laporan kemahiran memasak

8
LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK SEMESTER : 4 PISMP TARIKH : 13.08.2015 TEMPAT : KELAS DC 8 Saya Logeswary A/P Suresh dan rakan saya Renu Priya A/P Manimaran telah mengendalikan satu sesi persembahan powerpoint mengenai alatan memasak, piramid makanan, menu makanan, salad buah-buahan dan keselamatan di dalam bilik memasak sebelum menjalankan amali memasak. Ini merupakan satu sesi untuk mengenali asas memasak bagi semua guru pelatih dalam kelas saya. Sebagai permulaan rakan saya Renu Priya A/P Manimaran telah memulakan persembahan multimedia dia dalam memperkenalkan alatan untuk memasak. Peralatan dan kelengkapan dapur amatlah penting dalam menyediakan hidangan. Kekurangan peralatan dan kelengkapan dapur akan mengganggu proses dalam penyediaan makanan. Peralatan dan kelengkapan yang hendak digunakan mesti bersesuaian dengan kegunaan dan fungsinya. Kebiasaannya peralatan dan kelengkapan dapur boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu peralatan dan kelengkapan semasa penyediaan, peralatan dan kelengkapan memasak dan peralatan dan kelengkapan semasa menghidang. Dia memperkenalkan rakan sekelas setiap peralatan dan kelengkapan dapur. Selepas penerangan dia mengenai alatan, semua rakan dapat mengetahui nama setiap alatan dan kegunaan alatan tersebut.

Upload: logeswary-suresh

Post on 03-Dec-2015

355 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

KAUB

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

SEMESTER : 4 PISMP

TARIKH : 13.08.2015

TEMPAT : KELAS DC 8

Saya Logeswary A/P Suresh dan rakan saya Renu Priya A/P Manimaran telah

mengendalikan satu sesi persembahan powerpoint mengenai alatan memasak, piramid

makanan, menu makanan, salad buah-buahan dan keselamatan di dalam bilik memasak

sebelum menjalankan amali memasak. Ini merupakan satu sesi untuk mengenali asas

memasak bagi semua guru pelatih dalam kelas saya. Sebagai permulaan rakan saya Renu

Priya A/P Manimaran telah memulakan persembahan multimedia dia dalam memperkenalkan

alatan untuk memasak. Peralatan dan kelengkapan dapur amatlah penting dalam menyediakan

hidangan. Kekurangan peralatan dan kelengkapan dapur akan mengganggu proses dalam

penyediaan makanan. Peralatan dan kelengkapan yang hendak digunakan mesti bersesuaian

dengan kegunaan dan fungsinya. Kebiasaannya peralatan dan kelengkapan dapur boleh

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu peralatan dan kelengkapan semasa penyediaan,

peralatan dan kelengkapan memasak dan peralatan dan kelengkapan semasa menghidang.

Dia memperkenalkan rakan sekelas setiap peralatan dan kelengkapan dapur. Selepas

penerangan dia mengenai alatan, semua rakan dapat mengetahui nama setiap alatan dan

kegunaan alatan tersebut.

Renu Priya menjalankan persembahan multimedia

mengenai alatan memasak

Page 2: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

Renu Priya juga telah beri aktiviti untuk mengenalpasti rakan sekelas dapat memberitahu

nama setiap alatan yang diajar. Sebagai aktiviti dia menyuruh rakan sekelas membentuk alatan

memasak menggunakan tanah liat ikut kumpulan dan bentang di hadapan kelas dengan

memberitahu nama setiap alatan yang mereka hasil.

Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Makanan

yang dimakan seharian perlu diambil paling banyak daripada kumpulan makanan di bahagian

paling bawah Piramid, dan paling sedikit daripada kumpulan makanan di bahagian paling atas.

Piramid makanan mengandungi makanan yang dibahagikan kepada lima kumpulan berasaskan

Rakan sekelas membentuk alatan

memasak dengan bersungguh-

sungguh.

Wakil dari setiap kumpulan tampil diri di

hadapan untuk memberitahu nama setiap

alatan yang dibuat dalam kumpulan.

Hasil peralatan memasak dari ketiga-

tiga kumpulan dengan menggunakan

tanah liat.

Page 3: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

kepada kandungan zat dan fungsinya. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan

bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi

membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana

tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan.

Oleh itu, saya telah memperkenalkan rakan sekelas piramid makanan dan cara memilih

makanan yang berkhasiat dalam kehidupan seharian.

Saya telah merancang satu aktiviti iaitu menyuruh rakan sekelas membina piramid

makanan ikut kreativiti mereka dan tampal gambar yang saya beri ikut kumpulan makanan yang

betul. Setelah siap, wakil dari setiap kumpulan telah menerangkan makanan yang ditampal

pada kumpulan makanan yang sesuai.

Seterusnya, kami berdua mengajar rakan sekelas membuat kad menu ikut makanan

ringan yang perlu buat. Perancangan menu adalah salah satu aspek yang penting dalam

kehidupan. Ramai yang pandang ringan pada perkara ini. Kad menu merupakan senarai

hidangan lengkap yang tercatat pada sekeping kad yang memberi maklumat tentang nama

hidangan dan bahan utama hidangan. Kami telah bahagi rakan sekelas kepada tiga kumpulan

dan memberi sarapan pagi yang berlainan iaitu sandwich tuna, sandwich sayur dan koko

krunch. Selepas siap, wakil setiap kumpulan perlu memberitahu sarapan pagi yang mereka

dapat dan terang menu kad yang dibuat. Setiap kumpulan buat sarapan pagi dengan menu kad

dengan secepat mungkin atas kerjasama setiap ahli.

Rakan sekelas membuat piramid

makanan ikut kreativiti masing-masing. Hasil dari setiap kumpulan.

Page 4: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

Hiasan makanan adalah persembahan hidangan untuk menambahkan selera dan

memikat hati pelanggan. Oleh itu, kami merancang untuk membuat salad buah-buahan. Rakan

sekelas dihendaki membuat hiasan pada salad buah-buahan yang dihasil sendiri. Kami telah

edar kiwi, anggur, epal hijau, strawberi, madu dan yogurt. Mereka dibahagi kepada dua

kumpulan dan buat salad buah-buahan serta hias dalam pinggan yang diberi.

Kumpulan ketiga menyediakan sandwich

tuna.

Hasil sandwich sayur dengan kad

menu

Kumpulan dua membuat hiasan

pada salad buahan-buahan

Salad buah-buahan yang telah dihias dari

kedua-dua kumpulan

Page 5: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

Sebagai penutup, kami telah rancang satu drama dimana setiap kumpulan perlu ambil

satu situasi langkah-langkah keselamatan di dapur. Setiap kumpulan dapat beri kerjasama yang

punuh dalam aktiviti ini. Secara kreatif mereka dapat melakonkan dan memberi mesej kepada

ahli kumpulan lain.

Laporan disediakan oleh,

__________________

LOGESWARY A/P SURESH

Page 6: LAPORAN KEMAHIRAN MEMASAK

KEMAHIRAN UNTUK BERDIKARI (PKB 3073)

LAPORAN

KEMAHIRAN MEMASAK

NAMA : LOGESWARY A/P SURESH

: RENU PRIYA A/P MANIMARAN

NO I/C : 940703-01-6296

: 941003-02-5006

NO ANGKA GILIRAN : 2014121340067

: 2014121340069

PENSYARAH : PN. PERIAKKA A/P RENGAYA CHINAYA