laporan perkhemahan.doc

9
Laporan Aktiviti Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform PISMP Ambilan Januari 2012 IPGKBL Semester 4 2013 Pada 2 September hingga 5 September 2013 yang lepas, satu perkhemahan telah diadakan bertempat di Kem Alapong, Lundu, Sarawak. Perkhemahan ini melibatkan gabungan tiga unit beruniform yang utama iaitu Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM). Para peserta terdiri daripada para guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2012 yang juga merupakan penuntut semester empat di Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak. Perkhemahan ini merupakan salah satu syarat wajib dalam kursus GERKO Unit Beruniform WAJ3110. Kesempatan selama empat hari tiga malam semasa perkhemahan juga digunakan oleh para pensyarah pembimbing unit beruniform masing-masing untuk melakukan ujian dan penilaian terhadap para guru pelatih. Sebelum perkhemahan ini, seperti biasa satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi unit beruniform TKRS untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhemahan seperti kertas kerja, pengangkutan, peralatan, kebajikan dan keselamatan, makanan serta hal-hal yang melibatkan majlis penutupan pada hari terakhir perkhemahan. Pembentukan jawatankuasa ini telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti perkhemahan ini.

Upload: nick-o-larry

Post on 02-Jan-2016

100 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan Perkhemahan TKRS, BSMM dan PPIM

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perkhemahan.doc

Laporan Aktiviti Perkhemahan Gabungan Unit Beruniform PISMP

Ambilan Januari 2012 IPGKBL Semester 4 2013

Pada 2 September hingga 5 September 2013 yang lepas, satu

perkhemahan telah diadakan bertempat di Kem Alapong, Lundu, Sarawak.

Perkhemahan ini melibatkan gabungan tiga unit beruniform yang utama iaitu

Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)

dan Pandu Puteri Islam Malaysia (PPIM). Para peserta terdiri daripada para

guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2012

yang juga merupakan penuntut semester empat di Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

Perkhemahan ini merupakan salah satu syarat wajib dalam kursus

GERKO Unit Beruniform WAJ3110. Kesempatan selama empat hari tiga

malam semasa perkhemahan juga digunakan oleh para pensyarah

pembimbing unit beruniform masing-masing untuk melakukan ujian dan

penilaian terhadap para guru pelatih. Sebelum perkhemahan ini, seperti

biasa satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi unit beruniform TKRS untuk

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan perkhemahan seperti kertas

kerja, pengangkutan, peralatan, kebajikan dan keselamatan, makanan serta

hal-hal yang melibatkan majlis penutupan pada hari terakhir perkhemahan.

Pembentukan jawatankuasa ini telah melicinkan lagi perjalanan aktiviti

perkhemahan ini.

Hari Pertama (Isnin 02 September 2013)

Seawal jam 7.00 pagi, para guru pelatih telah berkumpul di hadapan

bangunan Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce (TAZA). Kemudian para guru

pelatih dengan bimbingan pensyarah UB mengambil barang-barang

makanan dan peralatan yang akan digunakan sepanjang perkhemahan dari

bangunan stor BIG. Barang-barang dan peralatan tersebut telah dibahagikan

mengikut unit beruniform masing-masing beberapa hari sebelum itu.

Sebelum berangkat masuk ke dalam bas, sedikit taklimat ringkas telah

diberikan oleh beberapa orang pensyarah sebagai panduan kepada para

guru pelatih berkaitan perjalanan pada hari tersebut. Sebanyak tiga buah bas

Page 2: Laporan Perkhemahan.doc

digunakan.

Kami bertolak pada jam 7.30 pagi dan berhenti di pekan Lundu selama

setengah jam untuk mengisi perut dan membeli keperluan yang diperlukan

sepanjang perkhemahan tersebut. Kami meneruskan perjalanan dan tiba di

Kem Alapong sekitar jam sembilan pagi. Setibanya di sana kami bergerak

terus ke dewan serbaguna Kem Alapong untuk mendengar taklimat daripada

pengurus kem tersebut berkenaan dengan tapak perkhemahan, kawasan

larangan dan peraturan-peraturan yang perlu kami patuhi di kem tersebut.

