laporan aktiviti praktikum

28
LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM (AMALI JUALAN TERUS) US7222 PENGANTAR KEPADA KEUSAHAWANAN NO NAMA NO MATRIK TANDATANGAN 1 Timmy Ng Yau Fung (K) BB07110233 2 Mohd. Suhaimi bin Mohd Aminudin BB07110168 3 Christine Evangelina Frank BB07110259 4 Adrian Florincius F. Majaham BB07110170 5 Mohd Readzuan bin Ramlan BB07110313 6 Dalwinder Singh a/l Manoher BB07110107 7 Vaenyson Marius Danag BB07110171 8 Hamzah bin Rahusin BB07110166 9 Mariam Nur binti Mohd Mahadar BB07110080 10 Tressila Anggie Philip BB07110140

Upload: vijialetchumy

Post on 19-Jun-2015

766 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

(AMALI JUALAN TERUS)

US7222

PENGANTAR KEPADA KEUSAHAWANAN

NO

NAMA NO MATRIK TANDATANGAN

1 Timmy Ng Yau Fung (K) BB071102332 Mohd. Suhaimi bin Mohd

AminudinBB07110168

3 Christine Evangelina Frank BB07110259

4 Adrian Florincius F. Majaham BB07110170

5 Mohd Readzuan bin Ramlan BB07110313

6 Dalwinder Singh a/l Manoher BB071101077 Vaenyson Marius Danag BB071101718 Hamzah bin Rahusin BB07110166

9 Mariam Nur binti Mohd Mahadar

BB07110080

10 Tressila Anggie Philip BB07110140

Page 2: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

PENCAPAIAN MATLAMAT PROJEK PRAKTIKUM

Page 3: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

PENCAPAIAN MATLAMAT PROJEK

Setiap perniagaan sememangnya bermatlamatkan keuntungan.

Namun dalam mengejar keuntungan kita juga tidak terlepas dari sebarang

kemungkinan dan risiko iaitu kerugian. Begitu juga dengan perniagaan kami.

Disebabkan beberapa kejadian yang tidak diduga, kami mengalami kerugian

tetapi dengan kerjasama semua ahli kumpulan kami telah melakukan “exist

strategy” bagi menampung kerugian yang kami alami.

Selain daripada keuntungan, perniagaan kami juga cuba

mengetengahkan produk baru iaitu aiskrim yang telah diubahsuai. Antara

produk baru kami ialah Bun aiskrim, Kek aiskrim, airkrim Wafer dan coke

float. Selain itu kurangnya publisiti, contohnya publisiti di setiap kolej

kediaman adalah mencukupi, tetapi kami telah gagal melakukan promosi di

mana perniagaan kami beroperasi. Dalam kata lain, kami tidak melakukan

beberapa analisis dimana produk kami sepatutnya diuji didalam satu

kumpulan focus dan melakukan tinjauan (survey) di sekitar kawasan

perniagaan kami beroperasi.

Dalam melaksanakan perniagaan, kami juga bermatlamatkan untuk

menerapkan semangat berkumpulan di dalam diri setiap ahli kumpulan. Dari

apa yang dapat diperhatikan, matlamat ini dapat dicapai kerana setiap ahli

kumpulan kami sentiasa memberikan kerjasama dalam menangani sebarang

masalah yang tidak diduga. Sebarang masalah yang berlaku kami selesaikan

Page 4: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

dengan kadar yang segera secara bersama-sama dan tidak hanya

meletakkan beban tersebut hanya pada ketua seorang sahaja.

Disamping itu dangan wujudnya perniagaan ini, kami dapat

mempraktikan segala pengajaran yang telah diajar bagi memastikan

perjalanan operasi kami berjalan dengan baik. Sikap keusahawanan kami

serapkan dalam diri bagi mencapai matlamat projek. Menurut sumber

didalam buku keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang

berjaya, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai ciri-ciri usahawan agar

perniagaan yang dijalankan dapat berkembang dan terus maju.

Pencapaian matlamat dari segi jualan adalah pada tahap sederhana.

Jualan produk adalah bergantung pada keadaan cuaca. Jualan agak tinggi

pada waktu petang hingga menjelang lewat malam jualan aiskrim 3 stories

adalah mencapai sasaran, ini kerana ada pelanggan yang mahukan tiga

perisa aiskrim. Aiskrim Float lebih 50% terjual, iaitu 17 botol daripada 24

botol yang disasarkan. Permintaan Float agak kurang kerana ramai

pelanggan yang tidak mengemari minuman bergas pada waktu hujan. Kek

aiskrim yang kami perkenalkan kurang mendapat sambutan, mungkin

kerana pelanggan belum biasa makan aiskrim dengan cara sedemikian. Bun

aiskrim juga dijual pada kuantiti yang sedikit sama seperti kek aiskrim,

pelanggan belum begitu tertarik untuk merasai bun aiskrim. Aiskrim Wafer

pula terjual 1 botol daripada 2 botol.

