lanjutan tempoh skim zamalah datin miriam mohd. … miriam_010311.pdf · 2015. 9. 21. · atau 4...

2
FORMAT CADANGAN PENYELIDIKAN Borang permohonan Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff boleh dimuat turun di laman web LESTARI atau di perolehi daripada Pejabat Am LESTARI mengikut waktu pejabat. Latar diri dan cadangan penyelidikan (maksimum 2 muka surat) perlu dikemukakan kepada Sekretariat Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff melalui mel-e atau pos kepada alamat di bawah sebelum atau pada 30 April 2011. Sekretariat Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-89214144/4149 Faks: 03-89255104 Mel-e: [email protected] (u.p.: Puan Nurul Safaniza Che Ani) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) SKIM ZAMALAH DATIN MIRIAM MOHD. YUSOFF Cadangan penyelidikan perlu mengandungi perkara-perkara berikut: Tajuk (Title) Pengenalan (Introduction) Ulasan Literatur (Literature review) Kerangka penyelidikan (Research framework) Soalan kajian (Research questions) Objektif (Objectives) Kaedah dan pendekatan (Methods and approach) Hasil penyelidikan yang dijangkakan (Research output) Penemuan ilmu baru (Potential new knowledge) Implikasi kepada polisi (Implication on policy) Faedah kepada masyarakat (Benefit to society) Jadual perlaksanaan penyelidikan (Research schedule) Pemohon yang berjaya mendapat Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff akan diberikan tempoh satu (1) tahun dan akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan tempoh berdasarkan laporan kemajuan atau prestasi yang memuaskan dan calon perlu menerbitkan 2 jurnal atau 4 prosiding berwasit/bab dalam buku sebelum ta- mat pengajian. Tempoh lanjutan baru adalah untuk satu (1) tahun. -Pemohon boleh memuat turun borang permohonan lanjut tempoh di laman web LESTARI atau mendapatkan salinannya di Pejabat Am LESTARI. -Tempoh lanjutan yang dibenarkan adalah sehingga semester ke enam (6) bagi calon PhD. -Borang yang lengkap perlu dihantar ke LESTARI beserta laporan kemajuan semester. Sekiranya pelajar didapati tidak memenuhi syarat iaitu laporan kemajuan atau prestasi penyelidikan tidak memuaskan, maka Skim Zamalah ini boleh ditamatkan. -LESTARI akan mengeluarkan laporan pembayaran lanjut tempoh jika semua syarat pelanjutan dipenuhi. -Laporan pembayaran lanjut tempoh akan dihantar kepada Penyelia Utama, Ketua Pusat Penyelidikan, Bendahari dan pelajar. -Mekanisma pemantauan pretasi pelajar adalah seperti berikut: Pembentangan laporan kemajuan kepada Jawatankuasa Khas Skim Zamalah; Kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Skim Zamalah. LANJUTAN TEMPOH -Skim ini akan ditamatkan jika pelajar tersebut tidak memenuhi syarat iaitu: Laporan kemajuan didapati tidak memuaskan. Tempoh pengajian telah melebihi enam (6) semester bagi PhD. PENAMATAN SKIM CARA MEMOHON Fuad/feb2011

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LANJUTAN TEMPOH SKIM ZAMALAH DATIN MIRIAM MOHD. … MIRIAM_010311.pdf · 2015. 9. 21. · atau 4 prosiding berwasit/bab dalam buku sebelum ta-mat pengajian. Tempoh lanjutan baru adalah

FORMAT CADANGAN PENYELIDIKAN

Borang permohonan Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff boleh

dimuat turun di laman web LESTARI atau di perolehi daripada

Pejabat Am LESTARI mengikut waktu pejabat.

Latar diri dan cadangan penyelidikan (maksimum 2 muka surat)

perlu dikemukakan kepada Sekretariat Zamalah Datin Miriam

Mohd. Yusoff melalui mel-e atau pos kepada alamat di bawah

sebelum atau pada 30 April 2011.

Sekretariat

Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

43600 UKM Bangi

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-89214144/4149

Faks: 03-89255104

Mel-e: [email protected]

(u.p.: Puan Nurul Safaniza Che Ani) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SKIM ZAMALAH

DATIN MIRIAM

MOHD. YUSOFF Cadangan penyelidikan perlu mengandungi perkara-perkara

berikut:

Tajuk (Title)

Pengenalan (Introduction)

Ulasan Literatur (Literature review)

Kerangka penyelidikan (Research framework)

Soalan kajian (Research questions)

Objektif (Objectives)

Kaedah dan pendekatan (Methods and approach)

Hasil penyelidikan yang dijangkakan (Research output)

Penemuan ilmu baru (Potential new knowledge)

Implikasi kepada polisi (Implication on policy)

Faedah kepada masyarakat (Benefit to society)

Jadual perlaksanaan penyelidikan (Research schedule)

Pemohon yang berjaya mendapat Skim Zamalah Datin

Miriam Mohd. Yusoff akan diberikan tempoh satu (1)

tahun dan akan dipertimbangkan untuk dilanjutkan

tempoh berdasarkan laporan kemajuan atau prestasi

yang memuaskan dan calon perlu menerbitkan 2 jurnal

atau 4 prosiding berwasit/bab dalam buku sebelum ta-

mat pengajian. Tempoh lanjutan baru adalah untuk satu

(1) tahun.

-Pemohon boleh memuat turun borang permohonan

lanjut tempoh di laman web LESTARI atau mendapatkan

salinannya di Pejabat Am LESTARI.

-Tempoh lanjutan yang dibenarkan adalah sehingga

semester ke enam (6) bagi calon PhD.