Selesai taklimat, kami bergerak mengikut unit beruniform ke tapak

perkhemahan masing-masing untuk aktiviti seterusnya iaitu menyiapkan

tapak perkhemahan. Dalam aktiviti ini, kerjasama para guru pelatih dapat

dilihat apabila semua menghulurkan tangan dalam pemasangan khemah dan

pembinaan gadjet.

Bagi para pegawai kadet Tunas Kadet Remaja Sekolah, kami diberikan

tempoh sehingga jam 12.30 tengahari untuk menyiapkan tapak

perkhemahan. Kemudian, kami meneruskan aktiviti dengan makan tengahari.

Aktiviti kemudiannya disambung pada jam 2.00 petang dengan ujian bantu

mula. Ujian ini melibatkan semua pegawai kadet TKRS bagi menguji tahap

pemahaman dan kemahiran dalam penggunaan kain anduh dalam bantuan

awal sekiranya berlaku kecemasan. Aspek yang dinilai ialah kemahiran

dalam membuat balutan menggunakan kain anduh. Jenis-jenis balutan

anduh yang dinilai pula ialah, balutan anduh besar, anduh kecil, balutan

bahu, balutan tangan dan balutan kepala. Dalam ujian ini, semua pegawai

kadet telah berjaya lulus.

Setelah selesai ujain yang pertama ini, para pegawai kadet dibenarkan

untuk balik ke khemah masing-masing untuk membersihkan diri. Ada yang

menyambung kerja-kerja membina gadjet. Selepas makan aktiviti ujian yang

seterusnya bersambung iaitu ujian ikatan dan simpulan yang dimulakan pada

jam 8.00 malam. Ujian ini dijalankan untuk menilai sejauh mana kemahiran

para pegawai kadet dalam membuat ikatan dan simpulan serta pengetahuan

terhadap fungsi-fungsi dan kegunaan ikatan-ikatan tersebut dalam kehidupan

seharian. Antara jenis-jenis ikatan dan simpulan yang telah dinilai ialah,

simpulan manok, simpulan pengail, simpulan buku sila, simpulan tindih kasih,

Page 3: Laporan Perkhemahan.doc

angka lapan dan lilit balak. Aktiviti ujian ini berjaya ditamatkan dengan

jayanya dan difahamkan semua pegawai kadet telah lulus dalam ujian ini.

Aktiviti untuk hari pertama tamat pada jam 11.00 malam. Semua pegawai

kadet bergerak ke khemah masing-masing untuk merehatkan diri. Pegawai

kadet yang bertugas menjadi sentri pada malam itu pula meneruskan tugas

berkawal di sekitar khemah untuk tujuan keselamatan. Tugas menjadi sentri

dilakukan secara bergilir-gilir mengikut senarai yang telah disediakan oleh

ahli jawatankuasa bahagian keselamatan.

Hari Kedua (Selasa 03 September 2013)

Aktiviti hari kedua dimulakan dengan slot kerohanian kemudian

diteruskan dengan upacara menaikkan bendera kebangsaan dan bendera

negeri sambil diiringi nyanyian lagu kebangsaan “Negaraku” dan lagu negeri

“Ibu Pertiwiku”. Kemudian diteruskan lagi dengan slot senaman Malaysia

Cergas yang dikendalikan oleh Pegawai Kadet Erwin Medan menggantikan

Encik Amy Dusin iaitu ketua Unit GERKO yang tidak dapat turun kerana

terlibat dengan penilaian praktikum bagi pelajar senior yang sedang

menjalani praktikum.

Ujian bagi unit beruniform TKRS masih lagi diteruskan pada hari kedua

dengan sesi yang ketiga iaitu ujian kawat. Untuk melaksanakan ujian ini, para

pegawai kadet telah dibahagikan kepada tujuh kumpulan kecil. Setiap

kumpulan dipanggil secara bergilir-gilir ke tapak ujian. Penilaian dilakukan

oleh Mejar Mahadi. Aspek yang dinilai ialah dari segi pakaian, kemahiran

mengikut arahan, dan kemahiran dalam bahasa hukuman. Setiap pegawai

kadet dikehendaki memberikan arahan kepada ahli lain dalam kumpulan

kecil. Aktiviti ini amat menguji para pegawai kadet terutamanya dalam

menggunakan bahasa hukuman dalam kawat kaki. Pastinya ramai dalam

kalangan pegawai kadet yang sebelum ini hanya mengikut arahan semasa

berkawat. Ini pastinya merupakan suatu pengalaman baru yang boleh

digunakan apabila menjadi guru kelak.

