sistem dokumentasi

Upload: aswiza

Post on 06-Jul-2015

470 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

SISTEM DOKUMENTASI

DEFINISI DOKUMENTASIBahan yang penting dan perlu dimuatkan ke

dalam sesebuah buku ilmiah dan buku pengajian tinggi ialah rujukan, nota, kutipan dan bibliografi (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hal. 131)

Kepentingan DokumentasiKepada Pembaca Membantu pembaca mengetahui sumber yang digunakan oleh penulis Membantu pembaca membuat rujukan tambahan Membantu pembaca mendapatkan bahan tersebut dengan mudah

Kepada Penulis Menjamin kredibiliti pengarang Menguatkan hujah Pengarang tidak dituduh memplagiat hasil kerja orang lain Memastikan keaslian hasil penulisan ilmiah

Tanggungjawab penulisSeseorang penulis yang ingin menerbitkan

manuskrip dengan sesebuah organisasi perlu akur dengan sistem dokumentasi yang diamalkan oleh organisasi tersebut Sesebuah hasil penulisan haruslah seragam dari segi dokumentasi. Oleh itu, seseorang penulis harus menggunakan satu sistem secara tekal. Penulis harus sedar bahawa setiap sistem ada kekuatan dan kelemahannya.

Contoh Sistem DokumentasiSistem Dokumentasi The American Psycychological Association (APA, Association Modern Language 1994) (MLA, 1995) Gaya Dewan The Chicago Manual of Style (1993) The American Chemical Socentys (ACS, 1986) Bidang Sains sosial, psikologi, antropologi, sains politik, Bahasa & kesusasteraan pendidikan,ekonomi Bahasa Melayu: DBP Sejarah, falsafah, agama, seni halus Kimia

Format American Psychological Association (APA)Penekanan

dibuat terhadap tahun terbitan kerana disiplin ini mengutamakan bahanbahan terbitan semasa Nama semua pengarang dalam senarai rujukan perlu dicatat sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka Pera pelajar dinasihatkan agar mengekalkan menaip manuskrip langkau dua baris kecuali jia diarahkan oleh pensyarah

APAAPA memberi garis panduan yang harus diikuti

dengan tepat Contoh: penulis perlu menaip langkau dua baris untuk setiap perkara dalam manuskrip IPT Malaysia yang menerima pakai APA telah membuat pengubahsuaian Contoh: Nama orang Melayu tidak ditulis mengikut susunan APA tetapi diubah bersesuaian dengan budaya timur. Cth: Nuraini Yusoff tidak ditulis sebagai Yusoff, N. kerana nama Yusoff bukan nama penulis tetapi bapa kepada penulis

Definisi IstilahRUJUKAN Bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Adalah menjadi tanggungjawab penulis mendokumentasikannya dalam senarai rujukan. Harus diingat bahawa senarai rujukan hanya menyokong artikel yang anda tulis dan bukan untuk menyokong bidang yang anda bicarakan atau apayang anda tahu.

BIBLIOGRAFISatu

senarai yang disediakan untuk memudahkan pembaca mendapatkan bahanbahan tambahan sama ada untuk membaca bahan-bahan yang menerangkan konsep asas yang disentuh oleh penulis atau bahan tambahan berkenaan aspek-aspek yang tidak disentuh oleh penulis Bahan-bahan yang dimasukkan dalam senarai bibliografi tidak dicatatkan dalam teks.

Perbezaan APA dengan Gaya DewanAPA Rujukan - bahan-bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Bibliografi - Bahan yang dirujuk oleh penulis tetapi beliau tidak mencatatkan dalam teks penulisannya

Gaya Dewan Bibliografi - Bahan yang dirujuk oleh penulis dan ditulis dalam teks penulisan Senarai bacaan tambahan - Bahan yang dirujuk oleh penulis tetapi tidak dicatatkan dalam teks penulisan

Nota kaki kandungan / End NotesMenyampaikan satu idea sahaja cara tulis:

a.Catatkan nombor nota kaki kurungan mengikut urutan dalam artikel atau penulisan anda b.Bukan di bahagian bawah halaman c.Mulakan pada halaman baharu d.Halaman nota kaki kandungan perlu berada selepas senarai rujukan

Elipsis ()4 tanda elipsis (.) digunakan untuk

menunjukkan terdapat pengguguran perkataan antara dua ayat yang dikutip. 3 tanda elipsis () digunakan untuk menunjukkan terdapat pengguguran perkataan dalam satu ayat yang dikutip.

