maklumat terkini : edisi #1 -...

8
Maklumat Terkini : Edisi #1 JUN 2017

Upload: dinhnguyet

Post on 31-Jan-2018

232 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

Maklumat Terkini : Edisi #1JUN 2017

Page 2: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

MAKLUMAT TENTANG PROJEK TAMAN TUGU

Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my 2

Projek Taman Tugu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merangkumi pelbagai komponen. Projek ini diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan sokongan pelbagai

pihak termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Perkongsian Awam-Swasta (UKAS), Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dan Persatuan Pencinta Alam (MNS).

Secara keseluruhannya, sebanyak RM650 juta telah diperuntukkan untuk projek ini yang terdiri daripada

komponen-komponen yang berikut:

Menubuh satu amanah kebangsaan awam sebagai pemilik dan pengurus taman termasuk operasi, penyelenggaraan, kerjasama, dan pembangunan komuniti sehingga tahun 2030RM100 juta

Komponen 4

Pemuliharaan dan pengaktifkan taman hutan di bandar Kuala Lumpur seluas 66 ekarTidak lebih daripada RM190 juta

Menghubungkan kawasan sekitar Tugu Negara dengan laluan mesra pejalan kaki Tidak lebih daripada RM175 juta

Membangunkan sebuah pusat pembelajaran dan inovasi Tidak lebih daripada RM185 juta

Komponen 1 Komponen 3Komponen 2

Mengurangkan pelepasan karbon Memulihara hutan sekunder seluas 66 ekar; Mengekalkan >800 pokok di tapak; Menanam >4,000 pokok hutan hujan baru; yang semua terletak di tengah ibu kota.

Menambah tempat bersosial dan berekreasiMewujudkan satu tarikan outdoor yang baru; kemudahan rekreasi yang percuma untuk digunakan seperti laluan larian dan berjalan (trails) >5km, kawasan permainan kanak-kanak, gerai makanan dan minuman serta ruang untuk pelbagai acara.

Menjadikan bandar kita lebih mesra untuk pejalan kaki Akses yang lebih baik melalui lokasi bersejarah, kebudayaan dan kawasan rekreasi sekitar KL Sentral, Taman Botani Perdana dan Tugu Negara.

Menyumbang kepada pembelajaran Ruang untuk perpustakaan awam, galeri seni; kawasan untuk program percuma untuk pelbagai umur dan minat; platform untuk sukarelawan mengajar.

Memupuk penghargaan terhadap hutan hujan kitaSebuah pusat pendidikan hutan hujan dalam kawasan hijau di tengah bandar dengan paparan yang sering dikemas kini, pameran-pameran dan perbincangan tentang alam sekitar.

Menggalakkan syarikat kecil baru (start-up) tempatanRuang kerja bersama (co-working) dan maker- space yang disertai program pementoran menyediakan platform bagi membantu syarikat kecil dan baru untuk berkembang.

Menambah baik rumah ibadat untuk komuniti Surau Jumaat dan Kuil Hindu akan dinaiktaraf untuk mengganti rumah ibadat yang dibina beberapa dekad dahulu

Menjana sebanyak ~RM400j setahun untuk ekonomi tempatanIni berdasarkan jangkaan bahawa 10% daripada pelancong yang melawat KL akan menambah tempoh tinggal mereka sebanyak ½ hari; Oleh itu projek ini akan dapat membiayai sendiri (self-funded) dalam tempoh kurang dari 2 tahun.

