go tik swan.docx

17
Universiti Malaysia Sabah Sekolah Pengajian Seni CV10702 Sejarah Seni dan Estetik 1 Sejarah Seni Asia Tenggara di Indonesia Tokoh Batik Indonesia , Go Tik Swan Nama : Oscar Gordon Wong Nombor Matrik : BC 13110171 Kod Program : HA32 Teknologi Seni Visual Semester 1 2013/2014 Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Mohd Johari Bin Ab. Hamid

Upload: oscar-gordon-wong

Post on 01-Jan-2016

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bha...sy jual ni...

TRANSCRIPT

Page 1: go tik swan.docx

Universiti Malaysia Sabah

Sekolah Pengajian Seni

CV10702 Sejarah Seni dan Estetik 1

Sejarah Seni Asia Tenggara di Indonesia

Tokoh Batik Indonesia, Go Tik Swan

Nama : Oscar Gordon Wong

Nombor Matrik : BC 13110171

Kod Program : HA32 Teknologi Seni Visual

Semester 1 2013/2014

Nama Pensyarah : Prof. Madya Dr. Mohd Johari Bin Ab. Hamid

Page 2: go tik swan.docx

Isi Kandungan

Bil

Kandungan Muka surat

1 Pengenalan 1

2 Tajuk Kajian

Biodata Tokoh Karya Batik

2 - 4

3 Keputusan Kajian

Analisis Karya Kekuatan dan Kelemahan

Karya Batik

4 - 6

4 Kesimpulan 7

5 Rujukan 8

6Lampiran

9 - 12

Page 3: go tik swan.docx

Pengenalan

Dalam tajuk kajian ini, saya telah mengkaji sejarah seni asia tenggara di

Indonesia iaitu tokoh batik Indonesia, Go Tik Swan. Secara umumnya, batik

merujuk kepada cara pembuatan bahan pakaian. Perkataan batik berasal

daripada dua perkataan bahasa Jawa iaitu “amba” yang bermaksud menulis dan

perkataan “titik”. Batik mempunyai nilai seni tidak hanya pada keindahan

penampilan, malahan memiliki keragaman yang mempunyai ragam hias

penyusunan pola yang harmoni dengan makna falsafahnya tersendiri. Menurut

asal pembuatan, batik Jawa ialah sebuah warisan kesenian budaya orang

Indonesia terutamanya di daerah Jawa. Batik Jawa mempunyai motif-motif yang

berbeza-beza dan merupakan rarya seni rupa dua dimensi iaitu memiliki ukuran

panjang dan lebar sahaja. Unsur seni iaitu unsur jalinan tampak yang wujud pada

motifnya sekadar dapat dilihat dari sudut hadapan saja. Dalam motif hias kain

batik banyak menggunakan bentuk-bentuk non-geometris dan bentuk-bentuk

geometris. Karya batik tradisional telah menempuhi perjalanan sejak beberapa

tahun lamanya dalam kebudayaan Indonesia. Sehelai batik mempunyai banyak

maksud tersirat melalui pola dan ragam hiasnya yang seiring dengan

perkembangannya. Sejarah batik di Indonesia sememangnya berkait rapat

dangan perkembangan kerajaan Majapahit dan penyebaran ajaran Islam di

Tanah Jawa. Perkembangan batik banyak dilakukan pada zaman pemerintahan

kerajaan Mataram, seterusnya pemerintahan pada zaman kerajaan Solo dan

Yogyakarta. Dalam pembuatan batik tradisional terdapat empat aspek yang

diperhatikan iaitu motif, warna, teknik pembuatan dan fungsinya. Batik memiliki

keindahan visual kerana pola atau motifnya tersusun

dengan rapi dan harmoni. Batik juga memiliki keindahan

spiritual kerana mempunyai maksud pesanan, harapan,

ajaran hidup dan doa kepada Tuhan. Ragam hias batik

terbahagi kepada dua iaitu batik keraton dan batik

persisiran. Di Surakarta, perusahaan-perusahaan batik

juga diusahakan oleh orang-orang Tionghua dalam

mengembangkan batik di Surakarta. Salah seorang

tokoh Tionghua pekerja budaya yang memegang peranan penting dalam

kebudayaan jawa khususnya dalam bidang batik ialah Panembahan

Hardjonagoro atau Go Tik Swan.

