laporan isu dan cabaran penggunaan ict

14
SME 6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah SWANDI ATON M201310005 20 JUNATHAN N. TUBILAG M201310003 58 MOHD SYAIFONAZRE B ZULKEPLE M201310003 79 ABDUL KADIR JALANI B AHMAD M201310003 77 CHE MUSAZAKI B YUSOFF @ CHE MAN M201310003 61 1

Upload: junathan-naelga-t

Post on 19-Jan-2016

393 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tugasan 2: Penulisan Isu

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

SME 6044

ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah

SWANDI ATON M20131000520

JUNATHAN N. TUBILAG M20131000358

MOHD SYAIFONAZRE B ZULKEPLE M20131000379

ABDUL KADIR JALANI B AHMAD M20131000377

CHE MUSAZAKI B YUSOFF @ CHE MAN

M20131000361

1

Page 2: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah dan

Cadangan Penambahbaikan.

Seiring dengan perkembangan dunia semasa, Malaysia tidak ketinggalan menerapkan

aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merujuk kepada Information

And Communication Technologies. ICT telah digunakan secara meluas dalam aspek ekonomi,

sosial, pentadbiran dan pendidikan. Perubahan pendidikan melalui revolusi teknologi

maklumat sudah tentu memberi cabaran kepada kreadibiliti kaum guru. Guru tidak lagi

menjadi satu faktor yang penting sebagai penyampai atau pemberi ilmu pengetahuan. Peranan

guru akan berubah daripada pengajar dan pendidik kepada pemudahcara, tutor, perancang dan

penilai pembelajaran murid. Perkembangan ICT yang pesat juga turut menyaksikan guru

bukan hanya akan didapati di sekolah, malah pelajar akan mempunyai lebih ramai "guru"

menerusi pembelajaran menggunakan internet.

Tidak dapat dinafikan lagi, warga pendidik perlu mengaplikasikan penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Setiap anjakan

perubahan yang dilakukan semestinya berdepan dengan isu dan masalah yang perlu

diselesaikan secara bersama. Walaubagaimanapun, wujud masalah-masalah dalam

pengaplikasian penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Namun,

kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi

masalah-masalah yang timbul.

Di sini letaknya menjadi peranan guru dan institusi sekolah dalam mengadakan

kawalan dalaman dan kawalan luaran. Kawalan secara dalaman kepada pelajar boleh

dilaksanakan melalui penghayatan nilai moral, etika, budaya dan agama dalam organisasi dan

masyarakat, pengukuhan falsafah dan prinsip kehidupan dengan menanamkan niat untuk

membawa kebaikan kepada alam sejagat dan juga kekuatan rohani dalam menempuh sebarang

cubaan. Kawalan secara luaran pula dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan etika dan

peraturan yang berkaitan dengan penggunaan komputer.  Namun semenjak pelaksanaannya,

timbul pelbagai isu dan sudah pasti menjadi satu cabaran dalam pelaksanaan ICT dalam

Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah.

2

Page 3: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

Menurut, Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi (2011), Daripada kajian yang dijalankan

didapati guru-guru jarang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masih

cenderung menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional.Antara halangan yang dihadapi

oleh guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian internet,

masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal, kurang kemahiran ICT dan

sebagainya. Dalam hal ini, faktor guru juga mempunyai pengaruh yang besar dalam

melaksanakan ICT dalam melaksanakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

di sekolah.

Pada masa kini, masalah utama yang wujud adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu

warga pendidik untuk menggunakan alatan ICT. Generasi yang lahir sebelum era 1970-an

dikatakan kurang cekap mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Hal ini sangat berbeza

dengan generasi selepas era 1990-an yang cekap dan berpengetahuan luas dalam hal

penggunaan ICT. Masih terdapat guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk

memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft

Word! Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan

ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Bagaimanapun, guru sendiri hendaklah

bersikap proaktif supaya mempunyai kemahiran yang diperlukan dengan belajar sendiri.

