dokumentasi pibg

Upload: hasliza-hassan

Post on 05-Apr-2018

416 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    1/21

    AHLI JAWATANKUASA

    DOKUMENTASI / PERAKAM PERISTIWA

    ENCIK AHMAD REDZUAN BIN MOHD AZMI

    ENCIK AHMAD KASHFULLAH BIN RAMLI

    PN. HJH. RODIYAH BT YUSOF

    PN. ZALEHA BT MOHAMED

    - 1 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    2/21

    1.0 PENGENALAN

    Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran merupakan hasilkesungguhan daripada pelbagai pihak yang melibatkan pelajar, guru-guru danibu bapa. Pelajar merupakan aset yang penting bagi menentukan

    kecemerlangan masyarakat dan Negara pada masa depan. Hasil kesungguhandan tidak kelan jemu dalam menuntut ilmu akan membuahkan kejayaan.Kejayaan perlu dihargai dan diberi anugerah bagi meningkatkan lagi semangatdan merangsang pelajar untuk terus memburu kejayaan demi kejayaan dalampelajaran dan juga alam kehidupan. Ibu bapa perlu membantu pihak sekolahdengan menyediakan anak-anak yang seimbang modal insannya demimemastikan kecemerlangan mereka di sekolah.

    2.0 RASIONAL

    2.1 Menghargai pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaan SPM

    dan PMR 2010 serta Peperiksaan Akhir Tahun 2010.2.2 Menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru, panitia dan bidang.2.3 Mendapat kerjasama yang baik daripada PIBG, PPDM, PJNT dan

    komuniti.2.4 Memberi perangsang kepada ibu bapa agar lebih cakna terhadap

    pelajaran anak-anak.

    3.0 OBJEKTIF

    3.1 Meningkatkan kesungguhan pelajar untuk mencapai kecemerlangan.3.2 Meningkatkan kesungguhan pelajar untuk sentiasa mencapai

    keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM, PMR mahupunpeperiksaan penggal persekolahan.3.3 Meningkatkan kesungguhan panitia dan bidang untuk mencatatkan

    keputusan yang terbaik berbanding mata palajaran lain.3.4 Meningkatkan kesungguhan palajar untuk mencapai kejayaan yang

    cemerlang bukan sahaja dalam kurikulum malah kokurikulum.3.5 Meningkatkan kesedaran dan keperihatinan ibu bapa agar menjadi

    pendorong utama kepada kejayaan anak-anak.

    4.0 PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN

    Pelaksanaan program ini dilaksanakan seperti berikut :

    4.1 Pendaftaran ibu bapa/ penjaga / guru/ penerima anugerah4.2 Ketibaan Yang Berbahagia Nik Dir bin Nik Wan Ku4.3 Nyanyian lagu NegaraKu , Selamat Sultan dan Lagu Sekolah4.4 Bacaan Ayat-ayat Suci Al- Quran.4.5 Ucapan Pengerusi Majlis.4.6 Ucapan Aluan oleh Pengetua SMK Rusila.

    - 2 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    3/21

    4.7 Ucapan Aluan YDP PIBG SMK Rusila.4.8 Ucapan Perasmian Oleh Yang Berbahagia Nik Dir bin Nik Wan Ku.4.9 Persembahan pelajar.4.10 Majlis Penyampaian Anugerah-anugerah Kecemerlangan 2010.4.11 Pelajar meninggalkan dewan.

    4.12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-10 SMK Rusila4.13 Cabutan bertuah4.14 Bersurai.

    5.0 TEKS BACAAN DOA OLEH USTAZ AMDAN BIN MAN

    Ya Allah Ya tuhan kami. Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.Dengan penuh keinsafan dan rendah diri kami memohon ke hadratMu agarEngkau limpahkan keberkatan kepada Majlis Anugerah KecemerlanganPeperiksaan SPM, PMR dan Akhir Tahun 2010 serta Mesyuarat Agung PIBG

    2011 bagi sekolah kami. Permudahkan kami mencapai objektif untukmeningkatkan kesungguhan pelajar kami dalam usaha memperolehikecemerlangan dan kegemilangan dalam bidang kurikulum, ko kurikulum dansahsiah diri melalui kesepakatan dan kerjasama antara semua pelajar, ibu bapadan guru-guru .

    Ya Rahman Ya Rahim, kurniakanlah kami keupayaan untukmeningkatkan pencapaian khususnya dalam bidang akademik ke arah yanglebih cemerlang hasil kesungguhan para pelajar, ibu bapa dan guru-guru selarasdengan hasrat sekolah untuk mencapai visi sekolah iaitu ke arah mencapaikeberhasilan tinggi pada tahun 2013.

    Ya Hayyum Ya Qayyum, hidupkanlah jiwa anak-anak kami dengansemangat juang yang tinggi dalam menimba ilmu pengetahuan. Permudahkanlahmereka dengan pelbagai sumber yang dapat meningkatkan pencapaianakademik mereka dan hapuskanlah segala anasir yang boleh menggugat minatmereka untuk menuntut ilmu pengetahuan, dan jauhilah mereka daripadapersekitaran yang tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan mereka danmasa depan generasi akan datang.

    Ya Arhammar Rahimin, anugerahkanlah kami ibu bapa yangperihatin terhadap masa depan anak-anak kami, kurniakanlah kami ahlimasyarakat yang cakna terhadap generasi yang bakal meneruskan kehidupanhari mendatang, lahirkanlah dalam kalangan kami individu-individu yang mampumemberi teladan, membimbing dan menyumbang ke arah mempertingkatkanmartabat sekolah kami sehingga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang diperingkat daerah, negeri ,kebangsaan dan antarabangsa.

