laporan pelaksanaan internship.docxrr

Upload: tan-wei-nie

Post on 04-Jun-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    1/7

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    2/7

    STRATEGI PELAKSANAAN:

    Pada minggu pertama internship, saya dan rakan internship, Cik Chiew

    telah mendapat kebenaran guru mentor kami, iaitu Puan Te untuk menjalankan

    pertandingan kuiz Sains sebagai salah satu projek kami di SJK (C) Pei Chun

    2. Selepas itu, kami menyediakan kertas kerja untuk mendapat pengesahan

    Guru Besar. Puan Guru Besar amat menyokong projek ini kerana projek ini

    dapat meningkatkan minat murid tetang ilmu Sains. Menurut beliau, ilmu Sains

    bukan hanya dapat diperolehi daripada buku teks, sebaliknya ia dapat diperolehi

    daripada pelbagai sumber seperti buku cerita, komik-komik Sains yang sekarang

    menjadi semakin popular dan juga media massa elektronik. Justeru, murid-murid

    juga perlu mempunyai ilmu Sains yang lebih luas dan merangkumi pelbagai

    bidang seperti botani, zoology, geologi, astronomi dan lain-lain.

    Selepas itu, saya berbincang dengan Cik Chiew mengenai bilangan

    soalan untuk setiap tahun dan format soalan-soalan yang ditanya. Pada akhir

    perbincangan, kami telah mencapai persefahaman bahawa kebanyakan soalan-

    soalan murid tahap 1 perlu disediakan grafik. Tujuannya adalah untuk

    memudahkan murid tahap-tahap 1 dari segi pemahaman kehendak soalan.

    Bentuk grafik juga dapat menarik minat murid-murid yang masih kecil itu untuk

    terus menjawab soalan.

    Soalan yang saya gubal adalah untuk murid 3, 4 dan 6. Untuk

    memastikan soalan yang digubal merangkumi bidang yang luas, saya meminjam

    beberapa dari perpustakaan sekolah. Selain itu, saya juga melayari bank-bank

    soalan kuiz Sains di atas laman web. Kerja pengubalan soalan mengambil

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    3/7

    masalah yang agak panjang kerana ia melibatkan kerja penganalisisan dan

    penapisan soalan. Saya telah memastikan bahawa soalan yang digubal adalah

    menarik dan sesuai dengan tahap kognitif murid.

    Selepas saya menyiapkan tugasan pengubalan soalan, saya

    menunjukkan semua soalan yang telah digubal pada Puan Te. Selepas beliau

    memeriksa kertas soalan, beliau menunjukkan soalan-soalan yang harus dibuat

    pembetulan dari segi kesalahan ejaan dan cara soalan ditanya. Menurut beliau,

    kehendak soalan mesti ringkas dan mudah difahami. Dengan itu, barulah soalan-

    soalan yang digubal akan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang

    tinggi.

    Sebelum pertandingan kuiz Sains bermula, kami mengedarkan kertas-

    kertas soalan kepada guru-guru yang memasuki setiap kelas pada masa itu.

    Saya dan Cik Chiew bertugas sebagai jurugambar sepanjang pertandingan

    berlangsung. Suasana di dalam kelas adalah sangat senyap sebaik sahaja

    pertandingan bermula. Kebanyakan murid mengambil masa yang agak lama

    untuk menjawab soalan objektif. Menurut murid-murid tahun 4, soalan-soalan

    objektif adalah lebih susah daripada soalan struktur, walaupun soalan objektif

    mempunyai pilihan jawapan.

    Selepas 1 jam, semua guru mengumpulkan kertas jawapan soalan dan

    menyerahkan kertas jawapan tersebut kepada kami berdua. Oleh sebab kami

    telah menyediakan senarai jawapan terlebih dahulu, justeru kerja penandaan

    kertas jawapan dijalankan dengan agak lancar. Saya telah mengambil masa

    selama 2 hari untuk menanda kertas jawapan bagi 3 kelas. Selepas saya habis

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    4/7

    menanda semua kertas jawapan, saya mengeluarkan 3 kertas jawapan yang

    memperolehi markah yang paling tinggi. Saya telah mencatat keputusan

    pertandingan di dalam borang keputusan pertandingan kuiz.