Bukan setakat guru, malah pentadbir sekolah serta personel KPM juga perlu celik komputer.

Ini adalah kerana penggunaan komputer tidak terbatas untuk pengajaran dan pembelajaran

sahaja, malah

Justeru itu, kerajaan mengambil langkah memberi latihan intensif kepada guru-guru

menerusi program dan kursus khas yang dijalankan. Melalui program Latihan Dalam

Perkhidmatan (LDP), guru-guru diberi taklimat khas dan hands-on penggunaan ICT dalam

pengajaran dalam pembelajaran pelajar oleh tenaga pengajar yang terlatih. Semasa LDP,

guru-guru ini diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan

emel, blog dan sebagainya yang berkaitan. Kursus-kursus khas seperti ini memakan belanja

dan kos yang tinggi. Maka, pihak kementerian menyarankan guru-guru mengambil inisiatif

sendiri untuk membiasakan diri dengan penggunaan ICT.

Dapatan kajian yang yang dikemukakan oleh Abdul Razak Bin Idris dan Saidanorlaili

Binti Ali (2011) menunjukkan kebanyakan guru telah mengikuti kursus berkaitan

3

Page 4: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

pengendalian koswer seperti  Kursus Orientasi Kurikulum Sains dan Matematik bagi sekolah

rendah dan menengah, latihan profisiensi bahasa Inggerismelalui Kursus 2 Days On-Site dan

5 Days Full Immersion dan Latihan ICT untuk pengoperasian perkakasan notebook dan LCD.

Kursus-kursus amat membantu guru dalam penggunaan koswer. Namun terdapat beberapa

masalah yang dihadapi guru seperti masalah pengendalian peralatan ICT dan pengajaran

Matematik sukar diikuti oleh pelajar kerana kandungan koswer yang tidak mesra pengguna.

Kesimpulannya kebanyakan guru yang menggunakan koswer tetapi tahap penggunaannya

adalah sederhana.

Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia

dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar

bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Hal ini

menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran. Kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus

digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini

tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Kerajaan

telah mengambil langkah menambah makmal-makmal komputer di sekolah di seluruh negara

untuk melatih pelajar menggunakan komputer sejak usia pujuk, sekaligus merapatkan jurang

pelajar bandar dan luar bandar. Usaha kerajaan memperbanyak komputer di makmal

komputer sekolah juga melibatkan kos dan komitmen yang tinggi.

Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD

dan laptop, perkara ini akan menimbulkan masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap

mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses

pengajaran. Sebagai akibat, masa di bilik darjah terbazir begitu sahaja memandangkan guru

terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

Isu penyalahgunaan makmal komputer dan internet percuma di sekolah juga

diperkatakan. Guru-guru dan pelajar didapati menyalahgunakan kemudahan internet di

sekolah untuk melayari laman-laman web yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran seperti laman sosial MySpace, Friendster dan sebagainya. Penyalahgunaan

seperti ini dibimbangi mampu meningkatkan jenayah intenet yang sukar dikawal.

4

Page 5: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

Berdasarkan masalah-masalah dan isu-isu yang yang berlaku dikalangan guru dalam

melaksanakan penggunaan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di Sekolah, sudah pastilah

pemimpin sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam membudayakan penggunaan

ICT dikalangan warga sekolah. Menurut Mohd Izham & Norazah (2009) berpendapat bahawa

segala perubahan sekolah terutamanya tentang pelaksaan ICT di sekolah perlu bermula

daripada keprihatinan dan tindakan pentadbir sekolah itu sendiri iaitu pentadbir selaku

pemimpin sekolah perlu merangka dan merancang segala perubahan budaya yang positif dan

teknologi yang berasaskan ICT di sekolah.

