laporan

29
1.0 BIODATA 1.1 NAMA Lim Chen Ching 1.2 NOMBOR KAD PENGENALAN 921012-12-6302 1.3 MAJOR DAN AMBILAN PISMP Semester 2 Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012. 1.4 TARIKH PBS 26 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012. 1.5 GAMBAR

Upload: jesse-owens

Post on 02-Oct-2015

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ha

TRANSCRIPT

1.0 BIODATA1.1 NAMALim Chen Ching

1.2 NOMBOR KAD PENGENALAN921012-12-6302

1.3 MAJOR DAN AMBILANPISMP Semester 2 Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012.

1.4 TARIKH PBS26 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012.

1.5 GAMBAR

2.0PENYATAAN PROFESIONAL2.1PENYATAAN SEBELUM PBSPengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu program wajib bagi guru pelatih program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG). Program PBS ini dijalankan adalah untuk membuka peluang kepada guru pelatih untuk lebih memahami tentang sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan serta lebih mendalami tentang profesion keguruan.

Bagi PBS fasa 2, selain daripada tugasan yang diberikan dalam senarai semak penyediaan portfolio, kami juga telah diberi tugasasn yang berkaitan dengan subjek PSV 3103 dan PSV 3104. Tugasan PSV 3103 adalah mencari hasil karya seni 2D dan 3D murid manakala tugasan PSV 3104 adalah berkaitan dengan panitia PSV di sekolah. Oleh itu, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Padang Garong (2) yang terletak di kompleks sekolah, Kota Bharu, Kelantan kerana saya tidak pulang ke Sabah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kali ini.

Sebelum menjalani PBS fasa 2, saya telah menyediakan senarai semak saya yang tersendiri supaya saya dapat mengatur masa dan menggunakan yang sebaiknya di sekolah untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Senarai semak ini adalah termasuk tugasan yang disediakan oleh IPG dan juga tugasan subjek PSV.

BIL.PERKARASEMAKCATATAN

1.Senarai semak penyediaan portfolio.Membuat semakan senarai semak penyediaan portfolio.

2.Tugasan PSV 3103: Hasil Karya 2D.(Gambar)

Hasil karya 2D(Hasil karya)Mengambil hasil karya murid sekiranya dibenarkan.

Hasil karya 3D(Gambar)

Hasil karya 3D(Hasil karya)Mengambil hasil karya murid sekiranya dibenarkan.

3.Tugasan PSV 3104: Sejarah panitia PSV sekolah.

Carta organisasi panitia PSV sekolah.Mengambil gambar ataupun membuat salinan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986.Membuat salinan SPI Bil. 4/1986.

Dengan adanya senarai semak ini, pengaturan masa saya semasa berada di sekolah akan lebih teratur kerana jelas akan apa yang hendak dicari dan diambil.

Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya telah membuat persediaan dengan menetapkan beberapa kaedah yang akan saya gunakan nanti di sekolah. Antara kaedah yang akan digunakan ialah pemerhatian iaitu dengan mengambil gambar, membuat temu bual sama ada dengan guru mahupun murid dan membuat perbincangan.

Selain itu, sebelum memulakan PBS di SK Padang Garong (2), saya telah mengunjungi sekolah tersebut untuk menanyakan waktu persekolahan supaya tidak berlaku kelewatan. Saya juga telah membuat persiapan dari segi penampilan untuk menampakkan ciri-ciri seorang guru dengan berpakaian kemas seperti memakai name tag.

Saya berharap PBS fasa 2 ini mampu memberikan saya lebih banyak pengalaman tentang situasi di sekolah. Saya pasti akan menghargai segala pengalaman yang didapati untuk dijadikan sebagai panduan bagi menyediakan diri saya untuk bergelar guru kelak.

