laporan pelaksanaan internship_papan enrolem

5
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu 59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP NAMA PELAJAR : Siti Noor Fatiah Binti Mohamed Yusoff PROGRAM : PISMP (PSV / PJ / BM ) NAMA SEKOLAH : SK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur NAMA PROJEK : Papan Enrolmen Maklumat Murid di Sekolah TEMPOH PELAKSAAN : 08 12. Julai. 2013

Upload: fatiah-mohamed-yusoff

Post on 05-May-2017

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pelaksanaan Internship_papan Enrolem

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu

59990 Lembah Pantai,

Kuala Lumpur

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Siti Noor Fatiah Binti Mohamed Yusoff

PROGRAM : PISMP (PSV / PJ / BM )

NAMA SEKOLAH : SK Seri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur

NAMA PROJEK : Papan Enrolmen Maklumat Murid di Sekolah

TEMPOH PELAKSAAN : 08 – 12. Julai. 2013

Papan Enrolem Murid

Page 2: Laporan Pelaksanaan Internship_papan Enrolem

1.0 - OBJEKTIF PERLAKSANAAN PROJEK

Objektif pertama perlaksanaan projek ini adalah untuk mewujudkan suasana

sekolah yang bermaklumat. Papan maklumat enrolemen murid ini memudahkan

guru, pihak pentadbiran, para pelawat, dan ibu bapa untuk mengetahui maklumat

asas mengenai bilangan kelas, bilangan keseluruhan murid, dan memudahkan

pihak pentadbiran untuk sentiasa memberikan maklumat baharu kepada warga

sekolah. Selain itu, papan maklumat enrolemen murid ini juga memberikan

gambaran awal kepada warga sekolah mengenai status bilangan murid di dalam

setiap tahun dan kelas.

Objektif yang kedua adalah untuk mewujudkan satu papan maklumat

enrolmen murid yang teratur dan kemas. Papan maklumat yang kemas dan

teratur memberikan gambaran bahawa warga SKSP mengamalkan budaya kerja

yang kondusif dan sistematik. Budaya kerja yang sistematik akan memberikan

gambaran yang baik kepada pihak luar seperti ibu bapa bahawa sekolah ini

merupakan satu sekolah yang terbaik dalam pengurusan sekolah. Ini

bersesuaian dengan penyertaan sekolah ini sebagai salah sebuah sekolah

berkualiti di bawah program ‘sistem pengurusan sekolah kualiti”.

Objektif perlaksanaan projek yang ketiga adalah melengkapkan papan

maklumat enrolemen murid dengan informasi dan maklumat yang berkaitan.

Papan enrolemen merupakan satu papan maklumat yang penting supaya warga

sekolah mendapat maklumat yang tepat berkaitan dengan bilangan murid,

bilangan kelas, dan guru kelas. Ini bertujuan untuk memudahkan warga sekolah

untuk merujuk maklumat yang lengkap tanpa perlu mencari pihak yang

bertanggungjawab. Selain itu, informasi yang dilengkapkan juga akan

memberikan kelebihan kepada guru kelas untuk sentiasa mengemas kini

maklumat berkaitan murid di dalam kelas masing-masing.

Page 3: Laporan Pelaksanaan Internship_papan Enrolem

Gambar 1 menunjukkan papan maklumat enrolemen yang dilengkapkan.

Gambar 2 menunjukkan proses menyiapkan papan enrolemen murid

Page 4: Laporan Pelaksanaan Internship_papan Enrolem

2.0 – STRATEGI PERLAKSAAN PROJEK

Pada mulanya, kami berempat telah berbincang dan merancang satu draf

awal mengenai apa projek yang akan dilaksanakan oleh kami semasa menjalani

tempoh perlaksanaan intership ini. Kami telah merancang untuk melaksanakan

empat projek iaitu mural, sudut bacaan, papan enrolmen maklumat murid, dan

program tazkirah dan kuiz sempena bulan Ramadhan. Kami telah mengadakan

perbincangan bersama dan bertemu dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Puan

Azah Binti Syed Mohamed untuk mendapatkan kelulusan mengenai projek yang

akan dilaksanakan oleh kami. Setelah kertas kerja yang dibentangkan oleh kami

disahkan, kami merujuk kepada Puan Khatijah Bt Maulud untuk maklumat lanjut

perlaksanaan projek kecil ini.

Projek mengemas kini papan enrolemen murid ini merupakan cadangan

daripada Puan Khatijah iaitu GPK HEM. Beliau memberikan rasional bahawa

projek ini akan memudahkan warga sekolah merujuk maklumat apabila ia

dikemas kini sepenuhnya. Projek enrolemen murid ini memberikan gambaran

awal kepada kami mengenai cara pengurusan maklumat murid-murid di

sesebuah sekolah. Kami juga telah berbincang bersama Puan Khatijah

mengenai susun atur, jenis kertas warna yang akan digunakan, serta

penambahbaikan yang akan dilaksanakan pada papan maklumat ini. Kami

mengambil keputusan untuk menyusun atur maklumat murid mengikut kelas

serta menyediakan bersama nama guru kelas untuk memudahkan rujukan di

masa hadapan. Kami memilih konsep warna ‘terang’ supaya papan enrolemen

ini menarik perhatian guru-guru kelas untuk sentiasa mengemas kini maklumat

terbaharu jika terdapat pertukaran ataupun penambahan murid di dalam kelas.

Selain itu, konsep warna ini juga bertujuan untuk menarik perhatian semua pihak

yang melihat maklumat terbabit.

Page 5: Laporan Pelaksanaan Internship_papan Enrolem

Kami mula melaksanakan aktiviti projek pada 08. Julai. 2013 . Aktiviti

dimulakan dengan memadamkan maklumat asal dan merangka kotak-kotak

yang akan di isi dengan maklumat murid. Kami merancang draf awal di atas

kertas supaya tiada kesilapan akan berlaku apabila dihasilkan pada papan putih.

Draf awal ini memberikan gambaran awal kepada kami merancang dengan

sangat teliti dan mendapatkan persetujuan pihak sekolah sebelum dilaksanakan

proses seterusnya.

Pada minggu berikutnya, iaitu pada 19 Julai kami telah mewarnakan

dinding tersebut dengan warna kuning kerana latar belakang lukisan tersebut

adalah berwarna kuning. Keesokkan harinya, kami telah melukis lukisan mural di

dinding dengan menggunakan bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan

bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan.

Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir

untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung

jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya.

Mural tersebut mengambil masa untuk siap lebih awal daripada yang

dijangkakan. Kami telah menyiapkan mural tersebut pada 22 Julai iaitu 6 hari

lebih awal daripada jangkaan. Diharapkan mural tersebut berguna kepada

sekolah khususnya dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi

insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia.