laporan analisa smramm 2011,2012 & 2013

5
LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM) TAHUN 2011 Pada tahun 2011 seramai 843 calon dari semua Maktab Mahmud mengambil SMRAMM. Keputusan peperiksaan SMRAMM 2011 menunjukkan sedikit peningkatan dalam peratus lulus daripada 92.7% pada tahun 2010 kepada 92.8%. pada tahun 2011. Sebanyak 688 calon dari 843 calon memperolehi lulus minimum pangkat Maqbul. Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri), Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Bandar Baharu telah mencatat kelulusan 100%. Sebanyak 5 buah pusat iaitu Maktab Mahmud Alor Setar (Putera), Langkawi, Pendang, Merbok dan Baling mencatatkan peningkatan peratus kelulusan di mana peratus kelulusan antara 90.3% hingga 98.1%. Manakala 5 pusat lagi iaitu Maktab Mahmud Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Pokok Sena mencatatkan penurunan peratus kelulusan di mana peratus kelulusan antara 73.5% hingga 96.7%. Peratus pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan penurunan daripada 13.2% (98 calon) pada tahun 2010 kepada 9.5% (80 calon). Jumlah tertinggi pelajar yang mencapai pangkat Mumtaz ialah di Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri) iaitu sebanyak 47 calon. Peratusan calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) seperti tahun 2010 iaiti 27.2 %. Manakala peratus yang mendapat pangkat Jayyid ( Baik ) meningkat daripada 31.4% kepada 35.1 % pada tahun 2011. Manakala calon yang mendapat Maqbul meningkat dari 20.9 % kepada 21.0%.

Upload: afauzaman

Post on 20-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM)

TAHUN 2011

Pada tahun 2011 seramai 843 calon dari semua Maktab Mahmud mengambil SMRAMM.

Keputusan peperiksaan SMRAMM 2011 menunjukkan sedikit peningkatan dalam peratus lulus

daripada 92.7% pada tahun 2010 kepada 92.8%. pada tahun 2011. Sebanyak 688 calon dari 843

calon memperolehi lulus minimum pangkat Maqbul.

Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri), Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Bandar

Baharu telah mencatat kelulusan 100%. Sebanyak 5 buah pusat iaitu Maktab Mahmud Alor Setar

(Putera), Langkawi, Pendang, Merbok dan Baling mencatatkan peningkatan peratus kelulusan di

mana peratus kelulusan antara 90.3% hingga 98.1%. Manakala 5 pusat lagi iaitu Maktab

Mahmud Padang Terap, Sik, Kuala Muda, Kulim dan Pokok Sena mencatatkan penurunan

peratus kelulusan di mana peratus kelulusan antara 73.5% hingga 96.7%.

Peratus pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan penurunan

daripada 13.2% (98 calon) pada tahun 2010 kepada 9.5% (80 calon). Jumlah tertinggi pelajar

yang mencapai pangkat Mumtaz ialah di Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri) iaitu sebanyak 47

calon. Peratusan calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) seperti tahun 2010

iaiti 27.2 %. Manakala peratus yang mendapat pangkat Jayyid ( Baik ) meningkat daripada

31.4% kepada 35.1 % pada tahun 2011. Manakala calon yang mendapat Maqbul meningkat dari

20.9 % kepada 21.0%.

Peperiksaan SMRAMM pada tahun 2011 menunjukkan peningkatan dari segi bilangan

pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari segi kualitinya agak menurun

sedikit. Adalah diharapkan peperiksaan SMRAMM di Maktab Mahmud akan terus

menunjukkan kecemerlangan pada tahun yang akan datang.

Disediakan oleh :

Unit Kurikulum,

Bahagian Akademik LMM.

Page 2: Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM)

TAHUN 2012

Pada tahun 2012 seramai 791 calon dari seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah telah

menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM). Secara

umumnya pencapaian calon dari segi peratusan keseluruhannya menunjukkan sedikit penurunan

dalam peratus lulus iaitu daripada 92.76 % (2011) kepada 89.76%. (2012).

Terdapat beberapa buah Maktab Mahmud yang menunjukkan peningkatan peratusan

keseluruhan seperti Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Sik, Maktab Mahmud

Kulim dan Maktab Mahmud Pokok Sena. Manakala Maktab Mahmud Yan telah mengekalkan

kedudukan lulus 100% untuk 3 tahun berturut-turut. Sungguhpun demikian, masih terdapat

beberapa Maktab Mahmud yang mencatat penurunan iaitu Maktab Mahmud Alor Setar Putera &

Puteri, Maktab Mahmud Langkawi, Maktab Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Merbok,

Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala Muda dan Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) pula, didapati 3 buah Maktab Mahmud yang

menunjukkan peningkatan yang ideal iaitu Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Sik,

Maktab Mahmud Padang Terap. Manakala 9 buah Maktab Mahmud lagi menunjukkan

penurunan dengan kadar yang kecil iaitu Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Alor Setar

(Putera), Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri,) Maktab Mahmud Langkawi, Maktab Mahmud

Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala Muda dan

Maktab Mahmud Bandar Baharu.

