laporan

3
4.0 LAPORAN LAWATAN Setelah bertungkus lumus mendapatkan kebenaran pihak atasan Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) untuk mengadakan lawatan ilmiah, akhirnya pada 22 Oktober 2013, Selasa, Persatuan Pengguna Radio Amatur IPG kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah Berjaya mengadakan lawatan ilmiah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang terletak di Cyberjaya. Lawatan ini merupakan satu lawatan untuk mengisi aktiviti tahunan persatuan. Pada masa yang sama, lawatan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan ahli-ahli Persatuan Pengguna Radio Amatur IPGKTAA selain memperkukuh pengetahuan system komunikasi di Malaysia. Program lawatan ini telah melibatkan semua ahli persatuan yang mana terdiri daripada pelajar PISMP TESL 1 dan TESL 2 semester 6 ambilan Januari 2011, iaitu seramai 38 orang. Lawatan ini telah diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu EncikSarudin bin Md Amin selaku Pensyarah Penasihat Persatuan Pengguna Radio Amatur dan Puan Sabiah binti Mahamed dan Encik Maznihan bin Mohamad Noor selaku pensyarah pengiring. Secara keseluruhannya seramai 41 orang individu yang terlibat dalam lawatan ilmiah ini. Program ini telah dirancang sejak interaksi minggu pertama lagi. Pengerusi Persatuan Pengguna Radio Amatur IPGKTAA, Nur Azam Firdaus bin Hamzah begitu komited mengetuai perbincangan tentang lawatan ini. Semangat yang ditunjukkan oleh beliau amat dihargai oleh semua ahli persatuan dan hasil perbincangan ini telah membawa kejayaan kami untuk mengadakan lawatan ilmiah ini dengan jayanya. Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan guru pelatih dan secara tidak langsung menambahkan

Upload: ramapraba-thannimalai

Post on 13-Apr-2016

228 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

hghffg

TRANSCRIPT

Page 1: laporan

4.0 LAPORAN LAWATAN

Setelah bertungkus lumus mendapatkan kebenaran pihak atasan Institut Pendidikan

Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) untuk mengadakan lawatan ilmiah,

akhirnya pada 22 Oktober 2013, Selasa, Persatuan Pengguna Radio Amatur IPG kampus

Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah Berjaya mengadakan lawatan ilmiah Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang terletak di Cyberjaya. Lawatan ini

merupakan satu lawatan untuk mengisi aktiviti tahunan persatuan. Pada masa yang sama,

lawatan ini adalah bertujuan untuk mengembangkan pengetahuan ahli-ahli Persatuan

Pengguna Radio Amatur IPGKTAA selain memperkukuh pengetahuan system komunikasi di

Malaysia.

Program lawatan ini telah melibatkan semua ahli persatuan yang mana terdiri

daripada pelajar PISMP TESL 1 dan TESL 2 semester 6 ambilan Januari 2011, iaitu seramai

38 orang. Lawatan ini telah diiringi oleh 3 orang pensyarah iaitu EncikSarudin bin Md Amin

selaku Pensyarah Penasihat Persatuan Pengguna Radio Amatur dan Puan Sabiah binti

Mahamed dan Encik Maznihan bin Mohamad Noor selaku pensyarah pengiring. Secara

keseluruhannya seramai 41 orang individu yang terlibat dalam lawatan ilmiah ini.

Program ini telah dirancang sejak interaksi minggu pertama lagi. Pengerusi

Persatuan Pengguna Radio Amatur IPGKTAA, Nur Azam Firdaus bin Hamzah begitu

komited mengetuai perbincangan tentang lawatan ini. Semangat yang ditunjukkan oleh

beliau amat dihargai oleh semua ahli persatuan dan hasil perbincangan ini telah membawa

kejayaan kami untuk mengadakan lawatan ilmiah ini dengan jayanya.

Lawatan ini diharapkan dapat meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan

guru pelatih dan secara tidak langsung menambahkan lagi pengetahuan khususnya tentang

sistem komunikasi di Malaysia dan juga sistem komunikasi dua hala.