Bagi menjimatkan masa dan untuk berlaku adil kepada kumpulan

pegawai kadet yang sedang dinilai dalam ujian kawat, enam kumpulan yang

lain pula menjalani ujian jahitan pada masa yang sama. Hal ini kerana,

Page 4: Laporan Perkhemahan.doc

dikhuatiri masa yang ada mungkin tidak mencukupi untuk menjalankan

kedua-dua ujian dalam masa yang ditetapkan. Dalam ujian jahitan pula,

aspek yang dinilai sudah pastinya kemahiran dalam melakukan jahitan.

Aspek kekemasan dan teknik yang betul juga menjadi kriteria penilaian.

Antara jenis jahitan yang telah dinilai ialah jahitan jelujur kasar, jelujur halus,

jahitan kia, jahitan insang pari dan jahitan sembat. Ujian jahitan ini

dikendalikan dan dinilai oleh Cik Agatha iaitu salah seorang pensyarah

pembimbing TKRS kami. Kedua-dua ujian ini berjaya ditamatkan sekitar jam

4.00 petang dengan lancar.

Sementara itu, kami juga telah diberikan soalan untuk aktiviti pada waktu

malam iaitu pembentangan keusahawanan yang dikendalikan oleh Encik

Chali Ungang. Soalan yang telah diberikan memerlukan kami untuk mencipta

satu produk yang dapat meningkatkan bidang pelancongan di sesebuah

kawasan. Produk yang dihasilkan mestilah diperbuat daripada bahan-bahan

semula jadi dan tidak memudaratkan alam semula jadi.

Dalam aktiviti ini, lima buah kumpulan telah membentangkan hasil idea

dan produk yang telah dicipta masing-masing. Melalui aktiviti ini, guru pelatih

berpeluang mengeluarkan idea masing-masing secara kreatif dan berfikir

secara rasional dalam pemilihan produk yang dipilih. Walaupun cuba

dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu, masing-masing tetap teguh dan

percaya dengan produk yang dihasilkan serta cuba sedaya upaya untuk

mempertahankan idea mereka. Semasa pembentangan, penilaian dilakukan

oleh pensyarah untuk melihat kreativiti idea dan keyakinan para pegawai

kadet dalam pembentangan. Aktiviti pembentangan keusahawanan ini

berakhir pada jam 10.30 malam menandakan aktiviti pada hari kedua telah

tamat. Para Pegawai kadet kembali ke tapak khemah untuk berehat dan

seperti biasa pegawai kadet yang bertugas sebagai sentri pula meneruskan

tugas mereka.

Hari Ketiga (Rabu 04 September 2013)

Seperti pada hari kedua, hari ketiga dimulakan dengan slot kerohanian

diikuti dengan upacara menaikkan bendera serta nyanyian lagu kebangsaan

dan lagu negeri. Kemudian senaman pagi dilakukan yang juga dikendalikan

Page 5: Laporan Perkhemahan.doc

oleh saudara Erwin Medan. Pada hari ketiga perkhemahan ini, Aktiviti unit

beruniform iaitu slot enam, tujuh dan lapan melibatkan ketiga-tiga unit

beruniform. Slot keenam iaitu khidmat masyarakat merupakan salah satu

aktiviti yang telah dirancang dalam slot pagi. Sebelum memulakan aktiviti ini,

kesemua guru pelatih daripada ketiga-tiga UB dikumpulkan di tepi pantai

untuk mendengar sedikit taklimat berkenaan dengan pembahagian tugas dan

pembahagian kawasan-kawasan yang akan dibersihkan. TKRS telah

ditugaskan untuk memungut sampah di sekitar kawasan pesisir pantai. Di

samping dapat menceriakan lagi kawasan pesisir pantai di sana, para guru

pelatih juga dapat menikmati keindahan tepi pantai. Secara tidak langsung

aktiviti ini dapat menumbuhkan kecintaan kepada alam ciptaan Tuhan serta

budaya pembersih.