Hakikatnya, terdapat pentadbir yang bersikap negatif terhadap pelaksanaan ini. Salah

satu perkara yang menyebabkan perlaksanaan penggunaaan ICT di sekolah adalah pentadbir

yang bersikap lepas tangan dan kurang memberi sokongan terhadap guru dalam penggunaan

ICT . Pentadbir masih berada di takuk yang lama kerana masih mengamalkan kaedah

tradisional serta tidak membudayakan penggunaan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran..

Akibatnya, perlaksanaan penggunaan ICT merosot penggunaannya di kalangan guru.

Apa yang amat mengecewakan adalah terdapat pentadbir sekolah yang tidak memberi

kerjasama kepada guru dalam meningkatkan pengaplikasian ICT dalam proses P&P.

Adakalanya kritikan dan sindiran dilontarkan oleh para pentadbir serta memperlekehkan

usaha guru dalam menerapkan kaedah pengajaran berasaskan ICT. Hal ini akan member

kesan kepada emosi dan persepsi guru, impian dan usaha guru-guru akan terjejas dan

seterusnya menyebabkan guru tidak lagi menitikberatkan penggunaan ICT di dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Didalam membudayakan penggunaan ICT di sekolah, sudah pasti pentadbir sekolah

harus bertanggungjawab dalam menjayakan perlaksanaaanya. Berikut adalah beberapa

strategi yang boleh di praktikan oleh semua sekolah:-

1. Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan pengajaran teknologi instruksional di

peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

2. Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan disebarkan

diseluruh negara

3. Mewajibkan bakal guru di universiti mengambil dua atau tiga kertas berkaitan

komputer sebagai subjek teras

5

Page 6: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

4. Mengutamakan Kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan

teknologi instruksional

5. Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi instruksional

melalui motivasi intrinsik

6. Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan

keperluan teknologi instruksional

7. Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah

menggunakan teknologi maklumat

8. Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan instruksional

berbanding pedagogi.

Pencarian maklumat melalui internet merupakan aset yang dapat menjayakan

pendidikan masa depan. Kekurangan prasarana dan bahan sokongan bagi meningkatkan

literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar ICT negara pada

abad ke-21. Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah

menggubal maklumat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir

komputer. Cabaran besar yang perlu ditangani adalah kemampuan menyediakan kemudahan

komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada

golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan pelajar tanpa mengira status ekonomi,

sosial, kaum dan sebagainya. Cabaran masa kini dan akan datang dalam sektor pendidikan

ialah penyediaan prasarana komputer yang lengkap untuk kaedah pembelajaran dan

pengajaran tersebut. Walau bagaimanapun, penyediaan kemudahan mengakses internet sahaja

tidak menjamin keberkesanan pembelajaran secara on-line. Bukan setakat penyediaan

kemudahan prasarana seperti komputer, makmal komputer, talian internet mahupun servernya

tetapi juga perkhidmatan untuk baik pulih juga perlu dititikberatkan. Jika diberi

tanggungjawab kepada guru ICT, sememangnya tiada kesudahannya kerana penggantian

perkakasannya adalah sukar untuk disediakan oleh guru tersebut. Sekolah juga tidak mampu

berbuat demikian.

Jangka hayat sesebuah komputer bukanlah sampai bila-bila tetapi akan ada had masa

yang tertentu sahaja. Jurang ICT dan Digital Penggunaan komputer dipergiatkan dan

diperluaskan, terutamanya di sekolah-sekolah di luar bandar. Penggunaan ICT dalam

pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar

mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiatkan untuk menyediakan kemudahan komputer

6

Page 7: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer terutamanya di sekolah-sekolah

di luar bandar. Pembangunan perisian untuk matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris serta Teknikal dan Vokasional perlu dipergiatkan. Manakala

perisian untuk mata pelajaran lain perlu dibangunkan. Peranan ini sangat penting untuk

menjadikan teknik pengajaran guru dapat dipelbagaikan dengan sumber-sumber yang

berbeza. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama supaya guru tidak merasa terbeban

dengan tugas-tugas sampingan yang lain.

