sekolah rendah pei tong

23
KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH SEKOLAH RENDAH PEI TONG 1

Upload: haanh

Post on 15-Jan-2017

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH

PEI TONG

1

Page 2: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

PROGRAM YOK KITA TEROKA! SEKOLAH RENDAH PEI TONG

PENGENALAN

Berdasarkan keputusan penilaian Semester 1 2010, 64.5% murid mendapat 10-15 markah. Peratusan yang mendapat 16-20 markah hanya 9.7%. Keputusan ini tidak menunjukkan pencapaian yang memuaskan bagi kumpulan murid yang mempunyai keupayaan bahasa yang baik. 2. Murid-murid didapati tidak dapat melahirkan dan mengembangkan kosa kata berkenaan sesuatu tema. Isi karangan mereka juga didapati terhad dan tidak dikembangkan dengan baik. Oleh itu, program pembelajaran Yok Kita Teroka! telah dilakarkan bagi menjalankan Program Kurikulum Berasaskan Sekolah. OBJEKTIF PROGRAM 3. Objektif Program Yok Kita Teroka! adalah seperti yang berikut:

a. murid dapat memperkaya kosa kata berdasarkan tema; b. murid dapat menerangkan maklumat yang berkisar pada tema; c. murid dapat menulis sebuah teks berdasarkan maklumat yang terkumpul;

dan d. murid dapat melakukan aktiviti pembelajaran secara aktif dalam suasana

yang menyeronokkan. PERANCANGAN PROGRAM 4. Program Yok Kita Teroka! dipilih untuk mengadakan pembelajaran yang dapat melibatkan murid secara aktif. Melalui aktiviti yang dilakarkan, kosa kata murid dapat dipertingkatkan. Dengan pengalaman seperti memasak nasi goreng, suasana pembelajaran yang menyeronokkan telah dapat merangsang minat murid terhadap pelajaran. Sebagai contoh, murid telah didedahkan kepada pelbagai cara menghidangkan telur yang merupakan sebahagian daripada bahan memasak nasi goreng. Murid dapat melihat dan merasa sendiri jenis telur yang dimasak seperti telur rebus, telur goreng dadar, telur setengah masak dan telur goreng mata lembu. Selain itu, murid juga belajar cara mengupas kulit telur dengan mudah dan mengetahui cara menjaga keselamatan di dapur semasa memasak. Secara tidak langsung, murid didedahkan pada kemahiran hidup. PELAKSANAAN PROGRAM 5. Program Yok Kita Teroka! telah dijalankan selama dua minggu. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah Yok Kita Masak!, Yok Buat Komik!, Yok Buat Poster! dan Yok Kita Tulis! 6. Bagi program Yok Kita Masak!, murid dikehendaki menyiapkan sebuah lakaran resipi nasi goreng. Murid didedahkan kepada sebuah sedutan klip video

2

Page 3: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

rancangan masakan nasi rawan. Melalui rancangan ini, murid mempelajari kosa kata yang berkisar tentang penyediaan hidangan nasi rawan. Pengalaman pembelajaran ini telah membolehkan murid mempelajari kosa kata yang baharu seperti buah keluak yang merupakan antara bahan resepi tersebut. 7. Program Yok Buat Komik! telah memberi murid peluang mereka bentuk komik berdasarkan rakaman audio. Bagi Program Yok Buat Poster! pula, murid didedahkan kepada pelbagai jenis poster. Kemudian murid membuat poster mereka sendiri. Melalui aktiviti ini kemahiran murid diasah untuk mengenal pasti maklumat dan idea-idea utama.

