laporan akhir tahun 2013 sisc+ sr ppdt

10
LAPORAN AKHIR TAHUN UNIT SISC+ SEKOLAH RENDAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU TAHUN 2013 1. Pengenalan Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub-NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih sebahagian besarnya adalah merupakan kalangan Guru Cemerlang yang telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada "master coachees". Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya ditugaskan untuk memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7. Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi atau pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru sekolah. Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan yang sangat positif diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya UPSR PMR dan SPM. Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di negeri Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah. 2. Objektif Unit SISC+ Membuat lawatan bimbingan (Coaching & Mentoring) dan membuat pengesahan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah-sekolah rendah dan menengah. Melaksana dan memberi panduan berbentuk bimbingan kepada guru-guru berkaitan dengan urusan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Membantu urusetia atau jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat daerah. Merancang dan melaksanakan projek-projek / program khas yang berkaitan dengan peningkatan prestasi PdP di sekolah-sekolah.

Upload: hj-adanan-abdul-rahman

Post on 30-Dec-2015

443 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

...

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

LAPORAN AKHIR TAHUN UNIT SISC+ SEKOLAH RENDAH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU TAHUN 2013

1. Pengenalan

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah

(School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sejak

awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub-NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang terpilih sebahagian besarnya adalah

merupakan kalangan Guru Cemerlang yang telah diberikan latihan dalam bentuk kursus kepada

"master coachees". Guru-guru yang telah mendapat latihan ini seterusnya ditugaskan untuk memantau dan

membimbing guru-guru di sekolah-sekolah yang berprestasi rendah serta berada dalam Band 6 dan Band 7.

Dalam setahun, mereka perlu ke sekolah yang dipantau sekurang-kurangnya 3 kali bagi tujuan

mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh sekolah serta memikirkan program intervensi atau

pemulihan yang boleh dijalankan di sekolah tersebut bersama-sama dengan pentadbir dan guru-guru

sekolah.

Program ini telah diadakan secara berperingkat, dan secara separuh masa oleh guru-guru Cemerlang

dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi akademik. Impaknya perubahan yang sangat positif

diperoleh dari segi pencapaian peperiksaan awam terutamanya UPSR PMR dan SPM.

Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama

NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas

di Pejabat Pendidikan Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di negeri Kedah dan

Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih ditempatkan sepenuh masa di PPD,

tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah

jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat

laporan dan juga bermesyuarat.

Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek

pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah.

2. Objektif Unit SISC+

Membuat lawatan bimbingan (Coaching & Mentoring) dan membuat pengesahan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru di sekolah-sekolah rendah dan menengah.

Melaksana dan memberi panduan berbentuk bimbingan kepada guru-guru berkaitan dengan

urusan pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Membantu urusetia atau jawatankuasa yang berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum di peringkat daerah.

Merancang dan melaksanakan projek-projek / program khas yang berkaitan dengan peningkatan

prestasi PdP di sekolah-sekolah.

Page 2: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

Merancang dan menyelaras strategi pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris dan Matematik KSSR dan KBSR .

Melaksanakan program lawatan bimbingan latih-tubi untuk kelas-kelas peperiksaan peringkat daerah khususnya peperiksaan awam UPSR.

Menggerakkan program bersepadu bersama jawatankuasa pengurusan kurikulum daerah bagi

meningkatkan lagi kecemerlangan akademik daerah.

Membimbing sejumlah guru (minimum 20 dan maksimum 30 orang) untuk tempoh sebulan; SISC+ bebas untuk merancang bagaimana proses bimbingan yang bakal dilaksanakan.