-Borang yang lengkap perlu dihantar ke LESTARI beserta

laporan kemajuan semester. Sekiranya pelajar didapati

tidak memenuhi syarat iaitu laporan kemajuan atau

prestasi penyelidikan tidak memuaskan, maka Skim

Zamalah ini boleh ditamatkan.

-LESTARI akan mengeluarkan laporan pembayaran

lanjut tempoh jika semua syarat pelanjutan dipenuhi.

-Laporan pembayaran lanjut tempoh akan dihantar

kepada Penyelia Utama, Ketua Pusat Penyelidikan,

Bendahari dan pelajar.

-Mekanisma pemantauan pretasi pelajar adalah seperti

berikut:

Pembentangan laporan kemajuan kepada

Jawatankuasa Khas Skim Zamalah;

Kelulusan oleh Jawatankuasa Khas Skim Zamalah.

LANJUTAN TEMPOH

-Skim ini akan ditamatkan jika pelajar tersebut tidak

memenuhi syarat iaitu:

Laporan kemajuan didapati tidak memuaskan.

Tempoh pengajian telah melebihi enam (6)

semester bagi PhD.

PENAMATAN SKIM

CARA MEMOHON

Fuad/feb2011

Page 2: LANJUTAN TEMPOH SKIM ZAMALAH DATIN MIRIAM MOHD. … MIRIAM_010311.pdf · 2015. 9. 21. · atau 4 prosiding berwasit/bab dalam buku sebelum ta-mat pengajian. Tempoh lanjutan baru adalah

DARI MEJA PENGARAH

PENGENALAN

Skim Zamalah Datin Miriam Mohd. Yusoff diwujudkan

untuk membina keupayaan penyelidik muda yang

cemerlang di Malaysia sebagai generasi pelapis yang

bakal meneraju inisiatif ke arah mencapai taraf negara

maju pada tahun 2020 dan untuk memperkukuhkan

keupayaan dan kebolehan rakyat Malaysia mencapai

hasrat pembangunan seimbang dalam bidang ekonomi

dan sosial tanpa menjejaskan alam sekitar dan sumber

asli negara.

OBJEKTIF

Menggalakkan penyelidikan peringkat Doktor Falsafah

dalam bidang sains, dasar dan governans kelestarian di

Malaysia.

BIDANG PENGAJIAN

Bidang pengajian untuk dana ini adalah ’Governans

untuk Kelestarian’. Pengkhususan untuk bidang ini

adalah seperti berikut:

Perancangan Bandar Lestari

Kekompleksan Bandar ”Urban Complexity”

Masyarakat dan Pembandaran

Pengurusan Sisa Bandar

Industri dan Pembandaran

Sumber Asli dan Alternatif untuk Pembangunan

Lestari

Infrastruktur Hijau untuk Kelestarian Bandar

Sains dan Kajian Dasar

Kajian Wilayah Serantau Asia-Pasifik

Kelestarian Governans

Environmental Diplomacy

Water Security

Food Security

Zamalah ini terbuka kepada Warganegara Malaysia

sahaja. Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi pelajar Doktor

Falsafah. Pemohon mesti mempunyai kelulusan akademik yang

cemerlang di Peringkat Sarjana Muda dengan PNGK

melebihi 3.60. Untuk peringkat Doktor Falsafah, calon-

calon yang mempunyai Ijazah Sarjana secara kerja

kursus perlu juga mempunyai PNGK melebihi 3.60,

manakala calon yang mempunyai Sarjana secara

penyelidikan perlu lulus dengan baik. Pemohon yang mendaftar sebagai pelajar Doktor

Falsafah adalah untuk pengajian sepenuh masa sahaja

dan Penyelia Utama mesti terdiri daripada kakitangan

akademik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan

(LESTARI), UKM. Pemohon yang menjawat jawatan tutor di mana-mana

IPTA di Malaysia dan kakitangan kerajaan tidak layak

memohon skim ini. Pemohon yang berjaya tidak dibenarkan menerima

sebarang sumber pembiayaan lain. Pelajar yang berjaya mendapat Skim Zamalah LESTARI

akan menikmati keistimewaan zamalah untuk tempoh

satu (1) tahun dan akan dipertimbangkan untuk

dilanjutkan tempoh tersebut berdasarkan laporan

kemajuan atau prestasi yang memuaskan. Sekiranya pelajar didapati tidak memenuhi syarat iaitu

laporan kemajuan atau prestasi penyelidikan tidak

memuaskan, maka Skim Zamalah ini boleh ditamatkan.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ELAUN DAN KEMUDAHAN

Calon yang telah berjaya menerima zamalah ini akan

mendapat kemudahan seperti berikut:

Elaun bulanan: Doktor Falsafah - RM3,000.00

Pengecualian yuran pengajian.

Calon yang berjaya boleh memohon untuk

menghadiri persidangan bagi membentang kertas

kerja diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

TEMPOH ZAMALAH

Tempoh zamalah ini adalah untuk:

Doktor Falsafah - 6 Semester sahaja

PROSES PEMILIHAN

Calon perlu mengemukakan cadangan dan

kemajuan penyelidikan yang lengkap mengikut

format yang disediakan dan dihantar bersama

borang permohonan skim zamalah ini. Cadangan

penyelidikan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia

atau Bahasa Inggeris.

Setelah tapisan dilaksanakan calon-calon yang

disenarai pendek akan dipanggil untuk

membentangkan cadangan dan kemajuan

penyelidikan yang dinilai oleh panel-panel penilai

yang dilantik.

Calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk

sesi temuduga oleh LESTARI.

Surat tawaran bersama-sama surat akuan

penerimaan akan dihantar kepada pemohon yang

berjaya.