persepsi staf sokongan fakulti pendidikan, … · pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka...

32

Upload: trinhdien

Post on 03-Mar-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI
Page 2: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI
Page 3: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA TERHADAP AMALAN SARAPAN PAGI.

SHAMLAH A/P VISFALINGAM

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.

2008

Page 4: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

ii

Page 5: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

ii

DEDIKASI

Buatmu ibu dan ayah yang dikasih,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

Serta panduan perjuanganku dalam kehidupan ini...

Buatmu pebimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasamu yang diberikan

Tidak akan kulupai...

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

Akan kukenangi selamanya...

Page 6: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

iii

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda, Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said di atas bimbingan, tunjuk

ajar dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada staf-staf sokongan, Fakulti

Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran

borang soal selidik .Kerjasama dan bantuan daripada mereka amatlah dihargai.

Akhir sekali,saya ingin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan saya

yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang saya menyiapkan projek

penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

v

ABSTRAK

Kajian yang telah dijalankan merupakan satu tinjauan untuk mengetahui persepsi

staf sokongan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 49 orang

staf sokongan dipilih dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk

tujuan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal

selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan skala Likert. Dalam kajian

rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.859. Data telah dianalisis secara statistik

diskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS)

13.0 For Windows. Kajian mendapati, staf sokongan Fakulti Pendidikan mengamalkan

pengambilan sarapan pagi dan responden turut mempunyai pengetahuan mengenai

kepentingan pengambilan sarapan pagi. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa

ramai staf sokongan sedar akan kesan amalan pengambilan sarapan pagi kepada aspek

kesihatan dan tugas yang dilakukan. Kajian ini mencadangkan agar usaha-usaha

dilakukan untuk mempertingkatkan amalan pengambilan sarapan pagi agar amalan ini

berterusan dan seterusnya dapat melahirkan satu budaya yang mempunyai gaya hidup

yang sihat.

Page 8: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to investigate the perception of non-academic

staffs breakfast habits in the Faculty of Education, University of Technology Malaysia.

49 respondents from Faculty of Education staffs had been selected to participate in this

research. The instrument used was a set of questionnaire with 36 items and based on

Likert scale. The value of alpha for the pilot test conducted was 0.859. The data gathered

were analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS) 13.0 For Windows.

The finding of the research showed that non-academic staffs from Faculty of Education

have breakfast taking habits and they have great knowledge regarding the importance of

breakfast intake. The staffs’ do have awareness on the effects of breakfast habits to the

health aspect and daily activities. Finally, the research suggests that effort to be put in to

enhance the habits of taking breakfast, so that this habit continues and can encourage

healthy lifestyle.

Page 9: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK KAJIAN

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

Page 10: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

viii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 9

1.3 Pernyataan Masalah 13

1.4 Objektif Kajian 13

1.5 Persoalan Kajian 13

1.6 Kepentingan Kajian 14

1.7 Batasan Kajian 15

1.8 Definisi Istilah 16

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Amalan pemakanan 18

2.3 Kepentingan pengambilan sarapan pagi 20

2.4 Amalan sarapan pagi 22

2.5 Kesan pengambilan sarapan pagi kepada

kesihatan 24

2.6 Kesan pengambilan sarapan pagi kepada kerja 26

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Populasi Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

Page 11: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

ix

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Kajian Rintis 36

3.8 Analisis Data 36

3.9 Kesimpulan 39

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Bahagian A 41

4.3 Analisis Bahagian B 44

4.4 Analisis Mengikut Persoalan Kajian 51

4.5 Kesimpulan 53

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Ringkasan Dapatan Kajian 54

5.3 Rumusan 55

5.4 Perbincangan 58

5.5 Cadangan Kajian 68

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.7 Penutup 71

BIBLIOGRAFI 72

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

Page 12: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Kandungan instrumen kajian. 32

3.2 Peringkat perskalaan yang di gunakan bagi item-item

Bahagian B. 33

3.3 Jadual Alpha Cronbach. 34

3.4 Jadual penganalisisan data bagi aspek kepentingan sarapan.

pagi, amalan sarapan pagi, kesan amalan sarapan pagi terhadap

kesihatan dan tugas yang dilakukan. 37

3.5 Jadual penentuan tahap penilaian bagi jumlah peratus. 38

3.6 Skala pemeringkatan responden terhadap min. 38

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina. 41

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa. 42

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut taraf

perkahwinan. 42

4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut

amalan sarapan pagi. 43

4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut tempat

mengambil sarapan pagi. 43

4.6 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf

sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan pengambilan

sarapan pagi. 45

Page 13: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

xi

4.7 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf

sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan pengambilan

sarapan pagi. 46

4.8 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf

sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan pengambilan

sarapan pagi terhadap kesihatan. 48

4.9 Kekerapan dan peratusan responden mengenai persepsi staf

sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan pengambilan

sarapan pagi terhadap tugas. 50

5.0 Purata peratusan dan min responden bagi persoalan kajian

mengenai persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap

amalan sarapan pagi dalam kehidupan mereka. 51

Page 14: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

xii

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Package of Social Science.