Page 5: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Matlamat perniagaan dari segi persaingan agak tercapai. Terdapat 4

buah gerai yang menjual aiskrim dan gerai kami merupakan gerai yang

paling ramai dikunjungi pelanggan walaupun kedudukan gerai yang kurang

strategic, kerana dihadapan gerai kami ialah gerai buah-buahan dan gerai

masakan. Oleh kerana air yang dibuang banyak melimpah ke lantai dan

mengalir ke gerai kami disebabkan kedudukan tanah yang tidak rata. Ini

menyebabkan, gerai kami kelihatan agak kotor dan kurang menarik minat

pelanggan.

Page 6: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

STRATEGI PELAKSANAAN/ PERNIAGAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENCAPAI NATLAMAT

PROJEK PRAKTIKUM

Page 7: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

STRATEGI PERLAKSANAAN/ PENIAGAAN YANG DIGUNAKAN UNTUK

MENCAPAI MATLAMAT PROJEK PRAKTIKUM

Aspek Pemasaran

Harga.

Dari segi strategi harga, Kumpulan Evolution telah menawarkan harga

dengan angka ganjil. Contohnya, harga bagi flot ialah RM1.99. Dengan

penggunaan harga ganjil, Kumpulan Evolution menarik pembeli ke

gerai. Selain itu, penggunaan harga yang murah pada kesemua produk

yang dijual oleh Kumpulan Evolution tidak melebihi RM2.00. Oleh yang

demikian, ia mampu dibeli oleh umum terutama pelajar.

Promosi

Dari segi promosi, Kumpulan Evolution telah menggunakan pelbagai

strategi. Pertama, penggunaan iklan. Kumpulan Evolution telah

mendapat ‘banner’ dari pembekal ais krim, Polar Ice Cream & Flamigo

dan juga membuat iklan sendiri menggunakan kad manila untuk

tarikan pembeli. ‘Banner’ ini diletakkan pada dinding peti ais krim.

Tujuan utama ‘banner’ iklan dari kad manila supaya Kumpulan

Evolution dan produk-produk yang dijual dikenali dan diketahui oleh

orang ramai. Ini adalah kerana, tapak perniagaan Kumpulan Evolution

dikongsi oleh 2 kumplan lain. Ini disokong dalam buku Barringer, B.R &

Page 8: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Ireland, R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New

Ventures. New Jersey: Pearson Prentice Hall iaitu iklan membuat

consumer sedar akan produk yang dijual dengan harapan mereka akan

terdorong untuk membelinya. Selain itu, Kumpulan Evolution juga

mengedarkan broser dan melekatnya di sekitar kolej kediaman dan di

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE).

Kedua, Kumpulan Evolution menjalankan peraduan meneka jumlah

bilangan kuaci di dalam botol dengan bayaran dikenakan sebanyak

RM0.20. Pemenang yang telah meneka dengan tepat akan diberikan

ais krim sebagai ganjaran. Ini merupakan tarikan tambahan untuk

Kumpulan Evolution.

Persaingan

Untuk meminimumkan persaingan, Kumpulan Evolution telah

menggabungkan beberapa inovatif dan kreativiti dengan

menggunakan ais krim. Antaranya, bun yang berkonsepkan 2 dalam 1:

menyapu ais krim di tengah-tengah bun, kek berperisa butter dengan

krim butter yang mempunyai dua skop ais krim di atas kek, dan lain-

lain lagi kreativiti lain. Tambahan pula, Kumpulan Evolution

menawarkan 8 jenis pilihan ais krim yang boleh dipilih oleh pelanggan.

Ini menjadi kelebihan bagi Kumpulan Evolution.

Aspek pengeluaran

Perancangan

Page 9: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Sebelum memulakan perniagaan, Kumpulan Evolution teah merancang

untuk menjalankan perniagaan di Tamu Gadang kerana dipercayai

ramai akan mengunjunginya. Oleh itu, Kumpulan Evolution telah

menyewa tapak perniagaan sebanyak RM1350. Walau bagaimanapun,

tapak perniagaan tersebut dikongsi oleh 2 kumpulan yang lain.

Mengikut perancangan asal, waktu perniagaan adalah dari pukul 10.00

pagi hingga 10.00 malam. Memandangkan pihak penganjur telah

menganjurkan pelbagai aktiviti sehingga larut malam, Kumpulan

Evoluton telah mengubah strategi beroperasi sehingga larut malam

untuk mendapat jualan yang lebih.