    Ya Qahhar Ya Wahhab, eratkanlah hubungan dan kerjasama antarakami, limpahkanlah kami dengan sifat-sifat mulia dan terpuji, hindarilah kami

    - 3 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    4/21

    daripada sifat-sifat keji dan tercela. Bantulah kami ke arah mencapai kejayaandan kebahagiaan di dunia dan akhirat dan selamatkanlah kami daripada azab apineraka.

    Ya Allah Ya Zaljalali Wal Ikram., limpahkanlah rahmat kepada

    semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalammenjayakan majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dan Mesyuarat AgungPIBG SMK Rusila tahun ini dan kami mohon agar segala kerjasama, sumbangantenaga, buah fikiran, dan kewangan daripada semua pihak mendapat perkiraandaripada Allah SWT sebagai amal kebajikan di akhirat nanti.

    Ya Allah Ya Mujibus Sailin, jadikanlah majlis kami ini majlis yangengkau rahmati dan perpisahannya nanti sebagai perpisahan yang terpeliharadaripada sebarang kesalahan dan dosa dan jadikanlah kami dalam kalanganorang-orang yang sabar dan bersyukur.

    6.0 UCAPANALUAN OLEH EN. ABDUL MUIE BIN NGAH, PENGETUA SMKRUSILA

    Beliau memulakan ucapan dengan salam dan kata-kata aluan kepadasemua yang hadir iaitu Yang Berbahagia Tn. Hj. Nik Dir bin Nik Wan Ku selakuperasmi majlis, wakil PPD Marang iaitu En. Abdul Rahim bin Mat Zin, wakil gurubesar-guru besar , mantan pengetua, Pn. Hjh. Timah bt Hamzah, ahli JKKKkampung berdekatan, YDP PIBG, En. Zakaria bin Ngah, guru-guru SMK Rusila,para ibu bapa serta para pelajar yang terlibat dengan Majlis AnugerahKecemerlangan. Beliau amat gembira dan bersyukur kerana ini merupakan kali

    pertama Tn. Hj. Nik Dir hadir ke SMK Rusila .

    Sebagai memulakan ucapan, beliau menyentuh tentang KPI yang ingindicapai oleh SMK Rusila iaitu sebanyak 50% berkaitan kehadiran ibu bapa /penjaga ke sekolah pada tahun 2011. Diharapkan kehadiran penjaga ke sekolahakan berterusan bagi membantu mencapai target sekolah terutama berkaitankecemerlangan pelajar.

    Seterusnya beliau menyentuh tentang pencapaian SMK Rusila dalampeperiksaan PMR dan SPM 2010 yang agak merosot sama ada lulus semuamata pelajaran, keputusan semua A dan Gred Purata Sekolah. Gred Purata

    Sekolah dalam keputusan SPM 2010 hanya 5.61. Manakala lulus BahasaMelayu ialah 89.7% sahaja. Keputusan PMR 2010 juga merosot iaitu GredPurata hanya 3.01, dan tidak ada pelajar yang mendapat semua A danpencapaian yang tertinggi hanya 8A sahaja. Pada tahun 2011, sekolahmensasarkan 6 orang pelajar akan mendapat semua A dalam PMR dan GredPurata Sekolah ialah sebanyak 2.7. Manakala dalam SPM 2011, sekolahmensasarkan sebanyak 93% calon layak mendapat sijil SPM atau lulus BahasaMelayu dan Gred Purata Sekolah ialah 5.30. Sehubungan itu, beliau turut

    - 4 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    5/21

    menyentuh beberapa tindakan dan program yang dilaksanakan oleh pihaksekolah bagi membantu kecemerlangan pelajar. Antaranya ialah mengadakankelas tambahan.

    Selain itu, beliau turut menyuarakan beberapa masalah yang dihadapi

    oleh SMK Rusila. Antaranya ialah masalah pertukaran pelajar yang berpotensike SMK Tg. Lela Segara terutama pelajar di sekitar Kg. Ru Rendang yangberalasan SMK Rusila agak jauh berbanding SMKTLS. Justeru, beliaumenyuarakan hasrat agar pihak berkenaan menyegerakan projek jalan pintasmelalui Bukit Kor terus ke SMK Rusila agar lebih ramai pelajar berminat untukdatang ke SMK Rusila.

    Beliau turut memaklumkan kepada ibu bapa bahawa sahsiah dan disiplinpelajar semakin baik pada tahun 2011. Kehadiran pelajar ke sekolah semakinmeningkat dan masalah ponteng juga semakin berkurangan. Hal ini amatdititikberatkan kerana ponteng merupakan antara faktor yang menyebabkan

    akademik merosot. Pencapaian kokurikulum juga semakin meningkat dan adadalam kalangan pelajar berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri.

    Seterusnya, beliau turut memaklumkan bahawa guru-guru di SMK Rusilamencukupi. Pada tahun 2011, sebuah kelas Pendidikan Khas telah dibuka danterdapat tiga orang pelajar. Justeru, beliau mengharapkan agar ibu bapa yangmempunyai anak-anak istimewa dapat menghantar anak-anak mereka kesekolah ini. Selain itu, beliau turut menyuarakan masalah kebocoran atap yangmelibatkan beberapa buah kelas dan bilik khas. Masalah ini telah pun diajukankepada pihak PPD Marang dan JPNT tetapi belum diambil sebarang tindakan.Pihak sekolah pula tidak mempunyai peruntukan kewangan untuk kerja-kerja

    pembaikan. Justeru, beliau amat mengharapkan dengan kehadiran wakil DUNRu Rendang ini, tindakan segera dapat diambil supaya P & P pelajar tidakterganggu.

    Sebelum mengakhiri ucapan, beliau turut memaklumkan bahawa majlisyang diadakan pada hari ini bertujuan untuk menyampaikan anugerahkecemerlangan kepada para pelajar dan guru-guru yang cemerlang dalamakademik. Seterusnya turut diadakan mesyuarat agung PIBG serta cabutanbertuah kepada semua yang hadir pada hari ini.

