laporan perjumpaan ting 5

5
Laporan Perjumpaan Tingkatan 5 Pada 22 April 2014, kaunselor, Puan Noorani Saari bersama- sama Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Khairana Zain telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pelajar-pelajar tingkatan 5. Hasil daripada perjumpaan dan perbincangan kedua-dua pihak, para pelajar telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan. Dapatan daripada perjumpaan tersebut adalah seperti berikut: 1. Para pelajar meminta agar kelas tambahan hanya diadakan bagi mata pelajaran tertentu sahaja iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan Sains sahaja. 2. Pelajar –pelajar di tingkatan 5 Abqar dan 5 Abrar telah mencadangkan agar PdP dilaksanakan di luar kawasan sekolah agar mereka mendapat suasana pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaan. Mereka memberi contoh program yang telah diadakan kepada para pelajar tingkatan 5 tahun lalu. 3. Pelajar-pelajar 5 Abrar membangkitkan persoalan berhubung isu pelajar-pelajar 5 Akhtar yang berpeluang mengikuti kelas-kelas bimbingan yang dianjurkan oleh UITM untuk pelajar-pelajar aliran Sains sedangkan mereka tidak ditawarkan program-program sebegitu. 4. Pelajar-pelajar juga mencadangkan agar perjawatan mereka dalam mana-mana jawatan sekolah dapat dilepaskan dan diserahkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 agar mereka dapat menumpukan fokus utama kepada pelajaran masing-masing. 5. Pelajar memohon agar diberi pelepasan daripada kelas tambahan seminggu sebelum peperiksaan agar mereka dapat membuat ulangkaji pelajaran di rumah. 6. Jadual Waktu Anjal diminta oleh para pelajar untuk diadakan dengan menggabungkan mata pelajaran yang ‘ringan’ dengan mata pelajaran yang ‘berat’ agar mereka tidak akan terbeban atau stress untuk mengikuti kelas- kelas tersebut.

Upload: aqilahaiman

Post on 09-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

bahasa

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perjumpaan Ting 5

Laporan Perjumpaan Tingkatan 5Pada 22 April 2014, kaunselor, Puan Noorani Saari bersama-sama Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Khairana Zain telah mengadakan perjumpaan bersama-sama pelajar-pelajar tingkatan 5. Hasil daripada perjumpaan dan perbincangan kedua-dua pihak, para pelajar telah mencadangkan beberapa perkara untuk dipanjangkan kepada pihak pengurusan. Dapatan daripada perjumpaan tersebut adalah seperti berikut:

1. Para pelajar meminta agar kelas tambahan hanya diadakan bagi mata pelajaran tertentu sahaja iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi dan Sains sahaja.

2. Pelajar –pelajar di tingkatan 5 Abqar dan 5 Abrar telah mencadangkan agar PdP dilaksanakan di luar kawasan sekolah agar mereka mendapat suasana pembelajaran yang berbeza daripada kebiasaan. Mereka memberi contoh program yang telah diadakan kepada para pelajar tingkatan 5 tahun lalu.

3. Pelajar-pelajar 5 Abrar membangkitkan persoalan berhubung isu pelajar-pelajar 5 Akhtar yang berpeluang mengikuti kelas-kelas bimbingan yang dianjurkan oleh UITM untuk pelajar-pelajar aliran Sains sedangkan mereka tidak ditawarkan program-program sebegitu.

4. Pelajar-pelajar juga mencadangkan agar perjawatan mereka dalam mana-mana jawatan sekolah dapat dilepaskan dan diserahkan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 agar mereka dapat menumpukan fokus utama kepada pelajaran masing-masing.

5. Pelajar memohon agar diberi pelepasan daripada kelas tambahan seminggu sebelum peperiksaan agar mereka dapat membuat ulangkaji pelajaran di rumah.

6. Jadual Waktu Anjal diminta oleh para pelajar untuk diadakan dengan menggabungkan mata pelajaran yang ‘ringan’ dengan mata pelajaran yang ‘berat’ agar mereka tidak akan terbeban atau stress untuk mengikuti kelas-kelas tersebut.

7. Pelajar-pelajar 5 Akhtar mencadangkan agar bengkel bagi mata pelajaran Matematik Tambahan diadakan seperti yang telah disertai oleh pelajar-pelajar di Masjid Negeri Pulau Pinang baru-baru ini dia.

8. Ketiga-tiga kelas menyuarakan pendapat menyatakan bahawa jadual waktu sekolah terlalu padat sehingga menyebabkan mereka terpaksa pulang lewat dan menyukarkan mereka untuk belajar pada sebelah malamnya kerana kepenatan.

9. Mereka juga mencadangkan agar waktu kelas tambahan pada sebelah petang dapat dimanfaatkan untuk tujuan menyiapkan kerja rumah.

10. Pelajar-pelajar 5 Akhtar dan 5 Abqar memaklumkan bahawa terdapat subjek yang diberikan latihan tetapi tidak ditanda atau dibincangkan.

