laporan muzik

4
LAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK Nyanyian adalah salah satu aktiviti yang mny!"n"kkan #ada kanak$kanak% Kanak kanak #!ask"lah &!asa s!"n"k mnyanyi &!sama$sama atau dalam kum#ulan yang &sa!% M!ka #ada masa kini #andai mnyanyi lagu k"m#lks dan &!&agai$ &agai 'nis lagu% Ia k&iasaannya di(i#ta &agi mmnuhi tma$tma t!tntu dala #nga'a!an dan #m&la'a!an% )hu&ungan dngan itu* kami tlah mnga'a! s&uah lagu yang &!ta'uk Buka +utu ,ml"di O#n )hut +hm- dngan i!ingan ki&"d dngan stail mud yang &!&.a iai mud !iang dan mud sd!hana s!ta tm#" (#at dan tm#" lam&at% )tlah mlaksanakan ssi #nga'a!an dan #m&la'a!an ini* kami da#ati &aha/a t!da#at &&!a#a #!&.aan yang &"lh diknal#asti s#an'ang #nga'a!an lagu ini dilaksanakan% )masa mnga'a! lagu dalam tm#" yang (#at* kami da#at lihat &aha/a mu!id &"lh mnyanyikan dngan &aik mngikut i!ingan mu.ik% )&lum kami mnga'a! mnggunakan accmp on dan sync on * saya mainkan dahulu mu.ik mnggunakan ki&"d aga! mu!id da#at mngikuti ml"di lagu dan tm#" yang tlah ditta#kan% )lain itu* mud &agi tm#" (#at ialah mud !iang dan (!ia 'ust!u smasa mnyanyikan lagu dalam tm#" (#at* kami mnyu!uh mu!id mm&ua ks#!si iaitu muka gm&i!a* mna!i sam&il mnyanyi dan mm&uat #!g!akan yang tlah dia'a! smasa mnyanyi% Kami 'uga mnda#ati &aha/a t!da#at &&!a#a mu!id yang mnyanyi dngan sta((at"% Ini s(a!a tidak langsung kami &"lh mnga'a! mu!id mngnai unsu! mu.ik yang mudah di0ahami s#!ti sta((at" dinamik s#!ti 0"!t dan #ian"* malah mu!id sudah &"lh mm&.akan #an'ang #ndk ssuatu ("!ak i!ama t!utamanya mu!id yang &!umu! 1 tahun% )lain da!i#ada itu* kami 'uga mm&!i #nkanan tknik dan (a!a mnyanyi iait dngan mm&uat latihan v"kal dngan mm&!i tum#uan k#ada skl dan nyanyian s"l0a% Di sini 'uga mu!id da#at mm&uat latihan tknik mnyanyi untuk mngnal u!utan dan !angkai lagu dngan tum#uan k#ada #!na0asan* #nglua!an sua!a* s&utan li!ik dan #"stu!% )#an'ang mn'alankan #!aktikum di #!ask"lah ini* k da#ati &aha/a mu!id mnyanyikan lagu dngan (a!a yang &!t!iak% Olh itu* kam tlah mnga'a! mu!id &agaimana mnyanyi dngan &tulsu#aya mu!id tidak &!t!iak smasa mnyanyi yang &"lh mny&a&kan tkak m!ka sakit% Mnyanyi dngan tm#" yang (#at adalah l&ih mudah untuk mu!id mnghayati lagu &!&andingmnyanyi dngan tm#" yang lam&at k!ana k&anyakkan mu!id smuanya akti0 dan mny&a&kan mu!id l&ih &!smangat untuk mnyanyikan lagu