Pengurusan

Dari segi pengurusan, Kumpulan Evolution telah membuat pengagihan

tugas untuk menjaga gerai.

Dengan ini, ia memudahkan Kumpulan Evolution untuk menjalankan

perniagaan tanpa gangguan. Selain itu, setiap ahli Kumpulan Evolution

mempunyai tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing

seperti En.Vaenyson Marius ditanggungjawabkan untuk menjaga

kewangan. Menurut buku Williams (2007), Management, 4th Edition

Thomson/South-Western juga menyokong dengan mendefinisikan

”Work teams consists of a small number of people with complementary

skills who hold themselves mutually accountable for pursuing a

common purpose, achieving performance goals, and improving

interdependent work processes”.

Aspek kewangan

Page 10: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Dari segi kewangan, Kumpulan Evolution cuba mengurangkan

pengaliran keluar wang dengan merangka budget. Contohnya,

Kumpulan Evolution cuba menbudgetkan penggunaan skop ais krim

dengan cuba memaksimumkan satu bekas ais krim, 60 scoop ais krim

supaya dapat mengurangkan penggunaan wang yang berlebihan

untuk membeli ais krim baru daripada pembekal. Konsep ini disokong

dalam buku Chuck Williams (2007), Management, 4th Edition

Thomson/South-Western yang mendefinisikan ”Budgeting is a

quantitative planning because it forces managers to decide how to

allocate available money to best accompolish company company

goals”. Dari segi perancangan pengagihan tugas, Kumpulan Evolution

telah menetapkan bahawa penjagaan gerai akan dilakukan oleh

sesiapa yang tidak mempunyai kelas serta mempunyai waktu yang

lapang.

Page 11: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

KEBERKESANAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING

DENGAN PERANCANGAN

Page 12: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

KEBERKESANAN DALAM PERLAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM

BERBANDING DENGAN PERANCANGAN

Kami telah menilai keberkesanan projek praktikum keusahawanan

kami berdasarkan empat fungsi pengurusan iaitu fungsi perancangan,

pengorganisasian, kepimpinan, dan juga kawalan.

PERANCANGAN

Merujuk buku Management edisi yang keempat daripada Williams,

perancangan merupakan proses menentukan matlamat organisasi dan

maksud untuk mencapainya. Jika dilihat dari segi perancangan, terdapat

beberapa aspek yang perlu diambilkira untuk menentukan samada

perancangan yang telah dilakukan adalah berkesan untuk perlaksanaan

projek praktikum ini. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti harga

produk jualan kami, promosi, masa, produk, sewa, perancangan sumber

manusia, serta pembekal dan pelanggan kami.

Page 13: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Produk utama yang dijual oleh perniagaan kami adalah ais krim.

Walaubagaimanapun kami telah berjaya menginovasi produk kami ini untuk

menjadi ais krim yang lebih menarik. Perancangan kami dalam mewujudkan

produk baru ini adalah berkesan, di mana secara kasarnya dapat dilihat

bahawa lebih ramai pelanggan yang telah memilih untuk membeli ais krim di

gerai kami berbading dengan gerai ais krim lain pada Pesta Tamu Gadang

tersebut. Beberapa jenis ais krim yang telah diinovasi ini telah dapat menarik

minat pelanggan untuk membeli dan mencubanya.

Jika dilihat dari aspek perletakan harga, kami telah mengenakan harga

sebanyak RM1.99 bagi setiap ais krim yang telah kami inovasikan.

Perancangan terhadap harga jualan ini adalah berkesan kerana para

pelanggan dilihat lebih tertarik untuk membeli ais krim kami kerana

menyangka bahawa ais krim ini adalah lebih murah dan berbaloi.

Manakala dari segi promosi pula, kami telah menjalankan beberapa

jenis strategi promosi termasuklah meyediakan iklan seperti banner dan

mengedarkan risalah kepada sasaran pelanggan kami terutamanya kepada

para pelajar UMS. Walaubagaimanapun, promosi yang dilakukan ini adalah

kurang berkesan disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan modal

yang diperlukan untuk menyediakan risalah dengan lebih banyak dan

meluas. Selain itu, tempat untuk meletakkan banner juga adalah kurang

sesuai. Promosi lain yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah mengadakan

peraduan meneka jumlah kacang kepada para pelanggan dan akan

Page 14: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

menghadiahkan ais krim percuma kepada sesiapa yang dapat meneka

dengan tepat. Promosi yang kami lakukan ini agak kurang berkesan dan

berkemungkinan besar disebabkan oleh kurangnya pelanggan yang

mengetahui peraduan ini dan harga yang dikenakan untuk peraduan ini juga

agak mahal iaitu RM0.20 bagi sekali teka.