3. Carta Organisasi Unit SIP+ & SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tawau

EN AB MALEK BIN ABDUL RAHIM Pegawai SIPARTNER+

CIK MUSNIAH BINTI ABDULLAH

Pegawai SISC+ Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

EN DARMAN SHAH BIN HJ ASAKIL

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

EN MADSLIN MADALASIN @

MADLASIM

Pegawai SISC+ Matematik Sekolah Menengah

CIK CHU KET MEE

Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

EN MOHAMMAD BIN SAID

Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

TN HJ ADANAN @ ADNAN

BIN HJ ABDUL RAHMAN

Pegawai SISC+ Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

CIK ANDI MULIATI

BINTI ANDI PARAMATA

Pegawai SISC+ Bahasa Malaysia Sekolah Rendah

PN JANNET DELA CRUZ @

NORSHAKILA

Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris Sekolah Rendah

PN LENA NUAR @ ANUAR

Pegawai SISC+ Matematik Sekolah Rendah

PN SIOW LEE KIAN

Pegawai SISC+ Matematik Sekolah Rendah

TN HJ ABD HADI BIN HJ ABD KARIM

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tawau

PUAN FARIDAH BINTI MAT NOOR

Pegawai SIPARTNER+

Page 3: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

4. Sekolah Sasaran Untuk Lawatan dan Bimbingan (Coaching & Mentoring) SISC+

4.1 Sekolah Rendah - 27 buah sekolah yang mencapai GPMP 3.0 ke atas dan sekolah yang berada pada Band 4 dan 5 dalam kedudukan SKPM.

BIL NAMA SEKOLAH KUMPULAN 1

1. SK Ulu Kalabakan 2. SK Umas-Umas 3. SK Perdana 4. SK Kukusan 5. SK Tanjung Batu Keramat 6. SK Holy Trinity 7. SK Kinabutan Besar 8. SK Batu Payong 9. SK Inderasabah

10. SK Batu 22 Balung 11. SK Blok 31 12. SK Panglima Habibullah 13. SK Sungai Tongkang 14. SK Taman Tawau

5. Bilangan Guru @ Cochee SISC+ Sekolah Rendah yang dibimbing 5.1 SEKOLAH RENDAH KUMPULAN 1

Bil PEGAWAI SISC+ (COACHES) MATA PELAJARAN BILANGAN COCHEE

1 Tn Hj Adanan @ Adnan Hj Abdul Rahman Bahasa Malaysia 20 orang 2 Pn Jannet Dela Cruz @ Norshakila Bahasa Inggeris 20 orang 3 Pn Lina binti Nuar @ Anuar Matematik 28 orang

5.2 SEKOLAH RENDAH KUMPULAN 2

Bil PEGAWAI SISC+ (COACHES) MATA PELAJARAN BILANGAN COCHEE

1 Andi Muliati binti Andi Paramata Bahasa Malaysia 20 orang 2 Mohammad bin Said Bahasa Inggeris 20 orang 3 Siow Lee Kian Matematik 21 orang

6. Aktiviti

1. Lawatan dan bimbingan bulanan seperti yang telah dijadualkan dan diluluskan oleh Pegawai

Pendidikan Daerah telah dapat dilaksanakan dengan baik oleh semua Pegawai SISC+ SR.

2. SISC+ Sekolah Rendah juga telah mengadakan program lawatan bimbingan bersama SIP+,

Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 ke sekolah-sekolah besar Gred A seperti SK Merotai Besar, SK

Batu 22 Balung, SK Kinabutan Besar, SK Holy Trinity, SK Inderasabah dan tak lupa juga ke

sekolah sekolah pedalaman dan pulau seperti SK Panglima Habibullah, SK Bergosong , SK

Umas-Umas dan SK Ulu Kalabakan. Mengadakan Dialog Prestasi bersama pentadbir dan guru-

guru di sekolah yang telah dilawati.

3. Selepas UPSR, SISC+ Sekolah Rendah telah meneruskan sesi lawatan dan bimbingan

(Coaching & Mentoring) kepada guru-guru Tahap 1 Tahun 1 – 3 dan juga guru-guru Tahap 2 di

Tahun 4 dan 5.

BIL NAMA SEKOLAH KUMPULAN 2

1. SK Batu 4 Jalan Apas 2. SK Bergosong 3. SK Brantian 4. SK Luasong 5. SK Mentadak Baru 6. SK Merotai Besar 7. SK Sentosa 8. SK Serudong Baru 9. SK Wakuba

10. SK Wallace Bay 11. SJKC Hing Hwa 12. SJKC Kung Ming 13. SJKC Phui Yuk

Page 4: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

4. Berbincang dengan Ketua Panitia, Guru mata pelajaran dan guru-guru Tahun 6 bagi merangka

Pelan Tindakan Jangka Panjang dan Jangka Pendek (3 bulan) bagi melaksanakan intervensi

berkesan.

5. “Brainstroming idea” bagi memantapkan variasi PdP, teknik @ kaedah pengajaran dan

penggunaan alat bantu mengajar.

6. Setiap hari Khamis mengadakan Dialog Prestasi sesama SIP+ dan SISC+ tentang dapatan atau

isu-isu yang berlaku semasa lawatan dan bimbingan sekolah-sekolah berkenaan sebelum

pembentangan laporan dalam Dialog Prestasi Mingguan bersama Pegawai Pendidikan Daerah

Tawau.

