laporan analisis item.docx

3
LAPORAN ANALISIS ITEM Setelah menjalani ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar kelas 3 Excellent Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu, Batang Kali,Hulu Selangor satu analisis item bagi mengetahui indek kesukaran dan indeks diskriminasi telah dijalankan. Pelajar 3 Eccellent mempunyai seramai 28 orang calon dan purata jumlah skor dari 34 hingga 216 dan min skor dari 1.2 hingga 7.7. Item 1 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) 0.4 yang telah dicapai melalui pengujian soalan terhadap murid yang dapat menjawab dan tidak dapat menjawab. Soalan bagi item 1 adalah berbentuk pengetahuan dan telah digubal dengan menggunakan aras rendah untuk mengkaji pencapaian murid. Jadi item ini dikelaskan sebagai baik manakala Indeks Diskriminasi murid yang telah dikenal pasti melalui soalan yang digubal adalah sebanyak 0.5 dan dikelaskan sebagai amat baik kerana soalan yang baik perlu melepasi 0.3. Item 2 pula memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.5. Item 2 merupakan soalan keahaman aras sederhana. 50 % murid dapat menjawab alan dengan betul. Manakala Indeks Diskriminasi murid pula ialah 0.4 dan masih dikelaskansebagai item yang sangat baik. Seterusnya, Item 3 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.3. Item ini adalah berdasarkan dari soalan aplikasi dan mempunyai aras sederhana. Peratusan murid yang dapat

Upload: siti-zur-aida

Post on 27-Oct-2015

130 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Bmm-laporan analisis item..

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN ANALISIS ITEM.docx

LAPORAN ANALISIS ITEM

Setelah menjalani ujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar kelas 3

Excellent Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Bharu, Batang Kali,Hulu Selangor satu

analisis item bagi mengetahui indek kesukaran dan indeks diskriminasi telah

dijalankan. Pelajar 3 Eccellent mempunyai seramai 28 orang calon dan purata

jumlah skor dari 34 hingga 216 dan min skor dari 1.2 hingga 7.7.

Item 1 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) 0.4 yang telah dicapai melalui

pengujian soalan terhadap murid yang dapat menjawab dan tidak dapat menjawab.

Soalan bagi item 1 adalah berbentuk pengetahuan dan telah digubal dengan

menggunakan aras rendah untuk mengkaji pencapaian murid. Jadi item ini

dikelaskan sebagai baik manakala Indeks Diskriminasi murid yang telah dikenal

pasti melalui soalan yang digubal adalah sebanyak 0.5 dan dikelaskan sebagai amat

baik kerana soalan yang baik perlu melepasi 0.3.

Item 2 pula memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.5. Item 2

merupakan soalan keahaman aras sederhana. 50 % murid dapat menjawab alan

dengan betul. Manakala Indeks Diskriminasi murid pula ialah 0.4 dan masih

dikelaskansebagai item yang sangat baik.

Seterusnya, Item 3 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.3. Item

ini adalah berdasarkan dari soalan aplikasi dan mempunyai aras sederhana.

Peratusan murid yang dapat menjawab soalan tersbut kurang memuaskan

berdasarkan tahap yang telah digunakan. Indeks Diskriminasi pula adalah sebanyak

0.2 dan dikelas sebagai item yang kurang baik.

Item 4 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.3. Soalan tersebut

merupakan soalan analisis dan aras sederhana. Peratusan murid yang dapat

menjawab soalan bagi aras ini dikira kurang memuaskan. Manakala Indeks

Diskriminasi bagi item ini adalah ialah sebanyak 0.2 dan dikelaskan sebagai item

yang kurang baik.

Item 5 memaparkan Indeks Kesukaran (IK) sebanyak 0.5. Soalan tersebut

dikategorikan sebagai soalan sintesis beraras sederhana. Peratusan murid yang

Page 2: LAPORAN ANALISIS ITEM.docx

dapat menjawab dengan betul sangat memuaskan. Separuh murid dapat menjawab

soalan dengan betul. Manakala Indeks Diskriminasi pula sebanyak 0.1 dan dikira

sebagai kurang memuaskan.

Item 6 memaparkan indeks kesukaran sebanyak 1.2 dan item tersebut dari

soalan penilaian beraras tinggi. Peratusan murid yang dapat menjawab dengan betul

juga sangat lemah. Manakala Indeks Diskriminasi murid pula sebanyak 0.7. Peratus

murid dapat menjawab soalan dengan betul amat tinggi dan soalan tersebut

bersesuaian dengan tahap murid.

Setiapnitem yang telah dibina kebanyakannya bersesuaian dan ada juga

yang masih lagi tidak bersesuaian dengan tahap murid kerana peratus murid yang

dapat menjawab soalan dengan betul masih rendah. Penambahbaikan bagi item-

item tersebut masih lagi boleh dibuat bagi disesuaikan dengan tahap murid.