([email protected]). berita minggu, sunday, 2 · pdf fileanak, pendidikan agama yang secu- ......

1
WALAU sudah bekerja, Encik Muhammad Hairul Izwan dan adik-adiknya masih membawa bekal makanan ke pejabat. Tabiat yang bermula ketika di bangku sekolah itu susah dihentikan. Manakan tidak. Sajian daripada air tangan ibu itu- lah yang membawa berkat dalam ke- hidupan mereka. Ia mencerminkan curahan kasih sayang dan pengorbanan ibu yang sentiasa mendamba dan mendoakan kesejahteraan anak. Doa ibu terkabul selepas tiga adik-beradik itu berjaya lulus daripa- da menara gading. Ibu bapa mereka, Encik Mohd Zakee Chemat dan Cik Latifah Ah- mad, dilambung kegembiraan ber- ganda kerana ketiga-tiga anak ber- jaya merangkul ijazah sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nan- yang (NTU) serentak tahun ini. Encik Muhammad Hairul Izwan, 26 tahun, lulus jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan pengkhususan dalam reka bentuk inovatif; manaka- la adiknya, Encik Muhammad Hafiz, 25 tahun, meraih ijazah dalam Keju- ruteraan Elektrikal dan Elektronik (EEE). Adik bongsu, Cik Siti Nur Amira, 23 tahun, pula lulus daripada juru- san perakaunan dengan keputusan merit. Inilah antara resipi kejayaan yang dikongsi keluarga Encik Mohd Zakee semasa diwawancara oleh Berita Minggu bagi siri Keluarga Bes- tari di flat empat bilik mereka di Compassvale Link baru-baru ini. Menurut Encik Muhammad Hai- rul Izwan, sewaktu di bangku sekolah, beliau adik-beradik memu- lakan hari mereka dengan sarapan makanan berkhasiat yang disiapkan ibu. Sarapan dilengkapi dengan pema- kanan pil vitamin setiap pagi. Selepas itu, anak dibekalkan de- ngan makanan seperti sandwic dan nasi bungkus untuk dibawa ke sekolah. “Kadang-kadang kawan saya ejek kerana saya bawa makanan dari rumah dan tidak beli dari kan- tin. Mereka kata saya anak emak dan macam-macam. Mula-mula malu juga tetapi lama-kelamaan dah biasa, sampaikan kawan-kawan pun mintak sikit bekalan kerana makan- an ibu sedap, bukan macam di kan- tin,” kata Encik Muhammad Hafiz. Cik Latifah, 54 tahun, suri rumah sepenuh masa, berkata beliau me- nyiapkan sarapan dan memberikan anak vitamin kerana menganggap- nya penting sebagai pembekal tena- ga dan pencetus kecergasan minda anak. Amalan itu juga membantu ke- luarga berjimat cermat. “Saya sediakan sarapan supaya anak-anak tak pergi sekolah dengan perut kosong. Bekalan mereka pun saya siapkan. Kalau mereka malu dengan orang, laparlah sendiri,” ka- ta beliau sambil mengukir senyuman mengenang kisah lama. Ditanya bagaimana beliau dapat menampung kos pendidikan anak hingga ke menara gading, Encik Mo- hd Zakee, 54 tahun, berkata budaya berjimat cermat dan hidup sederha- na membantu beliau menabung bagi keperluan pendidikan anak. Subsidi 100 peratus daripada Mendaki untuk menampung yuran universiti serta simpanan dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) yang boleh digunakan untuk perbelanjaan tambahan membantu meringankan beban. Encik Muhammad Hairul Izwan dan Encik Muhammad Hafiz juga mengajar secara sambilan untuk mendapatkan sedikit wang belanja. “Mujurlah anak-anak saya tak boros. Kami berbelanja ikut keperlu- an dan kemampuan,” ujar Encik Mohd Zakee. Mengongsi panduan mengasuh anak, pasangan