laporan aktiviti senamrobik

Upload: nithra-gal

Post on 29-Oct-2015

612 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

laporan mengenai aktiviti senamrobik 1M1S

TRANSCRIPT

LAPORAN AKTIVITI SENAMROBIKPROGRAM 1M1SSJK (T) LADANG LUBOK SEGINTAH

Pada 10 Mac 2013 ( Ahad ), aktiviti senamrobik secara beramai-ramai telah dijalankan di perkaranngan perhimpunan sekolah. Aktiviti senamrobik ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang untuk dilaksanakan dalam minggu 1M1S pada minggu ke-2 bulan Mac. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh guru-guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, manakala guru-guru lain membantu mereka. Aktiviti ini bermula pada pukul 7.45 dan diakhiri pada pukul 8.15 pagi. Semua guru dan murid diwajibkan memakai pakaian sukan yang lengkap. Seramai 84 orang murid dan 15 orang guru mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Tujuan program ini adalah untuk memupuk kemahiran bersenam dalam kalangan murid serta melahirkan warga murid sekolah yang sihat.Sebelum Sebelum melaksanakan aktiviti ini, setiap guru kelas telah diminta memaklumkan mengenai aktiviti ini kepada semua murid di dalam kelas masing-masing. Setiap murid diminta memakai pakaian sukan yang lengkap pada hari Ahad. Guru bertugas bagi aktiviti ini telah membahagikan tugas kepada setiap guru seperti yang berikut :AJKNAMA GURU

Pengacara SenamrobikEn. M.Karunamurthy

Pembantu Tahun 1&2En. S. Mohan & Pn. K. Vimala

Pembantu Tahun 3&4Pn. C. Vasantha & Pn. P. Puvaneswari

Pembantu Tahun 5&6Pn. S. Shuba & Pn. N. Valliammal

Pembantu Pra- SekolahPn. K. Gayathiri & Pn. M. Susila

Kawalan MuridPn. P. Sarumathy & Pn. S. Peararasi

DokumentasiCik. S. Nithyaa

LaporanCik. C. Suvithra

SemasaPada pukul 7.35 pagi, setiap murid bergerak ke tapak perhimpunan sekolah. Murid-murid berdiri dalam barisan dengan kelas masing-masing. Aktiviti bermula pada pukul 7.45 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku. Setelah menyanyi lagu Negaraku, guru bertugas memberi taklimat ringkas mengenai keselamatan murid. Murid yang mempunyai masalah kesihatan dinasihatkan agar tidak mengambil bahagian dalam aktiviti ini demi keselamatan mereka. Selepas itu, Ketua Panitia PJ/K En. Karunamurthy memaparkan sebuah video senamrobik diiringi dengan muzik. Murid-murid mula membuat senamrobik dengan menonton tayangan video tersebut. Klip video tersebut menunjukkan cara bersenamrobik yang sesuai bagi murid sekolah rendah. Guru bertugas membimbing murid untuk bersenamrobik dengan cara yang betul. Murid-murid membuat senamrobik dengan penuh semangat. Mereka berasa sangat seronok dan gembira sepanjang aktiviti ini. Setelah membuat senamrobik selama 20 minit, guru bertugas memberi tepukan kepada murid. Murid-murid beredar ke kelas masing-masing pada pukul 8.13 pagi. Berikut menunjukkan beberapa foto yang diambil sepanjang aktiviti ini :

Guru yang bertugas membantu murid-murid untuk berdiri dalam barisan.

Guru bertugas memberi taklimat ringkas sebelum membuat senamrobik.

Guru bertugas membimbing murid untuk bersenamrobik.

Para murid membuat senamrobik.

SelepasSetiap guru telah berjaya menjalankan tugasan mereka dengan sempurna. Para murid juga memberi kerjasama dengan baik. Aktiviti seperti ini perlu diadakan di setiap sekolah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Hal ini kerana, aktiviti seperti ini mampu membentuk murid yang seimbang dari segi JERIS. Justeru, setiap pihak di sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti.

Disediakan oleh, 10 MAC 2013

.( SUVITHRA A/P CHANTHIRA KUMAR )AJK Laporan.