Page 4: go tik swan.docx

Oscar Gordon Wong

Tajuk Kajian : Sejarah Seni Asia Tenggara di Indonesia

Tokoh Batik Indonesia, Go Tik Swan

Tokoh Batik Go Tik Swan

Biodata Tokoh

Almarhum KRT Hardjonagoro atau lebih dikenali dengan nama Go Tik

Swan seorang budayawan dan sasterawan Indonesia yang berketurunan

Tionghua menetap di Surakarta. Beliau lahir di Desa Kratonan di Surakarta dan

lahir pada 11 Mei 1931 dan wafat pada 5 November 2008. Beliau merupakan

seorang yang pencinta budaya Jawa dan budaya wayang.

Dari segi pendidikan, beliau pernah bersekolah di Voorbereiden Hoger

Onderwys (VHO), Semarang. Tambahan lagi, beliau pernah bersekolah

di Neutrale Europesche Lagere School (NELS) bersama anak-anak pembesar

Belanda. Seterusnya, ia melanjutkan pelajarannya ke fakulti ekonomi di

Universiti Indonesia atas faktor kehendak ibu bapanya. Namun begitu, beliau

seorang yang pencinta budaya Jawa telah memilih unutuk menuntut ilmu di

Fakulti Sastera dan Falsafah, Jurusan Sastera Jawa UI.

Antara karier ataupun kejayaan beliau kecapi ialah seorang pencipta motif

batik Indonesia, pengusaha batik di Solo, mendirikan tempat pembuatan keris di

Yogyakarta, dan seterusnya mendirikan sekumpulan pencinta keris dengan

nama Bawarasa Tosan Aji (BTA). Beliau juga pernah mengikhtiarkan berdirinya

Page 5: go tik swan.docx

“Art Gallery Karaton Surakarta” di Indonesia dan menjadi sebagai direktor

Muzium Radyapustaka, Surakarta. Selain menjadi sebagai pengusaha batik,

beliau juga seorang pengumpul benda-benda purba seperti naskah-naskah

sastera kuno.

Oleh hal yang demikian, atas keprihatian beliau ini, ia telah dianugerahi

pangkat Bupati Anom bergelar Raden Tumenggung Hardjonagoro pada tahun

1972. Seterusnya, pangkat Go Tik Swan dinaikkan lagi menjadi Bupati Sepuh

dengan gelaran Kanjeng Raden Tumenggung pada tahun 1984. Selain itu, ada

banyak lagi penghargaan yang diterima oleh beliau

Karya Batik

Antara lima pilihan karya terbaik beliau yang saya kaji ialah Batik Semen

Rama, Batik Sawunggaling, Batik Kembang Bangah, Batik Pisang Bali dan Radite

Puspita. Karya batik beliau dihasilkan melalui teknik mencanting iaitu melukis

atau menggambarkan dengan menggunakan media seperti lilin pada kain mori.

Beliau mencipta batik untuk memenuhi gagasan Bung Karno, presiden

pertama Indonesia iaitu mengenai batik yang membawa maksud nilai seni

budaya sebagai jati diri bangsa sekaligus menyuarakan pesanan persatuan

Indonesia. Go Tik Swan menggunakan konsep “nunggak semi” dalam

mengembangkan batik. Beliau mengembangkan batik baru dengan menerapkan

teknik pewarnaan batik pesisir pada batik gaya keraton. Pola-pola batik keraton

dikembangkan dari pola-pola iaitu solo-Yogya yang lama, pewarnaannya tidak

hanya terbatas pada warna coklat, soga, biru nila, hitam dan puith saja.

Malahan digabungkan dengan warna-warna lain seperti warna merah darah,

merah jambu, kuning, hijau, dan sebagainya.

Nunggak semi ialah suatu konsep pengembangan kebudayaan yang

menekankan bahawa pengembangan suatu kebudayaan seharusnya tidak

menghasilkan pertumbuhan secara liar tetapi berdasarkan atas tonggak

kebudayaan yang lama iaitu tradisional atau klasik.

