modul perdagangan ting 5 jpn_blogspot

188
Modul Perdagangan Tingkatan 5 Edisi 2012 oleh Pn. Maggie Low SMJK Phor Tay

Upload: cmfoo2988

Post on 26-Jul-2015

1.938 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

Modul

Perdagangan

Tingkatan 5 Edisi 2012

oleh Pn. Maggie Low

SMJK Phor Tay

Page 2: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 1

Bab 1 – Perbankan dan Institusi Kewangan Konsep Kilat

PERBANKAN DAN INSTITUSI

KEWANGAN LAIN

Konvensional

Islam

Sistem

Perbankan

Jenis Bank

Bank Pusat

Bank

Perdagangan

Bank Islam

Bank Saudagar

Bank Koperasi

Bank Badan

Berkanun

Bank

Pembangunan

& Infrastruktur

Bank Simpanan

Nasional

Bank Pertanian

Institusi

Kewangan

Lain

Syarikat

Kewangan

Syarikat

Pemfaktoran

Syarikat

Pajakan

Syarikat

Jaminan Kredit

Malaysia

Cek

Jenis Cek Dan

Penggunaan

Faedah Cek

Lain

Cek terbuka

Cek berpalang

Mudah

Selamat

Kepelbagaian

Bukti bayaran

Cek bertarikh

hadapan

Cek mati

Cek dalaman

Cek kosong

Perkhidmatan

Bank

Perdagangan

Perkhidmatan

Lain Pembiayaan Pembayaran Simpanan

Akaun Simpanan

Akaun Semasa

Akaun Simpanan

Tetap

Arahan tetap

Pindahan kredit

Pindahan

Draf bank

Cek jurubank

Pinjaman

Overdraf

Kad kredit

Peti simpan selamat

Perbankan elektronik

Tukaran mata

wang

Cek kembara

Jaminan jurubank

Perbankan Islam

Page 3: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 2

Revisi Kilat 1.1 Sistem Perbankan

1. Sistem perbankan merujuk kepada pelbagai jenis aktiviti kewangan yang dijalankan

oleh bank dan institusi kewangan.

Sistem Perbankan Konvensional

1. Sistem perbankan tertua di dunia ini beroperasi berasaskan kapitalisme serta

menegaskan kebebasan menguruskan wang.

2. Keuntungan, yang menjadi motif utama sistem ini, didapati melalui pelaburan.

3. Perbezaan antara faedah yang diperolehi dan faedah yang dicajkan juga

menghasilkan keuntungan.

Sistem Perbankan Islam

1. Perbankan Islam ditadbir berlandaskan lunas syariah.

2. Operasinya tidak mengandungi unsur gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan

riba (bunga).

1.2 Jenis-Jenis Bank

Bank Pusat

1. Tugas utama bank pusat ialah mengawas dan mengawal perlaksanaan dasar dan

peraturan perbankan dan kewangan sesebuah negara.

2. Selain itu, bank pusat menjalankan fungsi berikut:

a. Mengeluar dan mengawal mata wang negara

Sistem

Perbankan

Konvensional Islam

Jenis Bank

Bank

Pusat

Bank

Perdagangan

Bank

Saudagar

Bank

Badan

Berkan

un

Bank

Koperasi

Page 4: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 3

b. Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

c. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan

d. Menjadi jurubank kepada semua bank perdagangan

Bank Perdagangan

2. Bank perdagangan ialah institusi kewangan yang dimiliki dan diuruskan

sepenuhnya oleh pihak swasta.

3. Bank perdagangan boleh diuruskan secara konvensional ataupun secara Islam.

4. Bank Islam menjalankan aktiviti berlandaskan syariah Islam tetapi fungsinya adalah

sama dengan bank perdagangan yang lain. 5. Konsep kongsi untung digunakan untuk menggantikan konsep faedah atau bunga

dalam sistem perbankan .

6. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a. Menerima simpanan

b. Kemudahan pembayaran

c. Memberikan pembiayaan

d. Perkhidmatan lain

7. Terdapat dua jenis milikan bank perdagangan, iaitu:

a. Milikan tempatan

b. Milikan asing

8. Antara bank perdagangan yang terdapat di Negara kita termasuklah Bank Bumiputra-

Commerce Berhad (milikan tempatan), Citibank Berhad (milikan asing) dan Bank

Islam Malaysia Berhad (bank Islam).

Bank Saudagar

1. Bank ini memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan kepada badan-badan

berkanun dan institusi perniagaan yang besar sahaja.

2. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad dan Commerce International Merchant

Bankers Berhad adalah antara contoh bank saudagar.

3. Bank ini menawarkan perkhidmatan:

a. Menerima simpanan

b. Memberikan pinjaman

c. Memberi khidmat nasihat kepada syarikat

d. Menguruskan pelaburan

e. Menjamin terbitan syer

Bank Badan Berkanun

1. Bank jenis ini ditubuhkan oleh kerajaan.

2. Tujuannya ialah membantu sektor penting dalam negara seperti sektor pertanian,

perikanan, pembangunan dan penternakan.

3. Antara bank jenis ini ialah:

Contoh bank

badan berkanun

Bank Pembangunan dan

Infrastruktur Malaysia

Bank Pertanian Malaysia Bank Simpanan

Nasional

Perkhidmatan

yang disediakan Pembiayaan aset tetap

Pembiayaan modal

kerja

Pinjaman/Pembiayaan

- Pembiayaan pusingan

- Pembiayaan dagangan

Simpanan

Pembiayaan

Kad kredit

Page 5: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 4

Skim Kilang Bimbingan

Tabung Usahawan Baru

Skim Modal Asas untuk

Industri Kecil dam

Sederhana (IKS)

- Dana Khas

Simpanan

Perkhidmatan bank

Islam

Tujuan Menggalakkan

penyertaan bumiputera

dalam bidang industri

dan perniagaan

Membangun dan

memodenkan sektor

pertanian

Menggalakkan tabiat

berjimat cermat dan

menabung

Bank Koperasi

1. Operasi bank ini mematuhi prinsip koperasi.

2. Bank ini tidak menjalankan tugas bank dengan sepenuhnya. Pengendalian akaun

semasa, mendiskaunkan bil dan pertukaran mata wang asing tidak dibenarkan.

3. Perkhidmatan ditawarkan kepada ahlinya sahaja.

1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan

Menerima Simpanan

Jenis Simpanan Huraian

Akaun Simpanan Biasa Penyimpan boleh menyimpan jumlah kecil.

Bebas memasukkan dan mengeluarkan wang pada bila-

bila sahaja.

Faedah adalah tidak tinggi.

Akaun Simpanan Tetap Penyimpan menyimpan jumlah yang tertentu untuk

tempoh yang dipersetujui.

Hanya boleh mengeluarkan wang pada tempoh matang.

Faedah adalah tinggi.

Akaun Semasa Pemegang akaun memerlukan seorang perujuk untuk

membuka akaun.

Penyimpan boleh mengeluarkan cek.

Tiada faedah yang diberikan kepada penyimpan.

Kemudahan Pembayaran

Jenis Perkhidmatan Huraian

Arahan Tetap Arahan diberikan oleh pemegang akaun kepada pihak

bank untuk membayar pemiutangnya secara berterusan

Perkhidmatan Bank Perdagangan

Menerima Simpanan

Kemudahan Pembayaran

Memberi Pembiayaan

Perkhidmatan Lain

Page 6: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 5

pada tarikh-tarikh tertentu dan dalam jumlah yang

ditetapkan.

Contoh: membayar premium insurans, sewa dan ansuran.

Pindahan Kredit Pelanggan membayar dengan menggunakan sekeping cek

sahaja dan pihak bank akan membayar terus ke dalam

akaun penerima.

Contoh : membayar gaji kaki tangan, bil elektrik.

Pindahan Elektronik Akaun penerima dapat dikreditkan serta-merta dengan

jumlah pembayaran yang diarahkan.

Pindahan Mel Merupakan perintah bertulis yang dihantar oleh bank

kepada cawangannya untuk membuat pembayaran.

Contoh: Pindahan mel biasa dan pindahan mel udara

Pindahan Telegraf Pihak bank menghantar telegraf kepada cawangannya

untuk mengarahkan pindahan.

Draf Bank Merupakan sejenis cek yang dikeluarkan oleh bank

kepada pelanggannya yang hendak membuat bayaran

dengan menggunakan cek.

Cek Jurubank Dikeluarkan atas permintaan pelanggan bank yang hendak

membuat bayaran kepada penerima yang berada di

tempat yang sama dengannya.

Memberi Pembiayaan

Jenis Pembiayaan Huraian

Pinjaman Bercagar Peminjam perlu mencagarkan hartanya yang mempunyai

nilai yang lebih tinggi daripada jumlah pinjamannya.

Contoh : Pinjaman perumahan

Pinjaman Tidak Bercagar Cagaran tidak diperlukan tetapi peminjam perlu dijamin

oleh beberapa orang penjamin

Contoh : Pinjaman persendirian dan pinjaman pendidikan

Overdraf Diberikan kepada pemegang akaun semasa.

Membolehkan pemegang akaun semasa mengeluarkan

cek melebihi amaun yang ada dalam akaunnya.

Perkhidmatan Lain

Jenis perkhidmatan Huraian

Kad Kredit Sekeping kad yang membolehkan pemiliknya membuat

pembelian barang atau perkhidmatan tanpa menggunakan

wang tunai.

Pemilik membayar pada akhir bulan setelah menerima

penyata atau bil.

Peti Simpan Selamat Merupakan peti keluli yang disimpan di bilik kebal bank.

Pelanggan perlu menyewanya untuk menyimpan barang

berharga ataupun dokumen penting mereka.

Perbankan Elektronik

(e-banking) Pelanggan boleh melakukan urusan 24 jam dalam

keadaan mudah, cepat, efisien dan selamat.

Page 7: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 6

Contoh : Mesin ATM, Mesin deposit cek dan lain-lain.

Tukaran Mata Wang Menukarkan mata wang asing ke mata wang tempatan

dan sebaliknya, mengikut kadar pertukaran semasa.

Cek Kembara Dibeli dalam mata wang asing tetapi dibayar dalam mata

wang tempatan.

Sesuai, mudah dan selamat digunakan oleh pengembara

ke luar negara.

Jaminan Juru Bank Bank menjamin pelanggannya terhadap bayaran yang

dikenakan, seperti barang bercukai yang belum dibayar

cukainya kepada pihak kastam.

Perbankan Islam Aktiviti perbankan adalah sama dengan bank

konvensional yang lain tetapi dijalankan atas landas

prinsip syariah.

Sistem perbankan ini melarang ciri Gharar (ketidak

pastian), Maisir (perjudian) dan Riba (bunga atau

faedah)

Menggalakkan perkongsian untung.

Menawarkan produk simpanan, pelaburan dan

pembiayaan.

1.4 Cek

1. Cek merupakan arahan bertulis kepada jurubank untuk membayar.

2. Tiga pihak yang penting dalam cek:

a. Pesuruh bayar - Bank yang membayar nilai wang untuk cek berkenaan

b. Penerima - Nama orang atau syarikat yang tertulis atas cek

c. Penyuruh bayar - Orang yang mengeluarkan cek

3. Cek dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu cek terbuka dan cek berpalang.

Cek Terbuka Cek Berpalang

Tidak perlu dimasukkan ke dalam akaun

bank.

Perlu dimasukkan ke dalam akaun bank.

Cek

Terbuka Berpalang

Pembawa Perintah Palang Am Palang Khas

Page 8: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 7

Tidak selamat kerana boleh ditunaikan di

kaunter bank.

Adalah selamat kerana tidak boleh ditunaikan

di kaunter bank.

Cek Pembawa Cek Perintah Palang Am Palang Khas Sesiapa sahaja boleh

menunaikan cek di

kaunter.

Hanya nama yang

tertulis pada cek yang

boleh menunaikan cek.

Tidak dinyatakan dengan

spesifik nama bank yang

perlu dimasukkan cek.

Menyatakan dengan

spesifik nama bank dan

cawangannya.

Tanda tangan tidak

diperlukan di belakang

semasa menunaikan

cek.

Tanda tangan diperlukan

di belakang sebelum

dibenarkan menunaikan

cek

Adalah lebih mudah

secara bandingan dengan

menerima cek palang

khas.

Dianggap tidak

fleksibel dan menyusah

-kan sekiranya tiada

akaun di bank tersebut.

Biro Kredit

1. Ditubuhkan oleh Bank Negara dengan menggabungkan Biro Maklumat Cek dengan

Biro Kredit untuk mengatasi masalah cek tak layan.

2. Diberikan tugas mengumpul dam menyebar maklumat kredit (termasuk maklumat

cek tak layan) kepada bank dan institusi kewangan yang lain.

3. Bertujuan menghapuskan rasa was-was masyarakat terhadap penggunaan cek.

4. Berfungsi untuk mencegah atau menghalang penipuan dengan mengenakan dendaan

kepada pemegang akaun semasa yang tidak jujur.

1.5 Institusi Kewangan Lain

1. Selain bank, institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan perbankan, menjadi

semakin penting dan popular dalam dunia perniagaan. Institusi Kewangan Tugas Sumbangan Contoh

Syarikat Kewangan Menerima

simpanan

Pembiayaan

Sewa Beli

Perkhidmatan lain

Berfungsi seperti

bank yang

membantu hal

kewangan peniaga.

Eon Finance

Arab Malaysian

Finance Bhd.

Mayban Finance

Syarikat Pemfaktoran Membeli invois

daripada pelanggan

dan mengutip

bayaran daripada

pembeli

Wang peniaga tidak

terikat dengan

hutang pembeli-

pembelinya.

PB International

Factors Sdn. Bhd.

Public Leasing and

Factoring Sdn.Bhd.

Syarikat Pajakan Menawarkan

kaedah pembiayaan

dengan membeli

peralatan mahal

yang diperlukan dan

membenarkan

pelanggannya

membayar ansuran.

Peniaga

berkesempatan

menggunakan

peralatan mahal

untuk memajukan

perniagaan dengan

membayar ansuran

bulanan sahaja.

Syarikat Jaminan

Kredit Malaysia Menjamin pinjaman

yang dipohon oleh

peniaga.

Memberikan

khidmat nasihat

kepada peniaga

yang dijaminnya.

Memberi peluang

kepada syarikat

untuk maju.

Membolehkan

perkembangan

ekonomi dan

kenaikan taraf

hidup rakyat

Page 9: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 8

Pengukuhan Konsep

1. ( a ) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat.

( b ) Senaraikan empat perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh bank perdagangan.

i. _______________________________

ii. _______________________________

iii. _______________________________

iv. _______________________________

2. Isikan ketinggalan dalam jadual di bawah.

Berbezaan antara Sistem Perbankan Konvensional dan Sistem Perbankan Islam

Perbankan Konvensional Aspek

Perbezaan

Perbankan Islam

Dasar

Perniagaan

Mengamalkan konsep

perkongsian untung

Akta Perbankan dan Institusi

Kewangan 1989 (BAFIA)

Bebas melabur dalam semua

jenis pelaburan yang

menjanjikan keuntungan

asalkan tidak bertentangan

dengan undang-undang.

Penasihat

Kewangan

3. Senaraikan empat institusi kewangan yang lain selain bank.

i. ________________________________

ii. ________________________________

iii. ________________________________

iv. ________________________________

Perkhidmatan Bank Perdagangan

Perkhidmatan lain

Page 10: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 9

4.(a) Isikan ketinggalan dalam rajah di bawah

(b) Nyatakan tiga kelebihan menggunakan cek.

i. __________________________________

ii. __________________________________

iii. __________________________________

(c) Penuhkan kekosongan pada jadual di bawah.

Jenis Cek Huraian

Cek Bertanda

Cek yang tarikh pembayarannya ditundakan.

Cek yang melepasi tempoh pembayarannya.

Cek kosong

(d) Tuliskan enam sebab cek menjadi tidak layan.

i. ______________________________________________________

ii. ______________________________________________________

iii. ______________________________________________________

iv. ______________________________________________________

v. ______________________________________________________

vi. ______________________________________________________

Cek

Pembawa Palang Am

Page 11: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 10

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

1.1 Sistem Perbankan

1. Pilih huraian yang tepat menggambarkan sistem perbankan.

A. Pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh bank untuk kemudahan orang ramai.

B. Pelbagai aktiviti kewangan yang dijalankan oleh bank dan institusi

kewangan yang lain.

C. Aktiviti simpanan dan pembiayaan yang disediakan oleh bank untuk

kemudahan peniaga.

D. Operasi perbankan yang tidak melibatkan unsur gharar, maisir dan riba.

2. Pilih pernyataan yang menunjukkan perbezaan antara sistem perbankan konvensional

dan sistem perbankan Islam yang tepat.

I Perbankan konvensional dikawal oleh Akta Bank Negara sementara

perbankan Islam beroperasi berlandaskan Akta Perbankan Islam.

II Penasihat perbankan konvensional terdiri daripada pakar ekonomi sementara

penasihat perbankan Islam adalah para ulama.

III Dasar bank konvensional berlandaskan pemberian faedah tetapi bank Islam

mengikut prinsip syariah.

IV Bank konvensional melabur dalam semua sektor tetapi bank Islam bebas

daripada unsur yang meragukan.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja 3. Apakah persamaan antara perbankan konvensional dan perbankan Islam?

I Melakukan pelaburan untuk mencari keuntungan.

II Bebas melakukan pelaburan, asalkan tidak melanggar undang-undang.

III Pembahagian keuntungan diberikan antara pelabur dan penyimpan.

IV Antara produk kedua-dua jenis sistem ini ialah menerima simpanan, membuat

pembayaran dan memberi pembiayaan.

A. II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

4. Pilih pernyataan yang benar sahaja.

I Produk-produk sistem perbankan Islam ditawarkan kepada semua golongan

masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

II Perbankan Islam berpegang pada prinsip tiada unsur gharar, maisir dan riba.

III Sebagai pengurus besar Bank Muamalat, Sally bebas melakukan pelaburan di

mana-mana sektor untuk mencari keuntungan bagi banknya.

IV Perbankan konvensional memberikan tumpuan pada ciri faedah, pelaburan

dan keuntungan.

A. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Page 12: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 11

1.2 Jenis-jenis Bank

5. Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara bank pusat dan bank

perdagangan.

Bank Pusat Bank Perdagangan

I. Dimiliki oleh kerajaan. Dimiliki oleh sektor swasta.

II. Adalah jurubank kepada kerajaan. Adalah jurubank kepada orang ramai.

III. Bertujuan mendapat keuntungan

yang minima.

Bertujuan memberi kemudahan kepada

orang ramai.

IV. Berkuasa mutlak mengeluar dan

mengedar mata wang negara.

Berurusan dalam mata wang negara dan

juga mata wang asing.

A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

6. Fast-max Sdn Bhd, pemilik kilang pembuat skru, ingin mengambil alih Syarikat

Maxim Berhad, sebuah kilang besi dan keluli.

Apakah bank yang dapat membantu Fast-max mengambil alih Syarikat Maxim

Berhad?

A. Bank koperasi

B. Bank saudagar

C. Bank perdagangan

D. Bank badan berkanun

7. Di antara yang berikut, bank manakah yang dikelaskan sebagai bank koperasi?

A. Malayan Banking Berhad

B. Bank Bumiputera Commerce

C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia

D. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad

8. Apakah bank yang menepati ciri-ciri di bawah?

Bertujuan melindungi kepentingan dan memberi faedah kepada ahli-ahlinya.

Tidak menjalankan fungsi penuh bank.

Tidak mengendalikan akaun semasa dan pasaran pertukaran mata wang

asing.

A. Bank badan berkanun

B. Bank koperasi

C. Bank saudagar

D. Bank Islam

Page 13: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 12

Soalan 9 dan 10 adalah berdasarkan petikan di bawah.

9. Apakah bank yang dapat membantu Solehuddin untuk mencapai hajatnya menceburi

sektor industri kecil dan sederhana?

A. Bank Islam

B. Bank koperasi

C. Bank saudagar

D. Bank pembangunan dan infrastruktur

10. Selain dapat membantu Solehuddin menyelesaikan masalah modalnya, bank ini juga

telah merangkakan pelbagai skim dan projek untuk meggalakkan penyertaan

bumiputera dalam bidang industri dan perniagaan.

Apakah skim dan projek yang telah dirangkakan oleh bank ini untuk membantu bakal

usahawan bumiputera?

I Skim modal asas untuk IKS

II Skim pembiayaan modal kerja

III Skim kilang bimbingan

IV Skim mencari bakal pembeli untuk pengusaha IKS

A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

11. Apakah fungsi bank pusat?

I Mengeluar dan mengawal mata wang.

II Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan.

III Menjadi jurubank kepada orang ramai.

IV Melaksanakan dasar kewangan kerajaan.

A. I dan II sahaja. C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

12. Bank Simpanan Nasional adalah antara bank badan berkanun yang memainkan

peranan penting dalam kehidupan harian kita.

Pilih huraian yang tepat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan melalui skim

simpanannya.

Jenis Simpanan Huraian

I. Simpanan Biasa Mneyimpan wang untuk jangka masa tertentu

untuk mendapatkan faedah yang lebih tinggi.

II. Perkhidmatan wang segera Penyimpan boleh mengeluarkan sebarang

jumlah dengan kad ATM pada bila-bila sahaja.

III. Sijil simpanan premiun Pemegang sijil boleh mendapat faedah di

samping berlpeluang memenangi hadiah

Setelah tamat pengajian dalam bidang teknologi makanan, Solehuddin berhajat

menceburkan diri dalam industri kecil dan sederhana dengan membuka kilang

mengetin buah-buahan tempatan. Namun begitu, beliau memerlukan bantuan

kewangan serta bimbingan.

Page 14: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 13

menerusi cabutan nombor sijil.

IV. Skim SEDAR Menyimpan wang secara ansuran dalam jumlah

yang tetap setiap bulan.

A. I dan II sahaja. C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

13. Bank berikut memberikan perkhidmatan yang berikut kepada pelanggan-

pelanggannya.

Apakah bank yang menyediakan perkhidmatan di atas?

A. Bank badan berkanun

B. Bank koperasi

C. Bank Pembangunan dan Infrastruktur

D. Bank saudagar 1.3 Perkhidmatan Bank Perdagangan

14. Mengapakah wang yang disimpan dalam akaun semasa tidak boleh dianggap sebagai

pelaburan?

A. Pelanggan bank tidak menandatangani kontrak atau perjanjian dengan bank.

B. Wang yang disimpan di dalam akaun semasa bukanlah untuk jangka panjang

C. Pelanggan bank tidak mendapat apa-apa pulangan daripada simpanan itu.

D. Pemegang akaun semasa tidak menggunakan tunai tetapi menggunaka cek.

15. Mengapakah Mynnwei menasihati neneknya untuk menyimpan RM18,000 dalam

akaun simpanan tetap?

A. Simpanan tetap merupakan kaedah penyimpanan yang paling selamat untuk

menyimpan lebihan wang.

B. Nenek Mynnwei dapat mengeluarkan cek semasa beliau memerlukan wang.

C. Faedahnya akan dihantar ke rumah neneknya setiap bulan.

D. Kadar faedahnya adalah lebih tinggi berbanding dengan simpanan biasa.

16. Pak Soleh adalah seorang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang

mempunyai 88 orang pekerja. Belaiu telah dirompak beberapa kali semasa beliau

mengeluarkan wang untuk membayar gaji pekerjanya.

Apakah jenis perkhidmatan bank yang dapat membantu Pak Soleh?

A. Debit terus

B. Pindahan kredit

C. Draf bank

D. Pindahan elektronik

Menerima simpanan

Memberikan pinjaman

Memberikan khidmat nasihat kepada pelanggan

Menguruskan pelaburan

Menanggung jamin terbitan syer

Page 15: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 14

17. Sally telah mengambil pinjaman bank untuk membeli kereta idamannya. Oleh sebab

sibuk dengan tugasnya, adalah sukar untuknya untuk membayar ansuran keretanya

setiap bulan. Pihak bank dapat membantunya dengan menasihatinya memohon

perkhidmatan ______________________

A. Arahan tetap

B. Pindahan kredit

C. Akaun semasa

D. Pindahan elektronik

18. Baki akaun semasa Encik Ramli Sunny ialah sebanyak RM15,000. Beliau dibenarkan

mengeluarkan cek RM88.000. Ini bermakna Encik Ramli Sunny dibenarkan membuat

overdraf sebanyak____________________

A. RM 88,000

B. RM 15,000

C. RM 103,000

D. RM 73,000

Soalan 19 hingga 21 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Kuldip Singh yang mengusahakan perniagaan borong, hanya ada RM25,000 dalam akaun

semasanya. Beliau sedar akan kelebihan kemudahan overdraf kepadanya. Antaranya

ialah beliau akan boleh membayar pekilang walaupun belum memerima bayaran daripada

peruncit. Keadaan ini akan membolehkannya menjalankan perniagaannya dengan lebih

lancar.

19. Semasa beliau memohon untuk mendapatkan perkhidmatan itu, apakah faktor yang

akan dipertimbangkan oleh pihak bank?

I Nilai cagaran yang dikemukakan.

II Kejujuran dan kedudukan kredit Kuldip.

III Taraf pelajaran dan pencapaian akademiknya.

IV Sejarah perniagaannya.

A. I dan II sahaja. C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

20. Jumlah overdraf yang diluluskan oleh pihak bank ialah RM100,000. Pilih pernyataan

yang betul mengenai urusan dan keadaan kewangan Kuldip setelah mendapat

kebenaran menggunakan overdraf.

I Kuldip perlu menelefon pihak bank untuk mendapatkan kepastian kedudukan

kreditnya setiap kali hendak menggunakan overdraf.

II Kemudahan overdraf yang diberikan ini memungkinkan Kuldip

mengeluarkan tunai dari akaun semasanya dengan menggunakan kad ATM

sehingga ke takat overdraf dibenarkan itu.

III Kuldip bebas mengeluarkan amaun cek, asalnya jumlahnya tidak melebihi

RM125,000.

IV Bayaran faedah dicajkan ke atas RM100,000 sahaja.

Page 16: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 15

A. I sahaja. C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

21. Sekiranya faedah yang dikenakan ke atas overdraf ialah 15% setahun, kirakan jumlah

faedah yang perlu dibayar balik oleh Kuldip sekiranya beliau telah mengeluarkan cek

sebanyak RM123,456.00. Andaikan Kuldip telah menggunakan kemudahan overdraf

selama 15 hari.

A. RM 761.03

B. RM 14, 768.40

C. RM 616.44

D. RM 606.92

22. Apakah kelebihan overdraf berbanding dengan pinjaman bank?

A. Faedah hanya dikenakan ke atas amaun yang digunakan.

B. Kadar faedah yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan

pinjaman.

C. Kemudahan ini boleh didapati hanya dengan mempunyai aset untuk

dicagarkan kepada pihak bank.

D. Sesiapa sahaja pun boleh memohon untuk mendapatkan kemudahan ini.

23. Walaupun memberikan faedah yang lebih rendah daripada akaun simpanan tetap,

akaun simpanan biasa adalah lebih popular di kalangan penyimpan kerana

I Amaun minima yang perlu disimpan dalam akaun simpanan biasa adalah

lebih kecil berbanding amaun yang perlu disimpan dalam akaun simpanan

tetap.

II Pelanggan boleh mengeluarkan cek pada bila-bila sahaja semasa hendak

membuat bayaran.

III Sijil simpanan adalah lebih senang disimpan berbanding dengan buku

simpanan.

IV Penyimpan bebas mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.

A. II dan III sahaja. C. I, III dan IV sahaja

B. I dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

24. Pilih pernyataan yang benar mengenai akaun simpanan yang ditawarkan oleh bank

Islam.

I Faedah yang dibayar oleh bank Islam adalah lebih tinggi berbanding dengan

faedah yang dibayar oleh bank perdagangan yang lain.

II Wang simpanan pelanggan akan dilaburkan oleh pihak bank untuk

mendapatkan keuntungan.

III Pelanggan boleh mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.

IV Pelanggan biasanya dianggap sebagai rakan kongsi dengan pihak bank.

A. I dan III sahaja. C. II, III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Page 17: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 16

25. Menggunakan kad kredit mempunyai banyak kelebihannya. Apakah kelebihan-

kelebihan itu?

I Boleh mendapat diskaun daripada semua gedung yang menerimanya.

II Boleh digunkan untuk membayar bil elektrik dan bil lain.

III Pemegang kad boleh menempah barang melalui laman web dengan

menyatakan nombor kad kreditnya.

IV Tidak perlu membawa banyak wang semasa melancong.

A. I dan III sahaja C. II, III dan IV

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

26. Pilih ciri yang tepat menggambarkan simpanan wang Al Wadiah.

I Penyimpan diberikan buku akaun dan kad ATM.

II Penyimpan mungkin diberikan ‘hibah’ atau hadiah atas budi bicara bank .

III Merupakan pengaturan di antara pemberi modal dengan pengusaha projek

yang membenarkan pengarah projek menggunakan wang untuk

perniagaannya.

IV Penyimpan ada kebebasan mengeluarkan wang pada bila-bila sahaja.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV

B. II dan IV sahaja D. I, II, dan IV

27. Perkhidmatan e-lobi yang disediakan oleh bank perdagangan, merangkumi

perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

I Mesin deposit cek

II Mesin deposit tunai

III Kaunter mendeposit cek

IV Kaunter ekpress untuk pelanggan keutamaan bank

A. I dan II sahaja C. I, II, dan III sahaja

B. III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

28. Perhatikan ciri-ciri di bawah dan nyatakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh

pihak bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggannya.

A. Peti simpanan malam

B. Peti simpan selamat

C. Overdraf

D. Peti kontena

Merupakan peti keluli yang disimpan di bank.

Disewa kepada pelanggan bank yang memerlukan tempat yang selamat

untuk menyimpan aset berharga mereka seperti barang kemas, geran dan

lain-lain dokumen penting.

Pelanggan perlu membayar sewa tahunan untuk menggunakan

perkhidmatan ini.

Page 18: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 17

1.4 Cek

29. Cek biasanya menjadi pilihan utama peniaga sebagai cara untuk membuat

pembayaran kepada pembekal mereka. Mengapa?

A. Cek boleh dijadikan bukti pembayaran.

B. Cek merupakan wang sah.

C. Peniaga boleh meminda butiran dalam cek dengan mudah.

D. Cek adalah dijamin pembayarannya oleh pihak bank. 30. Pilih perkara yang tidak boleh dilakukan oleh seorang penerima cek terhadap cek

yang diterimanya.

A. Mencatatkan rangkai kata ‘Akaun penerima sahaja’.

B. Mengubah cek perintah kepada cek pembawa.

C. Menjadikan cek palangan am kepada cek palangan khas.

D. Menjadikan cek terbuka kepada cek berpalang.

31. Pilih perbezaan di antara cek terbuka dan cek berpalang yang betul.

Cek Terbuka Cek Berpalang

I. Tidak mempunyai dua garisan

selari yang merentasi muka cek.

Mempunyai dua garisan selari yang

merentasi cek.

II. Tidak boleh ditunaikan di kaunter

bank dan penerima perlu ada akaun

bank.

Boleh ditunaikan di kaunter tanpa

perlu membuka akaun bank..

III. Perkataan pembawa dipotong. Perkataan pembawa dibiarkan.

IV. Cek adalah kurang selamat kerana

pihak bank sukar mengesan

penyelewengan.

Cek adalah lebih selamat kerana

pihak bank boleh mengesan

penyelewengan.

A. I dan IV sahaja C. I, II dan IV

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

32. Pilih pernyataan memberikan huraian yang tepat mengenai cek yang berkenaan.

Jenis cek Huraian

A. Cek mati Cek yang tarikhnya belum sampai.

B. Cek kosong Cek yang belum ditulis apa-apa.

C. Cek bertanda Cek yang dijamin bayaran oleh bank penyuruh bayar.

D. Cek dalaman Cek yang dikeluarkan oleh ahli keluarga sendiri.

33. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang menerima cek palang

khas?

A. Mengkreditkan cek ke dalam akaunnya.

B. Membuka satu akaun di mana-mana bank sekiranya tidak ada akaun di bank.

C. Menunaikan cek di kaunter yang dinyatakan di atas cek.

D. Memasukkan cek ke dalam akaun di bank yang dinyatakan di atas cek.

Page 19: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 18

Soalan 34 hingga 36 adalah berdasarkan rajah di bawah.

34. Apakah ciri-ciri yang tepat menggambarkan L?

I Mempunyai dua garis selari yang merentangi permukaan cek.

II Cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank yang menerbitkan cek berkenaan.

III Cek ini kurang selamat.

IV Tiada dua garisan selari yang merentangi permukaan cek.

A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

35. Apakah jenis cek M?

A. Cek biasa

B. Cek pemberi

C. Cek perintah

D. Cek khas 36. Cek kategori N akan mempunyai palangan berikut:

I. II Fastmax Bank Berhad

III IV. Fastmax Bank Bhd.

Akaun Penerima Sahaja Akaun Penerima

Sahaja

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. III dan IV sahaja

D. I dan IV sahaja

Jenis Jenis Cek

L Cek Tertutup

Cek Pembawa M Cek Palang Biasa N

Page 20: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 19

1.5 Institusi Kewangan Lain

37. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Membeli terlebih dahulu mesin dan jentera yang mahal daripada kedai

jentera.

Membenarkan pelanggannya membayar ansuran untuk jentera berkenaan.

Memungkinkan peniaga menggunakan mesin dan jentera yang mahal untuk

memajukan perniagaannya.

Apakah institusi kewangan yang memberikan perkhidmatan di atas kepada

pelanggannya?

A. Syarikat Pajakan

B. Syarikat Pemfaktoran

C. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

D. Syarikat Kewangan

38. Syarikat Pemfaktoran adalah antara institusi kewangan yang memainkan peranan

penting dalam perkembangan dan kemajuan perniagaan dalam negara kita.

Di antara yang berikut, pilih tugas yang dilaksanakan oleh syarikat ini.

I Memberikan pinjaman kepada peniaga yang memerlukan wang untuk

memperkembangkan perniagaannya.

II Menawarkan pembiayaan dengan membeli terlebih dahulu peralatan yang

diperlukan oleh pelanggannya dan membenarkan pelanggannya membayar

ansuran.

III Membeli invois daripada peniaga dan kemudiannya mengutip hutang

daripada penghutang peniaga berkenaan.

IV Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai terlebih dahulu.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV

39. Mengapakah Syarikat Jaminan Kredit Malaysia penting untuk perkembangan

perniagaan dan peningkatan ekonomi negara?

I Syarikat ini membiayai peniaga yang ingin memperkembangkan perniagaan

mereka.

II

III

Syarikat ini memberi jaminan agar perniagaan yang berpotensi boleh

mendapatkan pinjaman untuk memulakan atau memperkembangkan

perniagaan mereka.

Syarikat ini memberikan jaminan agar semua peniaga yang memohon

pinjaman dari bank perdagangan diluluskan untuk mereka

memperkembangkan perniagaan mereka.

IV Keupayaan syarikat-syarikat berpotensi memperkembangkan perniagaan

mereka akan meningkatkan peluang pekerjaan dan ekonomi negara.

A. I dan III sahaja C. II, III dan IV

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

40. Mengapakah syarikat pemfaktoran adalah berfaedah kepada peniaga?

I Memungkinkan peniaga menggunakan mesin dan jentera yang mahal dengan

Page 21: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 20

membayar ansuran bulanan.

II Membolehkan peniaga memperolehi wang tunai dengan cepat.

III Wang tunai peniaga tidak terikat dengan hutang oleh pelanggan mereka.

IV Masalah aliran tunai peniaga dapat dikurangkan.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

Pengukuhan Esei 1. (a) Huraikan fungsi bank bank pusat dalam sesebuah negara. (12 markah)

(b) Bagaimanakah bank dapat melicinkan aktiviti perniagaan

seseorang peniaga? (7 markah)

(c) Nyatakan dan bincangkan kelebihan akaun semasa kepada

seseorang peniaga. (6 markah)

2. (a) Lakarkan sekeping cek dengan memasukkan butir-butir yang

lengkap. (6 markah)

(b) Huraikan kelebihan-kelebihan menggunakan cek sebagai alat

pembayaran. (10 markah)

(c) Apakah bezanya cek palangan am dengan cek palangan khas? (4 markah)

(d) Tuliskan tugas yang dimainkan oleh Biro Kredit dalam usahanya

untuk menggalakkan penggunaan cek di kalangan masyarakat. (5 markah)

(a) Selain bank, terdapat institusi kewangan yang lain yang dapat

membantu peniaga melancarkan aktiviti perniagaan mereka.

Apakah institusi kewangan? Nyatakan empat institusi kewangan

yang terdapat di negara kita. (5 markah)

(b) Huraikan peranan keempat-empat jenis institusi kewangan yang

terdapat di negara kita. (20 markah)

3. (a) Huraikan sistem perbankan Islam. (5 markah)

(b) Bincangkan perbezaan sistem perbankan konvensional dan sistem

perbankan Islam. (16 markah)

(c) Nyatakan dan bincangkan dua produk perbankan Islam. (4 markah)

4. (a) Apakah bank perdagangan? (5 markah)

(b) Selain kemudahan simpanan, pembayaran dan pembiayaan,

bincangkan lima lagi perkhidmatan yang disediakan oleh

bank perdagangan. (12 markah)

(c) Selain menerima simpanan, apakah perkhidmatan lain yang

ditawarkan oleh bank saudagar? (8 markah)

Page 22: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 21

Pengukuhan Kajian Kes

Baca kes di bawah dengan teliti.

Izzat Emmir mengusahakan Syarikat Izzaco Berhad, sebuah syarikat yang mengimport

skru dan peralatan kecil untuk diagihkan ke kilang-kilang di kawasan perindustrian bebas

di Pulau Pinang. Beliau mempunyai 18 orang pekerja yang membantunya di premis yang

disewanya untuk menjalankan perniagaannya.

Dalam urusan perniagaannya, biasanya beliau menerima cek. Namun begitu, kadang kala

beliau terpaksa mengeluarkan tunai yang banyak untuk membayar pekerja sementara yang

diupahnya untuk menjalankan kerja pada ‘waktu kecemasan’ seperti mengasing dan

mengelaskan skru dan peralatan kecil yang diperlukan serta merta.

Kebelakangan ini, Izzat telah menerima banyak tempahan daripada kilang-kilang di negeri

lain. Keadaan ini telah mendorong beliau untuk mengembangkan perniagaannya dengan

membuka cawangan di Perak, Selangor dan Johor, walaupun pada dasarnya beliau

kekurangan modal untuk berbuat demikian.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Nyatakan perkhidmatan-perkhidmatan bank yang dapat membantu Izzat Emmir

menjalankan perniagaannya dengan lancar dan selamat. ( 8 markah )

2. Apakah bank yang dapat membantu Izzat Emmir mencapai impiannya untuk

membuka cawangan-cawangannya? Apakah sumbangan lain bank berkenaan dalam

dunia perniagaan? ( 12 markah )

3. Adakah dasar bank pusat memainkan peranan dalam kes di atas? ( 5 markah )

Page 23: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 22

Bab 2 Insurans

Konsep Kilat

INSURANS

kepada individu

kepada peniaga

kepada negara

Peranan Maksud

Skim yang melindungi

insured daripada

pelbagai jenis risiko.

Konsep

‘Yang bernasib baik

menolong yang

malang.”

Risiko dikumpul dan

disebarkan antara

insured.

Jenis Risiko

Risiko Tidak

Boleh

Diinsuranskan

Risiko Boleh

Diinsuranskan

Prinsip

Berkonsepkan :

Kepentingan

Boleh Insurans

Penuh Percaya

Mutlak

Indemniti

Insurans

Konvensional

Takaful

Berlandaskan:

Tiada riba

Tiada gharar

Tiada maisir

Produk

Takaful

Takaful

Keluarga

Takaful

Am

Jenis Insurans

Kecurian

Jaminan

Setia

Kesihatan

Pendidikan

Gadaian

Insurans

Lain InsuransLa

in

Insurans

Am

Kemalangan

Kebakaran

Marin /

Penerbangan

Insurans

Hayat Seumur

Hidup

Insurans

Hayat

Sementara

Insurans

Endowmen

Insurans

Hayat

Page 24: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 23

Revisi Kilat

INSURANS Takrifan : Satu rancangan untuk melindungi individu dan institusi perniagaan daripada

risiko.

2.1 Konsep Insurans

1. Insurans merupakan perjanjian antara insured, iaitu pihak yang membeli polisi

insurans dengan insurer, iaitu pihak yang menawarkan perlindungan terhadap risiko

ataupun kemungkinan berlakunya sesuatu kecelakaan atau kemalangan.

2. Polisi, iaitu perjanjian yang ditandatangani akan menyatakan jumlah premium (

bayaran yang perlu dibuat untuk mendapatkan perlindungan ) dan pampasan atau

ganti rugi yang akan diterima oleh insured sekiranya berlaku risiko yang

diinsuranskan.

3. Terdapat dua jenis risiko.

a. Risiko boleh diinsuranskan merujuk pada kejadian malang yang boleh

diramalkan seperti kecurian dan kemalangan.

b. Risiko tidak boleh insuranskan merupakan kejadian malang yang tidak dapat

diramalkan atau yang tidak ada statistik mengenainya.

4. Insurans memainkan peranan kepada tiga pihak yang utama.

a. Insurans memberikan perlindungan kepada individu dan tanggungan mereka

terhadap risiko yang diinsuranskan.

b. Para peniaga yang membeli polisi insurans, dapat menumpukan perhatian untuk

memajukan perniagaan mereka tanpa merisaukan risiko yang akan berlaku.

c. Selain menambahkan peluang pekerjaan, wang premium yang dilaburkan akan

dapat memajukan ekonomi negara.

2.2 Prinsip Insuran

1. Setiap insured memesti mempunyai kepentingan boleh insurans sebelum

dibenarkan membeli polisi. Ini bermakna insured akan mendapat susah sekiranya

kemalangan berlaku ke atas harta atau nyawa yang diinsuranskan.

2. Insured perlu mengamalkan nilai penuh percaya mutlak dengan memberikan semua

maklumat yang benar kepada insurer semasa mengisi borang cadangan.

3. Prinsip indemniti, yang mempunyai tiga sub prinsipnya, akan memastikan bahawa

insured tidak mendapat keuntungan daripada insurans.

a. Prinsip sumbangan membolehkan insurer mencarum atau berkongsi membayar

jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh insured.

b. Subrogasi memberikan hak kepada insurer untuk menuntut daripada pihak ketiga

setelah membayar pampasan kepada insured.

c. Doktrin sebab hampiran hanya membenarkan insured menuntut pampasan

sekiranya kerugian yang dialami adalah berpunca daripada risiko yang

diinsuranskan.

Page 25: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 24

2.3 Jenis Insurans

1. Insurans am meliputi empat jenis insurans, iaitu insurans kemalangan, insurans

kebakaran, insurans marin dan penerbangan serta insurans lain.

a. Insurans kemalangan hanya melindungi insured daripada kerugian yang

berpunca daripada kemalangan sahaja, seperti insurans motor, insurans

kemalangan peribadi, insurans liabiliti majikan dan insurans liabiliti am.

i. Insurans motor memberi pampasan terhadap kemalangan yang melibatkan

kenderaan bermotor. Insurans komprehensif melindungi insured,

kenderaannya dan juga pihak ketiga serta kenderaannya. Inusrans pihak

ketiga yang wajib dimiliki semua pemilik kenderaan di Malaysia, hanya

memberi pampasan kepada pihak ketiga sahaja.

ii. Insurans kemalangan peribadi hanya memberi pampasan kepada

insured yang mengalami kecederaan atau maut yang berpunca

daripada kemalangan sahaja.

iii. Insurans Liabiliti

Jenis insurans

Insurans Am Insurans Hayat

kemalangan

Kebakaran

Marin dan

penerbangan

Lain-lain

Hayat

Sementara

Endownmen

Jaminan setia

Kesihatan

Pendidikan

Gadaian

Hayat

Seumur

Hidup

Kecurian

Page 26: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 25

Majikan memberikan lindungan terhadap majikan daripada tuntutan

pekerjanya yang mengalami kemalangan semasa menjalankan

tugas.

iv. Insurans Liabiliti Am melindungi majikan daripada tuntutan orang awam

yang mengalami kecederaan akibat ditimpa kemalangan semasa berada

dalam premis peniaga berkenaan.

b. Insurans kebakaran melindungi insured daripada kerugian yang berpunca

daripada kebakaran sahaja.

c. Insurans marin akan membayar pampasan terhadap kerugian yang berlaku di

laut sementara insurans penerbangan melindungi syarikat penerbangan

terhadap tuntutan yang dibuat oleh keluarga penumpang sekiranya kemalangan

udara berlaku. Bayaran pampasan merangkumi pampasan kepada nyawa dan

aset yang pupus dalam kemalangan yang bersabit dengan kapal atau kapal

terbang.

d. Insurans kecurian, jaminan setia, kesihatan, pendidikan dan gadaian telah

menjadi semakin penting.

i. Insurans kesihatan memberikan perlindungan terhadap kerugian yang

dalami akibat kecurian atau pecah rumah.

ii. Majikan boleh melindungi diri daripada menghadapi kerugian

sekiranya pekerjanya tidak jujur dan pecah amanah dengan

mengambil insurans jaminan setia.

iii. Kos perubatan yang semakin tinggi serta penyakit kronik yang

semakin meningkat menjadikan insurans kesihatan begitu penting

untuk menjamin kesihatan dan keselamatan keluarga.

iv. Insurans pendidikan berfungsi sebagai tabungan ibu bapa untuk

pendidikan anak-anak mereka pada masa hadapan. Premium yang

dibayar oleh insurer akan dibayar bersama-sama dengan faedah pada

tarikh matangnya.

v. Ketua keluarga yang sedang membayar ansuran pinjaman perumahan

biasanya akan membeli polisi insurans gadaian untuk memastikan syarikat

kewangan tidak merampas aset yang belum habis dibayarnya, sekiranya dia

cedera atau meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan pinjaman

kewangannya.

