kawasan angkat di

Bilik Belajar Asrama Puteri SKPK Kuantan.

Pihak sekolah melalui Jawatankuasa telah merancang untuk menganjurkan satu

aktiviti gotong-royong membersihkan sekitar kawasan bilik belajar Aspuri Sekolah

Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan yang melibatkan murid-murid asrama bagi

memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar

tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. Di samping itu,

aktiviti ini akan membolehkan pelajar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan

kawasan longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan di sekitar kawasan bilik

belajar Aspuri Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuantan. Adalah menjadi

harapan agar para pelajar dan guru-guru SK Pendidikan Khas Kuantan akan

memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai

matlamat 3K.

Page 2: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

Aktiviti keceriaan ini adalah salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk

menambahbaik persekitaran dan membantu dalam memberikan keselesaan kepada

pelajar yang tinggal di asrama amnya dan pelajar aspuri khususnya. Persekitaran yang

bersih dan kondusif akan memberikan keselesaan kepada semua pelajar aspuri dalam

menjalankan rutin harian. Oleh yang demikian kami merasakan bahawa aktiviti

keceriaan yang dijalankan dapat memberikan keselesaan yang optimum kepada

penghuni di asrama puteri.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang

bersih, indah, selamat dan ceria.

2. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar,

dengan pendidik dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan

penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.

4. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,

keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah

disediakan.

5. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan

keberkesanan aktiviti.

LAPORAN AKTIVITI

Pada hari pertama memulakan program Kawasan angkat di Bilik Belajar Asrama

Puteri SKPK Kuantan, kami telah memperuntukkan masa selama 3 jam iaitu bermula

dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang selepas tamat waktu persekolahan. Aktiviti

yang dilakukan pada hari ini hanyalah perjumpaan bersama dengan guru besar SKPK

Kuantan iaitu Puan Kamariah Bt Mohd Yusof untuk mengadakan perbincangan

mengenai tujuan program kawasan angkat yang akan dilaksanakan. Pada hari ini juga

kami telah berjumpa dengan ketua warden asrama SKPK Kuantan iaitu Encik

Muhammad Tarmizi Bin Musa untuk menerangkan tentang program kawasan angkat

Page 3: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

yang akan kami laksanakan di asrama puteri. Kami telah diberi penerangan serba

sedikit tentang latar belakang dan maklumat berkaitan dengan asrama putera dan

puteri di SKPK Kuantan oleh Encik Muhammad Tarmizi. Setelah mengadakan

perbincangan, kami diminta untuk melakukan aktiviti keceriaan dan melukis mural di

salah satu bilik belajar yang terdapat di asrama puteri SKPK Kuantan oleh En Tarmizi.

Kami diminta untuk melukis mural adalah disebabkan kerana bilik belajar di asrama

puteri agak kosong dan tiada sebarang lukisan mural di dinding bilik ini. Disamping

untuk menceriakan dinding bilik ini, tujuan utama melukis mural juga adalah untuk

memupuk motivasi pelajar-pelajar pendidikan khas di SKPK Kuantan untuk bersama-

sama dengan kami melukis mural.

Setelah selesai mengadakan perbincangan dengan ketua warden, kami telah

melawat kawasan persekitaran asrama puteri SKPK Kuantan dan bersuai kenal dengan

penghuni-penghuni asrama puteri yang tinggal di sini. Kami menamatkan sesi pada hari

ini pada jam 5.00 petang.

Aktiviti keceriaan melukis mural telah dimulakan pada bulan Januari 2014

dengan melibatkan kesemua ahli kumpulan kami iaitu seramai 3 orang. Masa yang

kami peruntukkan untuk melukis mural ialah selama satu bulan. Sebelum melakukan

aktiviti melukis mural, kami membuat keputusan untuk mengemas dahulu bilik belajar di

asrama puteri SKPK Kuantan kerana kami mendapati bilik belajar agak berhabuk serta

bersawang. Barang-barang yang terdapat di dalam bilik belajar juga tidak tersusun

dengan rapi dan kemas. Aktiviti mengemas bilik belajar dimulakan dengan

mengeluarkan semua barang yang terdapat di bilik belajar. Setelah bilik belajar di

kosongkan, kami mula membersihkan habuk dan sawang di bilik belajar tersebut.

