laporan analisis penulisan refleksi kendiri

11
LAPORAN ANALISIS PENULISAN REFLEKSI KENDIRI DARI ASPEK STRUKTUR KATA, BENTUK KATA DAN PENGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU Oleh Autdrey anak Kanchin, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak ABSTRAK Bagi memenuhi kehendak soalan Kerja kursus BMM 3109- Morfologi Bahasa Melayu, satu analisis berkaitan dengan penulisan refleksi kendiri dari aspek struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata telah dilaksanakan. Laporan ini bagi menjelaskan secara rinci metodologi analisis dan dapatan analisis penulisan refleksi kendiri dari aspek morfologi. LATAR BELAKANG LAPORAN Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang perkataan dari segi struktur,bentuk dan golongan kata. Apabila menggunakan istilah perkataan, yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran dalam sesuatu bahasa atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan. Manakala, pengolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan fungsi dan 9

Upload: autdrey-yna

Post on 12-Aug-2015

662 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

LAPORAN ANALISIS PENULISAN REFLEKSI KENDIRI

DARI ASPEK STRUKTUR KATA, BENTUK KATA DAN PENGOLONGAN KATA

BAHASA MELAYU

OlehAutdrey anak Kanchin,

Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,Kota Samarahan, Sarawak

ABSTRAK

Bagi memenuhi kehendak soalan Kerja kursus BMM 3109- Morfologi Bahasa Melayu,

satu analisis berkaitan dengan penulisan refleksi kendiri dari aspek struktur kata, bentuk

kata dan penggolongan kata telah dilaksanakan. Laporan ini bagi menjelaskan secara

rinci metodologi analisis dan dapatan analisis penulisan refleksi kendiri dari aspek

morfologi.

LATAR BELAKANG LAPORAN

Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang perkataan dari segi

struktur,bentuk dan golongan kata. Apabila menggunakan istilah perkataan, yang

dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran dalam sesuatu bahasa atau lambang

tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit

tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan atau penggandaan. Manakala, pengolongan kata ialah proses

menjeniskan perkataan berdasarkan fungsi dan bentuk dengan mengambil kira kriteria

sintaksis atau kriteria semantik perkataan.

Hatta, laporan analisis ini berkaitan dengan ketiga-tiga aspek yang disebutkan di atas.

Materi analisis merupakan penulisan refleksi analis yang terdiri daripada 614 patah

perkataan. Metode analisis dijalankan secara deskriptif. Pengulangan kata yang sama

pada penulisan refleksi tidak dikira semua, cuma satu patah saja diambil untuk wakilkan

kata. Hasil analisis telah dilampirkan pada bahagian lampiran bagi menyokong dapatan

analisa.

9

Page 2: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

METODE ANALISIS

Terdapat tiga aspek identifikasi morfologi iaitu dari segi struktur, bentuk dan golongan

kata setiap patah perkataan pada penulisan refleksi analis. Perkataan yang sama tidak

akan diulang. Bagi setiap aspek, metode yang digunakan berbeza.

Bagi aspek struktur kata, metode yang digunakan adalah deskriptif struktur. Di mana

bagi menganalisis lambang tulisan kepada morfem, lambang tulisan telah disegmen

kepada morf. Terdapat 3 kaedah menganalisis morfem yang telah digariskan oleh E.A

Nida dalam bukunya Morphology : A Descriptive Analysis Of Word (1963). Namun,

yang digunakan hanyalah kaedah 2 dan kaedah 3, iaitu lambang tulisan dipotong

menurut segmen yang ada makna atau fungsi tatabahasa. Kemudian, morf-morf yang

dihasilkan ditentukan, sama ada bertaraf sebagai morfem yang berasingan. Ini

dilakukan dengan melihat jenis morf mengikut distribusi. Ini bermaksud perkataan yang

telah disegmenkan, ditentukan jumlah morfem, dan dinyatakan jenis-jenis morfem yang

terdapat padanya. Jenis-jenis morfem terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan

morfem terikat. Rujuk Lampiran 1 bagi melihat analisis morfem mengikut jenis distribusi.

Manakala, aspek bentuk kata pula, metode yang diguna pakai adalah distingtif

perkataan mengikut bentuk, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata

ganda. Bagi kata tunggal, perkataan dibatangkan bagi mengetahui jenis kata tunggal-

kata tunggal satu suku kata, dua suku kata, tiga suku atau empat suku kata dan lebih.