7. Hari Jumaat pula menghadiri perjumpaan Dialog Prestasi Mingguan bersama dengan Pegawai

Pendidikan Daerah Tawau bagi melaporkan perkembangan semasa isu-isu yang berkaitan

dengan PdP di sekolah sekolah yang telah dilawati.

8. Terlibat dalam melaksanakan Program Dialog Prestasi Bersama Ketua Sektor Pengurusan

Akademik (SPA) JPN Sabah pada 28 OGOS 2013 bertempat di Hotel Promanade Tawau dan

Dialog Prestasi Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 02 – 03

SEPTEMBER 2013 juga di Hotel Promanade Tawau.

9. Menghadiri Program Outreach PBS – JPN Sabah 2013, di Dewan Mini Auditorium SJKC Sung

Siew Sandakan pada 03 SEPTEMBER 2013.

10. Pelaksana Aktiviti Kuiz dan ‘Spell It Right’ sempena Program Hari Bertemu Pelanggan

Kementerian Pendidikan Malaysia di Hotel Promanade Tawau pada 28 dan 29 SEPTEMBER

2013.

11. Membantu Unit SIP+ melaksanakan Kursus Pencerapan Berkesan kepada Pengetua/Guru

Besar/Penolong Kanan 1 Sekolah Rendah dan Menengah Daerah Tawau pada 29 – 31

OKTOBER 2013 di Bilik Mesyuarat SK Bahagia Tawau.

12. Membantu Urus setia DTP 2.0 Pejabat Pendidikan Daerah Tawau melaksanakan Taklimat Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 kepada semua sekolah rendah dan

menengah Daerah Tawau pada 07 NOVEMBER 2013 di Auditorium Perpustakaan Wilayah

Tawau.

7. Program yang telah dilaksanakan oleh SISC+ Sekolah Rendah

1. Program Kompetensi Matematik dan Skema Pemarkahan UPSR (Guru SR)

Tarikh : 14 JUN 2013

Tempat : Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau.

2. Program Menuju Puncak - Motivasi Matematik UPSR (Murid)

Tarikh : 09 JULAI 2013

Tempat : Hotel De Choice

3. Mengadakan Bengkel Pemantapan SKPM SIP+ & SISC+ PPD Tawau Bersama Dengan

Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK) Tawau.

Tarikh : 02 OKTOBER 2013

Tempat : Bilik Mesyuarat JNJK Tawau.

Page 5: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

4. Kursus Pemantapan Pedagogi Matematik Sekolah Rendah.

(Di bawah Program MBMMBI) 2013.

Tarikh : 28 – 30 OKTOBER 2013

Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Tawau

5. Penyediaan Modul Bahasa Inggeris & Matematik Sekolah Rendah.

8. Impak Atau Kesan Aktiviti dan Program yang telah dilaksanakan oleh SISC+ Sekolah Rendah 8.1 Lawatan dan Bimbingan (Coaching & Mentoring) Sekolah Rendah

Guru :

1. Perubahan sikap menjadi positif dalam menerima bimbingan daripada SISC+ yang berterusan.

2. Peningkatan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP ) guru – berdasarkan Matriks Bimbingan Guru dan Plan Pembangunan Guru (PPG).

3. Guru telah menyediakan RPH, mempelbagaikan kaedah atau teknik pengajaran dan melaksanakan proses PdP dengan kaedah yang betul dan kesannya murid dapat menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru.

4. Guru telah membina ABM/BBM dan dapat menggunakan ABM/BBM tersebut dalam sesi PdP yang telah dirancang.

5. Guru telah menyediakan ‘Headcount’ mata pelajaran yang di ajar.

6. Konsep “Guru Mengajar Murid Belajar” dapat direalisasikan.

Murid :

1. Perubahan sikap menjadi serius & murid atau pelajar dapat memberikan tumpuan yang baik semasa sesi PdP dijalankan di dalam kelas.

2. Prestasi mata pelajaran meningkat - perbandingan dapat dilihat antara Peperiksaan Pertengahan Tahun dengan Peperiksaan Percubaan yang telah dijalankan.

8.2 Penggunaan Modul Pembelajaran ( Sekolah Rendah)

1. Murid-murid ada bahan panduan dan dapat membuat latihan atau kemahiran berfokus berdasarkan modul yang disediakan.

8.3 Pelaksanaan Kursus

1. Guru dapat meningkatkan kemahiran dan kaedah pengajaran berkesan sebagai contoh

penggunaan KBAT- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi khususnya dalam pengajaran dan

pembelajaran Matematik.