MANFAAT UTAMA PROJEK TAMAN TUGU

Page 3: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

MELANGKAH KE HADAPAN BERSAMA PROJEK TAMAN TUGU

Pada 4 September 2016, Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Projek Taman Tugu, yang terdiri daripada 4 komponen. Komponen ini termasuk pembangunan satu taman hutan seluas 66 ekar untuk penggunaan orang ramai; mempertingkatkan laluan pejalan kaki disekitar KL Sentral, Taman Botani Perdana dan Tugu Negara; pembangunan pusat pembelajaran dan inovasi, serta penubuhan dana amanah awam kebangsaan (national public trust) untuk memiliki dan mengurus taman hutan tersebut. Sesi Maklum Balas AwamSejak pelancaran, Khazanah Nasional Berhad telah menjalankan sesi interaksi bersama orang awam untuk memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang Projek Taman Tugu dan komponen-komponennya. Sesi interaksi yang pertama dijalankan pada 9 September 2016 dengan dialog terbuka bersama Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar. Sejak itu, lebih 30 sesi interaksi dialog terbuka dan perbincangan tertutup bersama kumpulan dan komuniti seperti kumpulan alam sekitar, persatuan arkitek dan landskap, komuniti pelari dan peminat basikal, majlis pelancongan, institusi pendidikan, kementerian dan juga ahli-ahli Parlimen telah diadakan. Kami juga telah mengendali Sesi Bertemu Rakyat (Rakyat Touch Points) di beberapa pusat membeli-belah dan stesen-stesen LRT. Sesi ini telah diadakan untuk memastikan kami dapat menyampaikan maklumat kepada orang awam. Satu kaji selidik telah dijalankan di semua ‘Sesi Bertemu Rakyat’ dan juga on-line melalui laman web Projek Taman Tugu. Kaji selidik yang berlangsung dari bulan September hingga November 2016 ini mendapat hampir 2,000 jawapan dan maklum balas. Kami amat berbesar hati dengan maklum balas positif dan membina yang diterima melalui kaji selidik ini serta sesi-sesi interaksi yang telah diadakan. Orang awam, ahli sektor kerajaan dan swasta serta pelbagai pihak lain bukan sahaja bersemangat berkongsi idea-idea, malah juga sanggup berkongsi masa, kemahiran dan kepakaran mereka untuk bekerjasama dengan kami dalam pelbagai aspek taman ini. Hasil dari kaji selidik ini kini tertera di laman web Taman Tugu dan juga telah dimasukkan dalam pelan induk kami. Komponen 1: Taman Tugu (taman sahaja)Pada masa ini, kesemua kelulusan penting untuk komponen projek taman telah diperolehi. Ini termasuk Arahan Pembangunan (Development Order, DO) daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta kelulusan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan bagi Pentaksiran Impak Alam Sekitar (EIA) dan Pelan Pembangunan Alam Sekitar (EMP). Notis jemputan untuk menghantar tender dan prakelayakan bagi sebahagian projek taman telah disiarkan dalam akhbar-akhbar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Semua pemohonan tender tersebut kini sedang dinilai oleh pihak kami. Anugerah tender akan mula dikeluarkan dari Jun 2017 dan pembinaan di tapak taman dijangka akan bermula tidak lama selepas itu. Komponen projek taman berfasa ini bakal siap seperti dirancang bermula Q4 2018. Komponen 2: Penghubung (Connectors) Reka bentuk kawasan parkir Padang Merbok dan jalan bawah tanah atau underpass (di bawah Jalan Parlimen) yang akan menghubungkan Taman Tugu dan Tugu Negara ke Taman Botani Perdana sedang disiapkan dan kerja pembinaan dijangka akan bermula pada Q4 2017. Manakala, untuk dek pejalan kaki bertingkat (overhead deck) yang menghubungkan KL Sentral ke Taman Botani Perdana, satu kajian kesesuaian sedang dijalankan untuk menilai reka bentuk yang dirancang dan kemudahan akses. Hasil kajian ini kemudiannya akan digunakan sebagai maklumat untuk sebuah pertandingan seni bina. Pertandingan tersebut dijangka dilancar pada Q3 2017 dan pembinaan kemudiannya akan bermula pada Q2 2018 selepas kelulusan yang relevan telah diperolehi. Laluan pejalan kaki tertutup dari pintu masuk Taman Tugu ke stesen KTM Bank Negara akan disiapkan mengikut jadual, iaitu pada masa yang sama dengan pembukaan rasmi taman. Semua laluan penghubung Projek Taman Tugu bakal disiap seperti yang dirancang, iaitu tahun 2019. Komponen 3: Khazanah ILMUUntuk komponen pusat pembelajaran dan inovasi, atau Khazanah ILMU, pelan untuk penggunaan ruang dan reka bentuk kini sedang disiapkan untuk memastikan ia dapat memenuhi keperluan komuniti dan tidak akan memberi kesan yang buruk kepada tapak yang akan menjadi lokasi pusat ini. Ruang-ruang utama dirancang untuk Khazanah ILMU adalah perpustakaan awam, galeri seni, kawasan co-working, maker spaces dan ruang adaptif untuk acara-acara awam. Khazanah ILMU bakal siap seperti yang dirancang, iaitu pada tahun 2020. Komponen 4: Amanah AwamPermohonan terakhir untuk amanah awam kebangsaan yang akan dipanggil Amanah Warisan Negara sedang disiapkan dan dijangka siap sepenuhnya pada Q3 2017. Meskipun fokus amanah ini pada masa ini adalah untuk menjadi pemilik dan pengurus Taman Tugu, aspirasi masa depan Amanah Warisan Negara adalah untuk mempertimbangkan tapak lain untuk dilindung, dinaik taraf, dan dikendalikan. Projek-projek ini akan merangkumi ruang-ruang yang mempunyai kepentingan nasional, budaya dan sejarah. Amanah Warisan Negara telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 tetapi usaha kini sedang dijalankan untuk mewujudkan satu Akta baru yang khusus untuk amanah ini untuk memastikan tadbir urus, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih baik. Kewujudan Akta Parlimen secara khusus untuk mentadbir Amanah Warisan Negara mengambil ilham daripada oleh National Trust di United Kingdom yang pada mulanya diwujudkan di bawah Akta Syarikat tetapi kemudiannya digabungkan melalui enam Akta Parlimen. National Trust kini merupakan salah satu pemilik tanah terbesar di United Kingdom dengan lebih 610,000 ekar tanah di bawah naungannya dan mempunyai keahlian melebihi 4 juta ahli dengan lebih 70,000 sukarelawan.

3Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my

Page 4: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

KOMPONEN 1 : PEMULIHARAAN DAN PENGAKTIFAN TAMAN HUTAN SELUAS 66 EKAR

Kelulusan-kelulusan penting termasuk Arahan Pembangunan (Development Order, DO); Penilaian Impak Alam Sekitar, Pentaksiran Impak Alam sekitar (EIA) dan Pelan Pembangunan Alam Sekitar (EMP) telah diterima.

Laporan Penilaian Impak Pengangkutan (Transport Impact Assessment, TIA) yang mempertimbangkan potensi impak projek terhadap kawasan persekitaran, seperti, e.g. Tugu Peringatan Negara dan Padang Merbok telah dihantar.

Memperbaiki pelan utama taman dan reka bentuk bangunan dengan mengambil kira maklum balas daripada sesi interaksi awam, mempertimbangkan prinsip reka bentuk yang mampan (sustainable), operasi yang efisyen dan kos yang efektif.

Mengadakan sesi mesyuarat kerja dengan pelbagai pihak berkuasa dan rakan kongsi kami seperti Persatuan Pencinta Alam (Malaysia Nature Society, MNS), Institut Penyelidikan Perhutanan (Forest Research Institute of Malaysia, FRIM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (”JPSM”) mengenai strategi pemuliharaan termasuk pilihan spesies flora dan perlindungan fauna.

Memulakan proses tender bagi 3 pakej utama yang berikut, i.e.:

Bagi Pakej 1 & 2, tarikh tutup bagi pemohonan bidaan telah dipanjangkan kerana pada mulanya, kami tidak menerima pemohonan yang mencukupi dari pembida yang layak. Tempoh permohonan sudah tutup dan semua bidaan yang layak kini sedang dinilai. Keputusan akan diumumkan pada Jun 2017.