8. Program Yok Kita Tulis! memberi peluang kepada murid untuk mencungkil nilai-nilai murni yang terdapat dalam sesebuah lagu. Hasilnya, murid telah dapat mengolah beberapa buah gambar bersiri dengan memasukkan nilai-nilai yang terdapat pada lirik lagu itu. PENILAIAN PROGRAM 9. Keputusan karangan pada penilaian Semestral 2 2010 telah menunjukkan pencapaian yang baik, iaitu murid yang mendapat 16-20 markah berjumlah 38.7%. Dapatan ini menunjukkan terdapat peningkatan 29% pencapaian murid bagi penilaian Semester 2. Murid telah dapat meningkatkan mutu isi karangan mereka. 10. Berdasarkan maklum balas murid pula, secara purata 90% daripada mereka amat meminati aktiviti yang dilakarkan. Pengalaman pembelajaran yang bertema telah dapat membina kosa kata mereka dan membantu mereka menulis karangan dengan lebih terancang dan tersusun. PENAMBAHBAIKAN 11. Bahan pengajaran yang disediakan untuk Program Yok Kita Teroka! boleh dikumpulkan mengikut tema dan dijadikan rujukan untuk murid. USAHA SUSULAN 12. Murid akan dibawa berdarmawisata bagi menjadikan pembelajaran lebih autentik. Murid digalakkan mencari maklumat yang lebih tuntas dan mendalam mengenai sesuatu tema melalui pembacaan atau melungsuri internet.

3

Page 4: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM YOK KITA TEROKA!

SENARAI SEMAK SEMASA MERANCANG DAN MEMBINA KBS

Aspek

Catatan

Langkah 1: Meneliti Keperluan murid meneliti keputusan ujian/penilaian

Keputusan komponen karangan Semester 1 bagi murid Darjah 4 masih dapat dipertingkatkan lagi

Murid tidak dapat melahirkan dan mengembangkan kosa kata berdasarkan sesuatu tema

Kekurangan idea untuk mengembangkan isi karangan

menjalankan soal selidik

o melalui pemerhatian guru o melalui temu-bual dengan murid o mengisi borang soal selidik

Murid tidak mempunyai idea dan kosa kata yang luas semasa menulis karangan

Murid tidak dapat menjelaskan isi yang berkaitan sesuatu tema

ujian diagnostik

Tidak dijalankan

Langkah 2: Mengenal Pasti Objektif menentukan kemahiran yang hendak

dinilai

Meningkatkan kemahiran menulis Memperkaya kosa kata

menentukan aspek kognitif, afektif dan sikap yang hendak diambil kira dalam melakar objektif pengajaran dan pembelajaran

Membina keyakinan murid untuk menghasilkan penulisan yang menarik

Merangsang minda Memupuk kecekapan kesedaran

sosial

Langkah 3: Memilih dan Menyusun Kandungan Program menentukan jenis program

Pengalaman Pembelajaran Yok Kita Teroka!

menentukan jenis aktiviti Pembelajaran bersama

menentukan jangka masa program

10 waktu yang dijalankan pada penggal 4 minggu 2 dan 3

4

Page 5: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

Aspek

Catatan

Langkah 4: Memilih dan Menyusun Pengalaman Pembelajaran Menyediakan persekitaran yang

menggalakkan pembelajaran secara aktif

Demonstrasi memasak di bilik darjah

Menyaksikan aksi seorang tukang masak

Menonton klip video animasi dan masakan

Mendengar lagu

memastikan pengetahuan yang hendak dibina nilai tambah dalam pembelajaran

Melibatkan murid secara aktif Memberi peluang yang tidak

secara langsung mengenai kemahiran hidup

Langkah 5: Menilai Pencapaian Kemahiran memastikan program yang dibina dapat

memenuhi kemahiran yang hendak dicapai

Program KBS Mmenyediakan murid meluaskan idea semasa menulis

peningkatan kosa kata

memastikan kemahiran yang hendak dicapai selaras dengan matlamat pengajaran dan pembelajaran

Kemahiran menulis

memastikan kriteria penilaian jelas

Penilaian kendiri, rakan sebaya dan guru

Alat penilaian: senarai semak dan rubrik

5

Page 6: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG LAKARAN PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

TEMPLAT RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mengenal Pasti Keperluan Murid Meningkatkan kemahiran menulis Memperkaya kosa kata

Menetapkan Matlamat Membina keyakinan murid untuk

menghasilkan penulisan yang menarik Merangsang minda Memupuk semangat ingin tahu

Menentukan Program Menyediakan persekitaran yang

menggalakkan pembelajaran secara aktif Melibatkan murid secara aktif

Menilai Pencapaian Kemahiran Murid Membina literasi visual Memahami makna kosa kata Mengembangkan idea Menggunakan kosa kata yang dipelajari

dalam karangan Menerangkan maklumat berdasarkan tema

Melaksanakan Aktiviti Menyenaraikan kosa kata berdasarkan

tema Menulis sebuah teks berdasarkan

maklumat yang terkumpul Menerangkan maklumat yg berkisar pada

tema

Program Yok Kita

Teroka!

