langkah-langkah mengatasi isu pemanasan global

2
Langkah-langkah Mengatasi Isu Pemanasan Global 1. Peranan Negara Penguatkuasaan undang-undang Penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam. 2. Peranan Masyarakat Saling memberi maklumat Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain. Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar. 3. Peranan Sekolah Memberi pendidikan tentang alam sekitar Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi sekurang- kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar. Mewujudkan kelab pencinta alam sekitar Dengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit- sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.

Upload: puteri-rabiatul-adawiyah-roslan

Post on 12-Aug-2015

261 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

boleh laa..

TRANSCRIPT

Page 1: Langkah-Langkah Mengatasi Isu Pemanasan Global

Langkah-langkah Mengatasi Isu Pemanasan Global

1. Peranan Negara Penguatkuasaan undang-undang

Penguatkuasaan undang-undang yang lebih proaktif dan efektif oleh kerajaan perlulah dilaksanakan. Sebagai contoh, mewajibkan penggunaan kenderaan bermotor yang mempunyai penapis gas pada ekzos kenderaan masing-masing. Hal ini sudah tentu akan menjamin kebersihan gas yang dilepaskan daripada ekzos-ekzos kenderaan terutamanya di kawasan bandar adalah selamat dan mesra alam.

2. Peranan Masyarakat Saling memberi maklumat

Bagi mengurangkan kesan negatif pemanasan global, peranan masyarakat dalam sesebuah negara juga penting. Masyarakat haruslah saling memperingati dan memberi maklumat tentang keseriusan isu pemanasan global kepada orang lain. Masyarakat turut perlu memberi respon yang positif terhadap seruan kerajaan bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani masalah ini. Ajakan untuk sama-sama memberi komitmen terhadap alam sekitar oleh masyarakat setempat adalah amat penting supaya semua lapisan masyarakat akan sedar dan tahu akan tanggungjawab masing-masing dalam memelihara alam sekitar.

3. Peranan Sekolah Memberi pendidikan tentang alam sekitar

Pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar turut perlu diberi dan didedahkan sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini demikian kerana generasi muda harus tahu akan kepentingan menjaga alam sekiatar dan melalui pendedahan mengenai isu pemanasan global sejak mereka bersekolah lagi sekurang- kurangnya dapat memberi mereka idea tentang apa yang perlu mereka lakukan sebagai tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

Mewujudkan kelab pencinta alam sekitarDengan mewujudkan kelab pencinta alam sekitar sebagai salah satu kelab dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, para pelajar akan berpeluang untuk mengaplikasikan ilmu tentang penjagaan alam sekitar di sekolah. Mereka tidak hanya duduk dan mendengar tentang tanggungjawab ini dari mulut guru mereka sewaktu kelas pada waktu pagi sebaliknya mengaplikasikan apa yang telah dipelajari pada waktu petang, iaitu semasa aktiviti kokurikulum dijalankan. Penubuhan kelab ini turut akan dapat menanam sedikit-sebanyak perasaan cinta para pelajar terhadap alam sekitar pada usia muda lagi.