laporan pengerusi

2
[LAWATAN KE SEKOLAH-SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS] LAPORAN JAWATANKUASA NAMA : HAZAIRI BIN HERMAN NO.KAD PENGENALAN : 930604-12-6271 BIDANG TUGAS : PENGERUSI i. SEBELUM Sebagai pengerusi bagi program Lawatan Ke Sekolah Pendidikan Khas bagi kursus PJM3142 Pendidikan Jasmani Suaian, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pelaksana bagi program ini. Sehubungan ini, selepas dilantik menjadi pengerusi, saya telah menubuhkan satu ahli jawatankuasa pelaksana bagi program ini yang terdiri daripada pelbagai jawatankuasa yang berfungsi sebagai penggerak bagi program ini. Selain itu, saya juga berperanan memantau perkembangan bagi setiap jawatankuasa dan mengadakan beberapa kali perjumpaan yang bertujuan membincangkan perkembangan bagi setiap AJK yang telah dilantik tersebut. Dalam pada itu, saya juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kata putus bagi sebarang cadangan dan permasalahan yang timbul dalam kalangan jawatankuasa bagi memastikan kelancaran program ini dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancang. ii. SEMASA Semasa program lawatan ini berlangsung iaitu pada 20 Julai 2015, saya telah berperanan dalam memastikan setiap jawatankuasa bergerak dengan proaktif dan menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan. Saya juga telah memastikan bahawa program lawatan ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Ini termasuklah memastikan bahawa tiada sebarang cacat-cela atau kesulitan berlaku semasa berlangsungnya lawatan ini. Selain itu, saya juga telah memastikan bahawa setiap ahli jawatankuasa sentiasa menjadikan keselamatan sebagai keutamaan sepanjang lawatan ini. Ini termasuklah menjaga kebajikan diri sendiri dan rakan-rakan seperjuangan. iii. SELEPAS Selepas lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas ini berakhir, saya telah memastikan bahawa setiap jawatankuasa telah menjalankan tugas

Upload: jezsyca-atun

Post on 05-Jan-2016

245 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PENGERUSI

[ ]

LAPORAN JAWATANKUASA

NAMA : HAZAIRI BIN HERMAN

NO.KAD PENGENALAN : 930604-12-6271

BIDANG TUGAS : PENGERUSI

i. SEBELUM

Sebagai pengerusi bagi program Lawatan Ke Sekolah Pendidikan Khas bagi

kursus PJM3142 Pendidikan Jasmani Suaian, saya telah dipertanggungjawabkan

untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pelaksana bagi program ini. Sehubungan

ini, selepas dilantik menjadi pengerusi, saya telah menubuhkan satu ahli

jawatankuasa pelaksana bagi program ini yang terdiri daripada pelbagai

jawatankuasa yang berfungsi sebagai penggerak bagi program ini. Selain itu, saya

juga berperanan memantau perkembangan bagi setiap jawatankuasa dan

mengadakan beberapa kali perjumpaan yang bertujuan membincangkan

perkembangan bagi setiap AJK yang telah dilantik tersebut. Dalam pada itu, saya

juga bertanggungjawab untuk mendapatkan kata putus bagi sebarang cadangan dan

permasalahan yang timbul dalam kalangan jawatankuasa bagi memastikan

kelancaran program ini dapat berjalan dengan baik seperti yang dirancang.

ii. SEMASASemasa program lawatan ini berlangsung iaitu pada 20 Julai 2015, saya telah

berperanan dalam memastikan setiap jawatankuasa bergerak dengan proaktif dan

menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan. Saya juga telah

memastikan bahawa program lawatan ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Ini

termasuklah memastikan bahawa tiada sebarang cacat-cela atau kesulitan berlaku

semasa berlangsungnya lawatan ini. Selain itu, saya juga telah memastikan bahawa

setiap ahli jawatankuasa sentiasa menjadikan keselamatan sebagai keutamaan

sepanjang lawatan ini. Ini termasuklah menjaga kebajikan diri sendiri dan rakan-

rakan seperjuangan.

iii. SELEPASSelepas lawatan ke Sekolah Pendidikan Khas ini berakhir, saya telah

memastikan bahawa setiap jawatankuasa telah menjalankan tugas dan

Page 2: LAPORAN PENGERUSI

[ ]

tanggungjawab mereka dengan baik dan komited. Selain itu, saya turut memastikan

bahawa tiada sebarang masalah dan kesulitan berlaku kepada setiap ahli

jawatankuasa selepas berakhirnya lawatan ini. Ini termasuklah dalam aspek

keselamatan dan kebajikan mereka. Justeru, sebagai pengerusi, saya berperanan

mempengerusikan sesi post-mortem yang telah diadakan sejurus selepas

berakhirnya lawatan ini. Sesi post-mortem ini bertujuan menilai aspek kebaikan,

kelemahan serta cadangan penambahbaikan yang berlaku sepanjang lawatan

berlangsung. Dalam pada itu, saya turut memastikan bahawa setiap jawatankuasa

melangsaikan segala tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan khususnya

kepada pihak atasan seperti menghantar segala bentuk bahan dokumentasi.

Disediakan oleh,

__________________________

(HAZAIRI BIN HERMAN)

PENGERUSI

Lawatan ke Sekolah-sekolah Pendidikan Khas.