    Sebagai mengakhiri ucapan, sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih

    kepada semua yang sudi hadir ke Majlis Anugerah Kecemerlangan terutamanyaTn. Hj. Nik Dir selaku wakil DUN Ru Rendang. Beliau tidak lupa mengucapkanterima kasih kepada YDP dan AJK PIBG SMK Rusila yang sentiasa memberikerjasama dan membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan pelajar.Seterusnya beliau turut mengucapkan terima kasih kepada mantan pengetuayang sudi menyampaikan hadiah individu kepada pelajar yang cemerlang.7.0 UCAPAN ALUAN OLEH EN. ZAKARIA BIN CHE NGAH , YDP PIBG SMK

    RUSILA

    - 5 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    6/21

    Beliau memulakan dengan ucapan salam kepada semua yang hadirterutama Tn. Hj. Nik Dir bin Nik Wan Ku ,wakil DUN Ru Rendang, En. Abd.Rahim bin Mat Zin , wakil PPD Marang, En. Abd Muie bin Ngah, pengetua SMKRusila, Pn. Hjh. Timah bt Hamzah, mantan pengetua, guru-guru penolong kanan,JKKK kampung berhampiran, guru-guru, para ibu bapa dan semua pelajar yang

    hadir.

    Beliau memberi penekanan dari segi pencapaian akademik iaitu walaupunpencapaian akademik tahun 2010 kurang memberangsangkan, tetapi masihboleh dibanggakan kerana masih ada pelajar yang berjaya mendapat 8A dalamPMR dan 5A dalam SPM. Usaha gigih yang ditunjukkan oleh para guru danpelajar perlulah disanjung dan dihargai . Beliau menaruh keyakinan bahawa jikausaha ini ditingkatkan lagi kemungkinan keputusan peperiksaan akan datanglebih cemerlang berbanding tahun sebelumnya.

    Seterusnya beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak

    sekolah terutamanya kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum. Beliau amatberbangga kerana terdapat beberapa orang pelajar telah terpilih mewakili daerahke peringkat negeri. Hal ini menunjukkan adanya kesungguhan guru dan pelajardalam usaha menaikkan nama sekolah dan sekali gus meningkatkankecemerlangan pelajar dalam bidang kokurikulum.

    Selain itu, beliau turut menyentuh tentang kemudahan infrastrukturterutama pembinaan surau untuk para pelajar SMK Rusila. Beliau memaklumkanbahawa tapak untuk pembinaan surau telah pun disediakan tetapi malangnyahasrat pihak sekolah tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan.Pembinaan surau sangat penting kepada sekolah terutama untuk majlis-majlis

    agama seperti solat hajat dan tahlil. Buat masa sekarang solat berjemaah dantahlil terpaksa diadakan di dewan. Justeru, beliau mengharapkan Tn. Hj. Nik Dirselaku wakil DUN Ru Rendang dapat memberikan sedikit peruntukan untukpembinaan surau SMK Rusila.

    Sebagai mengakhiri ucapan, beliau mengharapkan tema yang dipilih iaituKegigihan Menjana Keberhasilan Tinggi dapat memberi perangsang kepadapelajar untuk berusaha lebih gigih dan tidak menimbulkan masalah disiplinkepada sekolah. Hal ini sangat penting kerana untuk mengharapkan gurusepenuhnya memang tidak wajar disebabkan guru juga mempunyai komitmenyang lain. Oleh itu, para pelajar perlulah berfikir dalam melakukan sesuatuperkara demi masa depan serta ibu bapa mereka.

    8.0 UCAPAN PERASMIAN OLEH PEGAWAI PENYELARAS PEMBANGUNANDUN RU RENDANG TN. HJ. NIK DIR BIN NIK WAN KU

    - 6 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    7/21

    Beliau memulakan ucapan salam dan alu-aluan kepada semua tetamuyang hadir kerana dapat meluangkan masa bagi menjayakan majlis pada hari ini.Beliau berpendapat bahawa kehadiran ibu bapa menunjukkan kesungguhanserta memberi galakan kepada anak-anak yang berada di sekolah ini ke arahmencapai kecemerlangan.

    Beliau sedia maklum terhadap segala permintaan dan luahan yangdisuarakan oleh tuan pengetua dan juga YDP PIBG dan berpendapat bahawamasalah yang dihadapi oleh sekolah ini tidaklah terlalu besar namun masalah iniakan cuba diatasi seberapa segera bergantung kepada peruntukan kewanganyang ada.

    Beliau turut menjelaskan bahawa setiap tahun kerajaan persekutuanmenyediakan pelbagai peruntukan untuk dibelanjakan ke arah pembangunannegara termasuk memperuntukkan 25% daripada bajet tersebut untuk disalurkanke Kementerian Pendidikan. Hal ini menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan

    membelanjakan begitu banyak untuk kemajuan dalam bidang pendidikanberbanding dengan kementerian lain. Peruntukan yang disediakan initermasuklah untuk kemudahan infrastruktur di sekolah-sekolah. ManakalaKerajaan Negeri juga turut menyediakan peruntukan untuk pembangunanpendidikan negeri Terengganu yang disalurkan melalui JPNT dan seterusnyadiagihkan ke sekolah-sekolah menengah dan sekolah-sekolah rendah di negeriini. Peruntukan ini tidak termasuk pembahagian E-Book dan KecemerlanganUPSR, PMR, SPM dan STPM serta pemberian biasiswa kepada pelajar yangcemerlang. Malah baru-baru ini, kerajaan negeri turut menyediakan biasiswakepada pelajar-pelajar yang memasuki sekolah memandu kapal terbang dengankerjasama kerajaan negeri dan MAS. Semua ini dilakukan demi melahirkan insan

    yang cemerlang dan seterusnya akan menjadi pemimpin pada masa akandatang sama ada kepada negeri mahupun negara.

    Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa perancangan untukmenyediakan jalan pintas yang menghubungkan Bukit Kor terus ke SMK Rusiladan SK Medan Jaya sudah lama dibuat dan perancangan ini akan cubadisegerakan dan diharapkan semua pihak dapat bersabar. Menyentuh mengenaimasalah pembinaan surau pula, beliau memaklumkan bahawa peruntukan agaksukar diperolehi dan juga dihadapi oleh SMK Seberang Marang. Walaubagaimanapun, beliau akan cuba mendapatkan sedikit peruntukan daripadakerajaan negeri dan meminta pihak sekolah serta PIBG menyediakan kertaskerja bagi memudahkan urusan permohonan ini. Seterusnya, beliau turutmemberi jaminan bahawa masalah kebocoran atap akan cuba diatasi secepatmungkin.

    Beliau turut menyuarakan rasa bertuah kerana DUN Ru Rendang inimenjadi pusat bagi Daerah Marang. Justeru, terdapat pelbagai kemudahan danbangunan pentadbiran di kawasan ini. Walau bagaimanapun, beliau agakterkilan kerana DUN Ru Rendang diperintah oleh pihak pembangkang

    - 7 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    8/21

    menyebabkan banyak pembangunan tidak dapat dilaksanakan. Beliaumemaklumkan bahawa banyak perancangan dibuat untuk memajukan kawasanDUN Ru Rendang, tetapi malangnya terpaksa ditangguhkan kerana masalahperuntukan kewangan dan sebagainya. Justeru, beliau mengharapkanmasyarakat kawasan DUN Ru Rendang dapat berfikir dan membuat keputusan

    yang bijak demi generasi akan datang.

    Beliau memaklumkan bahawa pelaburan luar turut menyumbang kepadakemajuan sesebuah kawasan . Sebagai contoh Pulau Kapas dan Sungai Marangyang begitu sesuai dimajukan dalam industri pelancongan namun begitu tidakramai yang berminat untuk memajukan industri ini menyebabkan kawasan initerbiar dan tidak menarik kepada para pelancong. Justeru, untuk mencapai cita-cita tersebut satu perubahan perlu dibuat. Walaupun dari segi pembangunanDUN Ru Rendang agak ketinggalan, tetapi kebajikan masyarakat di kawasanDUN Ru Rendang tidak pernah diabaikan. Misalnya dari segi bantuan Dana HariRaya, Dana Remaja, Dana Baiki Rumah dan pelbagai bantuan lain sentiasa

    diberikan kepada masyarakat di kawasan ini tanpa sebarang kompromi.

    Seterusnya, beliau turut menyentuh tentang pemberian E-Book olehkerajaan negeri kepada pelajar-pelajar Tahun 5. Pemberian E-Book diberikepada semua pelajar Tahun 5 di negeri ini sejak tiga tahun yang lalu tanpamengira pendapatan keluarga. Pada tahun ini kerajaan negeri bercadang untukmemberikan E-Book kepada pelajar pelajar Tahun 4 pada bulan Julai nanti.Diharapkan dengan pemberian bantuan-bantuan ini, rakyat daerah Marangkhususnya para pelajar akan lebih selesa dan cemerlang.. Hal ini sejajar denganhasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan lagi kecemerlanagn pelajar dalampeperiksaan awam. Beliau menaruh harapan agar pada tahun ini akan lebih

    ramai lagi pelajar di daerah Marang mendapat straight A walaupun di sini tiadasekolah berasrama penuh.

    Sebagai mengakhiri ucapan, beliau berjanji akan memberi peruntukansebanyak RM 4000.00 kepada tabung PIBG SMK Rusila. Seterusnya, beliaumeminta pihak sekolah berbincang semula dengan pihak PPD Marang bagimengatasi masalah kebocoran atap. Beliau turut mengucapkan tahniah kepadakepimpinan sekolah yang telah berjaya mengadakan Hari AnugerahKecemerlangan dan mencipta tema yang begitu menarik . Pada pandanganbeliau, hal ini amat penting kerana setiap tema yang dicipta akan menjadi garispanduan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Akhirnya, beliau amat berterimakasih kerana kesudian pihak sekolah menjemput beliau untuk merasmikan Majlis

    Anugerah Kecemerlangan.