Kata terbitan pula didistingtif mengikut proses pengimbuhan awalan, akhiran, sisipan

dan akhiran pada kata dasar. Seterusnya, kata majmuk diidentifikasi melalui dua kata

dasar yang dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna

khusus. Kata ganda dikenal pasti daripada pengulangan kata dasar dan penggunaan

tanda sempang serta dikategorikan mengikut jenis penggandaa, sama ada

penggandaan penuh, separa atau berentak. (Rujuk Lampiran 2)

Seterusnya, distingtif perkataan mengikut aspek golongan kata. Terdapat empat

golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Setiap kata

dikategorikan berasaskan kriteria semantik, tanpa mengambil kira binaan sintaksisnya.

10

Page 3: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

Selepas itu, setiap golongan kata dipecahkan kepada subgolongan kata masing-

masing. (Rujuk Lampiran 3)

TEKNIK PENELITIAN METODOLOGI

Bagi menganalisis penulisan refleksi kendiri analis dari aspek struktur, bentuk dan

penggolongan kata, teknik analisis data digunakan. Terdapat enam proses yang

dilalui,iaitu :

1. Membaca dan memahami penulisan refleksi kendiri

2. Menandawarnakan dan distingtif struktur kata bentuk kata dan golongan kata

perkataan.

3. Mengidentifikasikan jenis-jenis struktur kata bentuk kata dan golongan kata

perkataan

4. Menghitung jumlah struktur kata (morfem bebas dan morfem terikat), bentuk kata

(kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda), dan golongan kata

(kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas) secara general.

5. Menganalisis dan membahaskan hasil analisis dan menghitung peratusan data

6. Membuat kesimpulan hasil analisis data.

DAPATAN KAJIAN

Bagi aspek struktur kata, terdapat 449 patah perkataan disenaraikan. Setiap kata

disegmen kepada morf untuk menganalisis distribusi jenis-jenis morfem. Terdapat dua

jenis morfem iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem yang

dapat wujud bersendirian. Morfem bebas juga mempunyai makna tersendiri. Tamsilnya

perkataan kursus yang mendukung maksud sesuatu pelajaran, bahasa pula

mendukung maksud sistem lambang bunyi dan lain-lain lagi. (Rujuk Lampiran 1 :

Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri).

Satu lagi contoh morfem bebas adalah kata dasar, misalnya rupa dalam

merupakan,kata dasar perlu dalam memerlukan, kata dasar faham dalam

11

Page 4: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

memahami dan lain-lain lagi (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi

Kendiri).

Morfem bebas boleh digadingkan dengan morfem terikat untuk membentuk

sesuatu kata yang lengkap dengan maknanya. Morfem terikat pula hanya wujud dalam

pembentukan kata melalui pengimbuhan. Dalam kata merupakan misalnya, imbuhan

awalan me- dan akhiran –an adalah morfem terikat, dalam kata memerlukan, imbuhan

awalan me- dan akhiran –kan adalah morfem terikat dan lain-lain lagi. (Rujuk Lampiran

1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri).

Selain daripada mebuat distribusi morfem, setiap perkataan dikira jumlah

morfemnya. Contoh, dalam perkataan menggunakan, terdapat tiga morfem iaitu dua

morfem terikat (imbuhan awalan meng- dan akhiran –kan) serta satu morfem bebas

(kata dasar guna). Bagi perkataan kursus pula, terdapat satu morfem sahaja iaitu

morfem bebas kerana perkataan kursus wujud bersendirian dan mempunyai makna

tersendiri. Untuk contoh dan penjelasan lebih lanjut, sila rujuk Lampran 1 : Analisis

Struktur Kata dalam Refleksi Kendiri.

Selain itu, bagi pembentukan kata baharu, telah berlakunya proses penambahan

bentuk morfem terikat atau imbuhan dalam bahasa melayu, iaitu dengan cara

meminjam unsur-unsur imbuhan bahasa asing. Unsur-unsur imbuhan asing yang

dipinjam ini terbahagi kepada tiga iaitu imbuhan daripada Sanskrit, Arab-Parsi dan

Yunani-Latin-inggeris. Contoh yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah, perkataan

tatabahasa. Imbuhan awalan tata- merupakan imbuhan yang dipinjam daripada

bahasa Sanskrit. Distribusi jenis morfem masih menggunakan konsep yang sama.

Tatabahasa terdiri daripada dua morfem iaitu imbuhan awalan Sanskrit tata- sebagai

morfem terikat dan bahasa sebagai morfem bebas.