Penggunaan et al.Digunakan dalam teks (bukan dalam senarai

rujukan) Sekiranya bahan yang dirujuk ditulis oleh 3, 4 @ 5 orang pengarang, pada kali pertama anda menulis rujukan teks, catatkan nama semua pengarang tersebut. Kali kedua menggunakan teks yang sama, hanya perlu menulis nama pengarang pertama dan diikuti oleh et al. Bagi bahan yang ditulis oleh 6 orang @ lebih, kali pertama anda membuat rujukan teks, anda hanya perlu menulis nama pengarang pertama dan diikuti oleh et al. et al. ditulis dalam bentuk italik kerana frasa

Contoh penggunaan et al. Mengikut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji

Musa, dan Abdul Hamid Mahmood (2008), bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca dan juga bahasa perhubungan antara masyarakat di Kepulauan Melayu dengan pedagang Eropah, Asia Barat, pengembara dari India dan China. Nik Safiah Karim et.al. (2008) menyatakan bahawa prasasti yang ditemukan di Kedukan Bukit (683 Masihi), di Talang Tuwo (684 Masihi), di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 Masihi), dan di Karang Brahi, Hulu Jambi (686 Masihi) menjadi bukti konkrit tentang pengunaan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa pada abad ke-7 lagi. Dalam Rujukan: Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

6 atau lebih pengarangKajian yang dijalangkan oleh Kraut et al. (1998)

mendapati bahawa orang yang banyak menghabiskan masa untuk melayari internet mempunyai kenalan yang kurang dalam jaringan sosial mereka di samping menghadapi masalah kemurugan dan kesunyian.

Dalam Rujukan Kraut, R., Patterson, M., Lundmark, V., Kiesler, S., Mukophadhyay, T., & Scherlis, W. (1998). Internet paradox: A social technology that reduces social in volvement and psychological well-being? American Psychologist, 53, 1017

Terbahagi kepada dua, iaitu rujukan primer dan rujukan sekunder.

Rujukan PrimerRujukan primer ialah rujukan langsung Penulis mengambil, mengutip, dan mencatat

secara langsung daripada bahan rujukan yang digunakan Bahan rujuka tersebut ditulis dengan idea pengarang asal itu sendiri Contohnya, buka A ditulis (dengan idea sendiri) oleh pengarang bernama Siti. Sekiranya penulis hendak pengambil idea Siti dari buku A, maknanya penulis sedanga menggunakan rujukan primer. Rujukan primer boleh digunakan dalam kutipan (1, 2, dan 3) atau dalam rujukan teks.

Rujukan SekunderUngkapan yang dipetik dan dicatatkan dalam

penulisan tetapi penulis tidak membaca buku yang ditulis sendiri oleh penulis yang dirujuk tadi. Contoh: anda telah memetik ungkapan Edward de Bono dasn mencatatkannya dalam penulisan ada. Walau bagaimanapun, anda tidak membaca sendiri buku tersebut, sebaliknya anda telah memetik pendapat tersebut daripada tulisan Naapie Mat dan Noraini Abdullah. Memandangkan anda mengambil bahan bukan berdasarkan rujukan asal, istilah yang digunakan ialah rujukan sekunder.

Contoh rujukan sekunder

menurut Ahmad Zahid (seperti dipetik dalam Mohd Adam Ali, 2001, hal. 14) stilistik ialah suatu bidang kajian

Contoh di atas menunjukkan bahawa penulis

mengambil idea Ahmad Zahid, tetapi idea Ahmad Zahid tersebut tertulis dalam buku Mohd Adam Ali. Dalam senarai rujukan, penulis mestilah merekodkan nama Mohd Adam kerana buku pengarang tersebutlah yang dirujuk oleh penulis bukan buku Ahmad Zahid.

KutipanPanduan merakam Kutipan sumbersumber kutipan Dalam menghasilkan Rakaman kutipan yang sesebuah penulisan panjangnya kurang 40 ilmiah, penulis perlu patah perkataan boleh membaca pelbagai digabungkan dalam bahan seperti jurnal, ayat penerangan. buku, majalah, Tanda pengikat kata laporan, akhbar dsb. bagi kutipan yang telah dirakam perlu Sewaktu menulis, digunakan. penulis akan merakamkan kutipan Rakaman kutipan yang atau petikan secara melebihi 40 patah terus daripa penulisan perkataan perlu pengarang lain atau menggunakan bentuk penulisan penulis blok tanpa tanda sendiri yang pernah pengikat kata. diterbitkan.

