lawatan ke tanjung piai

7
SMK TAMAN SUTERA JOHOR BAHRU, JOHOR -------------------------------- --------------------- KERTAS KERJA LAWATAN KE KUKUP DAN TANJUNG PIAI PELAJAR INDIA 22 OGOS 2015 TAHUN 2015 Anjuran Bersama :

Upload: nor-bayah

Post on 03-Dec-2015

401 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

SMK TAMAN SUTERA

JOHOR BAHRU, JOHOR

-----------------------------------------------------

KERTAS KERJA

LAWATAN KE KUKUP DAN TANJUNG PIAI

PELAJAR INDIA

22 OGOS 2015

TAHUN 2015

Anjuran Bersama :

PERSATUAN BAHASA TAMIL

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN

Program ini adalah satu aktiviti yang telah dirancang dalam takwim Program “Anbum

Aatharavum” (Love & Support. Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar India SMK Tmn Sutera tahun

2015 dirancang bagi memupuk dan membina pembangunan insan seseorang pelajar. Sesungguhnya

program ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan memelihara dan memulihaaran

alam sekiatar untuk kepentingan generasi pelajar yang akan datang. Lawatan ini juga dapat mengeratkan

hubungan antara pelajar dan meningkatkan keyakinan diri untuk berdikari .

2.0 MATLAMAT

Lawatan Sambil Belajar ini dapat menyediakan peluang untuk pelajar India SMK Taman Sutera

memahami kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar akibat

daripadapembangunan .

OBJEKTIF

Memberikan motivasi dan serta memberi keyakinan yang utuh kepada pelajar India bagi menjadi

seorang pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum .

ANJURAN

- Persatuan Bahasa Tamil

- Unit bimbingan dan kaunseling SMK Taman Sutera

5.0 TARIKH PELAKSANAAN

Tarikh: 22 OGOS 2015

Hari: Sabtu

Masa: 7.30- 2.00 PETANG

6.0 SASARAN

33 pelajar India SMK Taman Sutera

7.0 LOKASI

Tanjung Piai dan Kukup

8.0 SUMBER KEWANGAN

1. Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

2. Koperasi SMK Taman Sutera

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

a. Sumbangan Unit Bimbingan dan Kauseling

Bil Perkara Anggaran (RM)

1. Pengangkutan RM 350.00

JUMLAH RM 350.00

b. Sumbangan Koperasi

Bil Perkara Anggaran (RM)

1. Pengangkutan RM 350.00

JUMLAH RM 350.00

c. Sumbangan Ibubapa

Bil Perkara Anggaran (RM)

1. Makanan RM25.00X 30

JUMLAH RM750.00

10.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Pn. Han Jot Khim (Pengetua)

Timbalan Pn Pn. Zaharah Bte Abu Salleh (PK Kokurikulum)

Pengerusi

Naib

Pengerusi I Pn. Rohanariah Binti Abdul Kahar ( PK Pentadbiran)

Naib

Pengerusi II Pn. Ng Phek Hoon ( PK HEM )

Setiausaha Pn. Vijayamalar Bosan

AJK

1. Premalatha a/p Ponniah

2. Nur Aisyah Michael Abdullah

11 ATUR CARA / JADUAL

7.00 pagi - Pendaftaran

7.20 pagi -Pelajar berkumpul di Anjung Sutera

7.30 pagi -Pelajar diiringi guru bertolak ke Tanjung Piai

8.20 pagi -Tiba ke lokasi

8.15 pagi Mendengar penjelasan penganjur tujuan lawatan dan aktiviti yang akan dilakukan

9.30 pagi Melakukan aktiviti pembersihan

10.00 pagi Rehat / makan

11.00 pagi Bertolak ke Kukup

11.30 pagi Makan tengahari dan sesi soal jawab

2.00 petang Para Ibubapa menjemput anak di sekolah

12.0 PENUTUP

Program yang dirancang ini dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada kepada pelajar. 

Selain daripada itu, semangat setiakawan dan toleransi akan dapat dipupuk.  Adalah

diharapkan cadangan ini dapat berjalan dengan lancar demi merealisasikan matlamat

program ini.

Disediakan oleh,

………………………………

(VIJAYAMALAR A/P BOSAN )Ketua Guru Penasihat Persatuan Bahasa Tamil SMK Taman Sutera

Disemak oleh,

………………………………….

( Pn. Zaharah Bte Abu Salleh )Penolong Kanan Ko-KurikulumSMK Taman Sutera

Disahkan oleh,

………………..(HAN JOT KHIM)Pengetua, SMK Taman Sutera