Batik berdasarkan pola hias iaitu motif dan warnanya dibezakan kepada dua

iaitu Batik Vosterlanden (Batik Keraton) dan Batik Pesisiran (Batik Cirebon,

Page 6: go tik swan.docx

Pekalongan, Lasem). Batik keraton mempunyai ciri warna alam ataupun warna

semulajadi yang membawa istilah warna sogan serta ragam hiasnya yang unik.

Dari segi corak pula, makna dan fungsi batik keraton tidak terlepas dari alam

fikiran Jawa yang memandang manusia dalam konteks harmoni semesta alam

yang tertib, serasi, dan seimbang.

Batik pesisiran mempunyai warna-warna yang terang. Corak-corak batik

pesisiran lebih spontan, berani, dan lebih bebas daripada batik keraton.

Pertumbuhan awal batik pesisir sangat berbeza dengan batik keraton. Hal ini

demikian kerana para pembatik pesisir terdiri daripada rakyat jelata yang

mempunyai berbeza pendapat ataupun alam fikirannya dengan aristokrasi

keraton jawa. Ragam hias batik pesisir merupakan warisan secara turun-

temurun yang sudah melekat dalam jiwa para pembatiknya. Oleh itu, setiap

pembatik dapat menggambarkan ragam hias di atas kain langsung dengan

cantingnya tanpa menggunakan pensil terlebih dahulu.

Keputusan Kajian

Hasil kajian yang saya dapat simpulkan bahawa Sejak tahun 1950-an

hingga tahun 2008, beliau telah mencipta sekitar 200 motif batik. Beliau telah

mencipta batik dengan Gaya batik klasik keraton Surakarta dan Yogyakarta yang

“introvert” iaitu pendiam dikahwinkan dengan gaya batik pesisir utara Jawa

Tengah yang “extrovert” iaitu peramah. Pada zaman beliau, ia sangat peka

dengan perubahan sosial dan budaya. Hal ini sekaligus batik yang dicipta oleh

beliau mempunyai maksud yang tersirat mengenai pesanan persatuan

Indonesia.

Motif-motif yang dikembangkan oleh beliau ialah daripada motif-motif

lama yang mengandungi makna simbolik tersendiri. Motif hias kain batik banyak

menggunakan bentuk organik dan geometri. Motif hias geometri adalah berupa

lengkung, garis, lingkaran, segitiga, dan sebagainya  yang berulang-ulang. Bagi

motif organik pula ialah berbentuk berdasarkan tumbuh-tumbuhan, haiwan,

awan, dan bebas.

Page 7: go tik swan.docx

Dalam pembuatan batik tradisional terdapat empat aspek yang

diperhatikan iaitu motif, warna, teknik pembuatan, dan fungsinya. Batik gaya

baru yang diciptakan oleh beliau umumnya kain panjang. Pola-polanya

dikembangkan dari Solo-Yogya yang lama dan pewarnaannya tidak terbatas

pada warna coklat soga, biru nila, hitam, dan putih saja, malahan digabungkan

dengan warna-warna lain seperti merah jambu, merah darah, kuning, hijau, dan

sebagainya.

Analisis Karya

1. Batik Kembang Bangah : Gambar 1 menunjukkan ungkapan protes

terhadap pemerintah yang berat sebelah terhadap rakyat

jelatanya.Malahan ia lebih berpihak kepada kapitalisme. Bunga Bangah

adalah bunga yang dijauhi oleh manusia kerana baunya seperti bau

bangkai. Bentuk penampilannya merupakan pengulangan motif baku

ataupun stailisasi bunga Bangah dalam bentuk belah ketupat iaitu

lambang keselamatan yang sangat cantik, teratur, dan memperlihatkan

suasana kedamaian. Batik ini juga dilukiskan untuk mengambarkan

keadaan pemerintah ibarat sesuatu kotoran yang baunya seperti bau

bangkai. Warna yang digunakan untuk batik ini adalah perpaduan warna

soga dengan latar hitam. Susunan batik ini bermotifkan rasa kecewa,

bentuk protes, tolak bala, dan permohonan keselamatan. (Rujuk

lampiran)

2. Batik Sawunggaling : Gambar 2 menunjukkan gambaran tentang

pertarungan dua ayam jantan ataupun dua ekor burung Gurda yang

sangat kuat dan dipercayai dapat mengalahkan manusia. Motif gurda ini

menggambarkan kegagahan dan keberanian Chandra Irawan Soekanto.