Page 15: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Surat Pengesahan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

B Pengesahan Soal Selidik

C Soal Selidik

Page 16: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemakanan boleh didefinisikan sebagai satu bidang sains yang berkaitan

dengan pembekalan, pengambilan dan penggunaan makanan oleh sesuatu organisma

(Zubaidah Abdul Rahim,1992). Status pemakanan ialah keadaan tubuh yang

dihasilkan oleh berbagai-bagai proses yang bertindak terhadap juzuk-juzuk yang

terkandung dalam berbagai-bagai makanan dalam diet. Makanan merupakan

keperluan utama yang diperlukan oleh setiap manusia dalam dunia ini untuk terus

hidup. Bukan itu sahaja manusia makan untuk mendapatkan tenaga untuk

menjalankan aktiviti-aktiviti harian mereka. Manusia mengambil makanan pada

beberapa waktu. Setiap individu akan mengambil makan pada waktu pagi yang

dikenali sebagai sarapan pagi, kemudian makan tengah hari seterusnya minum petang

dan akhir sekali makan malam.

Pemakanan ialah kombinasi proses yang melaluinya organisma hidup,

menerima dan menggunakan bahan makanan yang diperlukan untuk mengawal

fungsi-fungsinya, untuk pertumbuhan dan memperbaharui komponennya (Boothby

et.al 1963).

Page 17: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

2

Pemakanan juga didefinisikan sebagai satu kajian sains tentang makanan yang

dimakan dan digunakan didalam badan kita.(Stare dan Mc William,1990). Pada

amnya, makanan adalah dianggap sebagai bahan yang masuk ke dalam tubuh melalui

salur alimentari dan membekalkan nutrien kepada tubuh (Zubaidah Haji Abdul

Rahim,1992). Setiap makanan yang diambil oleh manusia mengandungi nutrien-

nutrien yang tersendiri.

Secara umum terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat dijadikan sajian

oleh setiap individu. Menurut Asmah dan Kamalita (1998) makanan boleh ditakrifkan

sebagai sebarang cecair atau pepejal yang apabila dimakan, membolehkan tubuh

membesar, menyediakan tenaga dan mengambil bahagian dalam pengawalan proses

metabolisme tubuh dan seterusnya mengekalkan kehidupan dengan sempurna.

Makanan ialah bahan pepejal atau cecair yang masuk ke dalam sistem

pencernaan manusia untuk menjaga dan membina tisu tubuh,mengatur proses tubuh

dan membekalkan haba. Dalam kajian ini, jenis makanan merujuk kepada kumpulan-

kumpulan nutrien iaitu karbohidrat, protein, vitamin,lemak, garam mineral, pelawas

dan air. Setiap kumpulan nutrien ini mewakili jenis makanan yang tertentu.

Contohnya daging mengandungi protein, biji-bijirin mengandungi karbohidrat dan

sebagainya. Kajian ini dijalankan berpandukan keseimbangan pengambilan kumpulan

nutrien berdasarkan jenis makanan yang diambil oleh responden (Abdul Latiff dan

Suriah, 1985).

Setiap individu perlulah mengambil makanan yang seimbang untuk menjamin

badan yang sihat daripada pelbagai penyakit. Menurut Aishah (1994) makanan

seimbang mengandungi semua kumpulan zat makanan pada kadar yang cukup dan

sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan teratur. Makanan seimbang ini

merujuk kepada jenis makanan yang diperlukan oleh individu dari pelbagai peringkat

Page 18: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

3

umur untuk kesihatan tubuh badan. Makanan tersebut perlulah diambil mengikut

keseimbangan kumpulan makanan yang dicadangkan dalam diet harian.