Pihak sekolah juga perlu menangai masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari

semasa ke semasa. Oleh itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan

pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu

mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT.Selain menyediakan

kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang

semakin meningkat, khususnya perbelanjaan ysng melibatkan penggunaan

kemudahan ,peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.Pihak sekolah juga perlu

menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Kurang

Penyelenggaraan dan Keselamatan Peralatan dan perkakasan ICT adalah mempunyai jangka

hayat tertentu dan perlu diselenggara dari semasa ke semasa. Contohnya, laptop bukanlah

peralatan yang tahan lama dan bergantung kepada penggunaannya. Jika ia digunakan

semaksimunnya, maka ianya akan cepat rosak, bateri juga tidaklah boleh digunakan sampai

bila-bila dan mudah rosak. Walau bagaimanapun, peralatan ini adalah sensitif dan perlukan

penjagaan yang sangat rapi. Bukan itu sahaja, malah komputer di sekolah juga adalah sasaran

penceroboh kerana ia adalah peralatan yang mahal. Oleh itu, sekolah memerlukan

pengawasan yang sangat baik untuk memastikan komputer tersebut tidak hilang. Pihak

sekolah juga tidak membenarkan mana-mana pihak membawa peralatan tersebut keluar tanpa

kebenaran untuk memastikan komputer itu selamat dan tidak dapat dikesan pergerakannya.

Ini bermakna sekolah mempunyai rekod tentang peminjaman peralatan dan perkakasan

tersebut.

Guru-guru perlu menghabiskan sukatan mengikut Rancangan Tahunan.

Pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran memang sangat baik untuk

melatih pelajar mengakses maklumat dari internet. Tujuan murni ini, bukanlah tidak disokong

oleh pihak guru tetapi masa tidak membenarkan. Contohnya, jika subjek tersebut hanyalah

satu masa atau 35 minit sahaja, mana mungkin pelajar dapat mengakses maklumat melalui

7

Page 8: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

internet. Perbincangan kumpulan dan pembentangan tajukpun tidak sempat, walaupun pelajar

telah diberi dua masa pengajaran.Seolah-olah perbincangan tersebut perlu dibuat di luar masa

proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru ketiadaan masa untuk membimbing pelajar.

Proses ini boleh dilakukan jika, guru dan pelajar banyak masa ataupun mungkin sesuai untuk

pelajar-pelajar yang pandai dan tidak sesuai untuk pelajar yang lemah.Mereka memerlukan

tunjuk ajar daripada guru sebelum dapat mengakses maklumat-maklumat. tersebut. Malahan

bagi pelajar berasrama penuh atau pelajar pintar seperti pelajar di sekolah bestari, mereka

mahir menggunakan ICT dan kreatif untuk mencapai sesuatu yang sangat inovatif. Pelajar-

pelajar di sekolah harian adalah kurang cekap dan mahir untuk mencari ataupun mengakses

sesuatu daripada internet dan perlu dibimbing oleh guru-guru. Pengaplikasian ICT ini

memerlukan masa untuk pengendaliannya kerana ia perlu dipasang terlebih dahulu dan perlu

juga masa yang lama untuk muat turun ataupun muatnaik maklumat daripada internet. Perkara

ini menyebabkan guru kurang berminat untuk menggunakan komputer semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Pihak-pihak yang berkaitan perlu menangani cabaran yang

dihadapi oleh semua pihak untuk memastikan pengintegrasian ICT dapat dilaksanakan dengan

cara yang baik dan efisien.

