laporan pementoran

3
LAPORAN PEMENTORAN BULAN : Disember TARIKH : 27- 31 Disember 2010 AKTIVITI 6 : Kaedah perlaksanaan penilaian terhadap pelajar KAEDAH PERLAKSANAAN : 1. Pengumpulan sampel-sampel tugasan dan latihan pelajar. 2. Perbincangan kaedah-kaedah penilaian. 3. Perbincangan keseluruhan. PROSES PERLAKSANAAN : 1. Guru panitia telah memberikan penerangan mengenai cara-cara untuk membuat penilaian terhadap tugasan pelajar. 2. Sebagai contoh, guru akan memberikan kepada pelajar tugasan sepertimana yang telah dirancangkan di dalam rancangan pengajaran tahunan Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Lukisan’yang perlu disiapkan oleh pelajar sebagai salah satu tugasan wajib dalam matapelajaran ini. 3. Seterusnya, guru perlu menyemak hasil karya pelajar berpandukan skema permarkahan yang telah diberikan oleh guru panitia Pendidikan Seni Visual.

Upload: hatena-contenna

Post on 01-Jul-2015

5.926 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PEMENTORAN

LAPORAN PEMENTORAN

BULAN : Disember

TARIKH : 27- 31 Disember 2010

AKTIVITI 6 : Kaedah perlaksanaan penilaian terhadap pelajar

KAEDAH PERLAKSANAAN :

1. Pengumpulan sampel-sampel tugasan dan latihan pelajar.

2. Perbincangan kaedah-kaedah penilaian.

3. Perbincangan keseluruhan.

PROSES PERLAKSANAAN :

1. Guru panitia telah memberikan penerangan mengenai cara-cara untuk membuat penilaian terhadap

tugasan pelajar.

2. Sebagai contoh, guru akan memberikan kepada pelajar tugasan sepertimana yang telah dirancangkan

di dalam rancangan pengajaran tahunan Pendidikan Seni Visual bertajuk ‘Lukisan’yang perlu

disiapkan oleh pelajar sebagai salah satu tugasan wajib dalam matapelajaran ini.

3. Seterusnya, guru perlu menyemak hasil karya pelajar berpandukan skema permarkahan yang telah

diberikan oleh guru panitia Pendidikan Seni Visual.

4. Begitu juga dengan matapelajaran Bahasa Melayu, guru perlu menyemak tugasan pelajar contohnya

dalam penulisan karangan, guru akan menyemak setiap elemen yang penting contohnya tatabahasa,

kosa kata dan sebagainya.

5. Seterusnya, pemarkahan akan diberikan markah mengikut skema pemarkahan PMR yang telah

disediakan oleh guru terbabit.

6. Mengadakan sesi sumbang saran dan perbincangan dengan guru-guru berkaitan mengenai kaedah-

kaedah penilaian.

Page 2: LAPORAN PEMENTORAN

REFLEKSI :

Aktiviti minggu keenam yang melibatkan kaedah perlaksanaan penilaian terhadap pelajar merupakan satu

aspek baru yang diketengahkan dalam diri saya sebagai seorang guru permulaan. Hal ini kerana penialain

yang dilakukan terhadap pelajar perlu mengikut panduan dan kaedah yang ditetapkan oleh pihak

pengurusan. Penialain yang dilakukan terhadap setiap pelajar seharusnya berpandukan kod-kod penilaian

yang telah diselaraskan mengikut tingkatan dan kelas. Setiap pelajar akan melalui pelbagai sesi penilaian

bergantung kepada mata pelajaran yang diambil sama ada secara individu atau berkumpulan. Sebagai

contoh, bagi pelajar-pelajar tingkatan 2. Setiap pelajar perlu menyiapkan penulisan karangan berdasarkan

tajuk yang telah diberikan oleh guru secara individu. Tugasan tersebut perlu dihantar dengan kadar segera

dan guru akan menilai hasil penulisan mereka. Saya telah diberikan peluang utnuk melihat cara-cara

untuk menilai dengan cara mengikut skema penilaian yang telah diberikan bergantung kepada cara

penulisan pelajar. Peluang yang telah diberikan ini merupakan satu pengalaman yang membuka ruang

kepada saya untuk memahirkan diri dalam proses penilaian. Selain itu, saya juga dapat mengetahui teknik

untuk menilai hasil karya pelajar dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual. Hal ini juga dapat

membantu saya untuk lebih mengenali corak penilaian yang lebih efisyen dan tepat dalam member

permarkahan yang terbaik kepada pelajar..

RUMUSAN :

Kaedah pelaksanaan penilaian terhadap pelajar merupakan satu elemen atau skop yang penting untuk

didedahkan kepada setiapa guru permulaan.setiap guru permulaan perlu diberi peluang untuk sama-sama

melibatkan diri dalam proses penilaian yang dilakukan di sekolah supaya dapat mendedahkan diri dengan

kaedah penilaian yang tertentu.

………………………………… …………………………………

Tarikh :………………………... Tandatangan Mentor

Nama : Noralisa Binti Noor Nama :

Page 3: LAPORAN PEMENTORAN