Kirschmann dan Kirschmann (1996), juga menyatakan bahawa badan kita

memerlukan kuantiti makanan yang seimbang. Pengambilan makanan dalam kuantiti

yang banyak atau terlalu sedikit akan menjejaskan seseorang untuk menjalankan

aktiviti fizikal harian dan menjejaskan tahap penggunaan minda mereka.

Menurut Tribole (1992), makanan amat penting kerana boleh memberi nutrien

kepada tubuh badan. Ianya penting untuk kesuburan fikiran dan membolehkan

manusia menjalankan aktiviti harian dengan lebih semangat. Walau bagaimanapun,

tiada satu jenis makanan yang mengandungi semua kumpulan nutrien yang di

perlukan oleh manusia. Maka adalah perlu bagi kita memakan pelbagai jenis makanan

atau memperbanyakkan pilihan dalam menu diet harian.

Kebiasannya setiap individu akan menikmati makanan sebanyak tiga waktu

pada setiap hari iaitu pagi, tengah hari dan malam. Makanan yang dimakan pada

waktu pagi selepas bangun tidur adalah dikenali sarapan pagi. Sarapan pagi adalah

sangat penting kepada semua peringkat umur. Tidak kira tua mahupun muda. Ini

kerana ia dapat memastikan kita memulakan hari dengan baik.Walaupun ketiga-tiga

hidangan adalah sama penting kepada tubuh manusia, akan tetapi sarapan pada waktu

pagi ini dapat menyalurkan nutrien keperluan harian. Ini kerana pakar pemakanan

kerap menyatakan sarapan pagi merupakan hidangan hari yang terpenting dan

merupakan asas kepada tabiat makan yang sihat (Diane Odland ,2007).

Untuk memulakan hari dengan cara yang baik adalah dengan mengambil

sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi adalah penting untuk menjamin badan

daripada pelbagai penyakit. Menurut Linda Van Horn (1999) kajian menunjukkan

individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih terhindar daripada obesiti atau

Page 19: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

4

menghidapi diabetis, atau penyakit jantung. Pengambilan sarapan pagi pada setiap

hari dapat mengurangkan risiko kegemukan atau daripada tanda-tanda diabetis yang

dikenali ‘Sindrom Penentang Insulin’. Sindrom ini merupakan gangguan metabolik di

mana badan tidak mengunakan glukosa dengan efektif dan ini secara langsung

membawa kepada Diabetis Jenis 2 dan penyakit jantung. Bukan itu sahaja Sindrom ini

turut disifatkan melalui penggabungan beberapa faktor termasuk obesiti, kandungan

lemak tinggi pada perut, tekanan darah tinggi dan kandungan insulin.

Mengikut penyelidik Linda Van Horn, dari Northwestern University’s

Feinberg School of Medicine, (1999). Sekiranya anda sedang cuba mengawal atau

mengurangkan berat badan dan menurunkan risiko penyakit jantung,dengan tidak

mengambil sarapan pagi ia bukanlah satu pilihan yang baik. Bukan seperti yang

disangkakan oleh seseorang individu, untuk mengurangkan berat badan dengan cara

mengurangkan pengambilan jumlah makanan, kalori dan hidangan pada sesuatu

waktu tetapi individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih sihat. Pada

penghujung hari, individu yang mengambil sarapan pagi akan mengambil makanan-

makanan yang mengandungi kalori yang rendah, kurang kepekatan lemak dan

kolestrol dan secara keseluruhannya mempunyai status nutrien yang lebih baik

berbanding daripada orang yang tidak mengambil sarapan pagi.

Amalan sarapan pagi dapat menguruskan badan. Kajian yang telah dijalankan

oleh pengkaji dari National Weight Control Registry (2007), seramai 3,000 ribu orang

yang telah kekurangan berat sekurang-kurangnya 60 paun diambil dan ditinjau selama

6 tahun, mendapati pengambilan sarapan pagi pada setiap hari adalah strategi kawalan

berat untuk 78% orang yang terlibat dalam kajian. Malah dilaporkan individu yang

mengekalkan berat badan pada jangka masa yang panjang mengambil makanan diet

rendah lemak dan bersenam selama sejam atau lebih pada setiap hari.

Page 20: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

5

Pernyataan-pernyataan di atas telah membuktikan betapa pentingnya sarapan

pagi kepada setiap orang, pengkaji-pengkaji turut mencadangkan hidangan sarapan

pagi yang baik untuk melindungi setiap individu daripada risiko-risiko kesihatan.

Cadangan daripada Persatuan Jantung Amerika ialah ‘ a bowl of whole grain cereal’.