Tahap keberkesanan dari segi perancangan sumber manusia adalah

agak berkesan dimana setiap ahli perlu bertugas apabila tiada aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Walaubagaimapun, berlaku

masalah pada awal perniagaan kami beroperasi dimana kami telah

menjangkakan bahawa kuliah dan kelas tutorial akan dibatalkan pada

minggu konvokesyen, tetapi cuti pada konvokesyen telah ditunda dan

digantikan untuk hari raya pada bulan Oktober. Pada mulanya, berlaku

pelanggaran tugas diantara sesama ahli menyebabkan kami terpaksa

bertugas hanya semasa ketiadaan kelas. Kami telah mengatur kembali

jadual bertugas untuk menjaga gerai kami untuk mengatasi masalah ini.

Melihat perancangan dari aspek pembekal dan pelanggan, tahap

keberkesananya adalah kurang memuaskan. Pembekal utama bagi

perniagaan kami sering lewat untuk menghantar bekalan ais krim kepada

kami, dimana bekalan yang sepatutnya dihantar pada waktu pagi, telah

dihantar pada waktu tengahari. Keadaan ini sedikit sebanyak telah

mejejaskan peracangan untuk aktiviti perniagaan kami. Bagaimanpun, kami

tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan pembekal bagi

barangan-barangan lain yang diperlukan dimana kami sendiri telah

mengambil barang tersebut daripada mereka.

Page 15: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Perancangan dari aspek pelanggan juga agak kurang memuaskan,

dimana jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai kami tidak dapat

mencapai sasaran yang ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang

dikenalpasti menyebabkan masalah ini, diantaranya ialah kurangnya jumlah

pelanggan yang berkunjung ke tamu gadang, pelanggan tidak tahu akan

lokasi perniagaan kami, serta faktor cuaca yang dianggap banyak

mempengaruhi jualan ais krim kami. Cuaca yang tidak menentu semasa

tamu gadang dimana hujan yang kerap menyebabkan para pelangan kurang

berminat untuk membeli ais krim. Walaubagaimanapun, jika dilihat dengan

mata kasar, jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai kami ini masih agak

ramai berbanding dengan gerai-gerai ais krim yang lain.

KEPIMPINAN

Sekiranya dilihat dari segi kepimpinan, tahap keberkesananya adalah

agak baik dimana ketua kumpulan dan ketua bagi setiap bahagian telah

melaksanakan tugas masing-masing dengan penuh tanggungjawab.

Walaubagaimanapun, beberapa kesilapan dan kesalahan tetap wujud

disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan pengalaman, kepakaran,

keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil risiko, serta

kemahiran berkomunikasi yang kurang baik.

Seorang ketua sememangnya sangat penting dalam mengurus dan

mentadbir sesebuah perniagaan. Ketua mestilah seorang yang berkebolehan

dan mempunyai kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memimpin ahli

kumpulan yang lain. Secara keseluruhannya, ketua kumpulan kami telah

berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dengan

Page 16: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

memberikan hala tuju dan panduan untuk menjalankan perniagaan, dan

telah mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan berdasarkan kemahiran

serta kepakaran setiap ahli. Ketua kumpulan kami akan mengadakan

perjumpaan dan perbincangan sesama ahli kumpulan dan menilai baik buruk

padangan setiap ahli sebelum membuat keputusan yang penting dalam

perniagaan kami dan sentiasa berjumpa dengan pihak-pihak yang

bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan.

Di samping itu, ketua-ketua bagi bahagian lain juga turut memainkan

peranan yang sangat penting di dalam memastikan aktiviti praktikum kami

berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai

contohnya, pengurus bahagian kewangan telah berusaha menyediakan

belanjawan untuk menganggar kos yang akan dilibatkan serta sasaran jualan

dan keuntungan yang perlu dicapai oleh perniagaan kami. Begitu juga

dengan pengurus di bahagian pengeluaran yang bertugas menyediakan

keperluan peralatan dan tenaga sumber manusia yang diperlukan dalam

aktiviti pengeluaran dan operasi.

Pengurus lain seperti pengurus bahagian pemasaran juga telah

berusaha merancang dan melaksanakan aktivti-aktiviti promosi yang perlu

dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelanggan agar

memilih untuk berkunjung ke gerai kami. Sementara pengurus di bahagian

risiko pula telah berusaha mengenalpasti masalah-masalah dan rsiko yang

Page 17: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

berkemungkinan timbul dan terpaksa ditanggung oleh perniagaan ini serta

langkah-langkah yang pelu diambil untuk mengatasinya.

