laporan

8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA DIVISI KALI KE-46 (KAGUM) 26 & 28 FEBUARI 2015 PISMP AMBILAN JANUARI 2013 2015 LAPORAN AJK KESELAMATAN

Upload: zach-chng

Post on 23-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

KEJOHANAN OLAHRAGA ANTARA DIVISI KALI KE-46 (KAGUM)

26 & 28 FEBUARI 2015PISMP AMBILAN JANUARI 2013

2015

LAPORAN AJK KESELAMATAN

Page 2: Laporan

SEBELUM:

Pada Kejohanan Olahraga tahun 2015 ini, saya, Ch’ng Lim Siong dari PISMP Matematik

SJKC Semester 5 telah mengambil peranan sebagai Ketua AJK Keselamatan. Ini kerana saya

pernah ditugaskan dalam AJK Keselamatan bagi program BIG fasa 1 pada tahun 2013 yang

berlangsung di Kem Kiulu. Walaupun saya kekurangan pengalaman untuk mengetuai sesebuah

kumpulan, saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk melakukan perkara yang amat

saya ingin pelajari iaitu kepimpinan.

Setelah diberikan taklimat dan penerangan tentang tugas AJK Dokumentasi ini, saya

telah diberitahu tentang pensyarah pembimbing saya, iaitu Puan Amilah. Saya merupakan satu-

satunya AJK dalam bahagian keselamatan kerana saya boleh mendapatkan pertolongan

daripada unit-unit beruniform. Setelah berjumpa dengan Puan Amilah, saya telahpun diarahkan

untuk berjumpa dengan ketua pengakap untuk mendapatkan bantuan mereka. Pada salah satu

hari Rabu, saya telah mendapatkan keizinan untuk berjumpa dengan ahli-ahli pengakap untuk

menyatakan tentang tugas keselamatan ini. Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat banyak

orang ahli pengakap yang mengambil bahagian dalam acara pada hari sukan. Oleh itu, saya

terpaksa memilih ahli pengakap yang tidak mengambil bahagian dalam mana-mana acara.

Jumlah bilangan orang ahli pengakap yang dipilih ialah 8 orang. Encik Sonny Teh telah

berjumpa dengan semua ketua AJK untuk memberi taklimat. Setiap ketua AJK perlu

memainkan peranan masing-masing. Bagi AJK keselamatan, saya perlu memastikan bahawa

tiada sesiapa orang luar yang memasuki kawasan stadium pada hari sukan berlangsung untuk

memastikan kelicinan program itu berjalan.

Senarai nama ahli-ahli pengakap yang bertugas:

Gabriel Wong Wong Vun Jing

Elaine Loh Wong Kian Yong

Ling Sing Nee Wong Kang Lee

Rozza Pung Vinny Toh

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 1

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Page 3: Laporan

SEMASA:

Pada 26 Febuari 2015, Kejohanan Olahraga ke-46 telah berlangsung di Padang IPG

Kampus Gaya. Pada hari tersebut, pihak AJK Keselamatan tidak ditugaskan di padang. Oleh

itu, saya telahpun membantu dalam acara lontar cakera. Manakala pada 28 Febuari 2015,

Kejohanan Olahraga ke-46 (KAGUM) 2015 telah berlangsung di Kompleks Sukan Penampang

di Kota Kinabalu. Pada pagi tersebut setelah kesemua ahli pengakap yang terpilih sampai di

stadium, saya pun membahagikan tugas kepada mereka. Terdapat 8 orang ahli pengakap yang

dipilih, di mana ia terdiri daripada dua orang lelaki dan enam orang perempuan. Dengan ini,

saya telah memutuskan untuk membahagi mereka kepada 5 kumpulan yang terdiri daripada 2

perempuan dalam satu kumpulan manakala lelaki pula tidak akan dapat berpasangan dengan

yang lain. Hal ini kerana stadium tersebut mempunyai 5 pintu masuk. Setiap pintu masuk

hendaklah ditugaskan kepada satu kumpulan untuk mengelakkan orang luar dari memasuki

kawasan stadium.

Terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang hari tersebut. Antaranya ialah ahli-

ahli pengakap tidak dapat diberi masa yang panjang untuk berehat kerana bilangan ahli yang

bertugas adalah tidak cukup. Oleh itu, mereka terpaksa untuk berehat untuk 10 minit secara

bergilir-gilir. Selain itu, tempat bertugas juga tidak berteduh, ahli-ahli pengakap yang bertugas

terpaksa berjemur di bawah matahari. Bagi memudahkan mereka, saya telah menyuruh mereka

untuk membawa payung sendiri. Selain itu, saya juga memberi mereka bekalan air minuman

yang mencukupi supaya mereka tidak jatuh pengsan. Nasib baik, tiada sesiapa yang

mengalami masalah yang serius ataupun situasi yang tidak diingini sepanjang masa bertugas

pada pagi tersebut.

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 2

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Page 4: Laporan

SELEPAS:

Selepas Kejohanan Olahraga ke-46 (KAGUM) tamat, saya telah mengarahkan ahli-ahli

pengakap untuk membantu membersihkan kawasan stadium bersama dengan AJK yang lain.

Setelah itu, kami pun bersurai pada hari tersebut. Saya telahpun menyediakan laporan ini

sebagai laporan refleksi untuk dihantar kepada pensyarah. Selain itu, kesemua AJK juga telah

mengadakan suatu post mortem untuk mengkaji semula dan membuat refleksi terhadap

program yang dianjurkan ini. Secara keseluruhannya, hari sukan pada tahun ini telah berlancar

dengan lancar.

Pada Kejohanan Olahraga kali ini, saya menyedari bahawa sepanjang beberapa hari

tersebut, saya telah mendapat pengalaman sebagai penganjur kejohanan olahraga serta

sebagai seorang Ketua AJK Keselamatan. Sedikit sebanyak saya telah mempelajari dan

memahami tentang kerja ini. Sekiranya saya diberikan peluang untuk menganjur sesuatu majlis,

saya akan berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 3

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Page 5: Laporan

KEKUATAN:

1. Ahli-ahli pengakap tiba di stadium pada masa yang ditetapkan, hal ini telah

memudahkan tugas saya sebagai ketua untuk mengagihkan tugas kepada mereka.

2. Setiap ahli pengakap telahpun menjaga di post masing-masing seperti yang ditetapkan

dengan penuh tanggungjawab.

KELEMAHAN:

1. Kekurangan ahli pengakap menyebabkan kesemua ahli yang bertugas tidak dapat

berehat.

2. Tempat bertugas tidak berteduh menyebabkan ahli-ahli bertugas terpaksa untuk

berjemur di bawah matahari yang teriak.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:

1. Berkomunikasi dengan ahli-ahli pengakap yang lain semasa menjalankan tugas supaya

mengenalpasti masalah yang mereka hadapi.

2. Mendapatkan bantuan daripada lebih banyak orang ahli pengakap kanak-kanak.

Disediakan oleh,

________________________

(Ch’ng Lim Siong)

Ahli Jawatankuasa Keselamatan

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 4

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Page 6: Laporan

LAMPIRAN

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 5

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Ahli pengakap yang bertugas di tepi tangga untuk mengelakkan orang luar dari memasuki kawasan penonton.

Salah seorang pengakap yang bertugas di tangga di kawasan penonton zon lain.

Page 7: Laporan

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 6

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Ahli pengakap yang bertugas di tepi pagar.

Ahli-ahli pengakap dibenarkan untuk berpayung semasa bertugas.

Page 8: Laporan

| LAPORAN AJK DOKUMENTASI | 7

(5 Mac 2014)INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

Ahli-ahli pengakap yang bertugas di pagar di sebelah trek larian.