Kajian telah dijalankan oleh persatuan tersebut menunjukkan kira-kira separuh

daripada orang putih dan satu perempat daripada orang hitam yang telah dikaji

mengambil sarapan pagi pada setiap hari (Linda Van Horn, 1999).

Mengikut laporan Reuters Business Insight yang ditulis oleh Datamonitor,

(2002) cara pemakanan sarapan pagi individu sedang berubah. Ini adalah kerana

perubahan cara hidup telah membawa kepada perubahan corak pemakanan, dan

kepentingan sarapan pagi semakin menurun dengan ramai orang yang meninggalkan

sarapan pagi atau memilih makan di tempat kerja.

Pelbagai faktor telah menjurus kepada turunnya amalan mengambil sarapan

pagi di rumah, dengan meningkatnya mobiliti buruh dan tempoh masa bekerja yang

lama. Ini menyebabkan individu yang bekerja tidak mempunyai masa yang

mencukupi pada waktu pagi untuk mengambil sarapan pagi. Pekerja pejabat yang

muda selalunya menjadi tumpuan kerana mereka adalah golongan yang mengejar

masa dan ingin mendapatkan sarapan pagi yang mudah, ringkas dan cepat disediakan.

Selalunya, penyelesaian sarapan pagi yang diambil pada hari kerja kurang nilai nutrisi

yang diperlukan untuk menggelakkan kelaparan sehingga waktu makan tengah hari.

Ini menyebabkan pekerja meninggalkan pejabat untuk mendapatkan minum pagi dan

makanan ringan (snek) (Datamonitor, 2002).

Walaupun pada masa kini golongan yang berkerjaya sibuk dengan tugas,

mereka tidak seharusnya mengambil remeh dengan perkara ini. Mereka juga

seharusnya menjadikan sarapan pagi sebagai amalan rutin mereka. Mengikut statistik

yang telah dikeluarkan oleh Kellogg’s, sebanyak 9 % daripada populasi UK tidak

Page 21: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

6

mengambil sarapan pagi dan ini mengakibatkan mereka kekurangan nutrien yang

diperlukan oleh badan mereka. Perkara utama pada waktu pagi yang perlu diketahui

oleh kita ialah badan kita mempunyai tenaga yang rendah dan ia memerlukan

makanan untuk mendapatkan tenaga yang lebih untuk meneruskan hari dengan baik.

Pakar-pakar nutrien mencadangkan sarapan pagi perlulah menyalurkan sebanyak 25

% daripada syarat nutrien setiap hari. Individu yang meninggalkan sarapan pagi akan

ketinggalan keperluan nutrien harian (Rebecca Horne, 2005).

Menurut Rebecca Horne,(2005) terdapat empat kebaikan yang dapat diperoleh

menerusi sarapan pagi. Pertamanya, pengambilan sarapan pagi memberikan kesan

kepada persembahan mental manusia. Keduanya, individu yang mengambil sarapan

pagi adalah lebih sihat. Kajian menunjukkan tidak kira golongan dewasa mahupun

kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi boleh menyebabkan mereka

mendapat kandungan kolestrol yang tinggi dan risiko penyakit jantung. Pengambilan

sarapan pagi banyak membantu dalam pengambilan nutrien keperluan hidup termasuk

vitamin A,B (riboflavin,B6 dan B12), kalsium,besi dan juga zink. Fiber (serat) juga

terdapat dalam bijirin tepung gandum yang membantu dalam mengekalkan sistem

pencernaan yang sihat. Seterusnya yang ketiga, individu yang mengambil sarapan

pagi adalah lebih langsing. Bukti menunjukkan individu yang tidak mengambil

sarapan pagi adalah sukar untuk mengurangkan berat badan. Sarapan pagi dapat

membantu memulakan metabolisma badan kita (pada kadar dimana badan kita

membakar kalori), dimana selalunya keadaan badan adalah lemah selepas bangun dari

tidur. Ini juga dapat membantu menyeimbangkan pengambilan makanan sepanjang

hari tersebut.

Pengambilan sarapan pagi mempunyai banyak kebaikan dari aspek kesihatan.

Sarapan pagi dapat membantu dalam menambahkan tahap glukosa darah, yang

penting kerana otak manusia tiada penyimpanan glukosa. Ia merupakan sumber

tenaga yang utama dan secara konsisten perlu ditambahkan. Kajian juga membuktikan

Page 22: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

7

kerja yang melibatkan mental memerlukan jumlah glukosa yang banyak kepada otak

dan komponen-komponen metabolik (Diane Odland,2007).