Karya ini merupakan sumber idea daripada pakaian Bali yang berlatarkan

merah dan Sawunggaling yang berwarna emas. Karya ini juga digubah

dalam warna campuran warna soga dan merah darah dengan latar hitam.

(Rujuk lampiran)

Page 8: go tik swan.docx

3. Batik Pisan Bali atau Pisang Bali : Gambar 3 melambangkan

kehormatan darjat ataupun pangkat terhadap seseorang. Batik ini juga

melambangkan bunga pisang dengan kelopak yang mekar simetri.

Tambahan lagi, batik ini juga diisikan dengan motif daun pisang yang

digambarkan dengan garis bintik-bintik, ada juga yang berbentuk segi

tiga, dan bersertakan bunga pisang muda yang masih tertutup

kelopaknya. Warna batik ini dibuat dengan latar hitam ataupun putih.

(Rujuk lampiran)

4. Batik Radite Puspita : Gambar 4 menunjukkan nama sempena daripada

Putra Mahkota Mangkunegaran yang meninggal secara tragis dalam

kemalangan kereta pada bulan Oktober 1977. Batik pertama Go Tik Swan

yang bercorak Radite Puspita ini baru sahaja selesai dibuat dan pada

masa yang sama juga kesedihan berlaku terhadap keluarga

Mangkunegaran atas pemergian Putra Mahkota Mangkunegaran. Akhirnya

batik ini didedikasikan untuk Putra Mahkota Raditya. Batik yang

berlatarkan warna merah ini mempunyai motif Bunga Matahari dan

dikelilingi oleh corak sulur pohon anggur dan motif kupu-kupu besar di

setiap sudutnya. (Rujuk lampiran)

5. Batik Slobok Jamangan latar putih : Gambar 5 menunjukkan batik

yang berwarna hitam dan latar putih direka untuk pernikahan Putri

daripada Bangsawan di Solo. Slobok merujuk kepada kesuburan dan juga

bermaksud kelangsungan dan kekekalan. Slobok Jamangan (Jamang =

Mahkota), memiliki komponen utama tetap dan segi empat dari pelbagai

ukuran serta mengandungi segi tiga dengan sisi bergerigi seperti pada

mahkota yang melambangkan Kehormatan. (Rujuk lampiran)

Kekuatan dan Kelemahan Karya Batik

Pada pendapat saya, karya batik sememangnya mempunyai nilai estetik

yang tersendiri. Teknik mencanting dengan menggunakan lilin pada atas kain

mori lebih berbentuk organik dan geometrik kerana dapat dilukis mengikut cita

rasa pengkaryanya. Dari segi kekuatan, penghasilan batik dengan media yang

Page 9: go tik swan.docx

digunakan seperti kain mori dan lilin menyukarkan warna yang digunakan tidak

mudah luntur. Selain itu, kain mori yang digunakan oleh beliau juga berkualiti

dan tidak mudah koyak.

Dari segi kelemahan batik pula, penghasilan batik memerlukan masa yang

lama untuk siap. Hal ini disebabkan proses melukis corak atau motif-motif pada

kain mori ataupun proses mencanting memakan waktu berhari-hari. Proses

mencanting dengan menggunakan media lilin pada kain mori memerlukan tahap

kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Proses ini juga tidak boleh mengalami

kesilapan walaupun sedikit untuk mengelak daripada penghasilan batik rosak.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, karya Go Tik Swan ialah hasil perkahwinan antara

batik gaya klasik keraton dan batik gaya pesisir utara Jawa Tengah. Beliau juga

telah banyak mencipta motif batik Indonesia iaitu sebanyak 200 motif. Selain

itu, beliau banyak menerima penghargaan disebabkan keprihatinannya terhadap

budaya jawa walaupun ia seorang yang berbangsa Tionghua. Antaranya ialah

pemerintah terbesar telah memberikannya penghargaan sebagai Putra terbaik

atas jasa-jasanya dengan tanda Kehormatan Bintang Budaya Parama Dharma.

