laporan panitia pendidikan muzik
TRANSCRIPT
LAPORAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2009
SEKOLAH KEBANGSAAN KIONSOM INANAM SABAH
Pendahuluan
Pendidikan Muzik merupakan satu mata pelajaran yang penting di sekolah
,kerana ia dapat menyenangkan hati serta memberi keseronokan kepada murid-
murid.
Objektif
Mengikut Sukatan pelajaran yang ditetapkan murid-murid perlu
mengenalkan empat aspek dalam Pendidikan Muzik iaitu Persepsi
Estetik ,Pngalaman Muzikkal ,Eskpresi Kreatif dan Penghargaan Estetik.
Aktiviti Sepanjang Tahun
1. Demi meningkatkan lagi mutu dan minat pembelajaran mata
pelajaran Pendidikan Muzik ,guru juga menggunakan pelbagai jenis alat
bantuan mengajar seperti CD,alat-alat gendering ,rekorder dan carta-carta.
2. Penilaian Pendidikan Muzik diadakan dua kali setahun untuk
menguji pencapaian murid dalam pelajaran.Bahagian yang diutamakan
ialah nyanyian dan meniup rekorder.Guru perlu memastikan murid-murid
dapat meniup rekorder dengan cara yang betul.
3. Pertandingan Nyanyian Karaoke dijalankan di sekolah kepada
murid-murid tahun 6 selepas Peperiksaan UPSR untuk mencungkil bakat
anak murid.Selain itu ,pihak sekolah juga bersedia menghantar wakil murid
untuk mnyertai pertandingan di peringkat daerah.
4. Panitia Pendidikan Muzik juga bertanggungjawab menyiarkan lagu-
lagu symphoni pada waktu awal pagi supaya dapat mewujudkan suasana
yang harmoni di sekolah.
5. Panitia Pendidikan Muzik juga menyediakan prasarana system P.A
di bilik guru untuk memudahkan guru-guru di sekolah membuat sebarang
pengumuman kepada murid-murid.
6. Panitia Pendidikan Muzik juga bekerjasama dengan Kelab
Bimbingan Seni Budaya di bawah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan negeri Sabah bagi melatih murid-murid menggunakan alat-alat
seperti kompang dan kulintangan yang dijalankan pada hari Sabtu di bawah
kendalian jurulatih dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
Negeri Sabah.