Selain itu, pengkaji dari Universiti Sains Kesihatan Chicago turut bersetuju

bahawa pangambilan sarapan pagi membawa kesan kepada ’mood’ pada waktu pagi

dan persembahan dari aspek kognitif. Mengikut (Hans R.Larsen,2001) otak

menggunakan sekurang-kurangnya 20 % daripada keperluan tenaga dari badan

kebanyakkanya dalam bentuk glukosa. Beberapa kajian yang telah dijalankan didapati

individu yang mempunyai tahap glukosa yang tinggi dalam darah dapat menjalankan

tugas dengan baik dalam tugas melibatkan kognitif berbanding dengan individu yang

mempunyai kandungan glukosa yang rendah. Terdapat bukti menyatakan bahawa

individu yang mengambil sarapan pagi mempunyai kaitan dengan memori dan

perasaan hati (mood) yang lebih baik pada lewat pagi jikalau hidangan tersebut

mengandungi karbohidrat kompleks.

Menurut (Diane Orland,2007) pakar nutrien dari Jabatan Perkhidmatan

Maklumat dan Pertanian Nutrien Manusia jelas menunjukkan sarapan pagi adalah

sangat penting kepada tubuh manusia kerana ia dapat membantu seseorang

melaksanakan tugas dengan baik selepas 8 atau 9 jam menikmati hidangan

sebelumnya iaitu makan malam.

Setiap jenis makanan yang wujud pada alam ini mempunyai nutrien-nutrien

yang tersendiri. Nutrien yang terkandung dalam pelbagai jenis makanan yang menjadi

pilihan setiap individu juga dapat membawa kesan kesihatan kepada manusia. Oleh

itu kita perlulah memilih jenis makanan yang sesuai untuk badan kita.Terdapat

perkaitan diantara sarapan pagi dan nutrien yang dikehendaki oleh setiap golongan

masyarakat. Tidak dapat dinafikan lagi betapa pentingnya pengambilan sarapan pada

waktu pagi kerana banyak manfaat dapat diperolehi oleh manusia aspek kesihatan

tubuh badan dan dihindari dari pelbagai penyakit.

Page 23: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

8

Walaupun memang wujud corak pemakanan yang berbeza tetapi kalori

sarapan pagi adalah banyak terdapat dalam bijirin, susu dan buah kerana ia

menyalurkan nutrien secara keseluruhan. Mengikut Elizabeth M.W.(2003) bijirin dan

susu yang diambil sebagai sarapan pagi mengandungi nutrien seperti vitamin B6,

vitamin B2 dan folate. Keseluruhannya, individu yang memakan bijirin sebagai

sarapan pagi dapat meneruskan profil nutrien pada keseluruhan hari mereka

berbanding individu yang memilih selain bijirin sebagai pilihan mereka. Maka orang

dewasa mahupun kanak-kanak perlulah menjadikan sarapan pagi yang seimbang

sebagai pilihan kerana ia dapat membantu memberikan tenaga optimum untuk

aktiviti-akiviti fizikal.

Menurut Hughes, Luanne (2000) sarapan pagi adalah penting kepada orang

dewasa mahupun kanak-kanak. Bagi orang dewasa yang mengambil sarapan pagi

mereka akan mendapat nutrien diet seperti vitamin C dan D. Individu yang

mengambil bijirin sebagai sarapan pagi akan menikmati lebih vitamin dan mineral

dengan lebih rendah kalori dan kurang jumlah lemak dan kolestrol. Bukan iu

sahaja,individu yang mempunyai tabiat mengambil sarapan pada waktu pagi dapat

meningkatkan daya ingatan dan kebolehan melakukan sesuatu aktiviti yang

melibatkan daya ingatan. Kebenarannya, sarapan pagi adalah hidangan penting dalam

memulakan hari yang baru.

Akhir sekali individu yang mengambil sarapan pagi adalah lebih gembira.

Adalah benar, secara positifnya sarapan pagi dapat mempengaruhi mood (perasaan

hati) anda pada waktu pagi dan membantu mengurangkan stress (tekanan)

(Rebecca Horne,2005).

Amalan pengambilan sarapan pagi perlulah diamalkan oleh setiap individu.

Sarapan pagi adalah penting sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti seperti bekerja.

Walaupun mereka mengamalkan cara hidup dan tinggal di iklim yang berbeza. Setiap

Page 24: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

9

perkara yang kita lakukan adalah mengikut norma, harapan dan kandungan budaya.

