lap or an program go tong

14
 LAPORANPROGRAMGOTONG - ROYONG DAN RIADAHPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )2009TARIKH6 NOVEMBER 2009( JUMAAT )‘KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG’

Upload: marzilanman

Post on 08-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan program gotong royong

TRANSCRIPT

LAPORANPROGRAMGOTONG - ROYONG DAN RIADAHPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )2009TARIKH6 NOVEMBER 2009( JUMAAT )KOMUNITI BERILMU PERAK TERBILANG

LAPORANPROGRAM GOTONG - ROYONG DAN RIADAHPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI ( PPKI )2009 Pengenalan

Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang,Taiping Perak telah mengadakan Program Gotong - Royong dan Riadah di sekitarkebun dan halaman kelas PPKI. Program ini telah memberi pengalaman baru kepadasemua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambahpengetahuan mereka. Disamping itu program ini juga telah memberi pendedahankepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan mengurus diri apabilamengikuti sebarang aktiviti riadah.ObjektifMeluaskan pandangan dan mendapat pengalaman baru dengan suasana di luarbilik darjah.Mendedahkan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduanmembersihkan kawasan.Menanam rasa minat dan keseronokan belajar terhadap diri murid-murid.Menambah pengetahuan sedia ada kepada murid-murid kerana tidak semuakeluarga yang pernah mengajak atau mengajar mereka sebarang aktivitimengenai gotong - royong.JAWATANKUASA KERJA PROGRAM GOTONG ROYONG DAN RIADAH PPKISK MATANG 20091. Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Matang34750 Matang Perak

2. Penasihat 1: En. Fezarudin bin Mahamudin( Guru Besar SK Matang )3. Penasihat II: Tn Hj Abd Rahim bin Abd Rasid( Penolong Kanan Pentadbiran )4. Penasihat III: Pn. Shamsiah bt Hj. Mohd Jais( Penyelaras PPKI SK Matang )5. Pengerusi: En. Mohamad Zamri binHj Mohamad Napis6. Setiausaha: En. Mohd Zulfadhly binAhmad Tarmizi7. Bendahari: Pn. Norhayati bt Hussain8. AJK Makanan / Minuman: Pn. Norul Ashikin bt Mohamed: Pn. Faridah bt Ishak: Pn. Irwazita bt Shamsee: Cik Juriati bt Jamaludin9. AJK Keselamatan: En. Zainuddin bin Abd Rahim10. AJK Aktiviti Gotong-Royong: Semua warga PPKI SK Matang11. AJK Aktiviti Poco-poco : Semua warga PPKI SK Matang12. AJK Aktiviti Nasyid: Semua Warga PPKI SK Matang.13. Kumpulan Sasaran: Semua warga PPKI SK MatangLaporan ProgramPada 6 November 2009 yang lalu, Kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi( PPKI ), Sekolah Kebangsaan Matang, Taiping Perak telah mengadakan ProgramGotong - Royong dan Riadah di sekitar kebun dan halaman kelas PPKI. Program inibertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-guru bergaul dengan lebih mesra serta menambah pengetahuan mereka.

Pada pukul 7.40 pagi murid-murid telah berkumpul di Dewan DatukMaharajalela untuk pembahagian kumpulan mengikut kawasan-kawasan gotong-royong yang telah dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu Kumpulan A, Kumpulan Bdan Kumpulan C. Setiap kumpulan telah dibahagikan dengan beberapa orang gurudan juga PPM disertai oleh murid-murid PPKI mengikut pecahan kelas.Aktiviti gotong-royong ini bermula pada pukul 8.00 pagi. Semua guru danmurid-murid telah melakukan aktiviti membersihkan kebun beramai-ramai.Antaranya ialah seperti aktiviti membuang daun-daun kering , mencangkul danmenggemburkan tanah, menyiram pokok bunga dan juga menabur baja. Aktivitigotong-royong ini telah berjalan selama satu jam setengah sehingga pukul 9.30pagi. Selepas itu, semua guru dan murid-murid ke kantin untuk rehat dan sarapanpagi.Pada pukul 10.00 pagi, semua guru dan murid-murid menuju ke Dewan DatukMaharajalela untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti POCO-POCO. Aktiviti ini telahdiketuai oleh Encik Zamri bin Hj Mohamad Napis. Aktiviti ini telah berlangsungselama satu jam sehingga jam 11.00 pagi.Pada pukul 11.00 pagi diteruskan dengan aktiviti latihan nasyid sempenaminggu Agama Islam. Latihan nasyid ini telah dibahagikan kepada 4 kumpulan yangtelah dilatih oleh guru-guru PPKI.Program ini telah berjalan dengan lancar dan diharapkan dapat diteruskan dimasa akan datang dan memberi manfaat kepada semua murid dan guru.PenutupProgram ini telah berjalan dengan sempurna sebagaimana yang dirancangkan.Kerjasama daripada pihak sekolah, guru-guru dan semua yang terlibat diucapkan

ribuan terima kasih. Dengan program ini juga, dapat memberi manfaat kepadasemua murid dan guru.Disediakan oleh :Disemak oleh : _______________________ _____________________ (Cik Shazrina bt Mohd Ghazali)(Pn. Shamsiah bt Mohd Jais)Guru PPKI SK MatangPenyelaras PPKI SK Matang

23 Jun 2012, Sabtu, sekali lagi seluruh warga SMK Jawi bersungguh-sungguh menjayakan Program Gotong Royong Perdana Bagi Tahun 2012. Antara objektif aktiviti ini adalah bagi memastikan seluruh warga sekolah dapat berada dalam keadaan bersih, selamat, ceria dan kondusif di samping bekerjasama dalam satu pasukan dengan semangat cintakan sekolah. Semoga usaha ini dapat dihargai oleh seluruh warga sekolah terutama murid-murid SMK Jawi bagi mengekalkan suasana persekitaran yang bersih dan kondusif. Pihak SMK Jawi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program gotong royong kali ini, terutama guru, staf, pekerja, murid-murid dan juga pihak MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai) yang telah menyumbang tenaga serta peralatan untuk gotong royong. Meskipun dalam suasana yang agak sedikit jerebu, aktivti telah dijalankan dengan jayanya. Berikut gambar-gambar berkaitan..