2.2LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSSepanjang menjalani PBS selama seminggu di SK Padang Garong (2), saya telah menjalankan beberapa aktiviti seperti yang dirancang berpandukan senarai semak yang diberikan oleh IPG dan juga senarai semak saya sendiri. Banyak yang telah saya dapati dan pelajari sepanjang PBS fasa 2. Berikut merupakan tindakan yang dilakukan sepanjang PBS di SK Padang Garong (2).BIL.TARIKHTINDAKAN

1.26.08.2012 Melapor diri melalui Guru Besar. Menghadiri perhimpunan mingguan sekolah. Guru Besar mengenalkan saya dan rakan-rakan kepada guru-guru dan staf sekolah. Mendapatkan maklumat daripada kerani. Menemu ramah penyelaras Pendidikan Khas Intergrasi.

2.27.08.2012 Mengambil gambar sekitar kawasan sekolah. Meninjau keadaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kelas Tahun 2. Mengumpul maklumat sekolah. Carta organisasi sekolah. Pelan sekolah. Maklumat murid. Sejarah sekolah. Menemu ramah pengawal sekolah berkaitan dengan keselamatan sekolah.

3.28.08.2012 Menemu ramah guru PSV berkaitan dengan aktiviti PSV di sekolah. Memerhatikan proses PdP bagi mata pelajaran PSV di kelas Pendidikan Khas. Mengambil gambar persekitaran sekolah.

4.29.08.2012 Menyemak senarai tugasan. Memerhatikan proses PdP di kelas Tahun 2 dengan menggunakan Smartboard. Menemu ramah PK Hem berkaitan dengan disiplin murid. Membantu membuat persediaan sambutan Merdekaraya 2012.

5.30.08.2012 Membuat semakan terhadap bahan-bahan yang diperolehi. Menyertai sambutan Merdekaraya sempena hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri. Mendapatkan tandatangan Guru Besar untuk pengesahan kehadiran PBS dan laporan perkembangan pelajar. Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah atas kerjasama yang diberikan. Saya dan rakan-rakan mengambil gambar bersama-sama dengan Guru Besar.

3.0 INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN3.1PEMERHATIANBagi menyelesaikan tugasan yang diberi, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian. Saya telah mengambil gambar-gambar yang berkaitan untuk melengkapkan senarai semak penyediaan portfolio. Berikut merupakan gambar sepanjang PBS yang berkaitan dengan tugasan.

Bangunan pentadbiran sekolah

Hasil kerja guru dan murid sekitar sekolah.

Kantin sekolah.

Prasekolah.

Perpustakaan.

Kelas 4 Wawasan.

Bilik guru, pejabat dan bilik mesyuarat.

Bilik Muzik.

Penggunaan Smartboard dalam PdP.

Pertandingan mewarna sempena bulan Kemerdekaan.

Mata Pelajaran PSV di kelas Pendidikan Khas dengan membuat kolaj sempena hari Kemerdekaan.

Sambutan Merdekaraya SK Padang Garong (2) 2012.

Interaksi dengan murid Tahun 4 Wawasan.

Hasil kerja seni murid yang dipamerkan di dalam kelas.

Hasil kerja murid yang disimpan dalam fail murid.

Sesi bergambar dengan Guru Besar SK Padang Garong (2)

Jaky (IPGKKB), Zulfahmi (IPG Kampus Pulau Pinang), Ling (IPGKKB)

3.2SENARAI SEMAKSaya telah melengkapkan dan mendapatkan segala data yang diperlukan mengikut senarai semak penyediaan portfolio. Dengan senarai semak tersebut, saya mampu menyusun segala data yang didapati dengan lebih teratur dan terperinci. Rujuk Senarai Semak Penyediaan Portfolio di muka surat sebelah.

3.3TEMU BUALSepanjang menjalani PBS di sekolah, saya juga telah membuat temu bual bersama guru, kakitangan sekolah dan juga murid. Temu bual adalah sama ada berkaitan dengan pengurusan sekolah, keadaan di sekolah dan juga berkaitan dengan mata pelajaran PSV. Bagi mencatat temu bual tersebut, saya telah catatkan secara bertulis dalam bentuk nota ringkas.Rujuk di bahagian 4.0.