Elemen budaya ini merujuk kepada cara hidup yang dan amalan-amalan yang telah

dilakukan pada masa dahulu. Setiap negara mempunyai budaya sarapan pagi yang

tersendiri (Peter Pervous, 2004).

Mengikut suau tinjauan yang telah dijalankan di Jepun pada tahun 2000, yang

melibatkan responden sebanyak 5000 ribu orang bertujuan mengkaji budaya sarapan

pagi di Jepun.Tinjauan tersebut mendapati secara tradisi budaya sarapan pagi Jepun

adalah berbeza daripada Barat. Akan tetapi seperti aspek-aspek cara hidup Jepun,

budaya sarapan pagi telah telah mengalami perubahan daripada negara-negara Barat

menerusi faktor pembaratan 150 tahun dahulu. Kini masyarakat Jepun mengamalkan

budaya sarapan pagi Barat dan Jepun itu sendiri. Manakala jenis makanan yang

menjadi pilihan utama sebagai sarapan pagi masyarakat Jepun adalah roti. Budaya

sesuatu negara dapat mempengaruhi amalan sarapan pagi di kalangan masyarakatnya.

Pilihan menu sarapan pagi mereka akan berbeza daripada masyarakat lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sarapan pagi merupakan hidangan yang penting dalam memulakan hari

dengan baik. Ini adalah kerana sarapan pagi membekalkan tenaga dan nutrien yang

selengkapnya kepada individu dalam melaksanakan sesuatu tugas mahupun aktiviti di

tempat kerja. Selalunya masyarakat yang berkerja sibuk dengan tugas akan terus ke

tempat kerja tanpa memakan sarapan pagi. Sekiranya individu yang berkerja tidak

mengambil sarapan pagi akan menyebabkan pencapaian kerja mereka terganggu

kerana tiada tenaga dan mudah letih sekiranya tidak makan pada waktu pagi. Kajian

menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membaiki tenaga dan daya ketahanan

badan pada waktu pagi, dan juga kelakuan yang lebih baik di sekolah mahupun di

tempat kerja .

Page 25: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

10

Graf menunjukkan peratus individu yang mengambil sarapan pagi mengikut

peringkat umur.Analisis telah dilakukan oleh Gary Langer (2005) di Amerika

melibatkan sampel sebanyak 1000 orang dewasa.

Pengambilan sarapan pagi adalah biasa di kalangan rakyat Amerika yang lebih

tua kerana mereka adalah lebih mempunyai masa. 83 % daripada orang yang telah

berumur selalunya makan sarapan pagi, dan juga 71 % peratus daripada orang yang

berumur antara 55 ke 64 tahun. Tetapi dikalangan individu yang muda berumur

kurang daripada 55 tahun yang hanya 54 peratus mengambil sarapan pagi.

Secara persamaan, golongan dewasa yang muda adalah golongan yang

tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi mereka, seperti yang ditunjukkan pada

graf iaitu separuh daripada individu bawah umur 45 tergesa-gesa dalam mengambil

sarapan pagi; berbeza dengan 95 % orang yang lebih tua mengambil masa tersendiri

dalam menikmati hidangan sarapan pagi. Individu yang bersama dengan anak-anak

Page 26: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

11

mereka, adalah bertumpu dalam menyiapkan anak-anak mereka ke sekolah, didapati

mereka tergesa-gesa mengambil sarapan pagi mereka.

Kebiasaanya sikap tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi, adalah lebih

lazim dikalangan individu yang bekerja. Daripada tinjauan yang telah dijalankan, 49

peratus pekerja sepenuh masa tergesa-gesa dalam mengambil sarapan pagi; manakala

di kalangan individu yang tidak bekerja, menunjukkan 85 % peratus mengambil masa

dalam menikmati sarapan pagi mereka. (http://abcnews.com/pollvault.html)

Selain kepentingan sarapan pagi dapat membekalkan tenaga, ia turut

membantu individu yang mengamalkannya mengelakkan diri daripada pelbagai

penyakit. Individu yang mempunyai amalan mengambil sarapan pagi dapat

menghindari tubuh daripada obesiti, diabetis dan penyakit jantung. Pada masa kini

penyakit-penyakit tersebut sedang ’bermaharajalela’dalam badan manusia. Maka

selain keturunan amalan pemakanan yang tidak sihat turut menjadi faktor kepada

menghidapnya penyakit-penyakit tersebut (Linda V.H, 2002).