Setelah dibersihkan, kami menyusun semua peralatan mengikut kumpulan dan disusun

mengikut saiz agar kelihatan kemas dan mudah untuk diambil apabila diperlukan. Kerja-

kerja menyusun dan mengemas bilik belajar tidak dapat disiapkan dalam masa satu

hari dan kami bersepakat untuk menyambung semula pada hari yang berikutnya kerana

ianya memakan masa yang lama.

Setelah selesai mengemas bilik belajar, kami memulakan aktiviti melukis mural di

sudut dinding bilik belajar yang kosong. Kami telah membuat lukisan draft dan

mengadakan perbincangan dengan pihak warden asrama puteri bagi meminta

Page 4: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

cadangan dan membuat pembetulan sebelum lukisan itu dilukis. Alhamdulillah lukisan

draft yang kami buat telah dipersetujui oleh pihak warden asrama SKPK Kuantan.

Lukisan draft tadi kami telah terjemahkannya di sudut dinding yang telah kami pilih.

Pada hari ini kami tidak melibatkan penyertaan pelajar-pelajar asrama puteri kerana

aktiviti pada hari ini hanyalah proses melukis draft mural di dinding. Pada hari ini kami

hanya melakukan aktiviti lukisan mural di dinding dan mengemas bilik stor. Lukisan

mural di dinding tidak mampu disiapkan dalam masa satu hari dan akan akan

disambung pada hari berikutnya. Proses mewarna mural juga akan dilaksanakan pada

hari yang seterusnya. Aktiviti mewarna mural ini akan melibatkan penyertaan penghuni-

penghuni di Asrama Puteri SKPK Kuantan. Semua aktiviti yang dijalankan berjalan

dengan lancar dan semua aktiviti yang tidak dapat disiapkan akan disambung pada hari

yang berikutnya.

Aktiviti keceriaan dan melukis mural di bilik belajar asrama puteri diteruskan

pada hari seterusnya. Kami menyambung semula tugasan yang belum selesai

dilaksanakan pada hari sebelumnya. Kami menyiapkan tugasan seperti melukis mural

dan mengemas bilik belajar. Alhamdulillah kami dapat menyiapkan kerja-kerja

menyusun dan mengemas bilik belajar dengan bantuan warden dan penghuni-penghuni

asrama puteri. Setelah selesai mengemas bilik belajar, kami menyambung semula

kerja-kerja melukis mural di dinding bilik belajar. Aktiviti melukis mural di dinding bilik

belajar asrama puteri Berjaya disiapkan dalam masa 7 hari. Sebelum menyambung

dengan aktiviti mewarna mural mengambil masa untuk berehat selama sebulan.

Setelah menghabiskan masa rehat selama sebulan, aktiviti mewarna

mural bermula. Aktiviti mewarna mural ini telah disertai oleh penghuni-penghuni asrama

puteri di SKPK Kuantan. Pada pengamatan kami, walaupun kanak-kanak OKU

bermasalah pendengaran ini mempunyai kecacatan namun mereka tetap bersemangat

untuk cuba mewarna mural bersama kami. Selain itu, kami juga mendapati terdapat

beberapa orang penghuni asrama puteri yang mempunyai bakat dalam bidang seni.

Bakat mereka ini mungkin boleh diketengahkan bagi menjamin masa depan mereka

kelak. Mereka juga kelihatan gembira apabila menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh

kami. Aktiviti membuat keceriaan dan melukis mural di bilik belajar asrama puteri SKPK

Kuantan Berjaya disudahkan pada bulan Mei 2014.