Pihak sekolah sememangnya telah dibekalkan dengan rangkaian jalur lebar tetapi

masih tidak dapat menampung keperluan di sekolah-sekolah. Jika penggunaannya serentak,

maka menimbulkan masalah untuk mengakses maklumat daripada internet. Penggunaan yang

terhad ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Tidak dapat

dinafikan juga proses pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik jika guru-guru

menggunakan ICT dan pelajar-pelajar sangat teruja hendak mengakses maklumat daripada

internet tetapi masalah kekurangan masa dan peralatan membatasi kehendak mereka. Terdapat

pelajar yang begitu mampu dan berminat meminta kebenaran untuk membawa laptop dan

broadband ke sekolah tetapi ianya tidak dibenarkan atas faktor-faktor keselamatan dan lain-

lain yang dibimbangi berlaku dikalangan pelajar-pelajar tersebut. Jika ianya difikirkan sesuai

dengan kerjasama ibubapa yang tidak akan mendakwa mana-mana pihak. Perkara ini perlu

difikirkan sedalam-dalamnya supaya tidak membebankan mana-mana pihak. Cabaran tersebut

harus dibebani pada semua pihak, bukan kepada guru dan sekolah sahaja. Jika difikirkan

bersama, impaknya lebih baik dan dapat melaksanakannya dengan berkesan.

Penggunaan ICT dalam bidang pendidikan adalah selaras dengan hasrat kerajaan

Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Peranan institusi pendidikan

8

Page 9: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

bagi meningkatkan kadar celik computer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran

komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada semua pihak yang berkaitan

dengan pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia. Bermula daripada pihak kerajaan

Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum, Bahagian

Teknologi Maklumat, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir

sekolah dan guru-guru serta sokongan pada daripada PIBG dan ibubapa. Pihak kerajaan perlu

mengambil langkah-langkah penambahbaikan terhadap sekolah rintis atau sekolah bestari.

Sekiranya, ia sesuai dilaksanakan di sekolah-sekolah lain, maka ia merupakan usaha yang

perlu disokong oleh semua pihak. Transformasi ke arah sesuatu usaha yang baik demi

mendokong hasrat negara hendaklah diteruskan sehingga berjaya. Sekiranya, kajian

mendapati kurang sesuai kerana kemahiran teknologi maklumat guru dan pelajar tidak mampu

untuk meneruskan usaha murni tersebut,maka perlulah dicari usaha alternatif ke arah

penguasaan teknologi maklumat terlebih dahulu.

Prasarana yang lengkap, jika tidak dimanafaatkan akan menjadi satu pembaziran kos

yang perlu ditangani dengan cara yang berhemah. Sebagai contoh kerajaan perlu

menyediakan makmal komputer, guru-guru ICT dan menempatkannya ke sekolah-sekolah

yang didapati kurang mahir tentang teknologi maklumat. Langkah tersebut lebih mudah, cepat

dan menjimatkan kos kerana guru-guru diberi latihan di sekolah sendiri tanpa perlu

meninggalkan kelas dan latihan itu diberi secara berterusan dengan dipantau oleh pihak

sekolah. Secara tidak langsung pelajar-pelajar juga turut dilatih oleh guru-guru tersebut. Jika

didapati sekolah tersebut telah bersedia untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, maka keperluan dari segi prasarana dan bahan sokongan perlu dihantar ke

sekolah untuk memastikan keberkesanannya.

Sikap negatif guru-guru perlulah dihapuskan terlebih dahulu supaya mereka dapat

menerima perubahan ke arah dunia siber bukan sahaja mementingkan pencapaian terbaik di

dalam peperiksaan semata-mata dengan menafikan potensi pelajar dari aspek yang lain. Pihak

Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan setiap sekolah mempunyai pakar

motivasi yang terlatih untuk memberi kesedaran kepada semua pihak di sekolah supaya

berubah ke arah yang lebih baik daripada yang telah sedia baik. Selain daripada itu, pihak

kaunselor atau motivator tersebut mampu menangani masalah stress di kalangan guru-guru.

