laporan aktvti mguan

6
LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN PERTAMA Pada tarikh 7 Januari 2014 pada pukul 7.45-9.45 pagi kami yang terdiri daripada unit kadet remaja, persatuan bulna sabit merah serta pengakap telah berkumpul dalam barisan kawat. Taklimat kawad kaki telah dijalankan. Perjumpaan pertama ini, segala pengurusan dan perjalanan aktiviti perjumpaan mingguan unit beruniform sepanjang Semester Pertama 2014 telah disampaikan oleh Penyelaras Unit Beruniform, Tn Haji Suhaimi bin Junoh di Dataran Nik Arif, IPGKSM. Aktiviti ini melibatkan semua guru pelatih Semester Tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013. Selepas kawad, kami persatuan bulan sabit merah telah diminta untuk bergerak ke dewan ibnu kahldun untuk taklimat dan penerangan Pro Forma Kursus Kokurikulum Unit Beruniform 1 (WAJ3110) bagi Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia oleh En Azizo bin Awang. Selepas sahaja taklimat tersebut, En Azizo telah meminta kami untuk melakukan Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan Pembentukan Organisasi Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. Melalui perlantikan ini, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari serta ajk kecik telah ditubuhkan. Pengerusi iaitu Muhammad Fabil bin Abu Hassan manakala naib pengerusi ialah Azhar bin Husin. Setiausaha pula ialah Syahidah binti Ali serta bendahari ialah Tuan Akhtar Binti Tuan Othman. Malah Mohamad Hanif bin Mamat juga dilantik sebagai komanden bagi persatuan bulan sabit merah ini. Pada perjumpaan pertama itu juga kami telah melakukan pembahagian tajuk untuk dibentangkan dalam perjumpaan persatuan bulan sabit merah ini. Malah tugasan Kursus UB PBSM oleh Dr Abdullah bin Mohamad juga turut disampaikan kepada kami sebagai tugasan profolio kami. Selain itu, Penerangan tentang pemakaian baju seragam