6

Page 7: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Program Yok Kita Teroka!

Kumpulan Sasaran Darjah 4

Fokus Kegiatan Pengayaan

Jangka Masa 10 waktu yg dijalankan dalam 2 minggu

Kemahiran Menulis

Objektif Pembelajaran Pada akhir program, murid dapat: 1. menyenaraikan kosa kata berdasarkan tema 2. mengembangkan idea dalam karangan 3. menggunakan kosa kata yang dipelajari dalam karangan 4. menerangkan maklumat yang berkisar tentang tema

Nilai Tambah Pembelajaran

Murid dapat: 1. membina literasi visual 2. mencungkil isu moral pada sesebuah tema

Pengenalan / persediaan awal (Tuning-in) Bahan/Catatan

Murid:

a. meneliti buah keluak yang merupakan bahan penting dalam masakan nasi rawan

b. menonton klip video rancangan masakan ‘Nasi Rawan’ c. mencatat perkataan yang baharu dipelajari d. melihat hidangan sebenar e. membincangkan tentang pengalaman masak dengan

keluarga f. menceritakan kemahiran yang boleh mereka raih g. mengisi borang refleksi

Bahan Klip Video Nasi Rawan

(ETD) Borang Refleksi Nota Perkongsian setiap

kumpulan ditulis pada kertas sebak dan dipamerkan di kelas buat tatapan umum

Aktiviti Minggu 1

Tajuk: Yok Kita Masak! Bahan/Catatan

Induksi Murid: a. menonton klip video rancangan masakan ‘Nasi

Goreng’ b. mencatat perkataan jenis kata nama dan kata kerja

Bahan Klip video masakan ‘Nasi

Goreng’ (ETD) Borang Refleksi

Aktiviti 1 Murid: a. meneliti bahan utama resipi nasi goreng b. berbincang tentang kepelbagaian cara menghidang

Bahan Resipi 1 dan 2 Nota Murid menulis tentang

7

Page 8: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

telur c. diberikan contoh cara telur dimasak seperti telur rebus,

telur goreng dadar, telur goreng mata lembu, telur separuh masak

d. meneliti contoh hidangan lain termasuk sanwic, mi sup e. mempelajari cara mudah mengupas kulit telur f. mencuba mengupas telur yang tidak direbus dengan

garam g. mengumpulkan kata kerja dan kata nama yang

terdapat pada klip video Contoh Kata Kerja mencuci , memasak, mengupas, menghiris, menggoreng, memotong, mengelap Kata Nama beras, telur, bawang merah, timun, lobak, daun, tomato

cara menghidang telur di kertas sebak

Beberapa orang murid akan menyiapkan hidangan nasi goreng di rumah

Murid akan berkongsi pengalaman bersama rakan

Guru mempamerkan resipi hasil kerja murid

Aktiviti 2 Murid: a. menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk

masak nasi goreng b. berbincang secara berpasangan c. meneliti hasil kerja rakan

Aktiviti Minggu 2

Tajuk: Yok Buat Komik!

Induksi Murid: a. meneliti beberapa gambar yang berkisar mengenai binatang peliharaan dan binantang yang didera

Bahan Gambar-gambar

binatang peliharaan dan binatang yang didera

Aktiviti Murid: a. mendengar sedutan audio ‘Sayangi’ b. membuat catatan ringkas mengenai urutan cerita c. menghasilkan sebuah paparan komik secara

berpasangan d. melengkapkan senarai semak secara berpasangan

Bahan

Audio ‘Sayangi’ (ETD) Lembaran Kerja ‘Mari

Lakarkan’ Nota Guru menjelaskan

proses membuat komik

Aktiviti Minggu 3

Tajuk: Yok Buat Poster!