    9.0 ANUGERAH PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1, 2, DAN 42010

    TERBAIK TINGKATAN 1

    - 8 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    9/21

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P KATEGORI

    1 NURFATINI BT. ABD GHANI 971130-11-5466 TEMPAT PERTAMA

    2 SITI MUTIHAH BT. ZAKARIA 970128-11-5200 TEMPAT KEDUA

    3 NUR AINA ALIYA BT. MOHAMAD 970223-11-5444 TEMPAT KETIGA

    TERBAIK SETIAP MATA PELAJARAN TINGKATAN 1

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P TERBAIK M/ P

    1 SITI MUTIHAH BT. ZAKARIA 970128-11-5200 BAHASA MELAYU

    2 NUR ANIS HAZIRAH BT. MANSOR 971123-11-5580 BAHASA INGGERIS

    3 WAN NURFAZLIN BT. WAN IDRIS 970519-11-5726 SEJARAH

    4 NURFATINI BT. ABD GHANI 971130-11-5466 GEOGRAFI

    5 SITI MUTIHAH BT. ZAKARIA 970128-11-5200 MATEMATIK

    6TG. AHMAD AIMANUDDIN B. TG

    AHMAD AKMAN970128-11-5227 SAINS

    7 NUR AINA ALIYA BT. MOHAMAD 970223-11-5444 KEMAHIRAN HIDUP

    8 NURFATINI BT. ABD GHANI 971130-11-5466 PENDIDIKAN ISLAM

    9NURSHAZWANI AKMAL BT. AHMADSHUKRI

    971020-11-5430 BAHASA ARAB

    TERBAIK TINGKATAN 2

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P KATEGORI

    1 NUR AIN BT. ARIFFIN 961119-11-5618 TEMPAT PERTAMA

    2 ZURAINATRAH BT. MAMAT 961116-11-5372 TEMPAT KEDUA

    3 NOR AZYAN SYAHIRAH BT. IDRIS 960615-11-5348 TEMPAT KETIGA

    TERBAIK SETIAP MATA PELAJARAN TING. 2

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P TERBAIK M/ P

    1 NUR HASSUNA BT. ABDULLAH 960114-11-5016 BAHASA MELAYU

    2 NURUL ATIKAH BT. ASMADI 961112-11-5500BAHASA

    INGGERIS

    3 AHMAD NAZMIE B. MOHAMED 960126-11-5005 SEJARAH

    4 AHMAD NAZMIE B. MOHAMED 960126-11-5005 GEOGRAFI

    - 9 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    10/21

    5 NURUL HIDAYAH BT. NORDIN 960927-11-5064 MATEMATIK

    6NUR SYIFA AWATEEF BT. NAZRI @ROSLIN

    961008-11-5754 SAINS

    7 AHMAD NAZMIE B. MOHAMED 960126-11-5005

    KEMAHIRAN

    HIDUP

    8 NURULAIN NADIAH BT. MOHD HAMIDI 960320-11-5818PENDIDIKAN

    ISLAM

    9 NOR AZYAN SYAHIRAH BT. IDRIS 960615-11-5348 BAHASA ARAB

    TERBAIK TING. 4

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P KATEGORI

    1 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 TEMPAT PERTAMA

    2 NUR FARTHIHA BT. MOHAMAD 940505115226 TEMPAT KEDUA

    3 MOHD FARID HAKIM B. MOHD RUF 941030115621 TEMPAT KETIGA

    TERBAIK SETIAP MATA PELAJARAN TING.4

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P TERBAIK M/ P

    1 MOHD FARID HAKIM B. MOHD RUF 941030115621 BAHASA MELAYU

    2 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 BAHASA INGGERIS

    3 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 PENDIDIKAN ISLAM4 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 SEJARAH