itu berkata mereka sering memberi nasihat dan teguran supaya anak tahu membezakan an- tara intan dengan kaca. Amanah sebagai ibu bapa juga dipikul dengan penuh tanggung- jawab, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Dalam membentuk keperibadian anak, pendidikan agama yang secu- kupnya tidak diabaikan. Itulah sebabnya anak dihantar ke kelas madrasah mingguan dan me- ngaji di rumah orang setiap hari sele- pas sekolah. Pergerakan anak juga diawasi ra- pi dan mereka harus pulang ke ru- mah sebelum “waktu berkurung” se- belum maghrib jika tiada urusan penting. Sekali sekala rotan digunakan un- tuk mengawal disiplin anak. Dalam membina ikatan kekeluar- gaan, pasangan itu menekankan ama- lan makan malam bersama setiap hari dan meluangkan masa berkelah di pantai East Coast pada hujung minggu. Dalam perbualan dengan anak, bab pendidikan sentiasa diutama- kan. Jika anak menghadapi kelemah- an dalam subjek tertentu, pasangan itu sanggup menggajikan tutor me- ngajar anak di rumah. “Kerja saya susah kerana saya tak berpendidikan tinggi. Jadi, saya beritahu anak-anak jika mereka mahu jadi macam saya, jangan bela- jar. Tetapi, jika mereka ingin ber- jaya, kenalah belajar bersung- guh-sungguh. Dan buatlah yang ter- baik dan jangan gagal,” ujar Encik Mohd Zakee, yang berpendidikan sekolah menengah dan bekerja di Lapangan Terbang Changi sebagai seorang skipper. Pasangan itu melahirkan rasa syukur kerana segala pengorbanan sudah membuahkan hasil. “Saya cuma harapkan agar anak sekurang-kurangnya dapat diploma. Mendapat ijazah adalah satu bo- nus,” kata Cik Latifah. Kini, ketiga-tiga anak sudah pun bekerja dan bolehlah diharapkan agar membalas jasa ibu bapa. Encik Muhammad Hairul Izwan bertugas sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan swas- ta, sementara Encik Muhammad Hafiz bekerja sebagai pegawai ek- sekutif di Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan di Hospital Tan Tock Seng. Cik Siti Nur Amira pula bekerja sementara sebagai pegawai di jaba- tan kewangan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA). Mengimbas pencapaian aka- demik mereka, tiga beradik itu meng- akui mereka merupakan pelajar se- derhana di bangku sekolah. Ketiga-tiganya meneruskan pe- ngajian ke politeknik sebelum ke uni- versiti. Tetapi, berkat usaha yang tidak mengenal lelah dan pencapaian yang konsisten, mereka berjaya mendaki tangga kejayaan sehingga ke menara gading. Encik Muhammad Hairul Izwan berkata berbeza daripada ke- dua-dua adiknya yang terus ke Ali- ran Ekspres selepas peperiksaan PSLE, beliau memulakan alam per- sekolahan menengah dengan rentak lebih perlahan di Aliran Normal. Beliau, yang menyifatkan dirinya sebagai late bloomer atau seorang yang lewat dikesan bakatnya, berka- ta titik perubahan bermula selepas beliau gagal dalam peperiksaan dan ditempatkan di kedudukan antara 5 peratus ke bawah dalam kelas di me- nengah satu. “Ibu bapa saya diminta jumpa gu- ru. Guru beri perangsang. Ayah saya juga tak marah. Dia kata tak menga- pa, jalan terus. “Ini memberi saya perangsang agar cuba berubah. Saya tak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Saya tak mahu jadi pelajar tercorot dalam kelas lagi,” katanya. Justeru, beliau memberi lebih per- hatian