Mereka boleh membantu meringankan kekalutan dari segi pengurusan masa yang teratur

supaya dapat mengurangkan bebanan mahupun penderitaan guru-guru. Terdapat guru-guru

9

Page 10: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

yang mengalami masalah kesihatan yang serius, sekiranya mereka berdepan masalah disiplin

pelajar dan ditambah pula dengan berbagaibagai kerencaman kerja yang tiada pihak bersedia

untuk mendengar masalah guru-guru. Jika Kesatuan Guru-guru ditubuhkan sekalipun, pihak

tersebut hanya memperjuangkan hak guru-guru dari segi kenaikan gaji, pangkat dan

menyediakan kemudahan insuran ataupun pinjaman. Semua ini, memang sangat membantu

tetapi pihak tersebut tidak dapat menangani isu-isu bebanan kerja ataupun kekalutan masa

yang dihadapi oleh guru-guru.Dalam ertikata mudah, perkara yang besar dapat diatasi tetapi

perkara kecil sukar untuk ditangani. Sikap negatif tersebut akan berkurangan sekiranya

terdapat pihak yang dapat menyelami tentang bebanan guru-guru.Contohnya, guru diminta

menjadi guru penyayang tetapi guru sendiri tidak disayangi. Begitu sukar hendak

menyelesaikan masalah tersebut kerana ia melibatkan soal yang remeh tetapi mengganggu

pelaksanaan usaha tersebut.Begitu jugalah halnya dengan penggunaan ICT, jika guru tidak

mahu menggunakannya bagaimana pelajar boleh mendapat manafaat tersebut.

Dariapada sukatan pelajaran telah dibentuk menjadi Rancangan Tahunan dengan

bilangan minggu belajar yang telah ditetapkan. Perancangan tersebut telah dibuat daripada

mula awal tahun sehinggalah akhir tahun. Malah perancangan tersebut sering terganggu

kerana program-program sekolah yang banyak dan ianya merupakan arahan yang perlu

dilaksanakan juga .Jika ditambahtolak, waktu pengajaran dan pembelajaran begitu terhad

untuk guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran.Jangka masa yang singkat inilah yang

menyebabkan guru-guru mengambil pendekatan chalk dan talk sahaja supaya sukatan dapat

dihabiskan dengan segera. Pihak guru bukanlah tidak bersetuju atau menyokong hasrat

kerajaan tetapi telah dibebani dengan sukatan yang banyak. Oleh itu dicadangkan supaya

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) menyemak semula sukatan pelajaran tersebut supaya

releven dengan pengaplikasian ICT dengan masa pengajaran dan pembelajaran untuk tempoh

setahun. Kaji selidik perlu dilaksanakan dengan begitu teliti terutamanya untuk subjek sains

dan matematik. Kedua-dua subjek ini adalah subjek yang sangat menarik jika diimplentasikan

ICT semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, pelaksanaan program

TIMSS dan PISA untuk Matematik dan Sains sangat baik untuk diikuti tetapi guru-guru dan

pelajar-pelajar tidak ada masa untuk melaksanakan program tersebut dengan

jayanya.Keduadua program tersebut memerlukan pelajar mengakses maklumat daripada

internet untuk membolehkan mereka mempelajari ilmu atau tajuk yang tidak terdapat di

dalam sukatan pelajaran. Sekiranya, sukatan dikurangkan maka ianya mempunyai ruang dan

peluang untuk menjelajahi dunia pendidikan tanpa sempadan. Sebaliknya, jika ianya telah

10

Page 11: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

disempadani maka ilmu tersebut hanyalah dapat mencapai mengikut apa yang telah ditetapkan

sahaja.Oleh itu, kemampuan untuk belajar sendiri dengan bimbingan guru adalah terbatas

kerana guru perlu untuk menghabiskan sukatan yang telah ditetapkan.

Kemampuan pelajar di bandar jauh berbeza dengan pelajar di luar bandar. Pelajar-

pelajar di bandar lebih mahir mengunakan komputer atau perisiannya tetapi pelajar di luar

bandar sebaliknya.Perkara ini berlaku bukan kerana pelajar-pelajar luar bandar tidak pandai

tetapi mereka tiada kemudahan. Komputer begitu asing bagi mereka, ditambah pula tiada

rangkaian internet di kawasan-kawasan luar bandar. Oleh itu kerana komputer perlu

disediakan untuk sekolah-sekolah luar bandar kerana mereka tidak mampu untuk memilikinya

sendiri. Kerajaan juga perlu memastikan bahawa satu rumah, satu computer dapat dipenuhi.