Contoh kutipanKutipan 1 Seperti mana yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et.al. (2008), bahasa Melayu diterima sebagai bahasa yang mudah dipelajari dan bahasa perhubungan oleh orang daripada pelbagai masyarakat bahasa kerana sifatnya yang mudah dibentuk dan dilentur serta sesuai dengan segala keadaan dan keperluan. (hlm.7).

Ciri-ciri Kutipan 1Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah

lengkap dari titik ke titik, dan ayat yang dikutip tidak melebihi 40 pata perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) (halaman) Tanda titik selepas merekod halaman)

Kutipan 2 Budaya berasal daripada perkataan budi dan daya. Menurut Abdul Rahman Salleh (2000), budaya membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain. Budi dan daya atau budaya itu adalah perlakuan manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (hlm. 31).

Ciri-ciri Kutipan 2Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Tanda kutipan (pembuka dan penutup kata) Ayat yang dikutip (penggunaan elipsis sama

ada atau . , dan ayat yang dikutip tidak melebihi 40 patah perkataan. Sekiranya bukan bahasa tulisan hendaklah diitalik. (halaman) Tanda titik selepas merekod halaman

Kutipan 3

Surat-surat tersebut merupakan bukti bertulis yang penting yang boleh dikaitkan dengan pengantarabangsaan bahasa Melayu lebih 500 tahun dahulu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu telah menyebar dan meningkat dengan pesat penggunaannya pada abad tersebut. Menurut James T. Collins (2005): Surat dalam bahasa Melayu-Jawi, pada sisi lain meskipun berisi kesombongan, keangkuhan dari musuh yang paling dalam dari Brunei, dibawa ke hadapan Sultan dengan resmi untuk dibacakan dengan suara lantang oleh petugas istana....hanya bahasa Melayu-Jawi yang dianggap sesuai untuk diajukan kepada raja untuk dibaca dalam semua upacara cocok, meskipun surat itu berisi penghinaan....bahasa Melayu sebenarnya adalah Bahasa Latin di Kepulauan Nusantara. (hlm. 31)

Ciri-ciri Kutipan 3Ayat penyata Nama pengarang (tahun) Penyataan seperti berikut: Ayat yang dikutip (ayat tersebut mestilah

melebihi 40 patah perkataan, sama ada ayat lengkap atau menggunakan elipsis. Aya tersebut hendaklah ditulis dalam bentuk blok. Sekiranya bukan bahasa tulisan, hendaklah diitalik) Tanda titik diletak selepas ayat kutipan (sebelum merekod halaman) (halaman)

Rujukan teksPenulis memahami pendapat pengarang yang

dirujuk dan menggunakan pendapat itu dengan perkataan sendiri. Parafrasa, tidak meniru bulat-bulat, satu bentuk ulasan. Contoh: Dalam karangan, Greogory Leech (1969) menyarankan dua cara penulis boleh mengeksploitasi bahasa secara kreatif: i. menggunakan kemungkinan-kemungkinan bahasa yang sedia ada secara original. ii. Penggunaan melewati kemungkinankemungkinan bahasa yang sedia ada.

CARA & KAEDAH MENULIS SENARAI RUJUKAN MENGIKUT FORMAT APANama penulis Tahun terbit (dalam tanda kurungan) Judul bahan Maklumat tambahan (sekirannya ada) Tempat terbit Nama penerbit

Cara penulisanNama penulis, editor @ penyusun diikuti oleh

tandan nokhtah (.) Tahun terbit dalam kurungan & diikuti oleh tandan nokhtah Judul hendaklah dicondongkan (huruf besar digunakan pada perkataan pertama sahaja kecuali kata nama khas) & diikuti oleh tanda noktah Jilid, diikuti oleh tanda nokhtah Edisi & cetakan dalam kurungan & diikuti oleh tandan nokhtah

Tempat diterbitkan diikuti oleh tanda titik

bertindih Nama penerbit diikuti oleh tanda nokhtah Nama penterjemah, diikuti oleh tanda nokhtah Judul penerbitan berkala, diikuti oleh tanda nokhtah Kata singkatan hlm. digunakan untuk halaman Bilangan siri jika berkaitan, diikuti oleh tandan nokhtah

Panduan ringkas penyediaan senarai rujukanMulakan dengan halaman baharu Taipkan perkataan Rujukan di bahagian

tengah dan atas halaman tersebut Langkau satu atau dua baris antara kemasukan Jangan nomborkan senarai rujukan Baris kedua setiap kemasukan anjak 5 @ 7 ruang Tajuk buku, nama jurnal diiitalikkan Bagi pengarang barat, nama keluarga didahulukan Susun nama pengarang mengikut abjad

Dahulukan

buku yang ditulis bersendirian berbanding buku yang ditulis bersama Bagi penulis yang sama, dahulukan buku terawal (mengikut kronologi tahun diterbitkan) Susun berdasarkan abjad tajuk jika pengarang dan tahun sama contoh buku seorang penulis:

Shaik Mohd. Noor Alam S.M. Husin. (2000). Undang-undang komersil di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Chomsky N. (1965). Aspect of the theory of syntax. Cambrige: The Massachusette Institute of Technology.