di kelas dan sering bertanya dan mendampingi guru jika meng- hadapi masalah. Usaha beliau segera membuah- kan hasil apabila beliau muncul se- bagai antara pelajar terbaik dalam peperiksaan susulan. Bakat beliau dalam bidang bertu- kang dan reka bentuk juga mula me- nonjol apabila mengambil mata pela- jaran Reka Bentuk dan Teknologi di menengah tiga. Daya ilhamnya menghasilkan se- buah rekaan dalam bentuk sejenis dulang berganda berjaya mendapat anugerah perak di Peraduan Pereka Muda Tan Kah Kee pada 2008. “Dengan kejayaan ini, saya sedar saya tak bodoh. Jika saya berusaha, saya pun boleh jadi pandai,” kata be- liau. Mengimbas pencapaian anak, En- cik Mohd Zakee, dengan nada sebak dan air mata berlinang di pipi, berka- ta: “Saya bangga dan bersyukur. Saya hormati pencapaian anak. Se- moga anak mereka kelak akan me- nerima didikan yang sama pada masa akan datang.” Anda ingin mengongsi pengalaman atau kisah kejayaan keluarga anda? Atau anda kenal keluarga sedemikian yang cemerlang dalam bidang tertentu seperti akademik, seni, muzik, kepimpinan, sukan ataupun kegiatan luar darjah? Sila e-melkan butir kepada [email protected]. 3 beradik serentak raih ijazah NTU INGIN KONGSI PENGALAMAN? KEJAYAAN TIGA DALAM SATU: Encik Mohd Zakee Chemat (duduk, kiri) dan Cik Latifah Ahmad (duduk, kanan) dilambung kegembiraan berganda kerana ketiga-tiga anak mereka – (dari kiri) Encik Muhammad Hafiz, Encik Muhammad Hairul Izwan dan Cik Siti Nur Amira – berjaya merangkul ijazah sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serentak tahun ini. – Foto TUKIMAN WARJI Keluarga amalkan budaya berjimat, hidup sederhana demi pendidikan “Kerja saya susah kerana saya tak berpendidikan tinggi. Jadi, saya beritahu anak-anak jika mereka mahu jadi macam saya, jangan belajar. Tetapi, jika mereka ingin berjaya, kenalah belajar bersungguh-sungguh. Dan buatlah yang terbaik dan jangan gagal .... Saya bangga dan bersyukur. Saya hormati pencapaian anak. Semoga anak mereka kelak akan menerima didikan yang sama pada masa akan datang.” – Encik Mohd Zakee “Saya sediakan sarapan supaya anak-anak tak pergi sekolah dengan perut kosong. Bekalan mereka pun saya siapkan. Kalau mereka malu dengan orang, laparlah sendiri.” – Cik Latifah, 54 tahun, mengenai amalan makanan kepada anak. “Ibu bapa saya diminta jumpa guru. Guru beri perangsang. Ayah saya juga tak marah. Dia kata tak mengapa, jalan terus. Ini memberi saya perangsang agar cuba berubah. Saya tak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Saya tak mahu jadi pelajar tercorot dalam kelas lagi.” – Encik Muhammad Hairul Izwan, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘late bloomer’ atau seorang yang lewat dikesan bakatnya, mengenai titik perubahan bermula selepas beliau gagal dalam peperiksaan dan ditempatkan di kedudukan antara 5 peratus ke bawah dalam kelas di menengah satu. Berikut laporan ke-14 siri Keluarga Bestari yang menonjolkan keluarga cemerlang dalam pelbagai bidang. Laporan kali ini mengimbas pencapaian keluarga Encik Mohd Zakee Chemat dan Cik Latifah Ahmad, dengan ketiga-tiga anak lulus serentak daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini. Siri ditaja Yayasan Mendaki. Ikuti laporan NAZRY MOKHTAR ([email protected]).