Setiap ahli kumpulan telah berusaha memainkan peranan masing-

masing untuk memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan

lancar dan teratur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan

yang berlaku disebabkan kekurangan pengalaman secara praktikal dan

amali didalam menjalankan tugas masing-masing, kepakaran yang masih

belum cukup untuk menjalankan kerja yang diberi dengan sempurna,

keberanian dalam membuat keputusan dan tindakan bagi permasalahan

yang timbul, mengambil risiko, serta kekurangan kemahiran berkomunikasi

serta berurusan dengan pelanggan dan pembekal.

PENGORGANISASIAN

Sekiranya dilihat dari segi pengorganisasian pula, tahap

keberkesanannya adalah agak memuaskan. Seperti yang diketahui,

kumpulan kami telah ditubuhkan untuk memenuhi aktiviti praktikum yang

diperlukan untuk subjek penghantar kepada keusahawanan di UMS. Kami

semua telah sepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan ais krim untuk

praktikum ini dan telah menamakan pernaigaan kami sebagai REVOLUTION.

Bagi lebih menjayakan projek ini, kami telah melantik seorang ketua

kumpulan dan seorang penolong untuk mengetuai perniagaan kami dengan

memberikan autoriti kepadanya untuk membuat keputusan setelah menilai

dan mengambilkira pandangan setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan

kemudiannya telah mengagihkan tugas-tugas yang diberikan kepada setiap

ahli berdasarkan kemahiran masing-masing.

Page 18: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Semua ahli kumpulan telah melaksanakan kerja yang diberi dengan

bersungguh-sungguh baik didalam menyediakan rancangan perniagaan

mahupun ketika menjalankan aktiviti praktikum iaitu menjual ais krim. Setiap

ahli juga akan bertanggungjawab didalam tugas yang diberikan dan akan

berbincang dengan penolong dan ketua kumpulan sekiranya terdapat

masalah atau kekeliruan, dan ketua kumpulan pula akan berjumpa dengan

pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan garis panduan dan

langkah yang betul didalam mengendalikan aktiviti praktikum kami ini.

Dari segi pengorganisasian masa pula, tahap keberkesanannya adalah

agak baik dimana kami telah merancang masa pernaigaan kami iaitu

bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Walaubagaimanapun,

masa beroperasi pernaigaan kami ini boleh berubah mengikut keadaan

persekitaran pada waktu tersebut. Sekiranya pelanggan yang berkunjung ke

gerai kami agak ramai, kami akan terus membuka gerai kami dan waktu

untuk menutupnya akan dipanjangkan. Contohnya, pada malam 31 ogos

dimana lebih ramai pelanggan yang berkunjung ke Tamu Gadang dan Pesta

Konvo ini untuk menyambut hari kemerdekaan Negara. Jumlah pelanggan

yang lebih ramai pada lewat malam menyebabkan kami telah

memanjangkan waktu berniaga kami untuk mendapatkan jualan yang lebih

banyak.

KAWALAN

Fungsi terakhir yang dinilai adalah fungsi kawalan dimana tahap

keberkesanannya adalah agak baik dan memuaskan. Kami telah berusaha

Page 19: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

menjalankan proses kawalan melalui beberapa aspek didalam perniagaan

kami. Diantaranya adalah aspek kualiti produk, promosi, sumber manusia,

dan masa.

Sekiranya dilihat dari aspek kualiti produk, tahap keberkesanannya

adalah agak baik. Sebagai contohnya, kami telah menganggarkan sebuah

kontena ais krim boleh menghasilkan sehingga 60 scoop ais krim.

Walaubagaimanapun, jualan sebenar bagi skup ais krim kami hanya mampu

mencapai 30 sehingga 40 scoop dimana kuantiti ais krim didalam setiap

scoop adalah lebih banyak dan telah tersasar daripada ramalan yang

dilakukan, untuk mengatasi masalah ini kami telah melakukan tindakan

pembetulan dengan mengurangkan kuantiti ais krim didalam setiap scoop.

Dari segi promosi, tahap keberkesanannya juga agak baik dimana

kami telah menjalankan beberapa jenis aktiviti promosi untuk menarik

pelanggan dating ke gerai kami seperti mengedarkan risalah serta

menampal poster mengenai perniagaan kami. Namun begitu, sehingga hari

kedua operasi perniagaan kami dibuka, jumlah pelanggan yang berkunjung

ke gerai kami adalah kurang memuaskan disebabkan ramai pelanggan yang

masih tidak mengetahui lokasi perniagaan kami. Bagi mengatasi masalah ini,

kami telah memperbaharui dan meperbesarkan “banner” untuk perniagaan

kami pada hari ketiga untuk membolehkan untuk membolekan para

pelanggan dapat mengenalpasti gerai kami dengan lebih mudah.