Seawal jam 6.40 pagi kami telah berkumpul di Dataran Bestari untuk mendengar

sedikit taklimat ringkas daripada pensyarah. Kami akan bergerak ke Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia dengan menaiki bus IPG. Dalam perancangan program lawatan

ini, perjalanan kami sepatutnya bermula tepat jam 7 pagi. Tetapi disebabkan masalah yang

tidak dapat dielakkan, kami telah lewat 15 minit. Kami telah bertolak ke Kuala Lumpur tepat

jam 7.20 pagi dan perjalanan kami dijangka mengambil masa 3 jam melalui Raub-Bentong-

Lebuhraya Karak. Kami mengambil sedikit masa untuk bersarapan di Hentian Rehat dan

Rawat dan menyambung perjalanan pada jam 9.30 pagi. Kami telah sampai di destinasi

kami iaitu SKMM pada pukul 10.30 pagi.

Page 2: laporan

Kami telah disambut di SKMM oleh staf-staf yang bertugas di situ. Sebaik sahaja

tiba, kami telah disajikan dengan sajian sarapan pagi ringkas bersama staf SKMM. Pada

sesi ini, kami telah berpeluang untuk mengenali staf-staf SKMM dan mengenali tugas-tugas

yang mereka lakukan di situ. Selepas sarapan, kami telah dibawa ke dewan persidangan

untuk menjalani satu taklimat berkenaan SKMM yang telah disampaikan oleh Ketua Unit

Penyiaran SKMM, En Rasdi Bin Ahmad Naqiuddin. Beliau telah menjelaskan pelbagai

perkara mengenai penggunaan dan penyelenggaraan system komunikasi di negara kita.

Selain itu, beliau juga telah member penerangan berkaitan penggunaan radio dua hala di

negara kita. Kami juga telah mendapat pengetahuan yang lebih mendalam mengenai akta-

akta komunikasi dan multimedia di negara ini.

Selepas sesi taklimat, kami telah diberi masa untuk menikmati juadah tengah hari

yang telah disediakan oleh pihak SKMM. Sekali lagi, kami telah mendapat peluang untuk

beramah mesra bersama semua staf SKMM. Kami juga mendapat peluang untuk

berkenalan dengan beberapa orang pengguna radio dua hala yang amat berpengalaman.

Selepas itu, kami telah bersolat di surau yang telah disediakan oleh pihak SKMM. Sebaik

sahaja semua peserta selesai mengerjakan solat, kami diberi peluang untuk melawat semua

stesen atau bahagian-bahagian yang terdapat di SKMM Cyberjaya. Antara stesen yang

sempat kami lawat adalah sektor penyiaran, sektor jalur lebar dan juga sector

penguatkuasaan akta. Selain itu, kami juga telah didedahkan pelbagai infomasi tentang

tatacara penggunaan radio amatur. Sesi ini telah memberikan kami pelbagai ilmu yang

berguna sebagai pengguna radio amatur. Kami telah juga mendapat peluang untuk

berhubung menggunakkan radio dua hala untuk berhubung dengan pengguna lain di sekitar

kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

Pada pukul 5.00 petang, satu majlis penutup ringkas telah diadakan sebagai tanda

penghargaan kami kepada pihak SKMM yang telah sudi menerima kedatangan kami dan

memberikan pelbagai informasi dan pengalaman yang amat berharga dan tidak boleh dibeli

menggunakan wang ringgit. Pengalaman yang telah kami perolehi melalui lawatan ini amat

berharga dan berguna pada masa hadapan. Selepas majlis tersebut, kami telah bertolak

dari Cyberjaya. Kami sampai di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan,

Kuala Lipis pada pukul 9.30 malam.

Walaupun amat letih, tetapi kami amat bersyukur kepada tuhan dan juga kepada

setiap orang yang telah menjayakan lawatan ilmiah ini kerana ia telah membekalkan kami

dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan yang berguna. Kami juga ingin

mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada pihak pengurusan IPGKTAA yang telah

meyokong dan meluluskan lawata ilmiah ini.