2. Insurans hayat dapat dibahagikan kepada tiga jenis yang utama; iaitu insurans

hayat seumur hidup, insurans hayat sementara dan insurans endowmen.

a. Insurans hayat seumur hidup merupakan polisi yang diambil oleh insured

untuk memberikan perlindungan kepada warisnya. Insured tidak dapat

menikmati wangnya kerana pampasan cuma akan dibayar setelah insured

meninggal dunia.

b. Insured yang hendak membeli insurans sebagai tabungan atau simpanan akan

membeli polisi insurans endowmen. Kelebihan polisi ini ialah sekiranya

insured meninggal dunia, pampasan akan dibayar kepada warisnya tetapi

sekiranya insured masih hidup sehingga ke tarikh matang polisi insuransnya,

keseluruhan wang tabungannya akan dibayar balik kepadanya.

Page 27: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 26

c. Insurans hayat sementara merupakan polisi yang melindungi insured untuk

satu tempoh yang dipersetujui sahaja, seperti tempoh perjalanan yang tertentu

sahaja. Selepas tempoh yang dipersetujui, insured tidak lagi dilindungi.

2.4 Takaful

1. Takaful merupakan skim insurans yang menggunakan tiga prinsip asas insurans

konvensional tetapi ditadbir berlandaskan hukum syariah.

2. Prinsip-prinsip takaful termasuklah kepentingan boleh insurans, penuh percaya

mutlak dan indemniti tetapi ditadbir berlandaskan konsep al-Mudgarabah. Syarikat

takaful bertindak sebagai al-Mudhrib atau pengusaha sementara insured merupakan

peserta yang menyumbangkan modal.

3. Takaful melarang unsur gharar atau ketidak pastian, maisir atau perjudian dan riba

atau faedah dalam pentadbirnya.

4. Setiap peserta diberikan penjelasan yang terperinci mengenai perkara berikut:

a. Cara sumbangan wang takaful

b. Cara wang dilaburkan

c. Ganti rugi yang diberikan

d. Cara pembahagian untung dilakukan.

5. Wang sumbangan peserta dibahagikan kepada dua akaun,

a. Sumbangan peserta yang digunakan untuk membuat pelaburan dengan tujuan

mencari keuntungan akan dimasukkan ke dalam Akaun peserta.

b. Akaun Khas Peserta digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta yang

ditimpa kemalangan.

6. Produk takaful boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. Ketua keluarga biasanya membeli Takaful keluarga untuk melindungi

keluarganya sekiranya dia ditimpa malang.

b. Takaful am merupakan skim yang memberikan perlindungan terhadap risiko

kebakaran, kemalangan dan lain-lain, yang dapat disertai oleh individu, syarikat

ataupun perbadanan.

2.5 Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

1. Individu ataupun syarikat yang ingin membeli polisi insurans harus mengikut

langkah-langkah berikut:

a. Mendapatkan maklumat mengenai polisi yang ingin dibeli.

b. Mendapatkan ejen insurans untuk menyediakan pelan cadangan yang dapat

memperjelas lagi mengenai produk insurer.

c. Mengisi borang cadangan dengan penuh jujur, iaitu menjawab semua soalan

dengan penuh percaya mutlak.

d. Mengembalikan borang cadangan kepada ejen untuk diserahkan kepada insurer,

serta membayar premium yang ditetapkan.

e. Mendapatkan resit sebagai bukti pembayaran serta nota lindungan yang

berfungsi sementara untuk melindungi insured.

f. Menyimpan polisi insurans sebagai bukti pembelian insurans.

Page 28: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 27

2. Untuk memastikan insured boleh mendapatkan tuntutan ganti rugi, langkah-langkah

berikut perlu diikuti:

a. Membuat laporan polis mengenai kejadian.

b. Menghubungi insurer untuk memberitahu mengenai kejadian.

c. Mengisi borang tuntutan dengan lengkap serta nyatakan amaun yang hendak

dituntut.

d. Mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis dan dokumen

sokongan yang lain.

e. Menantikan siasatan dilakukan oleh insurer sebelum mendapatkan bayaran

ganti rugi.

Page 29: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 28

Pengukuhan Konsep 1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

2. Isikan tempat kosong di bawah dan tuliskan penerangan ringkasnya di tempat

yang disediakan.

Faktor yang

mempengaruhi kadar

premium

Luas perlindungan

Cara pembayaran

premium

Prinsip-prinsip

Insurans

Indemniti

Doktrin sebab

hampiran

Page 30: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 29

3.

4.

Lengkapkan tempat-tempat kosong di bawah dengan jawapan yang tepat.

Insured

Borang permohonan yang diisi oleh bakal

insured yang berminat membeli polisi.

Nota Lindungan

Syarikat insurans yang mengelolakan skim

perlindungan insurans.

Premium

Bayaran gantirugi yang diberikan oleh

inusrer kepada insured yang ditimpa risiko.

Insurans secara

Islam / Takaful

Unsur yang tidak

dibenarkan

Produk yang

ditawarkan

Page 31: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 30

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

2.1 Konsep Insurans

1. Berikut merupakan peranan insurans kepada peniaga, kecuali

A. Membayar pampasan terhadap risiko yang diinsuranskan.

B. Mengurangkan beban peniaga daripada pekerja yang tidak amanah.

C. Membolehkan peniaga memberikan tumpuan pada cara memajukan

perniagaan.

D. Menambahkan peluang pekerjaan.

2. Sektor insurans memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.

Pilih huraian yang tepat menggambarkan pernyataan di atas.

A. Insurans gadaian memastikan aset yang belum habis dibayar, tidak dirampas

oleh insurer.

B. Premium, iaitu bayaran yang diberikan oleh insured kepada insurer, dapat

dilaburkan dalam sektor ekonomi negara.

C. Peluang pekerjaan bertambah dengan adanya sektor insurans, iaitu ramai

yang dapat bekerja sebagai pekerja insurans atau pekerjaan yang berkaitan

secara tidak langsung dengan sektor insurans.

D. Insurans kenderaan motor pihak ketiga menjamin setiap pengguna jalan raya

dilindungi, supaya kerajaan tidak perlu membelanjakan wang perubatan

membantu mangsa kemalangan jalan raya.

3. Sementara menunggu polisi insurans siap, dokumen sementara yang diberikan oleh

insurer kepada insured dipanggil _______________

A. Nota lindungan

B. Borang cadangan

C. Polisi sementara insurans

D. Resit insurans

4. Pernyataan yang berikut adalah tepat mengenai insurans, kecuali

A. Insurans mengelakkan insured daripada ditimpa malang.

B. Insured hanya boleh mendapat gantirugi dan bukannya keuntungan.

C. Pampasan daripada insurans adalah bertujuan mengembalikan insured

kepada keadaan asal seperti sebelum berlakunya risiko.

D. Bayaran premium insurans adalah berbeza kerana keadaan insured berlainan

5. Jumlah wang yang dibayar oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan

perlindungan dikenali sebagai_________________

A. Premium

B. Dividen

C. Insurans

D. Pampasan

Page 32: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 31

6. Pilih huraian yang tepat menerangkan konsep insurans.

I Satu rancangan perniagaan insurer untuk memaksimakan keuntungan.

II Satu rancangan pembahagian risiko antara insurer-insurer yang terlibat

dalam perniagaan perkhidnatan.

III Satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pampasan kepada

insured.

IV Berlandaskan konsep ‘yang bernasib baik membantu yang malang’.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV

7. Pilih pernyataan yang tepat sekali menerangkan risiko.

I Risiko merupakan kemungkinan mengalami kerugian.

II Pengiraan kadar premium untuk risiko boleh diinsuranskan dilakukan

dengan menjumlahkan kos syarikat untuk dibahagikan dengan unit polisi

insurans yang dijual.

III Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat diramalkan, tidak boleh

diinsuranskan.

IV Penyakit kronik merupakan risiko yang tidak boleh diinsuranskan.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

8. Semasa ombak tsumani melanda kawasan pantai Pulau Pinang, tempat meletak kereta

di sebuah kompleks membeli-belah telah dibanjiri air. Ramai pemilik kenderaan

mengalami kerugian kerana insurer enggan membayar pampasan.

Pilih alasan munasabah yang mungkin diberikan oleh insurer.

I Bencana alam merupakan risiko yang tidak boleh diinsuranskan.

II Insured perlu membayar premium tambahan untuk mendapat pampasan.

III Insuran komprehensif dan insurans pihak ketiga hanya memberikan

pampasan terhadap kerosakan kenderaan dan nyawa yang terlibat dalam

kemalangan jalan raya sahaja.

IV Insurer tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk membayar

pampasan yang sebegitu banyak.

A. I sahaja C. I, III, dan IV

B. I dan III D. I, II, III dan IV

Kam Hoong memiliki rangkaian gedung beraneka jabatan yang maju. Beliau

ingin mewariskan perniagaannya kepada anaknya tetapi beliau kurang percaya

akan keupayaan anaknya untuk menguruskan perniagaannya. Beliau ingin

membeli polisi insurans untuk melindungi dirinya daripada kurangan untung

yang mungkin berlaku setelah perniagaan diambil alih oleh anaknya.

9. Mengapakah tidak ada insurer yang sanggup menjual polisi yang sebegini?

A. Kam Hoong enggan membayar premium yang tinggi.

Page 33: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 32

B. Insurans jenis ini hanya ditawarkan di negara maju sahaja.

C. Tiada perangkaan mengenai risiko kerugian akibat pengurusan tidak cekap.

D. Insurer tidak mungkin mampu membayar pampasan insurans sebegini yang

biasanya berjumlah besar.

10. Nemo dan Dori merupakan jiran. Di belakang rumah mereka terdapat stesyen

minyak. Kedua-duanya membeli polisi insurans kebakaran untuk melindungi aset

mereka. Mengapakah kadar premium yang dikenakan adalah berbeza?

A. Nemo adalah pengurus kilang sementara Dori adalah penjaja.

B. Rumah Nemo adalah rumah batu tetapi rumah Dori adalah rumah papan.

C. Nemo berumur 45 tahun tetapi Dori berumur 54 tahun.

D. Nemo mengenali ejen insuran tetapi Dori tidak mengenalinya.

2.2 Prinsip Insurans

Soalan 11 dan 12 adalah berdasarkan petikan berikut:

Izwart Emmir membeli polisi insurans kebakaran daripada 3 insurer untuk

melindungi banglo mewahnya yang diperbuat daripada kayu jati. Semasa

mengisi borang cadangan, beliau telah menyatakan banglonya diperbuat

daripada batu, iaitu beliau telah tidak memberikan maklumat yang benar semasa

mengisi borang cadangan.

11. Mengapakah Izwart Emmir tidak diberikan pampasan semasa banglo mewahnya

musnah dalam satu kebakaran?

A. Menginsurans aset dengan 3 insurer adalah satu kesalahan.

B. Insurer biasanya tidak menginsuranskan aset yang diperbuat daripada kayu.

C. Izwart telah tidak membayar premium yang mencukupi untuk mendapatkan

perlindungan.

D. Izwart menyatakan banglonya dibuat daripada batu.

12. Daripada petikan yang diberikan di atas, apakah prinsip insurans yang telah

dilanggari oleh Izwart Emmir?

A. Penuh percaya mutlak

B. Indemniti

C. Kepentingan diinsuranskan

D. Doktrin sebab hampiran

13. Syarikat Pengangkutan Superfast menginsuranskan vannya yang membawa peralatan

elektronik daripada risiko kecurian dan rompakan. Salah sebuah vannya telah terlibat

dalam kemalangan yang mengakibatkan muatannya remuk sama sekali tetapi pihak

insurer telah enggan membayar ganti rugi.

Page 34: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 33

Kes ini dikaitkan dengan prinsip __________

A. Ganti rugi

B. Kepentingan diinsuranskan

C. Doktrin sebab hampiran

D. Penuh percaya

14. Perhatikan pernyataan di bawah dan nyatakan prinsip insurans yang diwakili oleh

pernyataan tersebut.

A. Indemniti

B. Subrogasi

C. Penuh percaya mutlak

D. Kepentingan boleh insurans

15. Kendrik Thavis menginsuranskan rumahnya daripada risiko kebakaran. Semasa

ombak tsunami melanda kawasan pantai Pulau Pinang, rumahnya turut mengalami

kerosakan, tetapi beliau tidak diberikan bayaran ganti rugi.

Apakah prinsip yang diikuti oleh insurer dalam kes di atas?

A. Subrogasi

B. Penuh percaya mulak

C. Doktrin sebab hampiran

D. Kepentingan boleh diinsurans

16. Pilih pernyataan yang memberikan huraian yang paling tepat mengenai indemniti.

A. Pampasan yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang

diinsuranskan.

B. Insured mengisi borang cadangan dengan jujur.

C. Bayaran yang dibuat oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan

perlindungan ke atas risiko yang berlaku.

D. Perjanjian antara insurer dengan insured.

17. Setakat manakah seorang usahawan boleh menginsuranskan rakan kongsinya?

I Keseluruhan aset yang dimiliki oleh rakan kongsinya.

II Jumlah modal yang dilaburkan rakan kongsinya dalam perusahaan mereka.

III Keseluruhan nilai perusahaan mereka.

IV Tiada had dalam insurans hayat.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV

Semasa mengisi borang cadangan, insured mesti

memberikan maklumat yang benar.

Page 35: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 34

2.3 Jenis Insurans

Soalan 18 dan 19 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

Cun baru membeli kereta idamannya. Cun ingin mendapat perlindungan terhadap

sebarang kemalangan yang berlaku ke atas dirinya, keretanya dan juga orang

ramai yang mungkin tercedera sekiranya berlaku kemalangan yang bersabit

dengan kereta idamannya itu.

18. Apakah jenis polisi yang perlu dibelinya?

A. Insurans motor

B. Insurans pihak ketiga

C. Insurans komprehensif

D. Insurans kemalangan peribadi

19. Sekiranya Cun mengupah Jason sebagai pemandunya, apakah jenis insurans yang

perlu dibelinya untuk melindungi diri daripada tuntutan Jason atau keluarganya

sekiranya Jason tercedera atau terkorban semasa menjalankan tugasnya?

A. Insurans hayat sementara

B. Insurans jaminan setia

C. Insurans laibiliti am

D. Insurans liabiliti majikan

Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

Boonhua membuka kilang memproses alat perhiasan besi dan keluli. Pekerja-

pekerjanya terdedah pada banyak bahaya kerana menggunakan bahan kimia dan

bahan api yang panas membara untuk menghasilkan kerja ukiran, mengilatkan

produk dan lain-lain.

20. Apakah jenis polisi insurans yang perlu dibeli oleh Boonhua untuk melindungi

dirinya daripada pelbagai jenis tuntutan?

I Insurans liabiliti majikan

II Insurans kebakaran

III Insurans hayat sementara

IV Insurans endownmen

A. I dan II C. I dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

21. Seterusnya Boonhua bercadang untuk menyahut seruan kerajaan dalam usaha

menarik kedatangan pelancong dengan membenarkan kilangnya dilawati oleh

Page 36: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 35

pelancong. Beliau juga hendak membuka kaunter untuk menjual produknya kepada

pelancong dalam satu sudut di kilangnya.

Apakah polisi tambahan yang perlu dibelinya?

I Insurans gadaian

II Insurans jaminan setia

III Insurans liabiliti am

IV Insurans kecurian

A. I dan II C. II, III dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

Soalan 22 dan 23 adalah berdasarkan meklumat di bawah:

Giok Liin merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat. Dia ingin

menabung serta hendak memastikan kebajikan dirinya dan anaknya terjaga

sekiranya berlaku kemalangan yang mengakibatkannya hilang keupayaan

ataupun menghadapi maut.

22. Apakah jenis polisi yang wajar dibelinya?

A. Insurans hayat sementara

B. Insurans hayat seumur hidup

C. Insurans endownmen

D. Insurans pendidikan

23. Azni mengambil pinjaman bank untuk membeli rumah kos rendah dan telah

dinasihati untuk membeli insurans gadaian.

Apakah fungsi insurans ini?

I Melindunginya daripada risiko ditipu oleh pengusaha perumahan.

II Menjamin bahawa aset yang dibeli tidak dirampas sekiranya insured

meninggal dunia sebelum sempat menjelaskan ansuran.

III Membantu insured menjelaskan ansuran ketika insured mengalami masalah

kewangan.

IV Menjelaskan kos rawatan insured dan tanggungan waria.

A. I sahajaI C. I, II, dan II I

B. II sahaja D. II, III dan IV

Soalan 24 dan 25 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Puan Wong telah mengambil polisi insurans kebakaran untuk melindungi

rumahnya yang bernilai RM280,000. Pada tahun yang berikutnya pula, beliau

telah membeli polisi insurans daripada tiga insurer untuk melindungi rumahnya

yang kini dinilaikan sebanyak RM300,000. Polisi insurans lama telah

dibatalkannya. Beberapa bulan kemudian, rumahnya telah hangus dijilat api.

Page 37: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 36

24. Berapakah pampasan yang dapat diperolehi Puan Wong daripada setiap insurer?

A. RM 900,000.00

B. RM 200,000.00

C. RM 300,000.00

D. RM 100,000.00

25. Apakah prinsip yang dirujuk semasa menentukan bayaran pampasan kepada Puan

Wong?

A. Subrogasi

B. Penuh percaya mutlak

C. Sumbangan

D. Doktrin sebab hampiran

26. Mengapakah pemilik kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya diwajibkan

mengambil polisi insurans bermotor pihak ketiga?

A. Untuk melindungi insured.

B. Untuk melindungi pengguna-pengguna jalan raya yang lain.

C. Insured boleh mendapatkan ganti rugi daripada pihak ketiga.

D. Insured boleh mendapat pampasan untuk kenderaannya yang rosak akibat

kemalangan jalan raya.

Soalan 27 dan 28 adalah berdasarkan maklumat berikut:

Vinodtha Vinod hendak membeli insurans komprehensif untuk menginsuranskan

kereta mewahnya yang bernilai RM800,000. Rumahnya yang bernilai

RM980,000 juga diinsuranskan daripada risiko kebakaran.

27. Kirakan jumlah premium yang perlu dibayarnya sekiranya dia perlu membayar

premium RM9.80 untuk setiap seribu nilai keretanya dan RM8.80 untuk setiap seribu

nilai rumahnya

A. RM8624.00

B. RM7040.00

C. RM16,464.00

D. RM16,644.00

28. Kereta mewahnya hilang setelah lima tahun, berapakah jumlah gantirugi yang akan

diterimanya sekiranya nilai semasa keretanya hanya RM230,000?

A. RM 230,000

B. RM800,000

C. RM980,000

D. RM23,000

Page 38: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 37

2.4 Takaful

29. Pilih pernyataan yang paling tepat menghuraikan insurans takaful.

I Takaful tetap mengamalkan 3 prinsip insurans konvensional.

II Tabarru’ merupakan teras utama yang membina paksi takaful.

III Akaun khas peserta mengendalikan bahagian wang sumbangan peserta

yang dilaburkan.

IV Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama Islam sahaja.

A. II sahaja C. I dan II

B. IV sahaja D. I, II, III dan IV

30. Pilih pernyataan yang tepat menunjukkan perbezaan antara takaful dengan insurans

konvensional.

I Insurans konvensional beroperasi berlandaskan tiga prinsipnya manakala

takaful berlandaskan konsep al-Mudharabah sahaja.

II Takaful tidak melaburkan wangnya dalam perniagaan yang berunsur

perjudian tetapi insurer boleh melakukan demikian.

III Takaful dan syarikat insurans konvensional bebas menjual polisi

insuransnya kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan agama.

IV Peserta takaful dan pemegang polisi insurans konvensional adalah tertakluk

pada prinsip indemniti yang tidak membenarkan mereka mendapat

keuntungan daripada insurans.

A. I dan II C. II, III, dan IV

B. II dan IV D. I, II, III dan IV

31. Pernyataan yang berikut adalah benar mengenai takaful, kecuali

A. Syarikat takaful bertindak sebagai al-Mudharib, iaitu pengusaha.

B. Operasi takaful adalah berlandaskan konsep al-Mudharabah yang merupakan

akad perjanjian antara syarikat takaful dan peserta.

C. Akaun khas peserta digunakan untuk membayar pampasan kepada peserta

yang ditimpa malang.

D. Keuntungan yang diperolehi dalam perkongsian antara syarikat takaful dan

peserta akan dibahagikan sama rata.

32. Soleh telah menyertai Skim Takaful Kebakaran selama 5 tahun dengan bayaran

sebanyak RM500 setiap tahun. Rumahnya dinilaikan sebanyak RM190,000. Kos

membaiki bahagian belakang rumahnya yang rosak akibat kebakaran ialah

RM20,000. Berapakah ganti rugi yang akan diterima oleh Soleh?

A. RM2,500

B. RM190,000

C. RM500

D. RM20,000

33. Takaful tidak membenarkan beberapa unsur yang terdapat sistem insurans

konvensional. Apakah unsur-unsur itu?

I Faedah

Page 39: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 38

II Perjudian

III Ketidakpastian

IV Perkongsian untung

A. I dan II C. II dan IV

B. I, II dan III D. I, II, III dan IV

34. Intan Aidid membuka Kedai Intan Wanita Anggun, yang menjual barang emas dan

intan permata. Beliau mempunyai 8 orang pekerja yang membantunya. Apakah skim

takaful yang perlu disertainya?

I Skim Takaful Kecurian

II Skim Takaful Keluarga

III Skim Takaful Jaminan Setia

IV Skim Takaful Gadaian

A. II sahaja C. I dan III

B. IV sahaja D. I, II, dan IV

2.5 Belian Polisi dan Tuntutan Ganti Rugi

35. Mengapakah insurer perlu menjalankan penyiasatan setelah menerima borang

tuntutan ganti rugi yang diisi oleh insurer?

I Menentukan aset itu diambil alih oleh insurer.

II Memastikan jumlah tuntutan adalah kerugian yang sebenarnya.

III Memastikan insured tidak melanggar syarat dalam polisi.

IV Memastikan bahawa kerugian yang dituntut adalah berpunca daripada risiko

yang diinsuranskan.

A. I,II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

36. Susun langkah-langkah yang perlu diambil semasa membeli polisi insurans.

I Meminta nota lindungan sementara menunggu polisi siap.

II Mengisi borang dengan berhati-hati dan jujur.

III Membuat kajin dan meneliti produk yang ditawarkan oleh insurer ;ain.

IV Membayar insurer dan meminta resit sebagai bukti bayaran.

A. I, II. III IV C. III, II, IV, I

B. IV, II,I, III D. IV, II, III,I

37. Apakah tidakan pertama yang perlu dilakukan sekiranya seseorang pemegang polisi

insurans motor komprehensif terlibat dalam kemalangan jalan raya?

A. Membuat laporan polis.

B. Mengisi borang tuntutan.

C. Mengembalikan borang cadangan kepada insurer.

D. Mencari polisi insurans

38. Susun mengikut urutan yang betul sebelum insured dapat menuntut ganti rugi

daripada insurer.

I Menerima bayaran pampasan.

Page 40: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 39

II Mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis.

III Mengisi borang tuntutan.

IV Membuat laporan polis.

A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I

B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV

39. Mengapakah laporan polis perlu dibuat sekiranya insured hendak membuat tuntutan

gantirugi daripada insurer?

A. Untuk mendapat kebenaran polis agar siasatan kejadian dapat dilakukan.

B. Untuk mendapat ganti rugi yang lebih tinggi.

C. Untuk merekod tentang kejadian yang berlaku.

D. Untuk mengesahkan kebenaran kejadian sebelum diluluskan bayaran

pampasan.

40. Puan Lee Wah ingin membeli polisi insurans pendidikan untuk anaknya yang berusia

9 tahun. Susun langkah-langkah yang perlu dilakukan olehnya.

I Mendapatkan maklumat insurans pendidikan.

II Memahami dan mengisi borang cadangan.

III Membayar premium.

IV Mendapatkan nota lindungan.

A. II,I,III, IV C. IV, III, II, I

B. IV, II, III, I D. I, II, III dan IV

Pengukuhan Esei 1. a. Takrifkan konsep insurans. (5markah)

b. Jelaskan istilah insurans yang berikut.

i. Insurer

ii. Insured

iii. Premium

iv. Al-Mudharabah

v. Nota Lindungan (10markah)

c. Terangkan sumbangan insurans kepada individu dan peniaga. (10markah)

2. a. Jelaskan pemahaman anda mengenai takaful. (7markah)

b. Huraikan perbezaan antara takaful dengan insurans konvensional. (8markah)

c. Nyatakan dan terangkan cara membuat tuntutan gantirugi insurans. (10markah)

3. a. Jason mengidap penyakit lelah. Semasa membeli polisi insurans kesihatan, beliau

enggan menyakitkan sejarah penyakit yang dihidapinya. Nyatakan prinsip yang

telah dilanggari Jason serta huraikankan akibatnya. (5markah)

b. Kereta Yantini hilang dan beliau telah diberikan pampasan oleh insurer. Dua tahun

kemudian, keretanya dijumpai semula.

Page 41: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 40

Siapakah yang dapat menuntut hak ke atas kereta tersebut? Kaitkan dan huraikan

jawapan anda dengan prinsip insurans. ( 8markah)

c. Nyatakan dan huraikan faktor yang menentukan kadar premium yang perlu dibayar

oleh seseorang yang hendak menyertai skim insurans kebakaran. (12markah)

4. a. Huraikan pemahaman anda mengenai insurans hayat. (5markah)

b. Nyatakan dan terangkan tiga jenis insurans hayat yang ditawarkan. (15markah)

c. Pampasan merujuk pada bayaran gantirugi yang akan dibayar oleh insurer kepada

insured sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan. Dalam konteks ini,

terangkan keadaan di mana pampasan atau gantirugi akan dibayar oleh insurans

penerbangan. (5markah)

5. a. Apakah insurans gadaian? (5markah)

b. Mengapakah insurans ini penting kepada seorang ketua keluarga? (5markah)

c. Huraikan mengenai insurans pendidikan dan terangkan sebabnya insurans ini

disamakan dengan insurans endowmen? (8markah)

d. Jelaskan pemahaman anda mengenai insurans liabiliti am. Terangkan dua keadaan

insurans ini dapat membantu insured. (7markah)

Pengukuhan Kajian Kes Baca kes di bawah dengan teliti.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Nyatakan dan terangkan empat jenis-jenis insurans yang perlu dibeli oleh Fei Bien

untuk melindungi dirinya. ( 20 markah )

2. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Fei Bien semasa hendak membeli

polisi insurans. ( 5 markah )

Fei Bien merupakan seorang peniaga yang berpandangan jauh. Beliau telah mengusahakan perniagaan

restoran bergerak di atas sebuah kapal yang berulang-alik antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Perniagaannya yang semakin maju, dikunjungi oleh ramai pelanggan; baik dari dalam negeri mahupun

dari luar negeri. Selain menikmati makanan yang lazat, para pelanggan akan dihibur dengan nyanyian dan

tarian tradisional dan moden. Tambahan pula mereka dapat menikmati udara nyaman sambil melihat

pemandangan waktu malam.

Beliau mempunyai seramai 30 pekerja tetap. Selain itu, terdapat penyanyi undangan yang diupahnya

setiap malam.

Page 42: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

41

mlpl/smjkpt

Bab 3 - Pengangkutan Konsep Kilat

PENGANGKUTAN

Jenis Pengangkutan

Keselesaan

Kemudahan

Kuantiti, saiz &

berat

Kecepatan

Risiko

Nilai

Jarak

Kos

Jenis barang

Faktor Pemilihan

Peranan

Mengelak keadaan lebihan dan kurangan

Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan

Mengalakkan pengeluaran secara besar-besaran

Mengurangkan kos penyimpanan stok

Mempelbagaikan pilihan pengguna

Membantu pertumbuhan ekonomi & peluang pekerja

Menyebarkan hasil ciptaan sains dan teknologi

Memudahkan pergerakan tenaga buruh

Laut

Kapal kargo

Kapal

kerentan

Kapal pesisir

pantai

Kapal

penumpang

Udara

Helikopter

Kapal terbang

Saluran

Paip

Air

Gas

Minyak

Darat

Jalan Raya

Rel

MAS

DCA

Pengangkutan

udara Pengangkutan

rel

KTMB

Saluran paip

Petronas

Pengangkutan

laut

MISC

Jabatan Laut

Lembaga

Pelabuhan

JPJ

LPKP

PUSPAKOM

Pengangkutan

darat

Agensi

Page 43: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

42

mlpl/smjkpt

Revisi Kilat 3.1 Pengangkutan

Makna Pengangkutan

1. Pengangkutan merujuk pada cara memindahkan barang dan tenaga manusia dari

satu tempat ke tempat yang lain.

Peranan Pengangkutan

1. Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran

a. Pemindahan biasanya berlaku dari tempat yang mengalami lebihan ke tempat

yang mengalami kurangan.

b. Pengangkutan membantu menstabilkan harga barang.

Pengangkutan

Makna Cara pemindahan barang dan tenaga

kerja dari satu tempat ke tempat lain.

Mengelakkan lebihan dan kurangan

Menggalakkan pengeluaran besar-besaran

Mengurangkan kos penyimpanan stok

Meluaskan pasaran dan

menggalakkan perniagaan

antarabangsa

Mempelbagaikan pilihan pengguna

Membantu pertumbuhan ekonomi

dan pembangunan negara.

Menyebarkan ciptaan sains dan teknologi

Menggalakkan pergerakan tenaga buruh

Mengelakkan pembaziran

Menggalakkan pengaliran modal dan

industri pelancongan

Peranan

Page 44: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

43

mlpl/smjkpt

2. Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa

a. Barang dan perkhidmatan dapat diagih ke tempat yang menawarkan harga yang

lebih tinggi.

b. Perniagaan import dan eksport dapat berjalan lancar dan bertambah maju.

3. Menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran

a. Pasaran yang luas membolehkan pengeluaran besar-besaran.

b. Kos pengeluaran dapat dikurangkan kerana pengeluaran yang banyak menikmati

faedah ekonomi bidangan.

4. Mengurangkan kos penyimpanan stok

a. Sistem pengangkutan yang baik membolehkan stok dihantar pada masa stok

diperlukan.

b. Peniaga jimat kos penyimpanan kerana tidak perlu menyimpan stok yang banyak.

5. Mempelbagaikan pilihan pengguna

a. Pengangkutan membolehkan pelbagai jenis barang dibawa dari merata tempat.

b. Pengguna dapat menikmati pelbagai jenis barang dan menambahkan kepuasan.

6. Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan Negara a. Pengangkutan yang cekap menggalakkan pembukaan kawasan baru.

b. Pertumbuhan ekonomi dan pendapatan akan memajukan Negara.

7. Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi a. Penyebaran teknologi moden memajukan Negara dan memupuk persefahaman

antarabangsa.

8. Menggalakkan pergerakan tenaga buruh a. Tenaga kerja yang tidak diperlukan dapat bergerak ke kawasan yang memerlukan

perkhidmatan mereka.

9. Mengelakkan pembaziran a. Lebihan keluaran dapat diagihkan ke tempat yang memerlukannya sebelum

menjadi rosak.

b. Kesegaran barang terjamin dengan pengangkutan yang cekap.

10. Menggalakkan pengaliran modal dan industri pelancongan a. Sistem pengangkutan yang cekap menggalakkan kedatangan pelabur dan

pelancong asing.

b. Pengaliran modal asing ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi Negara.

Page 45: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

44

mlpl/smjkpt

3.2 Jenis Pengangkutan

Secara amnya pengangkutan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu pengangkutan

darat, laut, udara dan saluran paip.

Pengangkutan Darat

Pengangkutan darat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pengangkutan jalanraya

dan pengangkutan rel.

a. Pengangkutan Jalan Raya

1. Pengangkutan ini merupakan cara pengangkutan yang paling popular.

2. Sistem ini sesuai untuk membawa penumpang dan barang.

3. Pelbagai jenis kenderaan dapat digunakan, bergantung pada kesesuaian

muatannya, seperti lori, van, kereta dan lain-lain.

4. Kelebihan pengangkutan jalan raya adalah seperti berikut:

a. Penyerahan dari pintu ke pintu

b. Menjimatkan masa, murah dan cepat untuk jarak dekat

c. Mudah didapati dan digunakan

d. Fleksibel dari segi arah perjalanan dan jadual

5. Antara kekurangan yang terdapat dalam sistem pengangkutan jenis ini adalah:

a. Mahal dan lambat untuk jarak jauh

b. Halangan kesesakan lalulintas dan cuaca buruk

c. Penggunaan tenaga buruh yang tinggi

d. Ruang muatan yang terhad

6. Agensi-agensi yang terlibat untuk memastikan keselamatan dan kualiti

pengangkutan jalanraya terjamin adalah seperti berikut:

i. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terletak di bawah Kementerian

Pengangkutan Malaysia, bertanggungjawab ke atas:

Mengeluarkan lessen memandu

Mendaftar dan mengeluarkan cukai jalan

Mengeluarkan permit sekolah memandu

Menguatkuasa undang-undang jalan raya

Darat

Laut

Udara

Saluran Paip

Jenis Pengangkutan

Page 46: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

45

mlpl/smjkpt

Bekerjasama dengan agensi luar untuk meningkatkan keselamatan jalan raya

ii. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang ditubuhkan di

bawah Kementerian Pembangunan Usahawan mempunyai tanggungjawab

berikut:

Mengeluarkan permit untuk kenderaan komersial

Memastikan kenderaan perdagangan mencukupi untuk memenuhi keperluan

iii. Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sendirian Berhad (PUSPAKOM) merupakan syarikat komprehensif pertama yang bertanggungjawab ke atas:

Pemeriksaan dan ujian ke atas kenderaan

Membantu pihak polis menyiasat kes kemalangan maut

b. Pengangkutan Rel

1. Sistem pengangkutan rel di negara kita dikendalikan oleh Keretapi Tanah Melayu

Berhad (KTMB).

2. KTMB yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia,

menjalankan tiga jenis perkhidmatan, iaitu:

a. Keretapi penumpang

b. Perkhidmatan komuter

c. Keretapi kargo

3. Pengangkutan rel juga meliputi :

a. Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sendirian Berhad (PUTERA)

b. Ekspres Rail Link Sendirian Berhad (ERL)

c. KL Monorel System Sendirian Berhad (KL Monorel)

d. Sistem Transit Aliran Ringan (STAR LRT)

4. Kelebihan pengangkutan rel adalah seperti berikut:

Murah bagi perjalanan jauh

Ruang muatan yang luas

Mempunyai gerabak khas

Lebih cepat bagi jarak jauh

5. Pengangkutan rel juga mempunyai kekurangannya, iaitu:

Tiada serahan dari pintu ke pintu

Kos pembinaan dan penyelenggaraan tinggi

Perjalanan tidak fleksibel dan terikat pada jadual waktu

Tidak sesuai untuk perjalanan dekat

Page 47: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

46

mlpl/smjkpt

Pengangkutan Laut

1. Pengangkutan laut penting untuk perniagaan antarabangsa, baik untuk membawa

penumpang ataupun barang.

2. Secara amnya, terdapat empat jenis kapal yang digunakan, iaitu:

a. Kapal kargo

Merupakan kapal yang digunakan untuk membawa pelbagai jenis kargo dan

sedikit penumpang.

Secara amnya terdapat tiga jenis kapal kargo khas, iaitu kapal kontena, kapal

tangki dan kapal pengangkut pukal.

b. Kapal kerentan

Tidak mempunyai jadual waktu yang tetap

Belayar mengikut arahan pencarter atau penyewa kapal

c. Kapal pesisir pantai

Merupakan kapal kecil atau tongkang yang berulang alik di sepanjang pantai.

d. Kapal penumpang

Menyediakan pelbagai jenis kemudahan seperti restoran, kolam renang dan lain-

lain untuk membawa penumpang.

3. Kelebihan pengangkutan laut adalah

seperti berikut:

Ruang muatan yang luas

Kos murah

Tiada kesesakan lalulintas dan selamat

Penting untuk perniagaan antarabangasa

4. Terdapat juga kekurangan dalam sistem pengangkutan ini, iaitu:

Tempoh perjalanan yang lama

Kegunaannya terhad dan tidak fleksibel

Tiada serahan dari pintu ke pintu

Memerlukan pemunggahan yang rumit

5. Agensi yang terlibat untuk memastikan sistem pengangkutan ini sentiasa dalam

keadaan yang selamat dan sempurna adalah:

i. Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia(MISC)

Pengangkutan

Laut

Kapal

kargo

Kapal

kerentan

(kapal

tramp)

Kapal

pesisir

pantai

Kapal

penumpang

Page 48: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

47

mlpl/smjkpt

Merupakan syarikat perkapalan terbesar di Malaysia

Menawarkan perkhidmatan perkapalan peringkat domestik dan antarabangsa.

ii. Jabatan Laut

Terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia

Menjalankan tugas berikut:

a. Pendaftaran kapal

b. Melatih dan melesenkan pelaut yang berkelayakan.

c. Menyelenggarakan pelabuhan

d. Mewujudkan sistem pelayaran efisien

e. Memastikan kawasan perairan bebas daripada pencemaran

iii. Lembaga Pelabuhan

Merupakan pihak yang diberi kuasa mentadbir pelabuhan

Menjalankan tugas-tugas berikut:

a. Mengawal selia pelabuhan

b. Mengeluarkan lesen dan mengendalikan pelabuhan

c. Mengawal penyediaan kemudahan di pelabuhan

d. Melesenkan malim

e. Bertindak selaku tuan tanah

f. Merancang pembangunan pelabuhan

g. Menjadi pengantara sektor swasta dan agensi kerajaan.

Pengangkutan Udara

1. Pengangkutan udara merupakan sistem pengangkutan yang paling cepat tetapi mahal.

2. Secara amnya terdapat dua jenis pengangkutan udara yang kerap digunakan, iaitu

kapal terbang dan helicopter.

3. Pengangkutan udara mempunyai kelebihan berikut:

Cepat

Lebih selesa

Selamat

Mengurangkan kos insurans

Sesuai untuk barang mahal, segar dan yang diperlukan segera

Dapat menghubungi kawasan pedalaman

4. Namun begitu, terdapat juga kekurangannya, iaitu:

Kos mahal

Tertakluk pada keadaan cuaca

Ruang muatan terhad

Tiada pungutan dan serahan dari pintu ke pintu

Penggunaannya adalah terhad

5. Agensi yang turut menyumbang dalam industri pengangkutan udara adalah seperti

berikut:

Page 49: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

48

mlpl/smjkpt

i. Sistem Penerbangan Malaysia

(MAS) Merupakan nadi utama pengangkutan udara negara ini

Menyediakan dua jenis perkhidmatan, iaitu pesawat penumpang dan pesawat

kargo

ii. Jabatan Penerbangan Awam (DCA)

Di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia

Bertanggung jawab memastikan keselamatan udara dan memperkembangkan

industri pengangkutan udara Malaysia, seperti:

a. Mengelolakan latihan dan mengeluarkan lesen juruterbang dan pesawat

b. Mengawal trafik udara

c. Memastikan pembinaan dasar, kriteria dan piawaian lapangan terbang

d. Mengadakan perjanjian penerbangan dan hak pendaratan

e. Menguruskan hal kewangan dan sistem perakaunannya

f. Mentadbir kolej penerbangannya

Saluran Paip

1. Sistem ssaluran paip digunakan untuk menyalurkan bahan cecair, gas dan bijiran.

2. Kelebihan sistem saluran paip adalah seperti berikut:

Mudah dan cepat

Lebih selamat

Menjimatkan kos pengangkutan lain

3. Terdapat juga kekurangannya, iaitu:

Kos pemasangan yang tinggi

Penggunaannya terhad

Masalah kebocoran yang sukar dikesan dan dibaiki

4. Agensi penting yang dikaitkan dengan sistem saluran paip ialah Petroleum Nasional

Berhad (PETRONAS) yang diberikan hak mencari gali, memproses serta

memasarkan petroleum.

3.3 Pengkontenaan

1. Sistem penghantaran barang dengan menggunakan peti besi sebagai satu unit

dipanggil sistem pengkontenaan.

2. Kontena merupakan peti khas yang bersaiz piawai yang boleh dikunci dan dipateri.

3. Sistem ini semakin popular kerana mempunyai banyak kelebihan:

Menjamin keselamatan kargo

Menjimatkan masa dan ruang

Menjimatkan kos

Dapat menggunakan sistem Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR) yang

i. Mengecualikan negara perantaraan daripada memeriksa peti kontena yang

berlaku di negara berkenaan

Page 50: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

49

mlpl/smjkpt

ii. Membenarkan pihak kastam Negara pengimport memeriksa isi kandung peti

untuk tujuan pentaksiran cukai.

4. Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan dalam sistem ini yang menghalang

perkembangannya, seperti:

Kos modal yang tinggi

Memerlukan sistem kenderaan bersepadu

Tidak sesuai untuk semua jenis barang atau barang berkuantiti kecil.

3.4 Pemilihan Pengangkutan

1. Pemilihan jenis pengangkutan yang sesuai akan memastikan barang yang dihantar

sampai ke pasaran tepat pada masa yang diperlukan.

2. Peniaga dapat mengawal harga pasaran apabila produknya tiba dalam keadaan segar

dan baik.

3. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih jenis pengangkutan untuk

mengagih sesuatu produk adalah seperti berikut:

Kos pengangkutan

Jenis dan sifat berang

Risiko kerosakan

Nilai barang

Kesegeraan barang diperlukan

Jarak perjalanan

Saiz, berat dan kuantiti barang

Kemudahan sedia ada

Keselesaan yang diperlukan

Faktor pemilihan

Kos

Jenis dan

sifat barang

Risiko

kerosakan

Nilai Barang

Kesegeraan Jarak perjalanan

Saiz, berat

dan kuantiti

barang

Kemudahan

sedia ada

Keselesaan

Page 51: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

51

mlpl/smjkpt

Pengukuhan Konsep

1. (a) Lengkapkan ketinggalan dalam rajah di bawah.

digunakan untuk

mengangkut

(b) Isikan kekosongan yang terdapat pada jadual di bawah.

Kelebihan dan Kekurangan Pengangkutan Jalan Raya

Kelebihan

Menjimatkan masa, murah dan cepat

untuk jarak dekat.

Penggunaan tenaga buruh yang tinggi.

Fleksibal dari segi arah perjalanan dan

jadual.

2. (a) Isikan tempat kosong dengan jawapan yang tepat

Pihak Berkuasa Pengangkutan Laut

Jabatan Laut

Pengangkutan

Jalan raya

Laut

Kapal kargo

Kapal terbang

Gas

Page 52: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

52

mlpl/smjkpt

(b) Nyatakan lima tugas Jabatan Laut

i. _____________________________________________________

ii. _____________________________________________________

iii._____________________________________________________

iv._____________________________________________________

v. _____________________________________________________

3. (a) Isikan tempat kosong pada rajah di bawah.

(b) Nyatakan enam peranan pengangkutan.

i. _______________________________________________________

ii. _______________________________________________________

iii. _______________________________________________________

iv. _______________________________________________________

v. _______________________________________________________

vi. _______________________________________________________

Isikan jawapan yang betul pada ruangan yang dikosongkan.

Faktor

Pemilihan

Pengangkutan

Kos Pengangkutan

Kesegeraan

Jarak perjalanan

Tugas Jabatan Pengangkutan

Jalan ( JPJ )

Mendaftar dan mengeluarkan cukai jalan

Bekerjasama dengan agensi luar

Page 53: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

53

mlpl/smjkpt

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang

terbaik sahaja.

3.1 Pengangkutan

1. Pak Mat bersyukur dapat menghantar hasil tangkapannya ke bandar.

Apakah sumbangan pengangkutan dalam konteks di atas?