Upload: nguyenthuy

Post on 05-Mar-2018

237 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: (nazry@sph.com.sg). BERITA MINGGU, SUNDAY, 2 · PDF fileanak, pendidikan agama yang secu- ... Pasangan itu melahirkan rasa ... Berikut laporan ke-14 siri Keluarga Bestari yang menonjolkan

WALAU sudah bekerja, Encik Muhammad Hairul Izwan dan adik-adiknya masih membawa bekal makanan ke pejabat.

Tabiat yang bermula ketika di bangku sekolah itu susah dihentikan.

Manakan tidak.Sajian daripada air tangan ibu itu-

lah yang membawa berkat dalam ke-hidupan mereka.

Ia mencerminkan curahan kasih sayang dan pengorbanan ibu yang sentiasa mendamba dan mendoakan kesejahteraan anak.

Doa ibu terkabul selepas tiga adik-beradik itu berjaya lulus daripa-da menara gading.

Ibu bapa mereka, Encik Mohd Zakee Chemat dan Cik Latifah Ah-mad, dilambung kegembiraan ber-ganda kerana ketiga-tiga anak ber-jaya merangkul ijazah sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nan-yang (NTU) serentak tahun ini.

Encik Muhammad Hairul Izwan, 26 tahun, lulus jurusan Kejuruteraan Mekanikal dengan pengkhususan dalam reka bentuk inovatif; manaka-la adiknya, Encik Muhammad Hafiz, 25 tahun, meraih ijazah dalam Keju-ruteraan Elektrikal dan Elektronik (EEE).

Adik bongsu, Cik Siti Nur Amira, 23 tahun, pula lulus daripada juru-san perakaunan dengan keputusan merit.

Inilah antara resipi kejayaan yang dikongsi keluarga Encik Mohd Zakee semasa diwawancara oleh Berita Minggu bagi siri Keluarga Bes-tari di flat empat bilik mereka di Compassvale Link baru-baru ini.

Menurut Encik Muhammad Hai-rul Izwan, sewaktu di bangku sekolah, beliau adik-beradik memu-lakan hari mereka dengan sarapan makanan berkhasiat yang disiapkan ibu.

Sarapan dilengkapi dengan pema-kanan pil vitamin setiap pagi.

Selepas itu, anak dibekalkan de-ngan makanan seperti sandwic dan nasi bungkus untuk dibawa ke sekolah.

“Kadang-kadang kawan saya ejek kerana saya bawa makanan dari rumah dan tidak beli dari kan-tin. Mereka kata saya anak emak dan macam-macam. Mula-mula malu juga tetapi lama-kelamaan dah biasa, sampaikan kawan-kawan pun mintak sikit bekalan kerana makan-an ibu sedap, bukan macam di kan-tin,” kata Encik Muhammad Hafiz.

Cik Latifah, 54 tahun, suri rumah sepenuh masa, berkata beliau me-nyiapkan sarapan dan memberikan anak vitamin kerana menganggap-nya penting sebagai pembekal tena-ga dan pencetus kecergasan minda anak.

Amalan itu juga membantu ke-luarga berjimat cermat.

“Saya sediakan sarapan supaya

anak-anak tak pergi sekolah dengan perut kosong. Bekalan mereka pun saya siapkan. Kalau mereka malu dengan orang, laparlah sendiri,” ka-ta beliau sambil mengukir senyuman mengenang kisah lama.

Ditanya bagaimana beliau dapat menampung kos pendidikan anak hingga ke menara gading, Encik Mo-hd Zakee, 54 tahun, berkata budaya berjimat cermat dan hidup sederha-na membantu beliau menabung bagi keperluan pendidikan anak.

Subsidi 100 peratus daripada Mendaki untuk menampung yuran universiti serta simpanan dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) yang boleh digunakan untuk perbelanjaan tambahan membantu meringankan beban.

Encik Muhammad Hairul Izwan dan Encik Muhammad Hafiz juga mengajar secara sambilan untuk mendapatkan sedikit wang belanja.

“Mujurlah anak-anak saya tak boros. Kami berbelanja ikut keperlu-an dan kemampuan,” ujar Encik Mohd Zakee.

Mengongsi panduan mengasuh anak, pasangan itu berkata mereka sering memberi nasihat dan teguran supaya anak tahu membezakan an-tara intan dengan kaca.