    Saya menyerahkan borang keputusan tersebut kepada Guru Besar untuk

    supaya beliau dapat menyediakan pialan pertandingan. Keputusan pertandingan

    diumumkan pada 22Julai 2013. Murid-murid yang mendapat tempat pertama,

    kedua dan ketiga dianugerahkan piala. Mereka diberi tepukan yang gemurah

    sebagai tanda galakan untuk terus maju dan jaya pada masa hadapan.

    REFLEKSI:

    1. Kekuatan Projek/Aktiviti

    Rujukan yang dibuat untuk projek ini amat mencukupi. Justeru

    soalan yang digubal mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan

    yang tinggi. Ini dapat memastikan murid-murid betul-betul diuji tentang

    ilmu Sains.

    Selain itu, kehendak soalan adalah jelas dan ringkas, justeru

    masalah murid keliru dengan kehendak soalan tidak berlaku. Melalui

    pemerhatian saya, murid-murid mengambil masa yang sesuai untuk

    menjawab soalan yang disediakan. Oleh itu, aras kesukaran kertas soalan

    adalah sederhana dan sesuai.

    Di samping itu, projek ini adalah menepati program tahunan

    sekolah. Justeru, ia tidak mengganggu perancangan aktiviti sekolah.

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    5/7

    Sebenarnya saya berasa amat bangga kerana pelaksanaan program ini

    telah meringankan beban guru.

    2. Kelemahan Projek/Aktiviti :

    Pencetakan kertas soalan ini dibuat terlalu lambat.

    Kelemahan ini menyebabkan kerja persiapan untuk projek ini tidak

    dapat dijalankan dengan lebih awal.

    Selain itu, projek ini tidak diumumkan dengan lebih awal,

    justeru mengganggu guru-guru yang lain untuk membuat

    perancangan P&P harian.

    Di samping itu, taklimat mengenai projek ini tidak dijalankan.

    Oleh itu, terdapat segelintir guru yang tidak mengetahui cara

    pelaksanaan projek ini.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

    Kerja pencetakan harus dibuat 3 hari sebelum pertandingan

    dilaksanakan. Untuk mengelak masalah yang sama diulang pada masa

    hadapan, saya perlu menyediakan kertas soalan lebih awal supaya guru

    lain mempunyai masa yang mencukupi untuk mencetak.

    Selain itu, surat pengumuman projek harus dikeluarkan 5 hari lebih

    awal. Semua butiran penting harus disenaraikan, termasuk masa dan

    tempoh pelaksanan dan peraturan pertandingan.

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    6/7

    Di samping itu, guru-guru yang terlibat harus diberikan taklimat

    tentang pengiraan masa mencatat. Alat pencatat masa harus disediakan

    untuk pertandingan ini.

    KESIMPULAN :

    Kesimpulannya, saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk

    mengendalikan sebuah pertandingan kuiz sains peringkat sekolah. Oleh sebab

    saya tiada sebarang pengalaman dalam mengendalikan pertandingan kuiz sains

    sebelum ini, justeru mentor selalu memberi bimbingan kepada saya, terutama

    dari segi pemilihan soalan pertandingan. Tanpa bantuan dan bimbingan beliau,

    saya pasti tidak akan memperolehi pengalaman dan ilmu daripada projek ini.

    Saya amat yakin bahawa ilmu dan pengalaman yang saya perolehi dari projek ini

    akan membantu saya untuk menjadi guru Sains yang berkalibel.

    Lampiran

    Gambar A:Guru Mengedarkan

    kertas soalan

  • 8/13/2019 Laporan Pelaksanaan Internship.docxrr

    7/7

    Gambar B: Guru memberi taklimat

    tentang peraturan pertandingan

    Gambar C:Murid mula menjawabsoalan.

    Gambar D: Guru menjalankan

    tugas menanda kertas soalan.