Bagi Pakej 3, pusingan prakelayakan telah diadakan dan jemputan untuk tender sepatutnya diberi ke pemohontender yang layak pada awal Mei 2017. Akan tetapi, ianya telah ditunda ke akhir Jun/awal Julai 2017 kerana terdapat tambahan dalam senarai kriteria untuk memelihara topology tapak dengan lebih baik. Ini juga termasuk kajian nilai kejuteraan untuk memastikan kos masih terletak di dalam bajet sambil memastikan tujuan utama taman.

Langkah penting seterusnya:

Pakej 1: Kawasan Timur Laut (Surau Jumaat, kuarters dan gerai makanan)Pakej 2: Bekalan, Penanaman, Penyelenggaraan dan Jaminan Pokok sepanjang tamanPakej 3: Kawasan Timur, Barat dan Selatan (Kawasan Keluarga, Outdoor dan pendidikan)

Memasang dinding pembinaan sekeliling perimeter tapakMemulakan pembuangan struktur yang sedia ada dan spesis yang dikenalpasti akan mati atau menjadi penghalangMembina tapak semaian tumbuhan sementara serta tapak semaian kekal di kawasan Taman Tugu.Memulakan pembinaan kawasan SurauBermula menanam spesis tumbuhan yang tidak perlu disuai-iklim (acclimatization) di tapak semaian di kawasan Taman Tugu

Secara keseluruhannya, komponen ini bakal siap secara berfasa menjelang Q4 2018 dan akan dibuka untuk orang awam setelah kelulusan keselamatan diberi.

4Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my

SESI MAKLUM BALAS AWAM

Sesi pertama dijalankan pada hari Jumaat, 9 September dan Sabtu, 10 September, dengan dialog terbuka bersama Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar.

Seterusnya, lebih 30 sesi interaksi telah dikendalikan. Ini termasuk dialog terbuka dan perbincangan tertutup bersama kumpulan dan komuniti seperti kumpulan alam sekitar, persatuan arkitek dan landskap, komuniti pelari dan peminat basikal, majlis pelancongan, institusi pendidikan, kementerian dan juga ahli-ahli Parlimen.

Sesi Bertemu Rakyat (Rakyat Touch Points) dengan booth interaktif telah diadakan di beberapa pusat membeli-belah dan stesen-stesen LRT.

Satu kaji selidik dilaksanakan semasa Sesi Bertemu Rakyat ini dan secara atas talian (online) dari September hingga November 2016. Kaji Selidik ini mendapat hampir 2,000 maklum balas.

Hasil kaji selidik yang telah dikongsikan di laman web tamantugu.com.my telah menyumbang kepada pelan utama taman dan pilihan aktiviti, makanan dan juga pelbagai kemudahan lain di Taman Tugu yang penting kepada bakal pelawat.

PERKEMBANGAN TERKINI

KOMPONEN 2: MENGHUBUNGKAN KAWASAN SEKITAR

Jalan bawah tanah (underpass) di bawah Jalan Parlimen antara Taman Botani Perdana dengan Tugu Negara/Taman Tugu

Dek penyambung overhed di antara KL Sentral dengan Taman Botani Perdana

Covered pedestrian walkway between Taman Tugu and the Bank Negara KTM Station

The immediate next step is to appoint a Project Management Company to oversee the connectors component and commence the relevant detailed site studies and inspections.

Lokasi tebuk/penggalian yang tepat dan lokasi akses sedang dimuktamadkan.Penilaian pergerakan pejalan kaki serta aliran trafik di kawasan Taman Botani Perdana, Tugu Peringatan Negara dan Taman Tugu serta sepanjang Jalan Parlimen kini sedang dijalankan.