I Mengelakkan pembaziran

II Mengurangkan kos penyimpanan stok

III Meluaskan pasaran

IV Menggalakkan pergerakan tenaga buruh

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

2. Perhatikan pernyataan di bawah. Pilih pernyataan yang disesuaikan dengan peranan

pengangkutan yang tepat.

Situasi Peranan pengangkutan

I Sally gembira dapat membeli tas tangan

Paris.

Galakkan pergerakan tenaga buruh.

II Mynnwei mempelajari selok-belok

menjadi seoerang angkasawan di Rusia.

Menyebarkan ciptaan sains dan teknologi

moeden

III Boonhua dapat menghantar produk

kilangnya kepada pelanggannya di kutub

utara.

Meluaskan pasaran.

IV Zherwei enggan menyimpan stok kerana

tempahan daripada pembekalnya dapat

sampai dalam masa dua hari sahaja.

Menggalakkan pengaliran modal dan industri

pelancongan.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

3. Bagaimanakah pengangkutan menyumbang dalam pembangunan ekonomi negara?

A. Mengurangkan kos penyimpanan barang.

B. Membolehkan pergerakan tenaga buruh ke kawasan yang tinggi

permintaannya.

C. Mendorong penerokaan kawasan baru.

D. Menambahkan eksport dan mengurangkan import.

4. Pilih pernyataan yang benar tentang peranan pengangkutan.

I Mengurangkan kos penyimpanan stok.

II Memudahkan mobiliti tenaga buruh.

III Memperluaskan pasaran barangan.

IV Membolehkan pengkhususan dijalankan.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

Page 54: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

54

mlpl/smjkpt

Soalan 5 hingga 7 adalah berdasarkan petikan di bawah.

5. Berdasarkan petikan di atas, Boon ialah seorang peniaga tempatan yang mengimport

barang elektronik dari Jepun. Apakah sumbangan pengangkutan kepada Boon?

A. Mempelbagaikan pilihan pengguna.

B. Mengurangkan kos penyimpanan stok.

C. Meluaskan pasaran dan meggalakkan perniagaan antarabangsa.

D. Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi.

6. Tanpa sistem pengangkutan yang sempurna, Boon tidak dapat menjalankan

perniagaannya. Apakah pula sumbangan pengangkutan kepada para pelanggan Boon?

I Mempelbagaikan pilihan pengguna.

II Mrmbantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

III Menyebarkan hasil ciptaan dan sains teknologi.

IV Mengelakkan pembaziran

A. I dan III C. I, III dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

7. Dengan perniagaannya yang semakin meningkat maju, Boon seterusnya berhasrat untuk

menjalankan perniagaan entrepot. Apakah sumbangan pengangkutan dalam konteks ini?

I Mempelbagaikan pilihan pengguna.

II Mengelakkan pembaziran.

III Membantu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

IV Meluaskan pasaran dan menggalakkan perniagaan antarabangsa.

A. I dan III C. I, III dan IV

B. II dan IV D. II, III dan IV

8. Mathias dan Shona Wee mengusahakan kebun bunga ros di Tanah Tinggi Cameron.

Pelanggan tetap mereka terdiri daripada hotel-hotel terkemuka yang berada di Kuala

Lumpur, Johor Baru dan Pulau Pinang memerlukan bunga yang segar setiap hari.

Mathias dan Shona Wee pula hendak memastikan bahawa hasil titik peluh mereka tidak

menjadi layu agar boleh memperolehi harga yang tinggi. Mereka juga sedar bahawa

tiada permintaan yang tinggi terhadap bunga ros di tempat tinggal mereka.

Apakah peranan pengangkutan dalam kes di atas?

I Mengelakkan pembaziran.

II Mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran.

III Mengurangkan kos penyimpanan stok.

IV Memudahkan perniagaan antarabangsa.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Modal Boon tidak terikat dengan stok yang banyak.

Boon hanya memesan dari Jepun apabila ada permintaan.

Boon bebas daripada risiko kecurian atau kerosakan stok.

Page 55: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

55

mlpl/smjkpt

Soalan 9 dan 10 adalah berdasarkan petikan di bawah.

9. Mengapakah keadaan ini berlaku?

I Ruang muatan dalam kapal terbang terhad.

II Keadaan kapal terbang memungkinkan penyebaran virus SARS.

III Pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain dapat berlaku

dengan cepat sekali.

IV Pengangkutan udara dapat merentas benua dan lautan.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. II, III dan IV

10. Walaupun pada dasarnya sistem pengangkutan dipersalahkan sebagai saluran

penyebaran penyakit SARS, namun kita bersyukur kerana pengangkutan udara

memungkinkan pergerakan pakar perubatan dan ahli sains untuk membantu mengawal

penyakit berkenaan.

Apakah peranan pengangkutan dalam konteks ini?

A. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

B. Memudahkan mobiliti tenaga buruh.

C. Menggalakkan industri pelancongan dan pengaliran modal asing.

D. Membantu penyebaran sains dan teknologi.

3.2 Jenis Pengangkutan

11. Walaupun pengangkutan udara merupakan jenis pengangkutan yang paling cepat,

namun tidak ramai yang memilih pengangkutan jenis ini kerana tambangnya mahal.

Mengapa tambangnya mahal?

I Ruang muatan yang disediakan terhad.

II Kos penyelenggaraan adalah tinggi.

III Kos insurans pengangkutan udara adalah mahal.

IV Terdapat persaingan yang hebat antara banyak syarikat penerbangan.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. I, II dan IV D. II, III dan IV

12. Pernyataan di atas adalah berkaitan dengan ciri sejenis pengangkutan. Apakah jenis

pengangkutan yang diterangkan dalam pernyataan di atas?

A. Pengangkutan rel

B. Pengangkutn laut

Tidak melibatkan kos penyelenggaraan.

Tidak memerlukan pemunggahan untuk pemindahan barang.

Selamat kerana tidak berlaku kecurian dan kehilangan.

Kemajuan sistem pengangkutan telah menjadi punca utama merebaknya penyakit

SARS dengan begitu cepat dan menakutkan.

Page 56: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

56

mlpl/smjkpt

C. Pengangkutan jalan raya

D. Sistem saluran paip

13. Syarikat Fast-Max terlibat dalam perniagaan mengekspot komponen kecil yang mahal.

Pelanggannya terdiri daripada kilang-kilang elektronik yang memerlukan stok dengan

segera.

Mengapakah pengarah Syarikat Fast-Max masih memilih pengangkutan udara

walaupun kos menghantar stok dengan pengangkutan udara adalah mahal?

A. Kos tambang adalah lebih rendah berbanding dengan nilai stoknya.

B. Kapal terbang sesuai digunakan dalam perniagaan antarabangsa.

C. Risiko kecurian adalah rendah dan barang dapat sampai dengan segera.

D. Ruang muatan kapal terbang yang terhad adalah sesuai untuk menghantar

komponen-komponen yang kecil

14. Apakah jenis pengangkutan yang menepati ciri di atas?

A. Kapal kargo

B. Kapal pesisir pantai

C. Kapal kontena

D. Kapal kerentan

15. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan pengendali utama pengangkutan

rel di negara kita. Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KTMB?

I Perkhidmatan keretapi penumpang

II Perkhidmatan keretapi kargo

III Perkhidmatan keretapi Bukti Bendera

IV Perkhidmatan komuter

A. I, II dan III C. I, II dan IV

B. II, III dan IV D. I, II , III dan IV

16. Pengangkutan laut menawarkan ruang muatan yang luas dan tambang yang murah.

Namun begitu, pengangkutan jenis ini masih tidak menjadi pilihan sesetengah

pengeksport untuk menghantar barang mereka. Mengapa?

I Tiada kesesakan lalu lintas dan selamat.

II Tiada serahan dari pintu ke pintu.

III Tempoh perjalanan yang lama.

IV Kegunaannya terhad kepada negara yang dapat dihubungi dengan jalan laut.

A. I, II dan III C. I, III dan IV

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Boleh disewa sebahagian atau seluruh kapal.

Tambangnya boleh ditawar-menawarkan.

Arah tujuan serta masa bertolak adalah ditetapkan oleh penyewa kapal.

Page 57: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

57

mlpl/smjkpt

17. Lembaga Pelabuhan menjalan tugas-tugas berikut, kecuali

A. Melesen kan malim

B. Bertindak selaku tuan tanah

C. Mengawal penyediaan kemudahan di pelabuhan.

D. Menggalakkan penglibatan kapal Malaysia dalam industri perkapalan

domestik dan antarabangsa.

18. Apakah persamaan yang ketara di antara kapal kerentan dan kapal pesisir pantai?

A. Tambangnya boleh ditawar-menawarkan.

B. Digunakan untuk membawa barang dari pelabuhan kecil di sepanjang pantai.

C. Membantu membawa barang dan penumpang dari kapal besar ke pelabuhan

dan sebaliknya.

D. Jadual pelayarannya diiklankan dalam akhbar.

19. JPJ, LPKP dan PUSPAKOM merupakan agensi pengangkutan jalan raya yang penting.

Apakah perbezaan bidang tugas antara JPJ dengan LPKP?

A. JPJ bertanggung jawab ke atas kenderaan persendirian tetapi LPKP

bertanggungawab ke atas kenderaan sewaan.

B. JPJ terletak di bawah Kementerian Pembangunan dan Usahawan dan LPKP

terletak di bawah Kementerian Pengangkutan.

C. JPJ boleh mengeluarkan lesen tetapi LPKP tidak boleh mengeluarkan lesen.

D. JPJ bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berhubung dengan

kenderaan bermotor yang menggunakan jalan raya tetapi LPKP hanya

bertanggungjawab ke atas kenderaan perdagangan sahaja.

20. Mengapakah dikatakan bahawa pengangkutan jalanraya adalah pelengkap kepada

pengangkutan rel, laut dan udara?

A. Memberikan perkhidmatan yang lebih murah.

B. Mengurangkan kerja pemunggahan.

C. Membolehkan penghantaran dari pintu ke pintu.

D. Mengurangkan kerja pemunggahan.

21. Bagaimanakah pengangkutan udara dapat menurunkan kos atau perbelanjaan seseorang

peniaga entrepot?

I Ruang muatannya terhad.

II Cepat dan selamat.

III Tidak perlu menyimpan stok yang banyak.

IV Kos penyelenggaraan yang tinggi.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

22. Pilih pasangan yang menunjukkan perbezaan sifat barang yang dihantar dengan

pengangkutan laut dengan sifat barang yang dihantar dengan pengangkutan udara yang

tepat.

Pengangkutan laut Pengangkutan udara

A. Besar dan murah Kecil dan mahal

B. Besar dan mahal Kecil dan murah

Page 58: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

58

mlpl/smjkpt

C. Getas dan murah Tidak getas dan murah

D. Tidak tahan lama dan mahal Tahan lama dan murah

23. Mengapakah barang yang rapuh dan mudah rosak sesuai dibawa dengan pengangkutan

jalan raya?

A. Kos pengangkutan jalan raya adalah lebih murah.

B. Kurangnya kerja pemunggahan kerana dapat sampai tepat ke destinasinya.

C. Pekerja pengangkutan jalan raya lebih cermat dan berpengalaman.

D. Had laju pengangkutan jalan raya ditetapkan.

24. Pelbagai jenis kapal digunakan dalam pengangkutan laut. Pilih huraian yang

menggambarkan kesesuaian setiap jenis kapal dengan muatannya.

I Peti kontena dihantar dengan kapal kargo.

II Kayu balak, besi dan kepingan getah dihantar dengan kapal pesisir pantai.

III Kapal penumpang membawa penumpang dan sedikit barang.

IV Kapal kerentan membawa penumpang dan barang dari pelabuhan kecil ke

kapal besar yang tidak dapat masuk ke pelabuhan.

A. III sahaja C. II dan IV

B. I dan III sahaja D. I, II, III dan IV

25. Nyatakan dua jenis pengangkutan yang mempunyai persamaan ciri di bawah.

A. Pengangkutan rel dan pengangkutan udara

B. Pengkontenaan dan pengangkutan jalan raya.

C. Pengangkutan udara dan pengangkutan saluran paip.

D. Pengangkutan rel dan pengangkutan saluran paip.

26. Kelebihan pengangkutan rel ialah mempunyai ruang muatan yang luas.

Apakah kelebihan yang dapat diperolehi oleh seorang penumpang keretapi daripada

ruang muatan yang luas?

I Tidak perlu terperap pada tempat duduknya sahaja.

II Tiada had muatan yang boleh dibawa.

III Terdapanya gerabak restoran yang dapat memenuhi selera penumpang.

IV Boleh membawa sesiapa sahaja tanpa caj tambahan.

A. I dan II C. I, II dan III sahaja

B. II dan III D. I, II, III dan IV

27. Terdapatnya beberapa persamaan antara pengangkutan laut dan pengangkutan rel.

Apakah persamaan di antara kedua-dua jenis pengangkutan ini?

I Tidak fleksibel.

II Kos penyelenggaraan yang rendah.

III Sesuai untuk barang yang besar, tahan lama dan tidak bernilai tinggi.

Kos permulaan yang tinggi.

Sesuai untuk sesetengah jenis barang sahaja.

Risiko kecurian dan kehilangan yang rendah.

Page 59: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

59

mlpl/smjkpt

IV Ruang muatan yang luas.

A. I, II dan II C. II, III dan IV

B. I, III dan IV D. I, II dan IV

28. Satu persamaan yang besar antara agensi pengangkutan seperti JPJ dan Lembaga

Pelabuhan ialah kedua-dua agensi ini_________________________

A. Melesenkan malim

B. Mengeluarkan permit sekolah memandu dan mengemudi

C. Bertindak selaku tuan tanah

D. Mengeluarkan lesen

29. Mengapakah sistem saluran paip menjadi semakin penting dan sedang berkembang pesat

penggunaannya?

A. Kos permulaan sistem pengangkutan jenis ini adalah lebih rendah berbanding

dengan kos permulaan sistem pengangkutan jenis lain.

B. Jangka waktu penghantaran bijirin dan cecair adalah lebih cepat berbanding

dengan menggunakan sebarang pengangkutan yang lain.

C. Kerajaan menggalakkan dan membiayai pembinaan sistem saluran paip ke

seluruh negara.

D. Sistem ini dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

30. Pilih pernyataan yang benar mengenai pengangkutan laut.

I Merupakan cara pengangkutan yang amat penting untuk perniagaan

antarabangsa.

II Tugas utama Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) ialah

menyediakan kemudahan yang lengkap untuk memudahkan pengendalian

kargo.

III Bertindak selaku tuan tanah dan melesenkan malim adalah antara tugas yang

dipertanggungjawabkan ke atas Lembaga Pelabuhan.

IV Pengangkutan laut tidak memerlukan kerja pemunggahan yang rumit.

A. I dan III C. I, II dan III

B. II dan IV D. I, II, III dan IV

Soalan 31 dan 32 adalah berdasarkan petikan di bawah.

31. Pilih cara yang paling sesuai untuk Encik Thor memindahkan keluarga dan kargonya.

A. Menggunakan pengangkutan udara untuk memindahkan keluarga dan kargo.

B. Menggunakan kapal pengangkut pukal untuk memindahkan kargo dan

Encik Allan Thor dan keluarganya hendak berpindah dari Sabah ke Pulau Pinang.

Selain kotak-kotak buku dan pakaian, mereka juga ingin memindahkan perabot dan

kereta mereka. Encik Thor perlu melaporkan diri di tempat kerja barunya di Pulau

Pinang dengan segera dan anak-anaknya perlu mendaftar di sekolah baru mereka.

Mereka tidak begitu merisaukan kargo mereka asalkan mereka diberikan tempat

penginapan yang sesuai.

Page 60: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

60

mlpl/smjkpt

keluarganya menggunakan pengangkutan udara.

C. Menggunakan kapal kontena untuk memindahkan barang pindahannya yang

dimasukkan ke dalam peti kontena sementera ahli keluarganya boleh

menggunakan pengangkutan udara.

D. Menggunakan kapal kontena untuk memindahkan kargonya sementara ahli

keluarganya boleh menggunakan kapal penumpang.

32. Sekiranya masa bukan menjadi kriteria utama kepada Encik Thor sekeluarga, apakah

jenis pengangkutan yang sesuai untuk digunakan?

A. Kapal kerenan dan kapal kargo

B. Kapal kontena dan keretapi

C. Kapal penumpang dan kapal kapal terbang kargo

D. Kapal penumpang dan kapal kontena

3.3 Pengkontenaan

33. Mynn Wei merupakan seorang pemilik syarikat pengangkutan kontena yang

menyediakan peti kontena bersaiz standard untuk disewa kepada pelanggannya yang

hendak menghantar barang dengan kontena.

Apakah kelebihan menggunakan menggunakan peti yang bersaiz standard?

A. Memudahkan dokumentasi kastam.

B. Mengurangkan kerosakan dan kecurian.

C. Memudahkan kendalian dengan menggunakan mesin.

D. Mengurangkan kos insurans dan bayaran pelabuhan.

34. Sabaruddin merupakan seorang pengusaha perabot kayu jati yang kerap menerima

tempahan daripada pelanggannya di luar negara. Walaupun beliau sedar akan kelebihan

menggunakan peti kontena untuk mengeksport perabotnya, namun beliau tidak

menggunakan perkhidmatan ini sepenuhnya.

Mengapa?

I Perabotnya tahan lama.

II Stok yang ingin dihantar bukan selalunya banyak.

III Kosnya mahal.

IV Pelanggannya tidak suka perabot dihantar dengan kontena.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

35. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan pengkontenaan.

I Pengkontenaan tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya kerana memerlukan

sistem pengangkutan bersepadu.

II Kontena kargo adalah untuk mengangkut barang pukal.

III Walaupun kontena menghantar barang dalam peti kontena sebagai satu unit,

namun kos insurans masih tidak dapat dijimatkan.

IV Kelebihan sistem pengkontenaan ialah terkecuali daripada sistem dokumentasi

yang rumit.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan IV

Page 61: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

61

mlpl/smjkpt

36. Pernyataan–pernyataan yang berikut tepat menerangkan sistem Pengangkutan

Antarabangsa Routier (TIR).

I Kastam di negara pengeksport perlu mengisi borang untuk memperaku isi

kandung dalam peti kontena.

II Kastam di negara pengimport tidak memeriksa peti kontena yang dibawa

masuk.

III Sistem ini melicinkan kerja penghantaran kargo kerana prosedur dan

dokumentasi kastam dipermudahkan.

IV Cukai akan dikenakan oleh negara pengimport terhadap barang yang dibawa

masuk.

A. I dan III C. I, III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

37. Apakah kekurangan sistem pengkontenaan?

A. Keselamatan kargo terjamin daripada rosak atau tercalar.

B. Peti kontena yang bersaiz piawai menjimatkan ruang.

C. Bayaran cukai pelabuhan dapat dijimatkan.

D. Kos modalnya tinggi.

3.4 Pemilihan Pengangkutan

38. “Kita tidak boleh menghantar intan permata dengan menggunakan kapal kargo”, pemilik

BH Design, Encik BH Teoh memberitahu pekerjanya.

Apakah faktor yang dititikberatkan oleh pemilik kilang intan permata itu semasa

memilih jenis pengangkutan?

I Sifat dan jenis barang

II Kos pengangkutan

III Nilai barang

IV Kesegeraan

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I dan III

39. Tenaga pakar perubatan yang diperlukan dengan segera di tempat yang dilanda wabak

penyakit tidak boleh menggunakan pengangkutan laut.

Apakah faktor yang dipertimbangkan dalam konteks di atas semasa memilih jenis

pengangkutan?

A. Kesegeraan

B. Kesegaran

C. Kos pengangkutan

D. Kemudahan

40. Boon Hua merupakan seorang peniaga yang bijak. Apakah faktor yang

dipertimbangkannya semasa memilih jenis pengangkutan untuk menghantar produknya?

I Nilai barang

II Jenis barang

Page 62: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

62

mlpl/smjkpt

III Harga pasaran barang

IV Kos pengeluaran barang

A. I dan II C. II dan IV

B. I dan III D. III dan IV

Pengukuhan Esei 1. (a) Huraikan pemahaman anda mengenai pengangkutan. ( 7markah )

(b) Mengapakah pengangkutan laut masih digunakan padahal

pengangkutan udara adalah lebih cepat. ( 8markah )

(c) Tunjukkan dan jelaskan perbezaan antara kapal kargo

dengan kapal kerentan. ( 10 markah )

2. (a) Keluarga Liew yang tinggal di Kampung Aulong

di Taiping lebih suka memandu dari kampung mereka terus

ke rumah nenek mereka yang berada di Muar, Johor.

Menurut bapa mereka, mereka akan membazir banyak masa dan

wang sekiranya mereka memilih untuk menaiki kapal terbang. (10 markah )

Mengapa?

(b Nyatakan dah huraikan peranan yang dimainkan Lembaga ( 7 markah )

Perlesenan Kenderaan Perdagangan ( LPKP )

(c) Encik Choong ialah seorang pemilik Kilang Papan di Grik,

Perak. Walaupun memiliki banyak lori, beliau tetap memilih

untuk menghantar papan dan kayu yang dihasilkan di kilangnya

ke Johor dengan menggunakan keretapi. ( 8 markah )

Adakah pemilihan Encik Choong itu satu pilihan yang bijak?

3. (a) Walaupun pengkontenaan merupakan pengangkutan yang

selamat dan sesuai untuk menghantar muatan besar seperti

perabot, namun pengangkutan jenis ini tidak digunakan dengan

meluasnya ( 7 markah )

Mengapakah keadaan ini berlaku?

(b) Apakah perkaitan Pengangkutan Anterabangsa Routier dengan (6 markah )

pengkontenaan.

(c) Perniagaan tidak dapat dijalankan dengan lancar tanpa sistem

pengangkutan yang sempurna. Walaupun begitu, seseorang peniaga

yang bijak akan mempertimbangkan pelbagai faktor sebelum

membuat keputusan untuk memilih jenis pengangkutan yang sesuai

untuk mengagihkan barang niagaannya.

Page 63: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

63

mlpl/smjkpt

Huraikan faktor yang diambil kira dalam pemilihan itu. ( 12 markah )

4. (a) Mengapakah sistem pengangkutan rel dikatakan dapat menawarkan

perkhidmatan yang tidak dapat ditawarkan oleh sebarang sistem

pengangkutan yang lain?

Bincangkan keunikan sifat gerabak-gerabaknya yang dapat ( 12 markah )

disesuaikan dengan sifat muatannya.

(b) Meskipun memiliki keunikannya yang tersendiri, namun ramai

orang masih kurang yakin terhadap kemampuan sistem

pengangkutan rel.

Huraikan kriteria yang menyebabkan orang ramai kurang yakin ( 8 markah )

terhadap pengangkutan rel.

(c) Tuliskan huraian ringkas mengenai Keretapi Tanah Melayu ( 5 markah )

Berhad ( KTMB )

5. (a) Huraikan tiga peranan Jabatan Penerbangan Awam ( DCA ) ( 6 markah )

(b) Untuk setiap situasi yang berikut, cadangkan jenis pengangkutan

yang sesuai digunakan dan berikan alasan yang munasabah untuk

pilihan anda itu.

i. Menghantar 8 tan ubat-ubatan dari Amerika untuk membantu

mangsa ribut Tsunami di Banda Acheh di Indonesia. ( 3 markah )

ii. Shuit Thang, seorang pengusaha perabot di Malaysia

hendak menghantar tempahan 22,000 kerusi yang ditempah

oleh seorang pemborong perabot di Jepun. ( 3 markah )

iii. Pengurus Kilang Gula Chuping, di Perlis hendak menghantar

120,000 guni gula ke Johor Baru. ( 3 markah )

(c) Huraikan kelebihan pengangkutan udara, dengan memberikan

contoh untuk menguatkan ciri yang dibincangkan. ( 10 markah )

Page 64: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

64

mlpl/smjkpt

Pengukuhan Kajian Kes

Baca kes di bawah dengan teliti.

Mynn Wei ialah seorang peniaga entrepot muda yang kurang pengetahuan mengenai

pemilihan pengangkutan yang sesuai untuk menghantar stoknya kepada pembelinya yang

berada di merata tempat. Beliau terlibat dalam perniagaan ubat-ubatan, peralatan perubatan

yang bersaiz kecil dan sederhana seperti kapas, sarung tangan, botol, dan lain-lain. Selain itu

beliau juga mengimport perabot perubatan yang besar seperti katil khas, kerusi roda dan lain-

lain, untuk dieksport semula ke negara pengimportnya.

Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada pemborong peralatan perubatan, hospital, farmasi

dan juga individu yang terlibat dalam bidang yang sama. Jangka masa yang diberikan oleh

pelanggan -pelanggannya untuk menerima stok mereka juga berlainan. Ada yang memerlukan

stok yang ditempah dengan cepat, khususnya hospital atau farmasi yang menempah ubat-

ubatan. Sementara itu, para pemborong peralatan perubatan dan perabot khas, biasanya tidak

menekankan faktor masa sebagai kriteria utama mereka.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mynn Wei sebelum membuat

keputusan untuk memilih jenis pengangkutan yang sesuai. Huraian anda harus

dikaitkan dengan barang niagaan Mynn Wei. ( 7 markah )

2. Dalam kejadian ribut Tsunami baru-baru ini, Mynn Wei telah menerima banyak

tempahan ubat, perlatan perubatan dan juga perabot khas perubatan untuk

dihantar ke Banda Acheh di Indonesia, Thailand dan juga India. Kos

pengangkutan bukanlah menjadi kriteria utama, yang pentingnya, kargo

yang ditempah perlu sampai ke negara yang terlibat dengan segera.

Apakah cara pengangkutan yang paling sesuai digunakan ? Huraikan

kelebihan-kelebihan memilih cara ini. ( 10 markah )

3. Bincangkan peranan Lembaga Pelabuhan dan tugas-tugas yang

diamanahkan kepadanya. ( 8 markah )

Page 65: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

Bab 4 - Komunikasi Konsep Kilat

Televisyen

& Radio

Perkhidmatan

Pos

Mel

Mel terus

Surat

Posdaftar

Poskad

r

Poslaju

Pos ekspres

Paket kecil

Aerogram

Datapos

Bahan

bercetak

Mel

berinsurans

Pos

bungkusan

Kad jawapan

perniagaan

Persuratan

untuk orang

buta

Perkhidmatan

jualan

Perkhidmatan

agensi

Perkhidmatan

pembayaran

Kaunter

Pusat

khidmat

pelanggan

B.W.T

Perkhidmatan

frangki

Perkhidmatan

telegram

Poste restante

Peti surat

persendirian /

beg berkunci

Perkhidmatan

Lain

Lisan

Videofon

Telefon

Telestok

Panggilan

bebas tol

Telefon

bimbit

Sidang audio

Radio

maritim

Sidang video

E-Mel

Audio Visual

Internet

MAYPAC Panduan

telefon

Bercetak

Telegram

Teleks

Telefaks

Perkhidmatan

Telekomunikasi

Perkhidmatan

Kurier

Peranan Komunikasi

Domestik

Antarabangsa

Melicin dan mempercepat

aktiviti perdagangan

Memperluas pasaran

Menyebarkan maklumat

Mengelakkan kerugian

dan kerosakan

Memudahkan kawalan

dan pentadbiran

perniagaan

Memudahkan kegiatan

promosi

KOMUNIKASI

Faktor pemilihan

komunikasi

Kos

Jarak

Kesegeraan

Jenis

maklumat

Kemudahan

Page 66: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 66

Revisi Kilat

4.1(a) Peranan Komunikasi

1. Komunikasi dapat melicinkan dan mempercepatkan aktiviti perdagangan dengan

membolehkan segala maklumat mengenai produk, pelanggan, penjual dan pembekal

disampaikan dengan segera.

2. Pasaran juga dapat diperluaskan kerana komunikasi yang sempurna membolehkan

segala maklumat mengenai produk dapat disampaikan kepada pelanggan atau bakal

pelanggan di seluruh dunia.

3. Penyebaran maklumat dan berita terkini membolehkan peniaga membuat

perancangan, persediaan dan keputusan yang menguntungkan.

4. Maklumat penting yang dapat disampaikan dengan segera dapat mengelakkan

kerugian dan kerosakan aset. Nyawa juga dapat diselamatkan dengan adanya alat

komunikasi yang canggih dan moden.

5. Kawalan dan pentadbiran perniagaan adalah lebih lancar dan berkesan dengan

adanya alat komunikasi yang baik.

6. Sistem komunikasi yang cekap memungkinkan promisi dijalankan dengan lancar

kerana maklumat produk dapat sampai kepada sasarannya pada masa yang singkat.

4.1(b) Perkhidmatan Komunikasi

Peranan Komunikasi

Melicin dan

mempercepat aktiviti

perdagangan

Memperluas pasaran

Menyebarkan

maklumat

Mengelakkan kerugian

dan kerosakan Memudahkan kawalan dan

pentadbiran perniagaan

Memudahkan

kegiatan promosi

Perkhidmatan Komunikasi

Televisyen dan radio Pos Telekomunikasi Kurier

Page 67: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 67

i. Televisyen dan Radio

1. Televisyen dan radio merupakan perkhidmatan komunikasi yang penting untuk pihak

kerajaan menyampaikan berita, pengumuman dan maklumat kepada masyarakat.

2. Pihak swasta, khususnya peniaga biasanya melakukan promosi atau iklan melalui

rangkaian televisyen dan radio untuk meluaskan pasaran.

ii. Perkhidmatan Pos

1. Perkhidmatan pos, yang dikendalikan oleh Pos Malaysia Berhad, menyediakan tiga

jenis perkhidmatan, iaitu perkhidmatan mel, perkhidmatan kaunter dan

perkhidmatan lain.

2. Perkhidmatan Mel menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan penghantaran; seperti

penghantaran surat, mel terus, poskad, posdaftar, pos ekspres, poslaju, aerogram, pos

bungkusan, mel berinsurans, khidmat jawapan perniagaan, persuratan untuk orang

buta, bahan bercetak, peket kecil, dan data pos.

3. Perkhidmatan kaunter pula menyediakan tiga kategori perkhidmatan, iaitu:

a. Bahagian jualan mengendalikan penjualan setem, poskad, buku setem, sampul

surat berdaftar, aerogram, kupon jawapan antarabangsa, sampul surat hari

pertama, buku poskad dan setem hasil.

b. Bahagian pembayaran membantu orang ramai membuat pembayaran tanpa

melibatkan pengiriman wang tunai, iaitu melalui perkhidmatan wang pos

Malaysia, wang pos British dan perkhidmatan kiriman wang.

Perbezaan antara wang pos Malaysia, wang pos British dan kiriman wang

Wang pos Malaysia Wang pos British Kiriman wang

Untuk mengirim jumlah kecil

di Malaysia.

Untuk mengirim jumlah

kecil ke negara Komenwel.

Untuk mengirim jumlah

wang yang banyak ke dalam

dan luar negeri.

Murah untuk kiriman jumlah Murah untuk kiriman jumlah Mahal untuk kiriman jumlah

Perkhidmatan Pos

Perkhidmatan

Mel

Perkhidmatan

Lain

Perkhidmatan

Kaunter

Jualan Pembayaran Agensi

Page 68: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 68

kecil kecil kecil

Mahal untuk kiriman jumlah

besar

Mahal untuk kiriman jumlah

besar

Murah untuk kiriman jumlah

besar

Nilai minima RM1.00 Nilai minima 10 Pence Tidak sesuai untuk kiriman

kurang daripada RM100.00

Nilai maksima RM100.00 Nilai maksima 10 Pound Nilai maksima RM10,000.00

Boleh beli terus dari kaunter

pejabat pos

Dijual dalam matawang

Malaysia mengikut kadar

pertukaran Pound Sterling

Perlu mengisi borang

sebelum membeli dari

kaunter.

c. Selaku agensi, Pos Malaysia Berhad bertindak sebagai ejen kepada kerajaan,

separuh kerajaan dan organisasi swasta.

Contoh perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad

Ejen kerajaan Ejen separuh kerajaan Ejen organisasi swasta

Bayar elaun kepada keluarga

Angkatan Tentera Malaysia

Menerima simpanan daripada

bakal haji

Menerima bayaran untuk bil

syarikat telekomunikasi

4. Perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Pos Malaysia Berhad ialah perkhidmatan

peti surat, tiket serahan tingkap, khidmat beg berkunci, setem dan filateli, pos 2020,

perkhidmatan mesin frangki, pos renti dan pusat khidmat pelanggan.

iii. Perkhidmatan Telekomunikasi

Perkhidmatan

Telekomunikasi

Lisan Bercetak Audiovisual

Telefon

Panggilan tanpa tol

Sidang audio

Telefon bimbit

Videofon

Radio maritim

Telestok

Telegram

Teleks

Telefaks

Panduan telefon

Internet

Sidang video

E-mel

MAYPAC

Page 69: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 69

a. Perkhidmatan lisan

1. Telefon merupakan alat komunikasi yang paling berkesan kerana membolehkan

dua pihak yang berada di dua tempat yang berlainan berkomunikasi; iaitu

menerima atau menyampaikan maklumat.

2. Dalam sistem panggilan tanpa tol, pemanggil hanya membayar caj panggilan

tempatan sahaja, bayaran selebihnya akan ditanggung oleh penerima panggilan

itu.

3. Sidang audio merupakan panggilan yang membolehkan tiga pihak yang berada di

tiga tempat yang berlainan berkomunikasi atau berbincang pada satu masa yang

sama.

4. Telefon bimbit ialah sistem telefon tanpa talian yang mana setiap panggilan atau

penerimaan di hantar melalui gelombang radio.

5. Perkhidmatan videofon melibatkan pemasangan talian sebuah telefon serta

sebuah kamera yang kecil pada skrin yang membolehkan pelanggan yang

menggunakannya melihat pihak yang berbual dengannya.

6. Radio maritim membolehkan panggilan dibuat dari darat dengan kapal di Lautan

Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

7. Telekom Malaysia menyediakan perkhidmatan telestok untuk membolehkan

pelabur mengetahui harga semasa saham di bursa saham.

b. Perkhidmatan bercetak

1. Telegram merupakan cara mengirim maklumat bertulis ringkas yang cepat.

Perkhidmatan ini disediakan oleh Telekom.

2. Cara terpantas untuk mengirim maklumat bercetak adalah dengan menggunakan

teleks. 3. Perkhidmatan telefaks sangat berguna untuk melancarkan perniagaan, khususnya

kepada pihak bank, syarikat perkapalan, firma guaman dan lain-lain kerana

gambar, lukisan, grafik dan dokumen dapat dikirim dan diterima secara elektronik

dengan cepat.

4. Panduan telefon yang memberikan maklumat mengenai nombor telefon dan

telefaks individu dan perniagaan, merupakan panduan dan rujukan yang sangat

penting.

c. Perkhidmatan audio visual

1. Internet adalah cara komunikasi dan pemerolehan maklumat yang paling moden,

cepat, efisien, dan murah. Selain, mengemukakan iklan, peniaga juga dapat

memperoleh maklumat perniagaan yang penting.

2. Sidang video merupakan perkhidmatan telefon yang membolehkan pemanggil

dan penerima yang berada di tempat yang berlainan, berkomunikasi di samping

dapat melihat wajah masing-masing.

3. E-mel adalah satu cara menghantar mesej menerusi rangkaian komputer.

4. Malaysia Packed Switched Public Data Network (MAYPAC) membolehkan

penghantaran dan penerimaan data di antara terminal komputer di dalam dan di

luar negara, yang digunakan untuk menempah tiket atau mengesahkan kad kredit.

Page 70: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 70

iv. Perkhidmatan kurier

1. Perkhidmatan kurier disediakan oleh syarikat kurier seperti DHL Worldwide,

United Parcel Services (UPS) dan Poslaju Malaysia, menawarkan perkhidmatan

penghantaran mel, bungkusan, dan dokumen dengan segera, di dalam dan di luar

negara.

2. Kelebihan perkhidmatan kurier adalah seperti berikut:

a. Barang yang dihantar dapat sampai dengan cepat

b. Keselamatan barang terjamin

c. Memudahkan kerja pengirim

d. Penyerahan terus ke destinasi penerima

3. Kekurangan perkhidmatan ini adalah:

a. Harganya mahal

b. Kegunaannya terhad pada tempat yang ada cawangan perkhidmatan kurier

digunakan di tempat yang terdapatnya perkhidmatan syarikat kurier sahaja.

Faktor Pemilihan Jenis Komunikasi

1. Kos atau bayaran yang terlibat menjadi persoalan yang penting dipertimbangkan

kerana perbelanjaan yang tinggi akan mengurangkan keuntungan.

2. Jarak atau jauhnya antara pihak penyampai maklumat dengan penerima maklumat

adalah antara fakta yang akan menentukan kos yang terlibat.

3. Kesegeraan atau kecepatan sesuatu maklumat itu perlu sampai akan menentukan

jenis saluran komunikasi yang akan menjadi pilihan.

4. Jenis maklumat, iaitu sama ada maklumat berbentuk lisan atau bercetak akan

memerlukan saluran komunikasi yang berlainan.

5. Pengguna akan memilih jenis komunikasi yang ringkas dan yang mudah didapati,

seperti telefon.

Page 71: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 71

Pengukuhan Konsep 1. Lengkapkan rajah di bawah:

2. Isikan kekosongan yang tertinggal dalam jadual di bawah.

Produk komunikasi Huraian ringkas produk

1. Sesuai untuk menghantar contoh produk dan bahan lain

yang tiada nilai komersial yang tidak melebihi 1 kilogram

2. Disediakan oleh pejabat pos di luar premis pejabat pos

untuk pelanggan yang tidak mahu alamat mereka dikenali.

Pelanggan mengutip mel dengan kunci yang diberikan.

3. Pos renti

4. Panduan telefon

5. Mesin Frangki

3. Isikan ketinggalan-ketinggalan dalam rajah di bawah.

Peranan

Komunikasi

Menyebarkan maklumat

Memudahkan kegiatan promosi

Mengawal pengurusan dan

pentadbiran perniagaan

Perkhidmatan

Telekomunikasi

Bercetak

Telefon

Panggilan tanpa tol

Radio maritim

Page 72: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 72

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

4.1(a) Peranan Komunikasi

1. Apakah peranan komunikasi dalam perniagaan?

A. Mengurangkan risiko kerosakan barang.

B. Memudahkan aktiviti membuat promosi untuk produk yang dikeluarkan.

C. Membolehkan peniaga menghantar barang secara pukal kepada pelanggan.

D. Menstabilkan harga barang.

Soalan 2 hingga 4 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Arasoo Arathayan, seorang warga India yang berada di luar negara, telah

mendapat tahu mengenai ombak Tsunami yang melanda beberapa kawasan di

Asia. Tindakan cepat beliau menelefon keluarganya dan mengarahkan mereka

lari ke kawasan tanah tinggi dengan serta merta, telah menyelamatkan banyak

harta benda dan nyawa di kampung halamannya.

2. Apakah peranan komunikasi dalam konteks di atas?

I Memudahkan kawalan dan pentadbiran.

II Menyebarkan maklumat

III Mengelakkan risiko

IV Memperluas pasaran

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

3. Seterusnya, Arasoo mengambil kesempatan daripada kejadian ombak Tsunami untuk

mengaut keuntungan dengan mencetak serta mengiklankan cendera hati untuk

mengenang mangsa yang lenyap dalam kejadian alam itu. Arasoo telah menggunakan

komunikasi sebagai

I Menyebarkan maklumat

II Memudahkan kegiatan promosi

III Mengelakan kerugian dan kerosakan

IV Meluaskan pasaran

A. I dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

4. Apakah alat komunikasi yang mungkin Arasoo gunakan untuk mengaut keuntungan

daripada kejadian alam itu?

I Internet

II Pos renti

III Mel

IV Teleks

Page 73: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 73

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 5 dan 6 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

Boon Hua : Mujurlah kita cepat mendapat berita mengenai peraturan baru yang akan

dimaktubkan itu, kalau tidak sudah tentu syarikat lain mendahului kita

dalam mengeluarkan plet-plet nombor itu.

Kenneth : Bukan sahaja berita. Spesifikasi yang diterima melalui mesin faksimili

itulah yang membolehkan kita mengeluarkan plet dan nombor mengikut

saiz yang ditetapkan oleh pihak JPJ.

Boon Hua : Kita memang perlu berterima kasih pada sistem komunikasi yang moden

serta canggih hari ini. Kalau tidak, pasti syarikat kita tidak dapat

keuntungan yang menggunung itu.

5. Daripada perbualan di antara dua orang pengarah syarikat di atas, apakah peranan

komunikasi?

I Menyebarkan maklumat.

II Melicin dan mempercepatkan aktiviti perdagangan.

III Memudahkan kegiatan promosi.

IV Meluaskan pasaran.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

6. Apabila menerima berita mengenai peraturan yang mewajibkan setiap kenderaan

menggunakan plet nombor yang berzaiz piawai, Boon Hua dan Kenneth pun

mengeluarkan produk dengan segara dan terus menggunakan saluran komunikasi

untuk ____________________________________

I Mengelakkan kerosakan dan kerugian

II Menyebarkan maklumat.

III Memudahkan kegiatan promosi

IV Meluaskan pasaran

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

7. Satu daripada cara untuk mengelakkan pekerja ‘curi tulang’ ialah sentiasa mengawal

atau mencerap hasil tugas mereka serta membincang dan memerikan komen serta

pengukuhan kepada mereka.

Apakah peranan komunikasi dalam konteks ini?

I Menyampaikan arahan serta maklumat terbaru terus kepada seluruh

organisasi melalui sistem komunikasi.

II Dasar dan keputusan pentadbir disalurkan kepada kaki tangan dengan

segera.

III Perbincangan dan konferens dengan bantuan saluran komunikasi dapat

dijalankan antara pentadbir dengan pekerja yang berada di lokasi berlainan.

Page 74: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 74

IV Promosi yang baik dalam pelbagai saluran komunikasi dapat meningkatkan

kuantiti jualan.

A. I, II dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

8. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan maksud komunikasi.

A. Penyampaian berita atau maklumat secara bercetak melalui akhbar dan

majalah.

B. Proses pemesanan barang yang dilakukan dengan terdapatnya bukti bercetak

seperti yang dihantar melalui mel ataupun maklumat yang dihantar dengan

mesin faksimili.

C. Pengumuman dan penyiaran maklumat dan berita melalui rangkaian radio

dan televisyen.

D. Proses penyampaian berita atau maklumat mengenai sesuatu yang berlaku

antara dua pihak.

9. Bagaimanakah komunikasi dapat membantu seorang peniaga menguruskan

perniagaannya dengan lancar?

I Penerimaan berita yang cepat mengenai bencana alam yang akan berlaku

dapat menyelamatkan beribu-ribu nyawa.

II Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat akan membantu peniaga

menguasai pasaran.

III Masa dan perbelanjaan dapat dijimatkan apabila kuliah yang dijalankan

oleh seorang pensyarah dapat dipancarkan kepada beberapa kumpulan

siswa-siswi yang berada di tempat yang berlainan.

IV Penerimaan maklumat pasaran dapat membantu peniaga mengambil

langkah berjaga-jaga untuk meminimakan kerugian.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 10 dan 11 adalah berdasarkan petikan di bawah.

10. Perhatikan pernyataan di bawah dan pilih sumbangan saluran komunikasi kepada

Syarikat Fast-Max Berhad.

I Memperkenal nama syarikat serta memperluaskan pasarannya.

II Memudahkan pengawalan cawangan-cawangannya melalui sistem

III Sistem komunikasi yang tepat dan cepat dapat menjamin keuntungan

maksima syarikat Fast-Max.

Syarikat Fast-Max Berhad terlibat dalam pengilangan dan penjualan peralatan kecil yang

diperlukan oleh kilang perindustrian. Pengarah urusannya, Mynn mentadbir perniagaan dengan

bantuan alat komunikasi yang semakin moden. Mynn telah mencipta laman web syarikat yang

dimuatkan ke dalam internet. Ini telah meluaskan pasaran produk mereka. Pentadbiran

perniagaan dan urusan kewangan syarikat juga dipermudahkan dengan bantuan perkhidmatan

komunikasi yang semakin maju dan moden.

Page 75: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 75

IV Konferens dapat dibuat antara pengurus – pengurus kilang dengan pihak

Fast-Max melalui sidang audio.

A. I dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 11. Dengan mengambil kesempatan daripada kemudahan saluran komunikasi, pentadbir

Syarikat Fast-Max akan dapat menjalankan urusan perbankan tanpa perlu pergi ke

bank. Apakah kelebihan menjalankan urusan perbankan secara begini?

I Tidak perlu membayar pembekal mereka kerana pihak bank akan

menanggung semua pemiutang syarikat.

II Dapat menyemak maklumat kewangan syarikat serta mengesahkan

pembayaran yang diterima daripada penghutang dengan serta merta melalui

komputer.

III Boleh melakukan pemindahan ke dalam akaun pemiutang dengan cepat

dalam talian komputer.