Sekiranya individu menghidapi di antara penyakit tersebut, maka sudah tentu

mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pekerjaan dan dengan ini mutu

dan produktiviti kerja akan merosot. Ini kerana setiap individu mempunyai tugas dan

peranan dalam organisasi mereka dan setiap pihak saling bergantung. Sekiranya

seseorang individu yang kerap jatuh sakit dan keluar mendapatkan rawatan maka

tugas yang diamanahkan kepadanya tidak dapat diselesaikan dan banyak tertangguh.

Tugas yang tidak dilaksanakan akan merumitkan pihak yang lain dan akan

mengwujudkan keadaan yang tidak sistematik dalam sesebuah organisasi.

Oleh itu semua pihak yang berkerja mahupun bersekolah perlu mempunyai

amalan mengambil sarapan pagi. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat

dijadikan hidangan sarapan pagi. Tetapi perlu dipastikan hidangan tersebut

Page 27: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

12

mengandungi nutrien-nutrien yang sesuai. Didapati sarapan pagi perlulah

mengandungi kandungan karbohidrat kerana ia dapt membekalkan tenaga pada waktu

pagi. Selain itu sarapan pagi dapat membekalkan nutrien keperluan hidup seperti

vitamin A,B (riboflavin, B6 dan B12), kalsium, besi dan juga zink (Rebecca Horne,

2005).

Bukan itu sahaja, menurut Belinda (2007) pekerja pejabat lebih rela untuk

tidur untuk beberapa minit daripada mengambil sarapan pagi. Dalam tinjauan yang

telah dilakukan mendapati amalan pemakanan yang lemah menyebabkan syarikat

mengalami kerugian dalam aspek produktiviti. Kajian yang telah dijalankan oleh

Ipsos mendapati 17% rakyat British yang merupakan pekerja pejabat sama ada tidak

mengambil sarapan pagi dan 17% hanya mengambil hidangan tersebut banyak

sebanyak satu hingga tiga kali seminggu.

Amalan pengambilan sarapan pagi telah dikaitkan kepada penumpuan yang

lebih baik, kebolehan menyelesaikan masalah, persembahan mental, daya ingatan dan

perasaan (mood). Individu yang mengambil sarapan pagi juga secara fizikal lebih

bertenaga. Didapati sesiapa yang meninggalkan sarapan pagi adalah cenderung untuk

makan makanan yang bergula dan berlemak sebagai hidangan seterusnya pada hari

tersebut yang menyebabkan produktiviti mereka berkurangan (Belinda, 2007).

Sebagai kesimpulannya, sarapan pagi adalah amat penting kepada semua

individu tidak kira tua atau muda. Ini kerana terdapat nutrien dalam makanan sarapan

pagi yang dapat menyalurkan tenaga yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, kajian

perlu dijalankan untuk mengenalpasti persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia terhadap amalan sarapan pagi. Selain itu, kajian ini

juga bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua pihak mengenai

kepentingan sarapan pagi dari aspek kesihatan dan tugas mereka.

Page 28: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

13

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan maklumat di atas, pengkaji ingin menjalankan satu kajian untuk

mengenalpasti persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan sarapan

pagi dalam kehidupan mereka.

1.4 Objektif Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:-

1. Mengkaji persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan

pengambilan sarapan pagi.

2. Mengkaji persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan

pengambilan sarapan pagi.

3. Mengkaji pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan amalan

sarapan pagi terhadap kesihatan mereka.

4. Mengkaji pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan

pengambilan sarapan pagi ke atas tugas mereka.

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kepentingan

pengambilan sarapan pagi ?

2. Apakah persepsi staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan

pengambilan sarapan pagi?

Page 29: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

14

3. Apakah pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap kesan amalan

sarapan pagi terhadap kesihatan mereka?

4. Apakah pandangan staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan

pengambilan sarapan pagi ke atas tugas mereka

1.6 Kepentingan Kajian

Tujuan kajian yang dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi staf

sokongan Fakulti Pendidikan secara menyeluruh terhadap amalan sarapan pagi. Hasil

yang diperoleh daripada kajian ini serta maklumat-maklumat yang diperolehi adalah

penting dan dan dapat digunakan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada pihak-

pihak yang berkenaan.