Hasil analisis secara keseluruhan, terdapat 139 patah perkataan daripada 449

patah perkataan merupakan morfem bebas yang wujud secara sendirian, manakala 310

patah perkataan terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat bagi mewujudkan

kata yang lengkap maknanya. (Rujuk Lampiran 1 : Analisis Struktur Kata dalam Refleksi

Kendiri).

12

Page 5: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

Cara pengiraan peratusan perkataan distribusi mengikut morfem adalah seperti

yang berikut: 139/499 patah perkataan x 100 = 30%

310/499 patah perkataan x 100 = 69%

Tuntasnya,setiap perkataan merupakan morfem, tetapi bukan semua morfem adalah

perkataan.

Seterusnya bagi aspek bentuk kata, setiap kata dianalisis mengikut jenis kata, iaitu kata

tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. (Rujuk Lampiran 2 : Analisis

Bentuk Kata Refleksi Kendiri)

Kata tunggal adalah kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan. Contoh

kata tunggal adalah seperti kursus, satu, bidang dan lain-lain lagi. Setiap kata tunggal

ini dibahagikan mengikut subgolongan kata tunggal satu suku kata, dua suku kata, tiga

suku kata, empat suku kata dan lebih. Tamsilnya, kata tunggal satu suku kata seperti

yang, morf, dan, di, hal dan ke. Kata tunggal dua suku kata seperti bidang, tentang,

saya, pola dan lain-lain lagi. Rujuk Lampiran 2 : Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri

untuk melihat analisis contoh kata tunggal tiga suku kata , empat suku kata dan lebih.

Malahan setiap kata didistingtifkan mengikut pola suku kata kata tunggal.

Bagi dapatan analisis kata terbitan, setiap perkataan dikelompokkan mengikut distribusi

imbuhan sama ada imbuhan awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Bagi kata terbitan

awalan, imbuhan-imbuhan awalan yang digunakan adalah pen-, pel-, me-, mem-,

men-, meng-, ber-, be-, bel-, ter-, di- dan se-. Terdapat 35 perkataan yang

menggunakan imbuhan tersebut seperti pendengar, pelajar, menarik, membantu,

13

30%

69%

PERATUSAN PERKATAAN DISTRIBUSI MENGIKUT MORFEM

MORFEM BEBASMORFEM TERIKAT DAN MORFEM BEBAS

Page 6: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

mencari, menggali, bergugus, belajar dan lain-lain lagi. Rujuk Lampiran 2 : Analisis

Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat contoh-contoh

kata terbitan yang lain. Bagi kata terbitan akhiran pula, imbuhan yang dikenal pasti

pada perkataan adalah –an,-kan dan –i. Terdapat 12 perkataan yang menggunakan

imbuhan akhiran. Contoh imbuhan akhiran hadir pada perkataan seperti gunakan,

miliki, hadapi, apitan, awalan dan lain-lain lagi. Manakala, bagi jenis imbuhan apitan

pada kata terbitan adalah seperti pem-…-an, pe-…-an,peng-…-an, pe-…-an, per-

…-an, ke-…-an me-…-kan, men-…-kan, mem-…-kan, meng-…-kan, ber-…-

kan, di-…-kan, me-…-i , men-…-i, meng-…-i, dan di-…-i. Setelah dianalisa,

terdapat 43 perkataan yang terdiri daripada imbuhan apitan. Rujuk Lampiran 2 :

Analisis Bentuk Kata Refleksi Kendiri bahagian analisis kata terbitan bagi melihat

contoh-contoh kata terbitan yang menggunakan imbuhan apitan seperti yang

dinyatakan. Bagi imbuhan sisipan pula, ia berlaku hanya pada perkataan sinambung

dalam teks refleksi analis.

Hasil daripada analisis kata terbitan tersebut, projeksi yang dapat saya buat imbuhan

meN- dan peN- cenderung mengalami perubahan alomorf apabila bergabung dengan

kata dasar yang terdiri dari huruf gugus konsonan dan vokal. Misalnya, meN- menjadi

meng- apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g,gh, kh

dan h (bunyi konsonan) serta a, e,i, o dan u (bunyi vokal) seperti contoh perkataan

mengajar, menganalisis, menggali dan lain-lain lagi. Manakala, peN- menjadi pen-

apabila bertemu dengan kata dasar yang bermula dengan huruf d, c, j, sy dan z dan

perkataan-perkataan pinjaman yang kata dasarnya bermula dengan huruf t dan s.