Tahap keberkesanan dari aspek pengurusan sumber manusia adalah

sangat berkesan biarpun pada awalnya telah mengalami masalah

Page 20: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

perancangan didalam pengagihan tugas kepada sesama ahli kumpulan

kerana kami telah menjangkakan bahawa tiada aktiviti pengajaran dan

pembelajaran semasa Tamu Gadang. Namun cuti yang sepatutnya pada

minggu konvokesyen telah ditunda ke hari raya pada bulan oktober. Bagi

mengatasi masalah ini, kami telah mengambil langkah pembetulan telah

dilakukan dimana ahli kumpulan perlu bertugas semasa ketiadaan kuliah dan

kelas tutorial. Selain itu kawalan terhadap ahli kumpulan adalah berkesan

dan setiap ahli telah menjalankan tugas dengan baik biarpun berlaku

beberapa masalah yang mungkin disebabkan beberapa masalah seperti

kekurangan kemahiran dan pengalamgan dalam menjalankan aktiviti

praktikum.

Kawalan dari aspek perancangan masa juga aga berkesan dimana

kami telah cuba mengenalpasti dan meramal masa yang kebiasaannya lebih

ramai pelanggan akan datang berkunjung ke gerai kami iaitu pada waktu

tengahari dimana lebih ramai ahli diperlukan untuk bertugas pada waktu

tersebut. walaubagaimapun semasa aktiviti praktikum dijalankan, dilihat

lebih ramai pelanggan datang berkunjung pada waktu malam dan kami telah

membuat proses pembetulan yang mana merupakan salah satu daripada

proses kawalan dengan menugaskan lebih ramai ahli untuk menjaga gerai

pada waktu tersebut.

Page 21: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

PENGAJARAN/ PENGALAMAN PENTING YANG DIPEROLEHI DARI

PERLAKSANAAN AKTIVITI PRAKTIKUM

PENGAJARAN/ PENGALAMAN PENTING YANG DIPEROLEH DARI

PELAKSANAAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Page 22: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Selama kami melakukan aktiviti jual beli aiskrim pada 27 Ogos hingga

4 September 2007 sempena Pesta Tamu Gadang yang lalu,pelbagai

pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi.Tidak kiralah sama ada ia

manis atau pun pahit,seronok mahupun duka.

Terlalu begitu banyak pengalaman atau pengajaran yang kami

perolehi bermula daripada perancangan yang dibuat sehinggalah

perlaksanaannya.Pengalaman tersebut kami kategori kan kepada tiga

bahagian iaitu sebelum kami melakukan urusniaga,semasa dan selepas kami

selesai melakukannya.

Bermula dengan pengalaman yang kami perolehi di awal pertemuan

perbicangan untuk membuat perancangan perniagaan dan berurusan

dengan pelbagai pihak yang berkenaan.Pengalaman tersebut kami pecahkan

mengikut persamaan pengalaman secara umum antara ahli kumpulan.

Sebelum

Kerjasama

Hampir setiap ahli kumpulan mengatakan mereka semua dapat

melakukan kerja masing-masing dengan selesa dan tenang.Mereka

mengatakan melalaui perbincangan yang dibuat ia dapat memupuk

semangat kerjasama untuk melakukan sesuatu perkara.Contohnya dalam

proses pembuatan kertas kerja perniagaan setiap ahli kumpulan bersama-

sama bekerjasama menyiapkannya dan saling bantu-membantu di antara

satu sama yang lain.Selain itu pengalaman kerjasama ini dapat di rasai

ketika beberapa ahli kumpulan keluar ke bandar mencari lokasi para

Page 23: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

pembekal yang sesuai kumpulan yang lain menguruskan sewa tapak gerai

dengan pihak atasan.

Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan

Pengalaman berinteraksi dengan orang luar iaitu para pembekal dan

pihak atasan adalah sesuatu yang amat janggal maklum sajalah mereka

merupakan orang dewasa yang mempunyai kerjaya yang berjaya.Dalam hal

ini kami terpaksa menjaga penampilan seperti pertuturan,pemakaian dan

etika serta bersedia berhadapan dengan sebarang

kemungkinan.Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar berinteraksi

dengan cara yang betul iaitu melalui kaedah ‘softskill’.Tidak dapat dinafikan

sepanjang sesi dua hala kami dengan orang luar dan pihak atasan berlaku

sedikit konflik dalam pertuturan,namun ia tidaklah begitu ketara sehingga

menimbulkan pergaduhan.Tetapi apa yang jelas cara percakapan kami perlu

penambahbaikan dan pemulihan yang sempura agar sebarang perselisihan

tidak akan berlaku lagi di suatu hari kelak.

Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam

Tidak dapat dinafikan setiap ahli kumpulan mula mengenali dunia

perniagaan dengan lebih mendalam semasa di ambang pembuatan kertas

kerja lagi.Hal ini kerana setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas mengikut

kepakaran masing-masing dan mahir akan perkara terebut.Jika sebelum ini

terdapat ahli kummpulan yang langsung atau tahu akan serba sedikit

mengenai dunia perniagaan,namun melalui perancangan dan pembuatan

Page 24: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

kertas kerja yang telah pun disempurnakan pengalaman tersebut dapat

dirasai.

Kepimpinan

Sememangnya setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan kewajipan

serta komitmen masing-masing.Semasa proses penyiapan kertas kerja

setiap ahli belajar untuk mengarah diri agar melakukan tugas yang dberikan

dengan sempurna,selain belajar untuk mengikut setiap arahan yang di

berikan oleh ketua mahupun ahli kumpulan yang mempunyai autoriti dalam

sesuatu perkara.Pengalaman tersebut menjadikan diri kami dapat merasai

sifat kepimpinan yang semakin menebal dalam diri.

Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan

Pengalaman menyiapkan kertas kerja bersama-sama ahli kumpulan

kami rasakan amat seronok dan menjadikan kami semua bertambah

rapat.Ini sekaligus menimbulkan rasa minat dalam dunia perniagaan dan

bercita-cita untuk membuat suatu perniagaan yang komersial di suatu hari

kelak bersama-sama dengan semua ahli kumpulan.Jika sebelum ini kami

hanya tahu menjual sahaja,namun kini kami sudah pandai membuat ketas

kerja perniaggan dengan lebih mendalam.

Semasa

Menbuka gerai pada hari pertama

Sememangnya setiap ahli berasa berdebar-debar ketika membuka

gerai pada hari pertama dan debaran tersebut telah pun dirasai sejak

Page 25: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

pembentukan kertas kerja lagi.Maklum sajalah ini merupakan pengalaman

pertama membuka gerai hasil daripada usaha kami sendiri.Perasaan

bedebar itu semakin melonjak apabila melihat para pesaing yang turut

membuka gerai di sekitar tapak perniagaan kami.Namun pada pagi

pembukaan gerai tersebut berlaku sedikit masalah dimana terdapat ahli

yang datang lambat dan ini menyebabkan gerai terpaksa di buka lambat

sedikit daripada masa yang dirancangkan.Namun semuanya berjalan dengan

lancar dan setiap ahli kumpulan menjalankan tugas masing-masing.Pada jam

11 pagi hampir kesemua ahli ada kelas dan menyebabkan tinggal seorang

ahli yang terpaksa menjaga gerai iaitu Christin.Beliau terpaksa menjaga

gerai melayan kerenah para pengguna yang singgah bertandang di gerai

kami.

Berinteraksi dengan para pelanggan

Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan sesuatu yang

amat menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin

akan dilupakan.Melalui perniagaan tersebut kami berhadapan dengan

pelbagai ragam pelanggan yang singgah berkunjung membeli ais krim

kami.Di situ kami semua belajar untuk menjaga hati para pelanggan kami

kerana mereka merupakan ‘raja’ yang mesti di layan dengan sebaik mungkin

dan memujuk mereka agar membeli ais krim yang kami jual.Pengalaman

tersebut menjadikan kami semakin mahir berinteraksi dengan orang ramai

tidak kira kanak-kanak,muda,dewasa mahupun tua.

Page 26: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Belajar untuk mengurus masa

Sememangnya pelajar seperti kami berhadapan dengan

tanggungjawab yang mesti dilakukan seperti mengadiri kuliah dan membuat

kerja-kerja tutorial.Namun dengan pembukaan gerai ais krim tersebut

berlaku sedikit pertindihan tanggungjawab antara belajar dan

kerja.Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar membahagikan

masa dimana bila masa perlu belajar dan dalam masa yang sama

melakukan tugas yang telah diberikan.

Tidak bekerja pada hujung minggu

Pengalaman bekerja selama sembilan hari berturut-turut merupakan

satu pengalaman yang amat memenat dan meletikan.Bayangkan setiap ahli

terpaksa pulang ke kolej kediaman masing-masing sekitar jam 12.30 pagi

dan membuka gerai semula pada awal pagi sekitar jam 9 dan 10 pagi.Ini

menyebabkan terdapat segilintir ahli kumpulan yang tidak dapat melakukan

tugas dengan sebaik mungkin kesan daripada kerja yang

berterusan.Pengalaman ini mengajar kami untuk berehat di hujung minggu

setelah berpulas tenaga bekerja pada hari-hari biasa.Masa rehat ini dapatlah

di gunakan untuk melakukan aktiviti atau kerja yang belum lagi

disempurnakan.Jika ingin bekerja pada hujung minggu juga cukuplah

membuka gerai selama setengah hari dan baki masa yang ada digunakan

untuk berehat agar bersemangat bekerja pada hari berikutnya.

