laporan isu dan cabaran penggunaan ict

14
SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah SWANDI ATON M201310005 20 JUNATHAN N. TUBILAG M201310003 58 MOHD SYAIFONAZRE B ZULKEPLE M201310003 79 ABDUL KADIR JALANI B AHMAD M201310003 77 CHE MUSAZAKI B YUSOFF @ CHE MAN M201310003 61 1

Upload: che-musazaki-yusoff

Post on 22-Nov-2015

38 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Tugasan 2

TRANSCRIPT

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah

SME 6044

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di SekolahSWANDI ATONM20131000520

JUNATHAN N. TUBILAGM20131000358

MOHD SYAIFONAZRE B ZULKEPLEM20131000379

ABDUL KADIR JALANI B AHMADM20131000377

CHE MUSAZAKI B YUSOFF @ CHE MANM20131000361

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah dan Cadangan Penambahbaikan.

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi, sosial, pentadbiran dan pendidikan. Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Guru tidak lagi menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru" menerusi pembelajaran menggunakan internet.

Tidak dapat dinafikan lagi, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu diselesaikan secara bersama. Walaubagaimanapun, wujud masalah-masalah dalam pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun, kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul.Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang cubaan. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan komputer. Namun semenjak pelaksanaannya, timbul pelbagai isu dan sudah pasti menjadi satu cabaran dalam pelaksanaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah.

Menurut, Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi (2011), Daripada kajian yang dijalankan didapati guru-guru jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masih cenderung menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional.Antara halangan yang dihadapi oleh guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian internet, masapengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal, kurang kemahiran ICT dan sebagainya. Dalam hal ini, faktor guru juga mempunyai pengaruh yang besar dalam melaksanakan ICT dalam melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pada masa kini, masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word! Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar sendiri. Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah serta personel KPM juga perlu celik komputer. Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran sahaja, malah

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP, guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.Dapatan kajian yang yang dikemukakan oleh Abdul Razak Bin Idris dan Saidanorlaili Binti Ali (2011) menunjukkan kebanyakan guru telah mengikuti kursus berkaitan pengendalian koswer seperti Kursus Orientasi Kurikulum Sains dan Matematik bagi sekolah rendah dan menengah, latihan profisiensi bahasa Inggerismelalui Kursus 2 Days On-Site dan 5 Days Full Immersion dan Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD. Kursus-kursus amat membantu guru dalam penggunaan koswer. Namun terdapat beberapa masalah yang dihadapi guru seperti masalah pengendalian peralatan ICT dan pengajaran Matematik sukar diikuti oleh pelajar kerana kandungan koswer yang tidak mesra pengguna. Kesimpulannya kebanyakan guru yang menggunakan koswer tetapi tahap penggunaannya adalah sederhana.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga diperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti laman sosial MySpace, Friendster dan sebagainya. Penyalahgunaan seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.

Berdasarkan masalah-masalah dan isu-isu yang yang berlaku dikalangan guru dalam melaksanakan penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah, sudah pastilah pemimpin sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membudayakan penggunaan ICT dikalangan warga sekolah. Menurut Mohd Izham & Norazah (2009) berpendapat bahawa segala perubahan sekolah terutamanya tentang pelaksaan ICT di sekolah perlu bermula daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir selaku pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya yang positif dan teknologi yang berasaskan ICT di sekolah.

Hakikatnya, terdapat pentadbir yang bersikap negatif terhadap pelaksanaan ini. Salah satu perkara yang menyebabkan perlaksanaan penggunaaan ICT di sekolah adalah pentadbir yang bersikap lepas tangan dan kurang memberi sokongan terhadap guru dalam penggunaan ICT . Pentadbir masih berada di takuk yang lama kerana masih mengamalkan kaedah tradisional serta tidak membudayakan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran.. Akibatnya, perlaksanaan penggunaan ICT merosot penggunaannya di kalangan guru. Apa yang amat mengecewakan adalah terdapat pentadbir sekolah yang tidak memberi kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses P&P. Adakalanya kritikan dan sindiran dilontarkan oleh para pentadbir serta memperlekehkan usaha guru dalam menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT. Hal ini akan member kesan kepada emosi dan persepsi guru, impian dan usaha guru-guru akan terjejas dan seterusnya menyebabkan guru tidak lagi menitikberatkan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Didalam membudayakan penggunaan ICT di sekolah, sudah pasti pentadbir sekolah harus bertanggungjawab dalam menjayakan perlaksanaaanya. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh di praktikan oleh semua sekolah:-

1. Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan pengajaran teknologi instruksional di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan 2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan diseluruh negara 3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras

4. Mengutamakan Kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi instruksional 5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional melalui motivasi intrinsik 6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi instruksional 7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat 8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan instruksional berbanding pedagogi.

Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang dapat menjayakan pendidikan masa depan. Kekurangan prasarana dan bahan sokongan bagi meningkatkan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal maklumat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Cabaran besar yang perlu ditangani adalah kemampuan menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya. Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses internet sahaja tidak menjamin keberkesanan pembelajaran secara on-line. Bukan setakat penyediaan kemudahan prasarana seperti komputer, makmal komputer, talian internet mahupun servernya tetapi juga perkhidmatan untuk baik pulih juga perlu dititikberatkan. Jika diberi tanggungjawab kepada guru ICT, sememangnya tiada kesudahannya kerana penggantian perkakasannya adalah sukar untuk disediakan oleh guru tersebut. Sekolah juga tidak mampu berbuat demikian. Jangka hayat sesebuah komputer bukanlah sampai bila-bila tetapi akan ada had masa yang tertentu sahaja. Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer dipergiatkan dan diperluaskan, terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiatkan untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Pembangunan perisian untuk matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan. Peranan ini sangat penting untuk menjadikan teknik pengajaran guru dapat dipelbagaikan dengan sumber-sumber yang berbeza. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama supaya guru tidak merasa terbeban dengan tugas-tugas sampingan yang lain. Pihak sekolah juga perlu menangai masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT.Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan ysng melibatkan penggunaan kemudahan ,peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Kurang Penyelenggaraan dan Keselamatan Peralatan dan perkakasan ICT adalah mempunyai jangka hayat tertentu dan perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Contohnya, laptop bukanlah peralatan yang tahan lama dan bergantung kepada penggunaannya. Jika ia digunakan semaksimunnya, maka ianya akan cepat rosak, bateri juga tidaklah boleh digunakan sampai bila-bila dan mudah rosak. Walau bagaimanapun, peralatan ini adalah sensitif dan perlukan penjagaan yang sangat rapi. Bukan itu sahaja, malah komputer di sekolah juga adalah sasaran penceroboh kerana ia adalah peralatan yang mahal. Oleh itu, sekolah memerlukan pengawasan yang sangat baik untuk memastikan komputer tersebut tidak hilang. Pihak sekolah juga tidak membenarkan mana-mana pihak membawa peralatan tersebut keluar tanpa kebenaran untuk memastikan komputer itu selamat dan tidak dapat dikesan pergerakannya. Ini bermakna sekolah mempunyai rekod tentang peminjaman peralatan dan perkakasan tersebut. Guru-guru perlu menghabiskan sukatan mengikut Rancangan Tahunan. Pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang sangat baik untuk melatih pelajar mengakses maklumat dari internet. Tujuan murni ini, bukanlah tidak disokong oleh pihak guru tetapi masa tidak membenarkan. Contohnya, jika subjek tersebut hanyalah satu masa atau 35 minit sahaja, mana mungkin pelajar dapat mengakses maklumat melalui internet. Perbincangan kumpulan dan pembentangan tajukpun tidak sempat, walaupun pelajar telah diberi dua masa pengajaran.Seolah-olah perbincangan tersebut perlu dibuat di luar masa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru ketiadaan masa untuk membimbing pelajar. Proses ini boleh dilakukan jika, guru dan pelajar banyak masa ataupun mungkin sesuai untuk pelajar-pelajar yang pandai dan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah.Mereka memerlukan tunjuk ajar daripada guru sebelum dapat mengakses maklumat-maklumat. tersebut. Malahan bagi pelajar berasrama penuh atau pelajar pintar seperti pelajar di sekolah bestari, mereka mahir menggunakan ICT dan kreatif untuk mencapai sesuatu yang sangat inovatif. Pelajar-pelajar di sekolah harian adalah kurang cekap dan mahir untuk mencari ataupun mengakses sesuatu daripada internet dan perlu dibimbing oleh guru-guru. Pengaplikasian ICT ini memerlukan masa untuk pengendaliannya kerana ia perlu dipasang terlebih dahulu dan perlu juga masa yang lama untuk muat turun ataupun muatnaik maklumat daripada internet. Perkara ini menyebabkan guru kurang berminat untuk menggunakan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak-pihak yang berkaitan perlu menangani cabaran yang dihadapi oleh semua pihak untuk memastikan pengintegrasian ICT dapat dilaksanakan dengan cara yang baik dan efisien.