IV Dapat mengesahkan status kad kredit dan keadaan kewangan pelanggan

sebelum membenarkan mereka membayar dengan cara pembayaran

tertentu.

A. I dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

12. Wei yang menempah buku kegemarannya melalui internet, dapat membuat bayaran

segera kepada pembekal buku berkenaan.

Apakah peranan komunikasi dalam konteks ini?

A. Menyebarkan maklumat

B. Mewujudkan sistem perbankan yang baik

C. Mengelakkan kerugian

D. Melicin dan mempercepatkan aktiviti perdagangan 13. Bagaimanakah komunikasi dapat disamakan dengan pengangkutan dalam dunia

perniagaan?

A. Membolehkan peniaga menghubungi pelanggan tanpa perlu berganjak dari

pejabatnya.

B. Membolehkan produk diagihkan kepada pengguna tepat pada masa yang

diperlukan untuk mengawal harga pasaran.

C. Merupakan bantuan perniagaan yang amat penting untuk memajukan dan

mengembangkan perniagaan.

D. Amat penting untuk memajukan sistem barter. 14. Mario, seorang penerbit rancangan pengiklanan, telah menerbitkan pelbagai adengan

pendek untuk peniaga-peniaga yang ingin mengiklankan produk mereka melalui

siaran radio dan televisyen. Mario telah menggunakan rangkaian komunikasi untuk

A. Melicinkan aktiviti perdagangan

B. Memudahkan kegiatan promosi

C. Mengelakan kerugian dan kerosakan

D. Mengawal pentadbiran dan pengurusan

Page 76: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 76

15. Perhatikan pernyataan berikut. Pilih situasi yang menunjukkan alat komunikasi

digunakan untuk melicinkan dan mempercepatkan aktiviti perdagangan.

I Menghantar spesifikasi dan lukisan yang tepat melalui e-mel kepada

pembekal untuk menempah skru industri yang diperlukan oleh kilang.

II Mengirim kad untuk mengucapkan selamat hari jadi kepada kakak yang

berada di London.

III Encik Basram memindahkan wang ke dalam akaun anaknya dengan

menggunakan talian komputer atau internet banking.

IV Menyemak kekosongan tempat duduk dalam kapal terbang melalui sistem

MAYPAC semasa pelanggan menempah tiket di kaunter.

A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

16. Biing yang baru balik dari pengajian di luar negara, mengemukakan cadangan kepada

ayahnya untuk meluaskan pasaran bagi produk yang dikilangkan oleh mereka.

Bagaimanakah komunikasi dapat menolong Biing mencapai hasratnya?

I Mencipta laman web untuk mengiklankan produk.

II Mengiklankan dalam media seperti radio, televisyen dan akhbar untuk

memperkenalkan produk.

III Mendapatkan perkhidmatan data pos untuk mengirim katalog kepada bakal

pelanggan.

IV Mendapatkan mesin frangki untuk mempercepatkan kerja penghantaran

surat kepada pelanggan.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

17. Pilih pernyataan yang menunjukkan bahawa komunikasi adalah penting untuk

mengelakkan kerugian dan kerosakan.

I Mengambil tindakan menjual saham setelah mendapat berita mengenai

kejatuhan harga saham di negara lain.

II Dengan adanya jalan yang baik, dapatlah ambulans itu masuk ke kawasan

pedalaman itu untuk menyelamatkan mangsa.

III Saluran paip yang mengeluarkan pancutan air yang kuat itu telah

memadamkan api yang sedang marak dan menyelamatkan beberapa buah

kedai daripada turut terbakar.

IV Sebaik sahaja menerima berita menerusi radio maritim mengenai

kemungkinan berlakunya laut bergelora, kapten kapal tangki itu telah

mengambil haluan lain.

A. I dan IV sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 4.1(b) Perkhidmatan Komunikasi

18. Eng Choon telah menerima kiriman wang yang telah dipalang. Di manakah Eng

Choon boleh menunaikan kiriman wang itu?

A. Bank Negara Malaysia

B. Pejabat Pos Besar

Page 77: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 77

C. Mana-mana cawangan pejabat pos di seluruh negara

D. Akaunnya di mana-mana bank di seluruh negara

19. Mengapakah pelanggan-pelanggan syarikat kurier sanggup membayar kos yang

tinggi untuk menghantar dokumen dengan menggunakan perkhidmatan kurier?

I Syarikat kurier memiliki kapal terbang dan dapat menghantar ke mana-

mana destinasi yang dikehendaki oleh pengirim.

II Jaminan dokumen akan selamat sampai.

III Syarikat kurier dapat menyampaikan dokumen kepada penerima pada masa

yang lebih singkat berbanding dengan pos biasa.

IV Pelanggan tidak perlu risau tentang cara penghantaran kerana samuanya

akan diuruskan oleh syarikat kurier.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

20. Penghantaran maklumat dengan menggunakan telegram telah semakin berkurangan.

Mengapakah keadaan ini berlaku?

I Pos Malaysia telah meningkatkan caj ke atas penghantaran telegram.

II Kemajuan dalam sistem pengangkutan di negara ini.

III Kos menghantar maklumat dengan alat komunikasi lain adalah lebih murah.

IV Kemajuan teknologi telah mencipta alat lain yang lebih berkesan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

21. Mynn, seorang peguam, ingin mendapat pengesahan bahawa dokumen yang dihantar

telah diterima oleh pelanggannya. Apakah perkhidmatan yang paling sesuai

digunakan?

A. Mel berinsurans

B. Mel berdaftar

C. Pos ekspres

D. Surat berdaftar A.R.

22. Apakah jenis perkhidmatan komunikasi yang membolehkan tetamu mereka di

Amerika melihat majlis perkhawinan Zher dan isterinya serta berhunung secara

langsung dengan mereka di Pulau Pinang?

A. Sidang video

B. MAYPAC

C. Internet

D. Sidang audio

Zher dan bakal isterinya yang akan mengadakan majlis perkahwinan

mereka secara besar-besaran di Pulau Pinang, telah juga menempah

tempat di sebuah hotel di Amerika untuk menjamu rakan setugas

mereka di sana.

Page 78: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 78

23. Perhatikan petikan di bawah.

Apakah jenis alat komunikasi yang paling sesuai untuk digunakan?

A. Telefon frekuensi tinggi

B. Radio maritim

C. MAYPAC

D. Telefon mudah alih

24. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang memiliki ciri di atas?

A. Perkhidmatan teleks

B. Mesin frangki

C. Perkhidnatan kurier

D. MAYPAC

25. Perhatikan petikan di bawah.

Jason menjalankan perniagaan pesanan mel yang menjual alat tulis, keperluan

harian pelajar dan lain-lain. Pelanggan sasaran beliau adalah remaja belasan

tahun ataupun murid sekolah menengah. Untuk menghantar katalog kepada

pelanggan dan bakal pelanggannya, Jason memerlukan perkhidmatan

pencetakan, penyelitan, penampalan alamat serta pengeposan.

Berdasarkan keperluan Jason di atas, apakah jenis perkhidmatan yang paling sesuai

untuk membolehkan beliau menghantar katalog kepada pelanggan sasarannya?

A. Setem dan filateli

B. Perkhidmatan data pos

C. Pos renti

D. Pusat Khidmat Pelanggan

Setelah mendapat berita mengenai ombak Tsunami yang melanda beberapa

kawasan di Asia, Puan Naqirah berasa amat risau dan ingin menghubungi

suaminya yang sedang belayar di Lautan Pasifik.

Merupakan perkhidmatan direktori berkomputer.

Menerima dan menghantar data antara terminal komputer di dalam dan di luar negara.

Digunakan oleh bank, hotel dan syarikat broker saham.

Bayaran adalah berdasarkan bilangan panggilan.

Page 79: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 79

26.

Apakah jenis perkhidmatan yang dapat membantu pekerja Syarikat Fast-Max

mempercepatkan kerja penampalan setem pada sampul surat yang hendak dihantar

kepada pelanggan-pelanggannya?

A. Perkhidmatan pos 2020

B. Mesin frangki

C. Khidmat beg berkunci

D. Khidmat jawapan perniagaan

27. Pos Malaysia Berhad menjalankan tugas agensi untuk pihak yang berikut.

I Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

II Astro

III Lembaga Tabung Haji

IV Jabatan Pengangkutan Jalan

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan perkhidmatan komunikasi secara

audiovisual?

I Telestok

II Internet

III Sidang Video

IV Sidang Audio

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

29. Pilih pernyataan yang menerangkan ciri panggilan antarabangsa terus dail.

I Pemanggil mendail kod laluan, yang diikuti oleh kod negara dan kod

kawasan sebelum mendail nombor telefon yang ingin dihubungi.

II Perkhidmatan operator diperlukan untuk menyambungkan pemanggil

dengan penerima.

III Pemanggil boleh membuat panggilan terus ke negara lain.

IV Membolehkan tiga atau lebih pihak yang berada di berlainan tempat

berkomunikasi pada satu masa yang sama.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Syarikat Fast-Max menjual peralatan kecil kepada kilang-kilang di Zon

Perindustrian Bebas. Syarikat ini mempunyai ramai pelanggan dan pada

hujung setiap bulan, syarikat ini perlu menghantar penyata akaun kepada

para pelanggannya.

Page 80: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 80

30. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah perkhidmatan komunikasi yang menepati ciri-ciri di atas?

A. Pos 2020

B. Perkhidmatan kurier

C. Data Pos

D. Mel berinsurans

31. Syarikat Andarmanjaya Berhad yang hendak mengambil pekerja baru dalam

syarikatnya, telah mengiklankan kekosongan jawatan dalam akhbar tempatan.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh pejabat pos yang dapat membantu

syarikat ini mengumpul surat permohonan yang akan dikirimkan?

A. Filateli

B. Frangki

C. Pos renti

D. Peti surat

32. Ka Wei hendak mengirim wang RM50.00 kepada rakannya di London yang telah

menolongnya membeli sebuah buku cerita. Apakah jenis perkhidmatan kiriman wang

yang sesuai digunakan?

A. Pengiriman cek

B. Wang Pos British

C. Wang Pos Malaysia

D. Perkhidmatan Kiriman Wang

Soalan 33 hingga 35 adalah berdasarkan rajah di bawah:

Merupakan perkhidmatan penghantaran yang pantas.

Keselamatan barang terjamnin dan segala kehilangan akan dibayar

gantirugi yang setimpal.

Menyediakan penyerahan sampai ke pintu.

Perkhdimatan Kaunter

Perkhidmatan M Perkhidmatan

Bayaran Perkhidmatan N

Wang Pos Malaysia

T

U Bayaran

Bil Rangkaian

Perkhidmatan

Awam

Page 81: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 81

33. Perkhidmatan M dan perkhidmatan N merujuk kepada

A. Perkhidmatan agensi dan perkhidmatan jualan

B. Perkhidmatan mel dan perkhidmatan telekomunikasi

C. Perkhidmatan jualan dan perkhidmatan agensi

D. Perkhidmatan jualan dan perkhidmatan mel

34. Sekiranya T digunakan untuk mengirim wang ke Britain dan negara Komenwel, pilih

pernyataan yang merupakan ciri U.

I U dijual dalam mata wang Malaysia tetapi mengikut kadar pertukaran

Pound Sterling.

II Had maksimum yang boleh dikirim ialah RM10,000.00

III Perkhidmatan ini tidak sesuai digunakan untuk mengirim jumlah yang kecil.

IV Bayaran untuk U yang dipalang perlu dibuat melalui bank sahaja.

A. I, II, dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

35. Antara perkhidmatan yang ditawarkan dalam rangkaian perkhidmatan awam ialah

I Memperbaharui lesen memandu

II Membayar bil elektrik

III Penjualan setem hasil

IV Menerima deposit dan pengeluaran wang bagi Bank Simpanan Nasional

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 36. Pilih faktor yang biasanya dipertimbangkan semasa memilih jenis komunikasi.

I Kos

II Jarak

III Jenis maklumat

IV Kemudahan sedia ada

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV 37. Pilih pernyataan yang menunjukkan kelebihan perkhidmatan kurier.

I Tidak dapat digunakan di tempat yang tiada pejabat cawangan syarikat

berkenaan.

II Kos penghantaran adalah mahal.

III Pengguna tidak perlu risau mengenai cara penghantaran barang setelah

menyerahkannya di pejabat kurier.

IV Keselamatan dokumen yang dihantar adalah dijamin oleh syarikat kurier.

A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. III dan IV

38. Apakah nilai minimum untuk Wang Pos Malaysia ?

A. RM0.50

B. RM1.00

C. RM5.00

D. RM 10.00

Page 82: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 82

39. Pilih kelebihan menggunakan kiriman wang berbanding dengan wang pos.

I Lebih selamat kerana dapat dipalangkan untuk mengarahkan pembayaran

melalui bank sahaja.

II Komisen yang dikenakan adalah rendah untuk apa jua amaun yang dikirim.

III Nilai kiriman minima ialah RM100.00

IV Nilai kiriman maksimum ialah RM10,000.00

A. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV sahaja

40. Apakah kelebihan wang pos berbanding dengan kiriman wang?

A. Sesuai untuk mengirim jumlah wang yang kecil.

B. Boleh dipalang

C. Nilai minimanya adalah RM100.00

D. Boleh ditunaikan di mana-mana pejabat pos di seluruh negara

Pengukuhan Esei

1. (a) Takrifkan pemahaman anda mengenai komunikasi. ( 3 markah )

(b) Bagaimanakah komunikasi membantu melancarkan perniagaan? ( 12 markah )

(c) Nyatakan serta huraikan persamaan antara komunikasi dengan pengangkutan.

( 10 markah )

2. (a) Saluran komunikasi memainkan peranan yang penting bukan sahaja dalam dunia

perniagaan, tetapi juga dalam sektor pendidikan.

Huraikan kebenaran pernyataan di atas dengan mengemukan contoh konkrit

sebagai bukti kebenaran pernyataan itu. ( 8 markah )

(b) Perkhidmatan telekomunikasi menawarkan tiga jenis perkhidmatan.

Apakah perkhidmatan-perkhidmatan itu? ( 9 markah )

(c) Mengapakah perkhidmatan audiovisual semakin penting hari ini? ( 8 markah )

3. (a) Huraikan pemahaman anda mengenai perkhidmatan kurier. Anda juga

dikehendaki memberikan beberapa contoh syarikat kurier yang menawarkan

perkhidmatan kurier di Malaysia. ( 5 markah )

(b) Mengapakah perkhidmatan kurier dikelasifikasikan sebagai perkhidmatan

komunikasi dan bukannya perkhidmatan pengangkutan? ( 10 markah )

(c) Nyatakan kelebihan dan kekurangan perkhidmatan kurier. ( 10 markah )

4. (a) Nyatakan dan huraikan tiga jenis perkhidmatan yang ditawarkan

oleh pejabat pos. ( 12 markah )

Page 83: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 83

(b) Perkhidmatan Kaunter yang diberikan oleh Pos Malaysia Berhad menawarkan

tiga jenis produk. Huraikan perkhidmatan pembayaran yang ditawarkan itu.

. ( 9 markah )

(c) Berikan alasan yang munasabah untuk menjelaskan sebabnya perkhidmatan

telegram dan teleks semakin hilang kepentingannya. ( 4 markah )

5. (a) Sidang video merupakan satu perkhidmatan komunikasi yang mahal tetapi

digunakan dengan meluas dan menjadi semakin penting.

Berikan penjelasan mengenai perkhidmatan ini. Bagaimanakah sidang video

dapat membantu sesetengah pihak menjimatkan perbelanjaan? ( 7 markah )

(b) Tuliskan nota ringkas untuk tajuk berikut:

i. data pos

ii. panggilan antarabangsa terus dail (ATD)

iii. MAYPAC

iv. Mel berinsurans

v. Radio maritim

vi. Aerogram ( 18 markah )

Pengukuhan Kajian Kes Baca kes di bawah dengan teliti.

Sooshii Sa-show yang megusahakan perniagaan pakaian wanita , ingin mengembangkan

perniagaannya ke beberapa buah negara Asia Tenggara. Beliau terpaksa berulang alik dari

Thailand, Jakarta dan Manila untuk menerang dan menunjukkan potensi perniagaannya

kepada pengusaha-pengusaha pasaraya yang bakal menjadi pelanggannya. Selain menelan

perbelanjaan yang tinggi, beliau juga menggunakan banyak masa berulang alik dari satu

sebuah negara ke sebuah negara. Selain itu beliau juga terpaksa membawa katalog dan

rancangan perniagaannya yang banyak. Beliau juga sering kali kecewa kerana sukar untuk

mengadakan konferens dengan kesemua pelanggannya sekaligus. Keadaan ini menjejaskan

usahanya untuk mengembangkan perniagaannya itu.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Sooshii mendapati adalah kurang berbaloi untuk sentiasa berulang alik dari satu

tempat ke satu tempat yang lain. Cadangkan dan huraikan tiga produk komunikasi

yang dapat membantu Sooshii menghubungi bakal pelanggannya tanpa perlu

mengeluarkan begitu banyak perbelanjaan serta tidak membazir begitu banyak masa.

( 12 markah )

2. Sebelum menetapkan jenis produk komunikasi yang hendak digunakan, apakah

perkara yang perlu diberikan perhatian oleh Sooshii Sa-show? ( 8 markah )

3. Bagaimanakah media massa seperti televisyen dan radio membantu Sooshii Sa-show

mempromosikan jenama pakaiannya? ( 5 markah )

Page 84: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 84

Bab 5 – Pergudangan

Konsep Kilat

Peranan

Pengeluaran berterusan

Bekalan berterusan

Membantu perniagaan antarabangsa

Menstabilkan harga barang

Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan

Mengelakkan kerosakan dan pembaziran

Menjamin keselamatan barang

Maksud

Semua aktiviti berkaitan

penyimpanan dan penstoran

barang.

Gudang pengilang

Gudang pemborong

Gudang peruncit

Gudang kerajaan

Gudang berbon

Gudang penyetoran

sejuk

PENGUDANGAN

Jenis Gudang Ciri Gudang Yang Baik

Mempunyai ciri keselamatan

yang baik

Peralatan yang lengkap

Kesesuaian gudang dengan

sifat barang yang disimpan

Ruang gudang yang luas dan

teratur

Pengurusan yang cekap dan

sistem perekodan yang teratur

Lokasi yang sesuai

Kepentingan

Kerajaan

Pengutipan cukai

Galakkan perniagaan

antarabangsa

Mengawal barang

import dan eksport

Mendapat maklumat dan

stastistik import dan

eksport

Peniaga

Menangguhkan

pembayaran cukai

Mengeluarkan bahan

mentah ikut keperluan

Memudahkan proses

mendapat pinjaman

Menyiapkan barang

untuk dijual

Membantu perniagaan

skel besar dan

antarabangsa

Pengeluar

Menangguhkan

pembayaran cukai

Mendapat pesanan tetap

Mengeluarkan bahan

mentah ikut keperluan

Melakukan kerja

pemerosesan

Page 85: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 85

Revisi Kilat

5.0 Pergudangan

1. Pergudangan ialah aktiviti menyimpan stok dalam gudang dengan selamat sehingga stok

berkenaan diperlukan.

2. Aktiviti ini penting untuk perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa.

5.1 (a) Peranan Pergudangan

1. Pergudangan membolehkan pengeluaran dijalankan sepanjang tahun, walaupun sebelum

adanya permintaan terhadap barang berkenaan kerana barang boleh disimpan dalam gudang

sementara menanti permintaan.

2. Bekalan barang bermusim juga dapat diperolehi sepanjang tahun kerana lebihan keluaran

dapat disimpan dalam gudang.

3. Perniagaan antara bangsa dapat berjalan lancar dengan adanya gudang yang dapat

menyimpan barang sementara menunggu untuk dieksport atau diimport.

4. Pergudangan yang dapat mengimbangkan permintaan dengan penawaran barang, dapat

menstabilkan harga barang dalam pasaran.

5. Kerja akhir yang merangkumi aktiviti memecahkan pukal, menggred, menyukat,

menimbang, membungkus dan melabel dapat dilakukan dalam gudang.

6. Ciri gudang yang disesuaikan dengan sifat barang seperti penyetoran sejuk dan lain-lain

dapat mengelakkan kerosakan dan pembaziran daripada berlaku.

7. Gudang yang dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih dapat menjamin

keselamatan barang; baik daripada dicuri atau terdedah kepada risiko yang lain.

5.1 (b) Ciri Gudang yang Baik

Peranan

Pergudangan

Pengeluaran berterusan

Bekalan berterusan

Membantu perniagaan

antarabangsa

Menstabilkan harga barang Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan

Mengelakkan kerosakan

dan pembaziran

Menjamin keselamatan

barang

Lokasi yang

sesuai

Mempunyai ciri keselamatan yang baik

Kesesuaian gudang dengan

sifat barang yang disimpan

Ruang gudang yang

luas dan teratur

Pengurusan yang cekap dan

sistem perekodan yang teratur

Peralatan yang

lengkap

Ciri

gudang

yang Baik

Page 86: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 86

1. Penempatan gudang mestilah dalam lokasi yang baik, iaitu di pusat pengangkutan seperti

dekat dengan lapangan terbang, pelabuhan ataupun stesyen keretapi. Kemudahan

infrastruktur yang sempurna juga merupakan ciri yang perlu diberikan perhatian.

2. Gudang juga mestilah satu tempat yang selamat; iaitu bebas daripada risiko kehilangan,

kerosakan dan lain-lain. Ciri keselamatan yang diambil termasuklah mengupah pengawal,

dan mengambil polisi insurans.

3. Gudang perlu dibina dan dilengkapkan dengan kemudahan yang sesuai dengan sifat stok

yang disimpan di dalamnya.

4. Ruang gudang yang luas dan teratur akan memudahkan proses penyimpanan dan

pengambilan stok.

5. Pengurusan yang cekap serta sistem perekodan yang sistematik dan canggih akan

memastikan bahawa stok yang disimpan akan mudah dikesan apabila stok berkenaan perlu

dikeluarkan.

6. Gudang tidak akan lengkap tanpa peralatan moden dan canggih yang diperlukan untuk

memudahkan kerja punggah-memunggah barang.

5.2 Jenis Gudang

1. Gudang pengilang dimiliki oleh pengilang dan digunakan untuk menyimpan bahan mentah

yang diperlukannya ataupun produk yang dikilangkannya.

2. Gudang Pemborong digunakan oleh pemborong untuk menyimpan stok yang dibelinya

daripada pengeluar atau pengilang.

3. Gudang Peruncit digunakan oleh peruncit besar-besaran untuk menyimpan stok yang

dibelinya secara pukal daripada pengilang atau pengeluar.

4. Gudang Kerajaan dimiliki oleh kerajaan dan diletakkan di bawah pengawasan agensi

kerajaan seperti Padiberas Nasional Berhad. Fungsi utama gudang kerajaan adalah untuk

mengimbangkan penawaran dan permintaan untuk menjamin bekalan mencukupi sepanjang

tahun di samping menstabilkan harga, khususnya untuk keluaran barang bermusim.

5. Gudang Berbon digunakan untuk menyimpan barang yang dikenakan cukai tetapi cukainya

masih belum dijelaskan. Gudang yang biasanya terletak di pintu masuk negara ini, penting

untuk perniagaan antarabangsa.

6. Gudang Penyetoran Sejuk merupakan gudang yang dilengkapkan dengan peralatan

kawalan suhu untuk menyimpan barang yang tidak tahan lama seperti daging, hasil laut,

buah-buahan serta sayur-sayuran.

Gudang pengilang

Gudang pemborong

Gudang peruncit

Gudang kerajaan

Gudang Berbon

Gudang penyetoran Sejuk

Jenis Gudang

Page 87: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 87

Pengukuhan Konsep

1. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.

2. Senaraikan lima faktor yang dipertimbangkan semasa memilih jenis gudang.

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

c. ________________________________________________________

d. ________________________________________________________

e. ________________________________________________________

3. Nyatakan peranan gudang untuk setiap situasi di bawah.

Situasi Peranan gudang

1. Penawaran barang bermusim tidak dapat

memenuhi permintaan sepanjang tahun.

2. Lebihan penawaran menyebabkan harga

barang jatuh.

3. Modal kerja Saudagar Tan tidak

memungkinkannya menjelaskan semua

pembayaran cukai importnya.

4. Pemborong Zen memerlukan tempat untuk

memecahkan stok yang dibeli daripada

pekilang.

5. Nelayan hendak memastikan kesegaran hasil

tangkapan sementara menanti masa

mengeksportnya.

4. Perhatikan jadual di bawah dan isikan ruangan yang tertinggal.

Gudang berbon Perbezaan Gudang pengilang

1. Menyimpan bahan mentah yang

diperlukan dan produk kilang yang

belum dipasarkan.

2. Gudang kastam dimiliki kerajaan dan

gudang berlesen dimiliki swasta.

Milikan

3. Di pintu masuk negara seperti

lapangan, pelabuhan dan stesyen

keretapi.

Lokasi

4.

Tidak disewakan kepada peniaga atau

pengilang yang lain.

Jenis

gudang

Gudang peruncit

Gudang pengilang

Page 88: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 88

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang

terbaik sahaja.

5.1 Pergudangan

1. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan tentang makna pergudangan.

A. Dapat menstabilkan harga

B. Untuk menjamin bekalan stok yang berterusan

C. Membeikan persaingan kepada gudang pemborong.

D. Tidak mahu modalnya terikat dengan stok yang banyak.

2. Berikut adalah ciri gudang yang mempunyai lokasi yang baik.

A. Mudah dihubungi dan terletak dekat dengan sumber atau tempat keluaran

barang yang hendak disimpan di dalamnya.

B. Sukar dimasuki pencuri kerana mempunyai alat kawalan keselamatan yang

moden dan canggih.

C. Berhampiran dengan pengguna akhir untuk memudahkan mereka datang

melihat pameran barang.

D. Terletak di pusat bandar yang mudah didatangi pelanggan.

3. Apakah tujuan disediakan gudang?

I Menyelaraskan permintaan dengan pengeluaran.

II Mengurangkan masalah kesesakan ruang di kilang.

III Mengurangkan masalah modal terikat.

IV Membolehkan pengeluaran besar-besaran dijalankan.

A. I, II, dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II, dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 4 dan 5 adalah berdasarkan rajah di bawah.

4. Peranan L dan M kemungkinan sekali

I Memenuhi keperluan pengguna.

II Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.

III Memudahkan pengilang dan pengeluar.

IV Menjamin keselamatan barang

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. II dan IV

5. Boon merupakan seorang pengimport skru dan alat-alat kecil yang diperlukan oleh kilang

perindustrian. Pergudangan memainkan peranan yang amat penting untuk melancarkan

perniagaan beliau. Apakah sumbangan gudang kepada Boon?

I Membolehkan bekalan berterusan.

II Membolehkan kerja-kerja akhir dijalankan.

III Menjamin keselamatan barang.

IV Memudahkan pengilang.

A. I dan II C. I, II dan III sahaja

B. II dan III D. I, II, III dan IV

Peranan

Pergudangan

Membolehkan pengeluaran dan bekalan berterusan.

Membantu perniagaan antarabangsa.

Membantu menstabilkan harga barang.

Membolehkan aktiviti pecah pukal dilakukan.

L

M

Page 89: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 89

6. Pak Khairi merupakan seorang nelayan di Pulau Pinang. Beliau mempunyai beberapa buah

bot besar dan mengusahakan penangkapan ikan dan udang besar di laut dalam untuk

dieksport ke negeri Jepun. Mengapakah pergudangan penting kepada Pak Khairi?

I Membantu perniagaan antarabangsa.

II Membolehkan pengeluaran dan bekalan berterusan.

III Menjamin keselamatan barang.

IV Mengelakan kerosakan dan pembaziran.

A. I dan II C. I, II dan III sahaja

B. II dan III D. I, II, III dan IV

7. Pergudangan dapat menstabilkan harga barang dengan cara berikut.

A. Menyelaraskan penawaran dengan permintaan.

B. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.

C. Melicinkan perniagaan antarabangsa.

D. Memnungkinkan kerja akhir dijalankan.

8. Puan Zaris Sofea yang amat kreatif, telah diupah oleh Syarikat Tanglung Classical Culture,

sebuah syarikat yang membuat dan mengeksport tanglung ke Hong Kong dan Taiwan. Tugas

Puan Zaris Sofea ialah mereka dan menghasilkan pelbagai jenis tanglung sepanjang tahun

walaupun permintaan terhadap tanglung hanya timbul pada bulan Ogos setiap tahun.

Apakah sumbangan pergudangan dalam konteks di atas?

A. Menjamin keselamatan barang.

B. Membolehkan kerja akhir dijalankan di dalam gudang.

C. Membolehkan pengeluaran berterusan dijalankan.

D. Menjamin kerosakan dan pembaziran barang.

9.

Jadual di bawah menunjukkan akibat yang akan ditanggung oleh beberapa jenis perniagaan

sekiranya tidak wujud pergudangan. Pilih huraian yang tepat sahaja.

Jenis Perniagaan Akibat yang akan ditanggung oleh peniaga.

I. Daging dan hasil tenusu Kerosakan dan pembaziran barang.

II. Keluaran bermusim Tiada penawaran untuk memenuhi permintaan pengguna.

III. Entrepot Pengeluaran tidak dapat dijalankan berterusan.

IV. Barang bernilai tinggi Risiko kehilangan dan kecurian.

A. I, II dan III C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

Soalan 10 hingga 12 adalah berdasarkan petikan di bawah.

10. Apakah ciri yang perlu dipertimbangkan oleh Boonhua sebelum merealisasikan impiannya?

I Lokasi yang sesuai.

II Kesesuaian gudang dengan barang yang hendak disimpan.

III Pengurusan yang cekap.

IV Sewa yang mampu dibayar oleh penyewa gudangnya.

A. I, II dan III C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV D. I, II, III dan IV

11. Sekiranya perniaga yang Boonhua sasarkan untuk menyewa gudangnya adalah peniaga

entrepot, di manakah harus gudangnya dibina?

A. Pelabuhan atau tempat pendaratan sampan, bot atau kapal nelayan.

B. Pintu masuk negara seperti pelabuhan atau lapangan terbang.

C. Terletak di atau dekat dengan kilang perusahaan.

D. Di pusat bandar yang mudah dikunjungi oleh pelanggan lalu lalang.

Pergudangan merupakan salah satu bantuan perniagaan yang amat penting.

Perniagaan tidak dapat berjalan lancar tanpa bantuan perniagaan ini.

Boonhua merupakan seorang usahawan yang bermodal besar. Beliau juga mewarisi

beberapa bidang tanah yang luas daripada ayahnya. Oleh itu beliau bercadang untuk

membina 23 buah gudang untuk disewakan kepada peniaga yang memerlukannya untuk

melancarkan perniagaan mereka.

Page 90: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 90

12. Arasoo, rakan karib Boonhua yang mempunyai beberapa buah gudang yang disewakan

kepada pemborong, mengingatkan Boonhua untuk menyediakan troli, trak angkat susun serta

trak pengangkut yang akan diperlukan oleh bakal penyewa gudangnya.

Apakah ciri yang ditekankan oleh Arasoo?

A. Pengurusan yang cekap.

B. Sistem perekodan yang teratur.

C. Peralatan yang lengkap.

D. Ciri keselamatan yang baik.

13.

Ciri-ciri pergudangan di atas merujuk kepada

A. Lokasi yang sesuai

B. Gudang yang luas dan teratur

C. Pengurusan yang cekap

D. Ciri keselamatan yang baik

14.

Apakah kelebihan ciri pergudangan di atas?

I. Membolehkan peruncit mengunjungi gudang dengan senang.

II. Memudahkan kerja mencari dan mengesan stok yang disimpan.

III. Gudang dapat berfungsi dengan berkesan.

IV. Mengelakkan kes kecurian daripada berlaku dalam gudang.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

15. Pergudangan memudahkan pengeluaran barang dengan __________________________

A. Membolehkan pengeluar mendapat pembeli dengan senang dan cepat.

B. Menstabilkan harga barang dalam pasaran.

C. Membolehkan proses eksport dijalankan dengan lancar.

D. Membolehkan pengeluaran dijalankan sepanjang tahun.

16. Mak Meena bersyukur dapat makan nasi setiap hari walaupun padi hanya dituai dua kali

sahaja dalam setahun. Apakah peranan gudang dalam konteks ini?

A. Menjamin pembekalan barang yang berterusan.

B. Mengelakkan kerosakan dan pembaziran.

C. Menstabilkan harga barang.

D. Menjamin keselamatan barang.

17. Perhatikan ciri gudang di bawah.

Persamaan antara gudang-gudang di atas ialah

A. Mempunyai lokasi yang sesuai.

B. Memnunyai ciri keselamatan yang baik.

C. Kesesuaian gudang dengan barang yang disimpannya.

D. Pengurusan gudang adalah cekap dan sistem perekodannya adalah baik.

Perlu ada pengawal yang berdidiplin dan terlatih.

Dipasang alat pengesan kebakaran.

Dilengkapi dengan kamera serta alat kawalan moden.

Rekod aliran masuk dan keluar disimpan dengan sistematik.

Penggunaan komputer akan mempercepat dan meningkatkan mutu kerja.

Pengurusan dan pentadbiran yang baik adalah amat penting.

Gudang penyetoran sejuk terletak di pelabuhan ikan.

Gudang pengilang terletak di kawasan perindustrian ringan.

Gudang peruncit terletak dekat dengan premis perniagaan runcit besar-

besaran.

Page 91: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 91

18. Gudang Hoohua dan Boonhua mempunyai ciri di bawah.

Kelebihan gudang di atas ialah

A. Gudang disesuaikan dengan sifat barang yang disimpan di dalamnya.

B. Gudang menggunakan sistem yang moden untuk memastikan keselamatan

barang terjamin.

C. Mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan sistem perekodan yang

teratur.

D. Penggunaan peralatan yang lengkap memudahkan proses penyimpanan dan

pemunggahan barang.

5.2 Jenis Gudang

19. Mengapakah sebuah kilang di Bayan Lepas di Pulau Pinang telah diarahkan untuk

meletakkan semua keluaran kilangnya di dalam gudang berbon?

A. Keluaran kilang berkenaan perlu diperiksa kualitinya.

B. Keluaran kilang berkenaan dikhaskan untuk pasaran domestik sahaja.

C. Cukai eksais dikenakan ke atas barang keluaran kilang tersebut.

D. Pihak kerajaan hendak merekod kuantiti keluaran kilang berkenaan.

Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan rajah di bawah.

Gudang berbon Gudang pengilang

I. Dimiliki oleh kerajaan sahaja. Dimiliki atau disewa oleh pengilang atau

pengeluar.

II. Menyimpan barang yang dikenakan

cukai tetapi cukai masih belum dibayar.

Menyimpan bahan mentah dan barang siap

yang dihasilkan oleh pengilang.

III. Terletak di pintu masuk negara. Terletak di premis kilang.

IV. Tidak dapat disewa. Disewa kepada peniaga yang

memerlukannya.

20. Pilih perbezaan yang tepat membandingkan gudang berbon dengan gudang pengilang.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

21. Selain ciri di atas, kelebihan gudang berbon ialah

I Boleh dilakukan kerja-kerja akhir.

II Membantu perniagaan berskel besar dan antarabangsa.

III Membolehkan pengeluar mengeluarkan barang berterusan sepanjang tahun.

IV Membantu kerajaan mengumpul maklumat dan statistik import dan eksport

yang lengkap.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

22. Bagaimanakah gudang berbon membantu pengilang atau pengeluar?

A. Mudah mendapat maklumat import, eksport dan entrepot.

B. Dapat mengeluarkan barang secara besar-besaran dan berterusan.

C. Dapat mengelakkan pembayaran cukai kastam.

D. Mencegah pihak yang mengelakkan pembayaran cukai.

23. Pilih pernyataan yang betul sahaja.

I Ada di antara gudang kerajaan merupakan gudang penyetoran sejuk.

II Gudang penyetoran sejuk adalah gudang kerajaan.

III Gudang berlesen adalah gudang berbon.

IV Gudang berbon adalah gudang kastam.

A. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Sistem komputer moden untuk merekod segala kemasukan dan

pengeluaran stok ke dalam gudang.

Setiap pekerja diberikan tugas tertentu untuk dilaksanakan dengan

sempurna bagi menjamin kecekapan gudang.

Page 92: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 92

24. Pilih pernyataan yang tepat mengenai gudang berlesen.

I Perjanjian atau bon yang ditandatangani telah melarang barang dibawa

keluar dari gudang sehingga cukai dijelaskan.

II Gudang ini dimiliki oleh peniaga tetapi adalah dibawah kawalan ketat

Jabatan Kastam.

III Digunakan untuk menyimpan barang yang telah dibayar cukai tetapi

peniaga masih tidak mahu mengeluarkan barang dari gudang.

IV Pihak kerajaan memiliki gudang ini dan diamanahkan kepada Jabatan

Kastam untuk mengawal dan menguruskannya.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

25. Perhatikan jadual di bawah. Pilih pasangan yang tepat sekali.

Jenis gudang Fungsi gudang

I. Gudang pengilang Menyimpan hasil keluaran kilang yang belum berbayar

cukai sementara menanti pengangkutan untuk

mengeksportnya.

II. Gudang kastam Dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Kastam

Diraja Malaysia.

III. Gudang berlesen Merupakan gudang berbon.

IV. Gudang pemborong Gudang bayar dan bawa merupakan salah satu

daripadanya.

A. I dan IV sahaja C. III dan IV

B. II dan III sahaja D. II, III dan IV

26. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) membantu para nelayan daripada ditindas oleh

orang tengah dengan membeli hasil tangkapan mereka. Apakah jenis gudang yang dapat

membantu LKIM mengekalkan kesegaran hasil belian mereka?

A. Gudang berlesen

B. Gudang kerajaan

C. Gudang penyetoran sejuk

D. Gudang berbon

Soalan 27 dan 28 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Syarikat Fast-Max yang menjalankan perniagaan entrepot, mempunyai pejabat cawangan

di Singapura. Barang yang diimportnya disimpan dalam gudang berbon sebelum dijual

kepada pelanggan-pelanggannya di Pulau Pinang.

27. Apakah sumbangan gudang berbon kepada Syarikat Fast-Max?

I Boleh mencagarkan barang dalam gudang untuk mendapatkan pinjaman.

II Mengelakkan pembayaran cukai.

III Dapat menyediakan barang dalam kuantiti yang diperlukan oleh

pelanggannya di Pulau Pinang.

IV Mempunyai kecairan yang lebih kerana dapat membayar cukai secara

beransur-ansur, iaitu apabila mengeluarkan barang sahaja.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, III dan IV

28. Sekiranya Syarikat Fast-Max terlibat dalam perniagaan mesin dan peralatan bersaiz besar

yang diperlukan oleh kilang-kilang perindustrian, apakah ciri gudang dan di manakah lokasi

gudang yang paling sesuai untuknya?

Ciri gudang Lokasi gudang

A. Mempunyai alat mengawal suhu Pintu masuk negara

B. Luas dan lapang Kawasan perindustrian

C. Mempunyai rak yang bertingkat Kawasan perindustrian

D. Berkunci dan selamat Pintu masuk negara

Page 93: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 93

29. Apakah persamaan antara gudang pengilang dengan gudang peruncit?

I Tempat menyimpan bahan mentah.

II Terletak berhampiran dengan premis masing-masing.

III Mempunyai pengawal serta alat pengesan kebakaran untuk menjamin

keselamatan barang.

IV Boleh disewa atau dipunyai oleh pemilik masing-masing.

A. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

30. Peruncit besar-besaran biasanya menyediakan gudang mereka sendiri. Mengapa?

A. Dapat menstabilkan harga

B. Untuk menjamin bekalan stok yang berterusan

C. Membeikan persaingan kepada gudang pemborong.

D. Tidak mahu modalnya terikat dengan stok yang banyak.

31.

Apakah yang diwakili oleh ‘X’?

A. Gudang awam

B. Gudang kerajaan

C. Gudang pemborong

D. Gudang berbon

32. Gudang adalah amat penting untuk melicinkan perjalanan perniagaan, khususnya perniagaan

antarabangsa. Apakah jenis gudang yang memerlukan pemiliknya menandatangani bon

dengan Jabatan Kastam dan Eksais?

A. Gudang berlesen

B. Gudang awam

C. Gudang pengilang

D. Gudang pemborong

33. Gudang penyetoran sejuk mempunyai ciri yang berikut.

I Terletak dipintu masuk negara

II Menyimpan barang yang mudah rosak

III Menyimpan barang pukal

IV Menyimpan barang keperluan harian

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

34. Bagaimanakah gudang berbon membantu peniaga dari segi modal?

A. Peniaga dibenarkan menjalan kerja-kerja akhir dalam gudang berbon.

B. Peniaga tidak perlu mengupah pengawal untuk mengawal keselamatan gudang

berbon kerana dikawal oleh pihak kastam.

C. Peniaga boleh mempelawa pembeli yang berpotensi untuk melihat stoknya

yang disimpan di gudang berbon dengan kemas.

D. Peniaga boleh mencagarkan stok barangnya yang berada dalam gudang berbon

untuk mendapatkan pinjaman daripada syarikat kewangan.

35. Pilih pernyataan yang menunjukkan kepentingan gudang berbon kepada pengilang.

I Mengurangkan pembayaran cukai.

II Boleh memperolehi perangkaan mengenai perbelanjaan eksport dan

pendapatan import dengan tepat.

III Menyimpan dan mengeluarkan bahan mentah mengikut keperluan.

IV Pengilang boleh mengeluarkan produk secara besar-besaran dan berterusan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Gudang Persendirian

Gudang pengilang Gudang Bayar dan Bawa Gudang X

Page 94: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 94

36. Walaupun secara amnya kegunaan gudang adalah sama, iaitu untuk menyetor barang, namun

kelainan sifat gudang telah membezakan gudang-gudang berkenaan. Apakah sifat gudang

pekilang yang paling ketara, yang membezakannya dengan gudang peruncit?

A. Menyimpan keluaran atau produk kilang.

B. Disediakan rak yang teratur serta mempunyai sistem perekodan keluar

masuk stok yang sistematik.

C. Terletak dekat dengan premisnya.

D. Menyimpan bahan mentah yang diperlukan untuk proses pengeluaran.

Soalan 37 dan 38 adalah berdasarkan maklumat pada rajah di bawah.

37. Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan rajah di atas.

I Gudang M ialah gudang pengilang dan gudang N ialah gudang pemborong.

II Gudang K ialah gudang pemborong dan gudang L ialah gudang kerajaan.

III Gudang M ialah gudang berbon, gudang N ialah gudang berlesen dan

gudang O ialah gudang kastam.

IV Gudang P,Q dan R ialah gudang penyetoran sejuk, gudang peruncit dan

gudang pengilang.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

38. Sekiranya P ialah gudang penyetoran sejuk dan L adalah gudang kerajaan, adalah benar jika

dikatakan bahawa

I. Semua gudang kerajaan adalah gudang penyetoran sejuk.

II. Semua gudang penyetoran sejuk adalah gudang kerajaan.

III. Gudang kerajaan dan gudang penyetoran sejuk adalah antara jenis gudang

yang terdapat di negara kita.

IV. Ada di antara gudang kerajaan merupakan gudang penyetoran sejuk.

A. I dan III sahaja C. I dan II

B. II dan IV sahaja D. III dan IV

39. Kini gudang bayar dan bawa adalah antara tempat yang suka dilawati pelanggan untuk

membeli keperluan harian mereka. Apakah ciri yang dimiliki oleh gudang ini?

I. Adalah gudang pemborong.

II. Menyediakan perkhidmatan bayaran kredit dan pengangkutan.

III. Barang dijual dalam kuantiti yang besar.

IV. Pelanggan perlu membayar tunai dan menyediakan pengangkutan sendiri

untuk membawa barang yang dibeli dari gudang ini.

A. I dan III sahaja C. I, II dan IV

B. II dan IV sahaja D. I, III dan IV

Jenis-jenis Gudang

Gudang

K

Gudang

L

Gudang

M

Gudang

P

Gudang

Q

Gudang

R

N O

Page 95: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 95

40. Pilih pernyataan yang menghuraikan gudang berbon dengan tepat.

A. Peniaga dikenakan deposit sebagai wang jaminan sekiranya mereka hendak

menyimpan barang dalam gudang berbon.

B. Pihak kastam mengawal ketat gudang berbon dan kebenaran perlu diambil

sebelum seseorang peniaga dibenarkan masuk.

C. Digunakan untuk menyimpan hasil keluaran tempatan yang menanti masa

untuk diekspot.

D. Gudang ini didirikan oleh pihak kerajaan untuk membantu peniaga yang

tidak memiliki gudang menyimpan stok mereka.

Pengukuhan Esei

1. (a) Takrifkan maksud pergudangan. ( 3markah )

(b) Salah satu daripada peranan gudang ialah menjamin aktiviti pengeluaran yang

berterusan. Apakah peranannya yang lain? ( 12markah )

(c) Tunjukkan dan jelaskan perbezaan antara gudang berbon dengan gudang-gudang lain.