Page 27: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Kerjasama antara ahli kumpulan

Bekerja bersama-sama antara sesama ahli kumpulan merupakan

pengalaman yang manis dan menyeronokkan.Setiap ahli dapat melakukan

sesuatu tugas dengan sempura dan berjaya hasil daripada pertolongan ahli

yang lain.Masing-masing melakukan tugas yang diberikan dengan sebaik

mungkin dan dengar akan arahan daripada ketua.Secara keseluruhannya

kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan agak baik.Namun terdapat

sedikit masalah dimana terdapat ahli kumpulan yang tidak melakukan tugas

yang diberikan dengan sebaik mungkin kerana melakukan tugas lain seperti

bermain ‘game’,bersembang dan bersiar-siar berkunjung ke gerai lain

sehingga mengabaikan tugas yang telah diberikan dan menyuruh orang lain

melakukannya.Pengalaman ini mengajar kami agar lebih komited dalam apa

jua bentuk tugas yang bakal dipikul kelak.

Selepas

Mengenali sikap ahli kumpulan dengan lebih mendalam

Pengalaman bekerja bersama-sama selama sembilan hari

membolehkan kami semua mengenali hati budi dan perangai ahli kumpulan

dengan lebih mendalam lagi.Jika sebelum ini terdapat ahli yang kenal

sekadar kenal nama dan cam muka tuannya,namun sekarang lebih daripada

Page 28: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

itu. Pelbagai kerenah yang kami semua hadapi sesama sendiri dan kadang

kala kerenah itu menimbulkan sedikit persilisihan antara kami semua.Namun

ia bukanlah satu penghalang bagi kami semua untuk terus bekerja bersama-

sama di suatu hari kelak.Kami sedar kerjasama dan persamaan pendapat

amat penting dan ia menentukan kejayaan sesuatu perkara yang ingin kami

lakukan.

Mula tahu akan susahnya berniaga

Sebelum ini kami semua menyangkakan menubuh serta menguruskan

perniagaan sanggatlah muda kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar

menjual sesuatu dan mendapat hasilnya.Namun sangkaan kami itu meleset

sama sekali.Perniagaan memerlukankan perancangan yang rapi dan

melaksanakannya mengikut apa yang telah dirancang.Melalui perniagaan

inilah kami tahu akan risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh sesebuah

perniagaan dan dapat menganggarkan untung atau rugi perniagaan yang

diusahakan.Namun apa yang penting sesuatu perniagaan akan menjadi

amat susah sekiranya tidak ada pernacangan menyeluruh dan kerjasama

antara ahli kumpulan itu sendiri.

Berani berhadapan dengan orang ramai

Page 29: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai ragam dan jenis orang telah

meningkatkan tahap keyakinan kami untu bergaul dengan orang

sekeliling.Jika sebelum ini kami agak kekok atau tidak biasa bergaul dengan

orang ramai disebabkan perasaan malu yang menyelubungi diri,namun

sekarang ia telahpun berubah.Bahkan kami menjadi semakin mesra dengan

sesiapa sahaja yang kami temui dan bijak mengatur ayat dalam pertuturan.

Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek

Pengalaman lalu betul-betul bermakna bagi kami kerana menjadikan

kami insan yang lebih matang dalam melihat sesuatu perkara terutamanya

dalam dunia perniagaan.Maklumlah sebelum ini kami kurang arif dalam bab-

bab perniagaan,namun sekarang kami sudah pandai melihat sesuatu dengan

jelas walaupun belum lagi di lakukan.Contohnya dalam aspek perletakan

harga,strategi promosi dan pemilihan pembekal dimana kami dapat

membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.Apa yang

penting pemikiran kami sekarang begitu jauh ke hadapan daripada

sebelumnya yang agak sempit dan tertutup.

Page 30: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

RUJUKANDisediakan oleh: Adrian Florincius F. Majaham

Mohd. Suhaimi bin Mohd Aminudin

Page 31: LAPORAN AKTIVITI PRAKTIKUM

i. Williams Chuck (2007), Management, 4th Edition Thomson/South-Western.

ii. Barringer, B.R & Ireland, R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New Ventures. New Jersey: Pearson Prentice Hall