Page 5: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

KELEBIHAN

Terdapat banyak kelebihan dalam melakukan aktiviti keceriaan dan melukis

mural di bilik belajar asrama puteri SKPK Kuantan ini. Antara kelebihannya ialah seperti

kerjasama yang diberikan oleh ahli kumpulan dalam menjalankan tugasan yang telah

diberikan sangat baik. Sesuatu aktiviti dapat berjalan lancar apabila mendapat

kerjasama daripada semua pihak. Aktiviti keceriaan melukis mural yang telah dirancang

telah mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Selain itu, dengan adanya aktiviti keceriaan dan melukis mural ini, kami dapat

mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar PPG dengan warden asrama dan

penghuni-penghuni asrama puteri SKPK Kuantan Kuantan. Malahan dengan adanya

aktiviti seperti ini, kami dapat membina perhubungan yang lebih baik dengan pihak lain.

Kemahiran berhubung ini memerlukan pengalaman dan perlukan latihan. Oleh itu,

melalui aktiviti seperti ini kami telah membina hubungan dengan pihak luar bagi

menjayakan program ini kerana kami banyak bertanyakan pendapat dan bimbingan

daripada pihak yang lebih arif dan berpengetahuan dalam bidang ini.

Melalui aktiviti keceriaan dan melukis mural ini dapat menceriakan lagi bilik

belajar dan mencantikkan lagi dinding di bilik belajar asrama puteri. Bilik belajar yang

cantik dan ceria dapat memberikan tarikan untuk penghuni di asrama puteri untuk terus

menggunakan bilik belajar sebagai tempat untuk mereka belajar dan mengulangkaji

pelajaran. Di samping itu, mereka juga dapat belajar dan berada di dalam keadaan

yang ceria dan kondusif. Bilik belajar yang ceria akan memberikan stigma kepada

semua penghuni asrama puteri bahawa bilik belajar bukanlah satu tempat yang tidak

ceria dan kotor.

KELEMAHAN

Aktiviti keceriaan dan melukis mural yang telah dijalankan ini turut mempunyai

kelemahan. Beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti ialah masa yang

diperuntukkan agak terhad. Aktiviti keceriaan dan membuat mural perlu diselesaikan

Page 6: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan

dalam tempoh 6 bulan. Ini berlaku disebabkan oleh peruntukan masa untuk program ini

ialah selama 6 bulan yang mana pada asalanya diperuntukkan selama 9 bulan.

Kekangan masa ini juga disebabkan oleh bebanan kerja yang ditanggung oleh kami di

sekolah dan juga dalam masa yang sama kami perlu menyelesaikan kerja kursus yang

lain. Namun begitu, masalah kekangan masa dapat diatasi dengan baik oleh kami dan

kami Berjaya menceriakan bilik belajar dan menyiapkan mural dalam masa yang

ditetapkan walaupun menghadapi beberapa kesulitan yang tidak dapat dielakkan.

Seterusnya kelemahan yang berlaku ialah kurangnya kakitangan yang

diperlukan dalam melakukan aktiviti membuat mural ini. Perkara seperti ini berlaku

kerana kumpulan kami hanya disertai oleh 3 orang pelajar PPG sahaja. Oleh itu,

keperluan untuk melakukan sesuatu aktiviti mengambil masa yang agak lama untuk

disiapkan.

Kelemahan yang seterusnya ialah banyak kerja dilakukan di dalam satu masa.

Ini menyebabkan kami kurang memberikan fokus terhadap sesuatu pekerjaan. Sebagai

contoh sepatutnya kami memulakan aktiviti melukis mural lebih awal, namun kami

membuat keputusan untuk membersihkan dan mengemas bilik belajar terlebih dahulu

sebelum membuat mural. Perkara ini menyebabkan proses membuat mural terbantut

dan melambatkan aktiviti membuat mural. Walaubagaimanapun semua ini dapat diatasi

dengan baik oleh kami dan semua ahli kumpulan dapat memberikan kerjasama yang

baik dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti keceriaan dan membuat

mural ini.

PEMBAHAGIAN TUGASAN

KEWANGAN

Semasa program dijalankan, perbelanjaan telah dikeluarkan untuk membeli

peralatan yang diperlukan seperti berus lukisan, cat plaka, cat buncho, cat dinding dan

keperluan lain yang berkaitan.

Page 7: Laporan Perlaksanaan Kawasan Angkat Di Sk Pendidikan Khas Kuantan