( 10 markah )

2. (a) Gudang yang baik perlulah dapat memenuhi pelbagai keperluan; baik keperluan

pengguna gudang mahupun keperluan memenuhi sifat barang yang hendak disimpan.

Jelaskan dengan memberikan contoh, tentang ciri gudang yang baik. ( 16 markah )

(b) Huraikan sumbangan pergudangan dalam menstabilkan harga. ( 9 markah )

3. (a) Kerajaan akan memperolehi statistik yang lebih tepat dan jitu dengan adanya gudang

berbon. Huraikan kebenaran pernyataan ini. ( 5 markah)

(b) Gudang berbon memberikan bantuan yang agak sama kepada pengeluar dan peniaga.

Huraikan persamaan ciri yang disumbangkan oleh gudang berbon kepada kedua-dua

golongan ini. ( 12 markah )

(c) Bincangkan perbezaan antara gudang penyetoran sejuk dengan gudang peruncit.

( 8 markah )

4. (a) Tuliskan huraian ringkas mengenai

( i ) gudang berlesen

( ii ) gudang pemborong

( iii ) gudang kerajaan ( 15 markah )

(b) Mengapakah gudang begitu penting kepada seorang pemborong? ( 5 markah )

(c) Bagaimanakah pergudangan membantu perniagaan antarabangsa? ( 5 markah )

Page 96: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 96

Pengukuhan Kajian Kes

Baca kes di bawah dengan teliti.

Giffy mengimport pelekat atau gam industri untuk dibekalkan kepada kilang-kilang di Pulau

Pinang. Biasanya bekalan beliau cukup dan dapat memenuhi permintaan pelanggannya.

Namun begitu, sejak kebelakangan ini bekalan gam Giffy terputus dan menjejaskan proses

pengeluaran kilang-kilang yang menjadi pelanggannya. Ada di antara kilang yang menuntut

gantirugi daripada Giffy kerana kegagalannya membekalkan gam telah menjejaskan proses

pengeluaran. Lantaran itu, Giffy mengalami masalah kewangan dan perlu mendapat pinjaman

daripada bank.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Bagaimanakah pergudangan dapat membantu Giffy menyelesaikan masalah keputusan

bekalan gam industrinya itu? ( 8 markah )

2. Sekiranya cukai dikenakan ke atas gam industri yang diimport oleh Giffy, ini bermakna

bahawa Giffy perlu menyediakan sejumlah wang untuk membayar cukai setelah barang

importnya sampai. Namakan dan terangkan gudang yang dapat membantu Giffy

menyelesaikan masalahnya. Huraikan dengan terperinci cara gudang tersebut dapat

membantu Giffy. ( 10 markah )

3. Sekiranya Giffy hendak mendapatkan pinjaman wang daripada pihak bank,

dan memerlukan cagaran, bagaimanakah pergudangan dapat membantu dalam

soal ini? ( 7 markah )

Page 97: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 97

Bab 6 - Promosi Konsep Kilat

PROMOSI

Maksud

Peranan

Jenis Promosi

Media

Pengiklanan

Faktor

Pemilihan

Cara atau kaedah mengumum atau

memberitahu orang ramai mengenai

sesuatu jenama atau produk.

Menyampaikan maklumat

Memujuk dan mempengaruhi

Mewujudkan pasaran baru

Mengekalkan pasaran sedia ada

Meningkatkan jualan dan

mengurangkan kos

Mengatasi pesaing

Memantapkan imej barang dan

syarikat

Pengiklanan

Jualan terus

Promosi

jualan

Publisiti

Jenis dan sifat

barang

Kos pengiklanan

Luas pasaran

Pengguna sasaran

Saiz perniagaan

Dasar kerajaan

Tujuan

pengiklanan

Bercetak

Elektronik

Media lain

Akhbar

Majalah

Jurnal

Perniagaan

Risalah

Radio

Televisyen

Lampu neon

Internet

Belon udara

Sampel percuma

Peragaan tingkap

Kenderaan awam

Page 98: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 98

Revisi Kilat

6.0 Promosi 1. Promosi merupakan proses, kaedah atau cara memberitahu, menyedarkan, memujuk

dan mempengaruhi pengguna membeli sesuatu produk.

2. Promosi dijalankan untuk mewujud, mengekal dan memperluas lagi pasaran sesuatu

produk.

6.1(a) Peranan Promosi

1. Promosi menyampaikan maklumat mengenai sesuatu produk kepada orang ramai,

khususnya memperkenalkan produk baru.

2. Penonjolan kelebihan mengenai sesuatu produk adalah berfungsi memujuk dan

mempengaruhi mereka membeli produk berkenaan.

3. Promosi yang agresif biasanya akan mendapatkan pelanggan baru untuk produk yang

dipromosikan itu, iaitu mewujudkan pasaran baru untuk produk berkenaan.

4. Promosi juga dapat membantu mengekalkan pasaran sedia ada dengan

mengingatkan penggunanya mengenai kewujudannya serta penaikan taraf atau kualiti

produk berkenaan.

5. Kuantiti jualan dapat dipertingkatkan apabila lebih ramai membeli produk yang

dipromosikan. Ini dapat mengurangkan kos kerana pengeluar dapat menikmati

faedah ekonomi bidangan apabila mengeluarkan dalam kuantiti yang lebih banyak.

6. Imej produk dan pengeluar dapat dimantapkan melalui promosi yang agresif yang

menonjolkan kelebihan produk berkenaan.

7. Promosi yang dirancang dengan baik dapat mempengaruhi pengguna untuk

menggunakan produk yang dipromosikan, lantaran akan mengatasi jenama pesaing.

6.1 (b) Promosi dalam Pemasaran 1. Promosi adalah unsur penting dalam pemasaran.

2. Pemasaran adalah strategi, proses atau kaedah yang berkesan untuk menyalurkan

produk daripada pengeluar kepada pengguna.

Menyampaikan maklumat

Memujuk dan mempengaruhi

Mewujudkan pasaran baru

Mengekalkan pasaran sedia ada

Meningkatkan jualan dan mengurangkan kos

Memantapkan imej barang dan syarikat

Mengatasi pesaing

Peranan

Promosi

Page 99: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 99

3. Strategi pemasaran yang berkesan akan mendapatkan pasaran untuk produk yang

dikeluarkan. Strategi pemasaran memberikan perhatian kepada 2 perkara:

a. Sasaran pasaran merujuk kepada pengguna yang mempunyai ciri yang sama

yang disasarkan menjadi pelanggan atau pengguna produk.

b. Campuran pemasaran meliputi empat perkara iaitu produk, harga, promosi

dan agihan untuk menarik pelanggan.

i. Produk, yang boleh didapati dalam bentuk barang nyata dan perkhidmatan

merujuk kepada hasil keluaran yang hendak diagihkan atau dijual kepada

pengguna.

ii. Strategi atau cara untuk memperkenal dan seterusnya mengagihkan produk

kepada pengguna ialah promosi. Promosi yang baik akan meningkatkan

jualan sesuatu produk.

iii. Harga merujuk kepada caj yang dikenakan ke atas pengguna yang hendak

mendapatkan produk.

iv. Agihan ialah cara produk beredar daripada pengeluar asal kepada pengguna

akhir pada masa, harga dan kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna.

6.2 Jenis Promosi

1. Promosi terdiri daripada empat cara, iaitu pengiklanan, promosi jualan, jualan

terus dan publisiti.

2. Pengeluar menggunakan promosi untuk memasarkan produk mereka.

Unsur Campuran

Pemasaran

Produk Promosi Harga Agihan

Barang

Perkhidmatan Pengiklanan

Jualan langsung

Promosi jualan

Publisiti

Realistik

Berpatutan

Dapat bersaing

Dapat menutup

kos

Pengeluar Pengguna

PengeluarEjen Pengguna

Pengeluar PeruncitPengguna

PengeluarPemborongPengguna

PengeluarEjenPeruncitPengguna

PengeluarPemborongPeruncitPengguna

Page 100: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 100

a. Pengiklanan

i. Pengiklanan merupakan komunikasi pemasaran yang paling berkesan untuk

menyalurkan maklumat sesuatu produk.

ii. Pengiklanan digunakan dengan meluasnya untuk memperkenalkan produk

baru, mengekalkan produk sedia ada serta untuk mendapatkan pasaran baru

untuk produk.

iii. Pengiklanan menggunakan tiga cara pemujukan:

Pujukan rasional merangkumi dakwaan logik seperti penerbit mendakwa

kelebihan buku mereka yang ditulis oleh penulis buku teks berpengalaman

Pujukan emosi mempengaruhi perasaan pembeli seperti membelikan

intan permata untuk mencerminkan rasa sayang

Pujukan moral menjanjikan sumbangan yang akan dilakukan daripada

hasil jualan produk seperti mendermakan RM1.00 untuk setiap tin biskut

yang dijual.

iv. Terdapat tiga jenis pengiklanan:

Iklan penerangan memberikan maklumat atau penerangan selain

menyampaikan mesej seperti mengumumkan produk baru dan tidak

bertujuan untuk memujuk atau mempengaruhi

Iklan memujuk bersifat agresif untuk memujuk dan mempengaruhi

pengguna menggunakan produk yang diiklankan itu

Iklan peringatan bertujuan untuk mengekalkan pasaran sedia ada dengan

mengingatkan pengguna tentang kewujudan sesuatu produk

b. Promosi Jualan

i. Promosi jualan adalah kaedah, cara atau teknik yang digunakan untuk

menambahkan kuantiti jualan.

ii. Promosi diadakan untuk mewujudkan tarikan seperti pemberian diskaun, dan

cabutan bertuah agar pembeli berkunjung ke tempat promosi diadakan.

iii. Pengeluar menggunakan tida pihak sebagai sasaran untuk meningkatkan

kuantiti jualan mereka:

Promosi pengguna memberi insentif kepada pengguna, seperti hadiah

percuma atau kupon diskaun untuk menggalakkan mereka membeli.

Jenis Promosi

Pengiklanan

Promosi Jualan

Jualan Terus

Publisiti

Page 101: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 101

Promosi jurujual memberikan insentif kepada jurujual seperti bonus dan

kenaikan pangkat untuk menggalakkan mereka mempertingkatkan kuantiti

jualan.

Promosi pengedar menggalakkan pengedar berusaha meningkatkan

jualan dengan pemberian hadiah tunai atau hadiah dalam bentuk produk.

c. Jualan Terus

i. Jualan terus ialah promosi yang dilakukan secara langsung , iaitu penjual akan

berhadapan dengan pembeli untuk memujuk mereka membeli.

ii. Tunjuk cara diadakan untuk membuktikan kelebihan produk agar pengguna

tertarik untuk membeli.

d. Publisiti

i. Publisiti merupakan ulasan pihak media dalam bentuk berita, ruangan khas

ataupun rancangan televisyen mengenai sesuatu produk.

ii. Ulasan yang positif dianggap sebagai pengiklanan percuma yang dapat

meningkatkan kuantiti jualan produk berkenaan.

iii. Komen negatif atau kritikan terhadap produk akan menjejaskan nama baiknya.

iv. Secara amnya, pengguna akan lebih mempercayai maklumat publisiti kerana

dilakukan secara bebas oleh pihak yang berkecuali atau yang tiada

berkepentingan terhadap produk berkenaan.

v. Pengeluar tidak dapat mengawal publisiti terhadap produknya.

6.3 Media Pengiklanan

1. Media pengiklanan merujuk kepada saluran atau perantaraan yang digunakan

untuk menyampaikan iklan kepada orang ramai.

2. Terdapat tiga jenis media pengiklanan, iaitu media bercetak, media elektronik dan

media lain.

Media Bercetak Media Elektronik Media Lain

Media Pengiklanan

* surat khabar

*majalah

*jurnal

perniagaan

*risalah

*radio

*televisyen

*lampu neon

*internet

*belon udara

*sampel percuma

*peragaan tingkap

*kenderaan awam

Page 102: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 102

a. Media Bercetak

i. Media bercetak ialah bentuk iklan yang disampaikan dalam bentuk bahan

bercetak, seperti surat khabar dan majalah, katalog dan risalah, poster dan

sepanduk, kalendar dan diari, kad perniagaan dan lain-lain.

ii. Mesej yang disampaikan adalah terang dan jelas kerana boleh dimuatkan

dalam bentuk tulisan, gambar, gambarajah dan lain-lain.

iii. Bahan bercetak dapat digunakan berulang kali, boleh disimpan dan

mempunyai liputan yang luas.

b. Media Elektronik i. Media elektronik dapat menggunakan lakonan, gambar, perkataan dan animasi

yang menarik untuk menyalurkan iklan.

ii. Piklan yang disiarkan melalui radio, televisyen, internet, skrin besar, lampu

neon,perkhidmatan pesanan multidedia dan lain-lain adalah amat menarik.

iii. Liputan pengiklanan jenis ini adalah meluas dan dapat sampai kepada sesiapa

sahaja yang menggunakan media berkenaan.

c. Media Lain

i. Selain media bercetak dan media elektronik, media lain juga digunakan untuk

menarik perhatian pelanggan. Antaranya termasuklah:

Papan tanda

Paragaan tingkap

Sampel, hadiah dan cenderamata,

Pameran, pertunjukan dan ekspo

Penggunaan belon udara

6.4 Pemilihan Media Pengiklanan 1. Jenis dan sifat barang akan menentukan kesesuaian media yang akan digunakan.

2. Harga yang dibayar atau kos pengiklanan mestilah dapat mendatangkan pulangan

dalam bentuk peningkatan kuantiti jualan.

3. Peniaga juga perlu fikirkan tentang liputan siaran atau jumlah pelanggan yang dapat

ditujukan dalam media yang dipilih.

4. Kesesuaian media yang dipilih mesti boleh diterima dan difahami oleh pelanggan

sasaran mereka.

5. Saiz perniagaan dan kemampuan peniaga juga akan menentukan jenis media yang

dipilih.

6. Pengiklanan yang dilakukan mestilah tidak melanggar peraturan atau polisi

kerajaan.

7. Pengeluar mesti juga menentukan tujuan diadakan pengiklanan. Pengeluar yang

mengkehendaki pengguna mencuba produk mereka akan memberikan sampel

percuma dan bukannya iklan melalui radio atau televisyen.

Page 103: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 103

Pengukuhan Konsep 1. Isikan tempat kosong pada ruang yang tertinggal.

2. (a) Apakah jenis promosi yang mempunyai kelebihan seperti yang dinyatakan di

bawah? ___________________________

(b) Lengkapkan jadual di bawah untuk menunjukkan kekurangannya.

Kelebihan Kekurangan

1. Penjual dapat menonjolkan kelebihan

produknya menerusi demostrasi.

2. Bakal pelanggan akan lebih

mempercayai penjual kerana dapat

mengemukakan sebarang keraguan

secara terus.

3. Penjual dapat menggunakan daya

pujukan kerana berhadapan dengan

bakal pelanggan.

4. Pengeluar dapat memperbaiki

kelemahan produk melalui maklum

balas yang diberikan oleh pelanggan

semasa demostrasi atau jualan parti.

Peranan Promosi

Memujuk dan mempengaruhi

Mewujudkan pasaran

Mengatasi pesaing

Page 104: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 104

3. Lengkapkan jadual di bawah untuk menunjukkan jenis media yang sesuai

digunakan untuk mempromosikan contoh produk yang diberikan.

Jenis Media Contoh produk

a. Kentucky Fried Chicken (KFC)

b. Shampu Pantene Ikal Mayang

c. Kedai gunting rambut yang hendak mengindahkan

kedai dan menarik perhatian.

d. Alat hiasan diri dan tali pinggang untuk kaum

wanita dari Black Pearl

4. Isikan ruangan di bawah dengan jawapan yang tepat.

Jenis media Kelebihan Kekurangan

a Akhbar

b Mesej sampai kepada semua yang

menontonnya; termasuk kanak-

kanak dan orang tua yang buta

hurug

c Sampel percuma

Kos tinggi

d Liputannya tidak luas, hanya

dapat menarik perhatian orang

yang berlalu di situ sahaja

e Liputan terhad dan kerja

pengedaran adalah rumit dan

dapat dilakukan dengan tenaga

manusia sahaja

5. Wayliin hendak mengiklan produk keluaran kilangnya. Apakah faktor yang perlu

dipertimbangkan?

Faktor yang di

pertimbangkan

________________

________________

________________

________________

________________

________________

________________

________________

Page 105: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 105

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

6.1(a) Peranan Promosi

1. Pilih pernyataan yang menunjukkan tujuan utama pengeluar mengadakan promosi

untuk produk baru yang dihasilkannya.

A. Menyaingi pesaing

B. Menaikkan imej syarikat

C. Meningkatkan jualan dan keuntungan

D. Memperkenalkan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan

2. Publisiti mempunyai kelebihannya berbanding dengan pengiklanan. Apakah

kelebihan itu?

A. Maklumat yang disampaikan adalah lebih dipercayai

B. Maklumat yang disampaikan boleh dikawal

C. Maklumat tentang barang mudah diperolehi

D. Maklum balas boleh diperolehi terus daripada pengguna atau pelanggan 3. Pilih pernyataan yang menghuraikan promosi dengan tepat.

A. Merupakan cara mengagihkan produk daripada pengeluar asal kepada

pengguna akhir.

B. Membolehkan pengeluar menghubungi pelanggan untuk memujuk mereka

membeli produk yang dikeluarkan itu.

C. Merujuk kepada cara atau proses untuk memberitahu atau mengumumkan

maklumat produk kepada pengguna.

D. Merupakan bantuan perdagangan yang penting.

Soalan 4 dan 5 adalah berdasarkan pada petikan di bawah.

Meili sendiri menggunakan produk yang ingin dipromosikannya. Untuk menarik

perhatian pelanggan sasarannya, Meili akan cuba menonjolkan produk yang

digunakannya sebelum mencari peluang untuk memulakan perbualan dengan pelanggan

sasarannya itu untuk menonjolkan keistimewaan produk berkenaan.

4. Apakah peranan promosi dalam konteks di atas?

A. Menyampaikan maklumat

B. Memujuk dan mempengaruhi

C. Mewujudkan pasaran sedia ada

D. Mengatasi pesaing.

Page 106: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 106

5. Sekiranya Meili berjaya mempengaruhi pelanggan sasarannya yang sedang

menggunakan produk jenama lain, untuk mencuba produk yang dipromosikan oleh

Meili itu, kita katakana bahawa Meili telah berjaya

A. Mengurangkan kos pengeluaran

B. Mengekalkan pasaran sedia ada

C. Memantapkan imej barang dan syarikat

D. Mengatasi pesaing

Soalan 6 dan 7 adalah berdasarkan rajah di bawah.

6. Merujuk pada rajah di atas, M dan N ialah

A. Menghubungi pelanggan dan mengagihkan produk kepada pelanggan.

B. Mengekalkan pasaran sedia ada dan memantapkan imej barang dan syarikat.

C. Menghubungi pelanggan dan memantapkan imej barang dan syarikat.

D. Mengagihkan produk kepada pelanggan dan mengekalkan pasaran sedia ada.

7. Kegiatan-kegiatan berikut akan dapat melaksanakan peranan M dan N.

I Sentiasa mengingati pengguna mengenai kewujudan sesuatu jenama,

khusunya untuk produk yang diperlukan untuk musim tertentu sahaja.

II Mengaitkan kejayaan dan status dengan jenama produk.

III Melakukan pujukan untuk mempengaruhi pelanggan membeli produk.

IV Menghebohkan kelebihan produk yang baru dikeluarkan dalam pasaran.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

8. Sekiranya tujuan utama Syarikat Ubat Gigi BerSeri mengadakan promosi adalah

untuk menyampaikan maklumat mengenai produknya, apakah aktiviti promosi yang

mungkin dilakukan?

I Menonjolkan keistimewaan ubat gigi BerSeri dengan dibandingkan dengan

ubat gigi jenama lain yang diwakili dengan menggunakan ‘Cap X’

Peranan

Promosi

Menyampaikan

maklumat

Memujuk dan

mempengaruhi

M

Mengatasi

pesaing

Mewujudkan

pasaran baru

N

Meningkatkan jualan

dan mengurangkan kos

Page 107: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 107

II Mengumumkan bahawa tiub ubat gigi BerSeri telah diberikan ‘wajah’ baru

yang lebih menarik.

III Mengemukakan mesej bahawa kualiti ubat gigi diperbaiki dengan harga

yang tidak berubah.

IV Memberikan kupon diskaun untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna

membeli ubat gigi BerSeri.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

9. Pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan promosi agresif yang bertujuan untuk

mengatasi pesaing.

I Memberikan maklumat dan penjelasan mengenai produk yang baru

dikeluarkan dalam pasaran.

II Mengaitkan jenama produk dengan gaya hidup orang ternama yang berjaya.

III Menonjolkan kelebihan produk dengan membandingkannya dengan produk

lain yang digambarkan sebagai ‘Cap Y’.

IV Memberikan kupon diskaun yang laku untuk 3 hari sahaja semasa kegiatan

promosi dijalankan.

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV sahaja

6.1(b) Promosi dalam Pemasaran

10. Dengan merujuk pada rajah di atas, P, Q, R dan S mewakili

A. Keluaran, promosi, harga dan agihan

B. Pengeluar, pemborong, peruncit dan pengguna

Campuran

pemasaran bagi

beras wangi

S

R

Q

P

Page 108: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 108

C. Peruncit, produk, agihan dan promosi

D. Pemboron, ejen, peruncit dan pengguna

Soalan 11 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

Mario bercadang untuk melibatkan diri dengan pengilangan barang mainan kanak-kanak.

Sebelum memulakan perniagaannya, Mario telah mendapatkan nasihat daripada Mynn,

seorang pakar ekonomi dan ahli perniagaan yang berpengalaman.

Mynn:

Mario

11. Mynn menasihati Mario supaya memberikan tumpuan pada ____________________

A. Campuran pemasaran dan sasaran pengguna

B. Sasaran pasaran, produk, harga, promosi dan agihan

C. Sasaran pengguna dan sasaran pasaran

D. Hasil keluaran, harga, cara agihan dan promosi

12. Untuk memenuhi kehendak pengguna, seseorang pengeluar perlu memberikan

perhatian kepada perkara yang berikut untuk setiap produk dikeluarkannya.

I Kualiti yang tinggi

II Jenama yang dipercayai

III Jaminan kegunaan barang dan perkhidmatan selepas jualan

IV Pembungkusan yang menarik

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV 6.2 Jenis Promosi

13. Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan publisiti.

I Pengeluar merancang aktivitinya untuk melariskan hasil keluarannya.

II Publisiti mempunyai kreditibiliti yang lebih tinggi di lamangan pengguna

atau pelanggan kerana maklumat disiarkan secara berkecuali.

III Komen atau kritikan akan menjejaskan nama baik pengeluar produk.

IV Pihak media yang bertanggungjawab membuat liputan untuk diutarakan

kepada orang ramai.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Apakah cara terbaik

untuk saya

mempromosikan barang

mainan kanak-kanak?

Anda

harus…

….

Page 109: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 109

Soalan 14 dan 15 adalah berdasarkan rajah di bawah.

14. Apakah jenis iklan T dan U?

I Penerangan

II Penggalak

III Rasional

IV Peringatan

A. I dan III sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I dan IV

15. Sekiranya iklan T dijalankan secara tidak agresif dan hanya bertujuan untuk

memaklumkan kewujudan sesuatu produk sahaja, pilih huraian yang tepat

menggambarkan tujuan iklan U diadakan.

A. Mendesak bakal pengguna membeli

B. Mengukuhkan minda pengguna mengenai kewujudan sesuatu produk

C. Mengumumkan produk baru

D. Menonjolkan keunggulan produk

16. Pengeluar biasanya akan mencari pelbagai cara untuk menarik perhatian bakal

pengguna mereka. Antaranya termasuklah penggunaan faktor emosi sebagai senjata

untuk melembutkan hati pembeli agar mereka akan membeli produk yang

dipromosikan.

Pilih situasi promosi yang menggunakan taktik ini.

A Pasaraya mengadakan kempen kesedaran sivik yang akan menderma 10sen

kepada Tabung Anak Yatim untuk setiap ringgit yang dibelanjakan oleh

pelanggan di dalam gedung mereka.

B Pengiklanan syarikat telekomunikasi Maxis memaparkan kebahagiaan yang

tidak terhingga apabila ibu bapa di kampung menerima satu panggilan

daripada anak mereka.

C Syarikat McDonald memberikan hadiah percuma kepada kanak-kanak

sebagai penggalak untuk orang berbelanja di McDonald kerana membawa

kanak-kanak ke situ.

D Kentucky Fried Chicken (KFC) memberikan kupon Rm2.00 untuk setiap

pembelian melebihi RM20.00.

Jenis Iklan

T U Iklan

Memujuk

Page 110: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 110

17. Pilih pasangan yang dihuraikan dengan tepat maknanya.

Jenis Iklan Ciri Iklan

A. Iklan memujuk Menggunakan gadis cantik untuk menarik perhatian

pelanggan.

B. Iklan penerangan Mengumumkan produk yang baru dalam pasaran.

C. Iklan peringatan Memberikan maklumat mengenai sifat produk dalam

pasaran.

D. Iklan pemetaan Mengingati pengguna mengenai kewujudannya.

18. Perhatikan pernyataan berikut dan pilih pernyataan yang menunjukkan kelebihan

promosi jualan.

I Pembeli biasanya terbeli lebih banyak daripada kuantiti yang mereka

perlukan kerana terpengaruh dengan promosi yang dijalankan.

II Pengeluar biasanya dapat melariskan stok mereka, khusunya stok lama.

III Pembeli biasanya dapat membeli bukan sahaja pada harga yang murah,

malah diberikan hadiah percuma juga.

IV Pembeli akan mempunyai banyak pilihan, kerana pengeluar berbeza akan

menawarkan promosi yang berlainan.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

19. Perhatikan ciri-ciri di bawah.

Apakah jenis promosi yang mempunyai ciri-ciri di atas?

A. Jualan terus

B. Promosi jualan

C. Publisiti

D. Iklan memujuk

20. Walaupun pengiklanan mempunyai pelbagai jenis kelebihan, namun Reenee, seorang

peniaga yang mengiklankan produknya melalui televisyen mengkritik kekurangan-

kekurangannya. Apakah yang mungkin menjadi rungutan Reenee?

I Meingkatkan kos pengeluarannya.

II Mendorong pembeli membeli lebih.

III Pengguna biasanya hilang rasional semasa membuat pilihan kerana

dikelirukan oleh pelbagai jenama dan tawaran.

IV Pengiklanan dapat menonjolkan kelebihan produk tanpa menyatakan kesan

sampingannya.

A. I sahaja C. I dan II sahaja

B. III sahaja D. II, III dan IV

Penjual berhadapan dengan bakal pembeli.

Cuba mempengaruhi pembeli dengan pujukan dan tunjuk

cara yang menarik.

Dianggap memudahkan kerana pembeli tidak perlu keluar

dari rumah untuk mendapatkan barang.

Page 111: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 111

21. Everleena, seorang pegawai pengiklanan di sebuah syarikat pengiklanan yang

terkemuka, telah dikehendak menyiapkan kertas kerja untuk bakal pelanggan, Encik

Zambriinii, seorang pengeluar shampu dan pendandan rambut.

Apakah kelebihan pengiklanan yang mungkin dibentangkan oleh Everleena kepada

Encik Zambriini?

I Peningkatan kuantiti jualan memungkinkan penikmatan faedah ekonomi

bidangan.

II Penggunaan unsur lucah boleh menarik pelanggan walaupun menimbulkan

kesan negatif dalam masyarakat.

III Encik Zambriini dapat memperkenalkan produknya ke dalam pasaran.

IV Kos pengiklanan dapat diagihkan kepada pengguna produknya.

A. I, II dan IIIsahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, III dan IVsahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 22 dan 23 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

22. Daripada perbualan antara Puan Rynn dengan pekerjanya Jeeneeta, kita dapati

bahawa Puan Rynn hendak mengadakan promosi jualan untuk meningkatkan kuantiti

jualan produknya dengan menggunakan teknik________________________

A. Promosi pengguna

B. Promosi jurujual

C. Promosi pengedar

D. Promosi produk

23. Pilih produk yang sesuai dipromosikan mengikut teknik di atas.

I Kemeja

II Ikan dan udang

III Biskut kotak

IV Telefon bimbit

A. I sahaja C. II dan III sahaja

B. I dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja

Saya akan menaikkan

gaji serta bonus anda

sekiranya anda dapat

mencecah kauntiti

1000 unit sehari

Pn. Rynn

Jeeneeta

Baguslah!!!..

Saya akan

berusaha sedaya

upaya saya untuk

mempengaruhi

pelanggan

membeli jenama

kita.

Page 112: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 112

Soalan 24 hingga 26 adalah berdasarkan petikan sebahagian daripada siaran radio

diudarakan baru-baru ini.

24. Apakah jenis promosi yang disiarkan di atas?

A. Iklan memujuk

B. Promosi jualan

C. Iklan peringatan

D. Publisiti

25. Mengapakah orang ramai lebih mempercayai maklumat yang dikemukakan dalam

promosi di atas?

I Maklumat adalah bebas dan berkecuali.

II Penyiarannya bukan dilakukan oleh pengeluar produk.

III Promosi ini disiarkan melalui radio.

IV Rancangan di atas adalah rancagan untuk mengenali tanah air kita.

A. I sahaja C. I, II, dan III sahaja

B. I dan II sahaja D. I, II, III dan IV

26. Mengapakah terdapat pengeluar yang berasa bimbang terhadap promosi di atas?

I Kos mengiklan yang tinggi akan menjejaskan keuntungan pengeluar.

II Pengeluar tidak dapat mengawal promosi sebegini.

III Kritikan negatif akan menjejaskan imej pengeluar.

IV Pengeluar akan dikenakan bayaran yang tinggi oleh bahagian pengiklanan

Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana mengiklankan produknya.

A. I sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja

D. I, II, III dan IV

….. dengan dedaunan yang melambai dihembus bayu senja,

menikmati ‘Sate Asli Anak Pulau Pinang’ di Teluk Tempoyak

adalah satu kenangan yang pasti anda bawa balik……..

dan menyimpannya di sudut hati sebagai kenangan termanis dari Pulau

Mutiara……

Demikian tamatlah ‘Rancangan Kenali Tanahair’……

sehingga kira bersua lagi dalam lain rancangan…. . . . . .

Page 113: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 113

Soalan 27 hingga 30 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

27. Daripada perbualan di atas, adalah jelas bahawa Moreeta May cuba memasarkan

produknya, iaitu mesin untuk melangsingkan badan dengan menggunakan kaedah

promosi_________________

A. Iklan memujuk

B. Promosi jualan

C. Jualan terus

D. Publisiti

28. Puan Shakila tertarik dengan pujukan Moreeta May kerana akan diberikan ________

A. Sampel percuma

B. Demonstrasi

C. Kupon diskaun

D. Potongan harga yang tinggi

29. Apakah kelebihan yang diperolehi oleh Moretta May daripada kaedah promosi yang

dijalankannya itu?

I Sesetengah pelanggan mungkin tidak suka dikunjungi oleh jurujual

sepertinya dan tidak memberikan peluang untuknya menunjukkan produk.

II Dapat menggunakan kaedah pemujukkan semasa membuat demonstrasi

produk yang ingin dipromosikannya.

III Dapat mempengaruhi Puan Shakila membeli kerana mesinnya terbukti baik.

IV Berpeluang berhadapan dengan bakal pelaggannya.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Moreeta Puan Shakila

May

Tidak akan menjadi

masalah kalau puan

tidak membeli. Cuma

berikan saya peluang

untuk menunjukkan cara

melangsingkan badan

dengan mesin kami

ini!!

Berpeluang

menguruskan

badan??. Baiklah

awak tunjukkan

mesin awak itu!!

Page 114: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 114

30. Apakah kekurangan yang akan dihadapi oleh pengeluar yang menggunakan kaedah

promosi di atas?

I Liputan pasaran terhad.

II Kos adalah tinggi.

III Pengguna akan terpengaruh untuk membeli benda yang mereka tidak

perlukan.

IV Ada pengguna yang tidak gemar akan kunjungan jurujual dan tidak

memberikan mereka peluang langsung untuk mendemonstrasikan produk.

A. I dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

6.3 Media Pengiklanan

31. Media pengiklanan dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu media

bercetak, media elektronik dan media jenis lain. Daripada senarai di bawah, yang

manakah tergolong sebagai media bercetak?

I Peragaan tingkap

II Internet

III Risalah

IV Jurnal perniagaan

A. I dan II sahaja C. III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, III dan IV

Soalan 32 dan 33 adalah berdasarkan petikan di bawah.

32. Apakah jenis iklan yang paling sesuai dipilih?

A. Iklan kelas satu

B. Iklan ruangan

C. Iklan muka surat

D. Iklan kelompok

33.Mengapakah Reenu dan Reeta memilih untuk mengiklan dalam akhbar?

I Kosnya adalah lebih murah berbanding dengan iklan media lain.

II Kesannya adalah tidak berpanjangan.

III Liputan pengiklanan dalam akhbar adalah luas.

IV Harga akhbar adalah murah dan mampu dibeli oleh sesiapa sahaja.

A. I, dan III sahaja C. II, III, dan IV

B. I, II dan III sahaja D. I, III dan IV

Reeta sedang berbincang dengan abangnya Reenu untuk mengiklankan berita mengenai

ayah mereka yang baru meninggal dunia beberapa jam yang lalu. Reenu bersetuju dengan

cadangan Reeta kerana ayanya mempunyai ramai kenalan, tetapi mengingatkan Reeta

bahawa mereka tidak mampu membelanjakan wang yang banyak untuk pengiklanan tu.

Page 115: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 115

34. Iklan peralatan menyelam serta baju khas untuk penyelam adalah sesuai dimuatkan

dalam _______________________

A. Majalah ‘Wanita’

B. Majalah ‘Berjimat sambil Bercuti’

C. Majalah ‘Kenali dan Cintai Malaysia’

D. Majalah ‘Kenali Alam Bawah Laut Kita’

35. Apakah kelebihan mengiklan dalam televisyen?

I Liputannya adalah luas.

II Kosnya adalah lebih murah berbanding dengan pengiklanan di media yang

lain.

III Pengiklanan secara audiovisual adalah ternyata lebih efektif berbanding

dengan penggunaan audio atau visual sahaja.

IV Mesej dapat disampaikan kepada pihak yang berpelajaran ataupun yang

buta huruf seperti kanak-kanak dan orang tua.

A. I, II dan IV sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 36 dan 37 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Pengeluar shampu yang memberikan sampel percuma akan lebih berjaya dalam

mempromosi produknya berbanding dengan pengeluar yang mengedarkan kupon

diskaun.

36.Pilih situasi-situasi yang akan membawa kebenaran kepada pernyataan di atas.

I Diskaun yang diberikan adalah tinggi.

II Sampel percuma diedarkan kepada kumpulan sasaran yang betul.

III Tidak terdapatnya tarikh luput pada kupon diskaun.

IV Shampu percuma itu ternyata berkesan.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

37.

Apakah ciri persamaan yang membezakan iklan di atas daripada media-media yang

lain?

A. Kos penyiarannya adalah lebih rendah berbanding dengan mengiklan di

media-median yang lain.

B. Mesej boleh disampaikan kepada semua golongan, termasuk yang buta huruf

dan kanak-kanak.

Televisyen

Radio

Pawagam

Page 116: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 116

C. Adalah satu-satunya cara orang ramai boleh mendapat maklumat mengenai

keluaran atau produk baru dalam pasaran.

D. Mudah dan dapat menarik perhatian bakal pembeli.

38. Apakah media pengiklanan yang paling sesuai untuk Restoran Kentucky Fried

Chicken (KFC), perniagaan francais yang mempunyai cawangan di seluruh negara ?

I Jualan terus

II Surat khabar

III Sampel percuma

IV Televisyen

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 39 dan 40 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Abang Wan, seorang pelukis animasi yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan, amat

berhati-hati semasa melukis kartun iklan untuk dimuatkan dalam televisyen. Beliau

sentiasa menyemak untuk memastikan kartun-kartun yang dilukisnya itu tidak

mengandungi unsur negatif yang boleh menjejaskan keharmonian yang ada. Selain itu,

beliau juga sentiasa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

39.Apakah faktor yang dipertimbangkan oleh Abang Wan?

A. Dasar kerajaan

B. Tujuan pengiklanan

C. Sasaran pengguna

D. Jenis dan sifat barang

40. Walaupun Abang Wan terkenal di kalangan peniaga dan usahawan yang mengiklan

produk mereka, namun bukannya semua peniaga mendapatkan perkhidmatan Abang

Wan. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh peniaga sebelum membuat

keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan Abang Wan?

I Saiz perniagaan

II Kos pengeluaran atau kos pengilangan

III Pengguna sasaran

IV Kos pengiklanan

A. I dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Page 117: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 117

Pengukuhan Esei 1. (a) Huraikan pemahaman anda mengenai promosi. ( 4 markah )

(b) Bagaimanakah promosi dapat membantu seseorang peniaga? ( 14 Markah )

(c) Mengapakah promosi penting dalam pemasaran? ( 7 Markah )

2. (a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis promosi yang biasa digunakan untuk

memasarkan produk. ( 20 markah )

(b) Mengapakah orang ramai lebih percaya kepada maklumat yang diperolehi

daripada publisiti berbanding dengan pengiklanan jenis lain?

( 5 markah )

(a) Apakah pengiklanan? ( 5 markah )

(b) Tunjukkan perbezaan antara iklan penerangan dengan iklan memujuk.

( 10 markah )

(c) Walaupun pengiklanan mempunyai banyak kelebihan, namun terdapat juga

kekurangannya. Nyatakan dan terangkan kekurangan pengiklanan.

( 10 markah )

3. (a) Media elektronik semakin penting dan kini digunakan dengan meluas untuk

mengiklan kerana adalah menarik dan berkesan. Nyatakan dan terangkan

kelebihan dan kekurangan tiga jenis media elektronik yang biasa digunakan

untuk mengiklan. ( 18 markah )

(b) Butik Siindii dan Sandii memperagakan koleksi pakaian terkini mereka secara

peragaan tingkap. Kaedah ini dianggap kurang berkesan untuk menarik

pelanggan yang ramai. Mengapakah kaedah ini dianggap kurang berkesan dan

apakah alternatif yang lebih berkesan? ( 7 markah )

4. (a) Nyatakan dan huraikan dengan lengkap faktor yang mempengaruhi

pemilihan sesuatu media iklan. ( 10 markah )

(b) Nyatakan media iklan yang sesuai digunakan oleh setiap pihak di bawah dengan

memberikan alasan yang munasabah untuk media iklan yang anda pilih.

i. Restoran Masakan Ibu Best, sebuah restoran francais yang mempunyai

cawangan di seluruh negara.

ii. Kelas Bimbingan Jaya yang beroperasi di Taman Sri Nibong, sebuah

kawasan perumahan di Pulau Pinang.

iii. Pusat Kecantikan Preeti yang baru memulakan perniagaannya, ingin

memberikan tawaran diskaun 30% sebagai usaha untuk usaha untuk

memperkenalkan perniagaannya di samping untuk menarik pelanggan.

( 15 markah )

Page 118: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 118

Pengukuhan Kajian Kes Baca kes di bawah dengan teliti.

`Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Cadangkan dua cara promosi yang anda anggap paling baik untuk A-Beng

memperkenalkan perkhidmatannya kepada bakal pelanggannya. ( 10 markah )

2. A-Beng telah mulai mengambil langkah yang agresif untuk menarik lebih pelanggan

serta untuk mengingatkan pelanggan sedia ada mengenai kewujudannya. Belaiu

memberikan rantai kunci kepada setiap pelanggan yang telah mendapatkan

perkhidmatan pendandanan rambutnya. Ulaskan tindakan A-Beng ini dan tunjukkan

sama ada tindakan ini wajar diteruskan atau sebaliknya. ( 8 markah )

3. Pada suatu hari seorang pemberita yang berlalu di hapadan kedainya, telah membuat

satu liputan mengenai kawasan Bukit Jambut. Dalam artikelnya, pemberita itu telah

menulis secara positif mengenai pusat dandanan rambut A-Beng. Semenjak hari itu,

The Cut tidak pernah sepi dengan kunjungan pelanggan yang ramai.

Mengapakah catatan pemberita dalam liputan beritanya itu begitu berkesan untuk

menarik pelanggan yang begitu ramai ke Pusat Dandanan Rambut The Cut?

( 7 markah )

A-Beng mengusahakan The Cut, sebuah pusat pendandanan rambut untuk kaum lelaki dan

juga wanita, yang terletak di tingkat bawah pangsapuri Bukit Jambul di Pulau Pinang. Beliau

telah menggunakan pelbagai cara untuk mempromosikan perniagaannya, seperti meletakkan

papan tanda perniagaan yang besar lagi menarik di hadapan kedainya, dan memasang lampu neon

yang berwarna warni. Namun beliau masih tidak menerima kunjungan pelanggan yang

memuaskan.

Keadaan ini bukan sahaja merisaukan A-Beng, malah amat menghairankannya kerana pusat

pendandanan rambutnya terletak di kawasan perumahan. Tambahan pula, kawasan perindustrian

adalah tidak jauh daripada pusat pendandanan rambutnya dan terdapat ramai pekerja kilang yang

tinggal di pangsapuri yang berhampiran dengan kedainya. Harga yang dicajkan juga adalah tidak

mahal.

Page 119: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 119

Bab 7 - Peranan Kerajaan dalam Perniagaan Konsep Kilat

PERANAAN KERAJAAN

Latihan dan

Pengurusan

Kemudahan

Infrastruktur

dan Ruang

niaga Promosi dan

Pemasaran

Penyelidikan dan

Pembangunan

Perundangan

Perniagaan

Pelepasan Cukai

Pembiayaaan

UHB

MARA

PKEN

MDC

TPM NPC

MARA

SMIDEC

BERNAS

FAMA

MATRADE

PKKM

MARDI

MRB

MPOB

SIRIM

FRIM

FRI

MPIB

MCB

PMBM

Penubuhan

Pengeluaran

Jualan

Aspek lain

Taraf perintis

Elaun cukai

pelaburan

Elaun pelaburan

semula

Pengecualian

cukai

Potongan cukai

MARA

KPUn

PUNB

BPIMB

BPM

MIDF

MTDC

Page 120: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 120

Revisi Kilat

7.1 Peranan Kerajaan

1. Kerajaan memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan perniagaan

dijalankan dengan lancar dan sempurna dalam semua bidang.

2. Bantuan kerajaan dihulurkan melalui badan-badan tertertu yang

dipertanggungjawabkan dalam setiap sektor kerajaan.

3. Secara amnya, terdapat tujuh sektor kerajaan.

a. Penyelidikan dan Pembangunan bertanggungjawab memastikan pelbagai kajian

dijalankan untuk memajukan dan mempertingkatkan produk setiap bidang, seperti

bidang pertanian, perniagaan, infrastruktur dan lain-lain.

i. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau Malaysian

Agriculture Research Institute (MARDI) bertanggungjawab ke atas semua bidang

yang berkaitan dengan tanaman dan ternakan untuk menghasilkan produk yang

bermutu tinggi.

ii. Lembaga Getah Malaysia atau Malaysian Rubber Board (MRB) diamanahkan

ke atas semua kerja penyelidikan yang berkaitan dengan getah serta melaksanakan

strategi pemasaran untuk industri getah.

iii. Lembaga Minyak Sawit Malaysia atau Malaysian Palm Oil Board (MPOB)

diberikan tugas untuk mempertingkatkan mutu kelapa sawit serta barang

berasaskan kelapa sawit.

iv. Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau Standards

and Industrial Research Institute of Malaysia Berhad (SIRIM) bertujuan

membantu pengeluar menghasilkan produk yang berkualiti menerusi penyelidikan

dan kaedah yang berteknologi tinggi.

v. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia atau Forest Research Institute

Malaysia (FRIM) ditubuhkan untuk menjalankan kajian terhadap sektor

perhutanan dan industri penghasilan produk berasaskan hasil hutan.

vi. Institut Penyelidikan Perikanan Malaysia atau Fisheries Research Institute

(FRI) yang terletak di bawah Jabatan Perikanan Malaysia diberikan

tanggungjawab memajukan sektor perikanan ; iaitu memperkenalkan teknologi

Penyelidikan dan Pembangunan

Perundangan Perniagaan

Latihan dan Pengurusan

Kemudahan Infrastruktur dan Ruang Niaga

Promosi dan Pemasaran

Pelepasan Cukai

Pembiayaan

Peranan

Kerajaan

dihulurkan melalui

sektor berikut:

Page 121: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 121

saintifik dalam penangkapan dan pemeliharaan kesegaran hasil laut. FRI juga

memberikan perhatian dalam bidang akuakultur.

vii. Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia atau Malaysian Pineapple Industry

Board (MPOB) ditubuhkan untuk menyelidik dan memajukan industri nanas di

negara kita, termasuklah mencari pasaran untuk produk berasaskan nanas.

viii. Lembaga Koko Malaysia atau Malaysian Coco Board (MCB)

dipertanggungjawabkanmengawal selia serta memajukan sektor pengeluaran koko

di Malaysia.

ix. Lembaga Pemasaran Lada Hitam atau Pepper Marketing Board Malaysia

(PMBM) ditugaskan memaju, mempromosi serta memasarkan lada hitam di

samping memperbaiki keadaan ekonomi dan kebajikan peladang lada hitam.

b. Perundangan Perniagaan menyediakan akta dan undang-undang untuk dirujuk

sekiranya timbulnya masalah, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain penyelewengan

dalam perniagaan. Pelbagai jenis akta disediakan.

i. Akta berkaitan Penubuhan adalah untuk memastikan setiap perniagaan

ditubuhkan secara sah. Antaranya termasuklah Akta Syarikat 1965, Akta

Perkongsian 1961, Akta Koperasi 1948 dan lain-lain.