Amanah sebagai ibu bapa juga dipikul dengan penuh tanggung-jawab, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Dalam membentuk keperibadian anak, pendidikan agama yang secu-kupnya tidak diabaikan.

Itulah sebabnya anak dihantar ke kelas madrasah mingguan dan me-ngaji di rumah orang setiap hari sele-pas sekolah.

Pergerakan anak juga diawasi ra-pi dan mereka harus pulang ke ru-mah sebelum “waktu berkurung” se-belum maghrib jika tiada urusan penting.

Sekali sekala rotan digunakan un-tuk mengawal disiplin anak.

Dalam membina ikatan kekeluar-gaan, pasangan itu menekankan ama-lan makan malam bersama setiap hari dan meluangkan masa berkelah di pantai East Coast pada hujung minggu.

Dalam perbualan dengan anak, bab pendidikan sentiasa diutama-kan.

Jika anak menghadapi kelemah-an dalam subjek tertentu, pasangan itu sanggup menggajikan tutor me-ngajar anak di rumah.

“Kerja saya susah kerana saya tak berpendidikan tinggi. Jadi, saya beritahu anak-anak jika mereka mahu jadi macam saya, jangan bela-jar. Tetapi, jika mereka ingin ber-jaya, kenalah belajar bersung-guh-sungguh. Dan buatlah yang ter-baik dan jangan gagal,” ujar Encik Mohd Zakee, yang berpendidikan sekolah menengah dan bekerja di Lapangan Terbang Changi sebagai seorang skipper.

Pasangan itu melahirkan rasa syukur kerana segala pengorbanan sudah membuahkan hasil.

“Saya cuma harapkan agar anak sekurang-kurangnya dapat diploma. Mendapat ijazah adalah satu bo-nus,” kata Cik Latifah.

Kini, ketiga-tiga anak sudah pun bekerja dan bolehlah diharapkan agar membalas jasa ibu bapa.

Encik Muhammad Hairul Izwan bertugas sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat kejuruteraan swas-ta, sementara Encik Muhammad Hafiz bekerja sebagai pegawai ek-sekutif di Jabatan Kejuruteraan Bio Perubatan di Hospital Tan Tock Seng.

Cik Siti Nur Amira pula bekerja sementara sebagai pegawai di jaba-tan kewangan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA).

Mengimbas pencapaian aka-demik mereka, tiga beradik itu meng-akui mereka merupakan pelajar se-derhana di bangku sekolah.

Ketiga-tiganya meneruskan pe-ngajian ke politeknik sebelum ke uni-versiti.

Tetapi, berkat usaha yang tidak mengenal lelah dan pencapaian yang konsisten, mereka berjaya mendaki tangga kejayaan sehingga ke menara gading.

Encik Muhammad Hairul Izwan berkata berbeza daripada ke-dua-dua adiknya yang terus ke Ali-ran Ekspres selepas peperiksaan PSLE, beliau memulakan alam per-sekolahan menengah dengan rentak lebih perlahan di Aliran Normal.

Beliau, yang menyifatkan dirinya sebagai late bloomer atau seorang yang lewat dikesan bakatnya, berka-ta titik perubahan bermula selepas beliau gagal dalam peperiksaan dan ditempatkan di kedudukan antara 5 peratus ke bawah dalam kelas di me-nengah satu.

“Ibu bapa saya diminta jumpa gu-ru. Guru beri perangsang. Ayah saya juga tak marah. Dia kata tak menga-pa, jalan terus.

“Ini memberi saya perangsang agar cuba berubah. Saya tak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Saya tak mahu jadi pelajar tercorot dalam kelas lagi,” katanya.

Justeru, beliau memberi lebih per-hatian di kelas dan sering bertanya dan mendampingi guru jika meng-hadapi masalah.

Usaha beliau segera membuah-kan hasil apabila beliau muncul se-bagai antara pelajar terbaik dalam peperiksaan susulan.