Upload: vennella-sandah

Post on 06-Oct-2015

246 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIKNyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak prasekolah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan berbagai-bagai jenis lagu. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran.Sehubungan dengan itu, kami telah mengajar sebuah lagu yang bertajuk Buka Tutup (melodi Open Shut Them) dengan iringan kibod dengan stail mud yang berbeza iaitu mud riang dan mud sederhana serta tempo cepat dan tempo lambat. Setelah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini, kami dapati bahawa terdapat beberapa perbezaan yang boleh dikenalpasti sepanjang pengajaran lagu ini dilaksanakan. Semasa mengajar lagu dalam tempo yang cepat, kami dapat lihat bahawa murid boleh menyanyikan dengan baik mengikut iringan muzik. Sebelum kami mengajar menggunakan accmp on dan sync on, saya mainkan dahulu muzik menggunakan kibod agar murid dapat mengikuti melodi lagu dan tempo yang telah ditetapkan. Selain itu, mud bagi tempo cepat ialah mud riang dan ceria justeru itu, semasa menyanyikan lagu dalam tempo cepat, kami menyuruh murid membuat ekspresi iaitu muka gembira, menari sambil menyanyi dan membuat pergerakan yang telah diajar semasa menyanyi. Kami juga mendapati bahawa terdapat beberapa murid yang menyanyi dengan staccato. Ini secara tidak langsung kami boleh mengajar murid mengenai unsur muzik yang mudah difahami seperti staccato, dinamik seperti forte dan piano, malah murid sudah boleh membezakan panjang pendek sesuatu corak irama terutamanya murid yang berumur 6 tahun.Selain daripada itu, kami juga memberi penekanan teknik dan cara menyanyi iaitu dengan membuat latihan vokal dengan memberi tumpuan kepada skel dan nyanyian solfa. Di sini juga murid dapat membuat latihan teknik menyanyi untuk mengenal urutan dan rangkai lagu dengan tumpuan kepada pernafasan, pengeluaran suara, sebutan lirik dan postur. Sepanjang menjalankan praktikum di prasekolah ini, kami dapati bahawa murid menyanyikan lagu dengan cara yang berteriak. Oleh itu, kami telah mengajar murid bagaimana menyanyi dengan betul supaya murid tidak berteriak semasa menyanyi yang boleh menyebabkan tekak mereka sakit. Menyanyi dengan tempo yang cepat adalah lebih mudah untuk murid menghayati lagu berbanding menyanyi dengan tempo yang lambat kerana kebanyakkan murid semuanya aktif dan menyebabkan murid lebih bersemangat untuk menyanyikan lagu Buka Tutup dengan tempo yang cepat. Kami juga mendapati bahawa murid berasa seronok dan aktif melibatkan diri semasa murid belajar muzik terutamanya jika diiringi dengan alat-alat muzik. Kami juga perlu menambah baik aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan sesuatu alat muzik dalam kelas supaya terdapat bunyi-bunyian yang boleh menarik perhatian murid dan murid lebih seronok untuk belajar. Selepas menyanyikan lagu tersebut dalam mud riang dan tempo yang cepat, kami telah mengajar murid-murid prasekolah ini menyanyikan lagu Buka Tutup dalam mud sederhana dan tempo lambat. Bagi mud sederhana ini, kami telah menggunakan tempo 90. Tempo ini adalah dalam lingkungan rentak yang perlahan jika dibandingkan dengan nyanyian yang dinyanyikan dalam tempo 136 di mana rentaknya lebih laju. Dalam pengajaran lagu Buka Tutup dalam mud sederhana ini, kami telah memulakan pengajaran dengan memperkenalkan tempo tersebut kepada murid-murid tanpa iringan muzik sama ada kibod ataupun penggunaan accmp on dan sync on. Hal ini adalah bagi mendedahkan murid-murid terhadap tempo lambat agar murid boleh membezakan bagaimana menyanyikan lagu dalam dua tempo yang berbeza. Selepas itu, barulah penggunaan accmp on dan sync on serta iringan kibod digunakan.Pemilihan style bagi lagu ini adalah 034 dan voice pula adalah 049. Dengan menentukan style dan voice serta tempo yang digunakan, barulah lagu tersebut dimainkan dengan iringan muzik. Murid-murid menyanyikan lagu ini dengan bimbingan guru terlebih dahulu bagi membiasakan mereka menyanyi dengan iringan muzik mengikut mud dan tempo yang betul. Dengan adanya bimbingan daripada guru, murid-murid dapat menyanyikan lagu ini dalam mud sederhana dengan begitu baik sekali sambil membuat pergerakan yang telah diajar oleh guru. Lanjutan daripada itu, murid-murid menyanyikan lagu tersebut tanpa bimbingan guru. Dengan menyanyi tanpa bimbingan guru, murid-murid didapati tidak dapat menyanyikan lagu tersebut mengikut tempo dan rentak yang betul. Mereka masih menyanyi dengan mud yang riang dan tempo yang cepat. Keadaan ini adalah amat berlainan daripada iringan muzik yang dimainkan oleh guru dimana lagu tersebut dimainkan dalam mud sederhana tetapi murid-murid menyanyi dengan tempo yang cepat. Ternyata, murid-murid ini belum menguasai lagu Buka Tutup ini dalam mud dan rentak yang sederhana. Mereka masih terikat dengan mud dan rentak yang riang.

Selain daripada itu, kami juga mendapati bahawa murid lebih gemar menyanyikan lagu Buka Tutup dalam tempo yang laju berbanding tempo perlahan kerana murid-murid masih belum biasa menyanyikan lagu denga tempo yang perlahan dan juga murid-murid masih tidak dapat membezakan rentak laju dan rentak perlahan sesuatu lagu. Ini menyebabkan semasa mengajar lagu Buka Tutup mengikut tempo yang ditetapkan, guru terpaksa menyuruh murid menyanyi lagu tersebut secara berulang-ulang.Walau bagaimanapun, hanya segelintir murid sahaja yang dapat menyanyi mengikut tempo dan rentak lagu dengan betul. Segelintir mereka dapat menyanyi dengan mud sederhana sambil membuat pergerakan. Hal ini menyebabkan murid-murid ini tidak dapat menyanyikan lagu tersebut dengan harmoni. Melalui pengajaran muzik ini, didapati murid-murid lebih menguasai lagu Buka Tutup yang dimainkan dalam mud riang jika dibandingkan mud sederhana. Hal ini dapat dibuktikan melalui rakaman video yang telah dirakam semasa murid-murid menyanyi lagu Buka Tutup ini dalam mud dan tempo yang berbeza. Sehubungan dengan itu, muzik digemari secara semula jadi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat meluahkan perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti muzik kerana aktiviti muzik dapat membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti nyanyian berkumpulan, kanak-kanak akan menyanyi dan menari bersama rakan-rakan yang lain. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan emosi seseorang kanak-kanak.Secara keseluruhannya, pengajaran makro yang di buat ini membolehkan kami menilai semula pengajaran yang dilakukan selama 30 minit. Bermula dari set induksi sehinggalah ke bahagian penutup , kami dapat menilai sama ada pengajaran dan pembelajaran kami pada hari itu tercapai objektif seperti yang tertulis di dalam Rancangan Pengajaran Harian. Disamping itu, kami juga dapat menilai dimanakah kekuatan atau kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Maka dengan ini , dapatlah kami berdua menambahbaik apa kekurangan atau kelemahan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan.