slide pemanasan global
TRANSCRIPT
Assalamualaikum,
Andaikan anda duduk di bandar tepi laut. Datuk bandar
telah mengesan kenaikan aras laut semenjak 50 tahun
lalu. Kenaikan ini kecil tetapi dalam tempoh masa yang
panjang, ia akan menimbulkan masalah di pusat bandar
kerana arasnya yang rendah. Jika anda dilantik menjadi
perunding, tuliskan pelan tindakan secara ringkas untuk
mengurangkan atau mengatasi masalah ini.
Laporan anda hendaklah mengandungi tindakan
mitigasi dan adaptasi.
Soalan
Pelan Tindakan mengatasi kenaikan
paras air laut Pantai Murni, Yan
Cadangan ini dikemukakan bagi perhatian pihak
berkuasa terlibat, Majlis Daerah Yan, Kedah Darul Aman.
Pantai Murni merupakan sebuah pantai berselut yang terletak di pekan
Yan Besar, Kedah. Kawasan ini mula dimajukan sejak era 80-an sebagai
salah satu tempat pelancongan di daerah Yan. Namun begitu, kawasan
pantai yang menganjur lebih 1 km ini mula mengalami hakisan
disebabkan peningkatan paras air yang secara langsung mengancam
kedudukan pekan Yan Besar dan kampung berdekatan yang berada
dalam lingkungan 500 meter daripada pantai Murni dan kawasan terjejas
yang lain. Umum mengetahui bahawa daerah Yan adalah antara daerahterkecil di Kedah dengan berkeluasan 246.07 km persegi dan sebahagian
besar pusat bandarnya menghadap selat Melaka. Seandainya masalah
peningkatan paras air laut terus dibiarkan maka Kedah berkemungkinan
besar untuk ‘hilang’ sebuah daerah dalam tempoh 50 tahun akan
datang.Oleh itu, satu pelan jangka masa panjang perlu dirangka bagimengatasi masalah ini.
Pengenalan
Kemudahan sedia ada di Pantai Murni
Paras air laut di Malaysia sejak 50 tahun yang lalu mencatatkan peningkatan
dan daerah Yan tidak terkecuali. Hal ini amat membimbangkan. Tambahan
pula, pantai Murni sememangnya menjadi tarikan pelancong yang mampu
menjadi sumber pendapatan utama buat penduduk setempat dan juga buat
pihak MDY sendiri.
Peningkatan paras air laut.
Keadaan Terkini
Keadaan di pantai Murni kini di mana pantainya lebih curam.
Keadaan di pantai Murni dahuluyang lebih landai pantainya.
Pelan dan tindakan
Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
hakisan dan peningkatan air laut adalah dengan membina benteng
hakisan dengan menggunakan batu semula jadi seperti yang
terdapat di pantai Murni kini. Namun begitu, kaedah ini dilihat kurang
bersesuaian disebabkan oleh faktor kekurangan tanah. Di samping itu,
banteng batu sedia ada tidak mampu mengawal hakisan daripada
terus berlaku.
Keadaan benteng kini.
Oleh itu, cadangan saya adalah kita menggunakan kaedah nlok Labuan
yang tidak menggunakan kawasan yang luas. Blok Labuan ialah blok jisim
konkrit. Ia dibina di situ, biasanya dengan bahan tempatan yang mudah
didapati dan dengan itu kos modalnya agak rendah. Oleh sebab ia mudah
alih dan boleh ditanggalkan ia dapat diangkut dengan mudah ke mana-
mana tempat, mengurang kos projek kawalan hakisan pantai. Blok Labuan
boleh diletakkan sebagai “tilam” cerun atau blok padu yang hampir-hampir
tegak. Blok tegak ini bertujuan untuk menstabilkan tebing atau cenuram dan
biasanya tidak sesuai untuk kegunaan situasi garis pantai.
Blok Labuan yang baru siap dibina.Blok Labuan yang siap dipasang di Seb. Perai Utara.
Kaedah lain yang juga praktikal adalah pembinaan pemecah ombak.
Pemecah ombak dibina untuk mengurangkan tindakan ombak di kawasan
dalam lindung angin struktur. Tindakan ombak dikurangkan melalui suatu
gabungan pemantulan dan pelesapan tenaga ombak mendatang. Apabila
digunakan untuk pelabuhan, pemecah ombak dibina untuk mewujudkan
perairan yang memadai tenang untuk operasi tambatan dan pemuatan
yang selamat, pengendalian kapal, dan perlindungan kemudahan
pelabuhan. Pemecah ombak juga dibina untuk memperbaiki keadaan olah
gerak di pintu masuk muara sungai dan untuk membantu mengawal atur
pemendapan dengan mengubah arah arus dan dengan mewujudkan
kawasan dengan aras gangguan gelombang yang berbeza.
Pemecah ombak boleh dikelaskan kepada dua jenis yang utama: struktur
depan cerun dan depan tegak. Struktur depan cerun dalam kebanyakan kes
ialah struktur bonggol batu kasar berperisai batuan atau unit perisai konkrit,
dengan atau tanpa superstruktur tembok ombak. Struktur depan tegak
dalam kebanyakan kes dibina sama ada daripada kaison konkrit berisi pasir
atau blok konkrit besar bertindan yang ditempatkan atas lapisan pendasaran
perlapisan batu kasar. Di kawasan air dalam, kaison konkrit biasanya
diletakkan atas timbunan batu kuari yang tinggi atas sebab-sebab ekonomi.
Keadaan terkini pemecah
ombak di Marang, Terengganu
Sungguhpun begitu, kos pembinaannya agak tinggi kerana ia memerlukan
kepada bilangan konkrit dan pasir yang banyak bagi menambak sejauh 1 km
daripada pantai bagi membentuk tanjung-tanjung. Di samping itu, ianya juga
memerlukan kawasan yang luas bagi tujuan pembinaannya. Namun begitu,
manfaatnya agak besar iaitu boleh menghalang sedikit sebanyak ombak besar
atau bencana tsunami.
Penggunaan tetrapod sebagai
bahan utama pemecah ombak
Kaedah seterusnya adalah penggunaan Geotiub. Geotiub ditakrifkan
sebagai tiub besar (lebih besar daripada 2.5m lilitannya) yang
dibuatdaripada geotekstil tenun kekuatan tinggi dengan panjang lebih besar
daripada 6m, digunakan di pantai dan sungai dan lazimnya berisi secara
hidraulik dengan buburan pasir dan air. Apron geotekstil juga telah direka
bentuk bersama-sama geotiub untuk melindungi asas geotuib utama
daripada kesan pelemahan keruk. Keruk mungkin hadir di dasar geotiub
disebabkan oleh tindakan gelombang dan arus. Apron keruk lazimnya
ditambat dengan tiub kecil di pinggir air atau oleh guni pasir yang dikat
kepada apron.
Pemecah ombak geotiub ialah struktur lembut yang dapat menyebentuk
secara lebih baik dengan persekitaran bakau hutan. Sekiranya ada
kemungkinan bot kecil melanggar Geotiub, ia adalah seperti terkandas pada
beting pasir dan oleh itu tidak mendatangkan bahaya kepada bot.
Sungguhpun begitu, pembinaan geotiub kurang sesuai dilakukan di kawasan
pantai Murni kerana ianya agak mencacatkan pemandangan namun masih
boleh dilaksanakan di kawasan kampung yang lain.
Geotiub di kawasan Tanjung Piai, Johor
Kaedah terakhir yang dirasakan sesuai untuk mengatasi masalah ini adalah
pembinaan tembok dan ban. Tembok dibina menggunakan kaedah biasa
iaitu dengan menggunakan konkrit bagi menahan pasir adripada terus
terhakis apabila dibadai ombak. Selain itu, kaedah lain juga adalah membina
ban atau terusan. Hal ini dapat mengelakkan air yang melimpah daripada
terus bergerak ke kawasan penempatan. Dalam erti kata yang lain, air akan
memenuhi ban tersebut dahulu sebelum sampai ke kawasan penempatan.
Tembok laut di Kuala Nerus, Terengganu Pembinaan ban di Perak
Sumber rujukan
Laman web Jabatan pengairan dan Saliran Malaysia
http://www.water.gov.my/our-services-mainmenu-252/structures/coastal-
management-mainmenu-279?lang=my
Sekian Terima Kasih