Agensi

Penyelidikan dan

Pembangunan

Lembaga Pemasaran

Lada Hitam Malaysia

(PMBM)

Institut Piawaian dan

Penyelidikan Perindustrian

Malaysia (SIRIM)

Institut

Penyelidikan dan

Kemajuan Pertanian Malaysia

Lembaga Minyak

Sawit Malaysia

(MPOB)

Lembaga Getah

Malaysia (MRB)

Lembaga Koko

Malaysia (MCB)

Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia

(FRIM)

Lembaga Perindustrian

Nanas Malaysia

(MPIB)

Institut Penyelidikan

Perikanan Malaysia

(FRI)

Page 122: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 122

ii. Akta berkaitan Pengeluaran berfungsi memastikan tiada penyelewengan

berlaku dalam proses pengeluaran, termasuklah untuk melindungi pengeluar dan

pekerja seperti Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Makanan 1983.

iii. Akta berkaitan Jualan bertujuan melindungi pengguna daripada muslihat

penjual atau pengeluar. Antaranya termasuklah Akta Jualan Barangan 1957,

Akta Sewa Beli 1967, Akta Perihal Dagangan 1972 dan lain-lain.

iv. Akta-akta lain termasuklah Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Keselamatan

Sosial Pekerja 1969 dan lain-lain.

c. Latihan dan Pengurusan biasanya disediakan oleh pihak Kerajaan dalam bidang

teknikal, pengurusan, perakaunan, motivasi, perniagaan serta pemasaran untuk

meningkatkan imej negara dalam dunia perniagaan.

i. Perbadanan Produktiviti Negara atau National Productivity Board (NPC)

bertanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam sistem

pengurusan dan organisasi perniagaan.

ii. Majlis Amanah Rakyat (MARA) memainkan peranan penting dalam

meningkatkan kualiti usahawan menerusi pemberian latihan, kursus dan khidmat

pakar runding.

iii. Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana atau Small and Medium Ondustries

Development Corporation (SMIDEC) ditubuhkan khas untuk memajukan

syarikat-syarikat IKS.

Perundangan

Perniagaan

Penubuhan

Pengeluaran

Jualan

Aspek Lain

Akta Syarikat 1965

Akta Perkongsian 1961

Akta Koperasi 1948

Akta hak Cipta 1987

Akta Makanan 1983

Akta Jualan Barangan 1957

Akta Sewabeli 1967

Akta Perihal Dagangan 1972

Akta Cukai Pendapatan 1967

Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969

Latihan dan

Pengurusan

Perbadanan Produktiviti Negara (NPC )

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

Page 123: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 123

d. Kemudahan Infrastruktur dan Ruang Niaga adalah penting untuk perkembangan

ekonomi dan pembangunan negara.

i. Lembaga Pembangunan Bandar atau Urban Developmeng Authority (UDA)

mempunyai tugas khas untuk merancang dan memajukan bandar secara terancang

dan teratur.

ii. Taman Teknologi Malaysia atau Technology Park Malaysia (TPM)

diamanahkan untuk menyediakan kemudahan yang dapat mendorong penggunaan

inovasi teknologi dan penyelidikan untuk meningkat mutu pengeluaran agar dapat

bersaing pada peringkat antarabangsa.

iii. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) bertanggungjawab

memajukan ekonomi negeri selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru.

iv. Majlis Amanah Rakyat (MARA) diberi tugas menyediakan premis kilang dan

premis perniagaan yang diperlukan.

v. Perbadanan Pembangunan Multimedia atau Multimedia Development

Corporation (MDC) diamanahkan tugas mencipta persekitaran yang baik dalam

bidang multimedia untuk memastikan kejayaan dalam bidang teknologi

maklumat.

e. Promosi dan Pemasaran diperlukan untuk menjamin wujudnya pasaran pada

peringkat domestik dan antarabangsa.

i. Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memikul tanggungjawab memperbaiki

dan memajukan sektor yang kaitan padi dan beras negara kita, termasuklah

memastikan kebajikan para petani dijaga.

ii. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural

Marketing Authority (FAMA) diberi tugas untuk mempromosi dan memasarkan

hasil pertanian di samping memaju dan membangunkan sektor tersebut.

iii. Perbadanan Pembangunan Perniagaan Antarabangsa Malaysia atau

Malaysian External Trade Development Corporation (MATRADE)

bertanggungjawab untuk membekalkan maklumat produk Malaysia ke peringkat

antarabangsa untuk mencari pasaran.

Kemudahan Infrastruktur dan

Ruang Niaga

Lembaga Pembangunan Bandar (UDA)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Taman Teknologi Malaysia (TPM)

Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDC)

Page 124: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 124

iv. Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) berusaha untuk

mempertingkatkan mutu kraftangan kita di samping mencari pasaran pada

peringkat antarabangsa.

f. Pelepasan Cukai diberikan untuk menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan

menarik pelabur asing dan juga untuk menggalakkan projek perkilangan di negara

kita. Antara insentif yang diberikan untuk tujuan ini termasuklah:

i. Taraf perintis Elaun cukai pelaburan

ii. Elaun pelaburan semula

iii. Pengecualian cukai

iv. Potongan cukai

g. Pembiayaan merujuk pada pinjaman dan sumbangan kewangan kerajaan ke atas

projek perniagaan atau perkilangan, yang diberikan menerusi agensi tertentu.

i. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan sistem bantuan kredit untuk

menggalakkan penyertaan bumiputra ke dalam perniagaan

ii. Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) bertanggungjawab melatih

dan melahirkan usahawan yang berminat dan berkebolehan .

iii. Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) bertujuan untuk

meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri strategik yang mempunyai

potensi yang cerah.

iv. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) membantu

syarikat IKS bumiputera mendapatkan modal yang mencukupi.

v. Bank Pertanian Malaysia (BPM) diberi amanah untuk menyelaras dan

menyelia bantuan kredit kepada individu yang menjalankan kegiatan pertanian.

vi. Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad atau

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) merupakan agensi

yang bertugas membantu syarikat mengumpul modal menerusi penerbitan syer

dan debentur.

Promosi dan

Pemasaran

Padiberas Nasional

Berhad (BERNAS)

Lembaga Pemasaran Pertanian

Persekutuan (FAMA)

Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia (PKKM)

Perbadanan Pembangunan Perniagaan

Antarabangsa Malaysia (MATRADE)

Page 125: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 125

vii. Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia atau Malaysian Technology

Development Corporation (MTDC) merupakan usahasama antara syarikat

swasta di bawah konsep persyarikatan Malaysia untuk mempromosikan

pembangunan teknologi di negara kita.

Pengukuhan Konsep 1. Lengkapkan ketinggalan-ketinggalan pada rajah di bawah

2. Isikan tempat kosong pada jadual di bawah.

Perbezaan antara FRI dan FRIM

FRI FRIM

Sejarah Ditubuhkan pada 1957 di Pulau Pinang

Ibu pejabat telah dipindah ke Batu Maung

Pulau Piang semenjak 1995

Bidang penyelidikan perhutanan

bermula di negara kita semenjak 1928

Dipindah ke bangunan FRIM di Kepong

semenjak 1929

Bidang

kajian Perikanan

Akuakultur

_____________________

_____________________

Sektor perhutanan

_______________________________

_______________________________

_______________________________

Objektif Membekalkan pengetahuan saintifik untuk Menjana pengetahuan mengenai sektor

Peranan

Kerajaan

Latihan dan

Pengurusan

Pembiayaan

Page 126: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 126

menguruskan sumber perikanan

__________________________________

__________________________________

Memberi latihan dalam bidang perikanan

perhutanan

________________________________

________________________________

Mengawal penggunaan sumber hutan

Fungsi

dan

Aktiviti

Menyediakan kepakaran untuk

penyelidikan perikanan

__________________________________

__________________________________

Mengembangkan hasil penyelidikan bagi

membangunkan teknologi akuakultur

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

__________________________________

_________________________________

_________________________________

_________________________________

Menyebarkan maklumat mengenai

pengurusan sumber hutan dan

pembangunan hutan

_________________________________

_________________________________

_________________________________

Mengadakan hubungan dan kerja sama

dengan badan di luar Malaysia untuk

mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar

3. Tuliskan lima fungsi SMIDEC

a. _________________________________________________________________

b. _________________________________________________________________

c. _________________________________________________________________

d. _________________________________________________________________

e. _________________________________________________________________

4. Isikan ruang yang tertinggal.

Program

Latihan

MARA

Pusat Teknologi Industri

Perabot Skim Latihan Perintisan

Page 127: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 127

5. Lengkapkan jadual berikut :

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

7.1 Peranan Kerajaan dalam Perniagaan

1. “Penyertaan pelaburan asing serta penglibatan pengusaha Bumiputera di kawasan

bandar amat penting untuk memastikan kemajuan dan pembangunan negara.”

Bagaimanakah kerajaan dapat menggalakkan penyertaan pelabur asing di samping

memastikan pertambahan bilangan pengusaha Bumiputera dalam sektor perusahaan?

A. Mengemaskinikan perundangan perniagaan.

B. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan ruang niaga.

C. Menambahkan usaha promosi dan pemasaran.

D. Menambahkan kemudahan pembiayaan.

2. Pengeluar yang bertanggungjawab tidak akan menjual barang-barang palsu kerana

perbuatan ini adalah bercanggahan dengan

A. Akta Perihal Dagangan

B. Akta Kawalan Bekalan

C. Akta Timbang dan Sukat

D. Akta Jualan Barang-barang

3. Apakah tugas SIRIM dalam usaha memajukan perniagaan di negara kita?

A. Mencari pasaran antarabangsa untuk produk yang dikeluarkan oleh

usahawan tempatan.

B. Menyelidik dan memajukan sektor pengeluaran di negara kita.

C. Menetapkan piawaian ke atas produk yang dihasilkan di negara kita.

D. Melatih dan membimbing pengusaha IKS untuk menguruskan perniagaan

mereka secara moden dan sistematik.

4. Apakah agensi yang diamanahkan tugas menyediakan kemudahan infrastruktur dan

ruangan niaga?

I TPM

II MIDF

III MATRADE

Tugas

BERNAS

_______________________________________________

Mengawal dan menetapkan harga beras mengikut gred

_______________________________________________

_______________________________________________

_______________________________________________

Menyediakan kompleks pengeringan dan pengilangan padi

Page 128: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 128

IV PKEN

A. I dan IV sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 5 dan 6 adalah berdasarkan petikan di bawah.

5. Antara badan-badan berikut, badan manakah yang dapat membantu Ramlee Sanee

mencapai hasrat beliau itu?

I TPM

II SMIDEC

III BPIMB

IV MIDF

A. I dan IV sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

6. Selain bantuan kewangan dan mempromosikan hasil kilangnya, apakah bantuan lain

yang mungkin diperlukan oleh Ramlee Sanee?

I Penyelidikan sektor perhutanan.

II Cara dan kaedah penangkapan ikan air tawar.

III Kursus pengurusan perniagaan

IV Kursus kawalan kualiti

A. I dan II sahaja C. III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

7. Pilih pernyataan yang menunjukkan fungsi MRB.

A. Melaksanakan klon tanaman dan baka ternakan baru di samping

mengusahakan kejuruteraan makanan dan pertanian.

B. Mengawal mutu keluaran untuk mewujudkan tahap piawaian agar dapat

bersaing dengan produk antarabangsa.

C. Membekalkan pengetahuan saintifik untuk menerokai dan menguruskan

sumber perikanan.

D. Menyelidik untuk memajukan industri getah dari segi kualiti dan kuantiti di

samping melaksanakan strategi untuk memasarkannya.

Ramlee Sarnee bercadang untuk memulakan kilang memproses keropok dan kerepek

tetapi beliau kekurangan modal. Keluarganya pula tidak berupaya membantunya.

Beliau juga memerlukan bantuan untuk mempromosikan hasil kilangnya.

Page 129: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 129

Soalan 8 dan 9 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

8. Daripada perbualan Pak Mamat dan Haji Eusoffe, kita dapati bahawa badan yang

dapat membantu mereka ialah

A. BERNAS dan FRI

B. FRI dan FRIM

C. BERNAS dan FRIM

D. FAMA dan FRI

9. Mengapakah Haji Eusoffe mengatakan bahawa beliau akan berada dalam keadaan

miskin sekiranya terpaksa menjual hasil tanamannya kepada orang tengah?

A. Orang tengah enggan mencarikan pasaran untuknya pada peringkat

antarabangsa.

B. Orang tengah biasanya membeli hasil tanamannya pada harga yang amat

murah.

C. Haji Eusoffe hanya dapat menjual produknya beberapa kali sahaja dalam

setahun.

D. Adalah sukar untuk mengharapkan bantuan daripada kerajaan lagi sekiranya

beliau terus menjual produk kepada orang tengah.

Soalan 10 dan 11 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Pak Mamat Haji Eusoffe

Kuntak Kantik dari suku kaum Negrito, mencari nafkah dengan mengumpul hasil hutan

untuk dijual. Selain itu, orang kampungnya juga mengusahakan kraf tangan daripada

hasil hutan seperti anyaman tikar dan beg daun mengkuang, perabot rotan, ukiran kayu,

dan lain-lain.

Bukannya senang untuk

mendapatkan

pengetahuan saintifik

untuk menguruskan

sumber perikanan. Kalu

boleh, akau nak ceburi

sektor akuakultur.

Aku berharap kerajaan dapat

membantu mencari pasaran

untuk hasil padi aku. Kalau nak

bergantung pada orang tengah

itu, nescaya akan tetap miskin

dan susah selama-lamanya.

Page 130: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 130

10. Kuntak Kantik dan orang-orang kampungnya mengharapkan bantuan kerajaan untuk

memajukan perusahaan kecil mereka, seperti bantuan memajukan dan memodenkan

cara penghasilan produk berasaskan hasil hutan.

A. FAMA

B. MIDF

C. FRIM

D. FRI

11. Selain membantu orang-orang kampung Kuntak Kantik memasarkan hasil kraf tangan

mereka, apakah bantuan lain yang dapat diberikan oleh Perbadanan Kemajuan

Kraftangan Malaysia (PKKM)?

A. Mengelolakan kursus dan latihan untuk meningkatkan mutu penghasilan

produk mereka.

B. Menyediakan maklumat harga pasaran.

C. Menetapkan harga belian untuk produk yang dihasilkan oleh orang

kampung.

D. Menyumbangkan bantuan modal dan pinjaman kepada orang kampung

untuk memajukan sektor kraf tangan.

12. Pilih pernyataan yang menunjukkan cara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan

( FAMA ) membantu petani dan pengeluar hasil pertanian di negara kita.

I Meningkatkan kualiti produk pertanian.

II Mencari pasaran di dalam dan di luar negara.

III Menyediakan jentera pertanian.

IV Membimbing pengeluar memproses hasil pertanian.

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, dan IV

13. Apakah tujuan digubal undang-undang untuk menjadi pegangan dalam urusan

perniagaan?

I Memastikan perniagaan berjalan lancar.

II Menjadi rujukan sekiranya timbul masalah.

III Membolehkan kerajaan memperolehi pendapatan dalam bentuk dendaan.

IV Untuk mencetak buku dan makalah mengenai peraturan perniagaan.

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, dan IV

Soalan 14 hingga 16 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

14. Akta di atas adalah berkaitan dengan ___________________

Akta Timbang dan Sukat

Akta Sewa Beli

Akta Francais

Akta Kastam

Page 131: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 131

A. Pengeluaran

B. Penubuhan

C. Keselamatan sosial

D. Jualan

15. Pilih pernyataan yang merupakan peruntukan Akta Sewa Beli.

I Melindungi pengguna daripada kesesuaian dan jaminan barang.

II Mengawal selia kandungan dan bentuk peraturan yang terkandung dalam

perjanjian yang ditandatangani.

III Memastikan barang yang dilarang tidak dibawa masuk.

IV Menetapkan hak dan tanggungjawab pihak yang terlibat dalam perjanjian.

A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

16. Mengapakah Akta Francais dianggap amat penting dalam perniagaan Francais?

I Mengawal selia aktiviti syarikat francais.

II Menghalang perbuatan menipu dalam permohonan hak francais.

III Memastikan francaisi membayar bahagian yang diperuntukan atau royalti

kepada francaisor.

IV Memastikan hanya perniagaan francais yang dibenarkan sahaja dibawa

masuk untuk menjalankan perniagaan francais.

A. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 17 hingga 19 adalah berdasarkan maklumat daripada petikan di bawah:

17. Pada akhir tahun 2006, keuntungan RM 23,000 telah diperolehi dan Renaa terpaksa

menerima hanya 50% daripada jumlah keuntungan kerana terpaksa patuh pada

_______________________

A. Akta Pembahagian Keuntungan

B. Akta Perkongsian

C. Akta Syarikat

D. Akta Institusi Kewangan

18. Sekiranya Reeni dan Renaa melaporkan keuntungan yang diperolehi adalah RM5,000

dan membayar cukai untuk jumlah itu, apakah akta yang telah dilanggar oleh mereka

sebagai rakan kongsi dalam perniagaan mereka?

A. Akta Pembahagian Keuntungan

B. Akta Perkongsian

C. Akta Cukai Pendapatan

D. Akta Cukai Perkongsian

Reeni melaburkan RM 30,000 dan Renaa melaburkan RM 60,000 untuk

menjadi rakan untuk membuka Butik Ninaa tetapi tidak menyatakan cara

pembahagian untung di antara mereka

Page 132: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 132

19. Reeni dan Renaa juga mengambil ramai pekerja sambilan. Mereka dapat

menjimatkan perbelanjaan kerana membayar upah mengikut bilangan baju yang

dijahit oleh pekerja sambilan mereka sahaja. Reeni dan Renaa tidak mencarum

kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja ataupun mengambil langkah untuk

melindungi pekerja daripada apa-apa kemalangan.

Apakah akta yang telah dilanggari Reeni dan Renaa?

A. Ordinan KWSP dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja

B. Ordinan KWSP dan Akta Insurans

C. Akta KWSP dan Akta Insurans

D. Akta Perihal Dagangan dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja

20. Siti Amnah merupakan seorang pegawai di sebuah badan kerajaan yang mempunyai

misi untuk mempertingkatkan produktiviti dan kualiti dalam perniagaan. Tugas beliau

ialah mengelolakan kursus-kursus berikut:

Kursus jualan dan promosi

Kursus pengurusan dan kawalan kualiti

Kursus kemahiran penyeliaan

Siti Amnah bekerja dengan_______________________

A. MATRADE

B. SMIDEC

C. UDA

D. NPC

21. SMIDEC ditubuhkan dengan tujuan memberi galakan kepada syarikat Industri Kecil

dan Sederhana untuk meningkatkan keupayaan mereka. SMIDEC telah menganjurkan

pelbagai program untuk memajukan sektor IKS.

Apakah fungsi SMIDEC?

I Menubuhkan pangkalan data yang komprehensif dan sistem maklumat bagi

program IKS.

II Menyediakan sokongan teknikal dan khidmat nasihat pengurusan.

III Mengumpulkan modal serta membiayai syarikat-syarikat IKS.

IV Menjalankan aktiviti promosi di dalam dan diluar negeri untuk

menggalakkan pertumbuhan IKS.

A. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja

22. Agensi di atas dapat dihubungkaitkan dengan usaha kerajaan untuk ______________

A. Melatih pengusaha serta pekerja untuk mempertingkatkan mutu kerja dan

mutu produk untuk mencapai kepiawaian yang berdaya saing.

B. Menyediakan infrastruktur yang sempurna untuk membolehkan

UDA

MARA

PKEN

MDC

Page 133: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 133

perkembangan ekonomi dan pembangunan negara.

C. Memastikan produk yang dihasilkan mendapat pasaran di dalam dan di luar

negara dengan menganjurkan pameran dan ekspo.

D. Membiayai sektor yang memerlukan bantuan kewangan untuk memajukan

projek masing-masing.

23. UDA telah dipertanggungjawabkan untuk menjalan tugas-tugas berikut:

I Membangunkan dan memajukan sektor luar bandar secara terancang.

II Memperluas ruang niaga dan keusahawanan.

III Meningkatkan pemilikan aset bumiputera.

IV Membangunkan dan memajukan sektor bandar secara terancang.

A. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 24 dan 25 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Zher yang telah menceburi bidang multi media di Amerika Syarikat selama 15

tahun, telah kembali ke tanah air tercinta dan ingin membuka kilangnya sendiri.

Beliau telah dinasihati agar mendirikan kilang di Taman Teknologi Malaysia.

24. Apakah kemudahan yang disediakan di TPM?

I Infrastruktur dan tapak yang diperlukan.

II Peralatan moden dan canggih.

III Tenaga pakar

IV Modal yang diperlukan

A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

25. Apakah objektif TPM?

I Membentuk perkongsian antara kerajaan dan sektor swasta dalam

pembangunan teknologi.

II Menggalakkan usahawan tempatan menceburi bidang yang berkonsepkan

multi media.

III Mengeksploitasi bidang bioteknologi untuk mencapai kemajuan dalam

sektor pertanian moden.

IV Memberikan perkhidmatan sokongan dalam bidang yang diperlukan agar

negara dapat bersaing pada peringkat global.

A. I dan II C. I, II dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Page 134: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 134

Soalan 26 dan 27 adalah berdasarkan petikandi bawah:

26. Apakah agensi yang dapat membantu Pak Mamud suami isteri ?

I FAMA

II MATRADE

III PKKM

IV BERNAS

A. I dan III C. I, II dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

27. Selain bantuan untuk memasarkan produknya, apakah jenis bantuan lain yang akan

diperlukan oleh Pak Mamud untuk menambahkan pendapatannya agar dapat

menaikkan taraf hidup mereka sekeluarga?

I Bantuan kewangan setiap bulan untuk membeli makanan berzat dan pakaian

yang baru untuk menaikkan taraf hidupnya..

II Memiliki gerai untuk menjual hasil pertanian dalam pasar tani.

III Memperkenalkan sistem penyetoran yang moden dan sempurna.

IV Kursus dan latihan untuk meningkatkan kemahiran.

A. I dan IV C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IVsahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 28 adalah berdasarkan maklumat berikut:

28. Apakah badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan tugas-tugas di atas?

A. MATRADE

B. SMIDEC

C. PKKM

D. FAMA

Pak Mamud mengusahakan penanaman sayur di pinggir Hutan Melintang.

Walaupun hasil tanamannya sihat dan segar, namun Pak Mamud tidak ada cara

penyetoran yang sesuai untuk memelihara kesegaran hasil tanamannya. Tambahan

pula, Pak Manud tahu cara memasarkan hasil tanamannya dengan cepat untuk

mendapatkan keuntungan maksima. Isterinya menghadapi nasib yang sama

walaupun dapat menghasilkan kraf tangan yang cantik dan bermutu tinggi.

Mempromosikan produk ke pasaran antarabangsa

Menganjurkan pertunjukkan dan pameran perdagangan

Mengelolakan bengkel dan seminar untuk menambahkan

pengetahuan para pengeksport mengenai pasaran antarabangsa

Page 135: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 135

29. FAMA telah menjalankan banyak usaha untuk membangun dan memajukan sektor

pertanian di negara kita. Apakah tugas yang telah dijalankan oleh FAMA itu?

I Melaksanakan program pemasaran bagi keluaran terpilih di bawah jenama

AGROMAS.

II Menganjurkan kursus dan latihan untuk meningkatkan kemahiran para

petani.

III Menguruskan Skim Pengilang Padi Bumiputera.

IV Membekalkan maklumat produk Malaysia ke peringkat antarabangsa.

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan II sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 30 dan 31 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

30. Tugas X dan Y adalah

A. Menyimpan beras untuk menjamin bekalan dan menyelia para petani untuk

memastikan tanaman padi yang bermutu.

B. Mengenakan sekatan beras import dan menyelia para petani untuk

mengawal mutu padi.

C. Menyimpan beras untuk menjamin bekalan dan mengenakan sekatan beras

import.

D. Membiayai projek tanaman padi dan menyimpan beras untuk menjamin

bekalan mencukupi.

31. Pilih pernyataan yang benar tentang BERNAS.

I Mewakili kerajaan dalam pemberian subsidi kepada para petani.

II Menguruskan Skim Pengilang Padi untuk semua kaum di Malaysia.

III Membeli padi daripada petani pada harga yang berpatutan.

IV Menyediakan infrastruktur dan pengangkutan yang diperlukan oleh petani.

A. I dan III sahaja C. I, II dan III sahaja

B. II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

32. Apakah jenis insentif yang diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pertumbuhan

perdagangan di negara kita?

I Elaun cukai pelaburan

II Taraf perintis

III Perkhidmatan kesihatan percuma

IV Elaun pelaburan semula

Tugas

BERNAS

Menetapkan harga minima padi

Mengawal dan menetapkan harga beras

X

Y

Mengawal dan mengeluarkan lesen pengilang

Menyediakan kompleks pengeringan dan

pengilangan padi

Page 136: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 136

A. I dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

33. Syarikat Fast-Max telah diberikan elaun cukai pelaburan sebanyak RM50,000. 00.

Pendapatan tahun semasa syarikat ialah RM833,000.00. Sekiranya cukai sebanyak

28% dikenakan, kirakan jumlah yang perlu dibayar oleh Syarikat Fast-Max.

A. RM 183, 240.00

B. RM 50, 000.00

C. RM 219, 240.00

D. RM 783, 000.00

34. Perhatikan huraian yang diberikan kepada pelepasan cukai di bawah dan pilih

pasangan yang tepat huraiannya.

Jenis Elaun Huraian

I. Taraf perintis Pelepasan cukai diberikan mengikut peratus

yang diisytiharkan oleh kerajaan selama lima

tahun.

II. Potongan cukai Cukai tidak dikenakan ke atas syarikat untuk

lima tahun pertamanya syarikat berkenaan

memperolehi keuntungan.

III. Pengecualian cukai Barang buatan Malaysia yang dieksport tidak

dikenakan cukai.

IV. Elaun cukai pelaburan Diberikan kepada syarikat yang terlibat dalam

pengeluaran makanan, seperti beras, sayur dan

lain-lain.

A. I sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

35. Kerajaan memainkan peranan sebagai pembiaya sesetengah projek perkilangan dan

perniagaan dalam usaha untuk menggalakan pembangunan industri.

Daripada skim yang berikut, yang manakah skim yang diberikan oleh kerajaan untuk

tujuan di atas?

I Skim Pembiayaan Khas Pembuatan dan Francais

II Skim Kemudahan Tetap Kontrak

III Skim Pembiayaan Kontrak

IV Skim Pembiayaan Pengangkutan

A. I dan IV sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Page 137: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 137

Soalan 36 adalah berdasarkan maklumat di bawah.

36. Apakah kementerian yang menepati ciri-ciri di atas?

A. KPuN

B. PUNB

C. MARA

D. BPIMB

37. Perhatikan berbezaan antara BPIMB dan BPM di bawah.

BPIMB BPM

I. Membantu semua syarikat IKS

yang memerlukan bantuan

modal.

Membantu individu yang menjalankan

kegiatan pertanian.

II. Menyediakan kemudahan kredit

untuk syarikat bumiputera yang

menceburi bidang pembuatan,

pelancongan dan lain-lain.

Menyediakan kemudahan pinjaman dan

pendahuluan untuk memajukan sektor

pertanian, pemerosesan, pengeluaran

dan pemasaran.

III. Membantu syarikat mengumpul

modal menerusi penjualan syer.

Membantu petani mengumpul modal

menerusi projek kebajikan.

IV. Menggalakkan pembangunan

usahawan luar bandar dalam

industri yang berpotensi.

Diamanahkan untuk membangun dan

memodenkan sektor pertanian.

A. I dan IIIsahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

38. Perkongsian TeohLo yang telah berjaya menempah nama pada peringkat

antarabangsa, hendak dikembangkan ke taraf syarikat. Rakan kongsi Teoh dan Low

memerlukan bantuan untuk mengumpul modal menerusi penerbitan syer dan

debentur. Apakah agensi yang dapat membantu mereka?

A. MIDA

B. PUNB

C. MIDF

D. BPIMB

Melatih dan membentuk usahawan yang mempunyai

minat, berkebolehan dan berdaya saing.

Membentuk TEKUN dan CGC untuk membantunya

mencapai objektifnya.

Membentuk usahawan yang beretika.

Page 138: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 138

Soalan 39 dan 40 adalah berdasarkan perbualan dua orang graduan di bawah.

39. Apakah badan kerajaan yang dapat membantu Zher Wei dan Izzat Emmir

merealisasikan hasrat murni mereka?

A. MIDF dan BPIMB

B. MIDF dan BPM

C. TEKUN dan BPM

D. TEKUN dan BPIMB

40. Sebelum dapat menembusi pasaran Eropah, Zher Wei perlu memastikan produknya

dapat mencapai kepiawaian dan kualiti yang dikehendaki. Beliau juga perlu

mempromosikan produknya di pasaran Eropah untuk memperkenaalkan produknya.

Apakah agensi yang dapat menunjukkan jalan kepada Zher Wei?

A. SIRIM dan MDC

B. MATRADE dan MDC

C. NPC dan TPM

D. SIRIM dan MATRADE

Zher Wei Izzat Emmir

Saya hendak memajukan

perniagaan ayah, kalau

diizinkan, saya hendak

mengumpul modal menerusi

penerbitan syer tambahan.

Saya bercadang untuk balik ke

kampung untuk mengusahakan

perniagaan tani keluarga kami di

Kedah. Saya benar-benar berharap

agar mendapat pinjaman untuk

membeli jentera pemerosesan yang

moden. Barulah boleh saya

praktikkan segala yang dipelajari!

Page 139: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 139

Pengukuhan Esei 1. (a) Zher Wei hendak memulakan kilang memproses skru dan peralatan kecil yang

menggunakan teknologi moden yang dipelajarinya semasa 10 tahun bekerja di

Jepun. Di manakah tempat yang sesuai untuk Zher Wei merealisasikan

impiannya dan apakah objektif badan yang dapat membantu Zher Wei?

( 9 markah )

(b) Nir Farlil mengusahakan kilang mengetin buah-buahan tempatan secara kecil-

kecilan dengan pekerja seramai 100 orang. Selain kekurangan infrastruktur,

pekerja-pekerjanya juga memerlukan latihan dalam pelbagai bidang.

Apakah badan kerajaan yang dapat membantu Nir Farlil memajukan kilangnya?

Nyatakan objektif badan berkenaan. ( 8 markah )

(c) Nyatakan dua badan kerajaan yang dapat membantu seorang pengusaha kraf

tangan meningkatkan mutu keluaran di samping mempromosikan produk

berkenaan. ( 8 Markah )

2. (a) Selain mewakili kerajaan dalam pemberian subsidi kepada petani serta

menguruskan Skim Pengilang Padi Bumiputera, apakah tugas BERNAS yang

lain? ( 7 markah )

(b) Satu daripada cara untuk menggalakkan pertumbuhan perdagangan serta untuk

menarik pelabur asing ialah dengan memberikan pelepasan cukai. Nyatakan dan

terangkan bentuk-bentuk pelepasan cukai yang diberikan oleh kerajaan kita

untuk tujuan di atas. ( 10 markah )

(c) Namakan dan huraikan secara ringkas empat skim pembiayaan yang

diberikan oleh kerajaan untuk menggalakkan pembangunan industri. (8markah )

3. Tuliskan huraian ringkas mengenai badan-badan berikut:

i. FRI ( 5 markah )

ii. MCB ( 4 markah )

iii. FRIM ( 6 markah )

iv. UDA ( 4 markah )

v. PUNB ( 6 markah )

4. (a) MARA merupakan agensi kerajaan yang telah memberikan

sumbangan yang besar terhadap perkembangan dan kemajuan

perniagaan di negara kita. Bincangkan sumbangan MARA dalam

dua sektor perniagaan. ( 10 markah )

(b) Untuk memastikan produk yang dihasilkan oleh pengeluar kita

dapat menandingi produk negara-negara lain, nilai piawai perlu

ditetapkan untuk setiap produk.

Apakah agensi yang telah diamanahkan untuk menjalankan tugas

ini dan bagaimanakah tugas ini dilaksanakan? ( 10 markah )

Page 140: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 140

(c) Berikan huraian ringkas mengenai pelepasan cukai. ( 5 markah )

5. (a) Bagaimanakah kerajaan membantu dalam menyediakan kemudahan

infrastruktur dan ruang niaga? ( 8 markah )

(b) Bagaimanakah TPM membantu dalam sektor ini dan apakah

objektifnya? ( 10 markah )

(c) Apakah MDC dan bagaimanakah MDC berfungsi? ( 7 Markah )

Pengukuhan Kajian Kes Baca kes di bawah dengan teliti.

Jeff, Jessie dan Jordan adalah adik beradik yang mempunyai kepakaran yang berlainan

tetapi mempunyai hasrat yang sama, iaitu untuk melibatkan diri dalam perniagaan; iaitu

untuk menyenaraikan syarikat mereka JimatJaya Berhad dalam Bursa Saham.

Jeff merupakan graduan farmasi yang terlibat dalam bidang IKS; iaitu memproses ubat –

ubatan dan bahan farmaseutikal. Jessie pula berminat menghasilkan kraftangan untuk

dieksport sementara Jordan yang mengusahakan kilang peralatan kecil memerlukan bantuan

untuk melatih pekerja dalam bidang pengurusan serta kawalan kualiti produk.

Secara amnya, ketiga-tiga beradik itu juga memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk

pinjaman modal untuk mengembang dan memajukan perniagaan mereka.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Senaraikan empat agensi yang dapat membantu Jeff, Jessie dan Jordan

merealisasikan cita-cita mereka. Berikan huraian penuh mengenai tugas dan peranan

setiap agensi itu. ( 20 Markah )

2. JimatJaya Berhad telah memohon untuk mendapat pelepasan cukai, dan didapati

layak untuk mendapat elaun cukai pelaburan. Berikan penjelasan mengenai pelepasan

cukai yang diperolehi JimatJaya Berhad itu. ( 5 markah )

Page 141: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 141

Bab 8 - Konsumerisme Konsep Kilat

Konsumerisme

Makna Usaha untuk mewujudkan dan melindungi kepentingan pengguna

Hak dan

Tanggungjawab

Pengguna

Tanggungjawab

Pengguna Hak

Pengguna

Mendapat keperluan asas

Mendapat keselamatan

Mendapat maklumat

Membuat pilihan

Bersuara

Mendapat ganti rugi

Mendapat pendidikan

pengguna

Mendapat alam sekitar

yang sihat dan selamat

Kesedaran mengritik

Melibatkan diri dan bertindak

Bertanggungjawab sosial

Bertanggungjawab terhadap alam

sekitar

Bersatu padu

Tanggungjawab

Pengeluar

Mempraktikkan amalan perniagaan

yang baik

Mengamalkan pengiklanan beretika

Bersedia menerima rungutan dan

mengambil tindakan pembetulan

Membantu menyebarkan pendidikan

konsumer

Memelihara kebersihan dan

menjamin keselamatan alam sekitar

Menjalankan tanggungjawab sosial

Peranan Kerajaan dan Agensi Lain

dalam Melindungi Pengguna Membeli

dengan Bijak

Penjual bertanggungjawab terhadap:

Pekerja

Pelanggan

Pembekal

Pemodal

Kerajaan

Masyarakat

Pembeli bertanggungjawab terhadap:

Penjual

Masyarakat

Etika Penjual Etika Pembeli

Etika Amalan Perniagaan

Page 142: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 142

Revisi Kilat

8.1 Maksud Konsumerisme

1. Konsumer adalah pengguna dan konsumerisme bererti usaha untuk mewujudkan dan

melindungi kepentingan pengguna.

2. Konsumerisme melibatkan tindakan pengguna secara kolektif untuk melindungi

kepentingan mereka.

8.2 Perlindungan Pengguna

a. Hak dan Tanggungjawab Pengguna

1. Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan perkara berikut:

i. Keperluan asas ,iaitu segala yang diperlukan untuk hidup.

ii. Segala produk yang dibeli oleh pengguna perlu mempunyai ciri keselamatan,

iaitu tidak boleh mencedera, merosakkan atau membahayakan pengguna.

iii. Pengguna perlu dibekalkan dengan maklumat yang benar mengenai produk

yang dibelinya.

iv. Kebebasan membuat pilihan semasa membeli.

v. Adanya perwakilan untuk menyuara dan menuntut kepentingan mereka.

vi. Berhak menuntut ganti rugi terhadap produk yang rosak atau tidak bermutu.

vii. Pendidikan pengguna perlu mencukupi dan berterusan untuk memastikan

pengguna tahu akan hak mereka.

viii. Alam sekitar yang sihat dan selamat untuk kesejahteraan semua orang.

2. Pengguna yang bertanggungjawab, akan melakukan perkara berikut:

i. Berani bersuara untuk menyatakan pandangan serta berani mengkritik

terhadap produk yang tidak memuaskan.

ii. Melibatkan diri dan mengambil tindakan yang wajar.

iii. Bertanggungjawab sosial bererti mengutamakan kebajikan masyarakat.

iv. Segala tindakan yang diambil tidak akan merosakkan alam semula jadi.

v. Bersatu padu untuk menangani penjual atau pengeluar yang tidak jujur.

b. Tanggungjawab Pengeluar

1. Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik, iaitu bersikap jujur dan

mengutamakan kebajikan pengguna.

2. Sentiasa jujur semasa mengiklankan produk untuk menarik pelanggan, iaitu

mengamalkan pengiklanan yang beretika. 3. Segala rungutan pengguna perlu diterima dengan hati terbuka serta berusaha

untuk mengambil tindakan pembetulan. Pengeluar digalakkan menyediakan

biro aduan dalam syarikat mereka untuk memudahkan pengguna membuat

aduan.

4. Mendidik dan menyebarkan pendidikan konsumerisme agar pengguna tahu

hak mereka.

5. Produk yang dijual mesti tidak menjejaskan kebersihan alam sekitar serta

menjamin keselamatannya. 6. Menjalankan tanggungjawab sosial, seperti menderma ataupuna mengambil

bahagian dalam projek kebajikan.

Page 143: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 143

c. Membeli dengan Bijak

1. Menentukan produk yang hendak dibeli membolehkan pembeli mendahulukan

pembelian barang keperluan dan mengemudiankan kehendak.

2. Adanya sebab dan rasional akan membanteras pengguna daripada membeli

secara spontan serta membazir.

3. Menentukan masa membeli, iaitu membeli semasa musim tawaran

memungkinkan pengguna berjimat

4. Mengetahui teknik membeli membolehkan pengguna berjimat, contohnya

membeli secara pukal lebih jimat berbanding dengan membeli dalam kuantiti

kecil.

5. Pemilihan tempat membeli yang tepat dapat menjimatkan pengguna,

umpamanya kedai yang tidak dihias dengan cantik dapat memnjual dengan lebih

murah kerana kurangnya kos penghiasan kedai dll.

d. Peranan Kerajaan dan Agensi Lain dalan Melindungi Pengguna

1. Kerajaan memainkan peranan penting dalam penggubalan undang-undang

yang dijadikan sebagai panduan dalam perniagaan. Antaranya termasuklah:

i. Piawaian ditetapkan untuk melindungi keselamatan pengguna perlu dipatuhi

oleh pengeluar semasa menghasilkan produk mereka, seperti Akta Elektrik

1949, Peraturan Makanan 1985 dan lain-lain.

ii. Larangan penjualan ubat serta makanan yang membahayakan untuk menjaga

kesihatan pengguna.

iii. Kepentingan ekonomi pengguna diberikan perhatian supaya pengeluar

tidak menipu pengguna, contohnya penggubalan Akta Timbang dan Sukat

1972.

iv. Alam Sekitar dijaga dengan termaktubnya Akta Mutu Alam Sekitar 1974.

Menentukan produk

yang dikehendaki

Teknik Membeli

dengan Bijak

Mengetahui teknik

membeli

Menentukan tempat

membeli

Menentukan sebab dan

rasional untuk membeli

Menentukan masa

membeli

Page 144: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 144

v. Kebajikan pengguna dibela dengan wujudnya undang-undang yang

mewajibkan barang yang rosak atau tidak boleh digunakan diberikan ganti

rugi.

2. Badan dan Agensi ditubuhkan untuk membantu pengguna:

i. Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) memberikan maklumat terbaru kegiatan pengguna di samping membolehkan

masyarakat menyuarakan pendapat mengenai konsumerisme.

ii. Tribunal Tuntutan Pengguna membantu pengguna membuat tuntutan.

iii. Kementerian dan jabatan kerajaan mempunyai tugas tertentu bergantung

pada sektor masing-masing:

Kementerian perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Jabatan Alam Sekitar

Kementerian Kesihatan

Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia ( SIRIM)

iv. Persatuan Pengguna mewakili dan melaksanakan program untuk melindungi

kepentingan pengguna.

v. Persatuan Pengeluar, Peniaga, dan Profesional memberikan panduan

kepada pengguna mengenai produk dan caj mereka melalui penerbitan jurnal

dan majalah masing-masing.

e. Etika Amalan Perniagaan

1. Etika Penjual menyatakan penjual menjalankan tanggungjawab berikut:

Penubuhan Badan atau Agensi

Majlis Penasihat Perlindungan

Pengguna Kebangsaan (MPPPK)

Tribunal Tuntutan Pengguna

Kementerian dan Jabatan Kerajaan

Persatuan Pengguna

Persatuan Pengeluar, Peniaga, dan

Profesional

Peranan Kerajaan dan

Agensi dalam

melindungi Pengguna

Penggubalan Undang-undang

Keselamatan pengguna

Kesihatan pengguna

Kepentingan ekonomi

pengguna

Alam sekitar

Ganti rugi pengguna

Page 145: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 145

i. Pekerja diambil secara adil dan diberikan gaji berdasarkan mutu kerja.

Kemudahan perlu disediakan dan mencarum ke KWSP adalah wajib di

samping tidak menyekat peluang perkembangan kerjaya mereka.

ii. Semua pembekal diberikan peluang yang sama tanpa mengira saiz perniagaan

mereka.

iii. Sokongan terhadap projek kerajaan serta membayar cukai adalah

tanggungjawab yang perlu disempurnakan.

iv. Menjual produk yang berkualiti , jujur dan tidak menipu pelanggan.

v. Pulangan yang realistik perlu diberikan kepada pemodal dan penyediaan

penyata kewangan tahunan adalah wajib.

vi. Menderma dan membantu projek yang memberikan faedah kepada

masyarakat

2. Etika Pembeli mewajibkan pembeli menjalankan tanggungjawab terhadap:

i. Penjual dengan tidak bersikap keterlaluan sehingga menyebabkan penjual

menghadapi kerugian.

ii. Masyarakat dengan memastikan produk yang mereka gunakan tidak

membahayakan masyarakat.

Page 146: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 146

Pengukuhan Konsep 1. Nyatakan lima tanggungjawab penjual terhadap pekerjanya.

a. ________________________________________________________________

b. ________________________________________________________________

c. ________________________________________________________________

d. ________________________________________________________________

e. ________________________________________________________________

2. Lengkapkan ketinggalan pada rajah di bawah:

3. (a) Isikan jawapan pada kotak yang dikosongkan:

(b) Nyatakan hak yang tidak dipenuhi untuk setiap situasi berikut:

i. Untuk mengurangkan kos pengeluaran, Kilang Getah Rubberbest tidak

menapis air dan bahan kotoran yang disalurkan ke sungai berhampiran.

( _____________________________________________________ )

ii. Encik Yimmie yang mengoperasikan restoran makanan laut di jeti, tidak

membelikan polisi insurans liabiliti awam ataupun insurans untuk pekerjanya.

