laporan ke mpo (1)

7
HARI KETIGA-21 FEBRUARI 2012 (SELASA) Lawatan ke MPO Pada hari ketiga, kami membuat lawatan ke Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan ia merupakan satu-satunya dewan konsert muzik klasikal di Malaysia. Dewan tersebut merupakan antara dewan konsert yang tercantik di dunia dan mempunyai akustik yang terbaik untuk persembahan muzik simfonik.

Upload: jennifer-heng

Post on 07-Apr-2016

254 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ke MPO (1)

HARI KETIGA-21 FEBRUARI 2012 (SELASA)

Lawatan ke MPO

Pada hari ketiga, kami membuat lawatan ke Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dan

ia merupakan satu-satunya dewan konsert muzik klasikal di Malaysia. Dewan tersebut

merupakan antara dewan konsert yang tercantik di dunia dan mempunyai akustik yang

terbaik untuk persembahan muzik simfonik.

Page 2: Laporan Ke MPO (1)

Lawatan kami ini adalah percuma dan merangkumi aktiviti seperti taklimat ringkas

dewan konsert, taklimat ringkas oleh pekerja yang bertugas di DFP dan sesi soal jawab.

Lawatan kami ke dewan konsert mengambil masa kira-kira 40 minit.

Terdapat kod pakaian untuk memasuki DFP ini. Oleh itu, sebelum kami menjejak

kaki ke DFP, kami memakai pakaian formal iaitu pakaian korporat. Sebelum membuat

lawatan ke DFP, kami dikehendaki menulis email kepada pihak pengurusan DFP untuk

memohon kebenaran lawatan kami. Setelah mendapat pengesahan daripada mereka,

kami membuat keputusan untuk melawat DFP pada 21 Februari 2012 (Selasa), pukul 9

pagi. Setelah menjamu sarapan pagi, kami bertolak dari Wisma Belia iaitu tempat

penginapan kami pada pukul 8.15 pagi dan sampai DFP tepat pada jam 9 pagi seperti

yang dijanjikan sebelum ini.

Page 3: Laporan Ke MPO (1)

Pada membuang masa, kami melaporkan diri di kaunter. Seorang pekerja DFP

telah menjadi pembimbing lawatan kami hari ini. Hanya satu perkataan yang mampu

menerangkan DFP tersebut iaitu “menajubkan!” Kami amat teruja dengan seni reka dan

bentuk DFP. Dewan tersebut berbentuk auditorium dan terdapatnya pipe organ besar

yang terhias pada dinding dewan tersebut. Saiz dewan orkestra tersebut direka adalah

berdasarkan saiz filharmonik orkestra antarabangsa. Dewan tersebut boleh

menampung seramai 800 orang. Kedudukan tempat adalah berdasarkan harga tiket.

Sekiranya harga tiket tersebut semakin mahal, kedudukan tersebut semakin depan dan

dekat dengan pentas.

Page 4: Laporan Ke MPO (1)

Kami juga didedahkan bahawa dinding dewan tersebut juga disalut dengan

lapisan penyerap bunyi. Bunyi yang dihasilkan semasa persembahan tidak akan

didengar oleh pihak luar. Selain itu, dewan ini juga khasnya direka untuk persembahan

akustik. Persembahan muzik yang lain turut boleh dimainkan dalam dewan ini, cuma

bunyi yang dihasilkan tidak sebegitu baik seperti persembahan akustik. DFP

mempunyai bilik kawalan, bilik audio dan juga bilik rakaman. Setahu kami terdapat artis-

artisan tempatan yang membuat rakaman di sini untuk mengeluarkan album mereka.

Page 5: Laporan Ke MPO (1)

Di samping itu, kami juga diketahui bahawa harga sewa dewan orkestra ini ialah

RM 27000. Kalau ingin menggunakan pipe organ DFP, RM 20000 akan dikenakan

kepada orang tersebut. Oleh itu, biasanya penganjur tidak akan menyewa pipe organ

kerana harga yang terlalu mahal, jarang digunakan dan bilangan pemain pipe organ di

negara kita adalah terhad. Bayaran untuk pemain pipe organ itu juga amat mahal. Kerja

tuning pipe organ harus dilakukan pada pagi. Hal ini adalah disebabkan kerja tuning

amat susah untuk dilakukan pada pada tengah hari dan malam. Penyelenggaraan

atau servis DFP biasanya akan dilakukan pada bulan Disember.

Persembahan di DFP ini turut mempunyai konsep yang berbeza setiap minggu.

Biasanya Happy Hour adalah pada setiap hari rabu. Family Fun Day pula dianjurkan

kepada kanak-kanak. Ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menyaksikan

persembahan tersebut.

Page 6: Laporan Ke MPO (1)

Kami turut amat bertuah pada hari tersebut kerana kami mampu bersemuka

dengan ahli muzik Malaysian Phiharmonic Orchestra(MPO). Beliau berkongsi

pengalamannya sebagai ahli muzik dan juga pengalaman hidupnya. Kami memperoleh

banyak ilmu dan pengetahuan daripadanya. Beliau menasihatkan kami untuk fokus

dalam pelajaran dan tidak harus mengabaikannya. Kami tidak melepaskan peluang

untuk mengambil gambar dengan beliau sebagai kenangan.

Page 7: Laporan Ke MPO (1)

Sebagai konklusinya, banyak informasi dan ilmu yang kami peroleh daripada

lawatan DFP tersebut. Kami berharap akan menyaksikan persembahan di DFP pada

masa yang akan datang.