laporan khidmat masyarakat teori -.docx

Upload: farahshazwani

Post on 02-Mar-2016

56 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ppk

TRANSCRIPT

Pada hari kedua, 4 September 2013, Perkhemahan Pasukan Pandu Puteri Kadet Zon Selatan PISMP Ambilan Jan 2012 IPG Kampus Tun Hussein Onn diteruskan lagi dengan slot Teori Khidmat Masyarakat pada pukul 2.00 petang selepas para peserta berehat selama 1 jam setengah, bermula dari pukul 12.30 tengah hari hinggalah pukul 2.00 petang.Slot Teori Khidmat Masyarakat berlangsung selama dua jam, iaitu sehingga pukul 4.00 petang. Slot ini merupakan persediaan bagi para peserta sebelum menjalani Program Khidmat Masyarakat selepas minum petang, iaitu pada pukul 4.30 petang.Puan Siti Dahlia Abdullah dan Cik Zabedah Mohamad yang mengendalikan slot ini. Dalam slot ini, para peserta diberikan maklumat mengenai tujuan khidmat masyarakat diadakan serta kepentingan khidmat masyarakat kepada para peserta.Secara umumnya, program seumpama ini memberikan pendedahan kepada para peserta untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling di samping menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.Program khidmat masyarakat juga dapat memupuk sifat sabar, ikhlas, jujur serta amanah dalam melaksanakan apa jua tanggungjawab pandu puteri kadet selaras dengan cogan kata persatuan iaitu Selalu Sedia.Di samping itu, melalui perkongsian daripada Puan Siti Dahlia Abdullah dan Cik Zabedah Mohamad, para peserta didedahkan bahawa Khidmat Masyarakat boleh dianggap sebagai satu tindakan membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan sebarang balasan pula. Antara tindakan yang termasuk dalam kategori Khidmat Masyarakat ini ialah membantu orang tua di rumah orang tua, anak-anak yatim di rumah kebajikan dan juga menjalankan kutipan derma untuk disumbangkan kepada badan kebajikan yang tertentu atau memerlukan bantuan segera itu. Amalan murni ini sepatutnya sudah mula tertanam dalam diri para ahli Pandu Puteri Kadet. Lantaran itu, memang ada banyak impak positif yang timbul dalam jiwa para peserta yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti seumpama ini.Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan matlamat Khidmat Masyarakat diadakan, khususnya kepada Pandu Puteri Kadet. Antara matlamat program ini dilaksanakan ialah bagi memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran. Selain itu, program ini diadakan untuk memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu. Para peserta juga diajar untuk memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan negara di samping membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong menolong antara satu dengan yang lain.Dalam negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, program seumpama ini dapat memupuk semangat hidup bersama dalam suatu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan, dan ideologi. Tambahan pula, Pandu Puteri Kadet merupakan satu persatuan yang sentiasa bersedia menolong orang. Di samping itu, program ini membantu peserta untuk menjadi warganegara yang patriotik, prihatin, dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Kemudian, program ini juga dapat membantu peserta mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.Selain daripada penyampaian maklumat daripada jurulatih dan penolong jurulatih, para peserta juga diberikan tugasan untuk menghasilkan satu kertas kerja berkenaan dengan program khidmat masyarakat, secara berkumpulan. Setiap kumpulan berbincang dan menghasilkan kertas kerja, di mana dalam kertas kerja ini, para peserta merupakan pemimpin Pandu Puteri Tunas. Justeru, kertas kerja yang dihasilkan mestilah sesuai dengan keperluan Pandu Puteri Tunas. Setelah berbincang, setiap kumpulan berjaya menghasilkan satu kertas kerja yang lengkap dengan tentatif dan budget perbelanjaan. Kumpulan yang bertuah dikehendaki membentangkan hasil kertas kerja mereka di hadapan. Kemudian, kumpulan yang lain memberikan komen, penambahbaikan serta cadangan yang bernas. Secara keseluruhannya, semua peserta berjaya menghasilkan kertas kerja yang sesuai serta berkualiti.Seterusnya, setelah jurulatih memberikan kesimpulan mengenai Teori Program Khidmat Masyarakat, para peserta pun menikmati minum petang sebelum meneruskan Amali Program Khidmat Masyarakat.