Begitu juga rangkaian internet perlu sampai ke kawasan-kawasan pendalaman untuk

memastikan mereka dapat mengaplikasikan di rumah dan juga di sekolah.

Segala peralatan dan perkakasan komputer perlu diselenggara dengan baik oleh semua

pihak yang bertanggungjawab. Jika berlaku kerosakan atau hendak mengaktifkan anti-virus,

sudah tentu ada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membantu pihak sekolah atau

guru-guru yang mengalami masalah untuk memperbaiki atau apa-apa sahaja masalah dengan

komputer. Pusat Kegiatan Guru ( PKG) perlu ada pakar terlatih yang dipertanggungjawabkan

untuk memantau atau membuat penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Jika pihak

kementerian melantik kontraktor atau syarikat tertentu, ianya sudah tentu meningkatkan kos

berbanding dengan kerajaan melatih dan melantik sendiri kakitangan PKG untuk tujuan

tersebut dan peruntukan baikpulih atau pembelian alat gantian.

ICT terbatas sekiranya rangkaian atau capaiannya kurang laju ataupun boleh

digunakan untuk jumlah yang terhad. Perlu membelanjakan kos yang agak besar untuk

memastikan rangkaian jalur lebar atau SchoolNet yang disediakan di sekolah-sekolah tersebut

bukan boleh digunakan di bilik atau makmal ICT sahaja,malah di mana-mana kawasan

sekolah ianya dapat diakses dengan mudah dan cepat. Melalui sarana ibubapa juga, pihak

kementerian perlu memastikan pihak ibubapa mendapat kemudahan pinjaman untuk

pembelian komputer dan broadband bagi setiap anak dan membenarkan mereka membawa ke

sekolah tanpa perlu lagi membawa buku teks kerana boleh diakses melalui internet. Secara

tidak langsung membawa kebaikan untuk menghapuskan buku teks dan meringankan bebanan

pelajar untuk membawa buku yang berat ke sekolah.

11

Page 12: Laporan Isu Dan Cabaran Penggunaan ICT

Di pihak ibubapa pula, perlulah bekerjasama untuk memantau anak-anak di rumah

supaya ia tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain. Sekolah juga mempunyai tanggungjawab

yang besar untuk memastikan pelajar-pelajar dapat menggunakannya untuk tujuan pengajaran

dan pembelajaran berbantu komputer. Semua pihak perlu akur kepada tujuan komputer

tersebut diguna di sekolah-sekolah. Manakala pihak ibubapa pula, tidak mendakwa mana-

mana pihak sekiranya berlaku kehilangan komputer. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di

atas kehilangan tetapi akan berusaha untuk menangani masalah tersebut.

Secara tidak langsung di dalam setiap langkah-langkah penambahbaikan yang

dibincangkan di atas telah mengambilkira pengurangan kos pengaplikasian ICT di sekolah-

sekolah. Terpulanglah kepada semua pihak yang berkaitan untuk membincangkan ke tahap

yang lebih serius supaya keseluruhan kos dapat dikurangkan seminimum yang boleh kecuali

dua perkara besar yang tidak boleh dikurangkan iaitu penyediaan prasarana dari segi makmal

komputer dan rangkaian internet di sekolah-sekolah.

Kesimpulannya, secara positifnya, semua cabaran perlu ditangani oleh semua pihak

tanpa membeban satu pihak sahaja supaya hasrat kerajaan Malaysia dapat direalisasikan

dengan jayanya. Namun harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, ia tidak dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti

kata yang luas. Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.

Kecemerlangan yang dicapai akan memberi impak yang besar kepada negara, bangsa dan

agama.

12