4.0KOLABORASIBagi mendapatkan maklumat tentang tugasan, saya telah berkolaborasi dengan beberapa individu dan membuat catatan dalam rekod kolaborasi beserta dengan tanda tangan pengesahan. Bagi pendapat saya, kolaborasi adalah penting bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan di samping mampu membantu dalam meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta keyakinan diri ketika berinteraksi.Rujuk Amalan Refleksi di muka surat sebelah

5.0ILMU/ PENGETAHUAN BAHARU5.1ILMU/ PENGETAHUAN BAHARU MELALUI PEMERHATIAN.Melalui kaedah pemerhatian yang digunakan sepanjang PBS, saya telah memperolehi banyak pengalaman berkaitan dengan situasi dan budaya di sekolah tersebut. Saya dapat perhatikan bahawa semua guru berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion keguruan.

Selain itu, saya juga dapat melihat bahawa pengurusan sekolah tersebut amat teratur. Melihat kepada fail panitia PSV dan panitia Bahasa Inggeris, segala dokumen dan fail adalah disusun dan disimpan dengan rapi dan kesemua fail panitia diletakkan di dalam almari. Oleh itu, sekiranya mana-mana pihak ingin merujuk kepada panitia, senang bagi mereka untuk merujuk semula kerana semua dokumen disimpan dengan teratur.

Dari segi disiplin pula, secara keseluruhannya, murid di SK Padang Garong (2) mempunyai disiplin yang memuaskan. Murid di sekolah tersebut banyak memberikan kerjasama sepanjang saya berada di sekolah tersebut seperti menghasilkan lukisan untuk tugasan PSV saya. Selain itu, juga mengucapkan selamat kepada guru ketika berlintas dan turut bersalam serta mencium tangan guru. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang boleh dijadikan contoh dan diteruskan bagi melahirkan modal insan yang terbilang.

Walaupun kebanyakkan latar belakang keluarga murid adalah daripada keluarga yang agak serba kurang, namun jelas kelihatan bahawa ahli keluarga tidak pernah mengabaikan pelajaran malahan membantu anak-anak mereka untuk lebih maju. Ini dapat dilihat dengan situasi di mana murid berpakaian kemas semasa pergi ke sekolah, ibu bapa menghantar murid sehingga ke dalam sekolah sebagai langkah keselamatan dan keperluan murid yang lengkap. Dorongan dan sokongan seperti ini akan membantu dalam meningkatkan lagi semangat murid untuk menimba ilmu.

5.1Pengalaman di Bilik DarjahSelain membuat pemerhatian, saya juga berpeluang untuk memasuki beberapa kelas bersama-sama dengan guru di sekolah. Semasa berada di dalam kelas, saya dalam melihat sebenar cara guru mengajar dan teknik yang digunakan.

Saya dan rakan-rakan yang lain telah diberi peluang untuk memasuki kelas Tahun 2 iaitu mata pelajaran Bahasa Inggeris. SK Padang Garong (2) telah diberikan 2 buah Smartboard iaitu alat bantu mengajar (ABM) yang canggih. Sepanjang kelas tersebut berlangsung, saya dapat lihat bahawa murid lebih tertarik dengan cara pengajaran menggunakan ABM dengan adanya video dan audio yang menarik. Saya berpendapat bahawa pengajaran menggunakan ABM mampu meningkatkan keberkesanan PdP dan membantu murid meningkatkan daya ingatan serta kefahaman terhadap sesuatu pembelajaran.

