laporan perhimpunan pagi

Upload: justine-miller

Post on 01-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Minggu : 4Tarikh:25 Januari 2014Hari : AhadTempat : Tapak perhimpunan

Makluman Guru Besar ( En Ahmad Azmi B Yahaya )1. Guru besar mengucapkan salam / pagi kepada semua guru.2. Guru besar mengucapkan tahniah kepada guru bertugas iaitu Pn Fadzilah Bt Abd Razak diatas penyampaian ucapan guru bertugas minggu ini .3. Guru guru pengawas diminta membuat penambahbaikan murid murid yang terlibat di pentas sewaktu perhimpunan dikendalikan ketika bacaan doa , memberi arahan dan sebagainya .4. Program Mento Mentee diharap dapat dilaksanakan dengan menggunakan modul yang telah dibekalkan . Program ini adalah salah satu program sekolah penyayang yang perlu diterapkan . Guru guru boleh dikumpulkan untuk diberi taklimat tentang program ini .5. Guru guru akan diberi cetakan berbentuk power point tentang aktiviti transformasi pendidikan oleh Guru Besar .6. Makluman keberadaan guru pada 25 Januari 2015 oleh Guru Besar :a. Pn Anthony Catherine a/p Joseph (TH)b. Pn Zaiton Bt Ali (Peperiksaan)c. Pn Nor Asma Bt Hamzah (Peperiksaan)7. Aktiviti sukan : Susun mesyuarat dengan segera untuk aktiviti sukan a. Badminton 26/1/2015b. Olahragac. Bola baling 4/2/2015d. Ping pong 1/2/2015e. Merentas desa8. Makluman Mesyuarat Agung PIBG 2015 :a. Mesyuarat Agung PIBG 2015 dalam proses penyusunanb. Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan untuk mendapatkan tarikh muktamat mesyuarat akan di adakan .9. Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk menghantar buku ringkasan mengajar untuk disemak oleh Guru Besar. Pada hari Khamis 29/1/2015 , kaunter semakan akan dibuka mulai pukul 12.15 tengah hari.

Makluman Penolong Kanan 1 (Pn Noor Sakinah Bt Abdul Rahman) 1. Pn Sakinah mengedarkan maklumat guru ( e- operasi) kepada setiap guru . Jika terdapat kesalahan perlu diperbetulkan menggunakan pen merah dan dipulangkan selewat lewatnya hari Isnin .

2. Pn Sakinah turut mengedarkan pekeliling amalan pembelajaran adab ke -21 untuk makluman semua guru .

Makluman PK HEM (Pn Zaharah Bt Nayan)1. Pn Zaharah memaklumkan , guru kelas diminta mengemaskini APDM .2. Pn Zaharah meminta kedatangan murid dihantar sebelum 8.30 pagi .

Hal hal lain1. Pn Syahida memaklumkan , jika ada aduan atau apa apa perkara yang tidak berpuas hati tentang kantin sekolah , guru guru boleh memaklumkan kepadanya.2. Pn Sarimah memaklumkan guru guru linus boleh mengambil tapak untuk linus dengannya.3. Pn Umi Baizura memaklumkan tentang perhimpunan pagi dijadikan sebagai LDP dengan peruntukan masa 0.5 jam untuk sekali perhimpunan . 4. Guru besar memaklumkan kelas 6 Aspirasi akan dibuka untuk murid tahun 6 .

Disedakan oleh :PN ROS ANIDA BT AHMAD(Guru Bertugas Minggu 4)