2. Pendedahan kaedah-kaedah atau penghasilan inovasi baharu dalam pengajaran dan

pembelajaran.

3. Meningkatkan motivasi guru.

4. Memantapkan penggunaan ICT @ TMK dalam proses penyampaian pengajaran dan

pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Page 6: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

9. Rumusan

Sepanjang tempoh 6 bulan Unit SISC+ ini diwujudkan, program ini telah memberikan impak yang cukup

besar kepada Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya dalam mengupayakan JPN/PPD/Sekolah

untuk menyediakan penyelesaian khusus permasaalahan berasaskan keperluan seperti yang disasarkan

dalam 11 Anjakan Utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Semoga

usaha ini menjadi kenyataan.

“Guru Mengajar Murid Belajar”

Sekian. Laporan disediakan oleh, Tarikh : 11 NOVEMBER 2013. Unit SISC+ SR, Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Tawau.

Page 7: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

CADANGAN KURSUS/PROGRAM

SISC+ SEKOLAH RENDAH

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH TAWAU

TAHUN 2014

Bil. Isu/Masalah Cadangan Penyelesaian

1

Aplikasi i-THINK di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas KSSR dan KBSR belum diterapkan

secara holistik di semua sekolah rendah khasnya.

Bengkel i-THINK

2

Aplikasi soalan dan persekitaran PdP yang melibatkan Higher Order Thinking Skills HOTS /KBAT vs Lower

Order Thinking Skill LOTS / KBAR.

Bengkel

HOTS/KBAT vs LOTS/KBAR Bengkel Inovasi

3

Kurangnya kefahaman guru untuk mencapai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Standard 4 bagi

memantapkan PdP guru.

Bengkel SKPM Standard 4 untuk

Semua Ketua Panitia mata pelajaran

4

Guru tidak mempunyai / kurang Bahan Bantu Mengajar

(BBM) dan penggunaan ICT untuk mengajar dengan lebih kreatif dan berkesan.

Bengkel Bina Bahan Bantu Mengajar

(BBM), penghasilan inovasi dan penggunaan ICT bagi guru-guru

Tahap 1 dan 2

5

Guru mata pelajaran kurang memahami pelaksanaan PBS dari segi pelaksanaan ujian dan penetapan band

dalam kemahiran yang diajar.

Bengkel Pemantapan PBS

6

Guru kurang mahir menggunakan Headcount mata

pelajaran untuk meningkatan prestasi murid.

Bengkel Pemantapan Headcount

7

Pemantapan Coaching SISC+ (Penambahbaikan)

Kajian Tindakan

(Soalselidik)

UNIT SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Tawau Tawau.

Page 8: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

Laporan Bergambar Aktiviti dan Program yang telah dilaksanakan oleh SISC+ PPD Tawau

sepanjang Bulan Mei hingga November 2013

Lawatan Bimbingan (Coaching & Mentoring) Ke sekolah-sekolah Pedalaman Band 5 SK Ulu Kalabakan

Gambar sekitar Lawatan Bimbingan (Coaching & Mentoring) ke sekolah-sekolah pulau di Daerah Tawau

Lawatan Bimbingan (Coaching & Mentoring) Bersama SIP+ & SISC+ ke sekolah-sekolah besar Gred A Sekolah Rendah

Page 9: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

Aktiviti Lawatan Bimbingan (Coaching & Mentoring) Pegawai SISC+ Sekolah Rendah

Page 10: Laporan Akhir Tahun 2013 Sisc+ Sr Ppdt

AKTIVITI-AKTIVITI LUAR Pegawai SISC+ Sekolah Rendah & Menengah PPD TAWAU

LAWATAN & CERAMAH IMAM GAZA SEMPENA

RAMADAN AL-MUBARAK 1434 H

PROGRAM DIALOG PRESTASI BERSAMA KS SPA DR HJ MOHD KASSIM

DI HOTEL PROMANADE TAWAU PADA 28 OGOS 2013

MAJLIS PERJUMPAAN KHAS BERSAMA DATUK MARY YAP

MENTERI PENDIDIKAN 1 DI DEWAN MASYARAKAT TAWAU

PADA 07 SEPTEMBER 2013

Dialog Prestasi Hotel King Park Tawau