laporan pelaksanaan projekmotivasi

9
LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6 Anjuran Guru Pelatih Intership bersama Guru-Guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pasir Puteh, Keningau 1

Upload: hawalilmiah

Post on 25-Dec-2015

239 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

LAPORAN

PELAKSANAAN PROJEK

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Anjuran Guru Pelatih Intership bersama Guru-Guru Tahun

6

dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

SK Pasir Puteh, Keningau

1

Page 2: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

Tarikh : 06 Ogos 2014

Hari : Rabu

Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Laporan Pelaksanaan Projek

3.0 Perbelanjaan

4.0 Penyertaan

5.0 Rumusan

Lampiran 1 : Gambar-gambar Sepanjang Program

2

Page 3: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

1.0 Pengenalan

Program Motivasi Tahun 6 ini merupakan pogram yang dirangka untuk

murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR agar dapat membantu

mereka membuat persediaan menjelang UPSR yang bakal tiba. Program ini

dianjurkan oleh guru pelatih internship bersama dengan guru-guru Tahun 6 dan

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pasir Puteh, Keningau.

Program ini diharapkan agar dapat dapat mewujudkan semangat

menghadapi peperiksaan dalam kalangan murid tahun 6 dan memberi

kesedaran kepada murid untuk terus berusaha membuat persediaan untuk

menghadapi UPSR. Objektif program ini dibuat adalah :-

Meningkatkan semangat murid menghadapi peperiksaan Menyedarkan kelemahan dan kelalaian murid menjawab soalan

peperiksaan Memberikan tips untuk persediaan menghadapi UPSR

2.0 Laporan Pelaksanaan Projek

Proram ini berlangsung pada 06 Ogos 2014 bersamaan dengan hari

Rabu. Program dijalankan di Kelas Tahun 6 bermula pada jam 7.00 pagi.

Program telah berjalan mengikut tentatif berikut :-

Masa Perkara

7.00 pagi Ketibaan peserta program dan susun atur tempat

7.30 pagi Taklimat ringkas daripada penyelaras program

8.00 pagi Ceramah 1

“ Persediaan Mengadapi UPSR”

Oleh En Bujang bin Hj. Sabli

10.00 pagi Rehat/ Minum Pagi

3

Page 4: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

10.30 pagi Penghayatan

11.30 pagi

12.00 t/hari

Majlis Perasmian dan Penangguhan Program

- Bacaan Doa

- Ucapan Tuan Guru Besar

- Penyampaian Cenderahati

- Sesi fotografi

- Majlis dijangka selesai.

Semasa program berlangsung, bekalan elektrik telah terputus. Namun,

program masih dapat diteruskan oleh Tuan Penceramah tanpa gangguan.

Disiplin murid terkawal dan murid dapat melibatkan diri secara aktif sepanjang

program.

3.0 Perbelanjaan

Bagi melaksanakan projek ini, pihak Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh

telah menanggusng semua kos perbelanjaan program ini. Perbelanjaan yang

digunakan untuk program ini adalah seperti berikut :-

Perkara Harga/Unit Jumlah

Makan dan minum

peserta program (100

orang murid)

RM 3.00 RM 300.00

4.0 Penyertaan

Seramai 100 orang murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR menjadi

sasaran kepada program ini. 96 orang murid hadir dan mengikuti program ini

sehingga akhir manakala 4 orang murid tidak hadir ke sekolah. (Rujuk senarai

kehadiran murid)

5.0 Rumusan

Penganjuran program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Projek ini amat baik dan wajar diteruskan lagi di masa-masa hadapan. Ianya

4

Page 5: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

bukan sahaja dapat memberikan motivasi kepada murid malah ia juga

memberikan kesedaran kepada murid untuk terus berjaya.

Diharapkan dengan wujudnya program seperti ini, Ia dapat menjadi

pemangkin kepada semangat dan kecemerlangan murid seterusnya

kecemerlangan sekolah ini. Di samping itu, diharapkan agar program yang

dilaksanakan ini dapat membantu pihak sekolah dan memberikan impak yang jitu

teradap semangat dan motivasi pelajar untuk mendapatkan keputusan yang

cemerlang

Laporan disediakan oleh, Disahkan oleh,

(NORASHIKIN MOHD JOHAN) (WAHANIN BIN ISMAIL)Setiausaha II, Guru BesarProgram Motivasi Tahun 6 SK Pasir Puteh, Keningau.SK Pasir Puteh, Keningau.

5

Page 6: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

Gambar-Gambar sepanjang program berlangsung

Gambar 1 Ketibaan En Bujang Hj Sabli, Pensyarah IPG Kampus Keningau selaku Penceramah Motivasi

6

Gambar 2 Tuan Guru Besar memantau program yang berlangsung

Page 7: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

Gambar 3 Sesi motivasi bermula

Gambar 4 Murid yang terpilih untuk menyatakan impian kecemerlangan

Gambar 5 Sesi penghayatan

7

Page 8: LAPORAN PELAKSANAAN PROJEKMotivasi

Gambar 6 Penyampaian cenderahati daripada pihak sekolah kepada Tuan Penceramah

Gambar 7 Gambar kenangan pelajar tahun 6 bersama Guru Besar dan En. Bujang

8