Upload: nurul-amirah

Post on 30-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PBSM

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN PERTAMA

Pada tarikh 7 Januari 2014 pada pukul 7.45-9.45 pagi kami yang terdiri daripada unit kadet remaja, persatuan bulna sabit merah serta pengakap telah berkumpul dalam barisan kawat. Taklimat kawad kaki telah dijalankan. Perjumpaan pertama ini, segala pengurusan dan perjalanan aktiviti perjumpaan mingguan unit beruniform sepanjang Semester Pertama 2014 telah disampaikan oleh Penyelaras Unit Beruniform, Tn Haji Suhaimi bin Junoh di Dataran Nik Arif, IPGKSM. Aktiviti ini melibatkan semua guru pelatih Semester Tiga Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2013.Selepas kawad, kami persatuan bulan sabit merah telah diminta untuk bergerak ke dewan ibnu kahldun untuk taklimat dan penerangan Pro Forma Kursus Kokurikulum Unit Beruniform 1 (WAJ3110) bagi Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia oleh En Azizo bin Awang. Selepas sahaja taklimat tersebut, En Azizo telah meminta kami untuk melakukan Pelantikan Ahli Jawatankuasa dan Pembentukan Organisasi Unit Beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.Melalui perlantikan ini, pengerusi, naib pengerusi, setiausaha, bendahari serta ajk kecik telah ditubuhkan. Pengerusi iaitu Muhammad Fabil bin Abu Hassan manakala naib pengerusi ialah Azhar bin Husin. Setiausaha pula ialah Syahidah binti Ali serta bendahari ialah Tuan Akhtar Binti Tuan Othman. Malah Mohamad Hanif bin Mamat juga dilantik sebagai komanden bagi persatuan bulan sabit merah ini.Pada perjumpaan pertama itu juga kami telah melakukan pembahagian tajuk untuk dibentangkan dalam perjumpaan persatuan bulan sabit merah ini. Malah tugasan Kursus UB PBSM oleh Dr Abdullah bin Mohamad juga turut disampaikan kepada kami sebagai tugasan profolio kami. Selain itu, Penerangan tentang pemakaian baju seragam UB PBSM dan kursus UB PBSM oleh En Mohamad bin Abd Latiff turut disampaikan kepada kami.Pada perjumpaan kedua pula, pada hari selasa 14 Januari pada pukul 7.45 hingga 9.45 bermula dengan latihan kawad kaki dilakukan oleh 3 unit iaitu kadet remaja, persatuan bulan sabit merah dan pengakap. Latihan memberi hukuman kepada skuad telah dilakukan. Selepas kawad kaki kami bergerak ke dewan ibnu khaldun untuk mendengar taklimat sedikit oleh pensyarah nasihat persatuan bulan sabit merah.Pada minggu berikutnya, 21 Januari pada hari selasa, tepat jam 7.45 kami telah berkumpul di dataran untuk istiadat pagi yang biasa kami lakukan. Kawad kaki telah berlangsung dan melalui kawad kaki ini terdapat sedikit masalah apabila unit persatuan bulan sabit merah yang mengendalikan istiadat tersebut mengalami sedikit masalah apabila bendera yang dipasang tidak berada dalam kedudukan yang sepatotnya. Walaupun begitu kami menerima teguran daripada pensyarah yang menegur kesalahan kami dan kami jadikan ikhtibar daripada kejadian ini. Seterusnya kami bergerak untuk melakukan pembentangan kumpulan satu iaitu bertajuk Sejarah Penubuhan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah. Melalui pembentangan ini kami didedahkan dengan pengetahuan sejarah penubuhan palang merah ini atau lebih dikenali sebagai bulan sabit merah.Pada perjumpaan seterusnya, 28 Januari seperti biasa kami akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk melakukan istiadat kawad kaki. Pada kali ini diketuai oleh ketua kadet remaja telah mengambil alih tugasan tersebut. Kawad kaki yang dilakukan tetap mendapat kritikan daripada pensyarah ini kerana terdapat kumpulan guru pelatih yang tidak memberi kerjasama serta masih lagi bercakap-cakap dan ketawa ketika dalam kawad kaki. Selepas itu, kami bergerak ke dewan untuk melakukan sesi pembentangan dari kumpulan 2 iaitu struktur dan organisasi pertubuhan. Malah kumpulan 3 turut melakukan pembentangan iaitu perlembangaan pertubuhan PBSM.Pada tarikh 11 Februari 2014 pada pukul 7.45 pagi, kami yang terdiri daripada unit kadet remaja, persatuan bulan sabit merah serta pengakap telah berkumpul dalam barisan kawat seperi biasa. Akan tetapi pada minggu ini, kami telah ditegur oleh pensyarah atas ketidaklancaran majlis pada pagi ini. Kami mengambil teguran itu sebagai satu pengajaran pada masa akan datang. Seterusnya, latihan kawad kaki dijalankan seperti biasa yang diketuai oleh saudara Yong Ching Kim yang menjadi komanden seperti biasa. Selepas latihan kawad kaki, kami terus ke dewan Al-Khindi untuk sesi pembentangan bagi tajuk Pengurusan Dan Pentadbiran PBSMM.Seterusnya, perjumpaan kali kedua telah diadakan di Dataran Nik Arif pada waktu petang iaitu 15 hari bulan, setiap badan beruniform berkumpul dan majlis istiadat dijalankan seperti biasa. Setelah itu, setiap badan berunfiorm kadet polis, pengakap dan persatuan bulan sabit merah membuat latihan kawad kaki. Tiada sesi pembentangan dijalankan selepas kawad kaki dan pelajar dibenarkan pulang selepas latihan kawad kaki.Pada perjumpaan ketiga bagi bulan Februari pada 18 hari bulan, majlis istiadat pada pagi ini telah dihadiri oleh Pengarah IPGKSM, majlis berjalan dengan lancar dan Pengarah juga telah memberi ucapan pada pagi tersebut. Seterusnya, latihan kawad kaki dijalankan seperti biasa selepas majlis istiadat. Sesi pembentangan dijalankan di dewan Al-Khindi bagi tajuk Asas Pertolongan Cemas dan Undang-Undang PBSMM.Pada minggu berikutnya, 25 Februari majlis istiadat dijalankan seperti biasa pada pukul 7.45 pagi, pensyarah telah memberi teguran kepada unit beruniform Pengakap dan Kadet Remaja atas kesalahan yang telah dilakukan semasa majlis istiadat berlangsung. Pengakap telah mendapat denda berlari sebanyak 3 pusingan tanpa henti. Encik Sukreri menegur kami juga ada membuat kesilapan tetapi tidak terlalu besar berbanding Pengakap. Kami mengambil iktibar untuk mendisiplinkan diri semasa majlis istiadat berlangsung selepas mendapat teguran tersebut. Tiada latihan kawad kaki dijalankan pada hari ini dan kami terus bergerak ke dewan Al-Khindi untuk sesi pembentangan bagi tajuk Balutan dan Anduh.Pada 3 Mac 2014, majlis istiadat tidak berjalan dengan lancar kerana pada hari tersebut tiada bendera dinaikkan atas sebab kelewatan unit beruniform yang bertugas. Latihan kawad kaki dijalankan seperti biasa. Bagi sesi pembentangan, kami masih teruskan dengan taju Balutan Dan Anduh. Borang pendaftaran diberi kepada setiap pelajar untuk menjadi ahli PBSMM.Perjumpaan seterusnya setelah cuti sekolah selama seminggu serta seminggu melakukan pegalaman berasaskan sekolah (PBS) telah dilakukan pada 1 April pada pukul 7.45 hingga 9.45. pada hari itu kami melakukan istiadat kawad kaki yang diketuai oleh ketua daripada persatuan bulan sabit merah. Setelah itu, pensyarah Encik Azizol Awang telah memberi teguran kerana pakaian bagi setiap unit masih lagi tidak lengkap. Tetapi pakaian pada minggu tersebut dikatakan bertambah baik. Selepas itu, kami telah melakukan sedikit latihan kawad kaki selama setengah jam dan melakukan sesi pembentangan di dewan ibnu khaldun. Pembentangan dari kumpulan 8 iaitu asas pertolongan cemas seperti merawat luka dan gigitan, melecur, pitam, dan patah.

LAPORAN AKTIVITI MINGGUAN 2014CONTOH ANDUH MENAIK

CONTOH ANDUH KEPALA

CONTOH ANDUH KAKI