    5 NUR FARTHIHA BT. MOHAMAD 940505115226 MATEMATIK

    6 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 BIOLOGI

    7 NUR FARTHIHA BT. MOHAMAD 940505115226 FIZIK

    8 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 KIMIA

    9 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 MATEMATIK TMBH

    10 MOHD HAFIZUDIN B. ZAKARIA 941016115437 LUKISANKEJURUTERAAN

    11 NOR AMIRAH BT. ABDULLAH 940607115294 TEKNOLOGIKEJURUTERAAN

    12 MOHD FARID HAKIM B. MOHD RUF 941030115621 TEKNOLOGIMAKLUMAT

    13 SUHAIDA BT. ZAKARIA 940419115502 SAINS

    - 10 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    11/21

    14 NOR ANISAH BT. CHE ISHAK 940331115380PRINSIPPERAKAUNAN

    15 AMINAH BT. ALIAS 941010115296 TASAWWUR ISLAM

    16 UMMU NABILAH BT. ABDUL KARIM 940330035186 EKONOMI ASAS

    17 MUHAMMAD AMIR B. MAKHTAR 940518115145 SAINS PERTANIAN

    18 BASIIRAH BT. ABDULLAH 940323115794EKONOMI RUMAHTANGGA

    19 SITI NURUL FARHANA BT. A. WAHAB 941113115504 PERDAGANGAN

    20 MUHAMMAD AMIEROUL AIMANN B. ABDRAHIM

    940825115321PENDIDIKAN SENIVISUAL

    21 NOR ATIKAH BT. OTHMAN 940113115462KATERING DANPENYAJIAN

    22 MAZNI SHARMIZA BT. MAZLAN 940327115660 LANDSKAP DANNURSERI

    10.0 ANUGERAH KECEMERLANGAN PMR TAHUN 2010

    PELAJAR TERBAIK PMR 2010

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P KEPUTUSAN

    1 SITI NUR AIN BT. AHMAD DARMADI 950615-11-5242 8A

    2 SUFI IZZUDDIN B. SULONG @ MANSOR 950826-11-5701 7A

    3 TN. AHMAD SHAFIQ B. TN. ZAINUDDIN 950227-11-5777 6A

    4 ASMA SAIDA BT. MOHD RANI 950907-11-5084 6A

    5 UMMU SYAHIRAH BT. MOHD SUBERI 950913-11-5064 6A

    6 MOHAMAD ALIF B. MOHD ZAWAWI 9501124-11-5891 5A

    7 NURUL SYAFIKA BT. MOHD NOOR 951027-11-5072 5A

    TERBAIK MATA PELAJARAN PMR 2010BIL NAMA PELAJAR NO. K/P TERBAIK M/ P

    1 SITI NUR AIN BT. AHMAD DARMADI 950615-11-5242 BAHASA MELAYU

    2 SITI NUR AIN BT. AHMAD DARMADI 950615-11-5242 BAHASA INGGERIS

    - 11 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    12/21

    3MOHAMAD SHAKIR MURSHIDI B.MOHAMAD

    950115-11-5553 SEJARAH

    4 TN. AHMAD SHAFIQ B. TN. ZAINUDDIN 950227-11-5777 GEOGRAFI

    5 SUFI IZZUDDIN B. SULONG@MANSOR 950826-11-5701 MATEMATIK

    6 TN. AHMAD SHAFIQ B. TN. ZAINUDDIN 950227-11-5777 SAINS

    7 SUFI IZZUDDIN B. SULONG@MANSOR 950826-11-5701 PENDIDIKAN ISLAM

    8 ASMA SAIDA BT. MOHD RANI 950907-03-5084 BAHASA ARAB

    9 TN. AHMAD SHAFIQ B. TN. ZAINUDDIN 950227-11-5777 KHB (PERTANIAN)

    10 SITI NUR AIN BT. AHMAD DARMADI 950615-11-5242 KHB (PK)

    11 NORAZLINA BT. ABDUL MANAF 950123-11-5190 KHB (ERT)

    11.0 KECEMERLANGAN SPM TAHUN 2010

    TERBAIK SPM 2010

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P KEPUTUSAN

    1 SAYEDATUL SHIFA BT. MUSTAFA 931021115428 5A

    2 AHMAD NAZIRUL MUBIN B. MOHAMAD 930427115781 5A

    3 NORMUNIRAH BT. ALIAS 931017115302 5A

    4 NUR EMILIA BT. ABDUL WAHAB 930706115178 4A

    5ENGKU NOR SYAFATIN BT.ENGKU

    ABDULLAH930306115136 4A

    6 AL HIDAYAH BT. MOHAMED 930504115188 4A

    7 WAN NOOR AFIFAH BT. WAN NELANG 930305115468 4A

    8 AHMAD NAZROL B. MOHAMMED 930220115469 4A

    9 NOOR IZWANIE IZZATIEY BT. MOHD 931128115372 4A

    TERBAIK MATA PELAJARAN 2010

    BIL NAMA PELAJAR NO. K/P TERBAIK M/ P

    1 AL HIDAYAH BT. MOHAMED 930504115188 BAHASA MELAYU

    2 SAYEDATUL SHIFA BT. MUSTAFA 931021115428 BAHASA INGGERIS

    3 NUR EMILLIA BT. ABDUL WAHAB 931218115560 PEND. ISLAM

    - 12 -

    http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454356http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454109http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454355http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454356http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483916http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454109http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454109http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454355http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454355http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5648925http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105
  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    13/21

    4 AHMAD NAZROL B. MOHAMMED 930220115469 SEJARAH

    5 NUR EMILLIA BT. ABDUL WAHAB 931218115560 MATEMATIK

    6 SAYEDATUL SHIFA BT. MUSTAFA 931021115428 BIOLOGI

    7 NUR EMILLIA BT. ABDUL WAHAB 931218115560 FIZIK8 NUR EMILLIA BT. ABDUL WAHAB 931218115560 KIMIA

    9 NUR EMILLIA BT. ABDUL WAHAB 931218115560MATEMATIKTAMBAHAN

    10MOHAMAD NUR HAFIZZUDDIN B.

    ARIFFIN930726115415

    LUKISANKEJURUTERAAN

    11 AHMAD NAZROL B. MOHAMMED 930220115469 TEKNOLOGIKEJURUTERAAN

    12 SAYEDATUL SHIFA BT. MUSTAFA 931021115428

    TEKNOLOGI

    MAKLUMAT

    13 MOHD AMIRUL MUKMININ B. ZAKARIA 931010115473 SAINS

    14 SYAZWANI BT. MAMAT 930228115666PRINSIPPERAKAUNAN

    15 AHMAD NAZIRUL MUBIN B. MOHAMAD 930427115781 TASAWWUR ISLAM

    16 AHMAD NAZIRUL MUBIN B. MOHAMAD 930427115781 EKONOMI ASAS

    17 MOHD HASROL B. MD LAZIM 930901115683 SAINS PERTANIAN

    18 NORMUNIRAH BT. ALIAS 931017115302 EKONOMI RUMAHTANGGA

    19 NURUL ASHILA BT. MUHAMMAD 930428115388 PERDAGANGAN

    20 NURUL HUDA BT. MOHD SAFIEN 931230115336 PEND. SENI VISUAL

    21 NOOR FATIHAH BT. ZULKIFLI 931001115332 KATERING DANPENYAJIAN

    22 RAFIQIN B. RASIDI 931226115739 LANDSKAP DANNURSERI

    12.0 ANUGERAH KOKURIKULUM

    ANUGERAH KOKURIKULUM 2010

    Bil. Nama Penglibatan Peringkat

    1. Muhamad Anuar Mustaqim b.Azahar

    Kejohanan Bola Tampar, BolaSepak dan Sepak Takraw

    Daerah

    - 13 -

    http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457117http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455102http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457003http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483923http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484473http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484318http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5512765http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454105http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454713http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454719http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5454359http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457117http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457117http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455102http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455102http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457008http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457003http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5457003http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5455098http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483923http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5483923http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484473http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484473http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484318http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5484318http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5512765http://www.lpm.gov.my/sch/Spm/csRptCddFee.asp?CddID=5512765
  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    14/21