( _____________________________________________________ )

Tugas dan Fungsi

Persatuan Pengguna

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

________________________________________

Hak

Pengguna

Menyuarakan pendapat

atau pandangan

Mendapatkan

keselamatan

Mendapatkan

keperluan asas

Page 147: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 147

iii. Pak Mahat mencari pelbagai alasan untuk tidak menggantikan kes basi yang

dibeli oleh Puan Samsimah dari kedainya.

( ________________________________________________________ )

iv. Puan Lee Ho dilarang memilih perhiasan rambut yang ingin dibelinya.

( ________________________________________________________ )

v. Tuan punya Kedai Elektronik Sonnia tidak mahu menjawab soalan mengenai

fungsi kamera yang dikemukakan oleh Wei Lin yang hendak membeli kamera

dari kedainya itu.

( _________________________________________________________ )

vi. Pemilik Pasaraya Moonlight Spot enggan menerima cadangan pengurusnya

untuk menyediakan Kaunter Mesra Pengguna yang membantu pelanggan

mengetahui hak mereka serta menerima aduan pengguna.

( _________________________________________________________ )

4. Pengeluar yang beretika akan bertanggungjawab terhadap _____________,

_____________, _____________, ______________, _______________ dan

_____________.

5. Isikan bahagian jadual yang tertinggal.

Undang-undang dan Akta Peranan

a. Akta Perihal Dagangan __________________________________________

__________________________________________

__________________________________

b. Menetap dan mengawal harga barang kawalan

__________________________________________

c. Akta Timbang dan Sukat __________________________________________

Pemeriksaan dijalankan untuk memastikan

penggunaan alat timbangan standard

d. Melarang penyorokan barang

Memastikan barang kawalan mencukupi

6. Nyatakan tanggungjawab kementerian dan jabatan berikut:

a. Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

- _______________________________________________________________

b. Jabatan Perumahan dan Kerajaan Tempatan

- _______________________________________________________________

c. Jabatan Alam Sekitar

- _______________________________________________________________

d. Kementerian Kesihatan

- _______________________________________________________________

____________________________________________

e. Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia (SIRIM)

- _______________________________________________________________

Page 148: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 148

Pengukuhan Objektif Arahan: Setiap soalan di bawah disediakan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan

yang terbaik sahaja.

8.1 Maksud Konsumerisme

1. Pilih pernyataan yang menerangkan prinsip konsumerisme.

I Bertujuan menyatupadukan semua pengguna untuk menegakkan keadilan

dan hak individu.

II Memperjuangkan hak dan kepentingan pengguna.

III Menegakkan kebebasan individu.

IV Mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang kepenggunaan.

A. I, II dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

2. Pilih pernyataan yang menghuraikan maksud konsumerisme dengan tepat sekali.

I Pergerakan yang berusaha untuk menyamakan kedudukan pengguna dengan

pengeluar.

II Kesedaran atau usaha untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna.

III Pergerakan sosial untuk mewujudkan masyarakat yang peka dan sedar

tentang hak dan tanggungjawab mereka.

IV Melibatkan tindakan pengguna secara kolektif untuk melindungi hak dan

kepentingan mereka.

A. I dan III sahaja C. I, II, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

8.2 Perlindungan Pengguna

3. Pilih pernyataan yang menunjukkan hak pengguna.

I Mendapatkan pendidikan kepenggunaan.

II Mendapatkan produk berkualiti.

III Mendapat maklumat.

IV Mendapatkan perlindungan dan keselamatan.

A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV

4. Zher merupakan seorang pengguna yang bijak dan sentiasa merancang pembeliannya.

Apakah tindakan yang biasa dilakukan oleh Zher?

A. Membeli barang semasa musim tawaran.

B. Menyediakan senarai barang yang ingin dibeli mengikut keperluan.

C. Memilih tempat yang selalu dikunjungi ramai.

D. Membeli barang ikut tren atau kepopularan semasa

5. Berikut adalah sebab-sebab pengguna perlu dilindungi,

I Pengeluar-pengeluar menggunakan amalan-amalan yang curang untuk

memaksimakan keuntungan.

Page 149: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 149

II Pengguna-pengguna tidak kisah tentang penggunaan bahan pengawet yang

membahayakan kesihatan.

III Pengguna-pengguna tidak mahu mempraktikkan hak-hak mereka.

IV Iklan-iklan yang mengelirukan menyebabkan pengguna-pengguna tidak

berkeupayaan untuk menilai.

A. I dan IV sahaja C. I, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

6. Sebab utama memaktubkan ‘hak mendapat pendidikan kepenggunaan’ adalah

A. supaya para pengguna akan menjadi individu yang mempunyai maklumat

dan berkebolehan membuat pilihan secara waras.

B. agar setiap individu tahu membuat tuntutan ganti rugi.

C. agar individu boleh menikmati keluaran barang-barang yang selamat.

D. supaya para pengguna senang membuat tuntutan di balai polis.

Soalan 7 hingga 9 adalab berdasarkan petikan berikut:

7. Mengapakah Lee Ho membuang susu tepung itu?

A. Lee Ho takut kesihatan anaknya terjejas.

B. Lee Ho faham bahawa penjual perlu mencari untung.

C. Lee Ho tidak ada keupayaan untuk menilai kualiti susu tepung itu.

D. Lee Ho jahil mengenai haknya sebagai pengguna.

8. Apakah hak-hak Lee Ho dalam petikan di atas?

I Mendapat perlindungan terhadap barang yang boleh memudaratkan

kesihatan.

II Mendapat perwakilan untuk mengadu.

III Mendapat ganti rugi.

IV Mendapat keperluan asas.

A. I dan IV sahaja C. I, II, dan III sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

9. Apabila penjual enggan membayar gantirugi atau menukarkan susu tepung itu, Lee

Ho sepatutnya

A. Membuang cicak kering itu dan terus menggunakan susu tepung itu.

B. Memarahi penjual itu.

Lee Ho membeli satu tin susu tepung untuk bayinya yang berusia enam bulan.

Apabila tin tersebut dibuka, didapati ada seekor cicak yang sudah kering di

dalamnya. Lee Ho terus membawa tin tersebut ke kedai untuk dikembalikan tetapi

pemilik kedai itu enggan membayar gantirugi atau menukarkan susu tepung itu

dengan alasan tin itu sudah dibuka oleh Lee Ho. Dengan perasaan marah, Lee Ho pun

membuang susu tepung itu ke dalam tong sampah.

Page 150: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 150

C. Membuang susu tepung itu.

D. Mengadu kepada Persatuan Pengguna.

10 Berikut adalah hak-hak pengguna yang ditetapkan oleh Kesatuan Pertubuhan

Pengguna Sedunia.

I Hak mendapat keperluan asas.

II Hak menjadi kaya.

III Hak mendapat alam sekitar yang bersih.

IV Hak mendapat pendidikan pengguna.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

11. * Akta Timbang dan Sukat 1972

* Akta Kawalan Harga 1946

* Akta Perihal Dagangan 1972

Akta-akta di atas dikaitkan dengan

A. Hak mendapat maklumat

B. Hak membuat pilihan

C. Hak bersuara

D. Hak mendapat pendidikan pengguna

12. Akta-akta berikut dikaitkan dengan hak mendapat gantirugi

I Akta Mutu Alam Sekitar 1974

II Akta Kontrak 1974

III Akta Pengangkutan

IV Ordinan Jualan Berang-barang 1957

A. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

13. Berikut adalah tanggungjawab pengguna terhadap dirinya sendiri,

I Melibatkan diri dan bertindak tegas untuk memastikan hasil urus niaga adil.

II Mendapatkan harga yang paling murah.

III Memastikan alam sekitar tidak tercemar.

IV Mempersoal tentang kualiti barang

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

14. Seorang pembeli yang bijak akan memberikan pertimbangan ke atas beberapa perkara

berikut sebelum membeli sesuatu barang.

Apakah perkara yang akan dipertimbangkan?

I Status sosialnya

II Masa dan tempat membeli

III Jenis produk yang hendak dibeli

IV Sebab dan rasional pembelian

Page 151: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 151

A. I dan II sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. II, III dan IV sahaja

15. Jeremy terkenal di kalangan pelanggannya sebagai seorang penjual yang

bertanggungjawab.

Pilih pernyataan yang mungkin sekali dapat menunjukkan tindakan yang dilakukan

oleh Jeremy semasa melayan pelanggannya.

I Tidak sengaja menaikkan harga sebelum mengumumkan pemberian diskaun

II Memberikan diskaun yang lebih kepada pelanggan miskin

III Menerima aduan dan rungutan pelanggan sebagai petunjuk untuk

memperbaiki mutu produknya

IV Menaja projek kerajaan yang dianggap dapat mendatangkan keuntungan

kepada syarikat sahaja

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. II dan III sahaja

16. Puan Zai dapat digolongkan sebagai seorang penjual pakaian yang bertanggungjawab.

Beliau selalu menaja projek kerajaan serta menderma kepada anak-anak yatim serta

rumah warga tua. Selain itu, beliau juga menaja papan kenyataan yang mengingatkan

orang ramai agar tidak membuang sampah dan lain-lain.

Puan Zai dikatakan telah_________________________________

A. Memelihara kebersihan dan menjamin keselamatan alam sekitar

B. Menjalankan tanggungjawab sosial

C. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme

D. Mempraktikkan amalan perniagaan yang baik

17. Berikut adalah agensi yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan pengguna.

I Persatuan pengeluar, peniaga dan profesional

II Persatuan pengguna

III Kementerian dan Jabatan Kerajaan

IV Tribunal Tuntutan Pengguna

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II III dan IV

18. Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) adalah sebuah badan yang

memberi dan menyebarkan maklumat kepenggunaan.

Apakah peranan FOMCA?

I Menyiasat, membuat kajian, dan ujian untuk memastikan maklumat yang

diberikan oleh pengguna adalah benar.

II Memberikan perlindungan kepada pengguna.

III Memberikan pendidikan kepenggunaan

IV Memberi dan menyebarkan maklumat kepada pengguna.

A. I dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Page 152: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 152

Soalan 19 hingga soalan 21 adalah berdasarkan perbualan di antara dua orang rakan

kongsi Syarikat Penerbitan Artabbi’ah di bawah.

Pak Mamatt Haji Zamrii

19. Sebagai seorang peniaga yang bertanggungjawab, Haji Zambrii tidak mahu

melanggar tanggungjawab mereka terhadap

A. Pekerja dan pembekal

B. Pekerja dan kerajaan

C. Kerajaan dan masyarakat

D. Masyarakat dan pemodal

20. Selain menjalankan tanggungjawab kepada pekerja dan kerajaan, Syarikat Penerbitan

Artabbi’ah juga memikul tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat.

Apakah tindakan yang paling penting yang perlu diberikan perhatian oleh Syarikat

Artabbi’ah untuk menjalankan tanggungjawab ini dengan sempurna?

A. Mengawal mutu bahasa buku penerbitannya

B. Mengawal harga buku penerbitannya

C. Mengawal isi kandung buku penerbitannya

D. Memastikan muka hadapan bukunya menarik dan istimewa

21. Haji Zamrii juga sentiasa menyelia bahagian perakaunan syarikatnya untuk

memastikan mereka membuat pembayaran kepada syarikat pencetak serta kilang-

kilang kertas yang sentiasa menyediakan stok kertas yang diperlukan oleh mereka.

Haji Zamrii merupakan seorang yang menyempurnakan tanggungjawabnya terhadap

____________________

A. Pemodal

B. Pelanggan

Kita tidak perlu laporkan

kuantiti sebenar sebenar

buku yang dijual. Dengan

ini kita bukan sahaja dapat

jimat perbelanjaan royalti

penulis malah dapat jimat

pembayaran cukai

kerajaan.

Saya membantah sama sekali

cadangan anda itu! Sebagai

peniaga yang bertanggungjawab,

kita perlu memenuhi etika yang

diamanahkan kepada kita.

Page 153: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 153

C. Masyarakat

D. Pembekal

22.

Berdasarkan etika amalan perniagaan, maklumat di atas menunjukkan tanggungjawab

penjual terhadap ____________________

A. Kerajaan

B. Pemodal

C. Pelanggan

D. Pembekal

23. Encik Ng mempunyai sebuah kereta Proton Waja. Setelah dipandu selama 13 bulan,

Encik Ng mendapati bahawa enjin keretanya tidak berfungsi dengan sempurna.

Tempoh jaminan kereta tersebut ialah 2 tahun.

Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Encik Ng?

A. Menghantar kereta itu ke Klinik Kereta Ah Choong untuk dibaiki

B. Membuat aduan di Persatuan Pengguna

C. Menghubungi kilang yang memasang kereta tersebut

D. Menghantar kereta ke Pusat Servis Kereta Eon untuk dibaiki

24. Pilih pernyataan yang menggambarkan tindakan pembeli yang bijak.

A. Teenee enggan membeli baju yang disukainya kerana jurujual tidak

membenarkannya mencuba baju tersebut.

B. Riita bergegas ke kedai pakaian seragam untuk membeli pakaian sekolah

untuk anaknya yang akan memasuki darjah satu pada keesokan harinya.

C. Weii Linn lebih suka membeli bungkusan kertas tisu yang kecil dari Kedai

Makanan daripada membeli kertas tisu yang dijual dalam bungkusan besar

di pasaraya.

D. Rozzilla selalu membeli produk keluaran terbaru untuk menjaga imej dan

status kekayaannya.

25. Apakah misi Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna?

A. Membuat pemeriksaan ke premis perniagaan

B. Membuat penyelidikan tentang kualiti barang niaga

C. Meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna

D. Memastikan semua perniagaan dalam negeri berjalan lancar

26. Para pengguna perlu dilindungi oleh kerajaan kerana

I Pengeluar hendak mencari keuntungan.

II Pengeluar sentiasa mengambil kesempatan terhadap kedaifan pengguna.

III Pengguna memerlukan sokongan penjual.

Menyediakan bahagian khidmat pelanggan untuk membolehkan pelanggan

membuat aduan

Membaiki sistem pemasaran

Menjalankan penyelidikan untuk mendapatkan teknologi terbaru

Page 154: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 154

IV Terdapatnya kesatuan pengguna yang berjuang untuk hak pengguna.

A. I dan II sahaja C. I sahaja

B. II sahaja D. III dan IV sahaja

27. Undang-undang dan akta-akta yang digubal oleh kerajaan melindungi pengguna dari

segi

I Kesihatan

II Peluang menjadi kaya

III Keselamatan

IV Kepentingan ekonomi

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja

28. Pilih peranan setiap akta yang diterangkan dengan tepat.

Akta Peranan

A. Akta Kontrak 1974 Memberi hak kepada pengguna untuk menuntut ganti

rugi jika berlaku mungkir janji dalam perjanjian.

B. Akta Insurans 1963

(pindahaan 1983)

Melindungi kepentingan insurer agar insured tidak

mengambil kesempatan menipu mereka.

C. Enakmen Hutan Memastikan produk hasil hutan mendapat pasaran

tempatan dan juga antarabangsa.

D. Akta Kawalan

Harga 1946

Mengawal serta mengawasi harga setiap produk

dalam pasaran.

29. Pilih pernyataan yang menunjukkan tugas-tugas yang dijalankan oleh Institut

Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah untuk

kepentingan pengguna.

I Memberikan pendidikan kepenggunaan kepada masyarakat untuk

membolehkan pengguna mengenali kualiti barang.

II Menjalankan ujian dari masa ke masa ke atas barang untuk menjamin agar

tidak berlaku penyelewengan kualiti.

III Meningkatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan awam dan industri.

IV Menyelidik untuk membaiki kualiti produk untuk memastikan perbelanjaan

pengguna ke atas produk adalah berbaloi.

A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

30. Marrissa suka membeli antik dari gerai di pusat kraf tangan . Dia tahu pantang

larang penjual yang hendak menjayakan urusniaga pertama mereka setiap kali

membuka gerai. Dengan mengambil kesempatan ini, Marrissa selalu menawarkan

harga yang amat rendah. Dia gembira kerana dapat menjimatkan wangnya untuk

mendapatkan barang antik kegemarannya tetapi tindakan Marrissa telah melanggar

A. Etika penjual

B. Etika pembeli

C. Akta Jualan

D. Akta Kawalan Harga

Page 155: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 155

Soalan 31 dan 32 adalah berdasarkan maklumat di bawah

31. Siapakah yang dapat digolongkan sebagai peniaga yang beretika?

A. Jeff dan Jessii

B. Jessii dan Joseph

C. Jeff dan Jessii

D. Jeff dan Joseph

32. Selain mempunyai tanggungjawab terhadap pelanggan mereka, Jeff, Jessii dan

Joseph mempunyai tanggungjawab terhadap

I Kerajaan

II Pekerja

III Masyarakat

IV Pembekal

A. I, II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

Soalan 33 dan 34 adalah berdasarkan perbualan di bawah.

Jeff tidak menerima pelawaan rakannya untuk mengusahakan perniagaan kad telefon

tiruan walaupun perniagaan ini menjanjikan keuntungan yang lumayan.

Jessii yang mengusahakan pusat kecantikan, tidak menggalakkan pelanggannya untuk

membeli produk lebih daripada yang diperlukan oleh mereka.

Joseph yang membuka kedai tayar, selalu mempengaruhi pelanggannya untuk menukar

tayar kereta agar dapat menambahkan keuntungannya

Puan. Siti Azura Puan Siti Amnah

Zura, jangan lupa

bahawa tujuan kita

datang ke sini adalah

untuk membeli kain

langsir untuk rumah

baru kita!! Lagipun,

kamu baru saja membeli

baju semasa Hari Raya.

Wah, cantik betullah baju

ini! Harganya juga tidak

mahal. Saya ada

RM300.00 dan awak pula

membawa RM450.00.

Marilah kita mencubanya

dahulu!

Page 156: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 156

33. Puan Siti Amnah ialah seorang pembeli yang bijak. Apakah perkara yang

ditekankannya?

I Mengetahui teknik membeli

II Menentukan jenis barang yang hendak dibeli

III Menentukan sebab dan rasional membeli

IV Menentukan masa untuk membeli

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

34. Seterusnya, Puan Siti Amnah menasihati Puan Siti Azura untuk membeli secara

tunai kerana pembelian kredit adalah lebih mahal. Menurutnya lagi, membeli dari

gerai adalah lebih murah daripada membeli di kedai yang dihias dengan cantik.

Apakah yang dititikberatkan oleh Puan Siti Amnah?

A. Masa membeli dan tempat membeli

B. Teknik membeli dan tempat membeli

C. Teknik membeli dan rasional membeli

D. Masa membeli dan rasional membeli

35. Bagaimanakah seorang pengeluar yang bertanggungjawab dapat membantu

menyebarkan pendidikan konsumerisme?

I Menganggap aduan pengguna sebagai panduan atau petua untuk

meningkatkan mutu produknya.

II Menyediakan talian perkhidmatan pelanggan untuk memudahkan pengguna

membuat aduan.

III Tidak menyelindungi maklumat yang dapat membantu pengguna membuat

pilihan.

IV Memaparkan amaran yang menunjukkan kesan negatif produknya sekiranya

terdapat kesan sebegini dalam produknya.

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

36. Pilih pernyataan yang menunjukkan tugas dan fungsi persatuan pengguna.

I Membayar ganti rugi kepada pengguna yang mengalami kerugian akibat

ditipu oleh penjual yang tidak bertanggungjawab.

II Memberikan laporan atau dapatan siasatan dan kajian kepada pengguna

melalui media cetak.

III Membawa pengguna yang tertipu ke kilang pengeluaran produk untuk

mendapatkan gantirugi.

IV Menganjurkan kursus untuk mewujudkan kesedaran pengguna.

A. I dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja

37. Pilih pernyataan yang benar sahaja.

I Peraturan Makanan 1985 melarang pengeluar menggunakan bahan kimia

yang membahayakan kesihatan pengguna.

II Akta Pemaju Perumahan 1982 memastikan setiap rakyat Malaysia sekurang

Page 157: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 157

-kurangnya mempunyai sebuah kediaman.

III Akta Elektrik 1949 mengatakan bahawa setiap keluarga yang bermastautin

di Malaysia wajib mendapat kemudahan bekalan elektrik.

IV Akta Kawalan Bekalan 1973 melarang aktiviti menyorok barang kawalan.

A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, III dan IV sahaja

38. Seorang majikan yang bertanggungjawab terhadap pekerjanya akan melaksanakan

perkara berikut:

I Mencarum ke dalam KWSP.

II Menyediakan kemudahan seperti tempat penginapan, pengangkutan dan

rekreasi.

III Memberikan peluang perkembangan kerjaya.

IV Membayar gaji dan bonus mengikut mutu kerja.

A. I dan III sahaja C. I dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

39. Apakah yang dimaksudkan dengan pengiklanan yang beretika?

A. Setiap pengiklan diberi kebenaran untuk mengagung-agungkan produk

untuk menarik perhatian pembeli.

B. Penjual yang cerdik akan menaikkan harga barang sebelum mengumumkan

pemberian potongan atau diskaun.

C. Iklan yang mengelirukan pembeli dapat menaikkan kuantiti jualan.

D. Penjual perlu menjual pada harga yang mereka iklankan serta mematuhi

syarat yang mereka janjikan dalam iklan.

40. Pilih pernyataan yang menunjukkan fungsi Persatuan Pengguna.

I. Menjalankan kajian, ujian dan penyelidikan untuk mengetahui kesan semua

barang keluaran kepada pengguna.

II. Membantu dan menasihati pengguna yang menghadapi masalah

kepenggunaan.

III. Menerima dan menyiasat aduan dan rungutan pengguna.

IV. Menyebarkan maklumat untuk mewujudkan kesedaran kepenggunaan

dalam masyarakat.

A. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III dan IV sahaja

Page 158: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 158

Pengukuhan Esei

1. (a) Takrifkan makna konsumerisme. (3 markah)

(b) Bagaimanakah kerajaan melindungi pengguna daripada

penindasan pengeluar? (12 markah)

(c) Huraikan peranan Persatuan Pengguna. (10 markah)

2. (a) Bincangkan pemahaman anda mengenai etika amalan perniagaan. (3 markah)

(b) Jelaskan lima prinsip asas yang menjadi pegangan etika ini. (10markah)

(c) Adam Malik merupakan seorang penjual yang bertanggungjawab dan beliau

selalu mematuhi peruntukan dalam Etika Penjual semasa menjalankan

urusannya.

Huraikan dengan terperinci cara Adam Malik melaksanakan tanggungjawabnya

terhadap pekerja, kerajaan dan masyarakat. (12 markah)

3. (a) Jelaskan sumbangan Tribunal Tuntutan Pengguna terhadap kepentingan

pengguna. (5markah)

(b) Bagaimanakah Persatuan pengeluar, perniaga dan profesional memainkan

peranannya dalam pendidikan konsumerisme. (10markah)

(c) Apakah FOMCA? Huraikan peranannya. (10markah)

4. Tuliskan nota ringkas untuk yang berikut:

(a) Majlis Penasihat Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) (5 markah)

(b) Akta Perihal Dagangan (4 markah)

(c) Hak mendapat keselamatan (5 markah)

(d) Tanggungjawab pembeli terhadap penjual ( 6 markah )

(e) Tanggungjawab pengguna ( 5 markah )

5. (a) Bincangkan lima hak penguna, dengan mengemukakan satu contoh yang sesuai

untuk setiap yang dibincangkan. (15 markah)

(b) Jelaskan tanggungjawab pengguna terhadap dirinya sendiri. (10 markah)

Page 159: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 159

Pengukuhan Kajian Kes Baca kes di bawah dengan teliti.

Puan Sofeah membawa anaknya ke Pasaraya Parkson di Plaza Gurney, Pulau Pinang untuk

membeli pakaian seragam sekolah. Promosi jualan telah diadakan di ruangan pameran dalam

bangunan itu. Beberapa buah syarikat kamera sedang bergabung tenaga untuk mengadakan

pameran dan promosi kamera digital.

Puan Sofeah tidak ada pengetahuan mengenai kamera digital. Selain tidak tahu mengenai

fungsinya, dia juga tidak arif mengenai harga pasaran semasa kamera digital. Atas daya pujukan

jurujual di situ, Puan Sofeah telah membeli sebuah kamera digital yang berharga RM2,000

tanpa berfikir panjang dan membayar dengan menggunakan kad kredit kerana tidak membawa

wang yang begitu banyak.

Dalam perjalanannya pulang setelah membeli pakaian seragam anaknya, Puan Sofeah berasa

serba salah kerana telah membelanjakan wang yang begitu banyak padahal tujuannya ke situ

adalah untuk membeli pakaian seragam anaknya sahaja. Puan Sofeah baru terfikir bahawa

suaminya sudah memiliki sebuah kamera digital yang canggih.

Puan Sofeah benar-benar menyesal apabila suaminya memberitahunya bahawa kamera digital

itu bukanlah model terbaru seperti yang dikatakan oleh jurujual itu dan harga pasaran semasa

hanyalah RM1,200 sahaja. Tambahan pula, jurujual telah menukar kad ingatan asal dalam

kamera digital itu dan menggantikannya dengan kad ingatan yang kurang berkualiti. Hadiah

istimewa yang diberikan kepadanya jugalah bukanlah seperti yang dijanjikan oleh iklan

pengeluar kamera dalam akhbar.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Sekiranya Puan Sofeah mengamalkan teknik membeli dengan bijak, kejadian di atas

tidak akan berlaku. Huraikan teknik membeli dengan bijak itu. ( 10 markah )

2. Apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh Puan Sofeah sekiranya syarikat yang

menjual kamera kepadanya itu enggan melayan aduannya?

Apakah bantuan yang wajar diberikan kepadanya? . ( 11 markah )

3. Sekiranya jurujual di atas adalah seorang penjual yang beretika, kejadian di atas tidak

akan berlaku. Nyatakan dan terangkan dengan ringkas empat etika penjual.

( 4 markah )

Page 160: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 160

KERTAS PERCUBAAN SPM 1

Kertas 1

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-

tiap soalan.

Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan rajah di

bawah:

A

B

C

D

Keperluan asas

1.

Yim merupakan anak emas ibu bapanya yang

kaya. Segala keperluannya dipenuhi. Namun

Yim sentiasa bersedih kerana ibu bapanya

yang sibuk dengan tugas mereka, tidak dapat

meluangkan masa untuk bermesra dengannya.

Dengan merujuk pada Hierarki Keperluan

Maslow di atas, keperluan manakah yang

tidak dapat dipenuhi?

2. Yim berhasrat mencapai cita-citanya untuk

menjadi seorang angkasawan. Apakah

keperluan yang ingin dicapainya?

Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan rajah di

bawah.

3. X merujuk kepada _____________.

A. Perdagangan

B. Perusahaan

C. Industri primer

D. Perniagaan

4. Siapakah yang terlibat dalam industri Y?.

I Pak Samad menangkap ikan.

II Doktor Teoh mengubati pesakit.

III Encik Ng memastikan produk yang

dikeluarkan menepati mutu yang

ditetapkan.

IV Puan Lim mengajar murid-murid di

sekolah.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV

5. Berikut merupakan perbezaan antara

peniaga dan usahawan, kecuali

Peniaga Usahawan

A Menjalankan

jual-beli untuk

mengaut

keuntungan.

Mencari keuntungan di

samping mengambil

kira kebajikan

masyarakat.

B Mudah puas

hati dengan

pencapaian.

Sentiasa berusaha

untuk memperbaiki

diri.

C Memiliki ciri-

ciri kreatif dan

gigih berusaha

tetapi tidak

inovatif.

Memiliki ciri kreatif

dan inovatif serta gigih

berusaha

D Tidak berminat

mengambil

risiko yang

tinggi.

Berani mengambil

risiko dalam

memperkembangkan

perniagaan.

6. Pilih pernyataan yang tepat mengenai

keperluan manusia.

A. Merupakan keinginan manusia

terhadap pelbagai jenis barang dan

perkhidmatan.

B. Keperluan dapat meningkatkan taraf

hidup manusia agar menjadi lebih

selesa dan mewah.

C. Adalah sukar untuk memenuhi

keperluan manusia.

D. Keperluan merujuk kepada perkara

asas yang diperlukan untuk hidup.

Y

Perkilangan

Pembinaan

X

Page 161: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 161

7. Pilih keadaan yang memungkinkan

berlakunya sistem barter.

I Kemahuan serentak.

II Sistem pengangkutan moden dan

canggih yang memungkinkan

penghantaran keluaran lebihan dari

satu tempat ke tempat yang lain.

III Terdapatnya lebihan keluaran.

IV Kehendak manusia yang tidak

terhad.

A. I dan III C. I, II dan III

B. II dan IV D. II, III dan IV

8. Pilih pasangan yang betul.

Kategori Keadaan

I Nilai

faedah

bentuk

Pak Toh yang menangkap

ikan, telah membawa hasil

tangkapannya ke bandar

untuk dijual.

II Nilai

faedah

tempat

Pak Mamat membuat meja

daripada banir pokok besar

yang didapati dari hutan.

III Nilai

faedah

masa

Walaupun Encik Diksen

mengilangkan kad ucapan

Hari Natal pada bulan Jun,

beliau hanya menjualnya

pada bulan Disember.

IV Nilai

faedah

milikan

Puan Liwa yang tersilap

membeli baju bersaiz

besar,telah memberikannya

kepada Puan Nureen

berbadan besar.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

9. Pernyataan yang berikut adalah tepat

mengenai perniagaan, kecuali

A. Terdiri daripada perniagaan dan

bantuan perniagaan.

B. Merangkumi perniagaan dalam

negeri dan antarabangsa.

C. Perniagaan runcit dan perniagaan

borong merupakan cabang daripada

perniagaan dalam negeri.

D. Aktiviti perniagaan antara bangsa

terdiri daripada perniagaan import,

eksport dan entreport.

10. Pilih huraian yang dapat menerangkan

sebab perniagaan merupakan satu cabang

perdagangan.

A. Aktiviti perniagaan melibatkan

pengagihan keluaran.

B. Perdagangan terdiri daripada

perniagaan dan bantuan perniagaan.

C. Tujuan dijalankan perniagaan ialah

untuk mencari keuntungan.

D. Perniagaan ialah proses

menghasilkan barang dan

perkhidmatan untuk dijual.

11. “Membolehkan peniaga membawa produk

yang dipesan kepada pelanggannya.”

Apakah bantuan perniagaan yang memiliki

ciri di atas?

A. Komunikasi

B. Perbankan

C. Pengangkutan

D. Pergudangan

12. Mengapakah dikatakan bahawa sistem

perbankan membantu peniaga menjalankan

perniagaan dengan lebih selamat?

A. Memastikan pampasan diterima

sekiranya wang peniaga dirompak.

B. Mengurangkan penggunaan wang

tunai semasa menjalankan urusniaga.

C. Membantu peniaga menjalankan

urusniaga dengan lebih lancar.

D. Peniaga boleh mendapat faedah

daripada menyimpan wang dalam

bank.

Soalan 13 dan 14 adalah berdasarkan petikan

berikut:

Membantu pengguna mendapatkan

barang dalam kuantiti yang

diperlukan.

Mendirikan perniagaan dekat dengan

tempat tinggal pengguna.

Memberikan kredit kepada pelanggan

tetap yang dikenali.

13. Siapakah yang menjalankan tugas di atas?

A. Penjaja berkenderaan

B. Peruncit kecil-kecilan

Page 162: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 162

C. Pasar hyper

D. Pengeluar

14. Pilih pernyataan yang merupakan

persamaan antara kedai katalog dan e-katalog.

I Merupakan perniagaan yang meliputi

semua urusan jual beli yang

dijalankan melalui talian internet

dengan rangkaian komputer.

II Mempromosikan produknya melalui

katalog.

III Setiap item diilustrasikan dengan

gambar animasi dan meklumat yang

terperinci.

IV Tidak dapat menjual semua jenis

barang.

A. I dan III C. I, II, dan III

B. II dan IV D. I, II, III dan IV

15. Perniagaan secara E-dagang mempunyai

kelebihan yang berikut.

I Pengguna dapat membeli barang

tanpa perlu keluar dari rumah.

II Pilihan barang yang terlalu banyak

mengelirukan pengguna.

III Kos pengurusan dan pentadbiran

pengeluar adalah rendah.

IV Undang-undang siber yang sedia ada

tidak melindungi pembeli

sepenuhnya.

A. I dan III C. III dan IV

B. II dan IV D. I, II, III dan IV

16. Apabila Chai Guan mendapat tempahan

daripada pelanggannya, beliau mengatur agar

barang tersebut dihantar terus daripada

pengeluar kepada pelanggannya. Apakah jenis

kerja yang diceburi oleh Chai Guan?

A. Pemborong bayar dan bawa

B. Pemborong jober para

C. Pemborong ejen

D. Pemborong pesanan berwakil

17. Di antara yang berikut, yang manakah

merupakah pemborong berfungsi terhad?

I Pemborong satu barisan

II Pemborong perkhidmatan

pengangkutan

III Pemborong ejen

IV Pemborong khusus

A. I dan II C. II, III dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

Nota serahan

Nota kredit

Nota debit

Invois

18. Kesemua borang perniagaan di atas

memiliki ciri yang sama, iaitu

________________.

A. Dicetak dalam warna hitam.

B. Disediakan oleh penjual sahaja.

C. Hanya perlu disediakan jika urusan

tersebut memerlukan perkhidmatan

syarikat pengangkutan.

D. Merupakan borang yang terlibat

dalam peringkat semasa urus niaga

dijalankan.

19. Encik Fei Bian telah membeli perabot

secara sewa beli. Harga asal perabot

berkenaan ialah RM8,000. Jika Encik Fei

Bian dikehendaki membayar wang

pendahuluan sebanyak 15% dan ansuran

sebanyak RM680 sebulan selama satu tahun,

berapakah caj komisen yang dikenakan?

A. RM1,200

B. RM8,160

C. RM9,360

D. RM1,360

20. Pilih pasangan yang tepat membezakan

perniagaan dalam negeri dan perniagaan

antara bangsa.

Perniagaan dalam

negeri

Perniagaan antara

bangsa

I Penggunaan

dokumentasi yang

rumit.

Tidak melibatkan

dokumentasi yang

rumit.

II Melibatkan

pengangkutan darat

seperti kereta api, lori

dan van.

Pengangkutan yang

penting ialah

pengangkutan darat

dan laut.

III Melibat perniagaan

runcit dan borong.

Melibatkan runcit

dan borong yang

Page 163: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 163

meliputi aktiviti

import, eksport dan

entrepot.

IV Inden digunakan

semasa membuat

pesanan.

Inden konsular

digunkan semasa

pesanan dibuat.

A. I sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan IV sahaja

D. I, III, dan IV sahaja

21. Sebagai seorang saudagar eksport, Shuit

Thang menghadapi masalah berikut:

Tidak dapat meramalkan sekatan

import dan eksport yang dikenakan

oleh sesebuah negara.

Embargo yang dikenakan oleh

sesebuah negara akan menjejaskan

perniagaannya.

Masalah yang dihadapi oleh Shuit Thang itu

dapat digolongkan sebagai masalah_________.

A. Dokumantasi

B. Kebudayaan dan cita rasa.

C. Prosedur kastam dan sekatan

perniagaan.

D. Timbangan dan sukatan yang

berbeza.

22. Huraian berikut tepat menerangkan

organisasi Industri Kecil dan Sederhana

(IKS), kecuali

A. Berasaskan unit keluarga.

B. Bersifat persendirian ataupun

perkongsian

C. Pengusaha IKS memikul fungsi yang

banyak pada masa yang sama.

D. IKS yang berkembang maju

biasanya beralih kepada syarikat

ataupun membentuk Francais.

23. Syarikat Fast-Max membekalkan peralatan

kecil kepada banyak kilang di kawasan

perindustrian bebas.

Apakah hubungan antara Syarikat Fast-Max

dengan kilang-kilang tersebut?

A. Pemasaran bersepadu

B. Pengaturan kontrak khas

C. Subkontrak

D. Syarikat vendor

24. Pilih pernyataan yang jelas menerangkan

mengenai pengendalian perniagaan.

A. Hanya melibatkan pengendalian

sumber manusia dan stok.

B. Pengurusan masa bukanlah satu

bidang yang perlu diberi keutamaan.

C. Pengendalian perniagaan oleh

pemilik sendiri adalah lebih

berkesan.

D. Pengedalian yang cekap menjamin

kejayaan sesebuah perniagaan.

25. Richie lebih gemar mengambil alih

perniagaan daripada memulakan perniagaan

barunya sendiri. Berikut merupakan sebab

yang menjadi alasan Richie untuk mengambil

keputusan tersebut.

I Potensi berkembang maju adalah

lebih.

II Dapat menghapuskan persaingan

sekiranya mengambil alih perniagaan

yang sejenis.

III Dapat memastikan kualiti produknya

sekiranya mengambil alih perniagaan

secara integrasi menegak.

IV Kedudukan kewangan adalah lebih

terjamin.

A. I dan II C. I, II, dan III

B. II dan III D. I, II, III dan IV

26. Rynn hendak membeli saham di pasaran

saham. Susun langkah-langkah yang harus

diambil dalam susunan yang betul.

I Menghubungi broker untuk

mendapat kepastian mengenai belian

saham.

II Membuat bayaran dalam tempoh

yang ditetapkan.

III Menghubungi broker saham untuk

membuat pesanan setelah membuka

akaun CDS.

IV Menyimpan penyata akaun untuk

dijadikan bukti pembelian.

A. III, I, II, IV C. I, III, II, IV

B. III, I, IV, II D. I, III, IV, II

Page 164: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 164

Soalan 27 adalah berdasarkan petikan di bawah:

Agensi ini menjalankan penyelidikan dan

pembangunan dalam sektor perhutanan dan

industri penghasilan produk hutan. Tugas

pembangunan, pemuliharaan dan pengurusan

hasil hutan juga merupakan amanah yang

diberikan kepada agensi ini.

27. Apakah agensi yang dimaksudkan di atas?

A. FRI

B. FRIM

C. MCB

D. MPOB

28. Untuk menggalakkan pertumbuhan

perdagangan di negara kita, kerajaan telah

menawarkan pelbagai insentif. Antaranya

termasuklah yang berikut:

I Pengecualian cukai

II Elaun pelaburan semula

III Taraf perintis

IV Pendidikan percuma

A. I dan II C. I, II dan III

B. II dan III D. I, II, III dan IV

29. Sheena telah membuka sebuah salun

kecantikan dan gunting rambut di Taman Sri

Nibong. Apakah cara yang paling berkesan

untuk mengiklankan pembukaan salunnya?

A. Surat khabar

B. Lampu neon

C. Risalah

D. Radio

30. Pilih huraian yang tepat menunjukkan

perbezaan antara pelabur dan spekulator.

A. Pelabur dan spekulator akan

membuat pertimbangan yang

rasional sebelum membuat

keputusan untuk melabur.

B. Spekulator mengutamakan

pulangan modal yang berterusan

untuk jangka masa panjang

sementara pelabur cuba mengaut

keuntungan dengan cepat.

C. Penglibatan pelabur melemahkan

pasaran sementara penglibatan

spekulator akan mencergaskan

pasaran.

D. Pelabur mempunyai komitmen

modal manakala spekulator tiada.

31. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan

perbankan Islam.

I Aktiviti dan pengurusan Bank Islam

adalah berdasarkan prinsip Al-

Wadiah, Al-Mudharabah dan Al-

Musyarakah.

II Al Bai’Bithaman Ajil ialah pinjaman

yang diberikan atas semangat ihsan

dan peminjam dikehendaki

membayar balik amaun yang

dipinjam sahaja.

III Al Qardhul Hassan ialah penjualan

barang berasaskan pembayaran

tertangguh pada harga tertentu.

IV Al-Kafalah adalah keadaan apabila

bank mengeluarkan jaminan untuk

menjamin pelanggan melaksanakan

sesuatu kontrak dengan pihak lain.

A. I dan II C. I dan IV

B. II dan III D. I, II, III dan IV

32. Huraian berikut tepat memberikan

penjelasan mengenai insurans, kecuali

A. Insurans gadaian adalah sesuai

dibeli oleh pihak yang masih

berhutang kepada syarikat

kewangan kerana belum

menjelaskan ansuran perumahan.

B. Seseorang yang ingin memastikan

dirinya mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi selepas

persaraannya sepatutnya membeli

insuran hayat seumur hidup.

C. Insurans liabiliti majikan akan

melindungi majikan daripada

tuntutan yang mungkin dibuat oleh

pekerjanya.

D. Insurans liabiliti am melindungi

majikan daripada tuntutan yang

dilakukan oleh orang awam

terhadapnya.

33. Pilih pernyataan yang memberikan huraian

yang betul mengenai pengangkutan.

I Sistem TIR mengecualikan peniaga

yang menghantar barang dengan

kontena daripada membayar cukai.

II Sistem pengangkutan yang maju

akan menggalakkan pengaliran

modal asing.

Page 165: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 165

III Lembaga Pelesenan Kenderaan

Perdagangan ditubuhkan di bawah

kementerian Pembangunan

Usahawan.

IV Peniaga yang ingin menghantar

muatan kayu balak dari Sabah ke

Hong Kong sepatutnya memilih

kapal kerentan

A. III dan IV C. II, III dan IV

B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

34. Mynn yang berada di Pulau Pinang, ingin

menghantar mesej yang berunsur jenaka

kepada Rynn yang berada di Canada.

Pilih perkhidmatan komunikasi yang sesuai

dipilih oleh Mynn.

A. E-mel

B. Faksimili

C. Poskad

D. Aerogramme

35. Telitikan ciri-ciri di bawah:

Pengirim mempunyai bukti

pengiriman.

Pengirim juga mempunyai bukti

penerimaan.

Kos penghantaran adalah lebih mahal

daripada mel biasa.

Apakah jenis perkhidmatan yang menepati

ciri-ciri di atas ?

A. Mel berdaftar

B. Pos daftar Avis de Reception

C. Mel udara kelas satu

D. Pos ekspres

36. Pengurus Syarikat Fast-Max ingin

mengirim risalah kepada pelangganya yang

berjumlah lebih daripada 1000 orang.

Apakah jenis perkhidmatan komunikasi yang

dapat membantu beliau menjimatkan masa?

A. E-mel

B. Mesin frangki

C. Data pos

D. Khidmat jawapan perniagaan

37. Pilih pernyataan yang memberikan

gambaran yang tepat mengenai gudang

kerajaan.

A. Hanya digunakan untuk menyimpan

barang yang dikenakan cukai tetapi

cukainya masih belum dijelaskan .

B. Gudang ini boleh disewa kepada

peniaga.

C. Terdiri daripada gudang kastam dan

gudang berlesen.

D. Terletak di pintu masuk negara

sahaja.

38. Mengapakah publisiti berbeza dengan

promosi jenis lain?

A. Pengeluar tidak memainkan

peranan dalam publisiti.

B. Publisiti disiarkan melalui media

massa.

C. Merupakan kaedah promosi yang

amat berkesan.

D. Kosnya adalah lebih tinggi daripada

promosi jenis lain.

39. Cik Pretty membuka salun kecantikan di

sebuah taman kediaman. Beliau mengedarkan

risalah yang menawarkan potongan 30%

kepada 300 pelanggan pertamanya.

Apakah tujuan Cik Pretty melakukan perkara

di atas?

A. Mengiklankan kedainya

B. Mempromosikan perkhidmatannya

C. Melakukan publisiti untuk

perkhidmatannya.

D. Mengadakan jualan langsung

40. Berikut merupakan hak pengguna,kecuali

A. Mendapat keperluan asas

B. Mendapat keselamatan

C. Mendapat alam sekitar yang bersih

D. Mendapat pekerjaan

Page 166: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 166

Kertas PERCUBAAN SPM 2

Kertas 1

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang

terbaik bagi setiap soalan.

1. Antara berikut, pasangan manakah menunjukkan perbezaan antara

pemborong jober para dan pemborong satu barisan?

Pemborong jober para Pemborong satu barisan

A. Menjual pelbagai jenis barang Menjual satu jenis barang sahaja

B. Memastikan stok di kedai runcit

sentiasa mencukupi

Memastikan stok dibekalkan apabila

dipesan

C. Menerima keuntungan sebagai

ganjaran daripada jualan barang

Menerima komisen sebagai ganjaran

daripada jualan barang

D. Memastikan aktiviti promosi

dijalankan oleh pekilang

Memastikan aktiviti promosi

dijalankan oleh peruncit.

2. Antara berikut, yang manakah menyebabkan peranan pemborong tidak lagi penting?

I Penubuhan kedai runcit

II Penubuhan kedai sejaras

III Kemunculan jualan langsung

IV Kemunculan peruncit besar-besar

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I dan II sahaja D. II, III dan IV sahaja

3. Maklumat di bawah berkaitan dengan urus niaga yang dilakukan oleh Puan Hasiah.

Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh Puan Hasiah.

