laporan bertugas kem komandan pendidikan luar sesi 2013

Upload: amad-siddiq

Post on 03-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Laporan Bertugas Kem Komandan Pendidikan Luar Sesi 2013

    1/3

    LAPORAN BERTUGAS KEM KOMANDAN PENDIDIKAN LUAR SESI 2013

    PISMP PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN AMBILAN JANUARI 2012

    Tarikh Bertugas : 16/4

    17/4/2013

    Waktu Bertugas : 9:30 p.m 15/4 7:00 a.m 17/4

    Lokasi Bertugas : Pulau Tuba,Langkawi,Kedah

    Nama petugas : Ahmad As Siddique Bin Abdullah

    1.0 Pengenalan

    Kem komandan ialah seorang ketua yang dilantik oleh pihak atasannya untukmenjalankan tugas memimpin rakan-rakannya dalam menjalankan aktiviti dengan

    lancar sewaktu menjalankan aktviti perkhemahan. Untuk program pendidikan luar pada

    sesi kali ini, setiap hari kem komandan akan ditukar dan dilantik untuk menjalankan

    tugas melancarkan perjalanan aktiviti perkhemahan di bawah bimbingan pensyarah

    bertugas dan juga dibantu oleh seorang pembantu yang dilantik sebagai Ketua

    Keselamatan.

    Saya dilantik sebagai kem komandan pada malam 15/4 tepat jam 9:30pm

    selepas majlis makan malam formal dan seterusnya mengambil alih tugas dari kem

    komandan sebelum itu iaitu Saudara Debagar A/L Anumundan.Ketua keselamatan

    yang menjalankan tugas bersama saya ialah Dhurriswary A/P Manikkam. Pensyarah

    bertugas pada hari saya dilantik untuk bertugas ialah Puan Norazelina binti

    Awang@Man. Tempoh bertugas ialah selama 2 hari iaitu dari malam 15/4 sehingga

    menjelangnya pagi 17/4/2013.

    2.0 Jadual Pelaksanaan Tugas

    Berikut merupakan jadual pelaksanaan tugas sepanjang tempoh saya

    menjalankan tugas sebagai kem komandan pada hari ke-4 program Pendidikan Luar.

  • 7/28/2019 Laporan Bertugas Kem Komandan Pendidikan Luar Sesi 2013

    2/3

    Masa Aktiviti yang dijalankan

    9:30 p.m Penyerahan tugas oleh kem komandan pada hari ke-3 iaitu Debagar

    A/L Anumundan kepada saya,selaku kem komandan bertugas pada

    hari ke-4.

    9:40 p.m Ucapan oleh pensyarah pemantau

    o Ujian amali yang dijalankan perlulah menepati aspek yang

    ditetapkan

    o Beri perhatian untuk tapak perkhemahan (tak menepati

    kehendak)

    10:00 p.m Taklimat abseiling oleh Encik Badrulzaman (tunjuk cara berkaitan

    dengan ikatan tali dan perkara yang berkaitan dengan abseiling)

    6:30 a.m Perjumpaan dengan Sir Krishna Kumar

    o Menyiapkan tugasan pada pagi tadi (aktiviti : orienteering)

    o Penyerahan telefon bimbit (semua)

    12:00 a.m Mula tugas sentry dan kumpulan yang terlibat dalam penyediaan

    minum malam diminta menyediakan sajian tersebut.

    6:30 & 6:45

    a.m

    Solat subuh secara berjemaah dan sesi moral

    Pengurusan diri

    7:15 a.m Roll call dan senamrobik

    7:25 a.m Berjogging di persisiran pantai hingga ke jeti

    7:40 a.m Berkumpul di tepi pantai berhampiran dengan kedai makan di jeti

    Aktiviti senaman otak yang dikendalikan oleh pensyarah bertugas

    9:00 a.m Sarapan pagi

    Taklimat ringkas oleh En. Badrulzaman

    9:45 a.m Mula tugas

    o Kump. 1&3 : Siapkan khemah

    o Kump. 2&4 : Siapkan gajet

    11:30 a.m Taklimat ikhtiar hidup oleh En. Musaidi

    12:30 p.m Kumpulan 3 mula memasak

    2:00 p.m Makan tengahari

  • 7/28/2019 Laporan Bertugas Kem Komandan Pendidikan Luar Sesi 2013

    3/3

    Pengurusan peralatan perkhemahan sola dan ekspidisi kayak

    2:30 p.m Aktiviti ekspidisi kayak bermula

    7:00 p.m Pembahagian pelajar ke tapak perkhemahan solo (4 orang 1 tapak)

    8:00 a.m Penyerahan tugas secara tak rasmi kepada kem komandan hari ke-5,Mohamad Asrul

    3.0 Penutup

    Akhir sekali, perasaan saya setelah melepaskan jawatan sebagai kem kom ialah

    saya berasa agak terkilan kerana tidak berjaya melaksanakan tugas dengan sebaik

    mungkin dan jika diberi peluang lagi dengan izin Tuhan, saya akan laksanakan tugas

    dengan sebaik mungkin. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kerana

    memberikan kerjasama yang sangat baik dan komitmen yang tinggi sewaktu saya

    bertugas.

    Disediakan oleh :

    AHMAD AS SIDDIQUE BIN ABDULLAH