    2. Mohammad Waqiuddin b.Embong

    Kadet Polis Negeri

    3. Nur Ameera bt. Abdul Rahim Perkhemahan Renjer Puteri Daerah

    4. Nur Salwani bt. Sukor Perkhemahan Kelab Setia

    Bengkel Kelab Pencinta Alam

    Daerah Negeri

    5. Amira bt. Alias Penembak Terbaik Kadet PolisKejohanan Bola Baling

    Daerah Daerah

    ANUGERAH SAHSIAH TERBAIK 2010

    1.Nur Hafiz b. Razali

    2.Wan Noor Afifah bt. Wan Nelang

    13.0 ANUGERAH CEMERLANG MATA PELAJARAN

    PMR PENCAPAIAN 100%

    BIL M/PELAJARAN GURU YANG MENGAJAR

    1. B. ARAB PN. NOOR FAEZAH BT. ABDULLAH

    2. KHB PK EN. AZMI B. ISMAIL

    3. KHB SPN EN. JUHARI B. SEMAN

    4 KHB ERT CIK MAZNI BT. MANAN

    PMR PENCAPAIAN MENINGKAT > DARIPADA 2%

    BIL M/PELAJARAN KENAIKAN GURU YANG MENGAJAR

    1. SAINS 4.2% PN. AMINAH BT. ABDULLAH PN.AZMAWATI BT. ABD. AZIZ PN.

    ZAWIYAH BT. ABU BAKAR

    2. MATEMATIK 3.1% PN. NURUL AKMAL BT. A. RAZAKHJH. CIK ZAIMAH BT. MOHAMAD PN.

    ZAINI BT. ZAWAWI3. B. MELAYU 2.3% PN. RUZILAWATI BT. RAMLI

    PN. ZALEHA BT. MOHAMED

    SPM PENCAPAIAN 100%

    BIL M/PELAJARAN GURU YANG MENGAJAR

    - 14 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    15/21

    1. ERT HJH. RAFIDAH HANOM BT. MOHAMED

    2. TEK. KEJ. (TK) EN. MOHD NASHRUDDIN B. AHMAD

    3. TEK. MAKL (ICT) EN. HAZIAN B. CHE HASSAN

    4 FIZIK CIK CHE FIDAIYAH BT. MAMAT5. TASAWWUR HJH MEK AZIZAH BT. OTHMAN

    6. KAT & PENYAJIAN PN. IDA FADZELINDA BT. KASSIM

    7. LANS & NURSERY EN. AHMAD KASHFULLAH B. RAMLI

    SPM PENCAPAIAN MENINGKAT > DARIPADA 2%

    BIL M/PELAJARAN KENAIKANGURU YANG MANGAJAR

    1. LUK. KEJ (LK) 35.7% EN. MOHD NASHRUDDIN B. AHMAD

    2. PEDAGANGAN 15.9% PN. NOR RIZAN BT. MUHAMAD

    3. MAT. TAMB. 13.6% HJH NORMALA BT. OSMAN

    4. EKON. ASAS 8.4% EN. ZAINUDDIN B. MOHAMED

    5. B. INGGERIS 8.1% PN. HADZAWATI BT. ABDULLAH PN.NOR HANIM BT. AB. HALIM PN.NIK FAUZIAH BT. N. ABDULLAH

    6. SEJARAH 7.1% EN. AZMAN B. YUSOF PN.FATIMAH BT. MD. YASSIN PN.ZAINUN BT. IBRAHIM

    7. KIMIA 3.9% EN. MUSTAFA B. ABDULLAH

    PENCAPAIAN SMK RUSILA 2010

    1. Pengurusan Terbaik Makmal ICT Sekolah Menengah Sempena SambutanHari Guru Daerah Marang .

    2. Pengurusan Terbaik Tandas Sekolah Menengah Sempena Sambutan HariGuru Daerah Marang.

    3. Tempat ke-3 Pertandingan Memasak Peringkat Negeri Terengganu

    - 15 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    16/21

    MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-10 2011

    Tarikh : 2 April 2011

    Masa : 11.15 pagi

    Tempat : Dewan Hikmah

    Kehadiran :

    Pengerusi : En. Zakaria bin Ngah

    Agenda 4.1 : Ucapan alu-aluan Pengerusi (YDP PIBG)

    Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan kepada semua ahli PIBG keMesyuarat Agung PIBG kali ke-10.

    Pengerusi memaklumkan bahawa pada tahun ini tidak ada pemilihan AJKbaru.

    Agenda 4.2 : Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat AgungKali Ke-9 2010

    En. Jazan (Setiausaha PIBG) membentangkan minit Mesyuarat Agung

    kali ke-9 sesi 2010/2011 sebagaimana yang tercatat pada mukasurat 6untuk diterima dan disahkan oleh ahli mesyuarat. Cadangan pengesahan oleh En. Zahari bin Mat Ali dan disokong oleh En.

    Mohd Suberi bin Abdullah.

    Agenda 4.3 :Membentang dan Menerima Laporan Kemajuan 2010/2011

    Setiausaha memaklumkan bahawa sesi 2010/2011 terdapat seramai 17orang AJK.

    Beliau turut memaklumkan bahawa pengetua baru mula bertugas pada1/9/2010.

    Manakala En. Abdul Ghani bin Tahir tidak lagi menjadi AJK kerana telahbertukar ke SMK Tg. Lela Segara. Setiausaha turut memaklumkan bahawa mesyuarat AJK telah berjaya

    diadakan sebanyak tiga kali dan sebanyak 12 aktiviti dijalankan sepanjangsesi 2010/2011.

    Cadangan pengesahan oleh Pn. Hakimah bt. Hamzah dan disokong olehPn. Kartini bt Abu Bakar.

    - 16 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    17/21

    Agenda 4.4 :Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Berakhir

    31 Disember 2010

    Pn. Wan Asmah bt. Wan Ismail (Bendahari) membentangkan laporankewangan.

    En. Mohd Suberi bin Abdullah meminta penjelasan tentang kedudukanakaun PIBG.

    Bendahari menjelaskan bahawa akaun PIBG hanya ada satu sahaja tetapidipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan urusanpenerimaan dan pengeluaran wang .

    Pengetua menjelaskan bahawa wang dalam akaun PIBG dalam ruangan

    A hingga F adalah sumbangan ibu bapa iaitu sebanyak RM 45.00 En. Mohd Suberi mencadangkan supaya diletakkan baki keseluruhan

    dalam penyata supaya nampak lebih jelas. Cadangan pengesahan oleh En. Sharafuddin bin Bakar dan disokong oleh

    En. Abdullah bin Isa.

