laporan bulan kemerdekaan dan anti dadah 2014
TRANSCRIPT
LAPORAN BULAN KEMERDEKAAN DAN MINGGU ANTI DADAH
TAHUN 2014
SMK BATU 4, GERIK, PERAK
Disediakan Oleh,
(PN. NURUL ATIQAH BINTI TAHIR)
PENGENALAN :
Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama Persatuan Sejarah
dan Persatuan Rukun Negara telah mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim
SMK Batu 4 tahun 2014. Sambutan Kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang
melibatkan semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan
manfaat dan pendedahan kepada pelajar selain sebagai pemangkin untuk memupuk hubungan
mesra dan kerjasama dalam kalangan pelajar dan guru-guru SMK Batu 4.
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan kemerdekaan adalah bagi
memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam
pelajar-pelajar secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar
yang mampu mengharumkan nama baik SMK Batu 4 di peringkat yang lebih tinggi seperti
pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.
OBJEKTIF :
Murid-murid dapat menghayati peristiwa kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas
nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi kini.
Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk
mengekalkannya.
Murid-murid mengetahui tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dan berterima kasih
kepadanya.
Murid-murid dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati tema
kemerdekaan sepenuhnya.
TENTATIF PROGRAM
Bil
Aktiviti Tarikh
1 Perasmian 11 Ogos 2014 (Isnin)
2 Pertandingan Permainan Tradisional 12 Ogos 2014 (Selasa)
3 Pertandingan mencipta Sajak 18 Ogos 2014 (Isnin)
4 Pertandingan Mencipta Lirik Subjek Sejarah 20 Ogos 2014 (Rabu)
5 Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan dan Minggu Anti Dadah dan Pertandingan Kain Rentang
25 Ogos 2014 (Isnin)
6 Pertandingan Mencipta Bendera dari Bahan-Bahan Terbuang 27 Ogos 2014 (Rabu)
7 Pertandingan Menghias Kelas Kemerdekaan 11 Ogos – 29 Ogos 2014
8 Majlis Penutup 1 September 2014 (Isnin)
CATATAN
Menerusi sambutan bulan kemerdekaan ini ini, pelajar dapat memupuk semangat
patriotisme dan cintakan negara di samping mencungkil bakat terpendam pelajar-pelajar secara
menyeluruh. Selain itu, para guru dapat mengenal pasti potensi pelajar yang mampu
mengharumkan nama baik SMK Batu 4 di peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang
dianjurkan antara sekolah dan daerah.Para pemenang bagi setiap pertandingan yang diadakan
telah diberikan hadiah oleh tuan pengetua semasa perhimpunan rasmi.Di dalam lampiran 1
dinyatakan nama pelajar yang telah memenangi pertandingan yang dipertandingkan sepanjang
bulan kemerdekaan.Sekalung tahniah diucapakan kepada pelajar yang telah Berjaya dalam setiap
acara yang dipertandingkan .Lampiran 2 pula adalah gambar sepanjang bulan kemerdekaan.
Lampiran 1
Bil Acara dipertandingkan Tempat Pertama
Tempat kedua
Tempat ketiga
Saguhati
1 Pertandingan Mencipta Lirik Subjek Sejarah
Pengakap dan Silat
Ranjer Puteri
St John -
2 Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan dan Minggu Anti Dadah
Leong pui Teng
Leong Che Yan
M.Shahrul Hanif
-
3 Pertandingan Mencipta Bendera dari Bahan-Bahan Terbuang
St John Silat KRS Kadet Polis
4 Pertandingan Menghias Kelas Kemerdekaan
2BD 4BS 3BD -
5 Pertandingan Permainan Tradisional Lelaki
Zuhal Musytari Marikh Neptune
6 Pertandingan Kain Rentang Bola Keranjang
Softball Badminton -
7 Pertandingan Permainan Tradisional Perempuan
Siti Aisyah hmad Fuzi
Nur Syafiqah
Theresea Fazlina
Siti Zaharah
8 Pertandingan Rekacipta Lim Chi Yi Amalin - -
9 Pertandingan Futsal Neptune Zuhal Musytari Marikh
10 Pertandingan Sepak Takraw Zuhal Neptune Marikh Musytari
11 Pertandingan Tali Bintang Musytari Marikh - -
12 Pertandingan Sungai Beracun Musytari Marikh - -
13 Pertandingan Perahu Undur Musytari Zuhal Neptune -
Lampiran 2 (GAMBAR)