Bakat beliau dalam bidang bertu-kang dan reka bentuk juga mula me-nonjol apabila mengambil mata pela-jaran Reka Bentuk dan Teknologi di menengah tiga.

Daya ilhamnya menghasilkan se-buah rekaan dalam bentuk sejenis dulang berganda berjaya mendapat anugerah perak di Peraduan Pereka Muda Tan Kah Kee pada 2008.

“Dengan kejayaan ini, saya sedar saya tak bodoh. Jika saya berusaha, saya pun boleh jadi pandai,” kata be-liau.

Mengimbas pencapaian anak, En-cik Mohd Zakee, dengan nada sebak dan air mata berlinang di pipi, berka-ta:

“Saya bangga dan bersyukur. Saya hormati pencapaian anak. Se-moga anak mereka kelak akan me-nerima didikan yang sama pada masa akan datang.”

Anda ingin mengongsi pengalaman atau kisah kejayaan keluarga anda? Atau anda kenal keluarga sedemikian yang cemerlang dalam bidang tertentu seperti akademik, seni, muzik, kepimpinan, sukan ataupun kegiatan luar darjah? Sila e-melkan butir kepada [email protected].

3 beradik serentak raih ijazah NTU

INGIN KONGSI PENGALAMAN?

KEJAYAAN TIGA DALAM SATU: Encik Mohd Zakee Chemat (duduk, kiri) dan Cik Latifah Ahmad (duduk, kanan) dilambung kegembiraan berganda kerana ketiga-tiga anak mereka – (dari kiri) Encik Muhammad Hafiz, Encik Muhammad Hairul Izwan dan Cik Siti Nur Amira – berjaya merangkul ijazah sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serentak tahun ini. – Foto TUKIMAN WARJI

Keluarga amalkan budaya berjimat, hidup sederhana demi pendidikan

“Kerja saya susah kerana saya tak berpendidikan tinggi. Jadi, saya beritahu anak-anak jika mereka mahu jadi macam saya, jangan belajar. Tetapi, jika mereka ingin berjaya, kenalah belajar bersungguh-sungguh. Dan buatlah yang terbaik dan jangan gagal....Saya bangga dan bersyukur. Saya hormati pencapaian anak. Semoga anak mereka kelak akan menerima didikan yang sama pada masa akan datang.”

– Encik Mohd Zakee

“Saya sediakan sarapan supaya anak-anak tak pergi sekolah dengan perut kosong. Bekalan mereka pun saya siapkan. Kalau mereka malu dengan orang, laparlah sendiri.”

– Cik Latifah, 54 tahun, mengenai amalan makanan kepada anak.

“Ibu bapa saya diminta jumpa guru. Guru beri perangsang. Ayah saya juga tak marah. Dia kata tak mengapa, jalan terus.Ini memberi saya perangsang agar cuba berubah. Saya tak mahu mengecewakan ibu bapa saya. Saya tak mahu jadi pelajar tercorot dalam kelas lagi.”

– Encik Muhammad Hairul Izwan, yang menyifatkan dirinya sebagai ‘late bloomer’ atau seorang yang lewat dikesan bakatnya, mengenai titik perubahan bermula selepas beliau gagal dalam peperiksaan dan ditempatkan di kedudukan antara 5 peratus ke bawah dalam kelas di menengah satu.

Berikut laporan ke-14 siri Keluarga Bestari yang menonjolkan keluarga cemerlang dalam pelbagai bidang. Laporan kali ini mengimbas pencapaian keluarga Encik Mohd Zakee Chemat dan Cik Latifah Ahmad, dengan ketiga-tiga anak lulus serentak daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini. Siri ditaja Yayasan Mendaki. Ikuti laporan NAZRY MOKHTAR ([email protected]).

Anisah
Typewritten Text
Anisah
Typewritten Text
BERITA MINGGU, SUNDAY, 2 OCTOBER 2016, PAGE 8
Anisah
Typewritten Text
Anisah
Typewritten Text