Pada sebelah petangnya pula, aktiviti yang telah dijalankan ialah

pertandingan memasak antara unit-unit beruniform. Tema pertandingan

masakan ini ialah masakan ala rimba. Pertandingan ini memberi peluang

kepada para guru pelatih untuk menunjukkan bakat masing-masing dalam

menyediakan makanan berasaskan rimba. Para juri dan pensyarah

kelihatannya menyukai dan sangat berpuas hati dengan masakan yang telah

dihasilkan oleh semua unit beruniform. Pada sebelah malamnya pula, slot

terakhir iaitu slot malam kebudayaan pula diadakan. Dalam slot ini terdapat

dua bahagian iaitu persembahan terbuka dan pertandingan fesyen

berasaskan rimba. Kesemua penonton yang ada nyata terhibur dengan

setiap persembahan yang telah dilakukan oleh para guru pelatih dari setiap

unit beruniform. Seperti biasa, selesai sahaja aktiviti untuk slot malam, para

guru pelatih bergerak semula ke khemah masing-masing untuk berehat dan

sentri yang telah ditugaskan pula meneruskan tugasa mereka.

Hari Keempat (Khamis 05 September 2013)

Hari ini merupakan hari terakhir perkhemahan ini berlangsung. Seperti

hari-hari sebelum ini, aktivit dimulakan dengan slot kerohanian diikuti dengan

upacara menaikkan bendera dan senaman pagi. Selepas bersarapan, aktiviti

diteruskan pula dengan mengemas tapak perkhemahan. Majlis pentauliahan

pangkat secara ringkas pula diadakan oleh unit beruniform TKRS selepas itu.

Page 6: Laporan Perkhemahan.doc

Pada jam 10.00 pagi, majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi

pemenang-pemenang pertandingan yang telah dijalankan diadakan. TKRS

telah menjadi juara keseluruhan dalam perkhemahan pada kali kali ini

apabila menjadi johan dalam dua daripada tiga pertandingan yang dijalankan

iaitu, pertandingan masakan dan persembahan malam kebudayaan. Unit

beruniform BSMM pula memperoleh naib johan secara keseluruhan diikuti

oleh PPIM. Majlis perasmian penutupan perkhemahan pada kali ini telah

disempurnakan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Ahmad

Daud selaku wakil kepada Tuan Pengarah dan Timbalan pengarah yang tidak

dapat hadir ke majlis tersebut atas urusan rasmi di tempat lain.

Selepas makan tengahari pula, istiadat penurunan bendera dan ‘break

camp’ dilakukan sebagai simbolik tamatnya aktiviti perkhemahan pada kali

ini. Para guru pelatih melaksanakan tugas terakhir di kem ini dengan

membersihkan kawasan-kawasan tapak perkhemahan. Para guru pelatih

juga telah membantu pihak pengurusan Kem Alapong untuk menyusun

batang-batang buluh yang telah digunakan ke tempat yang telah disediakan.

Selesai semuanya, kami bersiap sedia untuk balik. Barang-barang dan

peralatan yang telah digunakan juga disemak bagi memastikan tiada

kehilangan yang berlaku. Sekitar jam 2.00 petang, kami bergerak dari Kem

Alapong menggunakan bas balik ke kampus. Kami tiba di kampus pada jam

4.00 petang. Sesungguhnya, perkhemahan pada kali ini telah memberikan

suatu pengalaman yang tidak ternilai harganya kepada para guru pelatih

yang terlibat. Semoga pengalaman dan ilmu baru yang telah diperoleh

tersebut akan dapat digunakan dan dipraktikkan apabila menjadi guru kelak.

Disediakan oleh,

.............................

(HILARY JAINOL)

Ahli Tunas Kadet Remaja Sekolah,

Institut pendidikan Guru,

Page 7: Laporan Perkhemahan.doc

Kampus Batu Lintang,

Kuching, Sarawak.