Pihak sekolah sememangnya telah dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar tetapi masih tidak dapat menampung keperluan di sekolah-sekolah. Jika penggunaannya serentak, maka menimbulkan masalah untuk mengakses maklumat daripada internet. Penggunaan yang terhad ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak dapat dinafikan juga proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik jika guru-guru menggunakan ICT dan pelajar-pelajar sangat teruja hendak mengakses maklumat daripada internet tetapi masalah kekurangan masa dan peralatan membatasi kehendak mereka. Terdapat pelajar yang begitu mampu dan berminat meminta kebenaran untuk membawa laptop dan broadband ke sekolah tetapi ianya tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan dan lain-lain yang dibimbangi berlaku dikalangan pelajar-pelajar tersebut. Jika ianya difikirkan sesuai dengan kerjasama ibubapa yang tidak akan mendakwa mana-mana pihak. Perkara ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Cabaran tersebut harus dibebani pada semua pihak, bukan kepada guru dan sekolah sahaja. Jika difikirkan bersama, impaknya lebih baik dan dapat melaksanakannya dengan berkesan.Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik computer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada semua pihak yang berkaitan dengan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Bermula daripada pihak kerajaan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian Teknologi Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir sekolah dan guru-guru serta sokongan pada daripada PIBG dan ibubapa. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap sekolah rintis atau sekolah bestari. Sekiranya, ia sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, maka ia merupakan usaha yang perlu disokong oleh semua pihak. Transformasi ke arah sesuatu usaha yang baik demi mendokong hasrat negara hendaklah diteruskan sehingga berjaya. Sekiranya, kajian mendapati kurang sesuai kerana kemahiran teknologi maklumat guru dan pelajar tidak mampu untuk meneruskan usaha murni tersebut,maka perlulah dicari usaha alternatif ke arah penguasaan teknologi maklumat terlebih dahulu. Prasarana yang lengkap, jika tidak dimanafaatkan akan menjadi satu pembaziran kos yang perlu ditangani dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh kerajaan perlu menyediakan makmal komputer, guru-guru ICT dan menempatkannya ke sekolah-sekolah yang didapati kurang mahir tentang teknologi maklumat. Langkah tersebut lebih mudah, cepat dan menjimatkan kos kerana guru-guru diberi latihan di sekolah sendiri tanpa perlu meninggalkan kelas dan latihan itu diberi secara berterusan dengan dipantau oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung pelajar-pelajar juga turut dilatih oleh guru-guru tersebut. Jika didapati sekolah tersebut telah bersedia untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka keperluan dari segi prasarana dan bahan sokongan perlu dihantar ke sekolah untuk memastikan keberkesanannya. Sikap negatif guru-guru perlulah dihapuskan terlebih dahulu supaya mereka dapat menerima perubahan ke arah dunia siber bukan sahaja mementingkan pencapaian terbaik di dalam peperiksaan semata-mata dengan menafikan potensi pelajar dari aspek yang lain. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan setiap sekolah mempunyai pakar motivasi yang terlatih untuk memberi kesedaran kepada semua pihak di sekolah supaya berubah ke arah yang lebih baik daripada yang telah sedia baik. Selain daripada itu, pihak kaunselor atau motivator tersebut mampu menangani masalah stress di kalangan guru-guru. Mereka boleh membantu meringankan kekalutan dari segi pengurusan masa yang teratur supaya dapat mengurangkan bebanan mahupun penderitaan guru-guru. Terdapat guru-guru yang mengalami masalah kesihatan yang serius, sekiranya mereka berdepan masalah disiplin pelajar dan ditambah pula dengan berbagaibagai kerencaman kerja yang tiada pihak bersedia untuk mendengar masalah guru-guru. Jika Kesatuan Guru-guru ditubuhkan sekalipun, pihak tersebut hanya memperjuangkan hak guru-guru dari segi kenaikan gaji, pangkat dan menyediakan kemudahan insuran ataupun pinjaman. Semua ini, memang sangat membantu tetapi pihak tersebut tidak dapat menangani isu-isu bebanan kerja ataupun kekalutan masa yang dihadapi oleh guru-guru.Dalam ertikata mudah, perkara yang besar dapat diatasi tetapi perkara kecil sukar untuk ditangani. Sikap negatif tersebut akan berkurangan sekiranya terdapat pihak yang dapat menyelami tentang bebanan guru-guru.Contohnya, guru diminta menjadi guru penyayang tetapi guru sendiri tidak disayangi. Begitu sukar hendak menyelesaikan masalah tersebut kerana ia melibatkan soal yang remeh tetapi mengganggu pelaksanaan usaha tersebut.Begitu jugalah halnya dengan penggunaan ICT, jika guru tidak mahu menggunakannya bagaimana pelajar boleh mendapat manafaat tersebut. Dariapada sukatan pelajaran telah dibentuk menjadi Rancangan Tahunan dengan bilangan minggu belajar yang telah ditetapkan. Perancangan tersebut telah dibuat daripada mula awal tahun sehinggalah akhir tahun. Malah perancangan tersebut sering terganggu kerana program-program sekolah yang banyak dan ianya merupakan arahan yang perlu dilaksanakan juga .Jika ditambahtolak, waktu pengajaran dan pembelajaran begitu terhad untuk guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran.Jangka masa yang singkat inilah yang menyebabkan guru-guru mengambil pendekatan chalk dan talk sahaja supaya sukatan dapat dihabiskan dengan segera. Pihak guru bukanlah tidak bersetuju atau menyokong hasrat kerajaan tetapi telah dibebani dengan sukatan yang banyak. Oleh itu dicadangkan supaya Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) menyemak semula sukatan pelajaran tersebut supaya releven dengan pengaplikasian ICT dengan masa pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh setahun. Kaji selidik perlu dilaksanakan dengan begitu teliti terutamanya untuk subjek sains dan matematik. Kedua-dua subjek ini adalah subjek yang sangat menarik jika diimplentasikan ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, pelaksanaan program TIMSS dan PISA untuk Matematik dan Sains sangat baik untuk diikuti tetapi guru-guru dan pelajar-pelajar tidak ada masa untuk melaksanakan program tersebut dengan jayanya.Keduadua program tersebut memerlukan pelajar mengakses maklumat daripada internet untuk membolehkan mereka mempelajari ilmu atau tajuk yang tidak terdapat di dalam sukatan pelajaran. Sekiranya, sukatan dikurangkan maka ianya mempunyai ruang dan peluang untuk menjelajahi dunia pendidikan tanpa sempadan. Sebaliknya, jika ianya telah disempadani maka ilmu tersebut hanyalah dapat mencapai mengikut apa yang telah ditetapkan sahaja.Oleh itu, kemampuan untuk belajar sendiri dengan bimbingan guru adalah terbatas kerana guru perlu untuk menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan. Kemampuan pelajar di bandar jauh berbeza dengan pelajar di luar bandar. Pelajar-pelajar di bandar lebih mahir mengunakan komputer atau perisiannya tetapi pelajar di luar bandar sebaliknya.Perkara ini berlaku bukan kerana pelajar-pelajar luar bandar tidak pandai tetapi mereka tiada kemudahan. Komputer begitu asing bagi mereka, ditambah pula tiada rangkaian internet di kawasan-kawasan luar bandar. Oleh itu kerana komputer perlu disediakan untuk sekolah-sekolah luar bandar kerana mereka tidak mampu untuk memilikinya sendiri. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa satu rumah, satu computer dapat dipenuhi. Begitu juga rangkaian internet perlu sampai ke kawasan-kawasan pendalaman untuk memastikan mereka dapat mengaplikasikan di rumah dan juga di sekolah. Segala peralatan dan perkakasan komputer perlu diselenggara dengan baik oleh semua pihak yang bertanggungjawab. Jika berlaku kerosakan atau hendak mengaktifkan anti-virus, sudah tentu ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah atau guru-guru yang mengalami masalah untuk memperbaiki atau apa-apa sahaja masalah dengan komputer. Pusat Kegiatan Guru ( PKG) perlu ada pakar terlatih yang dipertanggungjawabkan untuk memantau atau membuat penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Jika pihak kementerian melantik kontraktor atau syarikat tertentu, ianya sudah tentu meningkatkan kos berbanding dengan kerajaan melatih dan melantik sendiri kakitangan PKG untuk tujuan tersebut dan peruntukan baikpulih atau pembelian alat gantian. ICT terbatas sekiranya rangkaian atau capaiannya kurang laju ataupun boleh digunakan untuk jumlah yang terhad. Perlu membelanjakan kos yang agak besar untuk memastikan rangkaian jalur lebar atau SchoolNet yang disediakan di sekolah-sekolah tersebut bukan boleh digunakan di bilik atau makmal ICT sahaja,malah di mana-mana kawasan sekolah ianya dapat diakses dengan mudah dan cepat. Melalui sarana ibubapa juga, pihak kementerian perlu memastikan pihak ibubapa mendapat kemudahan pinjaman untuk pembelian komputer dan broadband bagi setiap anak dan membenarkan mereka membawa ke sekolah tanpa perlu lagi membawa buku teks kerana boleh diakses melalui internet. Secara tidak langsung membawa kebaikan untuk menghapuskan buku teks dan meringankan bebanan pelajar untuk membawa buku yang berat ke sekolah. Di pihak ibubapa pula, perlulah bekerjasama untuk memantau anak-anak di rumah supaya ia tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain. Sekolah juga mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menggunakannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer. Semua pihak perlu akur kepada tujuan komputer tersebut diguna di sekolah-sekolah. Manakala pihak ibubapa pula, tidak mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku kehilangan komputer. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas kehilangan tetapi akan berusaha untuk menangani masalah tersebut.

Secara tidak langsung di dalam setiap langkah-langkah penambahbaikan yang dibincangkan di atas telah mengambilkira pengurangan kos pengaplikasian ICT di sekolah-sekolah. Terpulanglah kepada semua pihak yang berkaitan untuk membincangkan ke tahap yang lebih serius supaya keseluruhan kos dapat dikurangkan seminimum yang boleh kecuali dua perkara besar yang tidak boleh dikurangkan iaitu penyediaan prasarana dari segi makmal komputer dan rangkaian internet di sekolah-sekolah. Kesimpulannya, secara positifnya, semua cabaran perlu ditangani oleh semua pihak tanpa membeban satu pihak sahaja supaya hasrat kerajaan Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya. Namun harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan. Kecemerlangan yang dicapai akan memberi impak yang besar kepada negara, bangsa dan agama.1