Induksi

Bahan Audio ‘Sayangilah’ (ETD)

8

Page 9: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

Murid: a. mendengar sedutan audio ‘Sayangilah-Kucingku

Hilang’ b. dengar maklumat dengan teliti c. membuat lakaran urutan cerita

Aktiviti Murid: a. membuat catatan ringkas mengenai sedutan cerita b. secara kumpulan, menyiapkan sebuah poster ukuran

A3 untuk menawarkan ganjaran bagi sesiapa yang dapat menjejak kucing yang hilang

c. menilai poster rakan

Bahan Senarai Semak

Aktiviti Minggu 4

Tajuk: Yok Kita Hayati!

Induksi Murid: a. menonton klip video muzik ‘Rentak Cilik-Rajin Belajar’ b. menyanyi bersama-sama dengan gerak badan

Aktiviti Murid: a. membuat catatan ringkas mengenai lagu b. berbincang tentang nilai-nilai murni yang terdapat

dalam lirik lagu c. membentangkan hasil kerja kumpulan d. membuat lakaran sebuah karangan e. membacakan lakaran karangan f. mengisi senarai semak

Bahan Senarai Semak

9

Page 10: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

BORANG MAKLUM BALAS MURID

Nama:________________________ Tarikh: ______________ Kelas:________________________

Arahan: Lengkapkan borang maklum balas berikut.

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju

No.

Item ☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺

A Program Yok Kita Teroka!

1. Program ini memberi pembelajaran yang menyeronokkan.

2. Saya dapat meluaskan kosa kata dan idea dengan baik.

3. Program ini memberi pengalaman yang baharu.

B

Aktiviti

4. Merangsang minat saya.

5. Saya dapat mengikuti aktiviti dengan rakan-rakan saya.

6. Aktiviti yang disediakan menarik.

C Penilaian

7. Saya dapat bertutur dengan dengan lebih baik.

8. Saya dapat menyemak kerja saya bersama rakan.

10

Page 11: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

Berikan pandangan kamu. 1. Apakah maklumat baharu yang kamu ketahui daripada pelajaran ini?

2. Apakah perkara menarik tentang klip video yang kamu tonton?

3. Apakah kosa kata baharu yang kamu pelajari daripada pelajaran ini?

11

Page 12: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

BORANG REFLEKSI MENONTON VIDEO

Nama: _______________________ Tarikh: __________________ Kelas: ________________ Arahan: Isikan ruang kosong dengan maklumat yang sesuai selepas menonton klip

video.

Perkara yang Menarik tentang

Klip Video

Maklumat Baharu yang Saya Ketahui

Kosa Kata Baharu yang Saya Pelajari

12

Page 13: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

BORANG REFLEKSI MURID

YOK KITA MASAK!

Nama: _______________________ Tarikh: __________________ Kelas: ________________ Arahan: Lengkapkan penyataan di bawah ini. No Perkara

1. Resipi yang disediakan dalam klip video ini ...

2. Saya telah mempelajari …

3. Semasa menyediakan bahan saya perlu tahu ...

4. Langkah-langkah yang akan saya ambil semasa menyediakan bahan adalah …

5. Resipi kumpulan saya menarik kerana …

6. Aktiviti kerja kumpulan telah mengajar saya …

7. Kosa Kata yang telah saya pelajari…

13

Page 14: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

Isi tempat kosong dengan kata kerja dan kata nama.

Kata Nama Kata Kerja

14

Page 15: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

YOK BUAT KOMIK!

Nama: __________________________ Tarikh: _______________ Kelas: ________________ Arahan: Lengkapkan perbualan dua orang di bawah ini. .

Saya tidak sangka perbuatan saya itu amat salah.

Mengapa kamu menendang kucing itu?

15

Page 16: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

YOK BUAT KOMIK!