Pada masa ini sedang dibincangkan bersama CIMB, MRCB dan MRT Corp mengenai beberapa pilihan bagi titik pendaratan di sisi KL Sentral. Pertimbangan pergerakan dari stesen KL Senteral, kesalinghubungan yang mungkin melalui stesen MRT Muzium Negara yang akan dibuka dan akses Bomba kini sedang dinilai.

Page 5: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

5Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my

KOMPONEN 4: PENUBUHAN AMANAH AWAM NEGARA

Satu draf Surat Ikatan Amanah (Trust Deed) telah disiapkan dan diserahkan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri.

Nama Amanah yang dirancang adalah “Amanah Warisan Negara” atau “National Heritage Trust”.

Amanah ini dijangka akan berkembang melalui tiga fasa:

Bagi Fasa 1, tiga (3) pemegang amanah akan dilantik terlebih dahulu. Lebih banyak ahli akan ditambah kemudian memandangkan amanah ini akan melalui tiga fasa seperti di atas.

Penetapan fasa-fasa ini membolehkan Khazanah membantu pengurusan Amanah pada fasa awal (start-up). Akan tetapi, Khazanah membenarkan Amanah ini beroperasi dengan bebas sementara membina kekuatan dan kewangannya.

Perancangan perniagaan, operasi dan kewangan bagi komponen taman telah selesai. Taman Tugu akan menjadi aset pertama yang diletakkan di bawah Amanah ini.

Memulakan rancangan untuk membangunan suatu Akta Parlimen secara khusus untuk memasukkan dan mentadbir Amanah Warisan Negara.

Keutamaan serta-merta adalah untuk memuktamadkan penubuhan Amanah dan memastikan kawasan tapak Taman Tugu dipindahkan dibawah naungannya.

Fasa 1 : 2017 – 2019 : Tempoh pembangunan dan pembinaan Fasa 2 : 2019 – 2030 : Beroperasi dengan tambahan pembiayaan dari Khazanah Fasa 3 : 2030 dan seterusnya : Beroperasi tanpa pembiayaan Khazanah

CONNECTING THE SURROUNDING AREA

Underpass below Jalan Parlimen between Taman Botani Perdana and the Taman Tugu

Dek penyambung bertingkat (overhead) di antara KL Sentral dengan Taman Botani Perdana

Laluan pejalan kaki berbumbung di antara Taman Tugu dengan Stesen KTM Bank Negara

Langkah penting seterusnya ialah untuk melantik satu Syarikat Pengurusan Projek untuk memantau komponen penyambung dan memulakan kajian terperinci dan penyiasatan yang relevan untuk tapak tersebut.

Komponen penyambung ini bakal siap seperti yang dijangka secara berfasa bermula awal tahun 2019.

Exact punch-through location and access points are being finalised.Circulation between Taman Botani Perdana, Tugu Peringatan Negara and Taman Tugu whilst managing traffic flow along Jalan Parlimen is also being reviewed.

Pada masa ini, pelan dek ini sedang dibincangkan bersama CIMB, MRCB dan MRT Corp mengenai beberapa pilihan bagi titik pendaratan di tepi KL Sentral.Pertimbangan pergerakan dari stesen KL Senteral, serta penggunaan laluan melalui stesen MRT Muzium Negara yang akan dibuka dan akses Bomba kini sedang dinilai.

Jalan yang muktamad sedang diperhalus. Pilihan material untuk bahagian atap dan lantai sedang dinilai.

KOMPONEN 3: PEMBANGUNAN PUSAT PEMBELAJARAN DAN INOVASI @ KHAZANAH ILMU

Memperhalus pelan reka bentuk bangunan untuk memastikan ianya tidak akan memberi impak negatif terhadap kawasan itu.

Menyiapkan perancangan penggunaan ruang dan mengenal pasti ruang-ruang utama untuk:

Memulakan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar mengenai kriteria untuk melaksanakan EIA khusus untuk komponen Khazanah ILMU sahaja. Pada masa ini, maklum balas yang diterima adalah dokumen untuk komponentaman yang diserahkan perlu dikemaskini mengikut kawalan tambahan yang terdapat dalam EMP.

