laporan lawatan ke lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara dan

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 10-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kkp

TRANSCRIPT

LAPORAN LAWATAN KE LEMBAGA PENDUDUK dan PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA DAN PINK TRIANGLE

Pada 20 Ogas 2014, unit kami telah mengadakan satu lawatan ke Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Dan "Pink Triangle". Lawatan ini telah dianjurkan oleh PISMP SEM 3 PJK (SJK(T) dan PJK (SK). Sebelum sebulan lawatan ini, satu perjumpaan telah diadakan antara pensyarah pembimbing kami iaitu Pn. Darinda Binti Asari dan En.Kamarul bersama dengan unit PJK SJK (T) dengan PJK SK. Kami mengadakan perjumpaan tersebut untuk membincangkan tentang butiran pelaksanaan lawatan tersebut. Pelaksanaan lawatan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PKE 3013 Pendidikan Kesihatan Seksualiti iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3 yang menduduki program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Objektif bagi perlaksanaan lawatan adalah untuk Mengeratkan lagi semangat persaudaraan dalam kalangan PISMP- GSTT Ambilan Jun 2013 iaitu antara unit PJK SK & PJK SJKT. Ia juga menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman mahupun penganjuran sesuatu lawatan. selain itu ia juga meningkatkan pengetahuan tentang seks dan kesan-kesan negatif atas seks rambang dan menjana idea mengenai pengurusan lawatan yang boleh dilaksanakan oleh bakal guru ketika mereka di alam pekerjaan kelak. Selain daripada itu ia juga dapat memupuk nilai- nilai murni di kalangan peserta lawatan seperti bekerjasama, tolong menolong dalam mencapai objektif lawatan.Saya memegang jawatan sebagai AJK Makanan dalam lawatan ini. Sebelum lawatan ini saya dengan rakan sebaya saya iaitu Thilagess A/P Devarajoo dan juga Mangalambigai A/P Letchumanan telah membuat anggaran perbelanjaan bagi sarapan pagi. Kami telah pun membuat sebanyak dua kali mesyuarat bagi melaksanakan tugas kami sebagai AJK Makanan. Saya berusaha melaksanakan tugas saya iaitu menyediakan sarapan pagi pada hari lawatan. Pengerusi dan naib pengerusi pula memastikan kami melaksanakan tugasan kami dengan betul dan sempurna. Walaupun semua sibuk dengan tugasan dan aktiviti masing-masing namun setiap ahli jawatankuasa telah diingatkan untuk memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dengan baik supaya perjalanaan pelaksanaan lawatan tersebut berjalan dengan lancar. setiap AJK membuat tugas mereka dengan penuh semangat. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. LPPKN sentiasa memperkenalkan banyak program supaya masyarakat dapat membina keluarga yang sihat dan berkualiti. Tujuan utama LPPKN adalah bagi menyumbang ke arah pembentukan individu, keluarga dan masyarakat yang kukuh, berakhlak, sihat, berilmu dan harmoni melalui perkhidmatan kekeluargaan yang berkualiti, mesra pengguna dan berkesan. Pink Triangle pula berfungsi sebagai satu yayasan yang memberikan pengetahuan tentang AIDS dan HIV serta tempat perlindungan bagi pesakit HIV dan penagih dadah.Jadi, lawatan ke LPPKN dan Pink Triangle amat memberi kesan yang positif kepada pelajar PISMP- GSTT Ambilan Jun 2013 yang sedang belajar tentang Pendidikan Kesihatan dan ia juga dapat mengaplikasikan pada kehidupan masing- masing.

Lawatan ini dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar PISMP GSTT Ambilan Jun 2013 mengenai penyakit AIDS dan HIV . Menerusi lawatan ini juga, pelajar PISMP-GSTT Ambilan Jun 2013 dapat memperoleh pelbagai pengetahuan termasuklah aspek-aspek pentadbiran, pengurusan lawatan dan perkara lain mengenai lawatan dan sebagainya . Oleh itu, lawatan ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pink Triangle ini amatlah bermanfaat sebagai persediaan kepada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2013 khususnya dan warga institut amnya dan seterusnya mempraktikkan segala pengetahuan yang ada dan telah dipelajari.

Melalui lawatan ini saya dapat mempelajari semangat bekerjasama diantara ajk- ajk lain. Walaupun semua sibuk dengan tugasan dan aktiviti masing-masing namun setiap ahli jawatankuasa telah diingatkan untuk memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dengan baik supaya lawatan tersebut berjalan dengan lancar. lawatan ini dapat mengeratkan lagi hubungan yang baik antara ahli unit kami. Manakala, ahli jawatankuasa tertinggi antara kedua-dua belah kumpulan haruslah bersepakat dan berkerjasama untuk tegas dalam mengingatkan setiap ahli jawatankuasa pelaksana melaksanakan bidang tugas masing-masing dan mengambil kira untuk mengambil tindakan bagi yang mereka yang mengingkari arahan dengan persetujuan pensyarah pembimbing terlebih dahulu. Sikap ketua bagi semua jawatankuasa perlulah menerangkan terlebih dahulu skop skop tugas mengikut fasa-fasa seperti sebelum, semasa dan selepas lawatan kepada ahli-ahli yang lain dengan jelas dan terang.Mungkin juga selepas itu , ketua bagi setiap jawatankuasa akan melaporkan secara terperinci mengenai perkembangan bidang tugas yang telah dilakukan. Tambahan juga, setiap ahli jawatankuasa boleh mengadakan satu senarai lengkap mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan mengikut fasa-fasa pelaksanaan lawatan. Akhir sekali, pada waktu postmortem diadakan setiap ahli jawatankuasa dikehendaki atau diwajibkan untuk memberikan laporan selepas tamat sesuatu kejohanan.