1.6.1 Kepada individu

Kajian yang dijalankan ini dapat dijadikan sebagai panduan dan sumber

maklumat kepada individu dalam mendapatkan pengetahuan tentang kepentingan

mengamalkan amalan sarapan pagi. Menerusi maklumat-maklumat yang diperoleh

individu akan mendapat pemahaman dan pendedahan mengenai kepentingan sarapan

pagi bagi tubuh badan manusia dan juga kepada kerja yang dilakukan oleh mereka

pada seharian.

Page 30: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

15

1.6.2 Kepada masyarakat

Maklumat yang diperolehi dari kajian ini dapat memberikan pengetahuan

kepada masyarakat tentang pentingnya amalan mengambil sarapan pagi bagi

kehidupan mereka. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat

berhubung pengambilan sarapan pagi yang sesuai dan sihat.

1.6.3 Kepada negara

Kajian yang dijalankan ini dapat memberi maklumat kepada negara mengenai

kelebihan menjadikan pengambilan sarapan pagi sebagai tabiat harian. Dengan ini

dapat membentuk sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang mempunyai cara

hidup yang sihat bebas pelbagai penyakit.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan keatas staf -staf sokongan Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia untuk mengenal pasti amalan sarapan pagi di kalangan mereka.

Pemilihan kajian ini adalah untuk tujuan keseragaman sampel. Tujuan Fakulti

Pendidikan di pilih adalah untuk melihat persepsi staf-staf sokongan terhadap amalan

sarapan pagi. Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk Kajian Soal Selidik.

Page 31: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

16

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), gambaran atau bayangan dalam

hati atau fikiran tentang amalan sarapan pagi, pandangan dan tanggapan menerusi

pancaindera. Dalam kajian ini, persepsi merujuk kepada gambaran dan bayangan

dalam hati atau fikiran staf sokongan Fakulti Pendidikan terhadap amalan sarapan

pagi

1.8.2 Amalan Pemakanan

Amalan pemakanan adalah kebiasan yang selalu dilakukan oleh individu

terhadap pemilihan dan penggunaan sesuatu jenis bahan makanan menurut

kebudayaan masyarakatnya (Kamus Dewan ,1998). Manakala mengikut Kittler dan

Sucher (1989), amalan pemakanan ialah bagaimana manusia mengambil makanan

termasuk cara makanan diperolehi, disediakan dan disajikan. Ia juga berkaitan dengan

pemilihan pengambilan sumber makanan yang ada. Dalam kajian ini amalan

pemakanan merujuk amalan pemakanan sarapan pagi dikalangan staf sokongan

Fakulti Pendidikan khususnya melalui pemilihan makanan yang mengandungi nutrien

yang seimbang.

Page 32: PERSEPSI STAF SOKONGAN FAKULTI PENDIDIKAN, … · Pendidikan diatas kerjasama dan bantuan mereka sepanjang tempoh pengedaran ... 5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 70 5.7 Penutup 71 BIBLIOGRAFI

17

1.8.3 Sarapan Pagi

Sarapan pagi merupakan hidangan pertama yang dimakan pada permulaan

hari. Ia dimakan pada waktu pagi. Dalam konteks kajian ini sarapan pagi merujuk

kepada makanan yang diambil oleh staf sokongan pada waktu pagi sama ada di

rumah, di tempat kerja ataupun di restoran atau gerai makanan di luar kawasan

kampus.

1.8.4 Kesihatan

Keadaan keseluruhan pada sesuatu organisma pada masa tertentu. (The

American Heritage Dictionary of The English Language, 2000). Di dalam konteks

kajian ini kesihatan merujuk kepada badan yang sihat dan bebas daripada penyakit

seperti diabetis, sakit jantung dan obesiti.

1.8.5 Staf sokongan

Staf sokongan merujuk kepada individu-individu yang bekerja dalam sesuatu

organisasi dan melakukan tugas-tugas yang dapat melancarkan pengurusan sesuatu

organisasi atau institusi tersebut. Dalam konteks kajian ini, staf sokongan Fakulti

Pendidikan merujuk kepada golongan yang memegang jawatan sebagai penolong

pengawai senireka, penolong pegawai teknologi maklumat, penolong pegawai latihan

vokasional, pembantu makmal kanan, pembantu khas dekan, pembantu tadbir kanan,

jurufoto, pembantu makmal, pembantu ladang, juruteknik, pembantu khas timbalan

dekan, pembantu ketua jabatan, pembantu khas timbalan pendaftar, pembantu tadbir

(p/o), pembantu penyelidik (SPACE), pembantu tadbir rendah, pembantu am pejabat

dan pekerja rendah am.