    Agenda 4.5 :Membentangkan dan Menerima Bayaran TambahanPersekolahan Sesi 2011

    Pengetua menjelaskan bahawa bayaran tambahan tahun 2011 ialahberjumlah RM 33.50 manakala bayaran PIBG sebanyak RM 45.00 yang

    dipecahkan kepada sumbangan PIBG (RM 10.00), projekkecemerlangan(RM 30.00) dan kebajikan (RM 5.00). En. Mohd Suberi bin Abdullah meminta penjelasan tentang bayaran

    sumbangan PIBG iaitu sebanyak RM 10.00 sedangkan dalam mesyuarattahun lepas semua ahli bersetuju untuk menaikkan kepada RM 20.00 bagisetiap keluarga.

    Pengetua menjelaskan bahawa walaupun bayaran sumbangan PIBGditurunkan tetapi bayaran projek kecemerlangan dinaikkanmemandangkan tabung ini lebih diperlukan. Walau bagaimanapun jumlahbayaran masih tetap sama.

    En. Abdullah bin Abdul Rahman meminta mesyuarat hari ini menentukan

    semula bayaran sumbangan PIBG dan keputusan hari ini akan digunapakai bagi sesi 2011. Pengerusi menjelaskan bahawa bayaran tambahan tidak perlu dibincang

    semula kerana AJK PIBG telah bermesyuarat sebelum cuti persekolahanlagi serta telah diberi mandat untuk membuat keputusan.

    Majlis menerima sebulat suara.

    Agenda 4.6 :Pembentangan Usul

    - 17 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    18/21

    Pengerusi hanya membentangkan satu usul sahaja untuk dibahaskan iaitupemberian hadiah kecemerlangan PMR dan SPM 2011. Pelajar yangmendapat staright A dalam peperiksaan PMR akan diberi wang tunaisebanyak RM 500.00 dan pelajar yang mendapat straight A dalampeperiksaan SPM akan diberi sebuah komputer riba. Hadiah ini layak

    diterima oleh semua pelajar yang mendapat straight A tanpa mengirabilangan pelajar. Majlis menerima usul ini sebulat suara.

    Agenda 4.7 :Ucapan Penangguhan

    4.7.1 Ucapan Wakil Ibu Bapa ( En. Mohd Suberi bin Abdullah)

    Beliau memberi ucapan tahniah kepada semua guru dan pelajar SMKRusila kerana terdapat peningkatan sama ada dalam akademik mahupunkokurikulum. Beliau merasakan SMK Rusila mempunyai potensi untuk

    mencapai kecemerlangan yang lebih baik terutama di bawah kepimpinanpengetua yang baru. Seterusnya selaku wakil ibu bapa, beliau turutmengharapkan para guru dapat membentuk sahsiah pelajar ke arah yanglebih baik dan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut peraturanyang telah ditetapkan.

    4.7.2 Ucapan Pengetua ( En. Abdul Muie bin Ngah)

    Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir danmemaklumkan bahawa SMK Rusila mempunyai Kelas Pendidikan KhasIntegrasi (PKI) dan mempunyai guru seramai dua orang dan seorang

    pembantu. Beliau turut menyentuh tentang visi SMK Rusila iaitu Mencapai

    Keberhasilan Tinggi menjelang 2013. Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa kelas tambahan pada

    tahun ini bukan hanya untuk tingkatan 3 dan 5 tetapi juga meliputi kelastingkatan 1 bagi mencapai kejayaan tahun 2013.

    Beliau amat yakin dengan kemampuan guru-guru SMK Rusila kerana adadalam kalangan mereka yang menjadi pemeriksa kertas, guru cemerlangdan guru AKRAM.

    Seterusnya beliau menyentuh tentang KPI 2011 ke arah mengurangkangejala ponteng kepada 2%. Usaha ini mula menampakkan hasil kerana

    masalah ponteng kelas, sekolah, kegiatan kokurikulum dan solat telahberjaya dikurangkan. Dalam usaha melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, beliau

    memberitahu bahawa jadual solat telah dimasukkan dalam jadual waktupelajar. Malah pelajar yang ponteng akan diambil tindakan semerta.

    Akhirnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yangberjaya menjelaskan bayaran tambahan sekolah pada tahun ini.

    - 18 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    19/21

    4.7.3 Ucapan Yang Dipertua PIBG ( En. Zakaria bin Ngah)

    Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada tenagapengajar yang berjaya menaikkan nama sekolah.

    Beliau turut meminta kerjasama pihak pengurusan sekolah agar dapat

    memainkan peranan yang lebih berkesan bagi meningkatkan kejayaanakademik. Akhirnya beliau memohon agar ibu bapa memberi perhatian kepada anak-

    anak agar mereka menjadi insan yang cemerlang dan mempunyai masadepan yang lebih cerah.

    Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 petang .

    14.0 PENUTUP

    Diharapkan agar majlis ini akan memberi suntikan semangat dalam

    diri pelajar dan ibu bapa tentang kepentingan menjadi seorang insan yangcemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Mudah-mudahan semuahadirin khasnya pelajar dapat manfaat daripada majlis ini. Selain itu, majlisini juga diharapkan dapat merapatkan hubungan silaturahim dan saling kenalmengenali serta dapat meningkatkan potensi diri yang dimiliki kea rahmencapai visi sekolah Keberhasilan Tinggi 2013

    Disediakan oleh ,

    _______________________

    ( Pn. Rodiyah Bt Yusof )

    _______________________

    ( Pn. Zaleha Bt Mohamed )

    - 19 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    20/21

    LAMPIRAN DOKUMEN

    KERTAS KERJAJAWATANKUASA PROGRAM

    BUKU ATURCARA

    GAMBAR GAMBAR SEPANJANG MAJLIS ANUGERAHKECEMERLANGAN PEPERIKSAAN SPM, PMR DAN

    PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 1,2 DAN 42010 SERTA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -10

    TAHUN 2011

    - 20 -

  • 8/2/2019 Dokumentasi PIBG

    21/21