Selain itu, saya juga telah memasuki kelas Pendidikan Khas iaitu semasa mata pelajaran PSV dijalankan. Walaupun di antara mereka yang kurang upaya dari segi fizikal, namun ianya tidak menghalang mereka untuk melakukan aktiviti seni bahkan lebih menyukainya. Pengajaran mata pelajaran PSV dalam kelas biasa dan kelas PK berbeza kerana penglibatan guru adalah lebih bagi kelas PK. Guru banyak membantu dalam kelas PK untuk mengawal serta membantu murid semasa melakukan aktiviti. Mata pelajaran PSV juga banyak membantu murid PK meningkatkan daya kreativiti mereka dan membantu dari segi meningkatkan kemahiran psikomotor6.0REFLEKSISaya telah membuat beberapa refleksi berkaitan dengan sekolah dan tugasan. Dengan membuat refleksi, saya dapat mengesan keadaan sekolah, proses PdP yang lebih berkesan, kekuatan dan penambahbaikan. Melalui refleksi, saya mampu membuat penilaian terhadap sesuatu perkara dan membantu dalam meningkatkan kualiti tugasan. Di samping itu, refleksi juga membantu saya dalam lebih memahami keadaan dan situasi sekolah serta profesion keguruan. Rujuk Amalan Refleksi di muka sebelah.

7.0LAPORAN AKHIRSepanjang menjalani PBS di SK Padang Garong (2) dari 26 Ogos 2012 sehingga 30 Ogos 2012, banyak pengalaman yang saya dapati dan benda baharu yang dipelajari. Walaupun hanya selama seminggu, namun saya percaya pengalaman selama seminggu itu boleh membantu saya dalam menyediakan diri untuk menempuhi situasi semasa berada di sekolah kelak.

Guru, kakitangan sekolah dan murid di sekolah tersebut banyak membantu saya dan rakan-rakan untuk mendapat maklumat berkaitan dengan tugasan. Mereka memberikan komitmen yang sepenuhnya apabila saya ingin mendapatkan maklum balas daripada mereka. Sikap mereka yang banyak terbuka dan banyak membantu mengajar saya bahawa guru tidak boleh bersifat sombong dan perlu lebih mesra supaya murid lebih selesa berinteraksi dengan guru.

Selain itu, sepanjang menjalankan aktiviti seperti kolaborasi dan temu bual, ianya sebenarnya banyak membantu saya dalam meningkatkan lagi kemahiran komunikasi semasa berinteraksi. Saya sedar bahawa kemahiran komunikasi amat penting bagi guru kerana guru bukan sahaja perlu berkomunikasi dengan murid malahan dengan ahli keluarga murid serta masyarakat. Oleh itu, kolaborasi dengan guru, kakitangan sekolah dan murid mengajar saya cara berkomunikasi yang baik dan di samping itu juga membantu dalam meningkatkan keyakinan diri saya semasa berkomunikasi.

Saya juga telah melengkapkan senarai semak penyediaan folio dan juga tugasan bagi subjek PSV 3103 dan PSV 3104. Melalui tugasan yang diberikan, saya banyak didedahkan kepada situasi dan keadaan sebenar di sekolah. Senarai semak yang diberikan membuka peluang kepada saya untuk lebih memahami tentang pengurusan sekolah serta situasi sekolah tersebut. SK Padang Garong (2) sememangnya memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah institusi pendidikan. Tidak kiralah sama ada dari segi kelengkapan sekolah mahupun guru, sekolah tersebut mampu membantu murid untuk menimba ilmu dan sekaligus membantu dalam melahirkan insan modal yang terbilang. Selain itu, saya juga dapat melihat bahawa mata pelajaran PSV sememangnya mampu menarik murid untuk belajar.

Secara keseluruhannya, PBS fasa 2 di SK Padang Garong (2) sememangnya memberikan saya banyak pengalaman baharu. Pengalaman sebenar seperti memasuki kelas, berinteraksi dengan murid dan guru di sekolah banyak mengajar saya tanggungjawab sebenar seorang guru. Guru memainkan peranan penting dalam mendidik generasi muda untuk membantu dalam melahirkan insan modal yang terbilang selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.