Dalam penciptaan sebuah batik, Go Tik Swan dipengaruhi oleh faktor peribadi

iaitu orang-orang Tionghua yang dapat dilihat dari salasilah keturunan dari

keluarganya. Hal ini kemudian membuatkan Go Tik Swan mahir dan gemar

menghasilkan batik.

Batik Indonesia yang diciptakan oleh Go Tik Swan ialah konteks pada

zaman perubahan-perubahan sosial dan budayanya di Indonesia. Go Tik Swan

menciptakan batik untuk memenuhi gagasan Bung Karno iaitu untuk

menampilkan nilai seni budaya sebagai jati diri bangsa sekaligus menyuarakan

pesanan persatuan Indonesia. Batik-batik gaya baru yang diciptakan Go Tik

Swan umumnya kain panjang dan pola-polanya dikembangkan daripada pola

Page 10: go tik swan.docx

Solo-Jogja yang lama. Implikasinya, beliau telah memberikan sumbangan yang

berharga terhadap pembentukkan, pemeliharaan dan perkembangan

kebudayaan Jawa khususnya bidang perbatikan.

Rujukan

1. Wendha Widyo Saksono (2010) PERANAN GO TIK SWAN HARDJONAGORO DALAM MENGEMBANGKAN BATIK DI SURAKARTA 1955-1964, Universitas Sebelas Maret Surakarta, Skripsi : Halaman 42http://eprints.uns.ac.id/2670/1/175722701201108241.pdf

2. laporan dalam talian dengan penulis yang tidak dikesan dan tiada tarikhhttp://id.wikipedia.org/wiki/K.R.T._Hardjonagoro

3. Diposkan oleh Estafet Canting Menembus Waktu (2012) Motif, Ragam Hias Batik pada Upacara Peresmian Dua Hati – Jogja, Laman sesawanghttp://batikidku.blogspot.com/p/motif.html

4. Besti Rahulasmoro (2012) Menelusuri Motif KRT Hardjonagoro Go Tik Swan, Laman sesawanghttp://bestidermaganareswara.blogspot.com/2012/06/menelusuri-motif-krt-hardjonegoro-go.html

5. Wijaya (2008) Hardjonagoro, Sosial Budaya, Solo, Laman Sesawang

http://wijayajournal.blogspot.com/2008/12/krt-hardjonagoro-go-tik-swan-

had-best.html

Page 11: go tik swan.docx

Lampiran

Batik Karya Hardjonagoro/Go Tik Swan

Gambar 1 : Go Tik Swan (1960) Batik Kembang Bangah, kain mori dan lilin (malam), 105 x 260 cm

(Sumber : http ://eprints.uns.ac.id/2670/1/175722701201108241.pdf )

Page 12: go tik swan.docx

Gambar 2 : Go Tik Swan (1960) Batik Sawunggaling, Kain mori dan lilin(malam), 104.5 x 240.0 cm

(Sumber : http:// eprints.uns.ac.id/2670/1/175722701201108241.pdf )

Gambar 3 : Go Tik Swan (1960) Batik Pisan Bali, Kain mori dan lilin (malam), 105 x 260 cm

(Sumber : http:// eprints.uns.ac.id/2670/1/175722701201108241.pdf )

Page 13: go tik swan.docx

Gambar rajah 4 : Go Tik Swan (1960) Batik Radite Puspita, Kain Mori dan Lilin (malam), 104.5 x 240.0 cm

(Sumber : http://batikidku.blogspot.com/p/motif.html)

Gambar rajah 5 : Go Tik Swan (1960) Batik Slobok Jamangan latar putih, Kain Mori dan Lilin (malam), 105 x 260cm

(Sumber : http://batikidku.blogspot.com/p/motif.html)

Page 14: go tik swan.docx

Gambar 6 : Keratan akhbar menunjukkan antara penghargaan yang diterima oleh Go Tik Swan iaitu Bupati Sepuh dengan gelaran Kanjeng Raden Tumenggung (K.R.T.) pada tahun 1984.

Gambar 7 : Keratan akhbar menunjukkan antara penghargaan yang diterima oleh Go Tik Swan iaitu Bupati Riyo Nginggil dengan gelaran Kanjeng Raden Haryo Tumenggung (K.R.H.T.) pada tahun 1994.

Page 15: go tik swan.docx