Inisiatif yang sedang dilaksanakan sekarang:

Langkah segera seterusnya ialah untuk melantik satu Syarikat Pengurusan Projek khas untuk mengawas komponen ini dan memulakan kajian tapak dan penyiasatan terperinci yang berkaitan.

Khazanah ILMU bakal siap seperti yang dijangka bermula akhir tahun 2019.

Perpustakaan awam untuk pelbagai peringkat umur dan minatGaleri seni awam dan ruang pameranRuang kerja bersama (co-working) dan maker-spaceKawasan belajar dan ruang kolaboratifAuditorium dan bilik untuk program pembelajaran

Menambah kesinambungan antara ruang-ruang yang sedia ada dan bagaimana setiap ruang dapat menepati tujuan dan fungsi berbeza untuk memastikan penggunaan pusat pembelajaran dan inovasi yang optimum. Setiap Ruang mempertimbangkan perspektif masa debat berdasarkan contoh terbaik dari inspirasi tempatan dan global.Sebagai contoh, antara pertimbangan yang termasuk dalam perbincangan ini adalah - "bagaimanakah keadaanpersekitaran di masa hadapan?"

Page 6: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak melancarkan Projek Taman Tugu pada 4 September 2016.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meneliti peta keseluruhan kawasan Kuala Lumpur yang akan menempatkan Projek Taman Tugu.

Sukarelawan yang terlibat dalam langkah pemindahan (transplanting exercise) pertama untuk mengeluarkan tumbuhan seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak pokok lain. Tumbuhan ini akan dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu setelah siap, dipindahkan ke taman awam dan tapak semaian lain atau diberikan kepada taman persendirian.

Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar memberi ucapan semasa Sesi Interaksi Awam Projek Taman Tugu yang pertama pada 9hb September.

Kakitangan Khazanah dan sukarelawan MNS menanam benih pokok merbau semasa pelancaran Projek Taman Tugu.

6Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my

Pertumbuhan benih merbau (intsia bijuga) yang ditanam oleh orang ramai semasa pelancaran dan sesi-sesi interaksi. Anak-anak pokok ini yang dijaga oleh sukarelawan di tapak semaian MNS akan dipindahkanke tapak semaian di Taman Tugu pada tahun 2018.

Page 7: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

Tan Sri Azman Mokhtar dan Pasukan Projek Taman Tugu menerangkan pelan bagi Projek Taman Tugu semasa salah satu sesi interaksi awam yang dikendalikan.

Sesi mesyuarat kerja bersama MNS untuk membincangkan pemuliharaan tapak sedia ada dan program untuk Pusat Pendidikan Hutan Hujan dalam Projek Taman Tugu.

Sesi mesyuarat kerja bersama FRIM untukmembincangkan pemilihan spesies dan pembangunan laluan dalam taman.

Pasukan Projek Taman Tugu mengendalikan taklimat dan lawatan tapak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sesi Bertemu Rakyat (Rakyat Touch Points) yang diadakan di beberapa pusat membeli-belah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

Sesi Bertemu Rakyat (Rakyat Touch Points) yang diadakan di stesen-stesen LRT untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai.

7Maklumat Terkini : Edisi #1 tamantuguproject.com.my

Page 8: Maklumat Terkini : Edisi #1 - tamantuguproject.com.mytamantuguproject.com.my/wp-content/uploads/2017/06/TTP-Status... · space yang disertai program pementoran menyediakan platform

Nota:Segala maklumat dalam dokumen ini disahkan betul dan tepat pada masa terbitan. Sebarang penukaran atau perubahan kepada keadaan selepas tarikh terbitan mungkin akan memberi kesan kepada ketepatan maklumat ini.

tamantuguproject.com.my