Buku dua orang pengarang Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Buku 5 orang pengarang Chambers, M., Hanawailt, B., Rabb, T.K., Woloch, I., & Grew, R. (2003). The western experience. New York: McGraw Hill.

Buku yang diedit nama editor di kulit buku,

nama pengarang bersama dengan artikelnya

Contoh: Pengarang : Kamariah Junus Edit0r: Sanat Md. Nasir Kamariah Junus. (2003). Fungsi wacana dalam pembinaan kendiri. Dalam Sanat Md. Nasir (Ed.) Bahasa Melayu Alaf Baru, hlm. 15-26. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. *jika editor lebih seorang (Eds.) *kadang-kala penerbit menggunakan perkataan penyusun/penyunting

Buku edisi baharu

Cara tulis dalam senarai rujukan: A. Aziz Deraman. (2000). Tamadun Melayu dan pembinaan bangsa (edisi baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Nama editor: Noresah Baharum Judul kamus: Kamus Dewan Edisi Keempat Cara tulis dalam rujukan: Noresah Baharum. (Ed.). (2005). Kamus Dewan (edisi ke-5). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ensiklopedia

Nama penulis: Nano Kalter Kalter, N. (2004). Sosial readjustment. In The Psychosomatic Encyclopedia, jil. 5 (pp. 631633). New Yort: Meredith. Artikel Jurnal 1 pengarang Nama pengarang: Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2005). Bahasa, konteks dan pemikiran kanak-kanak Melayu: Satu analisis pragmatik. Jurnal Bahasa, 5(2), 135-153.

Artikel Majalah

Badrulzaman Abdul Hamid. (2001, Januari). Perkembangan bahasa dan intelektual kanakkanak. Dewan Bahasa, 1(1), 61-64. Artikel Akhbar Cara tulis dalam rujukan: Saufi Hamzah. (2003, 19 April). Taman Negara pulihara khazanah biologi. Berita Harian (Utara), hlm. 2. Kaset Cara tulis dalam rujukan: Kahn, R. & Perlin, S. (speaker). (2002). Stresslife events: Relationships on health. (Cassete Recording No. 2212). New York: Wiley Co.

Filem

Cara tulis dalam rujukan: Aziz M. Osman. (Penerbit). (2000). Senario the movie. [filem] Kuala Lumpur: Grand Brilliance. Artikel Buletin Cara tulis dalam rujukan: Tan Chin Lee. (2001). Kelemahan pelajar Cina dalam penguasaan bahasa Melayu: Punca dan penyelesaian. Jendela Utara, 3, hlm. 5. Buku terjemahan Collins, T.J. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia: Sejarah Singkat. (Alma Evita Almanar, Pentj.) Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. (Karya asal diterbitkan tahun 1996).

Kertas kerja seminar

Hishamuddin Isam, & Phat a/l Awang Deng. (2004). Nilai sejagat dalam peribahasa Melayu. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Kolokium IV Bahasa dan Pemikiran Melayu Indonesia, 17-19 April 2004 di Hotel Garudia, Medan, Indonesia. Kertas kerja seminar (yang dibukukan/koleksi) Hassan Ahmad. (2004). Bahasa dan pemikiran Melayu: Tradisi dan kesinambungannya. Dlm. Worawit Baru@Haji Ahmad Idris (Penyelenggara), Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/Indonesia: Pemikiran Melayu Tradisi dan kesinambungan,112. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Laporan penyelidikan Mashetoh Abd. Mutalib. (2005). Lirik lagu nasyid Melayu: Analisis stilistik. Laporan penyelidikan yang tidak diterbitkan, Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden, Univiersiti Utara Malaysia.

Projek ilmiah/tesis

Hasnol Hisham Yusoff. (2004). Membaca fikiran dan minda dari konsep wacana. Projek ilmiah Sarjana Muda Pengajian Melayu yang tidak diterbitkan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Dokumen dalam internet

Bowen, C. (1998). Speech and language development in infants and young children.Diakses pada 18 Februari 2010, daripada http://www.speech-language-therapy.com/devel1.h .