laporan klinik bola jaring

6
LAPORAN AKTIVITI KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA JARING KELOLAAN KELAB BOLA JARING SMK SERI SETIA TAHUN 2015 TARIKH : 7 Februari 2015 HARI : Sabtu MASA : 8.00 – 12.30 Tengah hari TEMPAT : Makmal Komputer & Dewan Disediakan Oleh;

Upload: azhaida

Post on 24-Jan-2016

164 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Klinik Bola Jaring Peringkat Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Klinik Bola Jaring

LAPORAN AKTIVITI

KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG BOLA JARING

KELOLAAN KELAB BOLA JARING

SMK SERI SETIA

TAHUN 2015

TARIKH : 7 Februari 2015

HARI : Sabtu

MASA : 8.00 – 12.30 Tengah hari

TEMPAT : Makmal Komputer & Dewan

Disediakan Oleh;

......................................... (AZHAIDA BINTI MUHAMMAD)

1.0 Pengenalan

Klinik Kemahiran dan Undang-Undang Bola Jaring di bawah kelolaan Sukan Permainan

Bola Jaring SMK Seri Setia diadakan adalah bertujuan untuk melengkapkan peserta

Page 2: Laporan Klinik Bola Jaring

kursus dengan kemahiran dan teknik-teknik dalam permainan bola jaring. Selain itu,

ianya juga bertujuan untuk melengkapkan peserta kursus dengan undang-undang

permainan bola jaring. Seterusnya mewujudkan hubungan dan persaingan yang sihat di

antara satu sama lain sekaligus dapat memupuk nilai-nilai yang positif dari kalangan guru

dan para pelajar.

2.0 Latar Belakang

Tarikh, Masa & Tempat:

Klinik Kemahiran & Undang-undang Bola Jaring telah diadakan pada 7 Februari

2015, bertempat di makmal komputer dan Dewan SMK Seri Setia. Klinik

dijalankan selama lebih kurang 4 jam bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 12.30

tengah hari.

Bilangan Peserta :

Seramai 15 orang guru dan 30 orang pelajar yang terlibat dalam klinik tersebut.

Kaedah Pelaksanaan :

Klinik dimulakan dengan tutorial selama lebih kurang satu setengah jam di

makmal komputer. Kemudian, klinik diteruskan dengan latihan praktikal yang

dijalankan di Dewan SMK Seri Setia.

Aktiviti-aktiviti yang diikuti :

Peserta diterangkan tentang peraturan dan teknik-teknik dalam permainan bola

jaring. Kemudian, peserta diajar kemahiran hantaran, jaringan dan strategi dalam

permainan bola jaring.

Fasilitator yang terlibat :

Puan Puspaleela Habibie Norleela Bt Abdullah

(Pensyarah IPG Batu Lintang, Unit Gerko)

3.0 Pencapaian Aktiviti

Melalui klinik yang telah diikuti didapati objektif yang ingin dikecapi tercapai. Semua

para peserta memberikan kerjasama yang baik. Klinik berjalan dengan lancar tanpa

melibatkan sebarang gangguan. Klinik Kemahiran dan Undang-undang Bola Jaring

memberikan serba sedikit pengetahuan dan ilmu kepada semua para peserta yang hadir.

4.0 Kemajuan / Masalah

4.1 Para peserta dapat mengetahui tentang peraturan bola jaring.

Page 3: Laporan Klinik Bola Jaring

4.2 Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan tentang strategi dalam permainan

bola jaring serta memahami dengan lebih lanjut tentang peraturan-peraturan yang

terdapat dalam bola jaring.

4.3 Keadaan cuaca yang kurang baik semasa klinik dijalankan menyebabkan masalah

tempat untuk bermain. Dewan digunakan sebagai altenartif tempat untuk bermain.

4.4 Tiang gol bola jaring masih tidak mengikut standard yang ditetapkan dalam

permainan bola jaring peringkat sekolah menengah.

5.0 Cadangan

5.1 Padang bola jaring yang sesuai mengikut spek yang betul perlu diwujudkan.

5.2 Penyediaan modul kepada setiap para peserta perlu. Ini dapat membantu para

peserta untuk membuat rujukan pada masa akan datang.

6.0 Gambar Aktiviti

Page 4: Laporan Klinik Bola Jaring

7.0 Penutup

Secara keseluruhannya, Klinik Kemahiran dan Undang-undang Bola Jaring yang

dianjurkan oleh Sukan dan Permainan Bola Jaring SMK Seri Setia dapat dijalankan

dengan baik walaupun terdapat beberapa kekangan. Namun begitu, hasil kerjasama guru-

guru dan para pelajar yang sangat komited serta bersungguh-sungguh aktiviti dapat

dijalankan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih

diucapkan kepada semua pihak terutamanya Puan Puspaleela Habibie Norlela Bt

Abdullah atas kerjasama sebagai instruktor, para guru seterusnya para pelajar yang

dikasihi sekalian. Terima kasih, semua.