11. Pelajar 5 Akhtar meminta agar pihak sekolah mengadakan program motivasi bagi menguatkan semangat mereka bagi menduduki peperiksaan SPM nanti.

Page 2: Laporan Perjumpaan Ting 5

12. Para pelajar menyarankan agar para guru menukarkan kaedah pengajaran yang sedia ada kepada kaedah yang lebih pelbagai, menarik dan terkini.

Maklumbalas dan keputusan daripada cadangan - cadangan yang disarankan oleh para pelajar:

Bil Cadangan : Keputusan

1. Kelas tambahan bagi mata pelajaran tertentu sahaja

Dipertimbangkan:Pelajar harus menepati sasaran markah bagi setiap mata pelajaran dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun seperti yang telah ditetapkan untuk dikecualikan daripada kelas tambahan:

2 Mengadakan PdP di luar bilik darjah

Dipertimbangkan:Pengetua memaklumkan bahawa terdapat taklimat daripada RECSAM yang menawarkan program dan kelas bagi pelajar-pelajar asrama untuk kelas Sains seramai 20 orang pelajar. Progam Perkhemahan Sains dan Program Bersama-sama Waris juga bakal diadakan dan boleh dianggap sebagai salah satu alternatif mengadakan PdP di luar bilik darjah.

3 Kelas tambahan anjuran UITM

Tidak dipertimbangkan:Kelas tambahan tersebut dianjurkan dan dilaksanakan atas inisiatif dan program UITM bagi pelajar-pelajar kelas aliran Sains. Pihak sekolah tidak mempunyai kuasa untuk menyusun program dan mata pelajaran untuk pelajar-pelajar aliran sastera di bawah program ini.

4 Pelepasan jawatan-jawatan tertinggi sekolah

Dipertimbangkan:Pelepasan tugasan akan dilakukan pada bulan Jun selepas cuti persekolahan pertengahan tahun.

5 Ketiadaan kelas tambahan seminggu sebelum peperiksaan

Dipertimbangkan:Pelajar dibenarkan untuk membuat ulangkaji sendiri seminggu sebelum peperiksaan.

6 Pelaksanaan Jadual Waktu Anjal

Dipertimbangkan:Pihak pengurusan akan cuba mengatur agar mata pelajaran-mata pelajaran yang akan disusun untuk jadual anjal akan lebih fleksibel

Matapelajaran: Markah:

Matapelajaran Markah

B. Melayu 75 Kimia 65B. Inggeris 60 Fizik 65Sejarah 65 Biologi 65Sains 65 Sains 65PQS 60 Matematik 60PSI 60 Matematik (T) 50B. Arab 60 Prinsip Akuan 60

Ekonomi 60

Page 3: Laporan Perjumpaan Ting 5

dan tidak membebankan para pelajar.

7 Bengkel Matematik Dipertimbangkan:Pengetua mencadangkan agar bengkel Matematk di Masjid Negeri baru-baru ini yang dihadiri oleh beberapa orang guru dan para pelajar dilaksanakan di sekolah untuk memberi pengetahuan yang sama kepada semua pelajar tingkatan 5.

8 Jadual Waktu sekolah terlalu padat

Tidak dipertimbangkan:Isu ini tidak relevan memandangkan mata pelajaran yang terdapat di sekolah ini lebih daripada sekolah kebangsaan biasa yang memerlukan waktu persekolahan yang lebih panjang dan padat.

9 Kelas Tambahan diganti sebagai waktu membuat kerja rumah

Tidak dipertimbangkan:Mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa para pelajar harus bijak menguruskan masa untuk tujuan membuat kerja rumah dan kelas tambahan dianggap penting digunakan untuk mengukuhkan lagi pengetahuan para pelajar tentang mata pelajaran yang dipelajari.

10 Latihan yang tidak ditanda atau dibincangkan

Dipertimbangkan:Makluman dan rasional daripada guru-guru yang terlibat bahawa sukatan harus diselesaikan dahulu sebelum dapat membincangkan latihan-latihan yang diberi kepada para pelajar. Penandaan dan perbincangan dicadangkan untuk dibuat setiap kali sesuatu topik selesai diajar.

11 Mengadakan Program Motivasi

Dipertimbangkan:Pengetua memaklumkan bahawa cadangan ini boleh dipertimbangkan mengambil kira masa dan perisian program yang akan dijalankan. Perbincangan lanjut akan diadakan dengan kaunselor untuk mencadangkan perisiaan yang berkesan dan sesuai dengan pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

12 Mempelbagaikan metode pengajaran

Dipertimbangkan:Pengetua meminta semua guru kanan untuk membincangkan isu ini dan menguar-uarkan kepada panitia masing-masing agar dipelbagaikan metode pengajaran yang lebih efektif dan bersesuaian dengan isi kandungan pengajaran agar dapat memberi impak yang efektif dan berkesan kepada para pelajar.