BORANG REFLEKSI AKTIVITI BERKUMPULAN

Nama: __________________________ Tarikh: _______________ Kelas: ________________

Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Tidak pernah Kadang-kadang Sering Setiap masa

Item ☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺

1. Saya dapat menyelesaikan kerja dengan ahli kumpulan saya.

2. Saya berkongsi idea semasa aktiviti perbincangan.

3. Saya mendengar idea ahli kumpulan saya.

4. Saya mengikut giliran semasa memberi pandangan.

5. Saya pelajari kosa kata baharu dari ahli kumpulan saya.

6. Saya gembira bekerja dalam kumpulan.

16

Page 17: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

MARI BUAT POSTER!

SENARAI SEMAK

Arahan: Teliti tiga poster ini. Kemudian, tandakan pada maklumat yang sesuai bagi setiap poster.

Maklumat/Poster Poster 1 Poster 2 Poster 3

1. Ukuran poster - besar

2. Ukuran poster - kecil

3. Saiz font perkataan besar

4. Saiz font perkataan - kecil

5. Berwarna-warni

6. Gambar menarik

7. Gambar membosankan

8. Tiada gambar

9. Maklumat ringkas dan mudah difahami

10. Maklumat banyak dan sukar difahami

11. Sesuai untuk murid sekolah rendah

12. Sesuai untuk murid sekolah menengah

17

Page 18: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

MARI BUAT POSTER! BORANG REFLEKSI

Nama: _______________________ Tarikh: __________________ Kelas: ________________

Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Sangat tidak setuju

Tidak setuju Setuju Sangat setuju

No

Item

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺

1. Saya suka dengan aktiviti yang dijalankan.

2. Saya boleh melakukan aktiviti yang dijalankan.

3. Aktiviti ini dapat menambah kosa kata saya.

4. Saya dapat berkongsi maklumat dengan rakan.

5. Saya mempelajari perkara yang baharu.

18

Page 19: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

YOK KITA NYANYI!

SENARAI SEMAK LAGU

Nama: __________________________ Tarikh: _______________ Kelas: ________________ Arahan: Dengar lagu ‘Rajin Belajar’ dengan teliti. Kemudian, lengkapkan ruang

yang berikut. Lagu:

Penyanyi:

Nilai-nilai yang saya pelajari:

Nilai-nilai itu penting kerana

Kosa kata baharu yang saya pelajari

19

Page 20: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

YOK KITA NYANYI!

Nama: _______________________ Tarikh: __________________ Kelas: ________________

Mari Menulis… Permulaan: Gambar 1: Gambar 2: Dialog:

20

Page 21: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

Gambar 3: Gambar 4: Penutup:

21

Page 22: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

YOK KITA NYANYI! SENARAI SEMAK

Nama: _______________________ Tarikh: __________________ Kelas: ________________

Arahan: Tandakan dalam petak yang sesuai.

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺ Memerlukan banyak bantuan

Memerlukan beberapa bantuan

Memerlukan sedikit bantuan

Tidak memerlukan bantuan

No.

Item

☺ ☺☺ ☺☺☺ ☺☺☺☺

1 Aktiviti sebelum menulis telah menambah kosa kata saya.

2 Saya menggunakan kosa kata yang baharu saya pelajari dalam karangan saya.

3 Saya dapat menyusun idea dengan baik.

4 Saya lebih yakin untuk menulis karangan saya.

5

Saya dapat menggunakan maklumat yang saya pelajari.

6

Saya dapat menghasilkan karangan yang lebih baik.

22

Page 23: Sekolah Rendah Pei Tong

KURIKULUM BERASASKAN SEKOLAH

23

SEKOLAH RENDAH PEI TONG PROGRAM KBS YOK KITA TEROKA!

SENARAI SEMAK PENGHASILAN IDEA DALAM KARANGAN

Penghasilan Idea dalam Karangan

Cemerlang

Idea mencukupi dan dikembangkan dengan sangat baik Keseluruhan idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang amat

kukuh

Baik

Idea mencukupi dan dikembangkan dgn baik Keseluruhan idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang

mencukupi

Sederhana

Idea mencukupi dan dikembangkan dengan agak baik Hampir kesemua idea relevan dan menunjukkan pemahaman yang

mencukupi

Cuba lagi Idea kurang mencukupi dan terdapat perkembangan yang tidak tersusun

Kurang menunjukkan pemahaman yang mencukupi