laporan dan dokumentasi aktiviti pusat sumber sekolah

6
LAPORAN DAN DOKUMENTASI AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH DISEDIAKAN OLEH : CIK NORHASLIZAN BT YUSOF @ HASAN PENYELARAS PSS

Upload: raja-firdaus

Post on 08-Apr-2016

178 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

Laporan Dan Dokumentasi Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Dan Dokumentasi Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

LAPORAN DAN DOKUMENTASI AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH : CIK NORHASLIZAN BT YUSOF @ HASANPENYELARAS PSS

MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN PELANTIKAN PENGAWAS PSS

Tarikh : 03 April 2012

Tempat : Dataran Perhimpunan SK Seafield 3

Dirasmikan : En. A. Rahim Bin Mohd Mislani

Objektif : Menarik minat membaca dikalangan murid-murid SK Seafield 3

: Mengiktiraf pelantikan Pengawas Pusat Sumber SK Seafield 3

Page 2: Laporan Dan Dokumentasi Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

Majlis Pelancaran Nilam dan Pelantikan Pengawas PSS pada mulanya dirancang

untuk dijalankan pada 02 April 2012. Namun, memandangkan cuaca tidak mengizinkan,

majlis ini terpaksa ditunda dan telah dijalankankan pada 03 April 2012 bertempat di

Dataran SK Seafield 3. Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnkan oleh Guru Besar

SK Seafield 3 iaitu Encik A. Rahim Bin Mohd Mislani. Majlis ini diadakan bertujuan

untuk memupuk semangat membaca di kalangan murid-murid dan juga mengiktiraf

murid-murid yang terpilih sebagai pengawas pusat sumber sekolah. Majlis berjalan

dengan lancarnya.

PROGRAM NILAM

Tarikh : Sepanjang tahun

Tempat : Pusat Sumber, bilik darjah dan tapak perhimpunan

Objektif : Menggalakkan minat membaca dikalangan murid-murid walau di mana

jua mereka berada.

: Menggalakkan murid-murid mengurus masa terluang dengan melakukan

perkara berfaedah

: Menambahkan pengetahuan di kalangan murid-murid

Program NILAM dijalankan sepanjang tahun. Guru Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggeris akan membawa kelas mereka ke pusat sumber untuk menjalankan aktiviti

NILAM ini sekurang-kurangnya satu jam dalam seminggu. Disamping itu, murid-murid

juga boleh membaca buku di tapak perhimpunan setiap pagi di mana Pusat Sumber

menyediakan bahan bacaan yang yang diletakkan berdekatan dengan tapak perhimpunan.

Buku-buku bacaan juga boleh dipinjam semasa waktu rehat di Pusat Sumber atau murid-

murid juga boleh membaca buku di sudut bacaan yang disediakan beberapa tempat di

kawasan sekolah. Murid-murid juga digalakkan menggunakan bahan bacaan di rumah

(persendirian) atau di tempat-tempat lain.

Setelah murid-murid merekodkan bacaan mereka di dalam buku NILAM, cara

penulisan dan jumlah bacaan akan diperiksa oleh guru kelas dan diserahkan kepada Ketua

Page 3: Laporan Dan Dokumentasi Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

Program NILAM. Melalui pemeriksaan ini, jumlah bacaan keseluruhan dapat ditentukan

dan pemenang dapat dikenalpasti. Anugerah NILAM pada tahun ini diadakan bersama-

sama dengan Hari Anugerah Cemerlang 2012 yang diadakan pada 9 November 2012.

GOTONG-ROYONG

Tarikh : 11, 12 dan 13 September 2012

Tempat : Pusat Sumber dan Bilik APD

Objektif : Menceriakan Pusat Sumber dan Bilik APD

: Mengemaskini buku-buku baharu

: Membaik pulih buku-buku yang rosak

Aktiviti gotong-royong dijalankan sepanjang minggu peperiksaan UPSR. AJK

yang terlibat memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan aktiviti gotong-

royong ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, menceriakan Pusat Sumber,

mengemaskini buku-buku baharu, membaik pulih buku-buku rosak dan sebagainya.

PROGRAM BULAN MEMBACA SEMPENA BULAN MEMBACA

Tarikh : Sepanjang bulan Julai

Tempat : Pusat Sumber dan bilik darjah

Objektif : Menanam budaya membaca dan memperluaskan kesedaran kepada

masyarakat tentang kepentingan membaca sebagai kunci ilmu

pengetahuan yang tidak terbatas.

:Memupuk potensi individu murid khususnya dalam melahirkan idea serta

Page 4: Laporan Dan Dokumentasi Aktiviti Pusat Sumber Sekolah

berani dan berkeyakinan

Kumpulan Sasaran : Semua murid SK Seafield 3

Program ini dijalankan secara tidak langsung di dalam kelas dan Pusat Sumber.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Rakan Pembaca. Seorang murid akan dipilih oleh

guru untuk membaca sebuah buku di hadapan murid-murid lain. Murid-murid lain akan

mendengar dan menulis maklumat yang didengar ke dalam buku NILAM. Aktiviti ini

dijalankan bagi memupuk semangat membaca dan mencungkil bakat murid dalam

bercerita serta memberi pendedahan kepada murid cara-cara mendapatlan maklumat

tentang sesuatu bahan.

Bersempena dengan Bulan Membaca juga, Pusat Sumber telah memberi penanda

buku secara percuma kepada murid-murid yang membuat pinjaman buku di Pusat

Sumber. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid untuk membuat pinjaman buku untuk

dibaca sekaligus untuk dicatat dalam buku NILAM. Aktiviti ini mendapat sambutan yang

amat menggalakkan di kalangan murid-murid.