A. RM1 800

B. RM1 900

C. RM1 960

D. RM2 000

4. Apakah yang dimaksudkan dengan keperluan penghargaan ?

A. Melengkapkan diri dengan kemahiran dan kecekapan.

B. Meningkatkan keyakinan diri dan imej kendiri.

C. Menerima penghormatan daripada orang lain.

D. Memberi dorongan dan galakan kepada diri.

Harga mesin basuh : RM2 200 Wang pendahuluan : RM 200 Tarikh belian : 6 September 2005 Tarikh bayaran : 20 September 2005 Syarat pembayaran : 10% 5 hari 5% 15 hari 2 % 30 hari

Page 167: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 167

5. Berikut adalah pembahagian tugas di atas dilakukan di sebuah kilang kereta di Shah

Alam.

Apakah jenis pengkhususan tersebut?

A. Pengkhususan antarabangsa

B. Pengkhususan mengikut proses

C. Pengkhususan mengikut kawasan

D. Pengkhususan mengikut kawasan

6. Berikut adalah kenyataan berkaitan pengeluaran.

Jenis pengeluaran di atas merujuk kepada

A. pengeluaran langsung

B. pengeluaran ekstraktif

C. pengeluaran tak langsung

D. pengeluaran perkhidmatan

7. Seseorang itu mesti terlibat dalam perdagangan jika ia melibatkan diri dalam

perniagaan.

Antara berikut, yang manakah paling tepat menerangkan pernyataan tersebut?

A. Kedua-duanya bermotifkan keuntungan

B. Kedua-duanya memerlukan bantuan kerajaan

C. Kedua-duanya memerlukan bantuan perniagaan

D. Kedua-duanya membolehkan barangan diagihkan

8. Berikut adalah kenyataan berkaitan sebuah dokumen.

Dokumen yang diterangkan di atas ialah

A. Pemberitahuan Panggil Datang

B. Waran Limbungan

Mengecat

Memasang tayar

Memasang enjin

Memasang cermin tingkap

Setiap firma mengeluarkan hasil keluaran yang berbeza

antara satu sama lain untuk memenuhi keperluan dan

kehendak pengguna.

Wujudnya unsur saling bergantungan antara satu sama lain.

Dokumen ini dihantar oleh syarikat perkapalan kepada pihak

lembaga pelabuhan yang menerima barang-barang untuk dihantar.

Dokumen ini juga dihantar untuk memintanya memuatkan barang-

barang ke dalam kapal.

Page 168: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 168

C. Nota Perkapalan

D. Resit Nakhoda

9. Antara berikut, urus niaga yang manakah merupakan import tak nyata Malaysia?

I Syarikat Samad di Pulau Pinang membeli komponen komputer dari Jepun

II Encik Karim membuat pelaburan di Switzerland

III Pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran ke England

IV Mercy menghantar sekumpulan doktor ke Iraq

A. I sahaja C. I dan III sahaja

B. III sahaja D. III dan IV sahaja

10. Berikut adalah masalah dalam pemasaran.

Antara berikut, yang manakah menyebabkan timbulnya masalah-masalah di atas?

A. Pengeluar tidak dapat mengagihkan barangan dengan segera

B. Pengeluar tidak menjalankan promosi secara intensif

C. Pengeluar menghasilkan barangan secara berlebihan

D. Pengeluar menghadapi masalah pergudangan

11. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan kerajaan memberi pelepasan cukai

kepada perniagaan?

I Menggalakkan eksport bahan mentah tempatan

II Menggalakkan penggunaan pekerja tempatan

III Menggalakkan pelaburan dalam perusahaan tertentu

IV Menggalakkan penempatan perusahaan di kawasan tertentu

A. I, II dan III sahaja C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja

12. Mengapakah peruncit kecil-kecilan lebih suka mendapatkan stoknya daripada

pemborong bayar dan bawa?

A. Pemborong menawarkan harga yang murah

B. Pemborong menyediakan perkhidmatan serahan

C. Peruncit boleh membeli barang secara kredit

D. Peruncit boleh membeli beraneka jenis dan jenama barang pada harga yang

murah

13. Berikut adalah kenyataan berkenaan ciri stok sebuah milikan perniagaan.

Bekalan barang berlebihan di pasaran

Harga barang menjadi tidak stabil

Barang menjadi rosak

Stok dibeli secara pukal oleh ibu pejabat.

Stok yang dijual adalah sama dari segi kualiti

harga, jenama dan pembungkusan.

Page 169: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 169

Pernyataan di atas merujuk kepada

A. Kedai sejaras

B. Kedai tunggal

C. Kedai koperasi

D. Kedai serba ada

14. Berikut data yang diambil dari Koperasi SMJK Phor Tay Bhd pada tahun 2005.

Berapakah rebat atas langganan koperasi tersebut?

A. RM0.02 dalam seringgit

B. RM0.10 dalam seringgit

C. RM0.12 dalam seringgit

D. RM0.38 dalam seringgit

15. Mengapakah milikan tunggal mudah ditubuhkan?

A. Diurus oleh pemilik

B. Modal yang besar

C. Saiz perniagaan yang kecil

D. Peraturan dan dokumentasi yang sedikit

16. Berikut adalah ciri berkaitan sebuah bank.

Bank manakah yang mempunyai ciri-ciri di atas?

A. Bank Simpanan Nasional

B. Bank Rakyat Malaysia Berhad

C. Bank Bumiputera-Commerce Berhad

D. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

Koperasi SMJK Phor Tay Bhd.

Modal : RM150 000 Lebihan : RM47 000 Rizab : RM 8 000 Jumlah belian tahunan ahli : RM390 000

Mengumpulkan modal daripada ahli-ahlinya menerusi penjualan syer

Menjalankan perkhidmatan yang terhad sahaja

Melindungi kepentingan dan kebajikan ahlinya

Page 170: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 170

17. Berikut adalah masalah yang dialami oleh seorang usahawan.

Apakah jenis pembiayaan bank yang sesuai dipohon oleh beliau?

A. Pinjaman

B. Overdraf

C. Kad kredit

D. Kredit berdokumen

18. Mengapakah Malaysia mengadakan perniagaan antarabangsa dengan negara lain?

I untuk mengurangkan import

II untuk mendapatkan pertukaran wang asing

III untuk meluaskan pasaran dan mempelbagaikan pilihan

IV untuk mengelakkan aktiviti spekulasi mata wang

A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja

B. I dan IV sahaja D. III dan IV sahaja

19. Adam, Begum dan Cheang berkongsi menjalankan perniagaan perkongsian. Adam

telah menyumbangkan modal sebanyak RM2 000, Begum RM4 000 dan Cheang

RM6 000. Mereka bersetuju untuk berkongsi keuntungan mengikut nisbah modal

yang disumbangkan.

Jika perniagaan mereka memperolehi keuntungan sebanyak RM20 000, berapakah

jumlah keuntungan yang akan diterima oleh Cheang?

A. RM6 000

B. RM10 000

C. RM12 000

D. RM14 000

20. Antara berikut, pernyataan manakah yang membezakan di antara tataurus syarikat

dengan tatawujud syarikat?

A. Merekodkan butir peribadi penyumbang modal

B. Menyatakan liabiliti pemegang syer

C. Mencatatkan sejarah penubuhan syarikat

D. Memperihalkan peraturan dan prosedur pentadbiran syarikat

21. Berikut adalah berkaitan cara untuk mendapatkan modal tambahan dalam perniagaan.

N menerangkan tentang

Tuan Hj Baharom, kontraktor binaan di Mersing. Beliau menghadapi masalah

aliran tunai untuk membayar gaji pekerjanya seramai 10 orang. Cek bernilai

RM1 juta yang diterimanya daripada kerajaan negeri Johor untuk kerja

pembinaan yang dilakukannya belum lagi dikreditkan ke dalam akaunnya.

N

Peniaga menyerahkan invois kepada bank

Bank akan menunggu genap tempoh kredit untuk mengutip bayaran daripada penghutang

Page 171: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 171

A. Pajakan

B. Pemfaktoran

C. Syarikat Kewangan Berlesen

D. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia

22. Seorang kakitangan kerajaan telah membeli rumah melalui Skim Pinjaman

Perumahan Kerajaan. Apakah polisi insurans yang perlu diambil oleh beliau?

A. Insurans gadaian

B. Insurans kebakaran

C. Insurans liabiliti awam

D. Insurans tanggungan majikan

24. Antara berikut, pasangan pelaburan yang manakah paling selamat bagi seorang

pelabur?

A. Hartanah, komoditi dan saham

B. Simpanan tetap, saham dan hartanah

C. Unit Amanah Hartanah, gilt dan debentur

D. Pasaran mata wang asing, komoditi dan Unit Amanah Saham

25. Pada bulan Mei 2005, Encik Ghani telah melabur sebanyak RM13 000 dengan

membeli pound sterling pada kadar pertukaran RM6.50 bersamaan £1. Sebulan

kemudian kadar pertukaran telah berubah menjadi RM7.00 bersama £1.

Sekiranya Encik Ghani telah menjual kesemua mata wang pound sterling

kepunyaannya, berapakah keuntungan yang akan beliau perolehi?

A. RM1 000

B. RM1 857

C. RM13 000

D. RM14 000

26. Pilih pernyataan yang benar mengenai syer keutamaan.

A. Kadar dividen adalah bergantung pada keuntungan syarikat

B. Pemegang syer keutamaan tidak mempunyai kuasa mempengaruhi corak

pentadbiran syarikat

C. Pemegang syernya dibayar balik akhir sekali apabila syarikat dibubarkan

D. Tiada tunggakan dividen dibayar sekiranya syarikat mengalami kerugian

dalam perniagaan tahunannya.

27. Agensi yang terlibat memberi bantuan dalam bidang pemasaran kepada pengusaha

industri kecil dan sederhana ialah

A. BERNAS dan UDA

B. UDA dan NPC

C. MPIB dan UDA

D. FAMA dan PKKM

28. Antara berikut, strategi manakah yang boleh diambil oleh pengusaha-pengusaha batik

Malaysia untuk mengatasi persaingan di pasaran antarabangsa?

A. Meningkatkan kos pengeluaran.

Page 172: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 172

B. Meningkatkan mutu keluaran tanpa menurunkan harga.

C. Mengurangkan kemahiran pekerja dalam bidang pengeluaran.

D. Menggunakan sepenuhnya kemahiran seni pertukangan tangan.

29. Apakah kelebihan Bayaran Tertunda berbanding dengan Sewa Beli?

A. Pengguna boleh membeli barang mahal dengan segera.

B. Penjual tidak boleh mendakwa pembeli jika tidak menjelaskan bayaran.

C. Pembeli berhak untuk mengembalikan barang jika ansuran tidak dapat

dibayar.

D. Pengguna mempunyai hakmilik ke atas barang sebaik sahaja ansuran

pertama dibayar.

30. Akta perihal Dagangan digubal oleh kerajaan untuk membantu hak pengguna dari

segi

A. mendapat perwakilan dan pendidikan kepenggunaan

B. mendapat ganti rugi dan keperluan asas

C. mendapat maklumat dan perlindungan

D. membuat pilihan dan keselamatan

31. Antara berikut, pernyataan manakah yang menerangkan etika penjual membantu

kerajaan untuk bersama-sama mewujudkan suasana muhibah dalam aktiviti

perniagaan

A. Menghulurkan bantuan kewangan untuk projek kajian dan penyeledikan

untuk membenteras wabak JE.

B. Menggunakan bahan mentah yang diimport dalam aktiviti pengeluaran.

C. Tidak melibatkan diri dalam penggubalan dan pelaksanaan polisi negara.

D. Meminta kerajaan memberi pelbagai insentif untuk meggalakkan aktiviti

pengeluaran.

32. Berikut adalah cara sebuah perniagaan melakukan promosi.

Jualan Murah!!! Diskaun hingga 70%

Jualan barang-barang berjenama terkenal Jangan lepaskan peluang ini

Ingat!!!!!!

20 Mei hingga 21Jun 2005

di PISA, Pulau Pinang

jangan lupa, jumpa di PISA!!

Page 173: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 173

Apakah bentuk promosi yang berkaitan dengan rajah di atas?

A. Publisiti

B. Promosi jualan

C. Jualan terus

D. Iklan bertanding

33. Antara berikut, pernyataan manakah yang menepati ciri-ciri gudang awam

I Merupakan gudang penyetoran sejuk.

II Menyimpan barang-barang yang belum dijelaskan cukai.

III Terletak di pintu masuk negara dan tempat-tempat yang diperlukan.

IV Menyimpan barang-barang tidak bercukai dan yang telah dijelaskan cukai.

A. I dan II sahaja C. II dan III sahaja

B. I dan III sahaja D. III dan IV sahaja

34. Antara berikut, situasi manakah yang memerlukan perkhidmatan gudang berbon?

A. Pasaraya Sunshine Square di Pulau Pinang membeli stok dengan banyaknya

dari kilang-kilang di kawasan perusahaan ringan di Johor Bahru pada harga

yang amat murah.

B. Pemborong beras Jeremy yang mengimport beras dari Thailand dan telah

menjelaskan cukainya

C. Syarikat Perniagaan Boonhua mengimport kain dari Jepun dam menunggu

pengimportnya di Thailand memberikan arahan untuknya menghantarkan

stok kain itu.

D. Kapal ikan yang telah balik ke Pelabuhan Pulau Pinang dengan tangkapan

yang banyak setelah menangkap ikan di kawasan perairan laut dalam

35. Berikut adalah kenyataan mengenai sebuah milikan perniagaan.

Berdasarkan pernyataan tersebut, berapakah keuntungan yang diperoleh oleh Asyraf?

A. RM15 000

B. RM10 000

C. RM7 500

D. RM5 000

36. Modal Kamal dalam Syarikat Idaman Rini terdiri daripada berikut:

Asyraf dan Adilah telah bersetuju berkongsi menubuhkan satu

perniagaan bengkel membaiki kereta dengan modal awal masing-

masing RM5 000 dan RM10 000. Mereka tidak menyediakan

perjanjian perkongsian. Bengkel ini memperoleh keuntungan

sebanyak RM15 000.

5 000 6% syer keutamaan @ RM1.00 seunit

10 000 syer biasa @ RM1.00 seunit

10 debentur 6% @ RM1 000 setiap satu

Page 174: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 174

Kirakan pendapatan yang akan diterima oleh Kamal pada tahun tersebut jika Syarikat

Idaman Rini meluluskan pembayaran dividen 10% ke atas pemegang syer biasa

(cukai diabaikan)

A. RM19 000

B. RM1 900

C. RM1 000

D. RM600

37. Pilih pernyataan yang benar mengenai Sistem Barter.

A. Lebihan keluaran wajib ada sebelum sistem ini dapat dijalankan

B. Tiada masalah pembahagian kerana melibatkan barang yang ringkas sahaja

C. Sistem ini dapat diamalkan selagi terdapatnya persetujuan di atas cara

pembahagian barang ; sama ada dengan menggunakan wang sebagai rangka

rujuk ataupun benda lain sebagai rangka rujukannya

D. Manusia perlu saling bergantungan

38. Berikut merupakan sejenis pengangkutan darat yang mempunyai lesen pembawa

tertentu.

Antara berikut, lori manakah yang mematuhi pelesenan tersebut?

A. Lori persendirian yang mengangkut muatan 1 000 kg.

B. Lori persendirian yang mengangkut muatan 2 500 kg.

C. Lori sewa yang mengangkut muatan 1 000 kg.

D. Lori sewa yang mengangkut muatan 2 500 kg.

39. Antara jenis-jenis perniagaan berikut, yang manakah berkemungkinan menggunakan

kad jawapan perniagaan?

A. Gedung aneka jabatan

B. Kedai sejaras

C. Pesanan mel

D. Pasar raya

40. Di antara berikut, pemilik gudang yang manakah harus menandatangani suatu

perjanjian dengan pihak kastam?

A. Gudang kerajaan

B. Gudang peruncit

C. Gudang berlesen

D. Gudang pengilang

Page 175: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 175

Kertas 2

Bahagian A : Jawab mana-mana tiga soalan.

1. a. Bezakan antara perdagangan dengan perniagaan. (8 markah)

b. Apakah maksud keperluan fisiologi dalam model hieraki keperluan manusia?

(3 markah)

c. Proses pengeluaran melibatkan penciptaan nilai-nilai faedah. Huraikan nilai –

nilai faedah itu (8 markah)

d. Mengapakah pengkhususan wujud dalam pengeluaran ? (6 markah)

2. a. Apakah sumbangan insurans kepada individu, peniaga dan negara? (9 markah)

b. Bagaimanakah syarikat insurans menentukan premium insurans kebakaran untuk

sesebuah bangunan? (10 markah)

c. Bezakan antara risiko boleh diinsuranskan dengan risiko yang tidak boleh

diinsuranskan. (6 markah)

3. a. Salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang pengurus bank

sebelum meluluskan sesuatu permohonan pinjaman ialah cagaran.

Apakah faktor-faktor lain yang dipertimbangkan? (10 markah)

b. Jelaskan jenis-jenis cek berikut:

i. Cek tak layan (3 markah)

ii. Cek bertanda (3 markah)

c. Pada 25 hb September 2004, Puan Sarah binti Osman ingin membayar sebanyak

RM2 650 kepada Syarikat Murni Setia yang membekalkan barang-barang kepada

perniagaannya. Beliau mempunyai akaun semasa di Bank Wawasan Perkasa

Berhad. Untuk menjadikan cek itu selamat beliau telah memalang cek berkenaan.

Anda dikehendaki melakarkan cek berkenaan. (9 markah)

4. a. Mengapakah sesuatu barang perlu diiklankan? (7 markah)

b. Apakah faktor-faktor yang menentukan kos pengiklanan dalam suratkhabar dan

televisyen? (12 markah)

c. Jelaskan tiga faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih sesuatu media

pengiklanan. (6 markah)

5. a. Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran? (3 markah)

b. Huraikan unsur-unsur campuran pemasaran dengan terperinci. (12 markah)

Page 176: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 176

c. Jelaskan fungsi agensi pemasaran berikut:

i. FAMA (5 markah)

ii. BERNAS (5 markah)

Bahagian B

Baca Kes di bawah dengan teliti.

Dr. Wani adalah seorang doktor pakar kanak-kanak. Sejak 6 tahun yang lalu, beliau

telah mengusahakan sebuah klinik persendirian dengan nama Klinik Wani dengan

jayanya. Perniagaan Dr Wani berkembang dengan pesat dan pengurusan klinik

menjadi semakin sukar. Baru-baru ini beliau telah berbincang dengan dua rakanya

yang bertugas di sebuah hospital kerajaan. Mereka berminat untuk melabur modal

dalam perniagaan Dr Wani dengan syarat mereka menanggung liabiliti yang terhad.

Dr Wani bersetuju dengan cadangan mereka dan menamakan Klinik Wani dan

Rakan-rakan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

1. Apakah bentuk milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh Dr Wani dan rakan-

rakannya? (2 markah)

2. Bezakan status Dr Wani dengan rakan-rakannya dalam milikan perniagaan

tersebut? (3 markah)

3. Terangkan tiga kebaikan dan keburukan milikan perniagaan yang ditubuhkan oleh

mereka. (12 markah)

4. Apakah faedah yang mungkin mereka nikmati apabila mereka menukarkan

bentuk milikan perniagaan ini kepada bentuk syarikat sendirian berhad?

(8 markah)

Page 177: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 177

KERTAS PERCUBAAN SPM 3 Kertas 1

Arahan : Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan yang

terbaik bagi setiap soalan.

1. Cek tak laku merupakan cek yang tidak diterima oleh bank atas sebab tertentu.

Apakah sebab yang menjadikan sekeping cek itu tidak laku?

I Pesuruh bayar mengarahkan bank menghentikan pembayaran.

II Terdapat pembetulan pada cek.

III Cek terkoyak atau terconteng.

IV Penyuruh bayar menutup akaunnya.

A. I, II dan III sahaja C. I, III, dan IV sahaja

B. II, III dan IV sahaja D. I, II, III, dan IV

2. Perhatikan pernyataan berikut dan nyatakan jenis perkhidmatan yang ditawarkan.

Merupakan kaedah pembayaran terus ke dalam akaun penerima.

Pelanggan hanya perlu menggunakan sekeping cek untuk membuat bayaran ke

dalam akaunnya.

Menjimatkan masa dan belanja pelanggan.

A. Debit terus

B. Arahan tetap

C. Pindahan kredit

D. Cek jurubank

3. Sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan Malaysia, bank pusat

menjalankan tugas-tugas berikut:

I Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah

kewangan kerajaan.

II Mewajibkan bank perdagangan menyimpan sebahagian daripada deposit yang

diterimanya di bank pusat sebagai rizab berkanun.

III Menerbitkan surat jaminan dan bil perbendaharaan.

IV Mengendalikan semua simpanan dan pembayaran untuk setiap jabatan

kerajaan.

A. I dan II sahaja. C. I, III dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

4. Pilih huraian yang tepat mengenai sistem perbankan Islam.

A. Menjalankan operasi perbankan dengan menggunakan set undang-undangnya

yang tersendiri.

B. Aktiviti kewangan yang dijalankannya, tidak bertujuan untuk mencari

keuntungan tetapi adalah untuk membantu warga Islam memajukan diri dalam

dunia perniagaan.

C. Produk sistem perbankan Islam dihadkan untuk umat Islam sahaja.

D. Menjalankan aktiviti kewangan untuk mencari keuntungan dengan

berlandaskan lunas syariah.

Page 178: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 178

5. Bank pusat bertugas mengawas dan mengawal perlaksanaan dasar dan peraturan

perbankan dan dasar kewangan negara kita. Siapakah yang mengetuai bank negara?

A. Pengurus Utama yang dilantik di Parlimen

B. Gabenor yang dilantik oleh kerajaan

C. Direktor General yang dilantik oleh kerajaan

D. Menteri Kewangan yang dilantik oleh kerajaan

6. Setelah insured membayar premium pertama untuk polisi insurans yang dibelinya,

apakah jenis dokumen yang perlu diserahkan oleh insurer kepadanya?

A. Polisi

B. Nota lindungan

C. Borang cadangan

D. Kad jawapan

7. Pak Mydeen merupakan seorang ketua keluarga yang berhati-hati. Sebaik sahaja

sebuah stesyen minyak didirikan dekat dengan rumahnya, beliau tergesa-gesa hendak

membeli polisi insurans.

Apakah polisi yang paling sesuai dibeli oleh Pak Mydeen?

A. Takaful keluarga

B. Takaful am

C. Insurans kecurian

D. Insurans kecurian 8. Mynnwei mengusahakan kilang mengetin nanas besar, yang dilengkapi dengan

pelbagai peralatan moden. Beliau mempunyai 888 orang pekerja. Kilangnya juga

sentiasa dikunjungi pemborong. Beliau juga mengalu-alukan lawatan pelajar sekolah

dan para pelancong ke kilangnya.

Apakah jenis polisi yang paling penting untuk dimiliki oleh Mynnwei?

A. Insurans liabiliti majikan dan insurans liabiliti am.

B. Insurans kecurian dan insurans jaminan setia.

C. Insurans kebakaran dan insurans laibiliti am.

D. Insurans liabiliti majikan dan insurans kecurian. 9. Perhatikan fakta-fakta di bawah:

Melindungi insured daripada ketidak jujuran pekerja.

Memastikan majikan tidak mengalami kerugian akibat pecah amanah

pekerjanya

Melindungi majikan sekiranya pekerjanya mencuri wang atau stoknya.

Apakah jenis polisi yang melindungi insured daripada risiko di atas?

A. Insurans liabiliti majikan

B. Insurans jaminan setia

C. Insurans gadaian

D. Insurans kecurian

10 Pilih pernyataan yang memberikan huraian yang paling tepat mengenai indemniti.

A. Pampasan yang dibayar oleh insurer kepada insured ke atas risiko yang

diinsuranskan.

Page 179: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 179

B. Insured mengisi borang cadangan dengan jujur.

C. Bayaran yang dibuat oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan

perlindungan ke atas risiko yang berlaku.

D. Perjanjian antara insurer dengan insured. 11. Syarikat Pengangkutan Superfast menginsuranskan vannya yang membawa

peralatan. Elektronik daripada risiko kecurian dan rompakan. Salah sebuah vannya

telah terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan muatannya remuk sama sekali

tetapi pihak insurer telah enggan membayar ganti rugi.

Kes ini dikaitkan dengan prinsip __________

A. Ganti rugi

B. Kepentingan diinsuranskan

C. Doktrin sebab hampiran

D. Penuh percaya

Soalan 12 adalah berdasarkan petikan di bawah

Izwart Emmir membeli polisi insurans kebakaran daripada 3 insurer untuk

melindungi banglo mewahnya yang diperbuat daripada kayu jati. Semasa

mengisi borang cadangan, beliau telah menyatakan banglonya diperbuat

daripada batu, iaitu beliau telah tidak memberikan maklumat yang benar semasa

mengisi borang cadangan.

12. Mengapakah Izwart Emmir tidak diberikan pampasan semasa banglo mewahnya

musnah dalam satu kebakaran?

A. Menginsurans aset dengan 3 insurer adalah satu kesalahan.

B. Insurer biasanya tidak menginsuranskan aset yang diperbuat daripada kayu.

C. Izwart telah tidak membayar premium yang mencukupi untuk mendapatkan

perlindungan.

D. Izwart menyatakan banglonya dibuat daripada batu.

13. Pilih huraian yang tepat menerangkan konsep insurans.

I Satu rancangan perniagaan insurer untuk memaksimakan keuntungan.

II Satu rancangan pembahagian risiko antara insurer-insurer yang terlibat

dalam perniagaan perkhidnatan.

III Satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pampasan kepada

insured.

IV Berlandaskan konsep ‘yang bernasib baik membantu yang malang’.

A. I sahaja C. III dan IV

B. II sahaja D. I, II, III dan IV 14. Berikut merupakan peranan insurans kepada peniaga, kecuali

A. Membayar pampasan terhadap risiko yang diinsuranskan.

B. Mengurangkan beban peniaga daripada pekerja yang tidak amanah.

C. Membolehkan peniaga memberikan tumpuan pada cara memajukan

Page 180: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 180

perniagaan.

D. Menambahkan peluang pekerjaan.

15. Insurans penerbangan memberikan perlindungan terhadap kerosakan-kerosakan

berikut:

I Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda awam akibat dihempap

serpihan kapal terbang yang meletup.

II Kehilangan nyawa penumpang.

III Kehilangan kargo dalam kapal terbang yang tergelincir semasa hendak

melepas.

IV Kemusnahan terhadap rangka kapal terbang dan enjinnya.

A. II sahaja C. II dan IV

B. IV sahaja D. I, II, III dan IV 16. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan fungsi setiap insurans berkenaan.

A. Insurans pecah rumah akan memberikan perlindungan kepada insured

sekiranya rumahnya dipecahkan atau dirosakkan.

B. Insurans liabiliti am akan membiayai pampasan ke atas aset insured yang

dirosakkan oleh orang awam.

C. Insurans gadaian akan melindungi keluarga insured sekiranya insured

meninggal dunia sebelum menjelaskan hutang pinjamannya .

D. Insurans kemalangan peribadi melindungi individu yang meninggal dunia

akibat kemalangan jalan raya sahaja. 17. Pilih pernyataan yang tepat sekali menerangkan risiko.

I Risiko merupakan kemungkinan mengalami kerugian.

II Pengiraan kadar premium untuk risiko boleh diinsuranskan dilakukan

dengan menjumlahkan kos syarikat untuk dibahagikan dengan unit polisi

insurans yang dijual.

III Risiko yang kekerapan kejadiannya tidak dapat diramalkan, tidak boleh

diinsuranskan.

IV Penyakit kronik merupakan risiko yang tidak boleh diinsuranskan.

A. I dan II C. III dan IV

B. II dan III D. I, II dan III

Puan Nurlailee merupakan seorang ibu tunggal berusia 32 tahun yang

mempunyai 5 orang anak. Beliau membuka gerai yang menjual nasi campur

untuk menyara perbelanjaan mereka sekeluarga. Beliau sentiasa risau mengenai

nasibnya pada masa tua kelak, iaitu apabila dia tidak berdaya berniaga lagi

untuk menyara dirinya.

18. Apakah polisi insurans yang paling sesuai untuk dibeli oleh Puan Nurlailee untuk

menjamin kehidupannya pada hari tuanya?

A. Insurans Endowmen

B. Insurans Hayat Seumur Hidup

Page 181: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 181

C. Insurans Hayat Sementara

D. Insurans Kesihatan 19. Puan Nurlailee juga risau mengenai nasib anak-anaknya dan hendak memastikan

anaknya dapat meneruskan pelajaran mereka sekiranya kemalangan berlaku ke atas

dirinya yang menyebabkannya cacat atau meninggal dunia.

Apakah pula polisi yang perlu dibelinya?

A. Insurans Kesihatan

B. Insurans gadaian

C. Insurans pendidikan

D. Insurans jaminan setia

Soalan 20 dan 21 adalah berdasarkan petikan di bawah:

20.. Apakah yang dirisaukan oleh Liiho selaku pengurus pemasaran Syarikat Lipbeautii?

A. Kos pengiklanan

B. Saiz perniagaan Syarikat Beautiifulip

C. Persaingan Beautiifulip

D. Polisi kerajaan

21. Sekiranya Syarikat Beautiifulip menjalankan promosi secara besar-besaran di media

massa serta mengedarkan sampel percuma di sekolah menengah, apakah tindakan

yang wajar diambil oleh Syarikat Lipbeautii untuk mengatasi promosi Syarikat

Beautiifulip?

I Mengiklan di televisyen, radio serta akhbar .

II Mengadakan promosi di gedung pilihan di seluruh negara.

III Membuat aduan mengenai tindakan melampau Syarikat Beautiifulip.

IV Memberikan contoh percuma kepada pelajar kolej dan universiti tempatan.

A. I dan IV sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

Soalan 22 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

memberikan peluang kepada sesiapa sahaja peluang berurusniaga

bersikap adil

tidak memandang rendah pada peniaga yang miskin atau bersaiz kecil

22. Amalan di atas adalah tindakan yang bertanggungjawab seorang peniaga terhadap

A. pekerja

B. pelanggan

C. pembekal

D. pemodal

Liiho, pengurus pemasaran Syarikat Lipbeautii yang mengeluarkan gincu bibir amat

risau kerana sebuah syarikat baru yang mengeluarkan produk yang sama telah

menamakan produk mereka Beautiifulip. Syarikat Beautiifulip juga telah

mengadakan promosi yang hebat menerusi media massa.

Page 182: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 182

23. Pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan pembeli yang bijak.

I Tammarina, seorang anak orang kaya, tidak mengambil kisah mengenai

harga barang yang dibelinya, asalkan pembeliannnya itu dapat memuaskan

hatinya.

II Catalina sanggup menunggu sehingga musim tawaran serta

membandingkan harga baju idamannya di beberapa buah kedai sebelum

membelinya.

III Amalina membeli bekalan keperluan hariannya untuk tiga hari sekaligus

kerana hendak menjimatkan perbelanjaan pengangkutan untuk berulang alik

ke pasar.

IV Zamrii, seorang peguam yang terkenal enggan membeli kemeja yang

dipilihnya, hanya kerana jurujual enggan membenarkannya mencuba

kemeja itu.

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

24. Pilih pernyataan yang tepat menerangkan peranan pengangkutan.

I Memungkinkan pengeluaran secara besar-besaran.

II Menjimatkan perbelanjaan gudang

III Membolehkan penghantaran barang pada masa diperlukan

IV Memungkinkan penjualan barang ke pasaran antarabangsa

A. I, II dan III sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. I, II dan IV sahaja D. I, II, III dan IV

25. Pengangkutan jalan raya adalah pengangkutan yang penting di negara kita.

Pilih pernyataan yang menerangkan pengangkutan jalan raya dengan tepat.

I Adalah cepat untuk perjalanan yang jauh.

II Antara kelebihannya ialah pengangkutan jalan raya fleksibal dari segi masa

bertolak dan arah perjalanan.

III Sesuai digunakan untuk menghantar barang cepat rosak untuk jarak yang

dekat.

IV Tidak sesuai digunakan di kawasan tanah tinggi dan berbukit seperti Tanah

Tinggi Cameron.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

26. Kapal kerentan atau tramp merupakan pengangkutan laut yang penting kerana

I Tidak terikat pada jadual waktu perjalanan

II Tambangnya dapat ditawar-menawarkan

III Kargo yang dihantar dengan menggunakan tramp dikecualikan daripada

pemeriksaan kastam.

IV Menawarkan kos tambang yang paling rendah berbanding dengan

pengangkutan jenis lain.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Page 183: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 183

27. Mengapakah perkhidmatan tetap digunakan walaupun kos penghantaran dengan

menggunakan kurier adalah mahal?

I Menyenangkan pengirim kerana tidak perlu risau mengenai kerja

penempahan dan prosedur kastam.

II Dijamin sampai ke destinasi dengan selamat

III Kegunaannya terhad kepada penghantaran beberapa jenis barang sahaja

IV Kurier merupakan perkhidmatan penghantaran yang terpantas.

A. I dan II sahaja C. II, III, dan IV sahaja

B. II dan III sahaja D. I, II, dan IV

28. Pilih pernyataan yang tepat sahaja.

A. Sistem TIR memudahkan kerja penghantaran barang dengan menggunakan

kontena kerana dokumenatasi dipermudahkan dan pengimport dikecualikan

daripada pembayaran cukai.

B. Peti kontena yang disediakan untuk perkhidmatan kontenarisasi adalah untuk

kegunaan sekali sahaja.

C. Kontenarisasi memerlukan kos modal yang tinggi.

D. Perkhidmatan kurier hanya menyediakan perkhidmatan serahan dari pintu ke

pintu kepada pelaggan tetap yang memenggunakan perkhidmatan kurier

dengan kerap.

Soalan 29 dan 30 adalah berdasarkan maklumat di bawah:

29. Mengapakah Zher Wei perlu menyediakan gudang yang berlainan sifat itu?

A. Untuk mendapatkan sewa yang tinggi

B. Agar dapat mengurus gudang dengan cekap

C. Untuk disesuaikan dengan jenis barang yang disimpannya

D. Agar dapat menyelerakkan gudang di merata tempat di seluruh negara kita.

30. Sebagai usahawan dan pemilik gudang-gudang di atas, Zher Wei mempunyai kuasa

penuh ke atas cara pentadbiran gudang, termasuklah menguruskan keluar masuk

produk atau stok ke dalam gudang.

Di antara gudang-gudang berikut, gudang manakah Zher Wei tidak dapat mentadbir

sesuka hati dan perlu tunduk pada peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan

Kastam dan Eksais?

A. Gudang penyetoran sejuk

B. Gudang pnegilang

Zher Wei merupakan seorang usahawan yang memiliki banyak gudang untuk

disewakan kepada peniaga yang tidak mempunyai gudang. Beliau telah

menyediakan pelbagai jenis gudang yang berlainan untuk memenuhi keperluan

peniaga yang menyewa daripadanya. Antaranya, terdapat gudang yang dilengkapi

dengan kemudahan peti sejuk, disediakan rak yang banyak dan lain-lain.

Page 184: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 184

C. Gudang kerajaan

D. Gudang berbon

31.

X Y

Terletak di pintu masuk ke sesebuah

negara.

Terletak di tempat-tempat strategik

di bandar.

Membantu pihak kastam

memastikan barang-barang dilarang

tidak dibawa masuk.

Barang-barang dipamerkan dengan

kemas.

Mengelakkan pelarian cukai. Pembeli membayar tunai dan

menyediakan pengangkutan

sendiri.

Gudang X dan Y adalah

A. Gudang bayar dan bawa dan gudang berbon

B. Gudang pemborong dan gudang peruncit

C. Gudang pengilang dan gudang peruncit

D. Gudang berbon dan gudang bayar dan bawa

32. Pilih pernyataan yang betul sahaja.

I Campuran pemasaran melibatkan strategi keluaran, harga, promosi dan

agihan.

II Sasaran pasaran merujuk pada cara penjualan dalam pasaran.

III Strategi promosi bertujuan untuk memujuk dan mempengaruhi pengguna

IV Anggaran pendapatan dan perbelanjaan adalah belanjawan yang

memastikan keuntungan diperolehi.

A. I dan II sahaja C. I dan III sahaja

B. II dan III sahaja D. II dan IV sahaja

33. Ka Wei, seorang pengusaha tanaman bunga orkid di Tanah Tinggi Cameron ingin

mengeksport bunga-bunga orkidnya ke Jepun.

Apakah saluran pengangkutan yang Ka Wei perlukan?

A. Darat dan laut

B. Rel dan udara

C. Darat dan udara

D. Rel dan laut

34. Sebelum membuat keputusan untuk memilih jenis komunikasi bagi melicinkan

perniagaannya, seorang peniaga harus memberi perhatian pada yang berikut,

I Kemampuan kewangan sendiri

II Jauhnya maklumat atau mesej yang hendak disampaikan

III Jenis maklumat atau mesej yang hendak dihantar

IV Modal yang dilaburkan untuk sesuatu saluran komunikasi

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Page 185: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 185

Soalan 35 dan 36 berdasarkan jadual dibawah.

Perkhidmatan Pos Keterangan

P Sesuai untuk mengirim barang yang tidak melebihi 1

kilogram.

Q Adalah surat udara ringan dan cara termurah dan terpantas

untuk mengirim mel melalui udara.

R Terdapatnya bukti yang penerima sudah menerima surat

yang dikirimkan.

S Adalah untuk pengiriman ke seberang laut sahaja.

Pampasan akan dibayar sekiranya berlaku kehilangan.

35. Semasa membuat lawatan ke negara-negara Eropah selama dua bulan, Zher Wei

hendak menulis surat yang panjang lebar kepada keluarganya sebaik sahaja tiba di

setiap tempat baru. Perkhidmatan pos yang manakah harus Zher Wei gunakan?

A. S

B. P

C. Q

D. R

36. R dan S mungkin sekali

A. Perkhidmatan Avis de Reception dan pos laju.

B. Perkhidmatan jawapan perniagaan mel berdaftar.

C. Perkhidmatan pos bungkusan kecil dan pos berinsurans.

D. Perkhidmatan Avis de Reception dan pos berinsurans.

37. Sekiranya Mynn dan Zher kekurangan aliran tunai untuk mengeluarkan barang-

barang import mereka dari gudang itu, apakah cara terbaik yang harus mereka

lakukan?

A. Mengeluarkan barang apabila diperlukan sahaja dan membayar duti ke

atasnya.

B. Menjual hak milik barang mereka kepada rakan kongsi yang lain.

C. Memohon overdraf daripada bank.

D. Meminta pihak kastam mengecualikan cukai.

Page 186: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 186

Soalan 38 hingga 40 adalah berdasarkan perbualan di bawah:

38. Haji Hamdan dan Pak Zamrii adalah rakan sekampung yang mengusahakan

perniagaan kecil masing-masing di Kampung Sentosa.

Apakah badan kerajaan yang dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ?

A. BPIMB dan BPM

B. BPM dan PKKM

C. PKKM dan MARA

D. MARA dan MATRADE

39. Sekiranya Pak Zamrii yang mengusahakan Kedai Warisan Bangsa, memerlukan

bantuan untuk melatih pekerja yang bertanggungjawab dalam bahagian pengurusan di

kedainya, agensi manakah yang sesuai untuk menghulurkan bantuan?

I NPC

II MARA

III UDA

IV TPM

A I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

40. Bagaimanakah BERNAS dapat membantu Haji Hamdan untuk menjadi seorang

petani serta pengusaha padi dan beras yang berjaya?

I Menetapkan harga minima bagi padi

II Mengawal dan mengeluarkan lesen pengilang, pemborong dan peruncit

beras

III Menyediakan kompleks pengeringan dan pengilangan

IV Mengenakan sekatan terhadap beras import

A. I dan II sahaja C. II, III dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV

Haji Hamdan Pak Zamrii

Nampaknya kita

berdua sama-sama

menghadapi

masalah. Saya pula

tidak tahu saluran

untuk memasarkan

hasil kraftangan

saya walaupun saya

pasti ia akan

mendapat sambutan

Saya benar-benar

risaulah Zam,

bukannya tidak ada

tanah sawah tapi tiada

bank yang hendak

memberikan

pinjaman. Tanpa

modal, bagaimanalah

saya dapat mengusaha

dan memajukan tanah

tinggalan arwah ayah

Page 187: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 187

Kertas 2

Bahagian A : Jawab mana-mana tiga soalan.

1. a) Huraikan pemahaman anda mengenai pergudangan (3markah)

b) Apakah peranan gudang dalam dunia perniagaan? (12markah)

c) Selain mempunyai lokasi yang sesuai, gudang yang baik perlu mempunyai ciri-

ciri yang lain. Nyatakan dan huraikan ciri-ciri lain yang perlu ada untuk gudang

yang boleh dianggap baik. (10 markah)

2. a. Huraikan pemahaman anda mengenai Lesen Pembawa A (3 markah)

b. Bagi setiap situasi berikut, nyatakan jenis pengangkutan yang paling sesuai

digunakan. Nyatakan alasan yang munasabah untuk pilihan anda.

i. 200 tan simen dari Perak ke Johor Bahru. (3 markah)

ii. 2000 kotak intan dari Afrika ke Kuala Lumpur. (3 markah)

iii. Seribu buah kereta Proton Waja dari Malaysia ke Arab. (3 markah)

iv. Lima puluh kotak bunga segar dari Tanah Tinggi Cameron ke

Pulau Pinang. (3 markah)

c) Peniaga yang bijak akan mempertimbangkan beberapa faktor sebelum

menentukan jenis pengangkutan yang akan digunakan untuk menghantar produk

atau barang jualannya kepada pembelinya.

Nyatakan dan huraikan mana-mana lima faktor yang akan dipertimbangkan

sebelum seseorang peniaga menetapkan jenis pengangkutan yang akan digunakan.

(10 markah)

3. a) Puan Annitta telah menerima pampasan sebanyak RM200,000.00 daripada

syarikat insurans kerana suaminya telah terkorban dalam nahas kapalterbang.

Berikan cadangan anda bagaimana beliau boleh melaburkan wangnya dengan

bijak.

Terangkan kebaikan setiap pelaburan tersebut. (10 markah)

b) Apakah faktor-faktor yang menyebabkan harga saham turun naik? (15 markah)

4. a) Mengapakah bantuan kerajaan diperlukan dalam perniagaan? (5markah)

b) Apakah faktor yang perlu dipertimbangkan oleh seseorang usahawan apabila

memilih sesuatu milikan perniagaan? (10 markah)

c) Nyatakan lima agensi yang dapat membantu usahawan dalam bidang pengeluaran.

(10 markah)

Page 188: Modul Perdagangan Ting 5 Jpn_blogspot

mlpl/smjkpt Page 188

5. a) Konsumerisme bererti usaha-usaha untuk mewujudkan dan melindungi

kepentingan pengguna. Usaha ini biasanya dijalankan secara kolektif melalui

pertubuhan atau perwakilan. Perjuangan utama persatuan pengguna ialah

mempertahankan hak-hak pengguna.

Nyatakan dan terangkan mana-mana empat hak pengguna. (12 markah)

b) Apakah yang dimaksudkan dengan etika amalan perniagaan. (3 markah)

c) Nyatakan tiga tujuan etika amalan perniagaan diperkenalkan (6markah)

Bahagian B

Baca kes di bawah dengan teliti

Ramli Sani telah mewarisi harta pusaka yang banyak apabila neneknya yang kaya raya tiba-

tiba meninggal dunia. Selain barang kemas dan intan permata, beliau juga mewarisi wang

tunai sebanyak RM288,000.00 di samping sebuah syarikat yang menjual barang perhiasan

wanita.

Walaupun masih terkejut dengan warisan aset yang diterimanya, Ramli berusaha

meneruskan syarikat yang menjual barang perhiasan wanita itu, yang mempunyai 10 orang

pekerja. Beliau mendapati bahawa urusan syarikat itu melibatkan banyak wang tunai.

Keadaan ini telah mendedahkan beliau kepada bahaya rompakan.

Ramli juga mendapati bahawa beliau boleh melaburkan wang tunai yang diwarisinya untuk

mendapatkan keuntungan tambahan, tetapi beliau juga sedar bahawa sebagai umat Islam,

beliau perlu melabur dalam keadaan yang dibenarkan oleh agamanya.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan-soalan yang berikut:

1. Sekiranya Ramli hendak menyimpan wang tunai yang diwarisinya ke dalam bank,

cadangkan dan terangkan kelebihan setiap jenis akaun simpanan yang ditawarkan.

( 6 markah )

2. Apakah perkhidmatan bank yang dapat membantu Ramli menyimpan barang kemas

dan intan permata yang diwarisinya dengan selamat?

Huraikan cara perkhidmatan ini dikelolakan. ( 4 markah )

3. Sekiranya Ramli hendak mengurangkan urusan secara tunai di syarikatnya, apakah

produk bank yang dapat digunakan? Huraikan kelebihan produk tersebut.

(12 markah )

4. Namakan tiga produk bank Islam yang dapat membantu Ramli mengembangkan

perniagaannya? ( 3 markah )