Contohnya, pendengar.

14

Formula :

Jumlah perkataan / jumlah keseluruhan kata terbitan X 100

JUMLAH KESELURUHAN KATA TERBITAN : 91

Jumlah kata terbitan awalan -35Jumlah kata terbitan akhiran – 12Jumlah kata terbitan apitan – 43Jumlah kata terbitan sisipan -1

Page 7: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

Dalam usaha mensintesiskan setiap

bentuk kata tersebut kepada

golongannya iaitu kata nama, kata

kerja, kata adjektif dan kata tugas,

analisis dilakukan dengan melihat konteks semantik setiap kata. Contohnya, perkataan

mengikuti. Perkataan mengikuti mendukung maksud melakukan perbuatan mengikut

sesuatu atau seseorang. Daripada penerangan melakukan perbuatan, analis telah

mengolongkan perkataan tersebut ke dalam kata kerja. Klafikasi setiap kata mengikut

golongannya boleh dirujuk pada Lampiran 3 : Analisis golongan kata dalam refleksi

kendiri.

Hasil analisis menunjukkan terdapat 87 perkataan yang digolongkan sebagai kata

nama, 60 perkataan adalah kata kerja, 25 perkataan merupakan kata adjektif dan 72

perkataan yang tergolong dalam kata tugas.

Kendatipun, jumlah perkataan mengikut golongan kata dilakukan secara general,

analisa subgolongan bagi setiap kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas

tetap dilakukan secara detil. Misalnya tatabahasa, morfologi, bahasa melayu

15

38%

13%

47%

1%

Peratusan kata terbitanawalan akhiran apitan sisipan

JUMLAH PERKATAAN MENGIKUT GOLONGAN KATA

Golongan Kata0

102030405060708090

100 87

60

25

72

kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas

Page 8: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

merupakan kata nama khas tak hidup. Contoh bagi Kata nama am hidup manusia pula

seperti guru, pelajar, murid dan pendengar. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata nama

mengikut subgolongan.

Kata kerja dianalisis dari aspek kata kerja aktif transitif, aktif tak transitif dan kata kerja

pasif. Contoh kata kerja aktif transitif adalah mengambil, mencari, menarik dan lain-

lain lagi. Contoh bagi kata kerja aktif tak transitif adalah seperti sampai, belajar, hadir

dan lain-lain lagi. Dihasilkan, disertai dan digunakan merupakan contoh bagi kata

kerja pasif. Sila rujuk lampiran 3 : analisis kata kerja mengikut subgolongan untuk

melihat klafikasi subgolongan kata kerja dengan lebih jelas.

Manakala, bagi kata adjektif pula, tidak semua kesembilan kata jenis adjektif tersebut

terdapat pada penulisan refleksi. Hasil analisis menunjukkan jenis-jenis kata adjektif

yang terdapat dalam penulisan refleksi adalah seperti kata adjektif sifatan atau

keadaan, kata adjektif waktu, kata adjektif perasaan, kata adjektif cara dan kata adjektif

jarak. Sila rujuk lampiran 3: analisis kata adjektif mengikut subgolongan bagi

mengetahui contoh perkataan bagi setiap kata adjektif.

RUMUSAN

Primafasinya, daripada dapatan kajian dan analisis data menunjukkan bagaimana

proses penulisan refleksi kendiri analis dicerakinkan mengikut struktur kata, bentuk kata

dan golongan kata. Perlaksanaan analisis tersebut membantu dalam mengklafikasikan

setiap kata berdasarkan diskriptif struktur morfem, distingtif perkataan mengikut bentuk

dan kriteria semantik. Perlaksanaan analisis ini membantu mengukuhkan kefahaman

kendiri akan cabang-cabang morfologi tersebut.

Bukan itu sahaja, sebagai bakal guru bahasa melayu, penting untuk menguasai nahu.

Pemahaman guru yang jelas dan mendalam akan aspek morfologi, dapat membantu

guru menggunakan bahasa dengan baik dan betul dimana paradigma bahasa dititik

beratkan. Sekaligus membantu guru membentuk manhaj pengajaran dan pembelajaran

yang bervariasi dalam bilik darjah. Konklusinya, guru merupakan wadah pengajaran

16

Page 9: Laporan Analisis Penulisan Refleksi Kendiri

bahasa. Oleh itu, mengetahui, memahami dan mengamalkan nahu bahasa yang betul

merupakan tanggungjawab seorang guru.

17