Seterusnya, peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan

penurunan daripada 9.49 % (80 calon) tahun 2011 kepada 8.22 % (65 calon) tahun 2012. Jumlah

tertinggi calon yang mencapai pangkat Mumtaz ialah di Maktab Mahmud Alor Setar (Puteri)

iaitu seramai 42 calon. Peratusan calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik)

tahun 2012 ialah sebanyak 23.64 %. Manakala peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid

(Baik) pula ialah 32.49 % . Namun demikian, peratus calon yang mendapat pangkat Maqbul

(Lulus) meningkat daripada 21.0 % pada tahun 2011 kepada 25.41 % pada tahun 2012.

Secara keseluruhannya, peperiksaan SMRAMM pada tahun 2012 menunjukkan

peningkatan dari segi bilangan pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari

segi kualitinya agak menurun sedikit. Adalah diharapkan peperiksaan SMRAMM di Maktab

Mahmud Negeri Kedah akan terus menunjukkan kecemerlangan pada tahun yang akan datang.

Page 3: Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013

LAPORAN ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA MAKTAB MAHMUD (SMRAMM) 2013

Pada tahun 2013 seramai 851 calon dari seluruh Maktab Mahmud Negeri Kedah telah

hadir menduduki Peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama Maktab Mahmud (SMRAMM).

Secara umumnya, pencapaian calon dari segi peratus calon lulus dalam semua mata pelajaran

menunjukkan sedikit peningkatan iaitu daripada 89.76 % (2012) kepada 91.08 % (2013).

Terdapat 7 buah Maktab Mahmud yang menunjukkan peningkatan peratus calon dalam

semua mata pelajaran seperti Maktab Mahmud Alor Setar (Putera & Puteri), Maktab Mahmud

Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Kuala Muda, Maktab Mahmud Baling,

Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Pokok Sena. Manakala Maktab Mahmud Yan telah

mengekalkan kedudukan lulus 100% untuk 4 tahun berturut-turut. Sungguhpun demikian,

masih terdapat 4 Maktab Mahmud yang mencatat penurunan iaitu Maktab Mahmud Langkawi,

Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Bandar Baharu dan Maktab Mahmud Sik.

(rujuk lampiran).

Berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) pula, didapati 11 buah Maktab Mahmud yang

menunjukkan peningkatan yang ideal iaitu Maktab Mahmud Alor Setar (Putera & Puteri),

Maktab Mahmud Kulim, Maktab Mahmud Padang Terap, Maktab Mahmud Langkawi, Maktab

Mahmud Pendang, Maktab Mahmud Merbok, Maktab Mahmud Baling, Maktab Mahmud Kuala

Muda, Maktab Mahmud Yan, Maktab Mahmud Pokok Sena dan Maktab Mahmud Bandar

Baharu. Manakala sebuah Maktab Mahmud sahaja menunjukkan penurunan dengan kadar

yang kecil iaitu 0.14 % Maktab Mahmud Sik,(rujuk lampiran).

Seterusnya, peratus calon yang mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang) menunjukkan

peningkatan daripada 8.22% (65 calon) tahun 2012 kepada 14.57% (124 calon) tahun 2013.

Peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik) tahun 2013 ialah sebanyak

29.14% (248 calon). Manakala peratus calon yang mendapat pangkat Jayyid (Baik) pula ialah

28.20% (240 calon) . Namun demikian, peratus calon yang mendapat pangkat Maqbul (Lulus)

menurun daripada 25.41% (201 calon) pada tahun 2012 kepada 20.56% (175 calon) pada tahun

2013.

Secara keseluruhannya, peperiksaan SMRAMM pada tahun 2013 menunjukkan

penurunan dari segi bilangan pelajar yang lulus minimum iaitu pangkat Maqbul. Manakala dari

segi kualitinya menunjukkan sedikit peningkatan yang ideal. Adalah diharapkan peperiksaan

SMRAMM di Maktab Mahmud Negeri Kedah akan datang terus menunjukkan kecemerlangan

dari semasa ke semasa. Insyaallah.

Page 4: Laporan analisa SMRAMM 2011,2012 & 2013